Sewaktu Kenangan Semakin Pudar

Sewaktu Kenangan Semakin Pudar



Yang aku sayangi
Kenangan demi kenangan..
Antara kita di laman masa
Lebih berdekad dilalui
Semakin pudar dan hilang serinya

Yang aku rindui
Bila hati saling bertaut
Pada daun masa berlalu
Lebih berdekad diharungi
Telah hilang manis auranya

Bila semua telah pudar
Ku susuri relung kenangan
Berseorangan

Bila wajah rindu telah malap
Ku tatap bayangan silam
Bersendirian

Tak mengapalah..
Kamu mungkin dah jauh
Membina harapan yang baru
Mengait benang rindu
Bersamanya..

Percayalah!
Meski rasa sepi
Jauh di lubuk hati terkilan sekali
Aku masih mampu
Ceria dalam kepahitan
Mengorak langkah
Berlalu meninggalkan kenangan demi kenangan
Yang kian pudar..

Sebelum berlalu
Ku toleh sekilas lalu
Kenangan tetap jadi kenangan
Takkan berulang untuk kali kedua.

Begitulah hidup..
Tak perlu disesali
Tak perlu ditangisi..
Kerana lama kelamaan akan pudar
Bila masa berganti!

Aku.. dedaun masa,
A.Y.N.O.R.A  N.U.R
2.0.1.8
spacer

Drama Akasia Jangan Benci Cintaku

Peminat drama melayu jangan lupa saksikan Drama Akasia Jangan Benci Cintaku. Drama terbaru ini dibintangi oleh Shahrul Ridzwan dan Zahira Mc Wilson.

Drama menarik ini bersiaran setiap Isnin hingga Khamis mulai pukul 7.00 malam.

Nak tahu drama ni best atau tak... boleh baca banyak review dari Goodreads pada link berikut, https://www.goodreads.com/review/show/762806978

Selamat membaca.

Drama Akasia Jangan Benci Cintaku

Sinopsis Drama Akasia Jangan Benci Cintaku


Drama Jangan Benci Cintaku adalah kisah perkahwinan pasangan yang masih muda dan belum cukup matang dalam mengendalikan rumahtangga.

Cuba baca review di bawah:

Perkahwinan mereka bukan atas dasar cinta tetapi cinta boleh datang bila-bila masa. Bagi Shahrizal, tiada sebab untuk dia tidak jatuh cinta pada Rafeeqa tapi bagi Rafeeqa, perkahwinan itu satu bebanan. Lantas, Sunderland dan sambung belajar menjadi alasan.

“Tak payah pergi boleh tak? Kat sini pun boleh sambung belajar.” – Shahrizal
‘A NO is always a NO Shah.’ Itu jawapan hati Rafeeqa.

Awalnya, Shahrizal masih melayannya dengan baik. Namun, segalanya berubah pada tahun terakhir dia di Sunderland. Dinginnya Shahrizal buat Rafeeqa mengesyaki sesuatu. Saat itu dia mula rasa kehilangan.

Kembali dan mahu berubah. Dia mahu menjadi isteri yang baik pada lelaki sebaik Shahrizal. Tetapi…..

“Your instinct was right. There is someone else besides you.” - Shahrizal

Pengakuan Shahrizal buat hati Rafeeqa retak seribu. Dia sudah terlewat rupanya. Shahrizal sudah ada orang ketiga. Tapi, dia tidak mahu mengalah.

‘Make him fall for you!’- Damia

Ya! Dia akan berusaha agar Shahrizal kembali menyintainya. Cuma, Husna itu bukan sembarangan wanita. Usaha Husna untuk merampas suaminya kadangkala buat Rafeeqa mahu menyerah kalah.

“Fika, you’ve lose weight.” – Shahrizal
“Berat saya masih okey lagi, Shah.” - Rafeeqa
“Mari, saya peluk.” - Shahrizal

Jika dah tak cinta, kenapa masih mengambil berat? Kalau dah tak sayang, kenapa masih ingin membelai dan dibelai?

Siapa sebenarnya yang Shahrizal pilih? Rafeeqa yang berusaha untuk berubah dan menjadi isteri yang baik? Atau Husna yang berusaha untuk merampas dan menguasai semuanya?

So, apa pendapat anda? Adakah ia kisah atau drama yang menarik? Oh ya.. ni pun adaptasi dari novel JANGAN BENCI CINTAKU. Karya penulis berbakat iaitu Emy Roberto.
spacer