Blog e-novel, cerita korea dan drama melayu

Sinopsis Drama Tak Ada Cinta Sepertimu Slot Megadrama Astro

aynora nur | ,February 23, 2018 |

Sinopsis Drama Tak Ada Cinta Sepertimu Slot Megadrama Astro. Bagi penggemar drama mega di Astro, mulai 12 Mac 2018 anda boleh menyaksikan drama baru dengan gandingan yang segar antara syafiq Kyle dengan Zahirah Mc Wilson.

Dalam drama Tak Ada Cinta Sepertimu tersebut menyaksikan anak beranak iaitu Zahirah dan ayahnya bergandingan dalam satu naskah adaptasi novel karya Anna Milia.

Drama ini diarahkan oleh Jamal Khan, drama bersiri 16 episod ini bakal ditayangkan di slot Megadrama.

Tak Ada Cinta Sepertimu menyaksikan Zahirah bergandingan dengan Syafiq Kyle sebagai teraju utama.

Jangan lupa saksikan Tak Ada Cinta Sepertimu setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123) bermula 12 Mac ini.

Sinopsis Drama Tak Ada Cinta Sepertimu



Panas! Meletep Kebabom! Itu yang dirasakan oleh Hazran setiap kali bertemu Athea. Ketika pertemuan pertama, gadis yang disangka janda anak dua itu berebut pek Panadol dengannya. Berlakulah siri pertemuan seterusnya.

“Awak lagi?” – Hazran

“Apa salah anak-anak saya kali ni?” – Athea

Cermin tingkap rumahnya dipecahkan dan kucing kesayangannya dicuri. Semuanya angkara Athea dan anak-anak. Malah, Athea punca dia putus tunang dengan Bella. Namun, siapa sangka jiran yang dipandang jelik sebelum inilah yang mencuri hatinya. Athea mungkin pemilik tulang rusuknya.

“Saya sayangkan awak. Saya nak kita halalkan hubungan kita supaya kita boleh sama-sama jaga ayah dan anak-anak.” – Hazran

“Macam mana dengan ibu awak?” – Athea

Hazran perlukan restu uminya yang terlalu prejudis terhadap Athea. Misi undercover dilaksanakan oleh umi dan ayah untuk mengenali bakal menantu mereka. Warga emas jadi spy? Memang menangislah Hazran.

Sinopsis di atas adalah daripada belakang buku. Buku atau novel Tak ada Cinta Sepertimu diterbitkan oleh Penerbitan Fajar Pakeer.
Tag : Drama Melayu
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
0 Komen untuk "Sinopsis Drama Tak Ada Cinta Sepertimu Slot Megadrama Astro"

TINGGALKAN KOMEN ANDA:

Back To Top