Breaking

Showing posts with label Anita Aruszi. Show all posts
Showing posts with label Anita Aruszi. Show all posts

Mar 17, 2011

March 17, 2011

#Review novel: Mungkin nanti

Kali ini saya nak buat review pasal novel yang baru saya beli. Dua malam saya membaca, meneroka dan cuba menghayati watak watak seperti Aqi, Zahar, nenek, pekerjaan mereka, persahabatan di tempat kerja, dll.

Novel yang bertajuk Mungkin Nanti, terbitan Fajar Pakeer, adalah buah tangan terbaru dari penulis berbakat dan produktif, siapa lagi kalau bukan Anita Aruszi aka Mazni Aznita. Saya telah memiliki Hujan Rindu, Tiada Sepertimu, Bunga Syurga, Kasihmu Arina, Street Vandetta, dan ini yang terbaru.

Penulis novel tersebut memang seorang yang kreatif, lari dari tema kebiasaan, membawa kita menjelajah dunia asing yang kita sendiri belum pernah pergi.

Dalam Mungkin Nanti....Aqi dan Zahar sering tak sependapat. Mereka sering bersaing untuk melakukan yang terbaik untuk syarikat mereka. Apa sahaja yang dilakukan oleh Aqi, akan 'sakit' di mata Zahar. Bagi Zahar, Aqi hanya seorang wanita biasa yang tiada keistimewaan seperti wanita2 lain.

Aqi, gadis yang mengalami buta warna, selalu terseksa dengan deraan yang dilakukan oleh Zahar.

....:Ambilkan yang coklat tua tu," suruh Zahar, masih menanti.
Aqi tergamam. Coklat tua? Yang mana? Dia melihat dompat-dompaet itu sama sahaja. Yang mana satu dompet yang berwarna coklat?
"Hei, kau pekak ke apa ni? Aku nak dompet coklat tu, cepatlah."gesa Zahar meninggikan suara apabila melihat gadis itu teragak-agak memandang isi kandungan dashbox.
Aqi menelan liur. Ya Allah! Kenapa aku diuji hari ini? Dengan nafas gementar, dia mengambil salah satu dompet tersebut.
"Yang inikah?" Dia menanya.

Kasihan kan? Aqi seorang gadis buta warna yang cuba menyesuaikan dirinya dengan orang normal di sekeliling. Berjayakah Aqi mengatasi masalah yang membalut dirinya itu? Adakah Zahar wajar memperlakukan gadis yang memiliki hanya sedikit kelemahan sebegitu rupa?

Tetapi secara peribadi, saya suka kebanyakan tulisan Anita. Dia bijak menyelitkan kisah kekeluargaan di dalam setiap ceritanya melalui dimensi yang biasa dan berbeza. Kebanyakan karya2 tulisannya akan menyelitkan unsur kekeluargaan, bukannya setakat tulisan kosong yang penuh hiburan semata-mata.




Sinopsis di belakang buku

Aqila Murni membesar tanpa seorang ayah. Juga terpaksa menjaga seorang ibu yang menghidap penyakit berbahaya. Lebih malang lagi, dia dilahirkan dengan kecacatan penglihatan akibat kesilapan si ibu. Dunia yang sepatutnya indah dan berwarna-warni, menjadi kelam dan sunyi di matanya. Namun dia memilih untuk membahagiakan orang lain kerana katanya, memaafkan itu lebih mudah dari membenci! Nadzihar Hakim, anak muda berperawakan serius. Yang membenci wanita lantaran masa silam yang menyakitkan. Meskipun nampak dingin di luar, namun hatinya tetap rapuh di dalam. Lalu Zahar memilih untuk membenci kerana katanya, membenci itu lebih baik dari jiwa terseksa! Lalu di bawah langit biru mereka bertemu. Aqi melihat Zahar sebagai objek indah yang cukup berbeza dan dikagumi. Namun Zahar memandang Aqi dengan rasa benci yang tidak bersebab. Lantas apakah ada peluang untuk mereka menyemai benih rasa yang memungkinkan sayang? Di mana permulaan dan pengakhiran kisah mereka, andai kedua-duanya mempunyai dua persepsi berbeza tentang cinta dan kasih sayang?

Atau mungkin nanti… Hati yang sunyi akan dicuri dan jiwa yang rapuh takkan membenci lagi. Mungkinkah?


Jadi, untuk tahu kisah Mungkin Nanti sampai habis, sila beli dari kedai buku berhampiran.

##mykarya: tak rugi beli dan baca, 4/5 bintang.

Jul 9, 2010

July 09, 2010

Hujan Rindu ~ Anita Aruszi


**SOLD**
HARGA ASAL: RM25.90
HARGA TAWARAN: RM16.00 (termasuk pos)
M/SURAT: 797 ms
STATUS: TERPAKAI (10/10)

SINOPSIS:

Kerana kasih dan sayang seorang anak kepada ibunya, Anum Dahlia yang dilahirkan dan dibesarkan di luar negara sanggup menjejaki keluarga ibunya di Malaysia sehingga dia sanggup mengenepikan kepentingannya sendiri. Sanggup meredah beribu-ribu kilometer untuk menunaikan harapan dan impian ibunya yang sedang terlantar koma.Anum Dahlia, seorang cucu yang mendambakan kasih sayang daripada datuk dan neneknya yang selama ini tidak pernah ditemuinya. Sebuah kisah tentang cinta yang hilang di bumi kelahiran, tapi ditemui pula cinta seorang lelaki milik Yuzer Taufik, di sebuah negara asing.Tegas dalam keputusan dan berani menjejak kisah silam ibunya di sebuah negara yang tak pernah dijejakinya selama ini, Anum Dahlia menyamar sebagai seorang pelajar yang mahu membuat kajian tentang seni silat Melayu, membuatkan dia bertemu Tok Anjang, datuknya.

Jun 23, 2010

June 23, 2010

Street Vandetta ~ Anita Aruszi/ Mazni Aznita


**SOLD ~ WENDY**
HARGA ASAL: RM19.90
HARGA TAWARAN: RM10.00
M/SURAT: 636ms
STATUS: TERPAKAI
CONDITION: 10/10

SINOPSIS(dari website buku prima):

Anabella, gadis hipokrit bermata duitan. Kojie, si jejaka selekeh bergaya 'punk' dan sukakan kesederhanaan. Kerana sebuah kereta, mereka dipertemukan dalam situasi aneh. Kisah mereka tercipta di jalanan. Satu perjalanan yang penuh 'havoc'!

Anabella si gadis hipokrit bermata duitan. Kojie, si jejaka selekeh bergaya punk dan sukakan kesederhanaan. Kerana sebuah kereta, mereka dipertemukan dalam situasi aneh. Kojie ditugaskan menarik kereta Anabella yang banyak berhutang. Namun Anabella nekad melarikan keretanya kerana mengejar sebuah cinta. Dan kisah mereka tercipta di jalanan. Satu perjalanan yang penuh havoc dan peristiwa.

Cinta Anabella pada Iqbal membawanya ke Cherating ditemani Kojie, si selekeh yang baik hati. Misi Anabella cuma satu, mahu merebut Iqbal dari tangan si Tumirah Kuncup aka Mira yang bakal bertunang. Namun di sana dia mula memahami sesuatu yang cinta monyet sewaktu remajanya tidak lagi sama seperti yang diharapkan.

Perpisahan terakhirnya dengan Kojie di Cherating bagaimanapun sering membuahkan rindu. Anehnya bila dia bertemu Fakruzi, si jejaka tampan yang memiliki iras senyuman Kojie Anabella merasa keliru. Fakruzi dan Kojie, orang yang sama atau dua individu berbeza? Jawapannya hanya ada di penghujung kisah.

Jun 10, 2010

June 10, 2010

Bunga Syurga ~ Anita Aruszi


**SOLD**
HARGA ASAL: RM23.00
HARGA TAWARAN: RM12.00
M/SURAT:623ms
STATUS: TERPAKAI

SINOPSIS:

Riffki - Dia melihat cinta pertamanya dalam wajah suci sang gadis yang dahagakan secangkir kasih. Namun dingin hati lelakinya terus menolak kehadiran rasa dalam diri. Pertemuan demi pertemuan membibit rasa rindu. Tetapi sayang yang tidak terucap seumpama racun menjalar. Bila hati semakin tidak tertahan, kesakitan terasa perit mencengkam. Cinta sepatutnya memberi, mengasihi dan menerima. Tetapi cintanya hanyalah menyakiti, mengasari dan menyeksa diri. Semakin banyak dia memberi, semakin jauh cintanya lari.

Hijjaz - Hablur-hablur rindu sudah lama ternoktah dalam hidupnya. Kesepian membuatkan dia sering bermimpi di siang hari. Namun tidak pernah terlintas di mindanya akan terbit satu saat di mana dia mula merindui insan yang terlalu berbeza. Namun menyayangi lelaki itu bagaikan menyayangi bayang-bayang sendiri. Semakin jauh dikejar semakin dirinya ditinggalkan. Suatu masa dia sudah lelah mengejar bila hakikat maha nyata terhampar di hadapan mata. Mungkin ini takdir azali, satu langkah abadi membongkar sebuah tragedi.