loading...

Sinopsis Drama Halalkan Hati Yang Ku Curi Di TV3

Tudung kanak-kanak
Sinopsis Drama Halalkan Hati Yang Ku Curi. Drama adaptasi dari novel Mia Kiff dengan tajuk yang sama bakal menghiasi slot Akasia TV3 yang akan disiarkan dalam bulan ramadan ini. Novel ini terbitan Penulisan2u. Antara pelakon utama drama ini adalah Aliff Aziz dan Farah Nabila. 

Drama Halalkan hati yang ku curi mula bersiaran pada 23 Mei 2018.

Turut menjayakan drama ini ialah Shah Iskandar, Mimi Lana, Normah Damanhuri, Jasmin Hamid, Azri Iskandar, Anne Abdullah, Zulkifli Ismail.

Sinopsis Drama Halalkan Hati Yang Ku Curi Di TV3

Sinopsis Drama Halalkan Hati Yang Ku Curi Di TV3


Sinopsis dari kulit buku:


Faiq dan Delisha, pasangan suami isteri yang satu kepala sukakan kebebasan, kemewahan, dan berseronok tanpa batas. Segala nasihat yang diberi bagai mencurah air ke daun keladi. Merajuk ditegur keluarga, natijahnya mereka lari meninggalkan rumah. Setelah sebulan, mereka pulang tetapi terkejut apabila keluarga mereka menghilang secara tiba-tiba! Banglo dijual dan syarikat keluarga bertukar hak milik kepada orang lain. Puas mereka mencari penyebabnya, namun tiada apa yang diperoleh. Keluarga tak ditemui, duit pula kian habis. Akhirnya, hendak atau tidak mereka terpaksa memulakan kehidupan dari bawah kerana tiada apa lagi yang mampu digadai. Apa sahaja kerja termasuk kerja yang mereka pandang hina suatu ketika dulu rela dilakukan demi sesuap nasi. Tak kesahlah tukang cuci ke, buruh kontrak ke, pekerja kafe hatta pengawal keselamatan sekalipun mereka sanggup.

“You tahu tak, kata Kak Joyah, I cuci tandas berganda bersih daripada cleaner sebelum ni. Bayangkan habis sebotol besar sabun dia I guna, sampai dia kata ni bukan tandas tapi kedai jual perfume.” – Delisha.

Bumi mana yang tidak ditimpa hujan, sama juga dengan hidup Faiq dan Delisha. Ujian itu pasti singgah dalam apa jua keadaan, namun mampukah mereka menempuhi ujian-ujian yang mendatang bersama? Masih ada atau tidak peluang untuk bertemu keluarga mereka yang hilang, dan apa reaksi mereka apabila melihat keadaan Faiq dan Delisha ketika itu? 

Sinopsis Drama Halalkan Hati Yang Ku Curi Di TV3

Sinopsis Drama TV3:

Sebagai pasangan yang tinggal di kota dan dibesarkan dengan kemewahan, Faiq dan Delisha hidup tanpa ada batasan agama. Pasangan suami isteri ini sama naik, tanpa mengendahkan nasihat yang diberikan oleh keluarga.

Ditegur, merajuk pula. Lalu mereka lari meninggalkan keluarga. Kononnya tidak mahu dikongkong.
Tidak lama kemudian, mereka dikejutkan dengan kehilangan ahli keluarga secara tiba-tiba. Banglo dijual dna paling teruk syarikat yang selama ini diusahakan bertukar milik kepada orang lain.

Tiada pilihan lain, faiq dan Delisha terpaksa memulakan kehidupan mereka dari bawah.

Apa sahaja pekerjaan sanggup dilakukan oleh pasangan suami isteri ini. Termasuklah sehina-hina pekerjaan yang pernah mereka caci dahulu. Segalanya sanggup dilakukan demi sesuap nasi. 

Apakah nasib yang akan menimpa mereka nanti, adakah ini semua menjadi sebab penghijrahan kehidupan mereka yang lebih baik. 

Semoga ada hikmah yang menanti. 

Terima kasih kerana membaca Sinopsis Drama Halalkan Hati Yang Ku Curi Di TV3

Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Sinopsis Drama Halalkan Hati Yang Ku Curi Di TV3"

Post a Comment

TINGGALKAN KOMEN ANDA: