Menu
Results for "Luahan Sesuatu"
Oh! MyKarya!

Luaskan Hati, Maafkan

Ingatlah bahawa setiap masalah ada penyelesaiannya. Amarahmu.. hanya memenatkan. Dendam yang kau tanam, mengoyak iman. Tuhan tidak suruh itu semua. Selesaikan satu, satu.. dan bersabarlah.

Luaskan hati, maafkan. Masalah? Bukan datangnya dari makhluk. Masalah, bukan kamu yang ciptakan. Masalah adalah dari Allah. Dia hendak menguji apakah kamu berhak mendapat hadiah? Adakah darjahmu boleh setingkat lebih dari yang lain. Sebab itulah didatangkan masalah sebagai medan ujian.

Luaskan hatimu, maafkan

Allah dah kata, masalah bukan makhluk yang hadirkan. Jika kamu difitnah, dihina, dizalimi.. itu Allah yang bagi. Bila kamu telah pasrah dan redha, disitulah Allah akan menyelesaikan untukmu. Berserahlah sepenuhnya kepada Allah. Kerana, Dia tak pernah jauh. Dia tak pernah pergi. Serahkan masalahmu kepada Allah. Dia akan selesaikan untukmu.. sesuai dengan keperluanmu.

Kamu bermohonlah. Berdoalah.

Itu saja senjata yang kita ada, yang kita mampu. Kita tidak berdaya membaca yang nyata apatah lagi yang tersembunyi.

Luaskan hatimu.. bukalah luas-luas. Hiruplah angin damai yang Allah hadirkan. Maafkan. Siapa saja, bukan maknanya kita putus asa tetapi kerana kita tetap percaya Allah sedang merancangkan laluan kehidupanmu di depan. Biarkan mereka yang di belakangmu, dalam memori hitam itu.. Allah yang membalasnya. Dia kan Maha Kuat. Dia kan Maha Adil.

Bangunlah. Dengan penuh gemilang.

#self reminder
Aynora Nur
Ramadhan 22, 2017.

Luaskan Hati, Maafkan Ingatlah bahawa setiap masalah ada penyelesaiannya. Amarahmu.. hanya memenatkan. Dendam yang kau tanam, mengoyak ima...
aynorablogs Jun 17, 2017
Oh! MyKarya!

Buku Antologi Puisi Ilhamku Untukmu. Saya nak menulis sedikit tentang minat saya. Selain menulis blog, saya juga gemar menulis cerpen, sajak, enovel dan banyak lagi cabang tulisan kreatif yang saya cuba. Saya ada banyak menulis e-novel dan puisi di dalam blog www.mykarya.com. Jika anda mahu membaca tulisan saya, silalah kunjungi blog picisan tersebut ya...hihi

Satu hari saya terbaca di Facebook tentang komplot menghasilkan puisi dengan setiap penulis yang berminat boleh menyumbangkan sedikit modal agar impian itu terlaksana. Oleh kerana saya pun ada angan-angan nak ada sebuah buku (walau perkongsian), saya setuju untuk sertainya.

Kini akhirnya impianku menjadi nyata!!! Yahooo...

Akhirnya Buku Antologi Puisi Ilhamku Untukmu Berjaya Diterbitkan


Alhamdulillah.

Buku antologi puisi ILHAMKU UNTUKMU berjaya diterbitkan. Ia adalah buku antologi puisi yang membariskan 42 orang penulis dimana setiap penulis mengirimkan 5 buah puisi dengan tema bebas masing-masing untuk diterbitkan secara bersama.
Akhirnya Buku Antologi Puisi Ilhamku Untukmu Berjaya Diterbitkan

Setiap penulis yang berkomplot menghasilkan buku antologi puisi ini menyumbangkan sedikit dana sebagai modal dalam usaha tersebut.

Buku Antologi Puisi Ilhamku Untukmu

Kita orang tak ada buat apa pun, tunggu lebih kurang dua bulan, then...buku siap! Tak payah pening kepala. Segala urusan penerbitan, dapatkan kebenaran, konsep kulit buku dan sebagainya diuruskan oleh penyelenggara iaitu Saudara Zarir Ali.

Akhirnya Buku Antologi Puisi Ilhamku Untukmu Berjaya Diterbitkan

Antologi puisi ILHAMKU UNTUKMU mengandungi lebih kurang 210 puisi dengan pelbagai tema dari berbagai latar belakang penulis. Hmmm...ohsem sungguh! Mesti macam-macam idea penulisan, kan??
Akhirnya Buku Antologi Puisi Ilhamku Untukmu Berjaya Diterbitkan

Akhirnya Buku Antologi Puisi Ilhamku Untukmu Berjaya Diterbitkan

Anda berminat nak dapatkan buku antologi tersebut? Sebab...ditangan saya ada beberapa buah buku antologi puisi ILHAMKU UNTUKMU untuk dimiliki. Berikut maklumat tentang buku tersebut kepada yang berminat:

HARGA : RM25.00 (sm)/ RM28.00 (sabah/sarawak)
POSTAGE: Bergantung kepada kawasan diposkan
MUKA SURAT: 230
PENYELENGGARA: Zarir Ali
EDITOR: AC Jaffrie
PENERBIT: Pena Padu Press 

Anda boleh hubungi saya melalui whatsapp/SMS ; 013 7446292 untuk memesan buku tersebut.

Semoga dengan penghasilan buku ini menjadikan saya lebih bersemangat menghabiskan e-novel saya dan mungkin satu hari nanti akan terhasil pula novel kreatif saya.

Insyaa Allah, dengan izin Allah.

Buku Antologi Puisi Ilhamku Untukmu . Saya nak menulis sedikit tentang minat saya. Selain menulis blog, saya juga gemar menulis cerpen, saja...
aynorablogs May 25, 2017
Oh! MyKarya!

Ingatlah bahawa hidup ini hanya sementara, ingatlah waktu sihat sebelum sakit, waktu muda sebelum tua.

Dalam sebuah perhubungan, persahabatan dan persaudaraan...., tak semua perangai kita disukai, ada ketika kita dibenci kerana sikap sendiri yang tak disedari. Dalam gurau, ada yang terkecil hati, dalam suka ada yang terluka kerana kita. Maafkan semua dosaku, sahabat..


Kenanglah Yang Baik Dariku 

Kenanglah Yang Baik Dariku 
Saudaraku, kelak jika masa hidupku berakhir, kenanglah yang baik dariku. Maafkanlah yang tak baik dari sikapku. Keburukan, kejahatan, yang terkurang di sana sini adalah kerana diri ku sendiri, manusia yang tak sempurna.

Suatu ketika, Allah pernah pinjamkan rasa bahagia yang mewarna taman kasih. Hinggakan aku menidakkan kesedihan insan lain. Waktu itu, akulah insan terbahagia yang memiliki segalanya. Tetapi kini Allah memberikan aku luka, untuk aku kenali duka orang lain. Terima kasih Allah kerana memberikan peluang sekali lagi.

Sahabat..,

Kau memang tak inginkan apa-apa dariku. kita berkawan seadanya, ada kamu dan adanya diriku adalah atas takdir Illahi. Bila suatu masa nanti, kita terpisah dunia, kenanglah yang baik dariku. Maafkanlah yang tidak baik dari sikapku, yang mungkin kamu pendamkan selama ini.

Maafkan lah sahabatmu ini.

Ingatlah bahawa hidup ini hanya sementara, ingatlah waktu sihat sebelum sakit, waktu muda sebelum tua. Dalam sebuah perhubungan, persahabata...
aynorablogs Dec 21, 2016
Oh! MyKarya!

Hari Ini 4 Disember. Angin sejuk Disember membawa lari hangatnya daerah ini. Dedaun menari kehijauan melambai sejuta ketenangan. Aduhai Disember 2016, betapa banyaknya kenangan yang telah dilalui sepanjang tahun.

Angin 4 Disember, membawa cerita tidak ceria. Disember 2016, adakah aku telah dilupakan? Cerita suka duka, riang tawa, pahit manis bersatu menjadi debu kenangan. Namun parut yang ditinggalkan masih berbekas lagi.

Hari Ini 4 Disember, Aku Dilahirkan


Seseorang menulis begini,

4 December 2016 @ 4 Rabiul Awal 1438 Hijr.
Assalamualaikum... 😊

Pesan pada hati,
"Seseorang bahagia bukan kerana dia memiliki segalanya.

Tapi kerana pandai bersyukur dan tak membandingkan apa yang dimiliki dengan orang lain."


Nanti kalau mampu, akan aku laksanakan seperti apa dipesan. Buat waktu ini, ada hati yang tidak serupa itu, ketika ini ada sesuatu yang tak mampu di beritahu..

Beritahu padaku, apa lagi yang boleh dilakukan untuk membawa kehangatan pada sebuah kehidupan yang kian dingin? Adakah pada hari ini, 4 Disember ini.., angin sejuk membawa khabar damai buat hatiku? Apakah aku yang terlewat memungut serpihan debu positif yang ditiupkan angin lalu?

Persoalan ini bukan untuk mematikan pertanyaan dari mata yang tajam bertanya. Persoalan ini perlukan jawapan. Adakah aku akan menunggu setahun lagi agar segala persoalan dapat dirungkai?

Tak mengapa..

Aku tak marah dengan pertanyaan sinis pada lewat 4 Disember ini. Cuma, aku perlukan ruang untuk memahami apa yang sedang dilalui. Fahamilah aku.

Bahagia itu untuk orang yang tahu bersyukur.

Hari Ini 4 Disember. Angin sejuk Disember membawa lari hangatnya daerah ini. Dedaun menari kehijauan melambai sejuta ketenangan. Aduhai Dise...
aynorablogs Dec 4, 2016
Oh! MyKarya!

Malam kian hening. Menampar rasa sunyi yang bertakhta di jiwa. Terdengar segala gurindam nyanyian malam yang didendang insan. Jika malam masih sudi berteman, izinkan suara hati didengar biar sunyi tidak berjawapan...

Malam ini dia berhiba, mengenang lagi dosanya yang lalu. Kafarah satu demi satu di hadam hingga longlai nya rasa tidak berdaya.

Dia tahu dia bersalah 



Kepada Allah dipinta taubatnya tidak pernah jemu, demi mohon ampunan agar dipadam dari senarai khilaf yang lalu..., dia sanggup menunggu. Pada waktu yang pasti, dia berharap, bermunajat kepada yang Satu.

Lihatlah Tuhanku...

Kau berikanlah dia kekuatan. Tabahkan hatinya. Sabarkan dia. Kuatkanlah iman dia. Hanya Engkau yang mampu menjawab, segala pertanyaan dari lubuk hati. Di manakah perhentian yang pasti, yang bisa melembutkan hati yang galau. Tuhanku, dia mengakui khilafnya, dia menerima ujianmu. Redhalah dia dalam penghujung malam.

Sesuatu telah mengajarkan. Buat baik di balas baik. Buat jahat ada kafarahnya. Setiap orang pasti merasai. Hidup berbudi hingga akhir nanti. Jadikan yang keji sebagai penguat berubah hati, menuju kasih illahi.

Tertawalah kamu, jika menyakitkan orang lain kamu rasa bahagia.

Berhiburlah dengan deraian airmata yang kau lemparkan.

Dongaklah ke langit, mengangkat dosa-dosa..

Satu masa satu saat kau pasti merasai, putaran rasa yang kau berikan, kesakitan yang kau tinggalkan. Kau akan berada jua di atas tapak yang kau ciptakan.


Telah dia redhakan

Telah dia tabahkan.

Tetapi pembalasan... Allah yang lakukan. Tunggu saatnya kamu berada di tempat dia.

Kafarah atas kezaliman yang kau lakukan, terimalah.

Malam kian hening. Menampar rasa sunyi yang bertakhta di jiwa. Terdengar segala gurindam nyanyian malam yang didendang insan. Jika malam mas...
aynorablogs Nov 22, 2016