Aku Yang Kau Tinggalkan Karya Alina Haizar

Salam mesra dan selamat membaca,

Ini adalah entri republish.. pertama kali disiarkan pada 18/2/2012.

Updates!!

Drama adaptasi novel Aku Yang Kau Tinggalkan, akan datang di RTM pada bulan Ramadan 2019 nanti. Tayang di slot Widuri TV1, lakonan utama dari Ungku Ismail & Siti Elizad.

Kali ini saya nak ambil kesempatan untuk membuat sedikit ulasan tentang sebuah novel yang amat menarik yang baru saya habis baca. Sebenarnya saya telah beli buku ini setahun yang lepas tetapi oleh kerana masa itu saya sedang habiskan MBA, maka novel ini saya KIV dulu.

Bila dah habis MBA saya, maka sempatlah saya menelaah novel ni dengan aman damai. Iya lah.. baca sinopsia AYKT pun dah berdebar, inikan pula baca kandungan novel sepenuhnya.



**Kulit Buku Aku Yang Kau Tinggalkan

Buku setebal 759 mukasurat karya penulis baru berbakat bernama Alina Haizar amat memikat hati saya untuk membacanya hingga ke halaman terakhir. Novel bergenre cinta ini amat menarik dari segi kaitan jalan ceritanya dari mula hingga akhir. Plot cerita disusun dengan kemas dan segala persoalan di segenap minda tatkala menghayati novel ini, ada saja jawapannya. Jangan risau tentang bahasa yang digunakan.

Novel Aku Yang Kau Tinggalkan ini menggunakan bahasa yang mudah difahami dan tidak terlalu berbunga-bunga. Ada ketika saya berangan sedang berada di turin, Itali dimana kebanyakan latar cerita bersandarkan daerah tersebut.

Novel ini mengisahkan pengorbanan besar yang terpaksa dilakukan oleh watak utamanya Nia Athirah (Nia) sehingga membawanya merantau ke negara asing walaupun tanpa secalit pengalaman dan pengetahuan terhadap negara tersebut. Namun begitu secara kebetulan Nia bekas penuntut TESL dari UUM, jadi bahasa inggeris bukanlah jadi masalah Nia di luar negara. Nia terpaksa berkahwin dengan seorang mangsa kemalangan yang baru sedar dari koma yang panjang, dan terpaksa merangkak mengajar pemuda bernama Zaril Ikhwan itu membaca dari awal. Nia terpaksa melupakan Farid dan berkahwin demi menutup hutang keluarganya.


Adakala insiden-insiden yang tidak disengajakan antara Nia dan Zaril
setelah dipertemukan semula kelihatan begitu romantik dan mendebarkan. Ada sahaja dialog Zaril yang menyakat Nia yang sering membuatkan hati Nia berdebar-debar. Namun yang pasti cinta Nia amat utuh untuk Zaril hinggakan selama lima tahun dia masih lagi bersendirian membesarkan anaknya.

Kebanyakan watak sampingan hanya kita kenali pada bahagian2 tertentu sahaja dan watak2 seperti Farid (bekas boyfriend Nia) , Ani (adik Nia), ibu Zaril, ayah Zaril (En Zahari), adik Zaril bernama Azman dan banyak lagi watak tidak dikembangkan sumbangan mereka di dalam novel ini. Namun begitu saya faham, mungkin Alina mahu menumpukan watak penting sahaja seperti Nenek Zainun, kawan rapatnya bernama Maximo dan Hajier rakan yang membantu mengasuh anaknya Hazriel.

Penceritaan tentang R&D, tempat2 bersejarah, muzium, dilukis dengan begitu terperinci menjadikan kita seolah2 berada di tempat2 yang diceritakan.

Contohnya:


Perjalanan ke Anacapri berliku-liku dan menaiki bukit, melalui
cerun-cerun yang tinggi. Risau Nia melihat ke luar tingkap. Sebelah jalan ialah tebing yang tinggi. Kalau jadi apa-apa, terus bas menjunam masuk ke dalam laut. Ngerinya!

Secara keseluruhan saya berpuas hati dengan tema dan penceritaan keseluruhan novel AYKT ini. Tidak hairan jika satu hari nanti novel ini menjadi pilihan penerbit TV untuk didramakan pula. Segala rempah ratus sebagai sebuah novel percintaan yang matang begitu terserlah di dalam novel ini. Buku ini memang tebal, tetapi jangan risau, anda tidak akan bosan dengan intipati yang diadunkan hingga tidak perasan saya boleh menghabiskan bacaan novel ini dalam tempoh sehari sahaja.

Sinopsis di belakang kulit buku :


Ikatan perkahwinan antara Nia dan Zaril Ikhwan bukanlah atas dasar cinta. Nia memerlukan wang untuk membantu keluarganya, Zaril
Ikhwan pula memerlukan seseorang untuk menjaga dirinya yang sakit.

Dalam tempoh menjaga Zaril Ikhwan, Nia mula jatuh cinta dengan suaminya sendiri. Diam-diam dia juga mengharapkan agar perkahwinannya ini kekal seumur hidup. Namun, akibat salah faham, Nia telah disingkirkan sebaik sahaja Zaril Ikhwan pulih sepenuhnya. Nia meninggalkan Zaril Ikhwan dan membawa hati yang lara ke Turin untuk meneruskan hidupnya sendirian di bumi asing bertahun-tahun lamanya.

Takdir menemukan mereka semula di Turin lalu mencetuskan perasaan benci, marah dan dendam yang terbuku di dalam hati masing-masing. Walaupun masih ada dendam dan rahsia yang terpendam, demi untuk meneruskan hidup ini, perpisahan secara rasmi adalah jalan yang terbaik buat mereka berdua. Tidak perlu lagi menyalahkan takdir walaupun Nia dan Zaril Ikhwan merasakan diri masing-masing
yang sebenarnya telah ditinggalkan.

Apakah rahsia yang dipendamkan itu…?

Tahniah kepada penulis, Alina Haizar.

Oleh,
Aynora nur @ mykarya.net

#update!!

Dengarnya novel kesayangan saya ni bakal didramakan. Ya Allah.. jadi kenyataan rupanya entri yang saya tulis di atas. Entry di atas saya post pada tahun 2012. Dah 6 tahun berlalu. Baru kini Aku Yang Kau Tinggalkan akan di buat drama dan divisualkan di kaca TV.

Tak sabar nak tunggu drama ni keluar TV. Harap visualnya nanti jadi seperti apa yang saya bayangkan.. hehe

spacer

Sinopsis Drama Pujaan Hati Kanda Lakonan Mira Filzah

Sinopsis Pujaan Hati Kanda Lakonan Mira Filzah. Drama Pujaan Hati Kanda adaptasi novel karya Aulia Iman Akan menemui penonton di slot Akasia TV3 pada bulan Disember nanti. Lakonan Remy Ishak, Mira Filzah, Sarah Hildebrand, Syazwan Zulkifly, Elisya Sandha, Mustaqim Bahadon, Aida Khalida, Azar Azmi, Aidil Aziz, Dian P Ramlee, Catriona Ross dan ramai lagi. Adakah drama Pujaan Hati Kanda nanti boleh jadi drama popular pilihan ramai? Kena tunggu dan lihat la..

Pujaan Hati Kanda arahan Eoon Shuhaini. Diterbitkan oleh Mache All Star United Sdn Bhd.



Jumlah episod belum confirm lagi, nanti akan update ya..

Tapi bila tengok gabungan pelakonnya, macam best dan pasti ada keserasian yang bagus. Sebab sebelum ni Mira Filzah dab Remy Ishak ada bergandingan bersama dalam drama Lelaki Kiriman Tuhan.

Sinopsis Pujaan Hati Kanda Lakonan Mira Filzah

Sinopsis Pujaan Hati Kanda Lakonan Mira Filzah


Kisah Danny seorang playboy yang sudah insaf dan mahu membina kehidupan baru. Sewaktu hari akad pernikahannya, hadiah tidak diduga hadir apabila bayi kecil diletakkan di ruang legar masjid bersama kad ucapan dan sehelai sijil kelahiran. Calon isterinya, Nadine enggan meneruskan perkahwinan selagi misteri kehadiran bayi kecil itu tidak terungkai. Majlis pernikahan dibatalkan dan Danny perlu bertanggungjawab ke atas bayi tersebut.

Danny terpaksa mencari pengasuh yang sudi menjaga si kecil itu dan pencariannya berakhir apabila dipertemukan dengan Tiara dan Reena. Pelajar universiti yang kesempitan wang ringgit. Danny tidak memberitahu perkara sebenar identiti bayi itu.

Semuanya berjalan lancar sehinggalah Tiara tamat pengajian semester akhir dan akan pulang ke kampung halaman. Hendak atau tidak, dia sudah tiada pilihan. Status palsu sebagai duda kematian isteri, terpaksa diakui demi meraih simpati keluarga kepada pengasuh ‘anak segeranya’ itu agar membenarkan Tiara terus mengasuh.

Sementara itu pula, dia sudah berjanji untuk meneruskan misi menjejak gadis misteri yang menyusahkan hidupnya itu dengan apa cara sekalipun sekali gus membongkar misteri yang membelenggu hidupnya.

Haha!! Siapa gadis misteri tu? Mengapa dia berbuat begitu pada majlis pernikahan Danny. Adakah untuk membalas dendam?

Semuanya pasti terjawab dalam drama Pujaan Hati Kanda nanti apabila ditayangkan di kaca TV anda. Drama ini adalah untuk slot Akasia TV3.

Selamat menonton. Ambillah yang baik daripadanya.


spacer

Drama Seribu Rindu Slot Akasia TV3 Mulai November 2018

Drama Seribu Rindu Slot Akasia TV3 Mulai November 2018 - Drama baru yang akan gantikan Vila Ghazara. Mula tayangannya pada 12 November 2018. 

Seribu Rindu Drama Terbaru Slot Akasia Gandingan Zul Ariffin & Azira Syafinaz : Drama terbaru berjudul Seribu Rindu ini akan ditayangkan mulai 12 November 2018 akan datang. Drama yang menggantikan Vila Gahzara. Gandingan sekali lagi Azira Syafinaz dan Zul Ariffin. Haa.. gandingan yang sweet dan sesuai kan??

Drama Seribu Rindu mengandungi 28 episod penuh. Ia merupakan drama penuh konflik dan melibatkan percintaan 3 segi antara Zul Ariffin (Irfan), Maisara (Azira Syafinaz) dan Dr. Ariel (Fadlan Hazim).

Siapa pengarahnya? Nanti saya update maklumat terkini tentang drama Seribu Rindu lakonan Zul Ariffin ni ya..

Senarai pelakon:

Zul Ariffin sebagai Irfan
Azira Shafinaz sebagai Maisara
Mona Allen sebagai Damia
Ku Faridah sebagai Tokma
Fadlan Hazim sebagai Dr Airel

Sinopsis Drama Seribu Rindu Slot Akasia TV3 Mulai November 2018


Drama Seribu Rindu Slot Akasia TV3 Mulai November 2018

Dalam drama ni Irfan merupakan seorang Chef yang sudah lama menyukai Maisara sejak kecil lagi. Kerana, Irfan sering berulang alik belajar memasak bersama Tok Ma yang merupakan nenek kepada Maisara.

Namun, sebenarnya kepulangan Maisara ke kampung adalah disebabkan konflik yang berlaku antara dirinya dan Dr. Ariel.

Konflik antara mereka semakin rumit apabila Irfan mengambil keputusan untuk mengahwini Maisara, tetapi Ariel muncul semula demi menagih cinta Maisara.

Siapakah pilihan Maisara? Berjaya Irfan meraih cinta Maisara, gadis yang amat dicintainya. Jangan lupa temujanji minggu hadapan.

Semoga paparan cerita atau drama di kaca TV banyak memberikan manfaat dan pengajaran hidup kepada yang menontonnya. 

Seperti biasa saya kata, ambillah yang baik daripadanya dan jangan ikut yang tak baik 

Bye!!
spacer