Kamu pergi setelah bertahun menetap di sini. Kamu melangkah jua tanpa tinggalkan sesuatu untuk dikenangi. Bukan tak ada.. terlalu banyak. Hingga aku lupa.. mana satu sebenarnya yang paling berharga. Kamu kata, hidup mu tak toleh ke belakang. Kamu kata, perjalanan di depan lebih menarik. Kamu kata, kau bawa bersama kenangan kita.

Pergilah. Itu kataku.

Sesekali pulanglah! Deal?? Kataku lagi.

Kenangan akan hilang, bayang akan malap ditelan bulan. Wajah akan memudar dalam ingatan. Jadi apa? Mana nak kita tanam ikatan ini? Ada..  dalam doa-doa kita. Ia di angkat ke langit selamanya. Doakanlah! Itu janji kita..

Sesekali Pulang Ya.. Kita Deal!

Sesekali Pulang Ya.. Kita Deal!

Nanti akan ku tunggu.

"Buat apa?" kau tanya dalam mata membulat.

Janji mahu pulang. Kita kan ada sesuatu, yang terikat tanpa lafaz, yang tersimpan terus tanpa terucap. Simpan dalam-dalam. Tak siapa tahu, kau atau pun aku!

Engkau diam. Menguis batu dii hujung sepatu.

Ada rindu memang untukmu.. biarlah tak terucap, asal kau tahu. Asalkan kau rasa.. Yang lain telah Tuhan rahsiakan. Agar tak ada luka bercerita di akhir tinta. Keindahan ini adalah kurnia, tak semua diberi rasa seperti kita.

"Berbening kaca mata ini tau... " ulasku.

"Hahaha.." kau tertawa.

Jangan lupa, pulanglah. Kan kita dah janji.. kekal rasa bertahun lama, untuk hati yang perlu dijaga.

"Sampai mati aku tak akan luah, apa yang aku rasa."

"Kenapa?" kau tersenyum nakal.

"Bertanya pulak?" gumamku.

Kita dua rasa yang tak mungkin bersatu. Haluan kita mungkin sama, tapi bukan untuk bersama selamanya.

"Kau pasti?" gugahmu.

"Kan semua dah terdampar depan mata." ejekku.

Yalah!

Sesekali Pulang Ya.. Kita Deal!

Aku akan pulang. Sesekali. Mencarimu. Itu noktah kita! Itu katamu.

Aku menunggu!

Post a Comment

TINGGALKAN KOMEN ANDA:

Previous Post Next Post