Breaking

Showing posts with label RILEK SANTAI. Show all posts
Showing posts with label RILEK SANTAI. Show all posts

Dec 17, 2008

December 17, 2008

TELEFON SEKOLAH

Sekolah menengah tempat Mazlan belajar baru dibuka. Sempena dengan sesi baru itu, sekolah berkenaan memperkenalkan satu peraturan baru mewajibkan ibu bapa pelajarnya menghubungi sekolah seandainya anak mereka tidak dapat hadir pada hari tersebut.

Suatu hari, Mazlan berpakat dengan kawan-kawannya untuk ponteng dan pergi menonton wayang di KLCC. Sebaik ibu dan ayahnya keluar ke tempat kerja, Mazlan terus menelefon pejabat sekolahnya di Ampang. Kata Mazlan...

"Helo...encik, saya nak beritau yang anak saya, Mazlan, pelajar tingkatan 1 D, tak dapat ke sekolah hari ini. Dia demam panas."

"Oo...macam tu. Kesiannya." jawab kerani bertugas, "saya akan maklumkan kepada guru kelas Mazlan. Tapi, sebelum itu, boleh saya tau siapa bercakap di sana?"

"Bapak saya," balas Mazlan.

Dec 14, 2008

December 14, 2008

DUIT SYILING

Samad yang baru balik dari kerja pukul 12.00 malam, tiba-tiba terdengar anaknya menangis di dalam bilik tidur. Samad pun apa lagi, berlarilah dia ke bilik anak bongsunya yang berumur empat tahun itu.

"Aa... adik ...tt... tertelan dd... duiiit. Waaaaa!!!" kata si anak lalu meraung sekuat-kuat hati. "Mmm... matilah aadikk macam niii!" budak itu terus menangis. Samad cuba memujuk, tetapi gagal.

Pukul 1.00 pagi, selepas sejam berusaha dan matanya pun sudah mula mengantuk, tiba-tiba Samad dapat satu akal.

"Haa.. abah nak buat magik!" kata Samad lalu menyeluk poket seluarnya dan keluarkan duit syiling 20 sen. Duit itu Samad sorokkan di celah jari dan tapak tangannya dan seperti yang selalu dilakukan oleh ahli silap mata, dia pun pura-pura menolak duit syiling di dalam perut anaknya itu hingga ke tekak, kemudian tarik keluar dari telinga anaknya itu (yang sebenarnya adalah duit syiling yang Samad ambil dari dalam poket seluarnya tadi.)

Anaknya terus berhenti menangis. Dia ketawa melihat kehebatan magik yang Samad lakukan. Tapi tiba-tiba budak itu merampas duit syiling 20 sen di tangan samad tadi dan terus menelannya!

"Ayah... buat magik sekali lagi..." kata budak itu.

Oct 12, 2008

October 12, 2008

KISAH PAK PANDIR & MAK ANDEH - 2

Suatu hari Mak Andeh membawa anaknya, Ondeh makan di warung. Ketika itu Ondeh kecil lagi, baru tiga tahun. Sewaktu sedang makan, tiba-tiba Ondeh bercakap dengan kuat, "Mak, Ondeh nak kencing!"
Malu betul Mak Andeh, satu warung dengar suara Ondeh itu.

Mak Andeh terus menutup mulut Ondeh. Dia berbisik, "Syy... jangan cakap macam tu di tempat orang tengah makan, tak elok. Lagi satu, kalau nak kencing, jangan sebut kencing. Cakap, mak... Ondek nak 'bisik'. Ingat tu, kalau nak kencing, cakap 'bisik'".

Ondeh mengangguk. Balik dari warung, baru Ondeh dapat pergi kencing.

Esoknya Pak Pandir pula bawa Ondeh pergi warung. Sedang mereka makan, tiba-tiba Ondeh menjerit, "Pak... Ondeh nak 'bisik'!". Satu warung terkejut.

Pak Pandir senyum. SAmbil menggosok-gosok kepala Ondeh, Pak Pandir berkata kepada anaknya itu, "Boleeeeh! Haa, Ondeh 'bisiklah' kat telinga bapak ni."

-sumber dari Mastika Jun 2008-
October 12, 2008

KISAH WADUD & ULTRAMAN

Wadud yang baru balik dari kerja dan membawa patung ultraman besar, telah memanggil kesemua anaknya iaitu Walad, Walid, Walud & Walmut. Dia ingin mencari siapa di kalangan anak-anaknya itu yang paling layak mendapat permainan Ultraman tersebut. Untuk itu, Wadud bertanya...

"Siapa yang ikut cakap mak?"

Senyap. Tiada anak-anaknya yang mengangkat tangan.

"Siapa yang tak melawan cakap mak?"

Senyap juga.

"Siapa yang buat apa yang mak suruh?"

Senyap lagi. Tiba-tiba anaknya, Walmut berkata...

"Okeylah ayah... ayahlah yand dapat Ultraman tu.."

- sumber dari Mastika Jun 2008-

Sep 24, 2008

September 24, 2008

KISAH PAK PANDIR DAN MAK ANDEH - 1

Kisah Pak Pandir dan Mak Andeh - 1

Pak Pandir dan Mak Andeh mengadu kepada doktor tentang masalah ingatan yang mereka alami. Selepas membuat pemeriksaan, doctor memberitahu, kesihatan Pak Pandir dan Mak Andeh, okey. Tetapi supaya tidak mudah lupa, mereka dinasihatkan menulis apa yang mereka inginkan di atas kertas.

Malam itu sambil menonton TV cerita P. Ramlee, Pak Pandir meminta Mak Andeh tolong masakkannya mi segera perisa kari.

“Tulis tu…perisa kari!” Pesan Pak Pandir.

“Alah, tak payah, saya boleh ingat!” jawab Mak Andeh.

Baru Mak Andeh hendak pergi ke dapur, Pak Pandir berkata lagi, “Jangan lupa masukkan telur sebiji.”

“Okey.”

“Tulis pada kertas nanti lupa”.

“Alah, saya ingat.”

“Satu lagi,”kata Pak Pandir, “masukkan cili padi sikit.Mak Andehnya, tulis kat kertas, nanti lupa!”

“Alah, saya ingatlah. Maggi kari taruk telur dengan cili.’

Dua puluh minit kemudian Mak Andeh kembali ke ruang tamu. Tapi yang dibawanya bukan magi kari yang ada telur dan cili padi, tapi cekodok.!! Pak Pandir marah betul. Kata Pak Pandir…
“Kan saya dah cakap tadi tulis, tulis, tapi awak degil. Ha… kan awak dah lupa bawa sosnya!”


** sumber dari Majalah Mastika Oktober 2008**

Sep 18, 2008

September 18, 2008

TEKA-TEKI DARI ISTANA

1. Apakah jenis orang yang apabila kita makan, dia tak makan, apabila kita mandi, dia tidak mandi, apabila kita tidur, dia tidak tidur. Siapakah dia?

= Dia ialah tuanku atau raja,
= Sebab apabila kita makan, baginda santap, apabila kita mandi, baginda bersiram, apabila kita tidur, baginda beradu.

2. Orang yang mengajar kita panggil guru, kalau orang yang merompak, kita panggil apa?

= Panggil Polis le...

3. Lapan bahagi dua jawapannya berapa?

= Empat. betul...
= tapi jika fikir lebih dalam, jawapannya 0 atau 3.

4. Dalam 1 tahun ada berapa hari?

= Biasanya orang jawab 365 hari.
= Sebenarnya dalam setahun hanya ada 7 hari, iaitu Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat dan Sabtu. Tujuh hari itulah yang diulang-ulang hingga menjadi setahun.

5. Dalam banyak-banyak buah, buah apakah yang jika gugur tidak jatuh ke tanah.

= Buah kurma, sebab ia tumbuh di padang pasir.


***Sumber dari BICARA OGOS 2008***