Breaking

Nov 10, 2018

Sinopsis Drama Pujaan Hati Kanda Lakonan Mira Filzah

Sinopsis Pujaan Hati Kanda Lakonan Mira Filzah. Drama Pujaan Hati Kanda adaptasi novel karya Aulia Iman Akan menemui penonton di slot Akasia TV3 pada bulan Disember nanti. Lakonan Remy Ishak, Mira Filzah, Sarah Hildebrand, Syazwan Zulkifly, Elisya Sandha, Mustaqim Bahadon, Aida Khalida, Azar Azmi, Aidil Aziz, Dian P Ramlee, Catriona Ross dan ramai lagi. Adakah drama Pujaan Hati Kanda nanti boleh jadi drama popular pilihan ramai? Kena tunggu dan lihat la..

Pujaan Hati Kanda arahan Eoon Shuhaini. Diterbitkan oleh Mache All Star United Sdn Bhd.



Jumlah episod belum confirm lagi, nanti akan update ya..

Tapi bila tengok gabungan pelakonnya, macam best dan pasti ada keserasian yang bagus. Sebab sebelum ni Mira Filzah dab Remy Ishak ada bergandingan bersama dalam drama Lelaki Kiriman Tuhan.

Sinopsis Pujaan Hati Kanda Lakonan Mira Filzah

Sinopsis Pujaan Hati Kanda Lakonan Mira Filzah


Kisah Danny seorang playboy yang sudah insaf dan mahu membina kehidupan baru. Sewaktu hari akad pernikahannya, hadiah tidak diduga hadir apabila bayi kecil diletakkan di ruang legar masjid bersama kad ucapan dan sehelai sijil kelahiran. Calon isterinya, Nadine enggan meneruskan perkahwinan selagi misteri kehadiran bayi kecil itu tidak terungkai. Majlis pernikahan dibatalkan dan Danny perlu bertanggungjawab ke atas bayi tersebut.

Danny terpaksa mencari pengasuh yang sudi menjaga si kecil itu dan pencariannya berakhir apabila dipertemukan dengan Tiara dan Reena. Pelajar universiti yang kesempitan wang ringgit. Danny tidak memberitahu perkara sebenar identiti bayi itu.

Semuanya berjalan lancar sehinggalah Tiara tamat pengajian semester akhir dan akan pulang ke kampung halaman. Hendak atau tidak, dia sudah tiada pilihan. Status palsu sebagai duda kematian isteri, terpaksa diakui demi meraih simpati keluarga kepada pengasuh ‘anak segeranya’ itu agar membenarkan Tiara terus mengasuh.

Sementara itu pula, dia sudah berjanji untuk meneruskan misi menjejak gadis misteri yang menyusahkan hidupnya itu dengan apa cara sekalipun sekali gus membongkar misteri yang membelenggu hidupnya.

Haha!! Siapa gadis misteri tu? Mengapa dia berbuat begitu pada majlis pernikahan Danny. Adakah untuk membalas dendam?

Semuanya pasti terjawab dalam drama Pujaan Hati Kanda nanti apabila ditayangkan di kaca TV anda. Drama ini adalah untuk slot Akasia TV3.

Selamat menonton. Ambillah yang baik daripadanya.


No comments:

Post a Comment

TINGGALKAN KOMEN ANDA: