Menu
Results for "MY LOVE CEO"
Oh! MyKarya!


“Tangguh? Tapi Kenapa? Kau jangan cari pasal Fina.”

Emak sudah mencekak pinggang di depanku sambil matanya bulat bak sebutir bola pingong yang bila bila masa saja boleh melantun di atas pipiku. Aduh! Tak sanggup aku tengok muka mak seburuk itu. Agaknya dulu dulu kalau abah tengok muka mak macam ini tentu emak tak sempat jadi isteri abah.

“Ya, postponed bak kata Dylan…”

“Kau orang berdua dah gila ke apa? Dylan tak Dahan, mak tak peduli. Kali ini mak nak korang kahwin. Titik. Noktah.”

“Tapi mak…”

“Tapi apa???” mata emak semakin besar dan makin dekat di mukaku.

“Emak, jangan buat macam tu. Buruk tau. Takut Fina.”

“Tau takut. Yang korang buat perkara tak bincang dulu, tau tau nak kahwin. Itu kau tak tahu takut aku. Fina tengok nanti macam mana kalau mak dah naik hantu, semua hantu pun takut.”

“Iya ke mak? Tak pernah nampak pun.”

“Kau tak caya??”

“Caya…caya…hehe…”

Aku angkat punggung nak masuk ke bilik. Tak kuasa nak melayan darah mendidih emak yang sedang meluap-luap. Kalau aku suruh ambil wuduk kang, marahnya makin tinggi dan tak pasal-pasal boleh terkena serangan jantung, siapa yang susah. Aku dan abah dan adik beradik aku yang susah! Aku tak nak jadi penyebab perkara-perkara buruk yang bakal berlaku. Hish! Selisih Malaikat 44…

“Hah! Nak ke mana pulak tu. Emak belum habis cakap.”

“Tadi juga mak yang cakap tunggu abah balik dari surau. Kita bincang lagi. Emak tak ingat ke?”

“Bila masa aku cakap macam itu?”

“Baru sekejap tadi. Cepatnya lupa mak. Fina masuk bilik dulu. Nanti abah balik kita bincang lagi.”
Emak kalau sedang marah sekejap beraku engkau dengan aku. Padahal ayat yang terakhir kat atas itu saja aku kenakan emak, kalau tidak bisingnya tak habis-habis.

Izz Dylan O’Connor pun satu. Dah elok plan dan arrange strategi supaya emak dan abah boleh satukan kami, dia pulak buat hal. Pada saat-saat akhir terpaksa tangguhkan perkahwinan kami kerana ada hal mustahak yang tak dapat dielakkan. Apa yang mustahaknya? Aku pun tak diberitahu. Cuma yang dia kata, beri dia masa selama tiga bulan untuk fikirkan keputusan kami ini. 3 bulan? Bukankah dulu dia pernah tinggalkan aku selama 3 bulan juga? Eh! Bukankah aku yang tinggalkan dia? Adakah 3 bulan kali ini dia pakat nak tinggalkan aku sebab dia sudah boring? Apakah dia telah bertemu dengan kekasih mat saleh lain yang lebih sesuai dengan jiwanya?

Entahlah…untuk semua pertanyaan tersebut aku tiada jawapannya. Bila emak dan abah paksa cari jawapan, maka aku katakan yang itu ‘probation’ period untuk dia jadi suamiku.

“Apanya period, period tu. Dia tu kan lelaki, kenapa pulak datang period?” Abah bertanya dengan muka sumpah tak faham, maknanya muka poyo.

“Ha…ha…ha….”

Aku gelak sakan. Memang kelakar pertanyaan abah. Mr Dylan aku tu datang bulan, kut betul siapa nak jawab? Aku pun tak nak kahwin dengan Mr CEO ku itu.

“Maknanya macam tempoh percubaan , abah. Dalam tempoh tiga bulan itu kalau Fina nak reject dia pun boleh.”

“Ohhh…terkejut abah. Ingat dia datang bulan…”

Emak masih mencuka dengan keputusanku. Aku dan Dylan sebenarnya yang buat keputusan ini.

Aku teringat pada satu petang Dylan datang kepadaku dan menyatakan hasratnya itu. Aku memang terkejut beruk. Semasa aku di Australia dia sanggup mengejarku dan membawa aku kembali ke sini. Bila aku ada depan mata, dia minta tangguhkan perkahwinan kami. Siapa yang tak terkilan.

“Abang ada problem ke?”

“Tak ada. Abang cuma perlukan masa 3 bulan untuk selesaikan hal abang. Tak ada kena mengena dengan Fina. Abang tahu Fina gadis baik dan anak yang baik. Abang cuma perlukan 3 bulan ini untuk diri abang sendiri. Abang ada sesuatu yang belum selesai…”

“Apa dia tu? Abang tak nak share dengan Fina?”

Aku lihat Mr CEO terdiam tidak menjawab. Namun matanya aku rasakan sesuatu. Iyalah dah namanya tunangan, mesti ada terasa sedikit apa yang dia sedang rasakan. Barulah namanya ada chemistry. Aku tunggu. Satu minit berganti sepuluh minit. 10 minit berganti 1 jam. Lama kelamaan aku jadi ahli gusti tomoi dengan menyinsing lengan baju kurungku.

“Baik abang cerita kat Fina sekarang sebelum Fina naik angin.”

Mr CEOku yang tersayang deras deras angguk kepala. Sebelum ini memanglah aku dah berubah sikit demi sedikit agar jadi lemah lembut dan gadis pingitan, tetapi disebabkan sikap Mr CEO yang agak ‘blur’ dan lemau petang itu, aku jadi ‘terkeras’ balik. Nasib kaulah Encik Dylan!

“Fina jangan garang macam tu boleh tak?”

“Hah! Tau takut.”

“Abang tak takut, cuma hilanglah sikit keayuan tunang abang ni.”

Ceh! Pandai tu ayat aku balik. Aku pun tersenyum simpul macam ulat bulu naik daun. Aku sayang kamu, Mr Ceo…Saaaayang sangat, tapi kenapa nak tinggalkan aku. 3 bulan pulak tu!

“Abang ada plan something. Untuk kita berdua. Tapi apa yang abang sedang buat ni adalah rahsia. Bila dah berjaya baru abang cerita kat Fina.”

“Kenapa? Abang buat kerja illegal ke?”

“Ke situ pulak dia. Muka abang ada cop orang yang buat kerja-kerja illegal ke, wahai Cik Fina?”

“He he…ada kut.”

“Apa? Awak jangan-jangan dah tak percaya kat abang. Itu yang awak cuba buat tuduhan…”

“Tak adalah macam tu. Abang sensitive sangat. Habis tu nak tinggalkan Fina 3 bulan. Lama tu. Kalau orang pregnant macam-macam yang dia orang ngidam tau.”

“Fina mengandung ke?”

“Apa abang ni! Fina gadis suci murni mana boleh pregnant sebelum nikah. Kan Fina kata kalau…kalau…tak faham jugak. Kang orang cakap jawa you don’t understand pulak!”

“Ha! Ha! Ha!...Lawaklah Fina ni.”

“Best? Suka? Gelakkan orang lagi.”

“Dah Fina buat lawak seram, abang ketawalah.”

“Fina suka abang ketawa tadi, soo sweet. Selalu abang ketawa macam robot aje, dibuat-buat.”

“Itu ketawa business, sekarang ni ketawa dengan buah hati. Tentulah lain.”

“Ada ke ketawa business? Macam pelik aje.”

“Fina lupa abang ni siapa?”

“Abang tu CEO di hati kita…”

“Tak nak.”

“Okeylah tu.”

“Abang nak Fina anggap abang ni sahabat cum kekasih, baru rasa dekat. Kalau CEO tu macam formal sangat. Terasa awak macam pekerja abang aje.”

“Gatal. Kalau staff abang boleh mengurat, kalau dengan Fina abang cuma dapat garang aje.”

“Tak. Dengan Fina abang dapat diri abang balik. That is enough for me.”

Aku gosok mata pelan pelan. Bukannya gatal tapi macam ada air mata yang nak jatuh. Macam rasa sedih pulak dia letakkan aku pada satu tahap yang istimewa dalam hatinya. Memang sah! Cik Fina ni memang garang tetapi dalam hati ada taman, secret garden orang kata! Haha!!

“Are you crying?”

“Mana ada. Sedih sikit aje. Abang nak tinggalkan Fina, mestilah sedih. Lepas tu nak buat plan rahsia ke benda, tak nak share pulak tu. Orang kecik hati lah.”

“Sabar ya sayang. 3 months will go away like 3 days only if you know my true intention later. Insya’Allah.”

“Itu yang buat Fina tak sabar!!” aku menjerit kecil dengan gaya mengada-ngada. Dengan tunang sendiri, bukannya CEO pun. Kalau dengan CEO gaya aku jadi macho habis. Boleh gitu?



***

Aku berdebar menunggu kehadiran Mr CEO setelah 3 bulan tidak bertemu. Perasaanku? Macam nak tercabut jantung punyalah debaran ini begitu laju umpama Michael Schumacher yang ‘drive’ Ferari dalam kejuaraan F1 dulu. Tanganku sudah seram sejuk. Nak jumpa dengan dia macam tak pernah jumpa prince charming yang buat blind date. Aku tak sabar. Padahal selalu kami buat video conferencing untuk melepas rindu. Aku tengok dia macam biasa aje, kut kut aku yang luar biasa. Atau aku yang dah mengembang? Tak mungkin! Aku semakin ramping dan mengecil akibat sakit. Sakit rindu pada CEOku. Ah! Kalaulah aku ada kuasa ‘sixth sense’, tentu aku boleh intai-intai apa yang CEO rancangkan. Apakan daya, aku manusia biasa berketurunan Jawa yang hanya ada kuasa senyuman. Cewah! Kalau tidak, takkan CEO Dylan boleh terjatuh cinta pada aku.

“Assalamualaikum…”

Burrrr!!

Jus orange yang sedang ku hirup tersembur keluar dari mulut dek terkejut beruk dengan teguran salam dari seseorang. Suara itu. Suara yang ku rindu. Aku mengelap mulut dengan sopan. Aku angkat kepala.

Wow! This is the man I miss most in the world. Aku nak peluk dia. Aku nak cakap macam-macam. Aku nak senyum. Aku nak nangis. Aku nak menyanyi. Aku jadikan lagu Kembali Senyum nyanyian Azwan Pilus sebagai latar belakang pertemuan indah ini. Ah!! Tak boleh aku bayangkan. Tetapi semua itu tak mampu aku luahkan pun.

“Waalaikumussalam.” Hanya itu.

Setelah 3 bulan aku menyimpul ayat. 3 bulan aku susun bunga bunga rindu dan aku jadikan jambangan bunga cinta untuk Mr CEO. Malangnya tak ada satupun yang aku boleh luahkan. Otakku jadi bebal. Entah mengapa? Hilangkah rasa rindu itu?

“What happened to you? You are so quiet. Don’t tell me you have lost you tongue while I’m not here…”

Tak kelakar!

Langsung tak boleh ubatkan hatiku yang rindu.

Aku nak dengar dia cakap bahasa kebangsaanku. Mana dia. Dia dah berubah. Masa telah mengubah segalanya. Apakah aku salah satu benda yang dia juga telah ubah (remove) dari FB hidupnya??

“Cik Fina, kenapa diam ni?”

“Awak ni tunang saya ke?”

“Yup! Why? Fina dah tak kenal abang? Jangan main-main Fina…”

“Itulah. Ini yang buat Fina confuse. Errr…abang ke ni?”

“Iyalah. Kenapa? Tak caya ke?”

Aku terdiam. Nak senyum pun tak boleh. Ini apa cerita. Apa yang buat aku terkelu ni. Hish! Duhai hati, kau tenanglah. Aku sedang cuba mengatur bicara. Encik Dylan di depanku ni mengapa luar biasa handsomenya? Wajahnya sangat tenang dan jernih. Dah macam ustaz pulak Mr Ceo ni aku tengok. Hmm…

“Abang sihat?” aku mengatur bicara. Sangat berlemah lembut. Aku jadi malu. Akukah ini? Celaru betul.

“Sihatlah. Fina pun abang tengok makin cantik. Tak sabar nak kahwin dah. Bila kita boleh arrange our wedding?”

Woit! Biar betul. Dia masih sayangkan akulah. Dia masih ingat aku ini tunangan dia. Dan yang syoknya dia terus ajak aku kahwin. What a surprise! Alhamdulillah.

“Sabarlah bang. Tak lari gunung dikejar.”

“3 bulan abang tunggu kita disatukan. 3 bulan abang menghilang tapi masih dapat bercakap dengan Fina, itu pun dah buat abang tak sanggup. Abang rasa abang dah bersedia.”

“Mana abang pergi selama ni?”

“Kan abang ada plan untuk kita. Awak tak nampak ke?”

Aku tengok tak ada apa-apa pun yang dia bawa. Kereta pun masih sama. Lubang hidung pun dua, mata masih sama. Semuanya sama. Apa yang dia plan berbulan bulan gamaknya. Hinggakan aku ditinggalkan menanggung rindu. Sumpah! Mataku tidak menipu, semuanya dia bawa balik jasadnya sama seperti sebelum dia pergi.

“Sebenarnya abang dah siapkan mahligai kita, tempat tinggal kita dan anak-anak nanti. Abang yang design, abang yang pilih ID concept, abang buat kolam untuk anak-anak kita bermain, abang sediakan taman untuk Fina berkebun, abang sediakan untuk Fina dan anak-anak semua kemudahan yang sepatutnya abang kena bagi. Itu tanggungjawab abang yang baru abang selesaikan sebelum abang jadi suami Fina.”

Aku ternganga. Nasib baik tak ada lalat yang masuk ke mulut. Cepat cepat aku katupkan mulut dan berdiam mendengar ceritanya lagi. Rasullullah ada berpesan jika suami bercakap isteri kena dengar. Dalam bab aku ini, aku sedang belajar jadi seorang isteri. Kiranya, ada kena mengenalah kenapa aku tetiba lemah lembut dan jadi pendengar setia!

“Lepas tu abang settlekan kerja abang. Abang arrange balik organisasi syarikat semenjak Fina tinggalkan. Abang lantik kakitangan dan warga kerja yang lebih komited. Yang paling best abang lantik CEO baru.”

Mr Ceo memandangku dengan senyum penuh makna. Mungkin dia menunggu si minah garang ini bersuara. Aku pantang orang bagi chance, tak pernah aku abaikan.

“Habis abang buat apa?”

Dia masih tersenyum. Ah! Sudah-sudahlah nak cairkan hatiku yang sedang sarat dengan rindu wahai Encik Dylan O’Connor, nanti ada pula yang jadi mashmellow, lembik-lembik gitu! Aku tak sanggup….

“Abang penat dengan semua kerja yang tak pernah berhenti. Abang dah puas dengan apa yang abang capai selama ini. Abang nak berehat dan buat anak ramai-ramai, boleh gitu?” Mr Ceo melahirkan impiannya. Ayat yang terakhir itu yang tak larat aku nak telan. Impian seorang lelaki yagn tak ada kerja agaknya….

“Tak logik. Habis siapa nak bagi kita makan kalau abang tak bekerja.”

“Don’t you remember who am I?”

“Then, who are you?” aku malas nak fikir. Cakap dan Tanya lebih senang.

“Fina….Ooo Fina…abang kan owner of the company.”

“Ooohhhhh….” Aku baru teringat semuanya sekaligus. Dah benih genius, tentu ingatanku tak boleh dipertikaikan lagi. Aku dah tak risau lagi. Mahligai dah ada, syarikat dah ada. Okeylah tu, dah boleh kahwin.

Tapi aku hanyalah seorang wanita yang akalnya cuma satu tetapi nafsunya sembilan. Tentu ada perancangan Mr Ceo yagn tidak terjangkau dek akal yang dirancang begitu rapi oleh tuan punya badan itu sendiri iaitu Mr Ceoku itu.

“Abang tahu dan sedar abang tak cukup ilmu di dada. Abang mungkin ada ijazah dari universiti ternama dunia, abang mungkin ada MBA yang ramai diidam oleh seorang usahawan, abang mungkin ada bergulung gulung recognition dari pelbagai badan korporat, tetapi abang masih tak habis mengaji. Abang tak khatam al-Quran pun semasa abang kenal dengan Fina. Abang rasa malu dan rendah diri. Abang rasa abanglah orang yang paling miskin di dunia kerana abang tidak kaya ilmu agama di dada.”

“Jadi dalam tempoh tiga bulan terakhir, abang mendalami ilmu agama, tentang Fardhu Ain, tentang hukum hakam dan abang habiskan mengaji al-Quran. Alhamdulillah. Minggu lepas abang sempat buat umrah dengan ustaz dan kakitangan abang.”

Patutlah! Itu yang aku tersembur air dari mulut sewaktu pertama kali Mr Ceo menegurku tadi. Dia memang lain.

“Jadi, abang rasa sangat fresh sekarang. Dan sebab itu abang dah sedia sepenuhnya untuk jadi kumbang di hati Fina.”

“Eiii tak maulah. Geli. Kumbang tu kalau gigit tangan orang tak nak lepas. Dahlah pulak tu warna dia gelap, serammm….”

“Itu kumbang apa? Kumbang tanah. Abang ni kumbang emas.”

“Iyalah tu!”

Aku bernafas lega. Segala fikiran buruk yang aku sangkakan tentang calon suamiku ini amatlah tak terjangkau dek akalku. Manalah aku tahu Mr Ceo membuat perancangan yang sangat unik yang mengambilkira kehadiranku dalam hidupnya. Itulah dinamakan hijrah, dari seorang manusia kepada hamba yang dicintai. Amin!!

Selepas aku habis meneguk tiga cawan fresh orange kerana terpegun mendengar kisah Mr Ceo tadi, dia mengajakku ke kereta kerana ada surprise katanya. Huh! Mungkin nak bagi aku sebiji Ferari, kereta macam pelumba F1 itu. Siapa sangka, cempedak boleh jadi nangka!

“Mama…”

Aku terpempan. Seorang wanita separuh umur yang memang aku kenali sedang duduk di belakang kereta. Raut wajahnya amat berbeza sekali sejak entah bila kali terakhir aku bertemunya.

“Mama…” aku mencium tangannya. Dia mengusap ubun ubunku. Lembut. Aku rasakan kasih seorang ibu sedang mengalir dalam tubuhku.

Selepas itu aku tahu rupa-rupanya Mr Ceo juga merawat ibunya yang sakit. Dia menjaga ibunya hinggalah wanita itu kelihatan amat berbeza. Mengikut kata doktor, bakal ibu mertuaku itu mengalami tekanan perasaan yang amat teruk hinggakan dia gagal mengenali dirinya sendiri. Kini, semuanya sudah kembali terkawal dan bakal mertuaku hanya perlu membuat normal check up dalam tempoh tertentu.

“Fina kena ingat. Rasullullah ada pesan. Utamakan ibumu sebelum ayahmu dan kemudian orang orang lain di sekelilingmu yang patut kamu sayangi juga. Fina tak boleh jealous dengan mama tau selepas ni…”

“Fina tahu. Fina tahu Fina ada kat mana dalam tubuh abang.”

“Abang tak faham apa Fina cakap.”

“Fina kan bakal isteri abang. Isteri kan umpama tulang rusuk kiri suami.”

“Pandai calon isteri abang ni.”

“Dah calon suaminya pun pandai. Fina belajar dari orang bijak pandai lah…tak gitu?”

Dia tersenyum. Aku tersenyum. Tapi aku tak tanyapun mengapa Mr Ceo memakai kopiah ketika bertemuku. Itu yang aku asyik tersembur aje air dari mulutku. Dia memang betul betul telah berhijrah. I like! I like!

"Eh! Bila masa pulak abang pakai kopiah ni?" Mr Ceo merenungku.

"Mana Fina tahu. Sejak kita jumpa kat restoran tadi abang dah macam ini."

"Iya ke? Masya'Allah...Fina tak apa apa kan? Tak malu kan bila abang pakai macam ni tadi?"

"Tak adalah bang...okey. Fina suka."

"Sebelum jumpa Fina tadi abang solat Zuhur dulu, lupa nak buka pulak kopiah ni. Agaknya dah terbiasa macam ni masa abang pergi umrah hari tu."

Aku tertawa kecil. Comel juga bila melihat Mr Ceoku kalut begitu. Whatever pun, akhirnya aku akan dapat restu yang abadi daripada kedua orang tuaku. Itu yang penting.

“Tangguh? Tapi Kenapa? Kau jangan cari pasal Fina.” Emak sudah mencekak pinggang di depanku sambil matanya bulat bak sebutir bola pingong ...
Unknown Dec 9, 2011
Oh! MyKarya!

“Apa?? Gila?”

“Bukan gila lah mak, sakit mental aje!”

“Samalah tu. Gila ngan sakit mental kan adik beradik.”

“Mak ni kolot! Sakit mental tak berjangkit, mak. Bukan macam HIV ke Aids ke…”

“Tak ada orang lain yang kau nak jadikan suami lagi? Kalau ikut saham kau…patutnya kau boleh dapat yang lagi elok. Bukannya budak tu yang ada keturunan gila. Tak mau aku!!”

Itu kata muktamad emak kepadaku. Salah aku juga yang gatal mulut canang yang mama Mr CEO dimasukkan ke wad untuk rawatan pesakit mental. Terus aje emak membebel tak berhenti macam murai tercabut ekor. Itu belum lagi aku kena leter dengan abah. Abah dengan emak dua kali lima saja. Macam pakat pulak mahu menjatuhkan maruahku.

“Kalau mak ngan abah tak nak kahwinkan Fina dengan abang Izz, Fina nak kahwin lari. Fina tak kisah. Emak dan abah nak marah macam mana pun, Fina tak kisah!!”

Aku yang lembut orangnya mula menjalankan strategi. Aku mula guna cara ugutan. Sebenarnya acah aje tu, mana aku ada berani nak buat benda karut marut tu. Aku sesaja nak tengok suhu kemarahan dan halangan dia orang. Apakah mereka akan turuti kehendakku yang mengalahkan kanak-kanak tadika. Padahal bak kata abang long, aku dah layak benor jadi mak orang.

***
Aku perang dingin dengan abah dan emak. Aku mogok lapar. Hari kedua hidupku tanpa menjamah nasi. Aku ratah lauk aje. Bukan kerana berdiet tetapi dek protes dengan emak dan abah yang langsung tidak mahu mendengar penjelasanku tentang sakit mental. Yang brutalnya emak boleh antar SMS ‘time’ nak suruh aku makan. Macamlah aku ni berada di seberang lautan. Emak pun tak kurang hebatnya seperti aku. Lakonan emak memang menjadi. Namun aku tahu, emak hanya marah-marah sayang!

***


Aku duduk bersendirian di atas bangku. Perhentian bas inilah tempat bermulanya hidup kacau bilauku di samping Mr CEO. Dari gadis comot, pelajar hingusan, remaja yang dikecewakan, perlahan-lahan bertukar dan naik taraf setanding gadis-gadis manis di luar sana. Revolusi diri berlaku tanpa aku sedari. Aku semakin matang dalam segenap segi. Huh!! Sesi angkat bakul lagi…

Aku berkeluh kesah. Siapalah hidupku tanpa Mr CEO. Dia antara kejadian terhebat yang pernah ALLAH turunkan kepadaku. Kesabaran, kematangan, keunggulan…he…he…semuanya yang baik-baik ada pada dirinya. Yang tak baiknya?? Ada juga. Dia tak kuat cemburu. Dia langsung tidak cemburu. Huh!! Tak sayang kat aku ke? Dia susah nak tunjukkan yang dia tak sukakan sesuatu. Dapat pulak tunangan yang agak ‘poyo’. ? Nasib kaulah Mr CEO…

“Kenapa mengeluh?”

“Entahlah.”

“Macam ada masalah besar aje…”

Eh!! Siapa pulak yang aku layan ni? Pakai tibai aje, aku pun toleh…

“Abang…”

“Buat apa duduk sorang-sorang kat sini?”

Aku mengeluh untuk kesekian kalinya. Aku ingin mengimbas kenangan lampau. Ingatan terhadap nasibku yang berubah selepas bertemu dengan lelaki yang aku panggil Mr CEO ini. Tika sedih ini datang bertamu, aku ingin melupakan masa depanku yang kelihatan malap. Kalau orang lain mahu berlari ke depan, aku pula mahu mengundur ke belakang.

“Kenapa abang tegur Fina malam tu? Tak takut salah orang ataupun hantu ke…”

Mr CEO ikut duduk di sebelah sambil matanya ditala ke depan. Satu renungan yang cukup jauh bagiku. Cukup menggambarkan perasaannya saat ini. Sama sepertiku, bercelaru.

“Dah takdir agaknya…”

“Takdir perjalanan hidup kita adakalanya kita tak menyangkanya, kan…dulu kita happy, tapi kini sad…”

“Agaknya Tuhan mahu hubungan ini berakhir. Cerita cinta kita memang sedap didengar, manis dipandang…tetapi jadi sad ending pulak.”

“Psst! Jangan cakap macam tu. Kita jumpa emak dan abah, kita terangkan rancangan kita.”

“Abang yakin dia orang akan membantah. Pasal benda ni bukan semua orang boleh terima. Abang faham. Mama bukan minta dijadikan begitu. Mama pun tak tahu dirinya macam itu. Terlalu banyak tekanan….”

“Takkan abang nak menyerah aje. Itu bukan sikap abang yang sebenar.”
“Fina nak abang buat apa lagi? Seribu satu cara kita dah lakukan, tetapi hasilnya masih negatif juga. Kita tidak bernasib baik, Fina. Mungkin kita belum cukup berkorban…”

“Apa maksud abang? Apa lagi yang perlu kita lakukan?”

“Reverse psychology…kita mengalah. Kita berpisah. Tapi bukan untuk putus, tetapi untuk sedarkan dia orang yang kita sebenarnya tidak boleh dipisahkan.”

“Abang cakap berbelit-belit. Fina tak faham.”

Aku mulai sedih. Berpisah? Maknanya tidak berjumpa? Ertinya aku ditinggalkan kerana halangan keluarga? Kerana mama Mr CEO sakit jiwa. Tak adil!!! Aku sekadar menjerit dalam hati.

Sungguh! Aku tak mahu dengar! Tentang perpisahan, tentang sad ending, tentang patah hati…aku mahu semuanya macam dalam cerita dongeng. Manis-manis belaka! Akulah sang puteri yang malam tidurnya bermimpikan putera yang kacak dan apabila tersedar, aku tak mahu puteraku bertukar menjadi katak!

Aku pejamkan mata. Kut kut aku sedang bermimpi. Lalu mata ku buka. Aku toleh ke sebelah. Hah! Tiada Mr CEO. Sah lah aku sedang berimaginasi. Perhentian bas ini begitu hening rasanya. Aku rasa tersendiri di dalam keramaian. Aku rasa amat tersisih. Airmataku menitik satu persatu. Benarlah perbualan sebentar tadi hanya berada di dalam khayalanku. Aku sendiri di sini. Tiada Mr CEO. Tiada Encik Izz. Tiada sidia yang penyabar itu.

Mr CEO…adakah hubungan ini berakhir dengan kesedihan? Adakah cintaku mati ditengah jalan?

“Kita bawa haluan masing-masing. Semoga takdir bahagia milik kita satu hari nanti.” Bagai terngiang-ngiang kata terakhir yang terlafaz dari bibir Mr CEO.

Seminggu selepas itu aku pengsan kerana terlalu banyak menangis. Tiga hari aku ditahan di wad kerana kurang air. Selepas keluar dari hospital, aku terus bawa diri, memohon belajar di Austraila. Aku tinggalkan rasa rajukku dibahu keluargaku. Pujuklah aku kembali kalau kalian mampu!!

***
Seseorang menepuk bahuku. Punggungnya dilabuhkan di sisi. Dia menghulurkan secawan Expresso panas. Harumnya begitu menggoda rongga hidungku. Satu tegukan begitu menyegarkan jiwa yang sedang resah. Kerinduan yang tiada arahnya…inilah perasaanku saat ini.

“Kau temenung lagi!”

“Mana kau tahu.”

“Aku perhati kau dari jauh tadi.”

Aku mengeluh.

“Sudahlah Fina. Yang lepas tu lepas. Pandang ke depan. Jangan jadikan kisah sedih semalam sebagai penghalang untuk kau maju dan berjaya. Bukan rezeki kau nak berkahwin dengan Mr CEO. Mana tahu rezeki kau dengan pemilik syarikat pulak. Lepaskanlah dia dari hati kau…”

Aku tersenyum pahit. Pemilik syarikat! Owner of the company! Ada ke mat saleh yang berkenan kat aku di bumi asing ni? Mustahil!

****



“Fina. Good news!”

“Apa dia?”

“Kita dah ada client.”

“Ya? Sure?”

“Yup!!” Muka Seri bercahaya.

“Apa dia nak? I mean…what type of deals?”

“Pelik sikit. Dia orang nak minta kita buat research.”

“Research ke benda? Sendiri punya research pun tak gerak lagi, nak buatkan orang punya. Company pulak tu. Deals back off la Seri. Tak sanggup.”

Sebenarnya sudah hampir tiga bulan aku dan Seri merantau di bumi Australia ini demi melangsaikan hutang kami kepada masa depan yang digelar ilmu pengetahuan. Aku dan Seri mengambil Master dalam bidang human resource development. Lebih kurang kami nak jadi consultant bila dah habis studi. Seri dok mengangkut Adam sekali, ya lah…Adam kan suami Mithali seperti aku kata dulu. Ke hujung dunia pun Seri pergi, Adam tak pernah tinggal.

Mengapa Australia? Mengapa buat masters di luar negara? Semuanya gara-gara Cik Fina yang degil ni dah patah hati. Aku terpaksa melupakan semuanya, melupakan Mr CEO dan dalam masa sama berdoa agar Mr CEO ada juga di bumi Kangaroo ini. Logik kah? Harapkan benda yang terasa mengarut pula.

“Why??? Takkan belum berjuang dah ngaku kalah.”

“Tak cukup masa.”

“Kita cuba dulu.”

“Cuba kata kau? Duit orang kau nak cuba-cuba? Tak nak aku.”

“Muai siot! Dia boleh bagi upfront 50%. Tak nak ke? Kita nak mula hidup kat tempat orang kenalah beralah sikit. Curi-curi masa sikit…boleh ya?”

“Masa yang 24 jam pun tak cukup Seri, oiii…”

Seri merapatkan jarinya. Aku tahu dia tak gembira dengan perangai degilku. Tapi takkan aku nak ‘bunuh diri’ dengan research yang entah amendanya nanti.

“Mana dia dapat maklumat tentang company kita? Dua bulan pun belum ada…” Aku mencerlung memandang Seri. Sambil tu buat muka kesian dengannya. Seri senyum sedikit.

“Senior student tolong promotekan.”

“Chinese Malaysia??”

Seri geleng.

“Dah tu? Mat saleh?” Aku pakai agak je.

Seri mengangguk laju macam burung belatuk. Dalam anggukannya itu macam ada satu rasa yang aku juga dapat rasainya. Rasa cuak! Seri kalau bersalah aje akan rasa macam itu. Tapi kenapa dia mesti rasa bersalah? Ini mesti ‘something wrong somewhere’!

“Apa yang kau sorokkan dari aku.”

“Kau agak?” Dia tanya aku balik.

“Ini yang aku benci. Kau jawablah sendiri.”

Aku menghabiskan sisa Expresso. Aku tak mahu berlama-lama di luar begitu. Udara sejuk bulan Disember di bumi Kangaroo ini menyakitkan tubuhku sampai ke tulang hitam. Baju sejuk labuh separas lutut yang tersarung ditubuhku seakan tidak membantu langsung.

“Weh! Kau nak ke mana?”

“Balik.”

“Mana??”

“Office.”

Seri berlari anak mengejarku. Aku tahu discussion kami separuh jalan tadi. Belum selesai. Tapi aku dah muktamadkan. Cancel the deals!!

***

“What?!”

“Ya! Aku tak tipu. Dia ada kat sini.”

“Buat apa?”

Seri menunjukkan kontrak research yang kami dapat.

“Dia ikut aku ke sini?”

“Bukan. Dia memang ada business kat sini. Kau yang ikut dia ke sini.”

Ohhh! Aku speechless. Ada juga mat saleh di bumi asing ini yang menyedari ‘talentku’. Ada juga manusia sebaik dan semulia Mr CEO yang selalu menyelamatkan aku dari kegelapan. Dalam aku kesusahan mencari sumber tajaan studiku, ada tangan yang sudi membantu. Dialah satu-satunya Mr CEO di hati!!

“Kau tak nak jumpa dia?”

“Siapa yang tak nak. Kat sini tak ada siapa yang nak halang hubungan kami. Emak aku kata, selagi aku masih di bumi Malaysia, jangan harap dia akan restui hubungan kami. Nasib baik dapat ilham nak ke sini, kan. Aku bebas buat keputusan aku sendiri.”

“Huh!! Masa aku ajak dulu bukan main alasan kau. La ni siapa yang pandai, tengoklah orang…” Seri masuk bakul angkat sendiri.

“Jangan-jangan…” aku mengenyitkan mata memandang Seri yang gelisah.

“Apa?”

“Kau pakat dengan dia kut.”

“Tak kuasa aku. Banyak lagi kerja lain.”

“Kau bukan boleh dipercayai!” Aku mencubit lengan Seri. Seri menjerit perlahan.

“Apa kau kata?”

“Suka hati aku lah. Mulut aku.”
“Lain kali mulut pasang insurans. Cakap lebih sikit aku boleh claim. Cepat sikit aku kaya!!”

“Tengok nanti siapa yang kaya dulu!”

“Kau ada Mr CEO bolehlah!”

“Aku kan director…cik director!! He…he…, kau lupa atau buat-buat lupa?”

Seri menunjukkan muka sakit hati.

“Masih valid ke?”

“As long as aku masih bergelar tunangan Mr CEO! ”

“Muka tak malu, sendiri yang lari kata masih tunang orang.” Seri mencebik.

“Dalam cinta mana ada istilah malu puan Seri. Yang penting aku suka dia ada kat sini. Kat mana aku nak jumpa dia, ek?”

Seri hanya tersenyum senyum macam kerang busuk. Aku tahu Seri sedang mempermainkan aku. Aku tahu Seri sedang mengatur strategi untuk menyakatku. Buatlah apa saja Seri. Asalkan aku boleh bertemu dengan Mr CEOku. Agar aku dapat menamatkan segala rasa sedih ini.

Sekali lagi aku menunjukkan muka kasihan.

“Kalau kau masih yakin dengan cinta kau tu, kau kira sampai lima rasa-rasa dia muncul tak?”

“Merepek!”

“Aku cabar.”

“Jangan main-main Seri. Cepat cakap. Aku boleh jumpa dia kat mana?”

“Sahut cabaran aku. Kau kan suka dicabar.”

“Nonsense!!”

“It possible if you believe with your love…if not, sorry…”

Pulak dah! Apa kes ni? Cabar mencabar? Aisey men…aku memang pantang…

Akhirnya aku layankan juga perangai gedik Seri yang tetiba menaikkan darah mudaku. Buka rugi apa pun, kalau dia muncul selepas aku kira sampai lima, itu kira I’m very lucky!! Heh!! Buang tebiat betul.

“I’m here.”

Satu suara menegurku. Aku buat ‘derk’ aje.

“Tak caya dengan apa yang kau dengar?” Seri mengejek.

“Mimpi mainan di siang hari…” aku bersahaja.

“You’re very lucky Cik Fina.”

Aku merenung Seri dan Seri membalasnya dengan renungan juga. Apa citer ni?

“Dia ada kat sini ke?” aku mula serius. Aku rasa debarannya. Entah mengapa. Debaran ini macam ketika aku berdekatan dengan Mr CEO. Dan bagi menambah keyakinanku, pewangi Dunhill yang tetiba menusuk aroma hidungku. Apakah dia sedang berdiri di belakangku? Apakah dia telah ada di sisiku?

Aku memusingkan tubuhku. What the…again, I’m speechless!! Airmata jernih turun di pipi tanpa dipaksa. Aku relieve apabila memandangnya. Dia sihat. Dia nampak sedikit kurus. Dia ada misai, mungkin menyimpan misai. Tapi aku tak suka! Yang lain tak apa. Dalam sibuk menangis sempat pula aku menganalisa dirinya.

“Don’t cry my dear…”

Lagi aku menangis tanpa rasa malu di hadapannya.

“Indeed you’re very lucky for having me…”

Aku berterusan memukul tubuhnya dengan gaya mengada-ngada. Entah mengapa. Mungkin aku mahukan kebenaran. Mana tahu aku hanya berkhayal….

“Sudahlah tu, simpan airmata tu untuk hari bahagia kau nanti. Aku takut dah kering kontang kena pula guna air mata air…” Teguran Seri bernada gembira.

“Abang dengar semuanya tadi?”

Mr CEO mengangguk.

“Yang mana satu abang tak dengar?” Aku malu sendiri. Bukankah tadi aku mengaku masih tunangannya sedangkan aku yang tinggalkan dia kerana halangan orang tuaku. Entah apa dia kata nanti.
“Semuanya abang dengar. Tapi…abang rasa kita patut tamatkan pertunangan kita, Fina. Abang tak sanggup lagi. Abang tak sanggup kita berterusan macam ini.”

Aku rasa tidak percaya dengan pengakuannya. Setelah sejauh ini kami dipertemukan, dia tiba-tiba sahaja mahu menamatkan pertunangan kami. Argh!! Apa lagi dugaan yang datang ini, tolonglah aku YA ALLAH!

“Kita kahwin. Abang nak Fina jadi isteri abang, ibu kepada anak-anak kita.”

Ohh!! Aku nak!!! Tapi jeritan ini aku simpan dalam hati. Ingatkan apa tadi. Seri senyum simpul melihatkan raut kebahagiaan yang terpancar diwajahku.

“Fina nak resign jadi director.”

“Tak boleh. Sampai bila-bila pun Fina tetap director dalam hidup abang…tanpa Fina abang hilang arah…please don’t leave me like that again Fina.”

Bumi Kangaroo yang sejuk menjadi hangat dengan pertemuan ini. Dalam hati aku berdoa, dalam hati aku memohon, emak, abah…izinkan aku berbahagia! Restuilah kami!!

“Apa?? Gila?” “Bukan gila lah mak, sakit mental aje!” “Samalah tu. Gila ngan sakit mental kan adik beradik.” “Mak ni kolot! Sakit mental ...
Unknown Jan 14, 2011
Oh! MyKarya!


Aku telah bersiap-siap untuk ke rumah bakal mertuaku semula. Aku duduk memanggung dagu sementara menunggu kedatangan insan tersayang. Dalam gembira untuk menghabiskan hari-hariku bersama Mr CEO, tetap ada gundah yang menyapa. Entah mengapa hari ini hatiku sarat dengan rasa malas untuk mengunjungi banglo Mr CEO. Mungkin kejadian semalam sedikit sebanyak mempengaruhi perasaanku saat ini. Mungkin juga aku terlalu memikirkan yang bukan-bukan. Tetapi bagaimana jika perasaan yang sedang memburu ini ada sebabnya? Tetapi atas sebab apa? Weh!! Apa pula otakku main-main ni…
“Sayang…”
“Cik Fina sayang…” kali ini panggilan itu sedikit panjang membuatkan aku tergugah dengan lamunan yang baru nak bermula.
Aku tersengih macam kerang busuk. Walau macam mana pun aku mahu menjadi sedikit dewasa, saat itu jugalah sifat nakalku berjalan seiring. Hish!! Memang kena banyak berlatih untuk senyum dengan seikhlas rasa.
“Pepagi buta dah melamun.”
Mr CEO mencuit batang hidungku. Aku ketawa girang. Dah jadi tunangan orang pun perangai masih macam bebudak sekolah menengah. Aku mengumpat diri sendiri.
“Saja. Hilangkan rasa boring…”
“Boring ke tunggu abang tadi?”
“Eh! Mana ada?!” Boring nak pergi rumah dia…he…he…hatiku berbisik nakal.
“Malam tadi boleh tidur?”
“Boleh. No problem punya!”
“Awak memang kuat tidur, kan. Dalam kereta selalu awak tertidur. Bukan nak temankan abang berborak. Buat tahi mata aje…” Mr CEO mengusik.
“Habis tu…masa kan emas. Nanti kalau dah kahwin entah-entah tak cukup masa nak tidur.” Opps! Apa mulutku ke situ pulak. Miang tak bertempat.
Mr CEO ketawa gelihati. Namun dalam dia tertawa begitu, dia tetap nampak berkarisma. Langsung tak luak aura kekacakkannya. Kagum betul aku. Sebab itulah dia terpilih sebagai CEO. Bukan mudah seseorang itu untuk dilantik ke jawatan penting sebegitu. Mahu banjir satu KL dengan air mata anak dara yang kecewa melihatkan gandingan aku dengan Mr CEO. Ya lah…aku boleh dikategorikan sebagai comel anak melayu, sedangkan dia kacukan darah Inggeris. Jauhnya macam langit dengan bumi…tetapi cinta tak mengenal sesiapa! Cewah!!
“Kenapa dah kahwin nanti tak sempat tidur? Abang tak faham lah…”
“Hah!? Tak mahu cakaplah. Tadi tersasul.”
“Kena cakap juga. Abang nak dengar alasan dari Fina.” Mr CEO semakin galak mengusikku. Tetapi aku cukup teruja, semalam dia tension giler, at least hari ini dia sudah kembali seperti sediakala. Itulah yang aku mahu.
“Lain kali kita bincang, okey? Sekarang tak sesuai…”
“Bagi abang okey aje…anytime Fina boleh discuss dengan abang. Cepatlah…cakap sekarang. Kalau tidak abang turunkan Fina kat tepi hutan ni.”
“Eleh! Macamlah Fina takut.”
Akhirnya Mr CEO hanya tergeleng-geleng melihatkan kedegilanku. “Nanti kalau kita dah bernikah, abang pun rasa tak boleh tidur langsung.”
“Hish! Ada pulak gitu?”
“Ya lah. Nak tunggu Fina berhenti pot pet pot pet entah bila. Ada saja cerita tak habis-habis. Kut-kut kena tunggu seribu satu malam…”
Aku marah dikutuk begitu oleh Mr CEO. Apa lagi, habis lengan kirinya aku balun dengan bantal ditangan. Akhirnya tawa kami berderai memecah lebuhraya yang masih lengang.
***
“Bila berlakunya?” soal Mr CEO cemas.
“Sejam yang lepas. Nasib baik I datang cepat. Kalau tidak parah juga dia.”
“Thank you, Tini. Bibik kat mana?”
“Kat dapur.”
Aku mengekori Mr CEO ke dapur. Bibik sedang membancuh Nescafe hinggakan aromanya menusuk ke lubang hidungku. Mungkin kerana terlalu tekun atau ada benda lain yang sedang difikirkan, Bibik tidak perasan akan kehadiran kami. Tiba-tiba aku berasa belas.
“Bibik.”
Dia berpaling. Wajahnya penuh dengan cakaran. Aku terus memeluknya. Kami saling bertangisan. Mr CEO ikut sama memeluk aku dan Bibik. Beberapa saat kami saling berdakapan hingga akhirnya teguran satu suara meleraikan pelukan kami bertiga.
“Bibik okey ke?”
“Bibik okey Mbak Tini.”
“Nak pergi ke hospital tak? Tini boleh tolong hantarkan.”
“Tak. Tak perlu. Bibik boleh pakai ubat sapu saja. Lukanya pun enggak teruk.”
“Teruk ni Bibik. Lama-lama nanti mesti pedih.” Aku menegurnya.
“Tak mengapa nak Fina. Bibik dah biasa. Usah bimbang ya.”
Mr CEO mengurut belakang tengkuknya. Dia mundar mandir di ruang dapur. Aku, Tini dan Bibik hanya memerhatikan sahaja. Mungkin Mr CEO mahu berkata sesuatu.
“Maafkan mama saya, Bibik. Saya tahu dia belum sihat. Saya tahu dia perlu tinggal lebih lama kat hospital tu. Tetapi dia degil. Dia nak balik ke rumah juga. Maafkan saya sebab Bibik yang jadi mangsa di atas kelalaian saya. Saya janji tak akan benarkan dia keluar lagi dari hospital tu, Bibik. Saya janji. Maafkan kesilapan saya, Bibik.”
Bibik datang dekat ke arah Mr CEO. “Jangan begitu nak Izz. Kalau Bibik ditempat kamu pun tentu Bibik melakukan hal yng serupa. Kita tidak tergamak mahu menghampakan permintaan seorang ibu. Usah persalahkan diri kamu, ya. Bibik okey saja, enggak apa-apa.”
Mr CEO hanya mengangguk lemah.
“Kita nak discuss sekarang ke Encik Izz…”
“Bagi saya masa setengah jam, Tini. Saya perlu bersendirian seketika.”
Aku merasa belas melihat kecelaruan yang sedang diharungi oleh Mr CEO. Tetapi apakan dayaku untuk menolongnya. Kejadian yang baru berlaku pun aku masih termangu-mangu tidak tahu menahu. Yang aku tahu mama Mr CEO telah dibawa pergi dengan ambulans. Di luar banglo terdapat beberapa anggota polis sedang melakukan siasatan. Entahlah…
“Sayang…”
“Hah?!” Aku terkejut lagi. Inilah bahananya jikalau asyik mengelamun tak tentu masa dan tempat.
“Temankan abang.”
“Abang kata nak bersendirian…”
“Abang akan lebih kuat jika ada Fina di sisi…”
Kembang kempis hidungku dipuji begitu. Memang dialah pilihan pertama dan terakhir untuk menjadi suamiku. Tidak syak lagi!
Kami berehat di dalam bilik bacaan dengan membiarkan pintu terbuka. Aku duduk di sebelahnya agar mudah kami berbincang. Keluhan keras dilepaskan. Aku tahu dia sedang buntu saat ini. Peluh halus memenuhi dahi. Aku menghulurkan tisu. Dia menyambutnya lalu mengelap peluh yang semakin banyak.
“Abang tak sangka mama akan jadi semakin teruk.”
Aku diam saja. Biarlah Mr CEO bercerita. Aku sanggup menunggu biarpun untuk seribu tahun lagi. He…He…
“Mama sebenarnya menghidap penyakit mental, Fina. Abang tak bagitahu pada Fina sebab abang ingat mama boleh sembuh. Dulu dia tak lah seteruk ini. Sejak Cindy datang dan cerita yang bukan-bukan, dia mula jadi tak tentu arah. Fikirannya yang kusut makin bertambah celaru. Kadang-kadang dia mengamuk tak ingat dunia. Selalunya Bibik yang bantu abang bila mama buat hal.”
Mr CEO menambah. “Mama sudah terlalu trauma sejak dia berkahwin dengan daddy dahulu. Ancaman, caci maki, hinaan, dibuang keluarga…peristiwa-peristiwa itu yang menyebabkan tubuh badannya tak boleh nak terima. Walau zahirnya mama ceria dan nampak kuat, tetapi di tekanan di dalam hanya Tuhan yang tahu. Bila dah tak tahan, mama kadang-kadang hantuk kepala kat dinding. Tapi mama tak pernah sentuh kami. Pukul pun tidak. Dia tak akan lepaskan kemarahannya pada anak-anak. Dia pandai sorokkan. Itu yang abang sayang sangat kat mama.”
Mr CEO tersedu-sedu. Aku tak tahu nak buat apa. Aku hanya membatu. Kali pertama aku melihatnya begitu. Juga kali pertama aku mendengar kisah yang sebenarnya dari mulut Mr CEO. Aku tak marah pun jika dia rahsiakan penyakit mamanya. Sudah sepatutnya seorang anak lelaki menyimpan dan merahsiakan aib ibu sendiri. Aku semakin kagum dengan Mr CEO.
Lebih kurang setengah jam berikutnya kami hanya diam. Suasana menjadi hening dan sepi sekali. Begitulah sepinya hati Mr CEO saat ini.
“Sayang…”
“Sayang, bangun sayang…”
Aku menggeliat. Eh! Kat mana ni?
“Ini siapa yang tension, awak atau abang? Sedapnya dia buat tahi mata.”
“He…he…” aku sekadar menyeringai.
“Jom. Mungkin Tini dah lama tunggu kita.”
Aku bangun dengan malasnya.
“Eh! Abang dah okey tak?”
“Okey. Lebih-lebih lagi bila tengok Fina tidur dengan nyamannya. Abang berjanji pada diri abang, selagi diizinkan olehNya, abang akan pastikan Fina boleh tidur nyaman sepanjang hidup dengan abang nanti.”
“Eiii…malunya abang tengok Fina tidur.”
“Bukan abang aje tau. Bibik dan Tini pun ada sama.”
“Abang!! Kenapa tak kejutkan Fina.”
“Tak apalah. Meeting abang dengan Tini pun dah selesai. Abang pun dah segar bila pekena Nescafe Bibik tadi.”
“Habis tu…buat apa Tini tunggu kita?” ada nada cemburu dalam suaraku.
“Nak pergi tengok cincin. Hari itu abang suruh dia tempahkan. Untuk Cinderella abang yang kuat tidur ni. Aik …tak habis lagi cemburu kat Tini?”
“Suka hati Fina lah!”
“Kuat cemburu tak baik tau. Nanti cepat tua!”

Aku telah bersiap-siap untuk ke rumah bakal mertuaku semula. Aku duduk memanggung dagu sementara menunggu kedatangan insan tersayang. Dalam...
Unknown Dec 12, 2010
Oh! MyKarya!


Suasana rumah banglo milik keluarga Mr CEO senyap sunyi seperti tidak berpenghuni ketika kami sampai petang itu. Sebelum ke mari aku sempat singgah di sebuah kedai Lavender untuk membeli buah tangan buat bakal mama mertuaku. Aku belikan kek blueberry yang memang disukai oleh mama Mr CEO itu. Aku pasti sedikit sebanyak hatinya akan lembut dengan pemberianku itu.

“Tak payah susah-susah sayang…belum tentu mama akan lembut dan menerima kita.”

“Fina rasa ini lah saja caranya kita nak ambil hati dia. Lama kelamaan dia akan terima jugak kan…”

“Abang tak boleh nak kata apa tentang sikap mama tu. Abang minta maaf, Fina. Abang malu dengan awak. Abang beriya-iya nakkan awak, tetapi mama buat awak macam musuh. Mama sakit, abang tahu itu. Tapi abang rasa dia terlebih-lebih pulak bila menunjukkan bencinya pada awak setiap kali awak datang. Macam mana abang nak hormat dia kalau macam gitu sikap dia. Malu abang, sayang…”

“Fina okey bang. Fina faham perasaan mama abang itu. Kita kena banyak bersabar, bang. Mama melalui banyak tekanan dari keluarganya sejak mula dia berkahwin dengan ayah abang. Mungkin dia tak mahu benda yang sama berlaku ke atas abang. Kita akan faham jika kita berada di adlam situasi mama abang tu. Percaya cakap Fina bang. Mama akan berubah juga satu hari nanti.”

Jeritan nyaring dari dalam banglo mengejutkanku. Pegangan tanganku pada lengan Mr CEO terlepas. Semua khayalanku sebentar tadi terbang melayang seperti di tiup angin puting beliung yang entah dari mana datangnya. Aku membontoti Mr CEO yang berlari laju ke dalam sebuah bilik. Aku tahu itu bilik mamanya. Perasaanku jadi seram sejuk.

“Mama!! Mama!!”

“Kenapa ni?”

“Mana bibik? Mana semua orang??”

Mr CEO panik melihat mamanya terbaring di atas lantai. Aku tidak tahu hendak berbuat apa untuk membantunya. Lidahku jadi kelu. Aku ingin membantu mengangkat mama tetapi Mr CEO memberi isyarat agar aku tidak menganggunya pada saat itu. Aku jadi sebak tiba-tiba. Sebentar Mr CEO seperti sangat sayangku, sebentar pula dia berubah laku. Aku seolah-olah jadi orang asing pada pandangan Mr CEO. Mungkin Mr CEO beranggapan bahawa aku penyebab mamanya bertambah sakit. Mungkin Mr CEO sedang ‘stress’ melihat mamanya berkeadaan begitu. Anak mana tidak sayangkan mama sendiri. Itu sebabnya dia menolak tubuhku tadi. Akhirnya aku sedar diri.

“Fina! Awak buat apa lagi! Pergi cari bibik cepat.”

Dalam keadaan termangu-mangu aku menurut juga arahan yang diberi. Hati di dalam menjadi pilu tidak menentu. Antara benci dan rindu, antara kasih dan sayang…aku berada di titik keliru. Perlukah aku di matanya saat ini? Apakah aku ini hanya gangguan di dalam kehidupannya? Sedang di hati sarat dengan teka teki, aku mencari bibik di dapur. Dia tiada di situ. Aku mengetuk pintu biliknya. Hingga ketukan ketiga barulah pintu bilik terbuka.

“Bibik! Mama jatuh.”

“Maaf, bibik solat tadi.”

“Tak apa. Cepat bibik.”

Ketika beriringan menuju ke bilik mama, aku lihat pergelangan tangan bibik berbalut. Aku menganggap mungkin bibik terluka ketika melakukan kerja rumah. Semua persoalan itu terkunci rapat di dalam benakku kerana selepas itu bibik sibuk mengemaskan keadaan bilik yang bersepah dan membantu mama Mr CEO berehat sehinggalah dia tidur. Sejak itu aku tiada peluang untuk berborak dengannya memandangkan Mr CEO kelihatan sugul. Aku terpaksa melayani kerenahnya pula walau di dalam hatiku memberontak. Sejak awal aku memang tidak mahu ke sini. Aku tiada hati langsung untuk ke sini. Tetapi demi Mr CEO, demi cintaku kepadanya, aku ikutkan jua.

“Sayang…kenapa termenung ni?”

“Hah! Apa?” Aku berpura-pura terkejut sedangkan sehari suntuk aku menunggu suranya menyapaku.

“Kenapa ni muram aje? Tak suka datang rumah abang ya?”

Aku geleng. Tetapi hati di dalam mengiyakan beribu kali. Aku jadi hipokrit demi sekeping hati. Tetapi sampai bila?

“Mama dah berehat. Senang sikit hati abang. Kalu tidak, tak tahu nak buat apa.”

“Bang…”

“Ya sayang…”

“Fina nak balik.”

“Tidurlah sini. Mama sorang aje malam ini. Fina temankan mama ya?”

Huh! Temankan mama? Tidak mungkin! Aku takut. Sudahlah mama Mr CEO tidak menyukaiku, entah apa pulak di kerjakan aku atas tiket ‘kesakitan’nya. Ya TUHAN tolong aku, aku mahu keluar dari rumah banglo ini.
“Bang…” aku merengek kesakitan sambil memegang perut. Ini saja caraku untuk dihantar pulang. Aku tidak sanggup untuk bermalam di sini. Berlakon pun berlakonlah. Bohong sunat.

“Kenapa pulak ni Fina. Kenapa sayang? Jangan buat abang risau.”

“Abang…sakit. Sakit sangat…”

“Nanti abang ambilkan emergency kit. Makan ubat ya…”

Belum sempat dia bangun, aku menahan tangannya. Aku buat isyarat dengan gelengan. Aku mahu pulang!! Rintihku kuat di dalam hati. “Hantar Fina balik.”

“Tapi sayang…”

“Hantar Fina balik. Fina selalu macam ni kalau kena period pain…” Aku terpaksa menahan malu demi sebuah keterpaksaan.

“Ohh!! I’m sorry sayang…yang ini abang tak boleh tolong.”

Mr CEO tersengih juga akhirnya. Dia mengelus dahiku. Aku hanya tunduk menahan tawa. Gelihati pun ada. Menjadi juga lakonanku ini.

Hendak tak hendak Mr CEO menghantarku pulang. Sebelum pulang aku sempat menggamit bibik di dapur. Wajahnya semakin pucat mungkin kepenatan. Dia yang sedang menyediakan hidangan malam keberatan melepaskan ku pergi. Aku sempat memeluknya dan membisikkan yang aku akan datang semula keesokan hari.

“Bibik tak sempat mau cerita, non. Sebenarnya…”

“Cik Fina…awak okey ke?”

Sergahan dari suara Mr CEO menyebabkan aku terpaksa berlakon sakit perut semula. Tangan sebelah aku letak di perut, dan tangan yang lagi satu aku gunakan untuk menepuk belakang bibik. Aku sempat memberikan jaminan bahawa esok aku akan datang lagi. Bibik tersenyum pahit. Antara matanya dan mataku saling menyampaikan sesuatu. Tetapi pandangan sayu dari kedua belah matanya begitu menarik minatku untuk tahu. Aku mesti bertanyakan hal ini kepadanya nanti. Itu tekadku.






Sepanjang perjalanan pulang Mr CEO sangat prihatin terhadapku. Aku berasa amat pelik sekali. Apabila kami berdua-duaan Mr CEO sentiasa menunjukkan kasih sayangnya. Mr CEO akan melakukan segalanya sepenuh hati. Aku pun apa lagi, manja terlebih-lebih. Orang tengah sayang kita kena ambil kesempatan. Tetapi benakku sedih kembali bila teringatkan hari-hari mendatang hidupku dengan Mr CEO. Apakah ada jaminan kasih sayang dan cintanya kekal abadi terhadapku. Memikirkan segala kebarangkalian tersebut aku jadi sedikit tawar hati untuk meneruskan pertunangan ini.


BILA diingatkan kembali hubungan aku dengan Mr CEO dan kaitan dengan peristiwa demi peristiwa yang muncul sejak kebelakangan ini, meremang bulu romaku. Mana tidaknya, aku kenal dengan Mr CEO di tengah malam pekat. Aku sangkakan dia hantu, dan dia juga ingatkan aku ini hantu yang sedang bersedih! Kelakarkan! Tetapi kelibat keluarga ini penuh dengan misteri. Lagi misteri perasaanku terhadap Mr CEO. Pejam celik pejam celik aku sudah jadi miliknya, walau belum sepenuhnya.

Tika detik jam menunjukkan angka 12 tengah malam, aku sudah tercegat di depan pintu rumah Seri. Aku tahu Seri telah bersuami. Aku tahu Seri tengah tidur. Tapi aku apa peduli? Perasaan takutku yang tak hilang-hilang menyebabkan aku terpaksa menumpang di rumah Seri.

“Kenapa ni? Kau macam dikejar hantu aje?”

“Memang pun.”

“Hah!! Mana dia hantu tu. Aku suruh Adam pelangkung.”

Dalam muka yang mamai pun Seri masih sempat buat lawak seram yang buat gigi bergetar.

“Kau tidur bilik tetamu tu.”

Aku menarik tangan Seri. Aku gelengkan kepala.

“Habis tu…”

Dengan muka tak malu aku mengekori Seri ke biliknya. Apa nak jadi pun jadilah. Walau aku terpaksa tidur atas lantai pun aku sanggup asalkan berada sebilik dengan Seri.

“Suami aku nak letak mana?”

“Aku tak kacau punya! Don’t worry. Aku tutup mata dan telinga, ok!”

“Kau ni kan…cuba cerita kat aku. Apa yang dah terjadi sebenarnya?”

Seri duduk di birai katil. Kawanku yang seorang ini semakin matang nampaknya setelah berkahwin. Kalau dulu, dialah orang yang paling gelabah dalam dunia.

“Tadi siang aku pergi rumah dia. Mak dia jatuh dari katil. Lepas itu jerit-jerit macam kena sawan. Si Izz bukan main panic sampaikan perangai dia pun ikut berubah. Aku dihalaunya macam aku ni orang asing. Dia macam tak kenal aku…”

“Biasalah…emak dia tengah sakit. Dia susah hati tu…”

“Tapi kan…bibik dia macam takut-takut je aku tengok. Aku nampak tangan dia luka. Tapi tak sempat tanya. Masa aku nak balik, dia berat aje nak lepaskan aku. Aku pun tak tahu kenapa…”

“Apa yang bising-bising lagi ni…” teguran suara Adam memeranjatkan kami.

“Tak ada apa-apa bang. Abang tidurlah…saya tengah berborak dengan Fina ni.”

Adam sudah duduk tegak. Macam kena rasuk. Aku dan Seri yang sedang berborak pasal benda-benda pelik yang berlaku kepadaku siang tadi ikut merasai keanehan sikap Adam itu.

“Bang, nak ke mana tu?”

“Tidur luar, dah kawan awak takut tidur sorang…awak temankanlah dia.”

Aku dan Seri ketawa mengekek. Aku sangkakan Adam mengigau atau kena sampuk tetapi rupanya dia tak tahan mendengar aku dan Seri membebel di tepi telinganya. Huh! Nasib baik Adam tu suami mithali…

“Habis kau nak buat apa?”

“Aku tak tahu Seri. Aku sayang Izz, Mr CEO aku tu. Dulu dia elok aje. Penuh karisma. La ni…tinggal muka aje yang maintain macam Keenu Reeves. Yang lain macam dah buat plastic surgery pulak.”

“Kau ni! Ada-ada aje. Ingat perangai dan sikap boleh di buat plastic surgery. Siapa yang ajar kau falsafah kolot tu.” Seri membebel.

“Falsampah Cik Fina. He…he…”

“Tengah tension macam ni pun kau masih boleh buat lawak ek…aku ingat kau dah berubah sejak pegang jawatan penting ni..tapi yang ada, ado!!”

“Tak baik kau cakap aku macam itu.”

Seri menguap lebar. Dia menarik selimut lalu berbaring di atas tempat tidurnya. Aku memerhatikannya dengan wajah terkebil-kebil. Orang belum habis cerita dia nak membuta pulak.

“Oit!! Apa solution kau weh!”

“Esok.”

“Jangan lah tidur dulu. Aku ada banyak benda nak tanya kau ni.”

“Kau tulis elok-elok. Esok pagi aku baca. Sekarang aku dah mengantuk. Tidur dulu”

“Tak guna punya kawan!”

“Cakap lebih tidur luar.”

“Okey…okey…ini rumah kau. Aku tahu lah weh!”

“Good night.”

“Nite.”

Aku terkebil-kebil di dalam selimut tebal Seri. Tujuan sebenar Mr CEO pergi ke rumah mamanya kerana wanita itu mahu berjumpa. Tentu waktu itu mama Mr CEO sihat walafiat. Jikalau tidak mana dia sempat membuat panggilan kepada body guard Mr CEO? Tetapi mengapa ketika aku dan Mr CEO sampai dia boleh berubah jadi sakit pulak? Pelik betul. Mesti ada udang di sebalik mee goreng…

Hai nasib badan…kena jadi penyiasat persendirian pulak selepas ni.

Suasana rumah banglo milik keluarga Mr CEO senyap sunyi seperti tidak berpenghuni ketika kami sampai petang itu. Sebelum ke mari aku sempat...
Unknown Nov 5, 2010
Oh! MyKarya!

Aku merenung kasut yang tersarung di kaki. Cantik dan bertumit. Tiada lagi sandal atau capal menemani buat masa ini. Beberapa tahun dahulu aku pernah berdiri dan duduk di sini. Dahulu aku bagai seorang tea lady yang comot menanti kehadiran putera impiannya. Dahulu Rina menyambutku dengan sombong sekali. Siapa tahu saat dan ketika ini, rezeki menyebelahi Si Fina yang comot dan selamba dahulu? Siapa menyangka aku boleh jadi tunangan Mr CEO yang mempunyai kakitangan mencecah puluhan orang! Itu belum lagi dicampur tolak bahagi dan darab dengan kakitangan dari jabatan lain. Siapa tahu, kan! Tuah manusia tak siapa tahu!

“Er…er…Cik Fina tunggu siapa?”

Aku mengangkat muka. Menentang pandangan mata setiausaha Mr CEO yang dahulu berlagak sombong.

“Saya nak jumpa dia. Dia ada?”

“Err…dia…dia dah keluar.”

Apasal Rina terketar-ketar sahaja menjawab pertanyaanku. Takkan dia trauma setelah puas dia memandang remeh padaku satu ketika dahulu? Atau… dia takut aku akan membalas dendam. Mungkin jugak! Kalau angin aku tak betul, mahu jugak aku balas balik kesombongannya dahulu. Tetapi tak apa lah…aku tersengih lebar.

“Saya tunggu.”

“Okey…er…er…cik Fina nak minum apa?”

Coffee please…”

“Manis? Kurang gula?” Alamak, secretary apa dia ni? Semua itu nak tanya.

“Emm…sesedap rasa!” aku mulai bosan. Hilang sudah aura Rina yang angkuh satu ketika dahulu. Kini aku nampak dia kecil aje…itulah, lain kali jangan tengok orang tak ada mata.

Bosan menunggu, aku silangkan kaki pula. Membaca majalah atau apa saja akhbar yang boleh menarik minatku. Sesekali aku lirik jam ditangan, hampir setengah jam juga aku di situ. Mataku asyik memandang pintu bilik Mr CEO. Tertera nama di luar pintu, Chief Executive Officer. Aku tersenyum apabila terimbas detik perkenalan kami dahulu. Aku sangkakan Mr CEO orang jahat yang mahu menculik atau membuat perkara tak baik, tetapi sebaliknya. Dia sangat prihatin dan caring.

Kopi yang di sediakan oleh Rina sudah hampir tiga suku ku hirup. Walau tak sesedap kopi yang aku minum di kedai mamak, tetapi bagiku kopi Rina boleh tahan rasanya. Entah berapa kali dia test sebelum sampai ke mejaku tadi. Bila memikirkan hal tersebut, aku jadi gelihati sendiri.

Tak sabar menunggu, aku melangkah ke bilik Mr CEO. Nak diikutkan, aku tak boleh sesuka hati menerjah ke bilik Mr CEO. Tetapi apa nak buat, saja nak buat surprise untuk Mr CEO. Kut-kut dia balik nanti, mesti dia suka sebab aku dah tercongok kat situ. Lagipun sekembali dari Singapura tadi, aku terus ke sini. Aku rindu sangat mahu menatap wajahnya. Aku mahu mendengar suaranya, kerana selama seminggu aku berkursus, aku hanya menerima SMS atau MMS darinya.

“Cik Fina…”

Aku tak jadi menolak daun pintu bilik Mr CEO.

“Kenapa Rina?” aku pelik.

“Err…Encik Izz tak benarkan sesiapa masuk biliknya kalau dia tak ada.”

Aku terkedu.

“Ohh! Saya tak tahu pulak…”

“Awak?” maksudku adakah Rina boleh keluar masuk sesuka hati sebab dia adalah setiausaha Mr CEO.

Dia mengangguk. So, selesailah masalah. Apa lagi?

“Maksud Cik Fina, kita masuk sama-sama?”

Aku mengangguk. Faham juga dia akan isyaratku.

Aku lihat Rina mundar mandir macam kera kena belacan. Apa kena dia ni? Nasib baik perangai garangku sudah berkurangan, kalau tidak aku jerkah dia sampai terkencing.
Saja je tu….

“Saya pun tak boleh masuk.”

“La…tadi kata boleh, sekarang kata tak boleh pulak. Ni apa hal ni? Cuba cerita kat saya.”

“Sebenarnya…buat masa ini Mr CEO tak mahu diganggu.”

Aku sudah naik angin satu badan. Dia ni cakap macam apa entah! Sat tadi kata boleh kalau masuk bersama, sat lagi dia kata tak boleh pulak. Apa dia ni terkena penyakit nyanyuk ke? Aik! Muda-muda dah nyanyuk. Dalam situasi begitupun, aku sempat membuat tuduhan nakal.

“Kalau awak tak boleh nak decide, biar saya decide. Saya akan masuk, tanpa awak. Saya tunggu Encik Izz kat dalam. Understand?”

“Cik…Cik Fina! Tunggu…”

Aku meluru ke dalam dan cepat-cepat menutup pintu lantas mengunci tombol. Huh! Padan muka kau! Susah sangat. Itu tak boleh, ini tak boleh. Dia ingat aku ni Cik Fina yang dulu, kekadang blur, kekadang selamba. Itu zaman aku dah buang lah…

Ini kali kedua aku masuk ke bilik Mr CEO. Jika dulu aku ditemani, tetapi kini aku bersendirian. Aku memang masak benar, bilik Mr CEO memang besar gedabak. Kalau duduk di discussion table aje, sepelaung jaraknya. Dan aku juga tahu, di dalam bilik Mr CEO ini ada lagi satu bilik, untuk dia bersolat atau berehat.

Ah! Baik aku tunggu dalam bilik rehat aje, lagi surprise! Aku bergegas menarik pintu sliding itu ke sisi dengan hasrat untuk merebahkan badan untuk seminit dua. Aku rasa letih sangat. Penerbangan dari Singapura tadi juga agak meletihkan walaupun tidak sampai kebas punggungku.

Kreeeek! Bunyi berkeriut sedikit pintu bilik itu ternyata mengejutkan dua orang manusia di dalamnya. Dan orang ketiga yang paling terkejut tentulah aku, Cik Fina! Apa yang mata aku nampak ni? Mimpikah aku? Lututku terasa lemah. Longlai tubuhku rasakan. Akhirnya aku terjelepuk di depan pintu. Aku rasakan ada seseorang yang mencempung tubuhku dan membawa aku duduk di atas sofa.

“Maaf Eileen dan Encik Izz…saya dah halang tapi dia berkeras nak masuk.”

Nafasku turun naik menahan marah. Bila-bila masa sahaja aku boleh meletup! Aku tak mampu bertahan lagi. Aku tak mahu ditipu lagi. Tolong aku Rina, aku takut aku tak mampu mengawal semuanya. Tapi suaraku tak terkeluar. Hanya tersekat di kerongkong.

“Tak mengapa Rina. Thanks for helping…but it is okey.”

“You boleh bangun ke? Berehatlah dulu. I takut you pengsan lagi nanti.” Kenapa perempuan itu cakap pasal pengsan, pasal berehat? Mr CEOku tak sihat ke? Siapa dia ni? Apa yang aku fikirkan ni? Otakku tepu betul untuk berfikir lanjut.

Tapi aku tak tunggu lama. Aku menerpa ke arah Mr CEO yang kelihatan pucat. Semestinya aku rindu, semestinya aku juga ingin tahu apa yang berlaku? Apa terjadi pada Mr CEO ku? Ada yang aku tak tahu ke? Aku kan tunangnya, aku kan sebahagian darinya…Ohhh!!

“Abang kenapa? Kenapa abang pucat ni. Abang pengsan ke?”

Mr CEO memandangku penuh syahdu. Matanya yang cantik kelihatan sedikit cengkung. Aku pegang tangannya. Aku membalas renungannya demi mengharapkan sebuah penjelasan.

Eileen, Rina…could you please leave us alone for a while…”

“Sure…rest and take your time.” Eileen tersenyum sebelum berlalu pergi. Siapa dia ni?

“Apa dah jadi ni bang? Hari itu masa Fina nak pergi Singapore, abang okey aje. Abang sakit ke?” Aku terus menyoal Mr CEO bertubi-tubi.

“Ni nak tanya betul-betul ke atau Fina jealous sebab ada awek temankan abang tadi?”

“Betul lah…tapi, siapa perempuan tadi tu ek?” Aku tersengih-sengih. Menutup malu.

My personal doctor.”

Doctor? But for what? Why you need such a personal doctor…don’t tell me that…” Aku terjerit kecil. Aku mula membayangkan pelbagai penyakit berbahaya yang sering menyerang manusia sekarang ini.

“Always jump to conclusion. You silly girl.” Mr CEO mencubit hidungku.

“Sakitlah.”

“Tadi abang pitam aje, migraine abang teruk. Alih-alih si Rina dah panggil Eileen. Bila abang tersedar, abang dah ada kat dalam bilik ni. Dengan Eileen…”

“Erm…dengan Eileen aje?”

“Abang belum habis cakap. Ada bodyguard abang, ada Rina, ada…”

“Dah…dah! Fina tahu abang sayang Fina.”

Aku tersenyum manja. Mentang-mentanglah dah sah jadi tunangan Mr CEO.

“Habis tu…nak sayang siapa lagi? Abang ada awak aje. Suka kalau abang sayang orang lain? Eileen ke?”

“Eiii! Ke situ pulak!” Aku menepuk bahunya berulang kali. Geram. Lebih-lebih pulak dia.

“Tadi baru sampai dari Singapore terus singgah ya?”

“Mana abang tahu?”

“Ada la…”

“Fina rindu kat Mr CEO Fina…tak taulah orang itu rindu kat kita atau tak.”

Aku malu sendiri dengan statementku. Terlebih lah sudah!

Mr CEO menarik tanganku lalu di letakkan di dadanya. Dia memegang kepalaku laksana seorang ayah memujuk anaknya. Aku jadi kelu. Malu sangat. Jarang benar dia menunjukkan rasa kasihnya terhadapku. Itu pun aku yang berlebih-lebih. Aku suka show off. Aku suka atau merajuk, aku terus tunjukkan. Itu lebih real daripada berlakon tapi sudahnya diri yang merana.

“Abang pun rindukan Fina. Entah-entah rindu abang pada Fina lebih dalam dari rindu Fina pada abang. Itu yang sampai migraine ni.”

Lebar senyumku. Kembang rasa hati apabila ada orang yang merindui kita.

“Kalau rindu kat orangnya kenapa sampai migraine. Sepatutnya abang berasa happy, tenang, rileks…”

“Sayang…kerana teramat rindu lah sampai abang merana.”

Bahagianya aku mendengar pengakuan ikhlas dari Mr CEO. “Tapi bang…jadi ke plan kita nak kahwin nanti?”

“Mestilah jadi. Fina nak tukar fikiran? Tunang lama-lama tapi tak payah kahwin?” Mr CEO mengusik.

“Boleh ke?”

“Eii…tak mau abang. Terseksa jiwa dan raga!”

“Abang ni!!! Nakal tau!!”

“Ingat Fina aje yang boleh nakal, sekali sekala abang pun nak juga.”

“Eh! Bang. Jom keluar dari bilik ni. Nanti si Rina dan Eileen bergosip pulak.”

“Biarkan dia orang bergosip. Abang nak berdua-duaan dengan sayang abang, takkan tak boleh. Sibuk aje dia orang itu.”

Giliranku pula mencuit hidung mancung Mr CEO. Deringan handphone Mr CEO berbunyi nyaring. Dia menekan punat ok lalu menjawab panggilan itu. Aku masih berdiri di sebelah sambil memaut lengannya.

“I’m still in the office. Why?”

Oh!! Sure. Sure. You wait me at the downstairs. I’ll see you in few minutes.”

Ok, thanks.”

“Sekarang apa rasa? Dah okey? Tak sakit lagi?”

“Nampak muka Fina aje abang terus okey.”

Tetiba aku rasa perut ku berkeriut nyanyi lagu rock. Adui!! Sejak turun kapalterbang, aku belum makan apa-apa lagi.

“Abang…jom makan.”

Mr CEO menyapu tengkuknya seketika sebelum memandangku. “Kenapa bang?” Aku bertanya lembut.

“Mama…nak jumpa.”

Dazz!! Ini yang aku tak suka. Perutku yang lapar terus berasa kenyang. Wajahku bertukar keruh.

“Kenapa ni?”

“Tak ada apa. Abang pergilah. Fina balik sendiri.”

“Siapa kata abang nak suruh Fina balik. Kita pergi makan, kemudian sama-sama jumpa mama.”

“Fina tak naklah bang…”

“Jangan macam itu. Kan Fina dah berjanji dengan abang, kita akan tempuh perkara ini bersama-sama.”

Mr CEO memegang bahuku erat. Dalam diam aku rasa terlindung dengan sikapnya. Aku mengeluh. Aku memang tahu pasti hubungan ini penuh berliku. Aku tahu pasti mama Mr CEO menentang perhubungan ini apatah dia telah dihasut oleh anak perempuannya, Cindy. Cindy yang datang secara tiba-tiba telah menabur pelbagai prasangka ke dalam fikiran mamanya iaitu mama Mr CEO juga. Dan pertunanganku dengan Mr CEO juga tanpa kerelaannya. Nasib baik Tini, PA Mr CEO banyak membantu bagi menjayakan rancangan tersebut.

Susahnya hidup apabila diburu oleh bakal mama mertua!! Untuk kesekian kalinya aku mengeluh tentang nasib diri.

Aku merenung kasut yang tersarung di kaki. Cantik dan bertumit. Tiada lagi sandal atau capal menemani buat masa ini. Beberapa tahun dahulu a...
Unknown Oct 20, 2010