loading...

Sinopsis Drama Korea Good Witch Di Saluran One HD

Tudung kanak-kanak
Sinopsis Drama Korea Good Witch Di Saluran One HD. Jika anda peminat drama korea My Girl dulu lakonan Lee Dong Wook dengan Lee Da-hae, anda pasti teruja untuk menonton lakonan terbaru dari Lee Da-hae,. Beliau akan berlakon dalam drama korea Good Witch. Tengok teaser drama ni macam menarik je..

Drama terbitan tahun 2018 ini adalah drama siri korea, dibintangi juga oleh Ryu Soo-young, Bae Soo-bin, Yoon Se-ah, dan Ahn Woo-yeon. Drama Good Witch bersiaran sebanyak 4 episod setiap hari tayangan iaitu dari pukul 8.55 mlm hingga 11.15 malam, mulai 3 Mac 2018 di saluran SBS TV. Jumlah episod adalah sebanyak 40 episod.

Sinopsis Drama Korea Good Witch Di Saluran One HD


Sinopsis Drama Korea Good Witch Di Saluran One HD
Gambar poster

Drama korea Good Witch mengisahkan tentang sepasang adik beradik kembar yang memiliki personaliti yang berbeza.

Cha Sun-Hee (Lee Da-Hae) adalah seorang surirumah yang telah berkahwin dengan Bong Cheon-Dae (Bae Soo-Bin). Suaminya kini sedang menganggur. 

Cha sun-Hee mempunyai kembar yang bernama Cha Do-Hee (Lee Da-Hae), yang bekerja sebagai pramugari. Walaupun mereka memiliki wajah yang seiras, tetapi personaliti mereka sangat berbeza. 

Pada satu ketika Cha Do-Hee telah terlibat dalam satu situasi di mana terpaksa meminta bantuan Cha Sun-Hee untuk menggantikan tempatnya sebagai pramugari. 

Cha Sun-hee kemudian bertemu dengan pembantu juruterbang bernama Song Woo-Jin (Ryu Soo-Young).

Apakah yang berlaku seterusnya kepada kedua-dua kembar tersebut? Adakah mungkin Cha Sun-hee akan membantu Cha Do-Hee menyelesaikan masalahnya? Atau adakah keadaan bertambah rumit buat mereka?

Jangan terlepas saksikan drama korea Good Witch di saluran Astro 393. Buat masa ni tak ada sinopsis yang lengkap lagi, mungkin saya akan share dan update di lain kali ya.. 

Then.. jangan lupa ambil yang baik sebagai pengajaran.. okay!

Terima kasih kerana membaca Sinopsis Drama Korea Good Witch Di Saluran One HD

Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Sinopsis Drama Korea Good Witch Di Saluran One HD"

Post a Comment

TINGGALKAN KOMEN ANDA: