Menu
Oh! MyKarya!

Sinopsis Drama Korea Switch: Change The World

Drama Korea Switch: Change The World. Drama korea terbaru di saluran Astro 393 bermula 29/3/2018 mulai pukul 8.10 malam, adalah drama SWITCH. Lakonan pelakon popular korea, Jang Geun Suk.

Jang Geun Suk akan memainkan dua watak iaitu sebagai Sa Do Chan dan Baek Joon Soo. Pelakon lain adalah Han Ye Ri sebagai Oh Ha Ra dan Jung Woong In sebagai Geum Tae Woong.


Drama Switch - Change The World disiarkan setiap khamis dan Jumaat, pukul 8.10 malam. Dalam setiap siaran ada 2 episod sekaligus.

Sinopsis Drama Korea Switch: Change The World


Drama Korea Switch: Change The World

Drama Switch mengisahkan tentang seorang pendakwa dan penipu/ penyamar yang bertukar tugas untuk membantu menyelesaikan masalah masing-masing. Ada perkara yang penipu itu boleh buat dalam perkara yang seorang pendakwa tak boleh buat kerana terikat dengan etika kerja mereka.

Sa Do Chan adalah seorang penipu. Dia seorang yang bijak dan pintar dan boleh menduduki peperiksaan sebagai pendakwaraya, tetapi telah gagal. Geram dan benci dengan pelbagai kerenah birokrasi dan double standard daripada pendakwa-pendakwa lain, beliau telah mengambil tawaran melakukan jenayah bagi pihak mereka.

Bagaimanakah akhirnya kisah Sa Do Chan itu? Adakah dia akan insaf dan menjadi pendakwa yang sebenar? Atau, dia akan terperangkap dengan jenayah yang dilakukannya itu?

Selamat menonton.

Drama Korea Switch: Change The World . Drama korea terbaru di saluran Astro 393 bermula 29/3/2018 mulai pukul 8.10 malam, adalah drama SWITC...
aynorablogs Mar 29, 2018
Oh! MyKarya!

Sinopsis Drama Korea Good Witch Di Saluran One HD

Sinopsis Drama Korea Good Witch Di Saluran One HD. Jika anda peminat drama korea My Girl dulu lakonan Lee Dong Wook dengan Lee Da-hae, anda pasti teruja untuk menonton lakonan terbaru dari Lee Da-hae,. Beliau akan berlakon dalam drama korea Good Witch. Tengok teaser drama ni macam menarik je..

Drama terbitan tahun 2018 ini adalah drama siri korea, dibintangi juga oleh Ryu Soo-young, Bae Soo-bin, Yoon Se-ah, dan Ahn Woo-yeon. Drama Good Witch bersiaran sebanyak 4 episod setiap hari tayangan iaitu dari pukul 8.55 mlm hingga 11.15 malam, mulai 3 Mac 2018 di saluran SBS TV. Jumlah episod adalah sebanyak 40 episod.


Sinopsis Drama Korea Good Witch Di Saluran One HD


Sinopsis Drama Korea Good Witch Di Saluran One HD
Gambar poster

Drama korea Good Witch mengisahkan tentang sepasang adik beradik kembar yang memiliki personaliti yang berbeza.

Cha Sun-Hee (Lee Da-Hae) adalah seorang surirumah yang telah berkahwin dengan Bong Cheon-Dae (Bae Soo-Bin). Suaminya kini sedang menganggur. 

Cha sun-Hee mempunyai kembar yang bernama Cha Do-Hee (Lee Da-Hae), yang bekerja sebagai pramugari. Walaupun mereka memiliki wajah yang seiras, tetapi personaliti mereka sangat berbeza. 

Pada satu ketika Cha Do-Hee telah terlibat dalam satu situasi di mana terpaksa meminta bantuan Cha Sun-Hee untuk menggantikan tempatnya sebagai pramugari. 

Cha Sun-hee kemudian bertemu dengan pembantu juruterbang bernama Song Woo-Jin (Ryu Soo-Young).

Apakah yang berlaku seterusnya kepada kedua-dua kembar tersebut? Adakah mungkin Cha Sun-hee akan membantu Cha Do-Hee menyelesaikan masalahnya? Atau adakah keadaan bertambah rumit buat mereka?

Jangan terlepas saksikan drama korea Good Witch di saluran Astro 393. Buat masa ni tak ada sinopsis yang lengkap lagi, mungkin saya akan share dan update di lain kali ya.. 

Then.. jangan lupa ambil yang baik sebagai pengajaran.. okay!

Sinopsis Drama Korea Good Witch Di Saluran One HD. Jika anda peminat drama korea My Girl dulu lakonan Lee Dong Wook dengan Lee Da-hae, anda...
aynorablogs Mar 21, 2018
Oh! MyKarya!

Sinopsis Menarik Drama Korea Happiness Giver

Drama Korea Happiness Giver Di Saluran KBS. Drama korea menarik dan bertemakan kekeluargaan sedang ditayangkan di saluran KBS dengan pelakon-pelakon yang hebat. Drama ini juga memaparkan tentang sifat baik hati dan membalas jasa orang yang banyak berbakti kepada kita., walau apa yang mereka dah buat pada kita. So, jangan berdendam.. untuk hidup lebih tenang.

Info tentang Happiness Giver:

Judul Lain: Person Who Gives Happiness
Genre: Family, romance, melodrama
Pengarah: Lee Sung-Joon, Park Seung-Woo
Penulis naskah: Park Ji-Hyun
Channel: MBC
Jumlah episode: 120
Tarikh tayang: 21 November 2016

Drama ini pertama kalinya ditayangkan di saluran Astro pada tahun 2016. Kini disiarkan semula. Walau ia siaran ulangan, saya suka menontonnya kerana semangat berjuang oleh watak utamanya iaitu Eun Hee setelah kematian semua ahli keluarganya. Walau dia menjaga anak angkat, tetapi cara dia menyayangi anak tersebut amatlah memberi inspirasi kepada keluarga di luar sana.


Sinopsis Drama Korea Happiness Giver


Sinopsis Menarik Drama Korea Happiness Giver

Ada tiga ibu yang berbeza, Park Bok-ae adalah seorang ibu yang mementingkan diri sendiri yang akan melakukan apa saja untuk memastikan anak-anaknya mempunyai kehidupan yang lebih baik walaupun ia menyakitkan orang lain. 

Kim Ja-gyeong pula seorang ibu yang keras hati dan merupakan seorang pelakon yang meninggalkan sendiri anak yang dilahirkan untuk mengejar kariernya.

Lim Eun-hee pula seorang ibu mengambil dan menjaga yang seorang budak lelaki dan menjadi seorang ibu walaupun dia tidak pernah berkahwin.  
Drama 120 episod ini berkisar pada seorang ibu angkat yang berjuang Untuk melindungi anaknya daripada ibu sebenar yang cuba mengambil anak itu selepas mengetahui bahawa anaknya telah menjadi pelakon terkenal, membuat banyak wang. 

Dalam masa yang sama, kasih sayang Gun-woo yang tidak berubah ke arah Eun-hee membuktikan bahawa dia adalah seseorang yang berhak mendapatkan banyak cinta dan kasih sayang.

Selamat menonton drama korea hebat ini. Semoga ada banyak pengajaran yang diperolehi daripada menonton drama ini. 

Drama Korea Happiness Giver Di Saluran KBS. Drama korea menarik dan bertemakan kekeluargaan sedang ditayangkan di saluran KBS dengan pelakon...
aynorablogs Mar 14, 2018