Breaking

Showing posts with label Drama Melayu. Show all posts
Showing posts with label Drama Melayu. Show all posts

Jun 5, 2017

June 05, 2017

Sinopsis Drama Dan Pelakon Semusim Rindu

Sinopsis Drama Dan Pelakon Semusim Rindu. Semusim Rindu adalah drama adaptasi dari novel Semusim Rindu karya Aleya Aneesa. Drama ini sudahpun bersiaran di Astro setiap Isnin hingga Jumaat pada pukul 6.00 petang. Drama ini dibintangi oleh pelakon baru dan lama yang bakal melonjakkan drama adaptasi tersebut.

Mesti ramai yang ternantikan kemunculan Intan Ladyana setelah beberapa tahun tidak berlakon. Dalam drama ini Intan Ladyana berlakon sebagi watak utama dan tunjang perjalanan cerita Semusim Rindu. Dia memegang watak sebagai Hajar Adira yang melalui kepahitan hidup dari zaman kecilnya hinggalah dewasa. Dapatkah Hajar bertahan demi untuk menegakkan kebenaran?

Senarai Pelakon Semusim Rindu 


Sinopsis Drama Dan Pelakon Semusim Rindu

PARA PELAKON Semusim Rindu adalah: Ben Amir, Intan Ladyana, Aizat Hassan, Yerlly Yarifin, Dayang Areeda, Haliza Misbun, Kartina Aziz
  • Ben Amir sebagai ‘Ikhman’
  • Intan Ladyana sebagai ‘Hajar / Hani’
  • Dayang Areeda sebagai ‘Hanna’
  • Haliza Misbun sebagai ‘Datin Nasriah’
  • Kartina Aziz sebagai ‘Nazimah’

TARIKH TAYANGAN : 29 Mei 2017
HARI & MASA : Isnin – Jumaat, jam 6.00 petang
EPISOD: 40 Episod semuanya
SIARAN : Astro Prima -105 & Maya HD -135
PENULIS NOVEL : Aleya Aneesa
PENGARAH : Ejump Zahir
TERBITAN : MIG Production Sdn Bhd

Sinopsis Drama Semusim Rindu 


Sumber : aznanie

Hajar Adira didera mental dan fizikal oleh ibu saudaranya, Nazimah setelah kematian ibu bapanya. Tidak tahan dengan seksaan itu, Hajar Adira nekad melarikan diri ke Johor, untuk bertemu dengan mak ngahnya, Nasriah. Namun dalam usia 10 tahun, apalah sangat dayanya. Akhirnya, nasibnya terbela dengan bertemunya seorang insan berhati mulia, Firdaus dan isterinya, Fauziah. Mereka berdualah yang memberi kasih sayang dan penjagaan yang sempurna kepadanya.

Semenjak kematian Fauziah dan kemalangan yang menimpa Firdaus sehingga membuatkan kakinya lumpuh, Hajar Adira lah yang mengambil alih tugas menyara keluarga itu. Menyara 3 lagi adik-adiknya. Walaupun bukan keluarga kandungnya namun Hajar Adira tidak betah membiarkan mereka ditimpa kesusahan. Bagi Hajar Adira itulah keluarganya setelah dia dibuang saudaranya sendiri.

Dalam kemelut mencari sesuap nasi untuk menyara keluarga yang serba kekurangan, muncul Ikhman, lelaki yang mengharu-birukan hidupnya. Hatinya sakit bila berdepan dengan lelaki itu. Ada saja agenda lelaki itu yang menyusahkan dirinya. Sebenarnya, Ikhman telah jatuh hati pada Hajar Adira. Namun keegoan diri menghalang untuk dia berterus-terang. Bimbang di tolak perasaannya oleh Hajar Adira. Juga takut maruah dirinya jatuh di depan Hajar Adira.

15 tahun mencari, baru lah Hilal menemui Hajar Adira. Namun masa 15 tahun itu belum cukup lama untuk membalut luka. Ianya masih berdarah. Bukan senang memberi kemaafan setelah diri puas di mamah derita. Sesungguhnya kemaafan adalah dendam yang terindah.

Keinginan Hilal untuk menyatukan Hajar Adira dengan Ikhman terlaksana bila mereka berdua menyetujuinya. Walaupun begitu Hajar Adira masih sangsi akan perasaannya. Yakin Ikhman tidak mencintainya, sebagaimana dirinya di kala itu. Namun dia pasrah akhirnya.

Setelah disatukan, Hajar tidak mahu serumah dengan Ikhman. Mereka bersetuju membawa haluan masing-masing. Sebenarnya Hajar takut Ikhman akan meninggalkannya dan mempersia-siakannya setelah dirinya dimiliki. Hajar tidak mahu mengulangi kesakitan dulu. Cukuplah dirinya diseksa dan didera.

Namun hati dan perasaan adalah sesuatu yang sukar di kawal. Bila ia hadir sesiapa pun tak mampu menghalangnya. Begitu juga bila cinta untuk Ikhman hadir dalam hati Hajar. Ada rindu yang menggebu untuk suaminya itu. Namun tak terluah dengan kata-kata.

Di saat hati semakin pasti pada perasaan sendiri, Hajar Adira di uji lagi. Rumahtangganya bergoncang lagi. Gara-gara sifat dendam Nazimah yang sengaja menabur fitnah padanya sehinggakan ibu mertuanya, Nasriah termakan dengan kata-kata kakaknya itu. Hajar Adira pasrah. Tak guna menegak keadilan andai hati sudah tertutup menerima kebenaran. Bersama kelukaan Hajar Adira membawa diri. Pergi bersama lara diri.

Hatinya semakin terluka bila Firdaus, ayah yang selama ini menyokongnya pun mempertikaikan kesetiaanya. Dia membawa diri ke luar negara. Menyambung pelajaran yang terbantut dahulu. Sebelum pergi telah diserahkan tanggungjawab menjaga Syarikat Sakura kepada Ikhman.

Kebenaran terserlah. Azim dan Yuha menceritakan apa yang sebenarnya terjadi. Nasriah terkaku malu. Begitu jugak dengan Husna yang lancang menuduh Hajar. Jugak Firdaus terus rebah bila diberitahu yang Hajar tidak bersalah. Rasa bersalahnya memakan diri sehingga terlantar di hospital. Ikhman tak berhenti mencari isterinya namun menemui jalan buntu.

Setelah Hajar berjaya dijejaki, Ikhman memujuk dan merayu agar dirinya diberi keampunan. Setelah yakin akan keikhlasan Ikhman, Hajar Adira melembutkan hatinya. Bersedia menerima kembali Ikhman dalam hidupnya mentelah dia pun turut mengakui yang dirinya telah jatuh cinta pada suaminya itu.

Daripada Goodreads pula, saya sambungkan sinopsis daripada novel Semusim Rindu.

Di sebalik senyumannya... ada tangisan yang panjang. Keperitan hidup menjadi anak buangan membuatkan Hajar Adira begitu berhati-hati. 15 tahun dia cuba membalut luka tetapi sehingga kini luka itu masih berdarah. Selagi parut itu masih ada, kemaafan untuk mereka mungkin tiada. Dulu Hajar pernah mengemis kasih sayang saudara sendiri, kini kasih itu tidak diperlukan lagi. Cukuplah jiwanya menderita dan zahirnya terseksa...

Benarlah... perasaan itu sememangnya sesuatu yang hidup. Hari ini tiada tapi esok mungkin ada. Hari ini ada, mungkin esok tiada. Tapi Hajar tahu perasaannya pada Ikhman tidak akan sirna sampai bila-bila. Bukan senang untuk dia jatuh cinta! Bila sekali perasaan itu bertapak, tiada apa yang mampu menghilangkan rasa cinta walaupun perasaan dendam pernah berapi di dadanya. Sesungguhnya kemaafan adalah dendam yang terindah...

Sungguh... Hajar rindu pada Ikhman. Tapi dia terlalu takut dilukai hingga tanpa sedar dia sebenarnya melukai hati dan perasaannya sendiri. Mungkin ini suratan yang tertulis dalam lipatan hidupnya. Di saat dia baru belajar bertatih untuk menerima dan memberi Ikhman kasih sayang yang tidak berbelah bahagi, dia dibiarkan terkapai-kapai seorang diri. Dan... yang paling perit dia dituduh menduakan suami sendiri! Inikah balasan ALLAH pada dirinya yang ingkar?

Akhirnya... kata putus harus diambil. Biarpun kasihnya digantung tidak bertali, status sebagai isteri tidak akan sesekali dicemari. Jika perpisahan menjanjikan penyatuan dua hati, dia rela berlari dan terus berlari demi mencari kebahagiaan sendiri. Yang pasti dia tidak mahu menjadi seperti bunga, dihirup madunya kemudian ditinggalkan begitu saja. Apakah Ikhman tahu maksudnya?

Panjang lebar nampaknya sinopsis Semusim Rindu yang dikongsikan. Novel karya Aleya Aneesa ni terbitan Alaf 21. Novel yang penuh dengan kisah kekeluargaan, dendam dan kasih sayang. 

Semoga drama adaptasi dari novel Semusim Rindu ini dapat memberikan banyak pengajaran kepada kita untuk menjalani kehidupan di alam fana ini.

May 30, 2017

May 30, 2017

Slot Samarinda TV3 Andainya Takdir Lakonan Shukri Yahaya

Slot Samarinda TV3 Andainya Takdir Lakonan Shukri Yahaya. Setelah berakhirnya Menanti Februari.. drama yang agak kontroversi jugak tu.., kini slot Samarinda TV3 tayangkan pula sebuah drama airmata bertajuk Andainya Takdir. Apakah maksud tersirat disebalik Andainya Takdir? Apakah ia sebuah kisah penyesalan kepada takdir yang Allah turunkan kepada seseorang? Bolehkah kita salahkan takdir? Saksikan drama Andainya Takdir dengan fikiran terbuka dan ambil manfaat daripadanya. Setiap drama adalah kisah kehidupan manusia yang berbeza watak tetapi tetap berpaksi pada kisah yang serupa.

Kisah drama Andainya Takdir bukan lah drama adaptasi (kalau tak silap saya...) sebab karya novel yang hampir sama bertajuk Andai Itu Takdirnya. hihi.. confuse kan? Andainya Takdir mengisi slot Samarinda TV3 pada setiap Isnin - Khamis mulai pukul 10.00 malam. Sama waktu tayangan dengan drama HERO SEORANG CINDERELLA di TV Astro. Pilih lah nak tengok yang mana..., pilihan di tangan anda..

JUDUL : ANDAINYA TAKDIR
EPISOD : 16 episod
MULA TAYANGAN: 29 Mei 2017
HARI / MASA : Isnin-Khamis, 10.00 malam di Slot Samarinda TV3
SKRIP : Wan Mahani Wan Hassan
PENGARAH : Along Kamaludin
TERBITAN : A.Aida Production Sdn Bhd
PELAKON : Shukri Yahaya, Nina Iskandar, Puteri Balqis, Sheila Mambo, Idris Md Diah, Sabhi Saddi, Adiba Yunus, Annie Ariffin, Ikhlas Jalil, Rosnah Mat Haris, Dilla Ahmad, Putra Amaris

Sinopsis Drama Andainya Takdir Lakonan Shukri Yahaya


WATAK PELAKON 

Shukri Yahaya sebagai Airil
Nina Iskandar sebagai Fatihah
Putri Balqis sebagai Aleeya
Sheila Mambo sebagai Normah
Annie Ariffin sebagai Norlin

Slot Samarinda TV3 Andainya Takdir Lakonan Shukri Yahaya
Slot Samarinda TV3 Andainya Takdir Lakonan Shukri Yahaya
Drama ini mengisahkan tentang ketabahan seorang wanita bernama Fatihah, yang cuba mempertahankan rumah tangganya bersama Airil. Pasangan suami isteri ini mempunyai seorang puteri bernama Aleeya. Kehidupan mereka sentiasa dalam keadaan genting kerana Airil merupakan seorang yang panas baran dan cemburu buta. Segala perbuatan Fatihah dipantau oleh Airil. Bukan itu saja, Fatihah juga sering dipukul.

Fatihah yakin dia mampu bertahan dengan sikap suaminya itu hanya kerana Aleeya. Kesengsaraan Fatihah bukan hanya kerana suaminya saja, tetapi ibu mertuanya Normah, seorang yang keras kepala, suka menghasut dan berprasangka buruk terhadap Fatihah. Normah sememangnya tidak disenangi oleh orang kampungnya kerana sikapnya yang suka menuduh tanpa soal siasat.

Fatihah tidak terlepas menjadi mangsa buli emosi Normah apabila segala permintaan Fatihah kepada suaminya ditentang normal. Airil pula sentiasa menyebelahi ibunya dan perkara itu membuat Fatihah berasa terpinggir.

Tidak kurang penderitaannya, Fatihah juga mempunyai adik iparnya Norlin, seorang yang obses kepada kanak-kanak. Dia amat mencemburui kecantikan Fatihah dan rezeki Fatihah kerana mempunyai zuriat.

Walaupun Airil panas baran dan sering memukul Fatihah, jauh disudut hati dia amat menyayangi Fatihah. Airil cuba mengubah sikapnya.

Dapatkah perkahwinan Fatihah bersama Airil bertahan? Mampukah Fatihah bertabah dengan segala cabaran kehidupannya? Adakah Normah, Norlin, dan Airil berubah sikap demi mengecapi sebuah keluarga yang harmoni? Saksikan drama menarik ini di saluran Samarinda TV3.

Selamat menonton slot Samarinda TV3 Andainya Takdir Lakonan Shukri Yahaya.

Apr 23, 2017

April 23, 2017

Sinopsis Drama Dia 60 Episod Slot Akasia TV3

Sinopsis Drama Dia, Slot Akasia Lakonan Janna Nick Dan IrwanSyah. Pengarah Indonesia Omar Aly Adly berkolaborasi dengan pengarah Malaysia, Eoon Suhaini untuk drama bersiri sebanyak 60 episod terbitan Orangetree Productions yang bakal disiarkan TV3 Oktober depan.

Antara pelakon utamanya adalah Janna Nick. Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 22, dipilih membintangi drama bersiri 60 episod berjudul Dia bagi tayangan slot Akasia di TV3.
Sinopsis Drama Dia 60 Episod Slot Akasia TV3

Ini adalah projek drama panjang pertamanya sejak terbabit dalam bidang lakonan. Sebenarnya beliau lebih suka terikat dengan drama yang memerlukan komitmen lama. Dengan itu, dia dapat bekerjasama dan belajar dengan semua kakitangan produksi.

Katanya lagi,
“Kalau anda perasan saya kerap berlakon drama bersiri berbanding telefilem. Saya tak kisah kalau berjumpa orang yang sama setiap hari. Bagi saya perkara itu menjadikan hubungan seseorang pelakon dengan semua orang di lokasi penggambaran lebih rapat. Saya pula memang sukakan suasana kekeluargaan ketika menjalani penggambaran,”.

Antara pelakon lain yang terlibat adalah Irwansyah, Zahirah Macwilson, Janna Nick, Adi Putra dan ramai lagi. Drama Dia ini mengandungi 60 episod dan diarahkan oleh Eoon Suhaimi.

Sinopsis Drama Dia Slot Akasia Lakonan Janna Nick Dan Irwan Syah


Drama DIA jadi sejarah antara drama Akasia terpanjang pernah dihasilkan. Drama ini adalah drama kerjasama antara Malaysia dan Indonesia dan khabarnya akan ditayangkan dalam bulan Oktober. Benar atau tidak, kita tunggu aje lah ye..

Dalam kesempatan ini saya nak share sinopsis drama DIA ini.

Aina (Zahirah Macwilson) merupakan adik tiri kepada Adit (Irwansyah) berkelana ke Kuala Lumpur selepas kematian ayah mereka. Adit pula terpaksa berkahwin dengan wanita pilihan keluarganya bernama Emelda walaupun dia amat mencintai Aira. Namun Emelda telah meninggal dunia sewaktu melahirkan anaknya.

Kerana kecewa, Adit membawa diri ke satu tempat dan menjadi penulis. Kemudiam, dia dipertemukan semula dengan Aira. Apakah terjadi seterusnya? Dapatkah Adit merebut semula cintanya?

Sementara itu, Adit, seorang pemuda jujur dan rajin bernama telah menerima surat wasiat arwah bapanya. Adit bakal mewarisi empayar perniagaan di Malaysia. Pelbagai rintangan dan dugaan harus dilalui untuk merealisasikan impian arwah bapanya.

Apakah yang terjadi kepada Aina, Aira dan Adit ketika bertemu di KL. Adakah mereka akan berebut wasiat yang ditinggalkan.

DIA, ditunjangi Irwansyah seagai Adit, Janna Nick (Aira), Izara Aishah (Emelda), Zamarul Hisham (Hafiz), Sandrinna Michelle Skornicki (Icha Aulia) serta dibantu gabungan pelakon Malaysia dan Indonesia lain antaranya, Emma Maeombong, Farouk Hussein, Aleza Shadan, Adi Putra, Kevin Andrean, Tatiana Sivek, Juliana Moectar serta Adhitya Alkatiri.

Drama Dia merupakan sebuah naskhah yang dipenuhi dengan kisah cinta dan konflik yang melibatkan watak-watak utamanya.

Selamat menonton drama panjang 60 episod ini dan ambil iktibar dari apa yang dipaparkan.

Apr 14, 2017

April 14, 2017

Sinopsis Drama Encik Suami Mat Saleh Celup Slot Dahlia TV3

Sinopsis Drama Encik Suami Mat Saleh Celup Slot Dahlia TV3. Drama yang menggantikan Meh Sandar Pada Aku adalah Encik Suami Mat Saleh Celup, juga drama adaptasi daripada novel karya Yumi Haira.

Drama Encik Suami Mat Saleh Celup akan mula disiarkan mulai 15 April 2017, setiap Jumaat hingga Ahad pukul 6.58 petang. Drama ini adalah untuk slot Dahlia TV3.

Sinopsis Drama Encik Suami Mat Saleh Celup Slot Dahlia TV3

Antara pelakon yang terlibat adalah Daler Yusof, Nelydia Senrose, Fikhree Bakar, Nadiyah Shahab, Ozlynn, Zila Bakarin, Nor Albaniah dan ramai lagi.

PENULIS NOVEL: Yumi Hyra
PENGARAH: Hashim Rejab
TERBITAN: Zamriez Golden Pictures

Sinopsis Drama Encik Suami Mat Saleh Celup Slot Dahlia TV3


Jom baca sinopsis Encik Suami Mat Saleh Celup yang saya ambil daripada goodreads...

Pertunangan yang diputuskan beberapa minggu sebelum tarikh ijab kabulnya, mengheret perkahwinan yang tidak diduga berlangsung antara Iman Amani dan Ian Hadif.

Sinopsis Drama Encik Suami Mat Saleh Celup Slot Dahlia TV3

“So I am your replacement husband?”– Ian Hadif
“If you want to say so.” – Iman Amani

Bukan setakat encik suami mat salih celup itu tidak mahu dan mungkin tidak tahu berbahasa Melayu, sang umi mentua pula mula melantik Iman sebagai ketua projek ‘memelayukan’ si mat salih celup.

“What is selipar Jepun?” – Ian Hadif
“Japanese’s slippers.” – Iman Amani
“Oh… the one that they wear with their kimono?” – Ian Hadif

Iman Amani mahu pengsan! Tapi…Makin lama duduk dengan encik suami mat salih celup yang bermata menawan lagi nakal itu, cik hati Iman mula selalu buat larian marathon. Iman mula menidakkan rasa hati sendiri. Seganlah dia untuk mengaku apabila encik suami selalu cakap berpusing-pusing mengalahkan roller-coaster!

“It was not love at first sight at all, but love at a deeper sight.” – Ian Hadif
“Betul ke apa yang awak cakap tu?” – Iman Amani
“Cakap apa?” – Ian Hadif
“Pasal love at a deeper sight tu.” – Iman Amani
“Bila masa saya cakap macam tu?” – Ian Hadif

Tiba-tiba encik bekas tunang muncul semula, mahukan Iman kembali. Rumahtangga yang berwarna-warni mula hilang warnanya. Kemunculan model cantik jelita yang mengaku dirinya tunang kepada Ian membuatkan Iman mula pasrah dan reda. Iman mula menjalankan idea gilanya dan Ian semakin menjauhkan diri.

“To form an I squared, you need two I’s. That is why, this Ian needs his Iman. Without you, I am like the incomplete square number’s function.” – Ian Hadif
“Tell him that I love him, so much.”- Iman Amani.

Apakah yang harus dilakukan oleh Iman? Kalau ‘I kuasa dua’ perlukan dua huruf ‘I’, bolehkah hanya ada Iman tanpa Ian?

Nampak gayanya macam novel melayu yang klise, tetapi diharap dengan kepakaran sang pengarah, drama adaptasi ini akan jadi lebih natural dan berwarna warni.

Apr 6, 2017

April 06, 2017

Sinopsis Drama Mencintaimu Mr Photographer Di Astro

Sinopsis Drama Mencintaimu Mr Photographer Di Astro . Daripada FB, Kyle Syafiq diberitakan akan melakonkan watak utama sebagai Mr Photographer yang bernama Jemy. Sebuah drama kisah suka duka kehidupan seorang jurugambar.

Drama adaptasi novel Mencintaimu Mr. Photographer lakonan Syafiq Kyle sebagai hero. Heroinnya adalah pelakon baru bernama Hanna Delisha. Drama Mencintaimu Mr Photographer akan disiarkan mulai 3 Julai 2017.

Sinopsis Drama Mencintaimu, Mr Photographer Di Astro

Info drama Mencintaimu Mr Photographer


Tajuk: Mencintaimu, Mr Photographer
Episod:
Pelakon utama: Kyle Syafiq sebagai Jemy, Hanna Delisha
Pengarah:
Mula ditayangkan: 3 Julai 2017
Penyiar: Astro

Sinopsis Drama Mencintaimu Mr Photographer Di Astro 


Sinopsis Drama Mencintaimu, Mr Photographer Di Astro

Drama adaptasi daripada novel yang sama tajuknya. Ada sedikit kelainan dalam cerita drama Mencintaimu, Mr Photographer.

Novel Mencintaimu, Mr Photographer karya Emma Mariam. 

Aku dah jatuh cinta dengan Mr.Photographer tu? Hanya satu klik pada lensa kamera hubungan Aira dan Jemy semakin rapat.

“Kau ingat kau tu cantik sangat ke sampai aku nak kena curi-curi tangkap gambar kau?” – Jemy

Aira geram. Ah! Photographer tu memang sengal!
“Saya nak kerja sini.” – Aira

Kerana impiannya untuk bergelar seorang model, Aira rela menelan setiap perangai berlagak dan panas baran Jemy. Namun, tanpa sedar setiap pertengkaran melahirkan cinta. Orang lain tak kenal maka tak cinta, Jemy dan Aira pula dah gaduh-gaduh baru nak kenal cinta.

“Aku nak dia gayakan rekaan terbaru aku!”
Di situ bermula detik di mana Aira, seorang pembantu studio fotografi berubah kepada seorang model.

Cinta yang kian bercambah disemi dengan kata-kata rindu dan sayang. Tentangan hebat daripada Tan Sri Megat Miqdad dan tuntutan kerjaya sebagai seorang model membuatkan Aira nekad menerima Jemy sebagai suami. Sebuah perkahwinan rahsia tercipta. Status isteri kepada seorang photographer turut dirahsiakan. Pahit manis rumah tangga dirasai. Cemburu dan kemanisan cinta membuah rasa bahagia yang tak terkata.

Dugaan dan kesilapan silam menjadi duri dalam hubungan mereka. Aira terpanar bila dituduh hanya mempermainkan perasaan Jemy sedangkan cintanya tiada penghujung. Akhirnya, demi menjaga hati masing-masing, kata perpisahan terbit di hujung bibir. Namun, tegakah hati melepaskan yang tercinta? Rahsia apakah yang tersembunyi hingga membuat Jemy terpaksa melafazkan perpisahan? Pengkhianatan dan kesetiaan, yang mana satu pilihan mereka?
#sumber


Sinopsis 2:


MENCINTAIMU MR PHOTOGRAPHER karya EMMA MARIAM. Pertemuan yang berlaku tidak dirancang. Aira Qaisara atau Aira merupakan seorang gadis lincah dan manja yang bercita-cita untuk menjadi seorang peragawati seperti mamanya dan anak kepada seorang tokoh perniagaan, Tan Sri Megat Miqdad; terpisah dari mama dan abg tersayang kerana salah faham, yang membuatkan mamanya diceraikan oleh papanya ketika dia masih kanak-kanak. Aira yang tidak mengerti erti perpisahan tersebut telah menanam sifat benci dan marah kepada mamanya tanpa mengetahui sebab sebenar.

Nazmi Elyas atau Jemy, merupakan seorang jurugambar profesional yang terkenal dengan hasil kerja di dunia modelling. Seorang lelaki yang garang dan agak panas baran tetapi selalu cepat cair bila dengan Aira. Bekerja dengan bermacam jenis wanita yang moden dan cantik tetapi hanya Aira sahaja yang mampu membuatkan dia jatuh hati. Jemy, seorang anak yang tidak diakui status sebagai "Anak" oleh ibunya sendiri. Peristiwa hitam yang dilalui oleh ibunya semasa dulu telah menjadikan Jemy sebagai anak buangan. Kerana terlalu sayangkan Aira, Jemy sanggup bernikah dengan Aira di seberang, sebab mendapat tentangan hebat dari papa Aira yang mahukan Aira berkahwin dengan anak sahabat karibnya, Datuk Roslan. Dan, kerana peristiwa hitam ibu Jemy jugalah yang menjadi punca kepada perpisahan dua hati ini tanpa rela. Mampukah Jemy mempertahankan haknya? Apakah yang sebenarnya berlaku kepada ibu Jemy sehingga beliau tidak dapat menerima Jemy sebagai anaknya? Bagaimana pula dengan Aira? Mampukah dia menjalani hidup tanpa nakhodanya? Semuanya akan terjawab di dalamMENCINTAIMU MR PHOTOGRAPHER.

Baca Review dari Goodreads,


Cerita yg menarik. ada suka, gembira, lucu, sedih & sakit hati. bagaimana seorg bapa yg sanggup musnahkan mahligai anaknya hanya kerana lelaki pilihan anaknya tdk setaraf dgn mereka. Dan... bagaimana pula seorang ibu sanggup membenci anak kandungnya sendiri. congrats cik writer. sesungguhnya, masih lagi ada dalam masyarakat kita yg berperangai begitu.

Semoga drama Mencintaimu, Mr Photographer memberikan kita banyak pengajaran dalam kehidupan. Seperti saya kata selalu, "Ambillah pengajaran daripada drama yang kita tonton. Jija tidak apa yang kita lihat dan tengok tidak mendatangkan nilai kepada diri kita. Betul tak?

Mar 27, 2017

March 27, 2017

Selamat Malam Tan Sri Sinopsis Dan Senarai Pelakon

"Melawan takdir seperti meletak api antara kita, semoga tiada jari yang terbakar atau hati yang rentung.."

Selamat Malam Tan Sri Sinopsis Dan Senarai Pelakon. Novel Selamat Malam Tan Sri akan di adaptasi ke drama TV dan akan disiarkan oleh RTM 2. Dah lama saya tak baca novel ni, ada ingat ingat lupa cerita di dalamnya. Bukunya yang lama dulu taklah tebal sangat tetapi jalan ceritanya amat relevan dengan keadaan semasa.


Selamat Malam Tan Sri Sinopsis Dan Senarai Pelakon


Pada 2017, novel ini telah menambat hati pihak Radio Televisyen Malaysia untuk disiarkan secara bersiri sebanyak 26 episod untuk TV2, terbitan Iris Intergrated. Skrip asal drama ini oleh Ahmadsaabun Scriptwriter. Arahan Raja Mukhriz, terbitan Iris Intergrated Sdn Bhd.

Ini adalah naskah terkini novel Selamat Malam Tan Sri yang sudah diedit bersesuaian dengan trend sekarang, lokasi terkini dan tambahan jalan cerita.

Karya dengan tema kontemporasi ini pertama kali terbit pada 1999 dan sudah diulang-cetak sebanyak tujuh kali dalam masa 18 tahun penerbitannya. Hebatnya karya Sri Diah ni...

Selamat Malam Tan Sri Sinopsis Dan Senarai Pelakon


Berikut adalah senarai Pelakon Drama Selamat Malam Tan Sri. Antara pelakon yang akan membintangi Drama Selamat Malam Tan Sri adalah:

Dato' Eizlan Yusof sebagai Tan Sri Rahman Shah
Julia Ziegler sebagai Netty Karmila (madu Puan Sri Rosenita)
Reen Rahim sebagai Hanim Hanani
Idris Khan sebagai Saiful Azam (anak Tan Sri)
ZaiN Alexander sebagai Hadi
Haliza Misbun sebagai Datin Suhaila
Marissa Yasmin
Nikki Palikat

Sinopsis Drama Selamat Malam Tan Sri


Keputusan Hanim Hanani memilih lelaki itu bukan kerana harta! Jika itulah alasan dan tuduhan, dia menafikan. Dia bukan memburu kemewahan. Bukan juga kerana kasihan. Malah lamaran cinta lelaki muda telah ditolak mentah-mentah.

Bagaimanapun Hanim Hanani tidak menafikan soal harta, darjat dan prestij turut terbetik di hatinya. Sejak pertama kali memandang lelaki yang bergelar Tan Sri dalam tugasannya sebagai wartawan itu, hatinya mula berdetik. Dia tidak pasti apakah maknanya. Lelaki itu telah pun beristeri; bukan satu malah dua! Isteri-isterinya bukan calang-calang wanita. Mereka itu wanita ternama, berharta dan berkedudukan. Ketika itu Hanim Hanani sedikit pun tidak terfikir untuk bersaing dengan wanita-wanita itu. Dia pasti dia akan kalah.... tapi takdir menentukan segalanya!


Kata-kata dari penulis novel Selamat Malam Tan Sri...


Pada akhirnya persoalan tentang cinta, banyak berbalik kepada sekeping hati. Biarpun cinta itu terlepas dari tangan namun jatuh cinta berkali-kali, tetap menjadi mukjizat meneruskan hidup di tengah kota Kuala Lumpur.

Hanim Hanani adalah jelmaan seorang wanita yang cekal melayan godaan hati kerana bercinta dengan orang yang ditakdirkan bukan untuknya.

Dia tahu, tetapi ada sebab dia teruskan kesilapan itu.

Saya cipta Hanim yang fleksible wataknya. Tindakannya selalu tepat. Keputusannya ada ketika menyakiti orang lain, tapi itu lebih baik daripada hatinya disakiti.

Dia tidak mahu berpura ketawa sedangkan dalam masa sama ada perempuan lain yang berduka.

Sesungguhnya dia mewah cinta dan mewah bahagia untuk dikongsi dengan tiga lelaki, obor hidupnya.

#SelamatMalamTanSri

Semoga drama Selamat Malam Tan Sri yang akan disiarkan nanti akan meninggalkan pengajaran untuk dijadikan panduan kehidupan yang lebih bermakna dan diberkati.

Mar 24, 2017

March 24, 2017

Sinopsis Drama Cik Serba Tahu Adaptasi Novel Syamnuriezmil


Sinopsis Drama Cik Serba Tahu Lakonan Sari Yanti di Astro. Baru sebentar tadi saya tertengok teaser Drama Cik Serba Tahu. Macam okay jugak, lepas tu ada hero serba boleh si Remy Ishak. Terus tak sabar nak tunggu tayangannya pada 27 Mac 2017 ini.
Sinopsis Drama Cik Serba Tahu Adaptasi Novel Syamnuriezmil

Preview Awal Cik Serba Tahu


Sinopsis:


“Kalau nak, semua boleh buat.”
“Memanglah, selagi belum dapat. Cuba kalau dah dapat?”
“Abang bukan orang macam tu la. Kalau belum dapat, berusaha bagi dapat. Bila dah dapat, genggam sampai rapat!”

Bermacam-macam usaha yang Carl Adham buat untuk memikat hati Aerna, namun untuk menerima lelaki itu memang agak payah. Mana tidaknya, mereka baru saja bertemu. Tiba-tiba lelaki itu ajak dia tunang kemudian bernikah? Gila ke apa???!

“Saya nak awak tahu juga, walaupun ada rumah atas kayangan, walaupun tidur beralaskan duit ringgit, walaupun ada roket sampai ke bulan... awak masih belum boleh curi hati saya, Encik Carl! Saya bukan perempuan yang boleh dijual beli dengan kekayaan!”

Semua orang di ofis gelarkan Aerna sebagai Cik Serba Tahu sebab semuanya dia boleh tahu. Sebab benda yang diagak selalunya betul dan banyak rahsia yang dia tahu terutama rahsia Encik Ben dan Encik Bun.

Dan disebabkan serba tahunya itu, bapaknya bimbang jika anaknya itu terlupa tentang diri sendiri. Bapak Aerna nekad untuk cepat-cepat mengahwinkan anaknya dengan sesiapa saja yang gentleman asalkan Aerna membuka hati untuk menerima cinta. Adakah dengan mudah Aerna dapat menerima pilihan bapaknya? Adakah Aerna akan bersedia membuka pintu hatinya seperti yang dipinta oleh bapaknya?

“Dari mula jumpa sampai sekarang, Aerna Isyqee jodoh abang. Kahwin dengan abang? Jemputan ini tamat dalam masa 15 saat...”
“Nak!”
“16 saat dah... Dah lewat!”
“Abang! Na cakap nak la...”

Antara pelakon yang membintangi mega drama 16 episod ini adalah Sari Yanti, Remy Ishak, Zarul Umbrella, Ilya Buang, Ariana AF dan ramai lagi.

Nantikan drama Cik Serba Tahu yang merupakan terbitan terbaru Orangetree Production Sdn Bhd. Drama ini diarahkan oleh Shuhaimi Zulkefli. Drama Cik Serba Tahu adalah drama adaptasi novel dengan tajuk sama nukilan Syamnuriezmil. 


Sinopsis Drama Cik Serba Tahu Lakonan Sari Yanti Di Astro


Bermacam-macam usaha yang Carl Adham (Remy Ishak) buat untuk memikat hati Aerna, namun untuk menerima lelaki itu memang agak payah. Mana tidaknya, mereka baru saja bertemu. Tiba-tiba lelaki itu ajak dia tunang kemudian bernikah?

Semua orang di ofis gelarkan Aerna sebagai Cik Serba Tahu sebab semuanya dia boleh tahu. Sebab benda yang diagak selalunya betul dan banyak rahsia yang dia tahu terutama rahsia Encik Ben dan Encik Bun.

Dan disebabkan serba tahunya itu, bapaknya bimbang jika anaknya itu terlupa tentang diri sendiri. Bapak Aerna nekad untuk cepat-cepat mengahwinkan anaknya dengan sesiapa saja yang gentleman asalkan Aerna membuka hati untuk menerima cinta. Adakah dengan mudah Aerna dapat menerima pilihan bapaknya? Adakah Aerna akan bersedia membuka pintu hatinya seperti yang dipinta oleh bapaknya?

Saksikan nanti drama Cik Serba Tahu yang ditayangkan setiap Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam di Astro Ria dan Astro HD.

Semoga kita dapat pengajaran daripada drama yang menarik ini. Saksikan di TV Astro dan Astro HD.

Mar 11, 2017

March 11, 2017

Sinopsis Drama Menanti Februari Slot Samarinda TV3

Sinopsis Drama Menanti Februari Slot Samarinda TV3. Misteri Wan Peah dah pun tamat siarannya. Kini slot Samarinda itu digantikan dengan drama baru bertajuk MENANTI FEBRUARI. 

Menanti Februari adalah sebuah drama terbitan Sha's Media Sdn Bhd dan diarahkan oleh Ayie Mustafa. Menampilkan gandingan Nur Fathia Latiff, Zul Ariffin dan Afiq Muiz sebagai pelakon utama. Drama bersiri Menanti Februari dijadual bersiaran dalam bulan Mac ini.

Info Drama Menanti Februari

JUDUL : MENANTI FEBRUARI
EPISOD : 16 episod
TARIKH / MASA : Mac 2017
SIARAN : Slot Samarinda TV3
PENGARAH : Ayie Mustafa
TERBITAN : Sha's Media Sdn.Bhd

PELAKON : Nur Fathia Latiff, Zul Ariffin, Afiq Muiz, Wan Nor Azlin, Riz Amin

Watak dilakonkan adalah seperti berikut, Fathia Latiff sebagai Fiza, Zul Ariffin sebagai Arie dan Afiq Muiz sebagai Edi.

Sinopsis Drama Menanti Februari Slot Samarinda TV3


Sinopsis Drama Menanti Februari Slot Samarinda TV3

MENANTI FEBRUARI mengisahkan Arie yang berkahwin dengan Fiza atas dasar cinta sehingga menyebabkan Edi, rakan baik kedua mereka memendam rasa. Namun, kebahagian yang diharapkan oleh Fiza tidak kesampaian apabila Arie terlalu taksub dengan kerjanya sehinggakan mengabaikan perasaan Fiza. Bagaikan satu kebetulan, segala kejadian manis dan peristiwa pahit antara Arie dan Fiza berlaku dalam bulan yang sama, iaitu di bulan Februari.

Namun, takdir penentu segalanya apabila Arie hilang dalam kemalangan di lautan sehingga hilang selama 6 bulan lamanya. Dalam masa 6 bulan itu, Fiza dan Edi semakin rapat dan akhirnya kedua mereka pula bersatu sebagai pasangan suami isteri. Takdir menentukan, apabila Arie ditemui selamat namun terpaksa menghadapi Fiza dan Edi, yang telah disatukan sebagai pasangan suami isteri. Arie tetap mahukan Fiza kembali kepadanya kerana ingin menebus kembali kesalahannya sebelum ini. #sumber

Saya ambil beberapa petikan dialog dari dalam drama ini, 

"Biar tahun berganti, Februari juga yang ku nanti"

"Kesetiaan wanita diuji saat lelaki tidak punya apa-apa,  Kesetiaan lelaki diuji saat dia memiliki segalanya."

Siapa pilihan Fiza? Edy atau Arie?

Lagu tema drama Menanti Februari dinyanyikan Kumpulan Forteen berjudul Apa Ini Cinta. Lagu ciptaan kompser Edry Abdul Halim ini mengisahkan kekeliruan perasaan yang baharu ingin bercinta.

Lagu ini bakal menjadi lagu tema Menanti Februari yang bakal ditayangkan pada 27/3/2017 di Slot Samarinda.

Semoga drama Menanti Februari memberikan ruang pengajaran kepada kita yang menonton drama ini. 

Mar 4, 2017

March 04, 2017

Sinopsis Drama Dia Bidadariku Astro Ria Slot Mega Drama

Sinopsis Drama Dia Bidadariku Astro Ria Lakonan Erra Fazira Dan Hisyam Hamid. Dah lama tak melihat lakonan Erra di kaca TV. Dengan kemunculan Dia Bidadariku mulai 6 Mac 2017, diharap peminat Erra Fazira akn terubat rindu mereka..

Drama terbaru Dia Bidadariku akan menemui penonton di slot Mega Drama bagi menggantikan Drama Urusan hati Cik Drama Queen.

Antara pelakon terlibat adalah Erra Fazira dan Hisyam Hamid sebagai teraju utama. Watak dibawakan adalah seperti di bawah:

Erra Fazira sebagai Suri
Hisyam Hamid sebagai Ammar
Norman Hakim sebagai Ridzal
Raja Illya sebagai Suzanna
Salina Saibi sebagai Rita
Wan Raja sebagai Khaliff
Tisha Shamsir sebagai Qaseh


Sinopsis Drama Dia Bidadariku Astro Ria Slot Mega Drama


Drama bersiri 13 episod ini diarahkan oleh Aziz M.Osman. Drama Dia Bidadariku ini ditayangkan pada pukul 10.00 malam, setiap hari Isnin -Khamis di Astro Ria dan Ria HD.

Drama Dia Bidadariku Slot Mega Drama Astro

Drama ini mengisahkan tentang Suri, lakonan Erra Fazira, andartu yang hatinya telah tertutup apabila putus tunang 15 tahun yang lepas. Tiba-tiba sekarang bekas tunangnya Ridzal lakonan Norman Hakim yang psiko telah dia datang kembali untuk merebut cintanya. Disamping itu muncul seorang jejaka bernama Ammar lakonan Hisyam Hamid yang ingin cuba untuk memenangi hati Suri.

Dapatkah Ammar untuk mendapatkan cinta Suri yang telah lama dingin itu.

TAJUK : DIA BIDADARIKU
EPISOD : 13 episod
TARIKH / MASA : 06/03/2017- Jam 10.00 Malam-Jumaat -Khamis
SIARAN : Slot Mega Drama di Astro Ria (104) dan Ria HD (123)
PENGARAH : Aziz M .Osman
TERBITAN : Sjop Production Sdn Bhd
PARA PELAKON : Erra Fazira, Hisyam Hamid, Norman Hakim, Tisha Shamsir, Raja Illya, Dian P.Ramlee, Wan Raja, Salina Saibi dan ramai lagi.

Selamat menonton.
March 04, 2017

Sinopsis Dia Anak Jeneral 26 Episod Lakonan Fattah Amin

Dia Anak Jeneral 26 Episod Lakonan Fattah Amin. TV2 akan menyiarkan drama 26 episod bertajuk Dia Anak Jeneral. Waktu siaran drama Dia Anak Jeneral akan saya update kemudian. Drama Dia Anak Jeneral adalah adaptasi dari novel tulisan Hezzy Azra.

Antara pelakon utama Dia Anak Jeneral adalah Fattah Amin dan Niena Baharun (pelakon Sayangku Kapten Mukhriz)

Siapa agaknya yang pegang watak Jeneral Hambali iaitu ayah kepada Syirin? Watak tersebut dibawakan oleh Dato' Tarmimi Seregar. Mesti gempak ni..

Drama ini terbitan A.Aida Production. Diarahkan oleh Khalid Nazri.


Drama Dia Anak Jeneral mengisi slot Selekta Prima di TV2, setiap Rabu dan Khamis pukul 8.30 mlm hingga 9.30 malam. Dah mula tayang dah.. start dari 24 Januari 2018.

Sinopsis Dia Anak Jeneral Drama Adaptasi Novel Karya Hezzy Azra


Sinopsis Dia Anak Jeneral 26 Episod Lakonan Fattah Amin

KALAU sudah nama berbintikan Hambali, semuanya akan diatur… termasuklah mencari calon suami. Bila Leftenan Jeneral kata hitam, maka hitamlah warnanya. Walaupun ketika itu, pelangi sudah jadi 14 warna, Syirin harus akur.

Kehadiran Zakhif, telah menggoyahkan hati Syirin. Kali pertama bertentang mata, dia dan Zakhif saling terpesona. Saat bertegur sapa, hati dibaluti bahagia. Bila tidak bertemu, ada rindu yang menderu.

Tetapi Zakhif sedar siapa dia. Bagaimana kuatnya cinta terhadap Syirin, hebat juga risiko yang menanti. Lalu Zakhif cuba menjauh. Namun, Syirin semakin mendekat dengan satu tekad.

“Kalau awak datang ke rumah berjumpa ayah dan mak saya… saya terima pinangan awak.”

Zakhif mula pening! Mampukah dia menghantar rombongan? Yang ingin dipinang itu srikandi Leftenan Jeneral Hambali. Pikat bapa mertua lebih mencabar daripada memikat anaknya! Argh… ini kisah cinta yang mudah tetapi bertukar payah. DIA ANAK JENERAL menjadi epik cinta yang indah.

Review dari Goodreads;


Oleh Hajar

1. Penulis adalah seorang penulis terkenal yang sudah ada banyak novel. Kali ni lagi santai walaupun isunya tentang menantu lelaki yang tak diiktiraf mertua. Biasanya kita dengar menantu dengan ibu mertua yang tak ngam kan, ha kali ni kita dihadapkan dengan kes menantu lelaki vs bapa mertua. :)

2. Zakhif berkenalan dengan Nur Syirin (Syirin) , anak gadis Tuan Jeneral Leftenan Hambali (Tuan Jeneral) sewaktu membuat projek ubahsuai di rumah Tuan Jeneral. Walaupun tarikan antara mereka sangat kuat, Zakhif sedar yang dia tak sepatutnya menyimpan perasaan terhadap Syirin yang sudah pun bertunang dengan Nukman, anak kenalan Tuan Jeneral. Tapi, kalau dah jodoh tak ke mana kan? Onar yang dibuat Nukman menyatukan mereka. Cuma kesukaran bagi Zakhif bila Tuan Jeneral seakan tidak mengiktiraf kedudukannya sebagai menantu dalam keluarga mereka. Sampai bilalah agaknya Tuan Jeneral mahu menjunjung egonya tu kan?

3. Walaupun tak setuju dengan perancangan si ayah untuk menyatukannya dengan Nukman, Syirin terpaksa akur demi untuk menjaga hubungan baik antara ayahnya dengan kedua ibu bapa Nukman. Namun, bila menyedari yang dia tak mampu menyaingi kedudukan Diara dalam hati Nukman, Syirin nekad melamar Zakhif untuk menjadi suaminya. Kerana geram dengan keputusan yang diambil Syirin, majlis pertunangan bertukar menjadi majlis pernikahan bila Tuan Jeneral nekad untuk menikahkan Syirin dan Zakhif. Sungguh pun bersyukur dengan jodoh yang tersurat, Syirin tahu besar cabaran yang terpaksa mereka tempuhi untuk menambat hati Tuan Jeneral.

4. Tak suka dengan watak Nukman. Pengecut. Tau nak jaga air muka sendiri je. Haish! Memang bagus sangat tak berjodoh dengan Syirin.

5. The best part : ada cameo Shaq dan Larra! Dari buku Cinta Tak Beralih. Hihi. Berbahagialah mereka hendaknya. :)

6. Tahniah Kak Hezzy untuk buku ni. Moga makin melimpah ruah ilham untuk kisah seterusnya. Looking forward for Melodi Kasih 2 pula lepas ni. :)

Semoga ada pengajaran yang diperolehi daripada drama Dia Anak Jeneral.

Mar 2, 2017

March 02, 2017

Jadikan Aku Yang Kedua Gandingan Amyra Rosli dengan Amar Bahrain

Jadikan Aku Yang Kedua Gandingan Amyra Rosli dengan Amar Bahrain. Mulai bulan Mac 2017, Astro Oasis akan menyiarkan drama baru bertajuk Jadikan Aku Yang Kedua. Drama ini menggandingkan pasangan pelakon suami isteri yang popular iaitu Amar Bahrain dan Amyra Rosli.

Jadikan Aku Yang Kedua adalah drama adaptasi dari novel terbitan Karyaseni dan ditulis oleh Siti Khadijah.

Jadikan Aku Yang Kedua Gandingan Amyra Rosli dengan Amar Bahrain


JUDUL : JADIKAN AKU YANG KEDUA
TARIKH / MASA : Mac 2017
SIARAN : Astro Oasis
Episod : 18
PENULIS NOVEL : Siti Khadijah
PENGARAH : Rashid Sibir
TERBITAN : Opera Klasik Sdn Bhd
PELAKON : Amar Baharin, Amyra Rosli, Yana Samsudin, Adibah Noor, Rahim Omar, Kartini Aziz, Wilma Muhammad

Antara barisan watak utamanya adalah Amar Baharin sebagai Thaqif Aswad, Amyra Rosli sebagai Nuha Saqeena dan Yana Samsudin sebagai Wawa.

Sinopsis Drama Jadikan Aku Yang Kedua


“Abang janji sayang, hanya cinta sayang yang pertama dan yang terakhir buat abang. Takkan ada mana-mana perempuan yang akan dapat mengubah cinta ini malah perasaan cinta dah terkubur bersama dengan jasad sayang. Abang doakan sayang aman di sana.”- THAQIF ASWAD.

Pertemuan pertama antara Nuha Saqeena dan Thaqif Aswad menimbulkan perasaan cinta buat si gadis. Sedangkan si jejaka pula masih sukar melupakan memosi silam ketika bersama si isteri yang sudah lama pergi. Cinta buat isteri yang sudah tiada sentiasa mekar dalam hati telah membuatkan hatinya enggan menerima lembaran cinta yang baharu.

Kerana memikirkan tanggungjawab dan perlunya kasih sayang seorang ibu buat sepasang cahaya mata kembar yang telah ditinggalkan oleh isteri, Thaqif harus mencari pengganti si isteri buat permata hati dan bukannya untuk cinta sendiri yang masih belum terbuka untuk diganti.

“Awak mungkin boleh halang diri awak daripada jatuh cinta pada saya tapi awak tak boleh halang saya untuk terus menyayangi awak. Saya takkan paksa awak untuk terima saya tapi saya akan terus berusaha untuk mendapat tempat di hati awak kerana saya adalah isteri awak.”- NUHA SAQEENA.

Pelbagai cara dilakukan untuk menambat hati Thaqif. Namun, hati Thaqif bagaikan batu. Dingin dan keras. Kehadiran Hajah Latifah dan Wazirah merumitkan lagi hubungan mereka berdua.

Kebencian Hajah Latifah membuatkan Nuha mengalah. Thaqif bukan miliknya seorang!

“Awak rasa saya akan bahagia ke dengan pernikahan ni? Kalaulah saya tahu ini akan berlaku, lebih baik saya tunggu Wawa aje dari dulu. Tak payah saya jatuh cinta pada awak!” - THAQIF ASWAD.

Satu keputusan telah dibuat saat cintanya makin mekar untuk Nuha. Namun, demi sebuah janji dia harus mengorbankan perasaannya. Mampukah dia menerima Wazirah sebagai pengganti Waheeda sedangkan hanya nama Nuha yang terpahat dalam hati? Dapatkan Nuha Saqeena menjadi yang kedua dalam hati Thaqif seterusnya menjadi yang terakhir dalam hidup lelaki itu?

Benarkah cinta pertama itu tiada gantinya?

“Kalau nyawa yang mampu Nuha gantikan untuk terus melihat dia tersenyum, Nuha sanggup berikan nyawa Nuha untuk dia.”- NUHA SAQEENA.

Selamat menonton drama Jadkan Aku Yang Kedua dan semoga dapat manfaat dan kebaikan daripada menonton drama ini.

Feb 1, 2017

February 01, 2017

Urusan Hati Cik Drama Queen Februari Ini Di Astro Ria & HD

Urusan Hati Cik Drama Queen Februari Ini Di Astro Ria & HD. Drama terbaru yang akan gantikan Sayang Papa Saya Tak adalah Urusan Hati Cik Drama Queen. Drama terbaru ini adalah sebuah drama adaptasi dari novel karya Areila Sahimi.

Jika anda ada kelapangan, boleh saksikan drama hebat ini. Antara pelakon yang membintangi drama Urusan Hati Cik Drama Queen adalah Aiman Hakim, Scha Alyahya, Ungku Hariz, Ozlyn dan ramai lagi.

Drama Urusan Hati Cik Drama Queen adalah terbitan Cube Film Sdn Bhd hasil garapan pengarah Michael Ang. Ia bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di saluran Astro Ria dan Maya HD.

Urusan Hati Cik Drama Queen Februari Ini Di Astro Ria & HD

No. ISBN:- 978-967-0874-26-5
Jumlah muka surat:- 608
HARGA SEMENANJUNG: RM22, AHLI KN: RM18
HARGA SABAH SARAWAK: RM25, AHLI KN: RM21

Sinopsis Drama Urusan Hati Cik Drama Queen


Betul kata orang. Nak lupakan cinta lama, kita kena temui cinta yang baru. Perkenalan dengan jiran baru yang awalnya kelat-kelat masam, akhirnya melahirkan rasa cinta yang baru.

Lantaklah kalau lelaki itu anak Che Yam sekalipun. Nak buat macam mana? Hati Syazlin sudah tersuka pada Fadhlan. Kali ini dia nekad. Perasaan harus diluahkan. Di atas tiga helai kertas, dia karang ayat-ayat cinta untuk lelaki itu. Siap tabur bedak wangi lagi. Tapi… rupa-rupanya Fadhlan sudah ada kekasih hati. Malunya dia apabila mengenangkan surat tiga helai yang boleh mengundang sesiapa pun untuk ‘termuntah hijau’ selepas membacanya.

Macam mana ni?! Kenapalah hidup dia terlalu banyak drama? Pantang bercinta… pasti putus cinta. Syazlin pun tak tahu sama ada putera idamannya itu sebenarnya wujud ataupun tidak. Mungkinkah putera idamannya itu ialah Faris yang sudah menjadi suami orang atau Fadhlan yang baru sekadar menjadi tunangan orang?

Eh! Tapi… takkanlah budak Nizam si rambut Kpop itu pulak?

“Selagi hati dia begitu dan hati aku begini, sampai bila-bila pun urusan hati kita belum selesai.”

#sumber: kakinovel 

Review ringkas dari Goodreads,


Review 1:

mmg best citer ni...dr awal sampai abis, ku duk gelak je....adesssss mmg lah kesian dgn si syazlin tu bl 2x cintanya x kesampaian....mula2 cinta kan faris, tp faris kawin dgn farissa....dh terubat hati, syazlin syok plak kat anak tiri abah dia, si fadhlan ahmad tu....tp kecundang jugak bl fadhlan bertunang dgn hanis....yg melampau tu, fadhlan tu blh plak nk tumpangkan tunangnya duk skali dgn syazlin....hihh....mmg terduga btl hati syazlin ms tu....
tapi dah nama nya drama queen kan, confirm lah syazlin tunjuk wajah cool je...hihih...tp syazlin ni mmg sgt2 drama queen...merajuk je nk pujuk dgn icecream haagen dazs....merajuk lagi, mtk chor sponsor tiket ke korea...konon2 nk duk dgn yeop kat korea.....hahahah...adessss mcm2 lah perangai si syazlin....mmg syok lah bc citer ni....terbaik - Jumay


Urusan Hati Cik Drama Queen Februari Ini Di Astro Ria & HD



Review 2:

"senang dengan watak syazlin, walaupun suke berdrama tapi tau nak control hati dia. matang dalam membuat keputusan, tidak memaksa dalam percintaan, walaupun hati terguris! sungguh beronak pencarian jodoh lin!

suka dengan watak lan, yang permulaan berniat untuk menjernihkan hubungan lin dengan famili tirinya. nampak kematangan fadhlan dalam menangani masalah famili, sebagai abang, n melayan kerenah lin semestinya.

jelas terpapar keserasian antar dua watak utama, rasanya hanya lan saja yang mampu melayan kerenah lin yang penuh drama, tapi manja, nampak tegas +brutal tapi hati tisu.. hehheheh

watak2 sampingan memang melengkapkan naskhah ni.
mama aka che rose yang selamber, tak terlalu memanjakan lin (mula2 nak pujuk lin tapi bila lin minta sponsor tiket nak pg korea trs tak jadi.. hahahah), chor, yoep n kak husna... memang nampak selumber tapi sangat mengambil berat mengenai lin.

dalam naskhah ni tak ada watak2 villain yang menyakitkan hati, gedik2 watsoeva la (ade pun zehra, tu pun kejap jer la....) konflik kekeluargaan yang disampaikan secara bersahaja (isu poligami or orang ketiga diketengahkan, tapi dari perspektif yang positif saya kira), tak ada sub plot yang menyesakkan.

nampak kematangan penulis dalam karya kali ini. sesuatu yang terasa sangat dekat dengan kehidupan kita seharian tapi, mungkin kita abaikan? hhehehehhe

usai pembacaan, saya simpulkan satu perkara, positif & bersangka baik dengan ketentuan Allah.
seperti lin, yang redha dengan takdir faris bukan jodoh dia.
mak rose, redha dengan penceraiannya.
fadhlan, redha dengan pemergian tunangnya.
yang penting, sentiasa positif!"

- tahniah buat penulis. - Heril Azwan 

Nota:
Sila abaikan bahasa yang kurang lengkap, saya copy paste dari Goodreads. 

Selamat menonton drama Urusan Hati Cik Drama Queen Februari Ini Di Astro Ria & HD. Ambillah pengajaran yang baik dari drama ini dan yang tak baik jadikan sempadan.

Jan 25, 2017

January 25, 2017

Sinopsis Drama Sayang Papa Saya Tak

Sinopsis Drama Sayang Papa Saya Tak? Astro Ria dan Astro HD pada tahun 2017 bakal menayangkan drama bersiri terbarunya bertajuk Sayang Papa Saya Tak?. Drama ini adalah adaptasi dari novel karya Hanni Ramsul dan disiarkan dengan tajuk yang sama.

Drama ini dibintangi oleh Emma Maembong, Hisyam Hamid, Aida Rahim dan ramai lagi. Diterbitan oleh Suhan Movies & Trading Sdn Bhd dan pengarah Amie Maziah.

Sinopsis Drama Sayang Papa Saya Tak?


Sayang Papa Saya Tak mengisahkan tentang seorang bapa tunggal yang membesarkan anaknya seorang diri. Dia berkahwin buat kali kedua tetapi menghadapi masalah dengan sikap isteri barunya yang mata duitan.


Sinopsis Drama Sayang Papa Saya Tak


No. ISBN:- 978-967-0874-22-7
Jumlah muka surat:- 680
HARGA SEMENANJUNG : RM24.00, AHLI : RM20.00
HARGA SABAH/SARAWAK: RM27.00 , AHLI : RM23.00

Farish mengahwini Raisya atas desakan ibunya walaupun dia tidak suka pada gadis mata duitan itu kerana anaknya terbiar tanpa kasih sayang seorang ibu setelah kematian Kasih. Anaknya perlukan seorang ibu dan dia sendiri tidak kuat untuk menjaga anaknya itu. Mereka berkahwin dan mula mencipta kisah yang penuh warna-warni dalam rumah tangga mereka. Saling mengenali satu sama lain, Raisya memberi impak positif untuk dia bangkit semula. Perlahan-lahan dia mula jatuh cinta untuk kali kedua, memberi ruang untuk Raisya sesuaikan diri sebagai seorang isteri.

Namun… emosi Raisya terdera dengan kehadiran Azyan, kawan baik arwah Kasih dan juga Aleya, bakal tunang Fakhrul, adik kembar Farish yang turut meninggal dunia bersama Kasih.




“RM100,000.00 Encik Farish? Yang tak gatal pun mesti jadi gatal.”- Raisya.

Kalau begitu ragamnya, bagaimana Farish tidak pening dengan Raisya?

Bagaimana akhirnya kisah Farish dan Raisya agaknya? Apakah mereka terus bertahan dengan dugaan sekeliling mereka atau akhirnya Raisya mengalah? Apakah rahsia di sebalik Raisya menerima bayaran sebanyak itu daripada Farish? Adakah dia mampu menjaga sikecil yang kehilangan ibunya itu?

Dalam episod 4, Raisya dan Farish berlakon suka antara satu sama lain demi mengaburi mata ibunya. Jika tidak, perkahwinan mereka akan dibatalkan. Farish pula berbelah bagi bila Azyan jadi penyibuk ambil tahu tentang perkahwinannya. Sementara itu, Raisya dah mula sukakan dengan Qalish sikecil yang comel. Akhirnya Raisya dan Farish berkahwin secara ringkas tanpa kehadiran rakan-rakan Raisya. Azyan pula tak habis-habis cuba menggoda Farish.

Selamat menonton drama Sayang Papa Saya Tak di Astro Ria & HD bermula 9 Januari 2017. 

Dec 29, 2016

December 29, 2016

Sinopsis Drama Isteri Tuan Ihsan Di Astro Ria & HD

Sinopsis Drama Isteri Tuan Ihsan Di Astro Ria & HD. Isteri tuan Ihsan adalah satu lagi drama adaptasi dari novel dengan tajuk yang sama karya Sara Kyoko. Drama Isteri Tuan Ihsan akan mula ditayangkan pada 5 Disember 2016 bagi menggantikan drama Awak Sangat Nakal yang sedang ditayangkan. Drama ini bersiaran sebanyak 20 episod.

TAJUK : ISTERI TUAN IHSAN
PENULIS : SARA KYOKO
NO ISBN : 978-967-0657-74-5
HARGA SEMENANJUNG RM25
HARGA SABAH / SARAWAK RM28

Sinopsis Isteri Tuan Ehsan (Belakang Kulit Novel) 




Cinta tak kenal siapa... Kalau cinta itu kenal siapa mangsanya, tidak mungkin diva sengal ini jatuh cinta dengan si pakcik tua! 

Seroja Irdina, si gadis peminat K Pop. Hidupnya tampak mudah. Siang dia seorang pelajar universiti. Malam... dialah diva berkasut tumit tinggi 6 inci. Berbusana moden bak artis Hollywood dan bertas tangan berjenama. Bergaya dan dunianya penuh warna-warni. Namun, tidak siapa yang tahu perang di jiwanya. 

Tuan Ihsan, si kaya-raya yang terlajak usia. Hidupnya bergelumang dengan kisah lama yang penuh duka. Duka itu akhirnya menjadi kepompong menyaluti diri, menghindar hati untuk jatuh cinta lagi. Dunianya hanya ada warna hitam dan putih. Putih untuk, YA. Hitam untuk, TIDAK. Harta dan kejayaan yang dimiliki, malangnya tidak mampu menafikan jiwanya.

Sekeping wasiat dan satu amanah menjadi titik pertemuan antara dua insan yang berbeza...

“Sentuh sikit pun nak marah... atau, you takut tergoda?” – Seroja Irdina

"Excuse me? You called that godaan? Don’t flatter yourself missy!” – Tuan Ihsan

Apabila dua dunia bertembung, mampukah si diva sengal semarakkan warna-warni cinta ke atas kanvas hitam dan putih hati si pak cik tua?

“You ingat I tak berani nak lawan cakap you, eh? Oh! You silap besar!” – Seroja Irdina

“We’ll see. You lawanlah cakap I. Kita tengok apa akan jadi. Mungkin you benar–benar nak tahu apa yang I boleh buat, kan?” – Tuan Ihsan

Mampukah satu persoalan mudah dijawab si pak cik tua kalau maruah seorang Seroja perlu dibela?

“Seroja, dengar sini. You lebih dari semua itu. You’re very special and dear to me, but...” – Tuan Ihsan

“Tapi? Tapi, apa? Jujur dengan I... You sayang I, tak? You cinta I, tak? You nak kahwin dengan I, tak?” - Seroja Irdina

Dan dapatkan Seroja Irdina mendakap jawatan idaman menjadi hak milik kekalnya?

Sedikit Review Novel Isteri Tuan Ihsan


Novel ini agak menarik juga, mengisahkan gadis bernama Seroja Irdina, masih muda dan berusia 24 tahun. Seorang gadis yang agak nakal, suka berhopping, suka mengusik tetapi ada sesuatu dalam dirinya yang membuatkan orang mudah suka.

Dipertemukan pula dengan Tuan Ihsan yang pernah kcundang dalam cinta. Tuan Ihsan dan ibu Seroja dahulunya pernah berkawan rapat tetapi hubungan tersebut terhalang! Jadi, ibu Seroja telah mengamanahkan Tuan Ihsan menjaga anaknya Seroja bila dia telah tiada.

So, adakah Tuan Ihsan akan jatuh cinta dengan Seroja Irdina atau kasihnya kekal di bawa ke mati??

Tengoklah kisahnya sampai habis di Astro Ria & Astro HD.

Isteri Tuan Ehsan menggandingkan Amyra Rosli dengan Aaron Aziz. Gabungan pelakon muda dan matang..hihi

Pelakon lain yang membintangi Isteri Tuan Ihsan adalah Harris Baba, Gambit Saifullah, Mardiana Alwi, Nazia Mustafar, Livonia Ricky, Qazem Nor, Ruzana Ibrahim. Drama ini diterbitan Global Station Sdn Bhd dan diarahkan oleh Raja Ahmad Alauddin.

Selamat menonton. Ambil pengajaran daripadanya..

Dec 28, 2016

December 28, 2016

Sinopsis Drama Pembancuh Kopi Mr Vampire

Sinopsis Drama Pembancuh Kopi Mr Vampire. Drama bersiri terbaru yang bakal disiarkan pada tahun 2017 bertajuk Pembancuh Kopi Mr Vampire adalah drama adaptasi daripada novel karya Aii Fariza terbitan Kaki Novel.

Drama yang sedang dalam penggambaran ini dianggarkan mengandungi 30 episod dan diarahkan oleh Eyra Rahman.

Antara pelakon yang terlibat adalah Nazeera Sardi, Ungku Ismail Aziz dan ramai lagi.


Sinopsis Drama Pembancuh Kopi Mr Vampire 


Sinopsis Drama Pembancuh Kopi Mr Vampire 

Drama bersiri Pembancuh Kopi Mr Vampire lakonan Nazeera Sardi dan Ungku Ismail Aziz. Pasti hot drama ini nanti. 

Selaku CEO, Alif Irsyad tidak pernah mengimpikan jatuh cinta pada seorang waitress. Serasa putaran dunianya bertukar paksi. Teori Irsyad mudah. Gadis biasa seperti Nuzul tidak layak digandingkan bersamanya.

“Logically or practically memang tak mungkin terjadi bagi kau, Syad. Tapi kau kena ingat semua perkara ini cuma terbatas di fikiran sedangkan bukannya sesuatu yang impossibleuntuk berlaku. Jangan sampai teori logik akal kau memakan diri. Secara praktikalnyapulak kau dating mengadu dekat aku yang kau dah jatuh cinta dengan wanita macam Nuzul.” ~ Syed Saiful.

Sumpahan atau doa seorang sahabat?

Bermati-matian Irsyad menafikan rasa namun, pesona si gadis merantai naluri. Akhirnya bisikan asmara mendahului jiwa yang kelelahan cinta. Lantaran itu, Irsyad akur demi meneguk kasih seorang Nuzul Filzah.

“Aku sukakan kau, Nuzul. Lebih daripada nyawa ini aku boleh berikan pada kau.”
“Encik….”
“Please be mine. Jadi milik aku supaya aku boleh menjaga kau dan adik-adik kau.”
“Jangan suka saya boleh tak?”
“Dah terlambat, Nuzul. Aku jatuh cinta dengan kau lebih awal daripada ini. Sekarang hati aku hanya inginkan kau. Aku nak jadi sebahagian daripada keluarga kecil kau.”

Nyata takdir menguji kasih yang terjalin. Kehilangan Nuzul hampir meragut kewarasan Irsyad. Gadis itu pergi bersama separuh nyawanya. Irsyad tenggelam punca. Hari-hari yang ditempuhi umpama mayat hidup.

Empat tahun berlalu... menemukan mereka semula. Pabila mata bertentangan, memori-memori pahit mengundang kebencian antara dua hati. Memadamkan rindu dendam yang menguasai jiwa mereka selama ini. Irsyad dan
Nuzul saling menyakiti demi menyembunyikan getaran asing. Getaran yang sama seperti empat tahun lalu.

Lantaran gagal membendung perasaan, malam itu Irsyad bertindak di luar pedoman. Cinta, rindu dan dendam
membakar semangatnya untuk memiliki Nuzul. Dia harus memasung sepasang kaki itu agar terikat di sisinya.

“Tolonglah awak, saya tak rela. Saya tahu fikiran awak terganggu, awak takkan tergamak buat saya begini.”

“Kalau aku sentuh kau tentu kau takkan larikan, sayang.”

“Jangan jadi makhluk yang terhina dengan melakukan zina. Allah melihat perbuatan kita dan saya takkan pernah menerima lelaki yang hanya ingin bertanggungjawab selepas melakukan dosa besar.”

“Bolehkah aku percayakan kau? Apa jaminannya kau takkan tinggalkan aku lagi? ”

“Percayalah kali ini saya takkan pergi lagi. Saya dah cukup terseksa hidup tanpa awak.”

“Kau terseksa seperti aku, Nuzul? Tapi kenapa kau tinggalkan aku? Apa alasan kau?”

Setiap kali persoalan itu berbangkit, Nuzul pilih untuk berdiam diri. Irsyad panasaran demi menuntut sebuah jawapan. Semakin dia ingin mengetahui, semakin Nuzul bijak mengelak. Walaupun ijab dan kabul termeterai, erti bahagia sukar dikecapi. Rumah tangga yang bertunjangkan cinta menjadi suram lantaran penghuninya berlaku dingin. Demi sebuah rahsia, Irsyad tegar menyakiti wanita yang dicintai. Selagi sang isteri berdiam diri, selagi itu bulan madu mereka terus tertangguh.

“Abang, kita kena kahwin paksa ke?”

“Tak.”

“Tapi kenapa kita macam pasangan yang kena kahwin paksa? Permulaan perkahwinan dah tak rasa bahagia.”

“Nuzul ada jawapannya.”

Biarpun seribu kali hatinya tercedera, Nuzul bertahan kerana dia mencintai sang suami. Bukan sengaja mahu mendera diri, tapi Nuzul yakin mereka boleh bahagia tanpa mengetahui rahsia tersebut. Namun adakah Irsyad akan mengalah begitu saja? Dapatkah Nuzul terus menyembunyikan segala jawapan sedang hatinya saban hari terhiris dan terluka? Siapakah yang harus mengalah dalam soal ini? Irsyad atau Nuzul?

“Umpama permainan catur, aku ibarat ‘queen’ yang melindungi rajanya (king).”

Apakah sebenarnya rahsia yang disembunyikan oleh Nuzul? Mengapakah dia menghilang selama 4 tahun sebelum ini? Adakah ahli keluarga Irsyad memain peranan di sebalik semua itu? Kerana apa? Sudah tentu kerana cinta antara 2 darjat... kan?

Jangan lupa saksikan di HYPP TV. Dapatkan jawapan di sebalik semua persoalan tersebut.

Dec 25, 2016

December 25, 2016

Sinopsis Drama Bahagia Kasihmu Di TV3 Slot Zehra

Sinopsis Drama Bahagia Kasihmu Di TV3. Bahagia Kasihmu adalah sebuah novel karya Fatin Nabila yang diadaptasi ke sebuah drama TV dengan tajuk yang sama. Drama ini akan mengisi slot Zehra yang bersiaran pada setiap malam jumaat bermula pukul 9:00 malam. Bila mula tayangan? Tak pasti pula tetapi mungkin pada awal 2017. Antara pelakon yang menjayakan Bahagia Kasihmu adalah Fezrul Khan dan Eyka Farhana, Farisha Irwayu, Afifah Nasir, Qazim Nor, Fazlina Ahmad Daud dan ramai lagi.

Sinopsis Drama Bahagia Kasihmu Di TV3 Slot Zehra

Harga: RM 18.00
ISBN: 978-983-124-345-9
Halaman: ~464
Berat: 400 gram
Tarikh Terbit: 21 Feb 2008
Kategori: Novel

Selain daripada itu, Bahagia Kasihmu di arahkan oleh Nizar Jamaluddin. Drama Bahagia Kasihmu diterbitkan oleh A.Aida Production. Sdn Bhd.

Sinopsis Drama Bahagia Kasihmu 


Sinopsis Drama Bahagia Kasihmu Di TV3 Slot Zehra

Drama Bahagia Kasihmu mengisahkan tentang seorang wanita yang cuba bangkit dari kenangan silam.

DIBURU masa silam, Tasnim sentiasa kegelisahan. Kepahitan semalam mendera perasaan. Terus, dia tidak berani mencintai. Jauh sekali membiarkan dirinya dicintai. Dia sentiasa sedar di mana dia berpijak. Di penjuru mana dia berdiri.

Kemunculan Zarul, memang tidak diduga. Tanpa sedar, lelaki itu menjadi watak penting dalam hari-harinya. Dia seolah terikat dengan Zarul. Ingin menjauh, tetapi makin dekat pula jadinya. Dalam diam, sedetik rasa mula bertunas dalam jiwanya.

“Awak adalah perempuan yang berjaya membuka pintu hati saya. Siapa pun awak sebelum ini, saya tak kisah.Izinkan saya bahagiakan awak.”

Tasnim terkedu. Pertemuan mereka tidak pernah dirancang. Perkenalan mereka tanpa salam. Lalu, semudah itukah dia melafazkan kata cinta?

Kata pujangga, apabila hati disimbahi cahaya cinta, sinarnya akan dapat dibaca pada seri wajah. Begitulah hebatnya kuasa cinta. Jadi, wajarkah dia menolak hakikat sebuah kehidupan?

Hakikatnya, cinta itu permulaan sebuah derita. Dibayar dengan air mata sekalipun belum tentu mendatangkan bahagia sekelip mata.

Pergilah cinta, andai itu mampu mengembalikan kebahagiaan. Biarkan sahaja bahagia kasih itu berlalu, andainya itulah harga sebuah kepahitan yang perlu dibayar. Biarlah rindu ini terus tersimpan dalam lipatan memori cinta. - sumber Alaf 21

Adakah Tasnim mampu mengecap bahagia dengan Zarul yang cuba menghulurkan secebis kasihnya? Adakah Zarul pun macam lelaki lain yang akan terus meninggalkan Tasnim jika dia tahu sejarah pahit wanita itu?

Sama-samalah nantikan kesudahan cerita Bahagia Kasihmu yang bakal menemani malam anda.

Dec 20, 2016

December 20, 2016

Kisah Sedih Drama 7 Hari Mencintaiku Sarat Pengajaran

Kisah Sedih Drama 7 Hari Mencintaiku Sarat Pengajaran. Drama 7 Hari Mencintaiku hampir menuju titik noktahnya. Pelbagai komen, kenangan, trending di seluruh Malaysia dan banyak lagi peristiwa yang berlaku dikaitkan dengan naskhah hebat karya Siti Rosmizah ini. Drama 7 hari mencintaiku di bintangi oleh pelakon hebat tanahair seperti Shukri Yahya, Siti Saleha, Syazwan Zulkifli, Wan Sharmila dan ramai lagi.

Kisah Sedih Drama 7 Hari Mencintaiku Sarat Pengajaran

Drama 7 hari mencintaiku disiarkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis bermula jam 6.58 petang.

Drama 7 hari mencintaku ditayangkan dalam slot Akasia di TV3 dan mengandungi 28 episod.


Sinopsis Drama 7 Hari Mencintaiku



Mia Adriana merupakan seorang peguam dan mempunyai firma guamannya sendiri bersama ayahnya Dato Megat Idrus. Mia telah pun bertunang dengan sepupunya sendiri iaitu Khalil (Ungku Hariz).

Namun kerana terlalu percaya pada tunangnya, Khalil, Mia Adriana telah menyebabkan ayahnya muflis. Khalil tidak hadir pada malam pernikahan mereka, sebaliknya Khalil menikahi Rita kerana duit. Dato Megat yang diserang sakit jantung, meminta Khuzairi untuk menjadi menantunya. Demi menutup malu, Mia sanggup berkahwin dengan Khuzairi walaupun mengganggap Khuzairi kolot dan kampung.

Bermulanya kehidupan baru Mia Adriana bersama Khuzairi di kampung. Sepanjang berada di kampung, Mia Adriana memang menjadi kebencian Mak Leha, mak tiri Khuzairi. Mak Leha membenci Mia kerana dia memusuhi Puan Hayati. Terjadi pelbagai pergaduhan antara Mia, Mak Leha dan Syakilla, tunangan Helmi yang menaruh hati pada Khuzairi.

Perhubungan Mia dan Khuzairi juga selalu pasang surut. Khuzairi juga tersepit kerana dia terlalu menghormati Mak Leha sebagai ibu sehingga dia selalu melukakan hatinya sendiri.

Kerana suatu peristiwa, Mia Adriana tersedar bahawa sememangnya dia mencintai Khuzairi sepenuh hati. Dia terlalu merindu anak kecil yang ditinggalkan tanpa melihat rupanya. Namun, cukupkah masa 7 hari itu untuk meraih kembali cinta Khuzairi yang sudah membeku?

Drama 7 Hari Mencintaiku Sarat Pengajaran


Drama 7 hari mencintaiku memang sarat dengan pengajaran berguna. Bagi sesiapa yang menonton drama hebat ini, apakah yang anda dapat? Setelah membaca novelnya dan menonton drama di TV, ini yang dapat penulis simpulkan:

1. Jangan memandang hina pada orang lain disebabkan kemiskinannya. Kita tidak tahu entah bila Allah pulangkan pula takdir itu kepada kita. Orang miskin pun manusia juga. 

2. Seorang isteri mesti menghormati suaminya walau siapa pun dia. Walau suami anda hanya seorang nelayan atau pekebun kecil, ia adalah pendapatan dan pekerjaan yang halal.

3. Walau siapa pun ibu kita, baik atau jahat, seorang anak mesti menghormati nya. Jangan sakiti hatinya. Terutamanya anak lelaki, kerana syurga nya terletak di bawah kaki ibu. Contohnya Khuzairi yang terus menghormati ibunya walau apa pun kelakuan ibunya yang tidak disenangi.

4. Setiap orang boleh berubah. Dari baik kepada jahat. Dan dari jahat menjadi baik. Kita tidak tahu pengakhiran hidup seseorang. Memaafkan adalah lebih baik kerana ia merupakan dendam yang terindah. Contohnya Pak Samad yang mudah memaafkan Mia walau orang sekeliling membencinya.

5. Jangan pisahkan kasih sayang anak dan ibu walau siapa pun ibu tersebut. Walau ibu itu seorang pelacur tetapi ia tetap seorang ibu yang telah mengandung dan melahirkan anda ke dunia. Kelakuan Mak Leha yang menghalang Mia melihat anaknya telah ditempelak oleh Pak Samad.

6. OKU juga manusia. Mereka ada perasaan untuk disayangi dan menyayangi. Watak Buntat telah memberikan keinsafan dan menyedarkan Mia Adriana tentang kesilapannya. Sayangi mereka ketika ada, jangan bila telah tiada baru menyesal tak berguna.

Itulah antara pengajaran yang dapat penulis rangkumkan dari drama 7 hari mencintaiku. Jika anda ada pengajaran yang lain yang ingin dikongsikan, boleh tuliskan di ruangan komen di bawah. 

Semoga kita menjadi penonton yang bijak dengan memiilih karya bermutu yang mengisahkan realiti kehidupan sebenar daripada dimomokkan dengan cerita penuh fanfasi.

Selamat menonton.

Dec 16, 2016

December 16, 2016

Hero Seorang Cinderella Gandingkan Fattah Amin Dengan Fazura?

Hero Seorang Cinderella Gandingan Fazura Dan Fattah Amin Bakal Di Dramakan? Dengar ceritanya novel Hero Seorang Cinderella akan di adaptasikan ke drama TV. Dan pelakon yang dicadangkan adalah Fazura dan Fattah Amin. Wow!!..., jangan ada yang histeria over excited sudah!! [Tetapi... hanya gosip, entahkan betul atau tidak, admin tak tahu lah..]. Dan apa yang saya dengar lagi, mungkin pihak Astro akan terbitkan drama ini. Kalau benar ia gandingan Fattah Amin dengan Fazura, pasti boleh jadi fenomena. Setuju tak?

Hero Seorang Cinderella diterbitkan oleh Karya Seni pada April 2016. Ia adalah karya novel daripada Anjell yang juga menulis karya hebat sebelum ini iaitu Tundukkan Playboy Itu.


Hero Seorang Cinderella Bakal Di Adaptasikan Ke Drama?

Paperback, 704 mukasurat
Published April 2016 oleh by Karya Seni
ISBN139789674690076 
Harga: RM 25.00 
Biasa : RM28.00
Diskaun: RM3.00

Info Hero Seorang Cinderella 


Tajuk: Hero Seorang Cinderella
Episod: 24 episod
Pengarah: Michael Ang
Pelakon utama: Fattah Amin, Fazura, Uqasha Senrose dan ramai lagi
Penyiar: Astro

Sinopsis Hero Seorang Cinderella 


Baca Sinopsis yang lain: 


Ini adalah kisah seorang Cinderella dan heronya. Sekali pandang, orang mesti cakap dia sesuai untuk Cinderella versi thriller. Dia cantik tapi muka dia beku. Senyum ikhlasnya mahal. Jelingannya tajam mengalahkan pedang. Semuanya hanya untuk menutup kisah hidupnya. Itulah Nura Medina. Seratus lapan puluh darjah pula dengan heronya.

Heronya masih versi Prince Charming. Dia kacak membunuh. Senyumnya ikhlas versi pencair hati. Jelingannya mampu bikin anak dara penasaran. Dan kepulangannya ke Malaysia kali ini bersama satu amanah. Itulah Tengku Ian Uzzam. Macam mana Tengku Ian boleh menjadi hero seorang Cinderella?

Al-kisahnya bermula pada suatu malam. “Tips. Kalau awak ingat saya malam ni, saya pasti akan selamatkan awak.”- TENGKU IAN UZZAM Bermulalah misi Tengku Ian untuk mendekati Medina. Terus-menerus si hero selamatkan Cinderellanya. Sehinggalah tersingkapnya satu rahsia.

“Dunia ni penuh dengan ketidakjujuran. Bila dah kena fitnah, 99.9% pilih untuk percaya.” – NURA MEDINA

“In the situation of 99.9% of distrust, I am your 0.1% that will trust you. Always.” – TENGKU IAN UZZAM

Itu janji Tengku Ian. Dan apabila Medina berada dalam situasi 99.9% itu, masihkah Tengku Ian menjadi 0.1% dia? Dan berjayakah Tengku Ian menjalankan amanah yang diberikan?

Review novel Hero Seorang Cinderella Dari Goodreads:


Hero Seorang Cinderella Gandingkan Fattah Amin Dengan Fazura?
Hero Seorang Cinderella Gandingkan Fattah Amin Dengan Fazura? 
Abaikan klise kisah anak orang kaya, anak datuk, anak raja... Memang itu semua dah tertulis dalam novel cover cantik ini. Apa yang tertera pada tajuk, itulah yang perlu di hayati. Masih adakah kisah cinderella zaman moden ini? Bebudak sekarang kuat melawan, paling senang lari jer dari rumah. Haa... Satu point untuk kisah ini, jangan lari dari rumah walaupun mak tiri, kakak tiri perangai macam hantu ju-on. Hehe...

Medina, yang selalu disisihkan bila ayahnya lebih percaya pada ibu tiri dan kakak tirinya. Namun, dia tetap pegun dalam rumah itu mengenangkan itu sajalah yang dia ada, iaitu ayah. Semua itu menjadikan dia seorang gadis yang beku dan tidak mesra alam. Hero utama pula, tengku ian uzzam pulang ke malaysia kerana satu amanah. Berkenalan secara tidak sengaja dengan medina dan seterusnya berjumpa kembali semasa jemputan makan malam di rumah datuk azizan. Yang bestnya, dia menyamar sebagai anak angkat tengku ismadi dan farizzam yang sebenar anak angkat tengku ismadi diperkenalkan sebagai tengku zam.. Kenapa?.. Alasan utama sebab dia nak tengok manusia mana yang hipokrit.... Yelah, jumpa kali kedua dengan medina waktu datin mawar dan anaknya puteri tengah sedap membasuh otak medina. Makinlah si Ian ni nak tahu kisah sebenar...

Dan, selain dari menjalinkan hubungan perniagaan dan amanat Tengku Ismadi untuk merapatkan diri dengan medina, Ian ada misi. Misi kehidupan yang mengaitkan medina, datuk azizan, ayana dan farizzam serta mahu merungkai rahsia.. Nak korek kisah kena lah pandai, ye tak? Umpama tarik rambut dalam tepung, rambut tak putus tepung tak berselerak... Hehe... Kisah gatai si hero cinderella pun tak tinggal.. Seronok gak baca pasal hero gatai ngan cinderella beku nih.. Nak tau kisah best nih, pegi cari novel nih...


Review 2:


Jalan cerita sudah dapat diagak. Cinderella yang diselamatkan oleh Prince Charming. Pada mulanya tak suka, akhirnya berkahwin dan bercinta. Ada rahsia dan kacau bilau sedikit. Dan akhirnya, hidup bahagia.

Walaupun begitu, aku suka apabila Tengku Ian percaya sepenuhnya kepada Medina walau orang lain meracuni pemikirannya. Terbayang betapa handsome dan kelakian terserlah dalam adegan tertentu. Hehe.

Medina yang masih kuat bertahan walau hidupnya tidak indah seperti yang disangka oleh orang luar. Percaya pada Allah dan akhirnya bertemu bahagia bersama Tengku Ian.

Novel ini juga membawa pembacanya agar tidak mudah percaya pada orang lain tanpa usul periksa. Pastikan kaji selidik dulu apa saja yang dicakap oleh orang lain. Agar tidak salah menghukum.

Itu yang terjadi kepada Ayana ( Mak Medina ) yang difitnah oleh Datin Mawar sehingga diheret keluar rumah dan Medina yang difitnah oleh kakak tirinya, Puteri sehingga dihalau keluar oleh ayahnya.

Jangan mudah percaya orang! Tolong percaya pada keluarga sendiri. Mesej yang paling kuat disampaikan dalam novel ini.

Pendapat peribadi, aku bagi 4 bintang untuk novel ini.

Kalau novel ini diadaptasi jadi drama atau filem, tak tahu siapa yang boleh memegang watak Tengku Ian dan Medina dengan baik. Cuma harap aku berkenan dengan pelakonnya. Hee.

Nak share jugak ayat-ayat jiwang karat dalam novel ni. Hehe. Tiadalah cia cia cia ye =D

"Not even one second will I doubt you. But please don't stop loving me".

"Never happen, darling. Because loving you is like breathing. How can I stop? ".

"Me too. Loving you is like counting the numbers. It never ends".



Updates by Astro Gempak (20/2/2017):


Neelofa mengesahkan yang dirinya tidak akan menjayakan drama HERO SEORANG CINDERELLA tersebut.

"Sebelum ini, saya sudah maklumkan kepada pihak Astro, pengarah Michael Ang dan tenaga produksi yang saya memang telah bersetuju untuk menjayakan drama bersiri Hero Seorang Cinderella.

"Atas sebab-sebab tertentu, saya mengalah dah tidak akan membintangi drama bersiri tersebut.

"Ingin saya tegaskan, bukannya saya tidak mahu, awal-awal lagi saya telah menyatakan persetujuan saya. Namun begitu, atas sebab tertentu, saya terpaksa mengalah dan tidak dapat berlakon dalam drama bersiri tersebut," kata Neelofa kepada Astro Gempak.

Ketika ditanya apakah sebab sebenar yang membuatkan dirinya mengalah dan tidak membintangi drama bersiri tersebut, Neelofa mengunci mulut dan tidak memberikan penjelasan lanjut.

"Saya tak boleh beritahu. Kalau nak tahu apakah sebabnya, kena tunggu pihak stesen atau tenaga produksi sendiri untuk memberikan penjelasan," katanya.

Dec 1, 2016

December 01, 2016

Sinopsis Drama Meh Sandar Pada Aku! Karya Aifa Batrisya

Sinopsis Drama Meh Sandar Pada Aku. Cerita adaptasi lagi dari novel Meh sandar pada aku! karya Aifa Batrisya akan mula ditayangkan di TV3 mulai Februari 2017.

Cerita Meh Sandar Pada Aku akan mengisi slot slot Dahlia di TV3. Ditayangkan pada setiap hari Jumaat hingga Ahad. 

Nak tahu pelakon yang terlibat? Antara pelakon utamanya adalah Mira Filzah & Alif Aziz.

Sedikit info daripada FB Mira Filzah,
#Repost @miraclegacy_ with @repostapp・・・Cak! Haaa kita tahu ramai sedang menantikan #MehSandarPadaAku! Sebuab adaptasi novel karya terbitan @karyaseni ditulis oleh @aifabatrisya, skrip tulisan @marrmohamad ..Dilakonkan oleh @mfmirafilzah @aliffaziz91 @redzarosli @jajailiyes_ @nadanursyuhada @aishahilias @aiditnoh @asyrafaley Dan ramai lagi!!! Akan memulakan tayangan pada 27 NOVEMBER 2016 ini di laman WWW.TONTON.COM.MY. Dan anda boleh tonton 20 episod sekaligus secara eksklusif dan dapat dgr ost #MehSandarPadaAku berjudul #SandarPadaku nyanyian bersama @mfmirafilzah dan @aliffaziz91!. Tayangan di TV3 pada 2017..Pihak kami amat berharap semua pihak untuk tidak menyiarkan kandungan berbentuk video dan memuatnaik di mana mana laman media/blog. Kami juga minta kerjasama mana mana pihak utk tidak download secara haram drama bersiri ini. Kami amat menghargai kerjasama anda. @zaidaismail @lya_za @shahilaazwin 

Sinopsis Drama Meh Sandar Pada Aku 




Meh Sandar Pada Aku! mengisahkan tentang gadis manis bernama Afnan Tasneem yang terpaksa menjalani praktikal di sebuah institusi penyelidikan bagi menyempurnakan pengajiannya. Tetapi siapa sangka di situ dia terjumpa teman hidupnya yang bermula dengan agak dingin?

Berikut adalah sinopsis belakang kulit novel MEH, SANDAR PADA AKU! karya Aifa Batrisya.


Aku perlukan kau, sebagaimana kau perlukan aku. Tapi kenapa kita tak sedar semua itu? Kata orang, tak kenal… maka tak cinta. Tapi kalau dah kenal, asyik nak menyakitkan hati sahaja… buat apa? -Afnan Tasneem

Dia, gadis yang ceria, jujur cuma kadangkala lurus bendul tak bertempat. Kehadirannya di institusi penyelidikan itu hanya sekadar memenuhi syarat kredit yang diperlukan untuk menyempurnakan pengajian peringkat ijazah pertamanya. Sangkanya, praktikal hanya sekadar bekerja sambil menimba pengalaman awal sebelum tempoh alam pekerjaan yang sebenar. Rupa-rupanya tidak.

Berdepan dengan spesies lelaki terancam yang macam bagus seperti penyelianya itu membuatkan hatinya sentiasa berasa panas. Buat itu tak kena, buat ini tak kena. Langsung tak ada gaya sedang menjalani praktikal. Asyik kena buli, adalah! Lelaki itu cuma pandai bagi arahan, tapi tunjuk ajar memang tak pernah ada. Matanya pula langsung tak beralih dari skrin komputer setiap kali berkata-kata. Macam bagus sangat!

“Kau letak otak kau kat mana ha? Kat lutut?”

“Kenapa Doktor Syed tanya saya macam tu?”

“Sebab kau buat kerja tak guna otak. Tapi guna lutut!”

Dalam marah, dalam herdik… tanpa sedar nama gadis itu sudah mula ada ruang dalam hati dan akal seorang lelaki bernama Syed Nadzhan yang selama ini dunianya kosong untuk kaum perempuan. Kehadiran Adam Naufal, anak didiknya yang selalu menjadi penyelamat gadis itu dengan senyuman dan bicara tenangnya membuatkan hati Syed Nadzhan yang mula terisi, rasa tergugat.

“Aku apa?”

“Tak ada apa-apa, Doktor Syed...”

“Aku tanya sekali lagi. Aku apa?”

“Errr… Doktor Syed kan handsome! Tentulah Doktor Syed tak suka perempuan macam saya yang biasa-biasa ni. Betul tak?”

Tapi rasa itu terhenti apabila mereka akhirnya ditakdirkan untuk duduk serumah.

Apakah pengakhiran kisah Afnan Tasneem? Berjayakah dia mengharungi tempoh praktikal di bawah seliaan lelaki itu dengan jayanya? Apakah hubungan sebenar di antara mereka berdua hingga memungkinkan mereka duduk bersama?

Tajuk: Meh, Sandar Pada Aku!
Penulis: Aifa Batrisya
Penerbit : Karyaseni
ISBN: 978-967-0246-39-0
Harga: RM22 (Semenanjung) // RM25 (Sabah & Sarawak)


Selamat menonton drama Meh Sandar Pada Aku! yang ditayangkan pada bulan Februari 2017 di TV3.

Jangan lupa, setiap cerita ambillah pengajarannya daripadanya. Bukan hiburan semata-mata..., okay!

Aug 29, 2016

August 29, 2016

Sinopsis Drama Suamiku Si Kolot Di Astro

Sinopsis Si Kolot Suamiku | Apakah drama melayu yang sedang anda saksikan buat masa ini? Ada drama yang best dan hot yang boleh dikongsikan dengan pembaca blog my karya?? Waktu dan saat ini saya sedang menonton drama melayu di saluran Astro Ria & Astro Ria HD yang bertajuk Suamiku Si Kolot. Macam best je, macam kelakar pulak...saya dapat tengok siaran ulangan setiap hari Ahad. Kalau hari bekerja memang tak sempat nak melayan, lagipun siaran nya dah agak lewat jugak..

Suamiku Sikolot adalah drama adaptasi dari novel dengan tajuk yang sama. Ia adalah karya penulis meningkat naik, Fazlyn Ridz.

Sedikit info:

Tajuk: Si Kolot Suamiku
Channel : Astro Ria & Ria HD
Mula Tayangan : 15 Ogos 2016
Masa: [Setiap Isnin-Khamis, 10.00 mlm]
Jumlah Episode : 20

Sinopsis Drama Suamiku Si Kolot Di Astro 


Drama Suamiku Si Kolot dilakonkan oleh Amar Bahrain, Siti Elizad, Faizal Hussien, Kuza, Atikah Suhaime, Waris dan ramai lagi.

Waktu tayangan pada hari Isnin hingga Khamis dari pukul 10mlm hingga 11mlm.

Sinopsis Drama Suamiku Si Kolot Di Astro

BLURB :-
(seperti belakang buku)


“Nama kau Kudin ya?”

“Apasal kau gelak?”

“Kudin nama kau? Memang sesuai sangat dengan kau. Nama kau sama buruk dengan baju kau!”

Si Edrina ini memang berlagak orangnya. Sudahlah berlagak, cerewet pula itu! Disebabkan dia dibesarkan di Kuala Lumpur, maka suasana kampung memang tidak kena dengan jiwa bandarnya. Kepada lelaki seorang itu dia memandang rendah dan jelak!

Lelaki bernama Kudin itu pula berbeza sikapnya. Dia sekadar lelaki kampung yang hidup membanting tulang kepada tanah untuk mencari rezeki. Kudin suka hidup berdikari dan lebih gemar hidup sederhana dari segala segi. Hidup di kota besar tidak pernah menjadi impiannya, bahkan wanita seperti Edrina tidak pernah tersenarai sebagai calon bakal surinya. Tidak sesuai!

Kata orang ikan di laut, asam di darat akhirnya di kuali bersatu juga. Begitu jugalah dengan mereka. Perkahwinan atas rancangan keluarga membuatkan hidup mereka berdua kian sesak. Konflik bertambah meruncing apabila Edrina tidak mahu terus tinggal di kampung, dan Kudin pula enggan berpindah dan bernafas di kota besar.

Jadi bagaimana? Siapa yang akan mengalah akhirnya? Benarkah Kudin itu seorang lelaki kolot yang menjengkelkan? Dan selama mana Edrina mampu mempertahankan ego dan mengelak hatinya jatuh kepada lelaki seperti Kudin?

WATAK PELAKON

Amar Baharin sebagai Kudin
Siti Elizad sebagai Tengku Edrina
Faizal Hussein sebagai Tengku Ehsan
Kuza sebagai Toh Puan Aisyah

SINOPSIS SI KOLOT SUAMIKU

Tengku Nur Edrina seorang anak yang degil dan menpunyai ego yang tinggi kerana ayahnya berketurunan raja dan emaknya dilahirkan di kalangan bangsawan. Angkuh dan bangga dirinya membawa hidupnya jauh dari nilai murni seorang wanita Melayu. Disebabkan dia dibesarkan di Kuala Lumpur, maka suasana kampung memang tidak kena dengan jiwa bandarnya. Kepada lelaki seorang itu dia memandang rendah dan jelak!

Kudin seorang lelaki kampung yang hidup membanting tulang kepada tanah untuk mencari rezeki. Kudin suka hidup berdikari dan lebih gemar hidup sederhana dari segala segi. Hidup di kota besar tidak pernah menjadi impiannya, bahkan wanita seperti Edrina tidak pernah tersenarai sebagai calon bakal surinya.

Mereka dipertemukan apabila Tengku Ahmad Ehsan mengunjungi Mak Kunah, emak Kudin untuk melunaskan janji lama yang pernah tersimpul kukuh antara moyang mereka dahulu. Kedatangan lelaki itu untuk membuka cerita yang terperuk lebih berpuluh tahun lalu, agar segala amanah dan wasiat dapat diselesaikan tanpa ada hutang piutang yang tidak dilunaskan sebelum dia menutup mata.

Perkahwinan atas rancangan keluarga membuatkan hidup mereka berdua kian sesak. Konflik bertambah meruncing apabila Edrina tidak mahu terus tinggal di kampung, dan Kudin pula enggan berpindah dan bernafas di kota besar.

Jadi bagaimana? Siapa yang akan mengalah akhirnya? Benarkah Kudin itu seorang lelaki kolot yang menjengkelkan? Dan selama mana Edrina mampu mempertahankan ego dan mengelak hatinya jatuh kepada lelaki seperti Kudin?

Sumber sinopsis daripada pelbagai seperti Love Novel, LayanOn9, Myinfotaip dan banyak lagi.