Breaking

Showing posts with label Aina Emir. Show all posts
Showing posts with label Aina Emir. Show all posts

Jun 15, 2010

June 15, 2010

Matahariku ~ Aina Emir


**SOLD**
HARGA ASAL: RM19.90
HARGA TAWARAN: RM10.00
M/SURAT: 537ms
STATUS: TERPAKAI

SINOPSIS:

Syakirah, gadis biasa-biasa yang bertahi lalat di bawah bibirnya, sekalipun tidak sehebat seorang ratu, tetap istimewa. Keresahan jiwa telah menjadikan dia gadis ‘nakal’ yang menghabiskan masa di dunia fantasi ‘anime’. Dia juga menjadi ‘pakar mengurat’ di alam maya. Sekalipun umurnya sudah mencecah kedewasaan, namun cinta dan kasih sayang seorang lelaki tidak pernah berbunga dalam hidupnya.

Perkahwinan merupakan sesuatu yang menggerunkan, kerana nun jauh di lubuk hati, dia bimbang menjejaki ibunya dan tidak mahu dilabelkan sebagai gadis ‘materialistik’. Pun begitu, kehadiran Khair atau ‘Kai’ sejak remaja lagi, kini mula mengubahkan perasaannya. Kalau dulu dia tidak merasakan Kai itu menarik, kini dia tahu lelaki itu mampu menyinarkan hidupnya. Bukankah mereka serupa sahaja? Malangnya, tiba-tiba sahaja ombak deras datang memukul, lalu mengucar-ngacirkan hidupnya. Syakirah terkapai-kapai dan tidak tahu hendak ke mana. Tahu-tahu dia sudah terperangkap dalam sesuatu yang hampir dekat dengan igauannya!

Kehadiran lelaki yang berketurunan campur itu meresahkan lagi hidupnya. Mengapa dia harus hadir dan mengelirukan keadaan? Apakah kuasa yang dia ada untuk melemahkan semangat dan mengecutkan perut gadis yang kaya dengan keayuan asli itu?

“It’s all about going crazy… and doing crazy thing.” katanya lagi,
“Kerana kehadiranmu sinonim dengan cahaya matahari…”

Jun 11, 2010

June 11, 2010

Aura Cinta ~ Aina Emir


**SOLD**
HARGA ASAL: RM19.90
HARGA TAWARAN: RM10.00
M/SURAT: 568ms
STATUS: ELOK/ TERPAKAI

SINOPSIS BELAKANG BUKU:

Penglipur lara moden. Itulah Aina Emir, penulis matang berjiwa muda. Ramai yang melabelkan penulis ini sebagai "The Queen of Romance." Aina Emir adalah novelis kepada novel-novel bestseller... Sesuci Cinta, Seharum Kasih dan Setulus Janji.

Aura Cinta semestinya akan membawa anda mengembara ke alam keasmaraan yang lebih mencabar, penuh misteri, ada debaran... dari muka surat pertama, hingga ke penghabisan!

AURA CINTA menemukan anda kepada Azraai, lelaki Melayu yang bertubuh tegap lagi tinggi orangnya. Perjalanan hidupnya mula goyah bila pertama kali bersua dgn sesuatu yang dianggap aneh lagi pelik. Mengapa tiba-tiba saja dirinya teruja??

Aisya Hanan dan Cikgu Sally... mencabar jiwanya yang selama ini dirasakan aman dan tenteram. Dalam kekeliruan, Azraai tidak mampu untuk menepis kasih sayang Nurbaiti, gadis cantik lagi bijak, yang bukan hanya merupakan pilihan ibu, tapi gadis ini juga sudah lama taat menantinya. Di manakah letaknya nilai kasih seorang gadis matang, berjiwa murni, sopan santun dan berakhlak tinggi?? Bukankah dia mempunyai pakej yang lengkap sebagai seorang calon isteri?

Siapa pula Khairul, Anjang Sadang, Serhan Aydin dan Irfan? Bukan mudah untuk memilih. Tidak juga mudah untuk mengembara ke alam realiti yang penuh fantasi dan ilusi. Anda akan dibawa ke kawasan perkampungan orang asli di daerah Kuala Lipis, Pahang, satu kawasan tropika yang meninggalkan terlalu banyak teka teki untuk Azraai. Panoramanya cukup indah namun tetap berbeda dari yang biasa. Anda juga akan ke Lembah Kelang dan Negara Belgium dalam novel ini. sama-samalah bertemu dengan karekter-karekter yang semestinya akan membuat anda berkhayal, sambil menimba ilmu yang padat dibekalkan penulis.

May 7, 2010

May 07, 2010

Sesuci Cinta ~ Aina Emir


**SOLD ~ NORA**
HARGA ASAL: RM17.00
HARGA TAWARAN: RM8.50
M/SURAT: 496ms
STATUS: ADA/ TERPAKAI

SINOPSIS:

Nuraina, gadis biasa yang tidak punya apa-apa. Dia pernah terluka dan kerana itu pelarian adalah satu cara untuk mengembalikan harga diri yang telah dirobek dan dihina. Walau setinggi mana cintanya pada Armand, dia sedar cinta tanpa harta tidak ke mana.

Bertahun lamanya di rantau orang, jauh dari keluarga tercinta, akhirnya apa yang diimpikan jadi nyata. Kepedihan dan kekecewaan terubat dengan kehadiran Behzad yang dapat menerima dia seadanya.

Namun manusia... sehebat mana pun merancang, tapi TUHAN yang menentukan. Lambaian Istana Al-Hambra membawanya ke Andalusia, Sepanyol. Tanpa terduga, dia bertemu kekasih lamanya, Armand.

Pertemuan yang tidak disangka-sangka itu lantas mengetuk hatinya semula. Dia tahu lelaki yang dikasihi itu tidak pernah bersalah. Dialah yang sebenarnya beralah terlalu mudah. Kini dia keliru! Antara kasih dan kasihan. Antara cinta barunya dengan nostalgia cinta pertamanya.

Cuma manusia sering terlupa, realiti tidak seindah mimpi. Cukupkah dengan lafaz cinta sahaja boleh menjanjikan bahagia? Cukupkah..?
May 07, 2010

Seharum Kasih ~ Aina Emir


**SOLD ~ NORA**
HARGA ASAL: RM17.00
HARGA TAWARAN: RM8.50
M/SURAT: 480ms
STATUS: ADA/ TERPAKAI

SINOPSIS:

ANEHNYA cinta, bila dua hati saling merindu pada bait kata-kata. Tanpa kenal wajah, tanpa dengar suara, Reeza dan Rasya saling bertingkah rasa. Bagi Reeza, hubungan ini harus dimaknakan segera. Namun, Rasya sering berdalih menyembunyikan resah. Mengapa sukar untuknya melafazkan cinta? Sedangkan bahagia sudah di depan mata?

Sayang sekali... gosip dan fitnah melontarkan jauh cinta mereka. Rasya pergi dengan prasangka. Dia bertindak menerima kasih Fahmi untuk membalas sakit hati. Namun, akhirnya Fahmi melepaskan Rasya yang masih suci. Tetapi Rasya malu untuk kembali kepada lelaki sejujur Reeza. Dia sengaja menghilangkan diri agar jejaknya tidak dicari. Tetapi dunia yang luas ini tidak mampu memisahkan mereka.

Pertemuan yang tidak diduga merapatkan kembali sisa cinta yang hampir padam. Tapi redhakah dia melukakan hati Hilda, tunangan Reeza? Kali ini Rasya tekad! Cinta Reeza harus direbut dan dimiliki!