Menu
Results for "Luahan Sesuatu"
Oh! MyKarya!

Hari ini 12.12.12...

Aku melihat diri sendiri. Ke mana arah tujuan hidup ini mulai dari masa sekarang. Apakah aku menjadi sesuatu yang bersinar ataupun sekadar batu di tepi jalanan? Di mana hendak dimula? Apakah langkah baru dengan azam baru sudah terlewat buatku? Kerana akhir tahun semakin dekat, tahun baru sedikit demi sedikit mulai menampakkan sinarnya...di manakah aku nanti? Apakah masih ditakuk lama dengan lakaran idea yang tak bercambah, mati begitu saja!



Harus aku berbuat sesuatu. Minat dan cinta pada karya-karya kreatif bukannya sudah padam, tetapi bidang tuntutan kerjaya dan persekitaran begitu menghadkan idea dan ilham untuk bercambah...tetapi aku masih cintai novel-novel tulisan penulis berbakat dan bijak. Kadangkala aku cemburu juga, masa begitu menyayangi mereka. Tak mengapalah, aku sekadar jadi pembaca setia dan peminat rahsia yang tak jemu-jemu menyokong setiap karya maya ataupun realiti.

Masih aku tertanya-tanya, apakah masih ada pembaca yang berkunjung ke teratak mykarya.net ini? Kepada sesiapa yang berkenaan, bacalah selagi sudi kerana sebenarnya mykarya.net tetap berdiri di sini. Cuma entah bila kesinambungan novel-novel ini akan terjadi...semoga ada kudratku di situ suatu hari nanti...

Sebuah luahan sebagai titik permulaan...
beranikah untuk memulakan semula?
hanya masa yang bakal menentukan!

aynora nur 12.12.12 

Hari ini 12.12.12... Aku melihat diri sendiri. Ke mana arah tujuan hidup ini mulai dari masa sekarang. Apakah aku menjadi sesuatu yang ber...
Unknown Dec 12, 2012
Oh! MyKarya!

Gambar hiasan

Dengan lafaz Bismillah, semoga berteman kalam suci Allah aku ditemani oleh langkah kalian yang menyusul dengan rela. Aku tak pernah memaksa atas perjalanan ini kerana kalian telah miliki akal untuk bertenang dan merenung jauh atas perjuangan ini. Aku terkadang umpama ranting rapuh yang pabila dipijak berderai ia. Tetapi siapakah mampu mengubah nasib ini melainkan azam dan semangat dari dalam diri sendiri.

Hijrah itu perjuangan!
Hijrah itu pengorbanan...

Bukan mahu mendabik dada, pantang sekali jika mahu menunjuk riak kemenangan yang aku lakarkan. Kawan, dengan langkah berani diiringi tabahnya sebuah pengorbanan, aku teruskan langkah ke titik akhir. Tetapi simbahan keringat dan doa restu orang tersayang telah membawa aku menjadi aku seperti hari ini. Gagal sekali, tewas berkali-kali bukan halangan menjejaki tingginya gedung Mahameru...aku mahu kerana itu aku corakkan langkah sendiri!

Ingatlah teman-temanku, pangkat harta dan wang ringgit bukan ukuran sebenar sebuah kejayaan. Yang harus kalian sematkan pada setiap perjalanan adalah penghijrahan daripada baik menjadi yang terbaik, harus bijak memohon keampunan pada penghujung hari dari PenciptaMu dan melakukan pengorbanan dengan berhijrah membuang jauh rasa dendam pada sesama insan! Harus kita akui ALLAH ADA DIMANA-MANA, KETIKA KITA SUSAH ATAUPUN SENANG!

Dan...hijrah itu bukannya mudah, temanku!!

**aynora.nur**  



Gambar hiasan Dengan lafaz Bismillah, semoga berteman kalam suci Allah aku ditemani oleh langkah kalian yang menyusul dengan rela. Aku ...
Unknown Nov 14, 2012
Oh! MyKarya!

Mungkin itu sekadar anggapanmu. Kau sesuka hati melabel aku sedemikian. Aku tak lupa daratan, teman. Aku masih seperti yang kau kenali lewat pertemuan bermusim dahulu. Aku tetap aku, kesibukan dengan dunia keluarga dan kerjaya, memang menyempitkan masa yang ada. Pun sesekali, ingatan tetap pada memori bersama.

 

Di manakah kamu kini? Sudahkah selesai pendakianmu pada tangga tertinggi seorang siswazah? Apakah kau telah berubah arah mencari kerjaya idamanmu? Apakah kau juga sudah berjaya menjadi lebih dewasa dengan tangisan suara anak kecil? Dalam senyum membaca mesej pada inbox, aku tertanya-tanya...apakah si penganggu itu masih mengejarmu? Tak habis lagikah larimu dari bayang-bayang sidia?  Argh!! Temanku, sisa-sisa kenangan tak pernah padam sepertimana aku tak pernah hilang dari hiruk pikuk dunia yang kita kecapi dulu.

Teman,
kita pernah bersama namun masa amat terbatas
kerana arah hidup kita terbelah dua dunia
kau sendirian lewati batas masa
dan aku berlari mengejar masa yang tak pernah cukupnya!
adakala,
dalam tak tentu arah mana nak dimula
aku imbas renungan nasihat yang kau sisipkan
tak luak pun rasa malu pada usia yang beza
biarpun kau adikku, dewasamu tambahkan ceria...

Aku tak pernah hilang
meskipun cuba dipadam bayang-bayang
memori tetap muncul pada hari siang
dan tetap menyusul bila malam menjelang...

sesungguhnya,
aku masih ada di sini
melengkapi kehendak duniawi
dan cuba mencari lagi, sinar mentari pagi
pada jalan yang diredhai...


**Aynora nur**


Mungkin itu sekadar anggapanmu. Kau sesuka hati melabel aku sedemikian. Aku tak lupa daratan, teman. Aku masih seperti yang kau kenali lewat...
Unknown Nov 2, 2012
Oh! MyKarya!

Selamat sejahtera,
Bismillah...


Ramadan datang lagi, dengan hati yang suci, menadah tangan memohon pada Illahi, agar Ramadan kali ini lebih baik dari tahun sebelumnya. Tak pernah ada rasa benci, malahan kesyukuran tak terhingga di panjatkan moga kesejahteraan dan kesihatan yang baik sentiasa dikurniakan. Semoga para sahabatku yang dikasihi di laman mykarya.net, yang tak pernah ditemui, hanya bertemu pada alam maya ini, pun sama seperti diri ini, dilimpahkan kesihatan dan puasa yang afdal.

Sepuluh jari disusun, maaf dihulur jika ada teman-teman maya yang terasa dan terkecil hati, dengan penulisan yang menyentuh hati dan peribadi. Tiada niat mahu memburukkan sesiapa kerana penulisan dihasilkan sekadar mengisi masa terluang dan memenuhi minat yang tertanam sejak dahulu lagi. Semoga kalian sudi menerima permohonan ini dengan tangan terbuka.




Selamat Menyambut Ramadan Al Mubarak 1433H,

Semoga kita bertemu lagi pada Ramadan akan datang...
aynora nur        

Selamat sejahtera, Bismillah... Ramadan datang lagi, dengan hati yang suci, menadah tangan memohon pada Illahi, agar Ramadan kali ini le...
Unknown Jul 20, 2012
Oh! MyKarya!

Salam sejahtera,
dengan Bismillah...

Tiba-tiba saya teringat. Saya terhutang dan berhutang satu cerpan dengan kamu semua. Saya sering 'berkelahi' dengan masa. Kadangkala saya juga tidak cukup ruang untuk berkarya, menyepikan diri buat seketika di bilik sunyi sepi. Apakan daya, kekangan sentiasa ada. Itulah silapnya dan lemahnya saya. Tolong maafkan, okey!


Aku sebenarnya...Catatan cerpan berdasarkan kisah benar dan khayalan, dan saya dapatnya dari inspirasi sebuah lagu nyanyian Nash Lefthanded. Mungkin ia sekadar kisah biasa dari beribu kisah yang seumpamanya, tetapi...itulah namanya kehidupan. Ada sama tapi tak serupa. Anggaplah ia sebuah lagi kisah biasa yang mungkin juga 'luarbiasa' bagi yang 'merasainya'.

Kamu semua boleh baca 'Aku Sebenarnya...' dari sini.

** Zahir Tak Terucap **

Nyata bukan khayalan
Apa yang aku alami
Kau menjelma setelah menghilang
Kini berdiri di lamanku

Teramat getir keadaan ini
Nak kubiarkan tak sampai rasa di hati
Andai kusambut itu bererti
Berdosanya diriku ini

Aku terpaksa kuburkan
Walaupun kasihku ada
Harus kuterima hakikat
Dia masih memerlukanmu

Nyata bukannya khayalan
Apa yang aku alami
Kau menjelma setelah menghilang
Mengharap suatu yang tak mungkin

Terbongkar kini
Yang dulu terkunci
Namun semua itu
Sudah tak bererti
Silapnya kita saling memendam
Sukar meramal perasaan

Aku sememangnya ada
Menyimpan kasih padamu
Cuma zahir tak terucap
Kerna dibayang rasa sangsi


Semoga satu hari yang terdekat ini, saya berjaya menyiapkan yang tertangguh. Saya bukan berjanji, cuma saya bersungguh-sungguh untuk memperbaiki kekurangan diri saya.

Kemaafan dendam yang terindah,
aynora nur

Salam sejahtera, dengan Bismillah... Tiba-tiba saya teringat. Saya terhutang dan berhutang satu cerpan dengan kamu semua. Saya sering ...
Unknown Jun 9, 2012