Subscribe Us

Telah Begitu Jalan Dipilih

Telah Begitu Jalan Dipilih. Banyak pilihan di beri dan harus dipilih mana yang terpikat dihati. Tetapi dalam getar memilih, kita tetap khilaf dan gagal menilai mana yang benar-benar kita perlukan. Bila jalan yang lurus telah dibentang, cahaya telah di suluh.. tetapi jika itu jalan di pilih, apa lagi mampu kita katakan? Jalan berliku seribu jua yang hendak dilangkah. Terserahlah!

Jangan kata aku tak cakna, biarkan kamu terus terpalit hitam putih kehidupan. Usah jeling mengharap, mengapa aku biarkan kamu jatuh berkali-kali. 

Degil!

Kerana ego, kamu pernah menolak huluran jari halus ini. Kerana berlagak melangit, kamu tidak lagi memandang rumput di bumi. Apa lagi aku nak kata? Hinggkan kata-kata ku kau anggap dusta belaka.


Telah begitu jalan kau pilih. Mana lagi tempatku nak berteduh? Telah kau buang secebis kuat yang tinggal, telah kau campak secarik sabar yang bersisa. Maka, izinkan aku terus berjalan. Tanpa kamu, dan tanpa bayangmu lagi.

Orang yang kuat akan runtuh jua akhirnya jika kesabaran itu dipandang sepi. Kerana, dia lebih rela melepas pergi apa yang tidak mampu melakarkan bahagia. Usaha demi usaha telah sia-sia akhirnya.

Biarlah engkau pilih jalan hidupmu. Kerana, aku dah amat lelah. Sudah hilang rasa dan ingin menunggu. Pilihan itu engkau yang tentukan. Moga satu masa nanti, Allah menjawab segala yang terahsia. Moga satu masa nanti, aku tak lagi terpaksa menunggu sebuah kedamaian yang abadi. 

Menunggu tanpa kamu.

Kerana pilihan kita berbeza, alur tujuan hidup dah tak sama. 

Telah begitu jalan kau pilih! Maka, bahagia atau derita pada penghujungnya.. kamu lah yang terpaksa menerima. 

Tiada lagi aku sebagai penunggumu, kerana aku sudah jauh berjalan tanpa menoleh lagi.

Post a Comment

0 Comments

close