Blog e-novel, cerita korea dan drama melayu

Sinopsis Drama Mr London Ms Langkawi Di Astro Warna

aynora nur | ,February 04, 2018 |

Sinopsis Drama Mr London Ms Langkawi. Drama adaptasi dari novel dengan judul yang sama, karya Herna Diana. Tetapi bila ada drama macam ni, tengok kepada pelakonnya jugak samada boleh atau tidak bawa karekter seperti yang ditulis dalam novel.

Mengisahkan Aidid Mukhlis (Zul Ariffin) yang cuba menyesuaikan diri di kampung setelah sekian lama menetap di luar negara. Dalam masa yang sama, Aidid mula berkenalan dengan seorang gadis kampung, 'Liyana The Samseng' (Izara Aishah).

Drama Mr London Ms Langkawi akan disiarkan mulai 14 Februari 2018 ini di Saluran Warna Astro, iaitu pada Setiap hari Rabu - Jumaat, pukul 9.00 malam. Jangan lupa saksikan drama arahan Nizam zakaria ni.

Antara pelakon utamanya adalah Zul Ariffin, Izara Aishah dan ramai lagi. 

Sinopsis Drama Mr London Ms Langkawi


Sinopsis Drama Mr London Ms Langkawi Di Astro Warna

Mr London Mr Langkawi adalah kisah tentang Aidid Mukhlis dan Nurul Liyana. Kisah tentang seorang gadis kampung yang berjiwa besar. Dapatkah hubungan cinta yang terjalin antara keduanya menimbulkan rasa cinta kepada negaranya sendiri terhadap Aidid Mukhlis yang telah bertahun dibesarkan di luar negara?

Aidid Mukhlis - Berpelajaran tinggi dan mempunyai kerjaya yang bagus. Dari kecil sudah menetap di luar negara membuatkan jiwanya seakan hilang rasa cinta pada kampung halaman. Akhirnya kerana dipaksa, dia pulang juga tanpa rela.

Nurul Liyana - Dia hanya gadis biasa. SPM pun setakat cukup makan. Memang dia dalam kategori bukan pelajar cerdik tapi jiwanya besar. Cintanya pada tanah air cukup menebal. Bila bertemu, mereka sentiasa berlaga angin. Seorang serius bukan main. Yang seorang lagi, nakalnya… Nauzubillah.

"Macamlah bagus sangat Kota London dia tu," ejek Liyana penuh jengkel.
"Memang bagus pun," jawab Aidid dengan nada yang menyakitkan hati.
"Apa yang bagus sangat? Apa yang London ada, Malaysia tak ada? Cer cite… cer cite." Liyana melawan kata-kata Aidid.
"Yang bagusnya, kat London tu tak ada mulut mak nenek macam kau!"

Hmm... asyik bertekak sahaja Mr. London dan Ms. Langkawi ini. Kata orang, perbezaan akan mewujudkan keserasian. Tetapi adakah keserasian akan wujud dalam jiwa Aidid Mukhlis dan Nurul Liyana?

Selamat menonton drama adaptasi ini yang diharap dapat memberikan manfaat kebaikan kepada kita.

- Mr London Ms Langkawi di Astro Warna
Tag : Drama Melayu
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
0 Komen untuk "Sinopsis Drama Mr London Ms Langkawi Di Astro Warna"

TINGGALKAN KOMEN ANDA:

Back To Top