Drama Korea Do You Like Brahms? Sejak dua menjak ni rajin pulak saya tengok drama korea sebab si bukang kecil saya kan dah duduk asrama. So, kali ni TV saya yang punya. Hero sulung pun dah nak balik semula ke pengajian nya di luar negara. Maka, saya lah queen saya juga king, king tv control.. hehe

Drama terkini yang sedang saya tengok adalah drama korea bertajuk Do You Like Brahms? Pelakon yang terlibat kebanyakannya muka baru, jadi saya tonton bukan kerana ada Hyun Bin atau Lee Wong Wook dan lain-lain pelakon ternama, tetapi kerana tema drama ini yang mengenengahkan muzik biola, piano, cello dan banyak lagi sebagai tema utamanya. Sedap je dengar dia orang gesek biola. Cara nak main biola dan mengendalikan emosi ketika main biola pun dia ada ajar. Memang best lah..


Drama Korea Do You Like Brahms?


Do you like Brahms? mengisahkan tentang Chae Song Ah yang meminati seorang pemain piano profesional yang belajar di universiti tempatnya belajar, bernama Park Joon Young. Kebanyakan alat muzik yang dimainkan adalah alatan muzik klasik..

Do You Like Brahms?
Do You Like Brahms? diterbitkan dalam tahun  2020 dan dibintangi oleh Park Eun-Bin dan Kim Min-jae sebagai pelakon utama. Tayangan Do You Like Brahms? mula disiarkan SBS pada 31 Ogos 2020, setiap Isnin dan Selasa pukul 10.20 malam. Drama ini mengandungi 16 episod. 

Sinopsis Drama Korea Do You Like Brahms?


Chae Song Ah bermain biola dan amat meminati alat muzik klasik itu. Dalam diam dia meminati seorang pemain piano profesional yang melanjutkan pelajaran di Universiti. Park Joon Young adalah pelajar yang telah terkenal di pentas antarabangsa, dan kemudiannya baru kembali belajar di universiti setelah jadual persembahannya dapat dikurangkan. 

Satu hari, Chae Song Ah telah meluahkan isi hatinya kepada Park Joon Young. Tetapi lelaki itu menyuruhnya menunggu untuk satu tempoh tertentu kerana ada tugas yang belum selesai. 

Park Joon Young tidak memberikan jawapan tentang pertanyaan Chae Song Ah menjadikan wanita ini berada dalam keadaan serba salah dan sering dilema. Adakah Chae Song Ah terus menunggu sehingga Park Joon Young menerima cintanya?

Selain itu, dalam drama Do You Like Brahms? ada juga dikisahkan tentang cabaran untuk berjaya dalam muzik klasik dan cara mengatasinya. 

Selamat menonton drama berbentuk sedikit muzikal ini dan lagu-lagu menarik yang dimainkan.

Post a Comment

TINGGALKAN KOMEN ANDA:

Previous Post Next Post