Breaking

Showing posts with label BUKU PILIHAN. Show all posts
Showing posts with label BUKU PILIHAN. Show all posts

May 25, 2017

May 25, 2017

Buku Antologi Puisi Ilhamku Untukmu Jadikan Impian Satu Realiti

Buku Antologi Puisi Ilhamku Untukmu. Saya nak menulis sedikit tentang minat saya. Selain menulis blog, saya juga gemar menulis cerpen, sajak, enovel dan banyak lagi cabang tulisan kreatif yang saya cuba. Saya ada banyak menulis e-novel dan puisi di dalam blog www.mykarya.com. Jika anda mahu membaca tulisan saya, silalah kunjungi blog picisan tersebut ya...hihi

Satu hari saya terbaca di Facebook tentang komplot menghasilkan puisi dengan setiap penulis yang berminat boleh menyumbangkan sedikit modal agar impian itu terlaksana. Oleh kerana saya pun ada angan-angan nak ada sebuah buku (walau perkongsian), saya setuju untuk sertainya.

Kini akhirnya impianku menjadi nyata!!! Yahooo...

Akhirnya Buku Antologi Puisi Ilhamku Untukmu Berjaya Diterbitkan


Alhamdulillah.

Buku antologi puisi ILHAMKU UNTUKMU berjaya diterbitkan. Ia adalah buku antologi puisi yang membariskan 42 orang penulis dimana setiap penulis mengirimkan 5 buah puisi dengan tema bebas masing-masing untuk diterbitkan secara bersama.
Akhirnya Buku Antologi Puisi Ilhamku Untukmu Berjaya Diterbitkan

Setiap penulis yang berkomplot menghasilkan buku antologi puisi ini menyumbangkan sedikit dana sebagai modal dalam usaha tersebut.

Buku Antologi Puisi Ilhamku Untukmu

Kita orang tak ada buat apa pun, tunggu lebih kurang dua bulan, then...buku siap! Tak payah pening kepala. Segala urusan penerbitan, dapatkan kebenaran, konsep kulit buku dan sebagainya diuruskan oleh penyelenggara iaitu Saudara Zarir Ali.

Akhirnya Buku Antologi Puisi Ilhamku Untukmu Berjaya Diterbitkan

Antologi puisi ILHAMKU UNTUKMU mengandungi lebih kurang 210 puisi dengan pelbagai tema dari berbagai latar belakang penulis. Hmmm...ohsem sungguh! Mesti macam-macam idea penulisan, kan??
Akhirnya Buku Antologi Puisi Ilhamku Untukmu Berjaya Diterbitkan

Akhirnya Buku Antologi Puisi Ilhamku Untukmu Berjaya Diterbitkan

Anda berminat nak dapatkan buku antologi tersebut? Sebab...ditangan saya ada beberapa buah buku antologi puisi ILHAMKU UNTUKMU untuk dimiliki. Berikut maklumat tentang buku tersebut kepada yang berminat:

HARGA : RM25.00 (sm)/ RM28.00 (sabah/sarawak)
POSTAGE: Bergantung kepada kawasan diposkan
MUKA SURAT: 230
PENYELENGGARA: Zarir Ali
EDITOR: AC Jaffrie
PENERBIT: Pena Padu Press 

Anda boleh hubungi saya melalui whatsapp/SMS ; 013 7446292 untuk memesan buku tersebut.

Semoga dengan penghasilan buku ini menjadikan saya lebih bersemangat menghabiskan e-novel saya dan mungkin satu hari nanti akan terhasil pula novel kreatif saya.

Insyaa Allah, dengan izin Allah.

Nov 20, 2009

November 20, 2009

SINOPSIS NOVEL: YANG SEBENARNYA

TAJUK: YANG SEBENARNYA
KARYA: AISYA SOFEA
TERBITAN: ALAF21 SDN BHD
HARGA: RM19.90

SINOPSIS:

Tidak semua cinta itu berbalas. Inilah yang terjadi kepada Eddie. Akibat cintanya ditolak oleh Nazirah, sepupunya, dia nekad membawa diri ke London. Hatinya perlu dirawat.

Kelukaan Eddie mendapat simpati daripada Nadhiya, adik Nazirah. Melalui kiriman e-mel dan YM, Nadhiya sentiasa menyakinkan Eddie bahawa cinta akan datang lagi. Namun, hati Eddie belum terbuka untuk mencari pengganti.

Seiring waktu berlalu, cinta Eddie semakin memekar. Dengan semangat baru, Eddie pulang bersama cinta untuk Nadhiya. Malangnya, kalimah keramat itu tidak terucap dari bibirnya. Apatah lagi Nadhiya melayannya seperti seorang abang. Eddie jadi penasaran. Akibatnya, mereka saling bertelingkah tanpa sebab. Nadhiya memendam rasa...lelaki itu seperti memusuhinya.

Semuanya harus dirungkaikan. Eddie perlu berterus terang tentang perasaan sebenarnya. Dan Nadhiya pula mesti menyedari bahawa cinta baru Eddie adalah untuk dirinya!

Nov 12, 2009

November 12, 2009

SINOPSIS NOVEL: HATI YANG TERUSIK


TAJUK: HATI YANG TERUSIK
KARYA: NIA AZALEA
TERBITAN: ALAF 21 SDN BHD
HARGA: 19.90

'Siapa kata manusia boleh hidup hanya dengan cinta? Siapa kata wang tidak penting dalam menjanjikan bahagia?'

Lewat musim bunga menyaksikan detik kemesraan Farhan dan Vanessa menjalin rasa, menyulam cinta. Mungkin juga ketentuan Yang Esa, dua hati jauh berbeza latar dan budaya akhirnya bertaut menjadi satu. Namun, hakikat kehidupan tidak memungkinkan mereka mengecap bahagia berpanjangan.

'Farhan...lelaki yang tidak punya segalanya. Yang dimiliki hanyalah harga diri yang tidak akan sesekali dipijak sewenang-wenangnya.'

'Vanessa... wanita yang memiliki segalanya. Namun, itu bukanlah tiket untuknya mengecap segala kebahagiaan yang sering diimpi.'

Hakikatnya...mana ada cinta yang tidak teruji. Tentangan keluarga akhirnya menghancurkan mahligai cinta yang dibina. Malah, desakan hidup mampu mengubah kewarasan seorang lelaki yang tinggi akal fikirannya. Dayusnya Farhan bertindak hanya melalui sepucuk surat! Semuanya kerana fitnah, kerana maruahnya dihina, dicela sesuka hati.

Untuk kesekian kalinya, tercarik lagi hati Vanessa. Cinta dan kasihnya musnah bak pudar ungu lavendar di musim luruh. Dia terpaksa membuat pilihan. Antara cinta dan maruah diri, dia harus bijak membuat keputusan. Baginya, diam bukan bererti salah. Bukan juga bererti mengalah. Dan dalam segala kepayahan, hati kecilnya tetap tidak henti berharap, akan ada jua kebahagiaan di akhir segala kedukaan!

Nov 11, 2009

November 11, 2009

SINOPSIS NOVEL: LAFAZKAN CINTAMU


TAJUK: LAFAZKAN CINTAMU
KARYA: AIDA ADRIANI
TERBITAN: ALAF 21 SDN BHD
HARGA: RM19.90


Mengenali lelaki itu adalah detik-detik terindah di dalam hidup Erina. Dalam diam dia menyedari hatinya mula berubah rasa. Cinta pandang pertama itu makin mekar hari demi hari. Namun, disaat dia mula mencium wanginya bunga cinta, di saat itulah dia tahu bahawa lelaki itu telah dimiliki. Sewajarnya...dia tidak akan memburu cinya yang tak pasti!

Lantas, Erina terus memendam rasa, membiarkan cinta yang tak terucap itu tersimpan dilubuk hati. Meskipun di mata lelaki itu telah terpancar selautan cinta, telah terbayang mahligai bahagia, namun dia nekad. Cinta tak semestinya bersatu. Cukuplah sekadar memiliki hati lelaki itu, bukan tubuh badannya. Dia cuba membuang jauh segala rasa yang pernah membuatnya bahagia.

Aduhai perempuan... sampai bila mesti memendam rasa, sedangkan jiwa terus merana? Dengarlah dan lihatlah dengan mata hati serta akal fikiran, apakah terlalu payah untuk menuturkan kalimah suci itu? Mencintai dan dicintai bukan satu dosa, malah ia adalah satu fitrah, anugerah ILAHI untuk setiap insan. Lantaran itu, lafazkanlah cintamu, usah dibiarkan hati terus terluka...

Aug 24, 2009

August 24, 2009

SINOPSIS: BILA ADA RINDU




TAJUK: BILA ADA RINDU
PENULIS: EMMA MAIZURA
TERBITAN: ALAF 21 SDN BHD
HARGA: RM19.90

SINOPSIS:


HIDUP Nur Dalyla dipayungi bahagia apatah lagi menjadi anak kesayangan keluarga. Ke mana pergi, dengan siapa dia berkawan sering menjadi perhatian orang tuanya sehingga dia digelar anak manja. Walaupun kadangkala rasa terkongkong dengan situasi itu, namun dia akur kasih sayang ibunya melebihi segala.
Namun, siapa sangka di sebalik kegembiraan dan kesempurnaan itu, rupa-rupanya ada cerita duka yang terbongkar. Gelaran anak angkat yang berstatus luar nikah ibarat bumi menghempap kepala. Sekelip mata, segalaimpian ranap begitu sahaja. Dalyla kehilangan punca.
Saat hati dihurung kecewa, muncul Eriel untuk menyembuh luka. Namun, bila kisah hitamnya diketahui, sang arjuna pergi tanpa sebarang pesan. Hati Dalyla merintih.
Awan hitam seolah-olah melitupi segenap dunianya. Mungkinkah ada sinar mentari pada esok hari?

May 24, 2009

May 24, 2009

RIA QISTINA



TAJUK: RIA QISTINA

KARYA: BIKASH NUR IDRIS

TERBITAN: ALAF 21 SENDIRIAN BERHAD

HARGA: RM15.00

SINOPSIS (dari kulit buku):

Cinta sememangnya wujud dalam diri setiap insan. Sesekali akal waras manusia lupa akan hakikat itu. Semuanya kerana dendam, sakit hati dan benci akan kenyataan yang terpaksa dilalui.

Ria Qistina seorang remaja tomboy yang telah kehilangan kasih sayang daripada keluarganya sejak kecil lagi. Pengalaman pahit yang pernah dilalui menghambatnya ke dunia ciptaan sendiri. Dendam membuatkan Qistina membenci cinta dan kasih sayang seorang lelaki. Baginya, cinta itu pemusnah dan pembunuh kehidupannya. Seboleh mungkin, dia ingin menjauhkan diri dari perasaan itu. Mamun, kemunculan Fadzli sekali lagi menambah deritanya. Salahkah seseorang itu andai mengorbankan cinta demi kasih pada ibu tercinta? Wajarkah dia menurut kata hatinya sendiri?

Kehadiran Zarif mengundang kekeliruan dalam diri Qistina. Zarif dengan egonya, Qistina bersama dendamnya terhadap cinta lelaki. Keduanya dipertemukan tanpa dirancang. Mampukah mereka berubah? Apakah Qistina akur dengan hakikat 'setiap manusia sememangnya dilahirkan dan dianugerahkan dengan perasaan cinta'?

May 20, 2009

May 20, 2009

APA KATA HATI

TAJUK: APA KATA HATI
PENULIS: AHADIAT AKASHAH
PENERBIT: GHOSTWRITER -2004
HARGA: RM15.90 (S.M'SIA)

SINOPSIS:

Kisah cinta yag terjadi antara Dalinda, Damien dan Nirul Nizam tidaklah semudah yang disangka jalan penyelesaiannya. Antara Damien dan Nirul Nizam tak mahu mengalah dan masih memburu sekeping hati milik Dalinda.

Lantaran itu, Dalinda terkapai di ambang kemelut, tak berdaya menyingkirkan cinta abadi kedua-dua pemuda yang berebutkannya. Mampukah Dalinda menyingkir salah seorang dari mereka? Siapa yang berjaya menawan hati Dalinda sehingga ke gerbang perkahwinan? Dan, apakah sebenarnya kata hati Dalinda...

May 17, 2009

May 17, 2009

SETIAP JUMAAT



NOVEL: SETIAP JUMAAT

KARYA: NORHAYATI BERAHIM

TERBITAN: NBKARA SDN BHD

HARGA: RM24.90 (S.MS'IA)

SINOPSIS:

Hidup di negara orang memang payah. Apatah lagi di Negara Jepun yang rumah sewanya hanya sekangkang kera. Benar kata orang, biar hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri. Negara sendiri lebih indah. Tetapi kerana dendam, payah dan gundah, suka atau tidak, Jasmine gagah mengharungi sendiri.

Bertahun berlalu, marah pada emak tidak pernah surut. Memang tidak ada haramnya emak berkahwin lain, tidak ada hinanya. Ayah pun sudah meninggal dunia. Tetapi apa perlunya emak berkahwin dengan lelaki bujang? Namun Jasmine tidak tahu, ada rahsia sebenarnya yang emak tidak mahu cerita...

May 17, 2009

SEWANGI KASIH- KONFLIK TERAKHIR



SEWANGI KASIH - KONFLIK TERAKHIR
KARYA: NORZAILINA NORDIN
TERBITAN:TIMES EDITIONS
HARGA: RM - TIADA DALAM SIMPANAN-

SINOPSIS:

Kedatangan Junita ke Pesona I.D. menemukannya dengan Farid, bosnya yang muda dan kacak itu, tetapi tidak disenangi oleh Nik Anura yang sudah lama menyimpan perasaan terhadap Farid. Namun Junita tidak gentar bersaing dan akhirnya dapat menawan hati jejaka itu.

Sanggupkah Nik Anura yang licik itu berdiam diri di Sydney dan merelakan Junita bahagia bersama Farid? Bagaimanakah pula reaksi lelaki itu apabila mengetahui Junita rapat dengan Haziq di London?

Konflik menjadi semakin tegang apabila keadaan memaksa Farid mendampingi Zaiton tatkala wanita itu mengalami masalah. Bagaimanakah kesudahan persengeketaan ini? Ada kesudahan yang memeranjatkan dan teka-teki akan terjawab akhirnya.

Jul 7, 2008

July 07, 2008

HARUM CEMPAKA

Saya sedang membaca karya Norhayati Berahim bertajuk Harum Cempaka. Hampir selesai dan sesekali mencuri masa kerana kesibukan saya. Semasa permulaan bacaan kita dihidangkan dengan prolog watak Sheikh Adli dengan pembunuhan. Cubaan membunuh...

Seterusnya watak bermula semasa zaman persekolahan Cempaka. Dari situ kita dapat menyelami kesusahan yang dialami Cempaka, masalah keluarga dan kawan-kawan seasrama, juga kawan sebilik.

Watak-watak berkembang mengikut masa dan tempat yang bersesuaian. Suasana kampunng, bandar, alam persekolahan (asrama), di kebun getah, di dalam pesawat, di lapangan terbang, digambarkan dengan jelas.

Walau baru separuh membacanya, saya dapat memahami tema yang ingin disampaikan oleh penulis.

Saya sarankan sesiapa yang ingin memiliki novel tersebut agar berbuat demikian dengan segera agar tidak kehabisan stok.

Syabas kepada penulis. Saya amat menggemari karya Saudari Norhayati Berahim dan sentiasa menanti novel terbaru dari beliau.

Selamat membaca.