Enter your keyword

Showing posts with label SELAMAT TINGGAL KEKASIH. Show all posts
Showing posts with label SELAMAT TINGGAL KEKASIH. Show all posts

Apr 21, 2012

Selamat Tinggal Kekasih 5

By On 21.4.12
Insyirah telah selamat bekerja dengan Wawa. Pekerjaan Insyirah bukanlah glamour sangat ataupun memperoleh gaji yang besar. Lagipun tujuan Insyirah mahu bekerja adalah untuk menghilangkan kebosanan di rumah. Hary pun tidak kisah dengan keputusan Insyirah itu dengan syarat Insyirah pandai menjaga dirinya.



“Amacam? Kau suka kat sini?”

Insyirah tersenyum.

“No comment.”

“Jawapan selamat, amat selamat…”

“Aku baru aje letak punggung kat kerusi kau dah tanya soalan macam aku dah kerja seminggu. At least, bagi aku masa…”

“Saja bergurau. Dah lama sangat tak mengusik kau. Rindulah dengan suasana dulu-dulu…”

“Iyalah…masa dah banyak berubah dan mengubah kita, kan? Terutamanya kau!”

“Wait!! Aku berubah? Ada ke? Aku rasa macam biasa aje…”

“Kau sekarang sangat berbeza dari dulu, Wawa. Kau amat bersemangat sekali.” Insyirah ikhlas memuji.

“Terima kasih dengan pujian kau itu, ikhlas tak?”

“Jujur aku cakap. You look so beautiful sekarang.”

“Thanks Syirah, nanti aku belanja nasi lemak kat depan tu.”

“Nasi lemak aje?”

“Dah tu?”

“Apa-apalah…yang penting ada orang nak belanja. Aku kan belum ada gaji lagi…”

Wawa ketawa sambil jari telunjuknya mengisyaratkan ‘betul tu!’ kepada Insyirah. Kemudian Wawa membawa Insyirah ke seluruah ruang pejabat sederhana besar itu agar Insyirah dapat membiasakan diri di tempat barunya itu. Terdapat mesin fotostat yang agak besar di satu sudut dengan almari buku tempat meletak peralatan pejabat di sebelah kiri mesin fotostat itu. Bilik Wawa dan rakan kongsinya terletak bersebelahan.

Terdapat tiga frame besar yang tergantung di dinding bertentangan dengan pintu masuk utama. Foto dari hasil hiasan dalaman yang mereka hasilkan untuk beberapa buah syarikat dipamerkan supaya jadi profile yang berguna untuk syarikat. Hiasan dalaman kedai pejabat satu tingkat milik Wawa dan rakan kongsinya itu juga amat menarik sekali. Ada ciri-ciri Bali sedikit tetapi diadunkan dengan rasa klasik hiasan tempatan. Hmm…memang Wawa amat berbakat! Gumam Insyirah membuat kesimpulan ringkas terhadap Wawa.

Telefon berdering-dering minta diangkat. Insyirah teragak-agak untuk menjawab panggilan tersebut. Apa yang nak diucapkan, apa pula hendak dijawab jika pelanggan bertanyakan tentang sebut harga ID syarikat mereka dan macam-macam lagi persoalan bermain difikiran. Akhirnya panggilan itu mati sendiri.

Insyirah mengintai dari luar pintu bilik Wawa, ternyata gadis itu sedang bergayut di telefon bimbitnya. Tidak lama kemudian telefon pejabat berdering lagi. Tak ada pilihan lain, Insyirah terpaksa menjawab panggilan tersebut.

“Maaf encik, Cik Wawa sedang engaged di handphonenya…”

"Awak siapa? Tak pernah dengar suara awak sebelum ini?”

“Saya pekerja baru.”

“Ohhh!” kedengaran orang di hujung sana meletakkan telefon.

Insyirah terdiam. Orang tadi hanya memperkenalkan diri sebagai Mr Z dan tujuan menelefon sekadar mahu bertanyakan samada Wawa sudah sampai di pejabat ataupun sebaliknya. Pelik betul perangai macam itu, peminat misteri kut…Insyirah bergumam lagi.

“Siapa call?”

Teguran dari Wawa yang datang secara tiba-tiba mengejutkan Insyirah. Gadis itu sempat melurut dadanya.

“Kau ni kan, terkejut aku tau.”

“Sorry kalau aku buat kau terkejut. Siapa call tadi?”

“Entah. Cakap sikit kemudian kata nama dia Mr Z.”

“Dia lagi. Nak apa orang tua tu. Tak habis-habis nak kacau orang. Ingat aku tak ada kerja lain asyik melayan panggilan dia. Boring betul.” Wawa membebel.

“Peminat misteri lah tu. Okeylah…mana tahu dia itu prince charming yang bakal menyelamatkan kau!”

“Uhh! Baguslah tu, entah-entah mamat Afrika yang berlambak kat negara kita sekarang ni. Dalam telefon bukan romantis giler, bila dah jumpa orangnya, kita pulak yang giler…”

“Ha! Ha! Ha!....” pecah tawa Insyirah dan Wawa serentak.

“Kau kenal ke dengan Mr Z?” soal Insyirah ingin tahu. Dia ada rasa sesuatu apabila mendengar suara Mr Z tadi. Tetapi apakah rasa itu, dia pun tiada jawapannya. Hanya instinct yang berkata-kata…

“Kenal macam itu aje. Dia ada tolong aku angkat barang masa kat shopping complex. Dah lama dah kejadian itu. Aku pun dah lupa…”

“Tapi dia tak dapat lupakan kau!”

“Aku rasa Mr Z tu macam ayah aku aje. Aku hormat dia sebab very gentleman tolong aku angkat barang aku yang bertaburan. Tak sangka jadi macam ni pulak. Entah dari mana dia dapat nombor aku pun aku sendiri tak tahu.”

“Laa…bukan kau yang beri?” soal Insyirah kehairanan.

“Bukanlah! Kau kan tahu aku macam mana?”

“Tau. Kaulah perempuan paling garang pernah aku jumpa bila cakap bab-bab lelaki. I knew it long time ago…”

Insyirah sekadar memerhati Wawa yang kini sedang berpeluk tubuh di hadapannya. Ada riak tidak gembira pada wajahnya tatkala nama Mr Z disebut tadi. Pasti Mr Z kerap menganggunya, kalau tidak takkan Wawa bercakap dengan nada agak kasar terhadap pemanggil misteri yang digelar Mr Z sahaja.

“Tengahari nanti kau nak ikut aku tak?” tiba-tiba Wawa menukar tajuk.

“Pergi mana?”

“Satu tempat rahsia…”

“Rahsia sangat ke?” Insyirah memerli.

“Tempat di mana kita rasa lebih mulia…”

“Ermm…kau ni memang bijak berfalsafah la…”

“Baru tau ke?”

“Aku saja buat-buat tak tahu!”

****
Insyirah menurut sahaja langkah Wawa yang memunggah barang-barang dapur dari bonet keretanya. Ada minyak masak, tepung gandum, sabun pencuci dan berbagai jenis barang keperluan dapur dengan jumlah yang agak banyak. Sebaik Wawa memberi salam di muka pintu, dia diserbu sejumlah kanak-kanak lalu memeluk kakinya.

“Rindu dengan kak Wawa tak?”

“Rindu!!!” riuh rendah suara isi rumah anak yatim itu berebut menjawab dan berlawan suara siapa paling tinggi.

Dengan tanpa disuruh, anak-anak kecil dan awal remaja masing-masing menyambut barang-barang yang dibawa oleh Wawa. Tidak ketinggalan mereka juga mengambil barang yang sarat ditangan Insyirah lalu di bawa ke ruang dapur.

“Assalamualaikum Bonda…”

“Waalaikumussalam…” satu suara lembut menyambut.

Insyirah terasa mahu menangis tatkala wanita bersuara lembut itu memusingkan tubuhnya. Hampir lima tahun mereka tidak bersua, inilah pertama kali mereka bertemu kembali setelah Insyirah meninggalkan rumah kenangan ini.

“Bonda ingat lagi tak?”

Tangan Insyirah dan Bonda sudah bertautan. Insyirah menahan genangan airmata dari tumpah ke bumi. Dia harus cekal, seperti juga wanita itu, sama seperti Wawa. Tidak mahu lagi jadi wanita cengeng.

“Siapa eh?” Bonda merenung mata Insyirah.

“Syirah lah Bonda…” Insyirah mengingatkan.

“Astaghfirullah…macam kenal tapi lupa nama. Apa mimpi kamu datang ke mari? Lama dah tak jumpa kan. Buat apa sekarang?” Bertalu-talu soalan cepumas keluar dari mulut Bonda.

“Syirah dah kahwin Bonda.”

Lagi sekali pandangan mata Bonda bersatu dengan pandangan Insyirah. Hairan…awalnya berkahwin?

“Iya Bonda. Betul kata Wawa…”

“Dia kahwin dengan keluarga bangsawan terkenal Bonda…” Wawa mengusik manja.

“Ohhh! Begitu…baguslah. Yang penting anak Bonda bahagia…”

Insyirah menelan liur. Tekaknya perit sekali mendengar harapan daripada mulut Bonda. Apakah sinar bahagia masih bersisa untukku? Insyirah sempat bermain dengan perasaan sendiri.

“Macam mana dengan rancangan yang Wawa cakap minggu lepas tu, Bonda. Ada sambutan tak?”

Wawa duduk di sebelah Bonda. Menunggu butiran lanjut yang bakal keluar dari mulut wanita berwajah keibuan itu.

“Bonda dah tempah banner. Ada dua pasang banner besar yang akan digantungkan di depan bangunan ini, dan lagi satu akan di gantung berhampiran dengan jalan besar di simpang depan. So, semuanya 3 buah banner. Bonda rasa cukuplah kut, jangan membazir sangat…”

“Tiga aje. Cukup ke Bonda. Nanti orang tak tahu aktiviti kita.”

“Nak menghulur derma kenak ikhlas, Wawa. Kalau kita beriya-iya sangat, takut nanti orang ingat kita memaksa pulak. Dah jadi lain.”

“Derma tu nak buat apa, Bonda?” Insyirah mencelah.

“Nak repair bangunan ni. Ada yang bocor di sana sini. Jadi kami berharap dengan derma itu nanti dapatlah tempat teduh yang selesa sikit untuk anak-anak Bonda ini.”

“Oohh…bagus jugak tu. Apa yang boleh saya bantu?”

Wawa dan Bonda berpandangan sesama sendiri. Insyirah tidak faham apa yang dimaksudkan dengan pandangan tersebut.

***
TJ mengikat tali leher berwarna coklat yang dipadankan dengan kemeja lengan panjang berwarna peach. Seluar panjang yang berpadanan dengan warna tali lehernya menampakkan susuk tubuhnya yang sasa dan tinggi. Aura seorang ketua begitu terserlah dari penampilannya itu.

Seawal jam 7.50 pagi dia sudah berada di dalam bilik mesyuarat. Sewaktu dia tiba tadi, ruang pejabat dan biliknya masih gelap. Ini bermakna dia merupakan orang pertama yang tiba selain daripada pengawal bangunan yang memang sedia ada berkawal 24 jam. Menjelang 8.15 barulah sedikit demi sedikit kakitangannya memenuhi ruang pejabat tersebut.

Mata TJ tertinjau-tinjau keluar pintu jika ada sesiapa yang boleh dijadikan tempat kaunter pertanyaan tentang polisi syarikat dan hal berkaitan perjalanan syarikat. Semua orang yang lalu lalang bagai tidak mengendahkan susuk tubuhnya yang tercongok di dalam bilik mesyuarat itu. Tak boleh jadi ni! TJ melangkah keluar dari bilik mesyuarat dan menuju ke ruang tengah pejabat itu.

“Attention!!”

Suara nyaring TJ bagai satu sergahan dari singa lapar yang sedang menunggu mangsanya. Mukanya merah padam menahan geram. Siapa tak marah jika kehadirannya umpama orang asing yang tidak diundang.

“Siapa ketua kat sini?”

Suasana sepi senyap bagaikan ada Malaikat Maut lalu. Soalan yang tiada jawapan. Masing-masing menikus memandang ke lantai. Pelik benar suasana bekerja di pejabat ini, fikir TJ. Dia orang semua ini robotkah yang bekerja untuk manusia? Atau, Tengku Zaman telah melatih para pekerja dengan ajaran songsang!

“Sekali lagi saya tanya. Siapa ketua kat sini?”

TJ meninggikan suaranya. Tiba-tiba satu suara menjawab dari arah belakang TJ.

“Saya Encik Johan.” Suara itu berbunyi tersekat-sekat.

“Saya tu siapa?”

“Prima Donni…”

“Cukup! Aku tahu korang tak suka aku, tapi jangan korang bluffing to me. Tell me now!!”

“Benar Encik Johan. Nama saya Prima Donni a/l Raghu.”

“Hmm….” TJ memusingkan tubuh sasanya sambil menahan tawa.

“I’m wronged. Sorry…”

Dengan selamba TJ berlalu dari situ dan membiarkan Prima Donni termangu-mangu. Di dalam biliknya, TJ ketawa sepuas hati hingga terkeluar airmata. Hatinya bagai digeletek apabila mendengarkan pekerja yang dilantik oleh Tengku Zaman tadi memiliki nama yang unik. Prima Donni, kenapa tak primadona? Tak boleh jugak, dia lelaki…macam-macam gaya nama manusia zaman ini.

nota aynora nur: selamat membaca kepada uols reader, tiada yang istimewa melainkan korang sumber inspirasi...kalian memang awesome!!

Nov 13, 2009

NOVEL: SELAMAT TINGGAL KEKASIH 4

By On 13.11.09

“Hary...boleh Syirah bekerja? Syirah bosan duduk rumah sorang-sorang. Lagipun tak ada apa yang boleh Syirah buat kalau kat rumah. Dah lah mama dan papa...”

“Syhhh...”

Hary meletakkan jari telunjuknya di bibir Insyirah. Tidak membenarkan Insyirah meneruskan ayatnya.

“Tak baik ngumpat orang tua sendiri tau. Walaupun cuma mak mentua, dia pun dah macam mak awak sendiri. Berdosa.”

Insyirah merenung tepat wajah suaminya, seorang lelaki yang sangat penyabar. Kesabarannya meyebabkan hati Insyirah sering menangis dan dukacita. Dengan sikapnya itu juga menyebabkan Hary selalu dipergunakan oleh orang sekeliling. Mama dan Papanya pun sering memperkecilkannya. Tetapi Hary sangat patuh, masih menghormati kedua orang tuanya walau sering diperkotak-katikkan. Bilakah Hary akan sedar semua itu? Bila?

“Syirah...awak nak kerja kat mana? Kerja apa?”

“Saya ingat nak kerja kat syarikat kawan saya. Dia pun dibesarkan di tempat yang sama dengan saya. Sekarang dia buat business kecil-kecilan dengan partner dia.”

“Awak nak buat apa kat sana?”

“Tolong sikit mana yang patut. Lagipun bukannya kerja betul-betul. Cuma hilangkan boring aje. Itu pun kalau Hary izinkan.”

“Siapa nama kawan Syirah tu? Kenalkan saya pada dia, nanti kalau ada orang bertanya taklah saya melopong tak tahu. At least, kita cover diri kita sendiri...”

“Wawa. Nama penuh dia Najwa. Dia budak pandai dan paling cemerlang dalam kelas kami dahulu. Dia juga yang dapat tajaan untuk sambung belajar. Bila dah habis, dia buka company sendiri...business kecik-kecik je. Boleh lah Hary. Boleh ya?”

“Syirah nak apa tu, Hary?”

Insyirah dan Hary terkejut dengan sapaan TJ yang tiba-tiba itu. Mungkin dia telah mencuri dengar perbualan mereka.

“Tak ada apa-apa bang.”

“Kau jangan tipu. Aku ni lebih banyak makan asam garam dari kau. Cuma belum kahwin je, bukan macam kau...”

“Kenapa dengan saya bang? Apa yang abang nak cakap? Abang nak kata kami kahwin sebab dah terlanjur, kan? Abang nak cakap yang kami ni pasangan tidak ada harga, kahwin ekspress? Itu maksud abang!” Hary sudah tidak dapat menahan marahnya.

“Hei...hei...kenapa adik abang tiba-tiba aje nak naik angin ni? Cool down Hary. Abang memang nak cakap, since kau dah bagitahu...yes, aku nak tahu kenapa semua ini terjadi dalam sekelip mata. Why?” suara TJ ikut tinggi. Dia masih belum dapat menerima kenyataan yang Insyirah kini menjadi isteri kepada adiknya itu.

Insyirah hanya meneleku di sisi Hary. Dia tidak berani menentang pandangan TJ yang tajam menikam bisanya. Padahal mata itu dahulu sering ditatap dengan penuh kasih sayang, dahulu merekalah kekasih paling bahagia. Kini yang tinggal hanya kesan luka yang tidak nampak di mata.

“Satu masa nanti abang akan tahu juga kenapa saya buat ini semua. Masanya akan tiba, bang...” suara Hary sudah kembali kendur.

“Bila? Sampai aku dah nak mampus!”

“Kenapa abang cakap macam tu? Berilah saya masa...”

“Good! Aku tunggu masanya...”

***

Insyirah merenung halaman luar dari tingkap biliknya. Masih terngiang-ngiang persoalan demi persoalan yang dibangkitkan oleh TJ tadi. TJ sengaja menjebak dia dan Hary agar menceritakan sejarah sebab perkahwinan mereka terjadi. Lelaki itu seolah-olah tidak sabar rahsia mereka terbongkar. Mengingati itu semua membuatkan Insyirah kecut perut. Ingin sahaja dia melarikan diri dari rumah besar itu, yang bak rumah berhantu pada firasat Insyirah. Orang di dalam rumah itu berperangai pelik kecuali Hary, yang amat berbeza perwatakannya dengan ahli keluarganya yang lain.

Ingatannya beralih kepada Najwa, gadis biasa sepertinya yang telah berubah kini. Penampilannya penuh keyakinan, berwibawa, lebih berani dan semakin cantik. Kelihatan hidup gadis itu dilimpahi keceriaan. Sudah berpunya kah dia? Mungkinkah dia sudi berkenalan dengan TJ? Ya...mana tahu TJ akan beralih pada gadis lain pulak. Itulah harapannya sambil tangannya dengan pantas mendail nombor gadis kenalannya itu.

“Hai...kau sibuk ke?”

“Sibuk sikit. Sorrylah lama tak call kau. Aku sampai terlupa yang kau ada mintak kerja dengan aku, kan? Eh! Kau sekarang dah kerja ke?” suara Najwa kedengaran riang sekali.

“Belum. Ini yang try call kau. Ada kerja untuk aku, tak?”

“Datang ajelah, Syirah. Kau buatlah kerja apa yang kau suka kat sini. Tapi aku tak mampu bayar besar. Company aku kecik je. Taklah macam keluarga bangsawan mentua kau...”

“Apa ke situ pulak. Yang kaya dia orang, bukannya aku.”

“Bila kau nak datang?”

“Nanti aku confirmkan. Kau jangan bagi pada orang lain kerja tu. Aku desperate nak kerja ni.”

“Okey, aku janji. Kau datanglah bila-bila masa. Eh! Ada orang cari aku. Lain kali aku call, ok.”

“Wawa...”

Talian telah diputuskan sebelum sempat Insyirah bertanyakan soalan yang berbaur peribadi. Anganan untuk memperkenalkan TJ kepada Najwa hanya tinggal impian. Insyirah merenung telefonnya tidak berkedip.

Di luar bilik terdengar suara orang berbual-bual di dalam bahasa melayu dan Inggeris yag bercampur-campur. Kemudian ada suara wanita ketawa manja dan bunyi suara televisyen saling bertingkah. Itu mesti TJ membawa balik teman wanitanya seperti selalu, silih berganti. Kekadang dia membawa wanita melayu, kadangkala gadis Serani dan ada juga Insyirah terserempak dengan gadis orang putih yang dikepit oleh TJ. Semakin terukkah perangai TJ kerana dikecewakan? Tidakkah TJ terfikir untuk merenung diri sendiri sebelum bertindak begitu? Apakah yang dia dapat dengan menunjuk-nunjuk begitu. Pusing Insyirah memikirkannya.

“Syirah!”

“Syirah!”

Sebaik Insyirah membuka daun pintu, kepala TJ sudah terjengul tepat di hadapan mukanya. Nyaris dia tercium antara satu sama lain. Menyirap darah Insyirah naik ke muka dek malu dengan kejadian tersebut.

“Nak apa?”

“Nak you!”

Insyirah membeliakkan matanya. Nasib baik Hary belum pulang, jika tidak tentu timbul perang dingin lagi seperti hari itu. Dia mengubah kedudukan dirinya agar tidak terlalu dekat dengan TJ.

“Sorry! Sayang buatkan I air.”

“Buatlah sendiri. I bukannya orang gaji.”

“Tolonglah, you buat air sedap. Sehingga menjilat gelas...he...he...” TJ mempermainkan kata-katanya agar lebih menarik perhatian isteri adiknya itu.

Insyirah naik mual dengan perangai TJ yang terlebih mengada-ngada itu. Bukan main lagi depan perempuan lain nak bermanja-manja dengan aku; marah Insyirah dalam hati. Cubalah kau buat begitu di hadapan Hary, sudah lama penampar percuma hinggap di muka. Tetapi, beranikah Hary bertindak begitu? Sementelah, dia amat menghormati TJ sebagai seorang abang.

“Darling...you buat apa kat situ. I dahaga ni...”

“Sekejap sayang. I tengah pujuk my queen buatkan air.”

Geli geleman Insyirah mendengar dialog dia orang, umpama dunia ini hanya mereka yang punya. Dia menjuihkan bibir tanda tidak berkenan dengan perangan gedik TJ dan wanita kekasihnya itu. Tunjuklah apa aksi sekalipun, aku tak kisah. Jika TJ berniat mahu membalas dendam dengan cara begitu, dia silap besar. Telah hilang segala kecemburuan tiga tahun lalu kerana kini dia telah menjadi hak orang. Yang lebih tepat, isteri orang. Isteri kepada adik bekas kekasihnya!

“Tolong Syirah.” kali ini suara TJ sedikit datar. Mungkin dia berasa malu dengan dirinya sendiri.

“Okeylah, kali ni aje. Lain kali suruh your girlfriend buat sendiri.”

“Itu bukan girlfriend I, Syirah. Kawan I...girlfriend I cuma you sorang aje...”

Debaran dada Insyirah bergetar kencang ketika mendengar TJ meluahkan kebenarannya, bahawa dia masih mencintai Insyirah. Di matanya Insyirah adalah kekasihnya yang dahulu, bukan isteri kepada sesiapa.

“You cakap lagi I tak nak tolong buat air. Please TJ, jangan ungkit perkara lama.”

“I tak boleh control diri I bila tengok you, Syirah. I tak boleh! Tolong I padamkan semua kenangan kita, Syirah. I tak boleh selamanya begini, mengharap barang yang tak akan jadi hak I. I ...I...” suara TJ bertukar sedih. Dia cuba sedaya upaya menahan air mata kesedihannya daripada tumpah. Air mata seorang lelaki tidak sewenangnya melimpah ruah.

“Darling! Darling! Buat apa lama sangat tu...” suara wanita mat saleh itu sedikit nyaring. Mungkin bosan menunggu.

Dari telor dan gaya bahasanya pasti wanita itu rakyat tempatan, cuma mungkin dia berdarah kacukan. Jika tidak, takkan dia begitu fasih berbahasa melayu. Perasan! Kalau dah melayu tu, mengaku sajalah. Apa yang nak dimalukan.

Insyirah membiarkan TJ yang masih bersandar di dinding. Dia melangkah ke dapur untuk membuatkan air seperti yang diminta oleh TJ tadi. Selesai menghidangkan air, dia membawa dirinya masuk ke bilik semula. Dia tidak betah berlama-lamaan di luar, apatah menentang pandangan tajam dari TJ. Sudahlah dia telah menyembunyikan kisah silamnya kepada Hary, dia tidak mahu menambah dosa terhadap suaminya itu lagi.

***

Tengku Zaman menunggu isterinya di kawasan parkir sahaja. Dia malas untuk bersesak-sesak di dalam kompleks beli belah tersebut. Lagipun, menunggu di dalam kereta lebih selesa lagi berhawa dingin. Sambil menunggu, dia membaca akhbar yang diletakkan di tempat duduk belakang. Sesekali matanya menjeling pasangan muda mudi yang lalu di hadapannya untuk ke kereta masing-masing. Dia tersenyum melihat pasangan pertengahan umur bergandingan erat seperti tidak boleh dipisahkan. Suami isteri kah itu? Mesranya lain macam saja...

Tengku Zaman membelek jam Rolex di tangan kanannya. Sudah hampir 5.10 petang. Mana Tengku Zawiyah ni, naik kematu punggung dibuatnya. Sambil melepaskan keluhan kecil, matanya singgah pada satu susuk tubuh kecil molek sedang membawa barang yang agak banyak. Mana rakan-rakannya. Takkan berseorangan? Di mana keretanya. Tiba-tiba barangan yang dibawa bertaburan di atas jalan ketika gadis itu cuba mencapai kunci kereta di dalam beg tangannya.

Tengku Zaman bergegas keluar dari keretanya dan membantu memungut barangan yag bertaburan itu. Gadis itu memohon maaf berulang kali kerana menyusahkan Tengku Zaman.

“Bawak barang banyak macam ini takkan sorang aje. Mana kawan-kawan awak?”

“Saya sorang aje, uncle. Ingat tadi boleh bawak sorang-sorang, tak sangka jadi macam ni. Terima kasih uncle sebab tolong saya tadi.”

Tengku Zaman mengangguk selepas membantu memasukkan pelbagai pasu dan bunga hiasan ke dalam bonet kereta Kenari. Dia membalas lambaian gadis itu yang sudah semakin jauh meninggalkannya. Sambil berjalan ke keretanya, Tengku Zaman meraba wajahnya. Tua sangatkah aku sehingga gadis tadi memanggilnya dengan panggilan 'uncle'. Dari jauh kelihatan Tengku Zawiyah menunggunya dengan wajah yang masam.

“Awak ke mana?”

“Jalan-jalan kejap. Dah siap dah?”

“Dah.” Ringkas sahaja jawapan Tengku Zawiyah.

“Apa awak beli banyak-banyak tu. Awak nak masak ke?” soal Tengku Zaman meredakan ketegangan suasana antara mereka.

“Awak dah lupa ke?”

“Lupa apa pulak?” Tengku Zaman menyoal kembali.

“Kan hujung minggu ni saya nak jemput kawan-kawan datang rumah. Semenjak kita pindah sini, mana dia orang pernah datang rumah kita. Masa kahwin Hary dulu tu, pun buat cincai aje. Mana ada house gathering lagi.”

“Hm...ya tak ya jugak.”

Tengku Zaman meneruskan pemanduannya. Biar isterinya di sebelah masih ligat bercerita itu dan ini, tetapi mindanya teringat bayangan gadis genit yang dibantunya tadi. Senyumnya menawan dan suaranya begitu lunak. Siapakah gerangan gadis itu? Naluri lelakinya begitu mendesak untuk lebih mengenali gadis itu. Entah bila akan ketemu lagi.

Jul 29, 2009

NOVEL: SELAMAT TINGGAL KEKASIH 3

By On 29.7.09
Hary memarkir Honda Accordnya di petak letak kereta dan mereka bertiga berjalan beriringan masuk ke Restoran Mak Jah yang menghidangkan makanan tengahari dengan lauk pauk yang beraneka jenis. Sebelum ini telah beberapa kali Hary makan di restoran tersebut bersama rakan-rakan sekerja. Lagipun lokasinya amat strategik iaitu terletak di tengah-tengah antara rumah dan tempat kerjanya.

“Hary nak makan apa?” Insyirah bertanya lembut kepada suaminya.

“Saya makan apa yang Syirah pilihkan, saya tak cerewet sayang…” Hary membalas lembut.

Insyirah bangun menuju ke tempat lauk pauk diletakkan. Ada berbagai jenis lauk dan ulaman yang disediakan, hinggakan dia naik pusing untuk memilih lauk yang enak untuk suaminya. Dia teragak-agak untuk mengambil sotong sambal, iaitu lauk kegemaran suaminya ataupun mengikut cita rasanya yang lebih menggemari lauk berasaskan kari. Huh! Apa nak pilih ni?

Tiba-tiba TJ telah meletakkan ikan jahan dimasak kari ke dalam pinggannya dan juga Hary. Dia menceduk kangkung belacan dan membuat aksi yang serupa seperti tadi. Insyirah menahan nafas dalam-dalam kerana geram diperlakukan begitu oleh TJ. Apa kata Hary nanti sekiranya dia ternampak perbuatan TJ itu? Pandai-pandai aje nak tentukan apa orang nak makan…

“Buat apa tercegat kat situ? Kan you suka makanan berasaskan kari, sebab itu I ambilkan untuk you, sama macam I. You dah lupa?” bisik TJ rapat di telinganya.

Insyirah terkejut TJ memperlakukan dirinya sebegitu di kawasan awam. Mukanya merah padam menahan malu tetapi dia harus berlakon seperti tiada apa-apa berlaku di hadapan Hary.

“Hmm…Syirah tahu saya nak makan lauk kari hari ini ya. Pandailah awak…selalu sangat makan sambal sotong, boring pulak. Nak juga cuba menu lain. Not bad…sedap.” Puji Hary setelah menyuap makanan ke mulutnya.

“Terima kasih Hary.” Jawab Insyirah perlahan.

“Hei, sepatutnya complimentary tu untuk aku, Hary. Aku yang ambilkan, kalau tidak dia tercegat aje kat situ…tak tahu nak makan apa. Agaknya semua lauk dia suka.” Usik TJ memecah kesunyian.

“Ya ke bang? Tak pernah pulak Syirah macam tu sebelum ni…”

TJ hanya ketawa mendengar komen daripada Hary. Dada Insyirah bagai dihimpit batu besar tiba-tiba, sesak nafasnya mendengarkan usikan TJ itu. Janganlah dia menambah yang bukan-bukan, bisiknya.

“Abang bila nak start kerja? Tak boring ke lepak kat rumah aje…kalau nak saya boleh rekomenkan kat tempat kerja saya.” usul Hary.

“Not now…aku nak rileks dulu, cuci mata…buat terapi minda sikit. Balik sini macam-macam kejutan buat aku. Kau kahwin pun ekspress, macam ada apa-apa aje. Patutnya tunggu aku, kalau tak pun, hantar telegram…bukan aku tak boleh balik.”

Hary dan Insyirah berpandangan seketika sebelum mata masing-masing tunduk memandang pinggan yang masih berbaki. Hary mencapai tangan isterinya demi memberikan sokongan, bimbang TJ meradang dan menengking sepertimana mama dan papanya.

TJ meluat melihat gelagat Hary dan Insyirah. Sengaja dia mengajak mereka berbual tentang perkahwinan ekspress itu tetapi tiada respon daripada kedua-duanya. Hatinya pula yang sakit melihatkan kemesraan suami isteri itu. Sepatutnya dia yang memegang dan membelai lembut jemari Insyirah, bukannya Hary.

“Kau tak nak cerita rahsia itu?”

“Rahsia apa bang? Apa yang abang nak tahu sangat? Tak ada apa-apa yang kami rahsiakan…semuanya berjalan secara sah, bukannya illegal!” tegas Hary membalas soalan dari TJ itu.

“Oh! Kau fahamlah maksud abang? Ingat tak faham tadi…” sindir TJ kepada Hary sambil matanya melirik kepada Insyirah.

Dia tidak berpuas hati selagi tidak menemui kebenaran. Kebenaran disebalik semua yang terjadi, apa sebenarnya yang menyebabkan Insyirah berkahwin dengan Hary? Mengapa papa dan mamanya begitu membenci Insyirah? Sehingga sekarang, belum pernah dia terserempak mereka makan semeja. Belum pernah papa dan mamanya menonton bersama dengan Insyirah di ruang tamu rumah mereka. Apa yang terjadi sebenarnya?

“Saya nak balik ofis ni bang. Abang dah siap ke belum makan tu?” Hary mengejutkan lamunan singkat TJ.

“Aku balik nanti. Kau jalan dulu lah…”

“Saya dah bayarkan makanan abang. Saya hantar Syirah balik dulu bang.”

TJ memerhati Hary dan Insyirah berjalan ke kereta. Sepanjang masa tangan Hary sentiasa mengenggam tangan Insyirah. Apakah ini semua lakonan atau keikhlasan? Jujurkah perasaan mereka, mana tahu insyirah dipaksa. Fikirannya menerawang untuk merencana pertemuan sulit dengan Insyirah nanti. Dia pasti dengan cara itu dia dapat mengetahui isi hati sebenar Insyirah.

***

“Syirah takutlah tengok TJ tu, tindakan dia tiba-tiba aje. Tak pasal-pasal selera makan hilang. Dari lapar jadi tak lapar. Kenapa dengan TJ tu, Hary? Macam dah kena rasuk Syirah tengok. Pulak tu Syirah selalu sorang-sorang kat rumah dengan dia, lagilah seram dibuatnya.”

“Syirah jangan takut, abang TJ baik orangnya. Saya dah kenal dia berpuluh tahun, Syirah. Memang nampak luarannya dia seorang yang kasar tapi hatinya lembut, sangat sensitif. Dulu dia tak lah macam ni. Kami sangat rapat sebelum dia pergi overseas. Tak tahu pulak sejak balik ni, perangai dia berubah. Syak orang yang bukan-bukan.”

“Hm…Syirah nak tanya Hary sikit, boleh?”

“Tentang apa?” soal Hary kembali sambil matanya memandang ke hadapan.

Jalanraya pada waktu tengahari begitu tidaklah sibuk sangat. Hary memandu dengan kadar kelajuan yang normal, tidak terburu-buru.

“TJ tak ada girlfriend ke?”

Hary hanya membalas pertanyaan Syirah dengan ketawa panjang. Bukan melucukan hatinya pertanyaan daripada Syirah itu tetapi ingatannya terus diterpa kenangan sewaktu TJ dilamun cinta. Ketika TJ belum pergi ke luar negara. TJ selalu berkongsi dengannya berkenaan teman istimewanya. TJ sering meluahkan kegembiraan kepadanya, jika bergaduh atau merajuk pun Hary akan tahu.

“Ada. Dulu sebelum dia pergi luar negara selalu dia ceritakan tentang awek dia. Macam-macam dia cerita. Tapi sampai sekarang saya tak pernah tahu siapa namanya, macam mana rupanya. Sebab dia tak pernah tunjuk gambar awek dia pada saya.”

“Tak pernh? Kenapa?”

“Dia pernah cakap yang awek dia tu tak ada emak bapak, anak yatim piatu. Yang saya tahu mama dan papa tak suka abang TJ kahwin dengan orang biasa. Dia nak abang kahwin dengan anak Tan Sri Zainulariffin, kawan papa.”

Oh! Tapi mengapa dulu TJ merahsiakan ini semua daripadaku? Soalnya kepada diri sendiri.

“Dia tak setuju sebab itu dia lari ke luar negara. Sambung belajar.” Hary terus bercerita.

“Girlfriend dia sekarang macam mana?”

“Entah. Dia tak ada sibuk-sibuk nak cari pun.”

“Mana Hary tahu dia tak cari?” soal Insyirah semakin berdebar-debar hatinya.

“Kalau dia cari, mesti dia cakap dengan saya. Lagipun Syirah kan ada…itu yang dia tak terasa sangat kut.”

“Apa kaitannya dengan Syirah? Merepeklah Hary ni.”

“Saja saya usik Syirah. Habis muka merah padam.”

“Hary!” Insyirah mencubit peha suaminya.

Begitu rupanya. Ini bermakna Hary tidak tahu langsung siapa aku sebenarnya. Lebih baik begitu, dan biarlah rahsia ini terus menjadi rahsia. Pinta Insyirah di dalam hati. Namun jauh di sudut hati, Insyirah berasa was-was. Seluruh badannya berasa panas tiba-tiba. Bagaimana jika mama dan papanya tahu. Pasti aku akan dibunuhnya hidup-hidup! Tentu sekarang ini papa dan mamanya tidak berdiam diri sahaja, tentu sekarang mereka sedang mencari dan menggeledah sejarah hidupnya. Ya Tuhan, Kau selamatkanlah aku…

***

Insyirah meninjau sekeliling rumah kebajikan itu, keadaannya tidak banyak berubah. Masih sama ketika dia meninggalkannya beberapa tahun dulu. Kerusi panjang yang diletakkan di bawah pohok rambutan yang rendang juga masih ada di situ. Cuma kayunya sudah kehitaman dan nampak kotor. Mungkin kesan hujan dan panas yang silih berganti saban hari menjadikannya begitu.

Perlahan-lahan Insyirah melabuhkan punggungnya di atas kerusi panjang itu. Sebelum keluar tadi dia meminta izin dari Hary untuk ke situ. Rindunya datang tiba-tiba hinggakan membawa langkahnya ke sini. Rumah ini yang telah memberinya perlindungan, kakitangan di sini yang memberinya kekuatan untuk terus hidup. Di rumah ini juga dia mencipta kenangan manis bersama rakan senasib kerana sebelum ini hidupnya kosong. Tiada memori untuk diimbas.

“Syirah! Syirah!”

Terdengar namanya dipanggil seseorang.

“Syirah…buat apa kat sini?” tegur satu suara.

Mereka berpandangan seketika sebelum masing-masing ketawa keriangan. Beberapa ketika kemudian pelukan mereka terlerai. Mereka ketawa dan ketawa lagi kerana tiada perkataan yang dapat menggambarkan perasaan mereka ketika itu.

“Kau buat apa kat sini? Lamanya tak jumpa, ada lebih kurang empat hingga lima tahun kut. Aku pun dah tak ingat Syirah. Kau buat apa sekarang ek?” soal rakannya itu dengan nada gembira.

Mereka telah duduk bersama-sama di atas bangku panjang itu. Banyak sangat yang ingin diperkatakan.

“Aku tak buat apa-apa Wawa, duduk rumah aje. Eh! Kau buat apa pulak sekarang? Business ke? Dulu dalam ramai-ramai budak kat sini, kau paling cemerlang. Kau selalu dapat perhatian penaja. Takkan sekarang ni tak ada apa-apa? Maksud aku, something yang kau dah capai dalam hidup.”

“Well, aku buat business sendiri. Kau kan tahu aku minat dengan hias menghias. Aku buat interior design. Kecil-kecilan aje dengan seorang rakan kongsi.” Jawab Wawa tersenyum.

“Best kan ada kerja sendiri, tak boring…pegang duit sendiri. Aku teringin nak kerja, tapi tak ada kelulusan. Cuma SPM aje sapa nak bagi kerja. Sekarang ni orang apply kerja jadi pembantu pun pakai ijazah, diploma. Kau tak ada kerja kosong kat tempat kau ke, Wawa? Tukang sapu sampah pun tak apa.” Pohon Syirah dengan wajah serius.

“Are you kidding? Nak kerja?”

“Aku serius ni, Wawa. Kerja apa pun tak kisah, yang penting aku dapat upah dan kerja yang halal.”

“Nantilah aku tanyakan kat partner aku. Mana tahu kut ada rezeki kau…”

Mereka bersembang setakat itu sahaja dan saling bertukar nombor telefon sebelum berpisah. Insyirah memerhati lngkah Wawa yang penuh keyakinan masuk ke dalam rumah kebajikan itu. Dia ada janji temu dengan pengetua di situ iaitu Puan Rubiah. Sedangkan dirinya ke rumah itu untuk mengutip kenangan yang tertinggal.

Menjelang petang barulah Insyirah pulang ke rumah. Ketika tiba di rumah dengan menaiki teksi, dia beranggapan mama dan papanya sudah pulang terlebih awal darinya. Kelihatan kereta besar keluarga bangsawan itu menjalar di kawasan letak kereta. Insyirah segera masuk untuk membasahkan badan kerana sejak keluar tadi dia merasa badannya sentiasa berpeluh. Kemudian dia bercadang untuk memasak hidangan malam untuk suaminya.

“Dari mana kau perempuan! Keluar rumah tak tahu balik!” jerkah satu suara.

Insyirah terkejut disergah begitu. Jantungnya berdegup kencang dan nafasnya seakan berhenti seketika.

“Pa…Pa… sa…sa…ya dari rumah kawan.” Tersekat-sekat suaranya.

“Siapa bagi izin kau keluar. Siapa benarkan kau keluar dari rumah ini? Kau pergi jumpa siapa hah? Pergi menyundal bila suami keluar kerja!” serang Tengku Zaman.

Dia bebas berbuat sesuka hati di rumah besar itu terutamanya bila Tengku Zawiyah tiada di rumah. Insyirah membuat telahan pasti mamanya tiada, sebab itu papanya menunjukkan taringnya yang sebenar. Dia semakin bimbang melihatkan kelakuan papanya yang seperti orang mabuk, tidak sedar diri.

“Saya bukan macam yang papa sangkakan. Saya kahwin dengan Hary pun bukan sebab duit dia, bukan sebab pangkat keluarga ini. Tetapi takkan papa lupa kejadian yang memaksa Hary berkahwin dengan saya! Takkan papa dah lupa semua itu. Kalau papa kacau saya lagi, saya akan report polis, ceritakan semuanya. Biar papa masuk jel, biar malu semua orang!” Insyirah melawan dengan kudratnya yang tidak seberapa.

Airmata Insyirah turun mencurah-curah bagai tidak boleh di empang lagi. Hatinya sakit tidak terkira. Selama ini Harylah yang sering menyelamatkannya, Hary yang banyak memberi semangat untuk melalui trauma kejadian itu.

“Ha! Ha! Ha!...berani kau nak bukak temberang aku! Siapa akan percaya cakap kau! Hary tu aku jerkah sikit aje, dah kecut. Suami kau tu pengecut. Budak lembik. Siapa nak tolong kau, hah!”

Tengku Zaman menunjal kepala Insyirah berkali-kali, dengan rasa yang amat bangga. Baginya Insyirah seorang perempuan mentah yang bebas diperlakukan apa sahaja, waima untuk melayani nafsunya. Tetapi dia masih belum berkesempatan bertindak sebegitu lagi. Kemunculan TJ kini menyukarkan sedikit peluangnya.

“Saya yang akan menolongnya, papa!”

Entah dari mana TJ muncul, tidak diketahui. Tengku Zaman tergamam dan segera mengangkat tangannya dari kepala Insyirah.

“TJ…bila kau balik. Papa tak dengar bunyi kereta kau.”

“Saya dah dengar semuanya. Papa jangan buat macam itu lagi pada Syirah. Kalau tidak….”

“Dengar apa? Mana ada Papa kata apa-apa.”

“Ah! Jangan bohong Papa. Apa semua ini, Papa? Apa?”

“Tak ada apa-apa yang terjadi, TJ. Papa Cuma marah Syirah sikit sebab dia keluar tak bagitahu sesiapa.” Bohong Tengku Zaman.

“Kalau marah pun patut-patutlah Papa. Ini sampai main pegang kepala, dah melampau. Syirah tu menantu Papa, mana rasa hormat dan sayang Papa pada menantu? Mana Papa?!” soal TJ lagi.

“Kau tak faham apa-apa, jangan nak persoalkan kredibiliti aku, TJ.” Tengku Zaman sudah berengkau aku dengan anaknya.

“Kalau saya nampak sekali lagi apa Papa buat tadi…”

“Kau nak buat apa? Report polis? Pergilah! Aku tak heran.” Tengku Zaman berlawan kata dengan anaknya.

“Saya tak sangka Papa macam ini perangainya. Patutlah saya rasa lain macam masa balik sini, rupa-rupanya ada rahsia besar yang Papa sorokkan. Kenapa Papa? Kenapa?” soal TJ dengan rasa yang berbelah bagi.

“Kau tak akan faham TJ. Insyirah bukan budak yang baik-baik. Dia perangkap adik kamu untuk kahwin dengan dia. Dia perempuan jahat!”

“Kalau dia jahat, so what?! Papa patutnya bimbing dia, sayangi dia, bukan buat macam tadi tu. Hina sangatkah dia, papa? Dia manusia macam kita, bukannya binatang!” suara TJ semakin meninggi.

“Sudahlah TJ. Sudahlah…” Insyirah hanya mampu menangis dan menangis.

“Biarkan Syirah. Aku nak ajar orang tua ni sikit. Aku rasa kau tahu kenapa ini semua terjadi. Dia mesti dah buat tak baik pada kau, Syirah. Aku dengar tadi.”

“TJ ! Jaga mulut kau!” Tengku Zaman menjerit.

Insyirah yang menangis ketakutan berlari masuk ke biliknya. Dia tidak mahu mencampuri urusan pergaduhan anak beranak itu. Dia menangis semahu-mahunya di dalam bilik air. Kepalanya terasa sengal kerana dikasari oleh papanya sebentar tadi. Nasib baik TJ muncul, kalau tidak entah apa terjadi pada dirinya.

Di luar keadaan telah kembali sunyi, tiada lagi kedengaran suara TJ dan Tengku Zaman berkelahi seperti tadi. Tidak lama kemudian bunyi kereta keluar dari perkarangan rumah. Insyirah mengintai di balik langsir biliknya. Tengku Zaman sudah keluar semula rupanya. Mungkin mahu menjemput Tengku Zawiyah di butiknya. Ibu mertuanya itu malas memandu, lagipun dia pernah mengalami kemalangan ketika memandu dahulu. Itu yang menyebabkan Tengku Zawiyah berasa trauma.

Jam menunjukkan pukul 8.00 malam tetapi bayangan Hary belum kelihatan. Insyirah menuju ke ruang dapur untuk melihat apa yang boleh dimakan untuk mengisi perutnya. Jarang benar Hary pulang lewat begitu, jika ada pun dia akan menelefon terlebih dahulu.

Insyirah membuka peti ais dan di situ juga tiada apa-apa yang menarik minatnya. Dia menutup kembali peti ais dan membuka pintu kabinet tempat menyimpan makanan kering.

“Huh! Laparnya perut. Apa yang boleh di makan ni…” bebel Insyirah sendirian.

“Syirah cari apa?”

Satu suara menegurnya dari belakang. Siapa pulak ni? Dia merasakan orang itu berada dekat sangat dengannya sambil menyentuh tangannya. Hah! Orang itu mahu memeluknya dari belakang. Insyirah mengeraskan badannya dan bersedia untuk meronta jika sesuatu yang tidak diingini berlaku.

“I miss you, Syirah. I miss you so much!”

Dia cam benar suara itu. Buat apa dia kat sini? Seram sejuk Insyirah dibuatnya dek tindakan TJ mengucapkan kata yang sering digunakan ketika mereka bercinta dahulu. Ini tak boleh jadi! Kalau ada orang nampak mesti parah dia kena serang, apatah siang tadi Papanya telah mengamuk sakan dengannya.

“Don’t TJ. Tolonglah…jangan buat I macam ni.”

Insyirah telah berdiri jauh dari TJ. Dia pura-pura tidak memandang TJ. Dia kini isteri Hary dan itu sudah cukup menjadi tembok besar dalam hubungan mereka. TJ hanya tinggal kenangan dalam lipatan memorinya.

“You tak bahagia, Syirah. I nampak you selalu termenung…I tahu you selalu bersedih. I tak sampai hati tengok you macam tu. Kembalilah pada I Syirah, I need you most than Hary…”

“Jangan kacau I lagi TJ. I dah kahwin. You carilah perempuan lain. Kita tak boleh teruskan…I tak boleh!”

Insyirah menangis tersedu-sedu. TJ menggelabah melihat tindakan Insyirah yang tiba-tiba itu.

“Syirah….sorry, bukan maksud I nak buat you nangis. Sorry Syirah.”

Di luar kedengaran bunyi kereta masuk. Tanpa membuang masa Insyirah berlari ke biliknya dan meninggalkan TJ yang termangu-mangu di ruang dapur itu.

Jul 8, 2009

NOVEL: SELAMAT TINGGAL KEKASIH 2

By On 8.7.09
Tengku Johan merenung Insyirah yang sedang mencuci pinggan di sinki. Biar hanya nampak bahagian belakang tubuh wanita itu tetapi cukup membuat hatinya tidak berhenti bergetar. Percintaan dua tahun yang diselikan dengan kenangan indah sering mengacah ruang ingatannya. Kelembutan gadis itu dan tawa manjanya membuatkan Insyirah selalu dimanjakan dengan kasih sayang dan wang ringgit. Lagipun hidupnya yang sudah mewah memang mampu memberikan segalanya untuk gadis kesayangan.

“Kenapa kahwin tak tunggu I, Syirah?”

Insyirah terhenti dari mencuci pinggan seterusnya. Dia hanya diam membatukan diri.

“You tak sabar sangat ke nak kahwin atau…”

“Atau apa?? You tak tahu apa dah jadi pada I. You tak faham kesusahan I. I menderita, TJ.”

Insyirah berkata tanpa memandang TJ yang tertunggu-tunggu untuk menatap wajahnya dengan tenang, bukan curi-curi macam selalu. Sekiranya Tengku Johary ada di rumah, dia akan terhendap-hendap dari balik pintu biliknya. Untuk ke ruang tamu mereka perlu melintasi biliknya terlebih dahulu. Hari ini apabila Tengku Johary telah keluar, dia segera ke dapur mendapatkan Insyirah.

“You derita? Jangan buat lawak pula dengan I. Jangan reka cerita hanya untuk selamatkan diri you. You ingat I ni buta? I nampak you sihat aje…” telah TJ pula.

Suara perbualan mereka perlahan sahaja bimbang didengari oleh kedua orang tua TJ yang juga mertua Insyirah. Jarak antara keduanya agak sedepa sahaja dan jika mahu, TJ boleh menyentuh kekasihnya itu. Dia boleh memeluk Insyirah jika dia mahu, jika akalnya sudah tidak waras. Nasib baik mindanya masih boleh mengawal desakan nalurinya yang ingin menumpahkan seluruh kasihnya yang masih tebal kepada Insyirah, adik iparnya itu.

“Memang sihat diluar, tetapi di dalam hanya Tuhan yang tahu!” lirih benar suara Insyirah kedengarannya.

Pinggan mangkuk yang dicuci telah diselesaikan. Kain bajunya suami isteri yang kotor juga telah habis dicuci. Dengan keadaan TJ yang sentiasa mengekori, dia naik rimas. Bimbang pula kedua mertuanya yang sediakala membenci, pasti bertambah benci akan sikapnya. Walaupun punca masalah bukan datang daripadanya, dia tetap berwaspada.

“Please TJ. Jangan tambahkan masalah I. I dah cukup terseksa selama tiga tahun you pergi study. You tinggalkan I macam tu aje, tanpa berita…and I think you has forgotten me. You never say anything to me since the first day you left me…I blank.” Luah Insyirah tanpa segan silu.

Mereka telah bergerak ke halaman banglo satu tingkat itu. Banyak pokok bunga yang di tanam oleh ayah mertua dan isterinya. Apabila tiba musim bunga, pelbagai ros berwarna warni akan menghiasai laman banglo tersebut. Ada berbagai pasu dari yang kecil hingga ke saiz paling besar terdapat di laman banglo tersebut. Sekali pandang umpama sebuah pusat jagaan bunga!

Insyirah mencapai getah paip lalu menyalurkan air ke setiap pokok bunga yang sempat di siramnya. Dari satu pokok ke satu pokok dia berjalan sehingga pada satu tahap dia terlupa yang getah paip itu tidak cukup panjang. Dia cuba menarik juga sehingga menyebabkan salur getah itu tercabut. Serta merta air paip terpancut tinggi dan membasahkan keseluruhan tubuhnya. TJ yang sedang bermain-main dengan pohon kaktus yang tidak berapa jauh dari Insyirah juga terkena pancutan air paip itu.

“You tunggu I matikan paip utamanya.”

TJ berlari mendapatkan paip utama di dalam keadaan basah lencun. Setelah pasti paip telah dimatikan, dia mendapatkan Insyirah semula.

Matanya tiba-tiba terpukau dengan pandangan ‘indah’ yang terlukis di hadapan matanya. Begitu sempurna, tiada cacat celanya. Sepatutnya tubuh indah ini dahulu dan selamanya menjadi milikku. Tetapi…

“Sorry, I nak masuk.”

Barulah TJ tersedar dari lautan imaginasi nakalnya. Dia berasa serba salah kerana merenung tubuh Insyirah sebentar tadi. Insyirah pula cuba menutupi bahagian dadanya yang basah dengan kedua belah tangannya. Tanpa menunggu TJ bersuara dia melangkah laju.

“Syirah…tunggu!”

Panggilan TJ tidak dihiraukan langsung. Lagipun dia berasa malu berkeadaan begitu ketika berdua-duaan dengan TJ. Apa kata suaminya jika dia tahu apa yang berlaku sebentar tadi. Tetapi jika tidak diberitahu, takkan dia boleh tahu. Begitu Insyirah membuat perkiraannya sendiri.


***

“Kan saya dah kata dia tu menantu hantu! Awak tak tengok macam mana dia dengan TJ tadi. Ingat kita tak nampak agaknya. Dari dapur sampai ke laman. Yang TJ pun satu, apa dia kejar sangat adik ipar dia pun tak tahu! Siap basah semuanya. Eee…geramnya saya bang! Rasa nak lumat-lumatkan aje budak Syirah tu.”

“Sabar dulu Yah. Jangan tergesa-gesa. Kita tengok apa dia nak buat seterusnya. Awak ingat saya suka dengan menantu yang tergedik-gedik macam tu. Saya pun sama macam awak, tak suka. Tapi anak kita pulak yang gila bayang separuh mati!” Tengku Zaman pula menyuarakan rasa hatinya.

“Bila nak start kerja si TJ tu bang. Tak de lah dia asyik melayan menantu awak tu. Suruh aje kerja kat ofis awak. Habis cerita.” Usul Tengku zawiyah.

“Bukan tak boleh…tapi saya tak suka anak-anak tumpang nama mak bapak dia orang. Lagipun dia dah besar panjang, biar dia berusaha sendiri. Apa gunanya belajar tinggi-tinggi kalau tak dipraktikkan.” Jawab Tengku Zaman datar sahaja suaranya.

Dia bersiap-siap untuk ke pejabat walaupun jam sudah menunjukkan ke angka 11.00 pagi. Tengku Zawiyah juga bersiap untuk ke kedainya yang terletak tidak jauh dari pejabat suaminya.

“Abang nak makan kat mana nanti?”

“Tak tahu lagi. Awak jangan tunggu saya. Mungkin saya ada appointment dengan client atau mesyuarat. Tak check lagi dengan secretary saya. Awak nak ikut kereta saya ke tidak?” soal Tengku Zaman apabila dilihatnya Tengku Zawiyah mengekori dari belakang.

“Boleh juga.”

***

Insyirah mengintai di balik tirai kamarnya ketika kedengaran bunyi kereta keluar dari perkarangan banglo tersebut. Rupa-rupanya ibu dan bapa mertuanya telah keluar pergi ke tempat kerja masing-masing. Terjerumus ke dalam keluarga kaya raya tetapi kedekut itu adalah satu kesilapan besar yang pernah terjadi dalam hidupnya. Perjalanan hidup yang dahulunya indah kini bertukar mimpi ngeri. Saban hari jelingan tajam dan sindiran menjadi makanan utama terutamanya sebelum kepulangan TJ.

Fikirannya yang bercelaru bertindan dengan pelbagai memori yang mengusik jiwa. Dari zaman kanak-kanak sehingga ke alam remaja, pertemuan dengan TJ dan insiden kahwin paksa dengan Tengku Johary a.k.a Hary, semuanya bersatu sehingga membuatkan kepalanya tiba-tiba terasa pening.

Insyirah sedang melayani pelanggan di kaunter Mc Donalds tempatnya bekerja. Pada hari minggu memang biasanya pelanggan lebih ramai daripada hari-hari biasa. Berselang seli pesanan yang diterima namun Insyirah masih memaniskan muka. Di bahagian belakang rakan-rakannya sibuk dengan kerja masing-masing.

“Selamat tengahari, encik. Sila buat pesanan, anda akan dilayan dengan segera.”

Insyirah mengalu-alukan kedatangan pelanggannya. Kali ini seorang lelaki yang agak tinggi dan berperawakan menarik. Gaya tubuh badannya amat santai dan tenang. Lambang seorang lelaki yang matang dan berpelajaran. Macam pernah jumpa pulak, tetapi di mana yek?

“Nak order apa, encik?”

“Aa….aa…”

Lelaki muda itu teragak-agak sedikit.

“Saya nak package …maksud saya…”

Insyirah memotong cakap lelaki tersebut. Dia perlu pantas demi mengelakkan tempoh masa menunggu yang lama bagi pelanggan seterusnya.

“Maaf encik, di sini kami tiada sebarang pakej…kami ada set Mc value Lunch, set Family dan set untuk kanak-kanak. Ada juga…”

Sambil memperlahankan suaranya, lelaki itu berkata, “Maksud saya …saya nak order Mc Chicken Burger dan coke serta nak berkenalan dengan awak.”

‘Itulah pakej yang dimaksudkan rupa-rupanya.’ Insyirah hanya tersenyum tanpa memberi sebarang jawapan atau respon. Setelah menyelesaikan pesanan lelaki tersebut, dia meneruskan kerjanya dengan melayani pelanggan yang sedang beratur seterusnya. Dia tidak mahu mencampur adukkan kerja dengan perihal peribadi.

Selesai kerja Insyirah terus mendapatkan kereta kancilnya untuk pulang. Dia membeli beberapa buah novel penulis kegemarannya untuk dijadikan teman ketika kesunyian. Apatah setelah pemergian TJ ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran, dunia kecilnya dirasakan semakin sepi.

“Cik! Cik…”

‘Eh! Ini lelaki tadi. Buat apa kat sini?’

Insyirah menunggu lelaki itu hingga hampir dengannya. Gaya jalannya mengingatkan pada seseorang. Raut wajahnya pun hampir menyerupai si dia. Siapakah lelaki ini? Adakah dia jelmaan TJ yang amat dirindui?

“Ya?”

“Saya tadi yang nak berkenalan dengan awak. Nama saya Hary.”

Insyirah menyambut huluran salam lelaki itu. Tidak salah kalau setakat untuk berkawan. Fikirnya tanpa memikirkan akibat yang akan timbul di masa akan datang.

“Syirah! Syirah!”

Insyirah terkejut dari lamunannya. Pintu kamarnya diketuk kuat dari luar. Kepalanya masih berdenyut-denyut.
Sebaik pintu dibuka, Hary sudah tercegat di muka pintu dengan muka yang merah padam. Tidak dapat dipastikan samada disebabkan oleh cuaca yang panas di luar atau kerana sebab musabab yang lain.

“Awak kenapa? Awak okey ke?”

Hary membontoti Insyirah yang kembali duduk di birai katil sambil memicit-micit kepalanya. Entah mengapa dirasakan denyutan di kepalanya semakin teruk. Insyirah memejamkan mata beberapa saat sebelum menatap dalam wajah suaminya. Suami yang tertulis secara rasmi di atas kertas sahaja.

“Maaf Hary, Syirah tak masak.”

“Kenapa? Awak tak sihat ke?”

“Mungkin.”

“Tak apalah…nanti kita makan kat luar aje. Mama dan papa ke mana?”

“Syirah tidak tahu. Dia orang keluar tadi…mungkin pergi ofis agaknya.”

“Hari ini dia orang buat apa kat awak?”

Insyirah mengeleng-gelengkan kepalanya. Hari ini dia agak terselamat.

“Pelik. Apa sebabnya?” soal Hary kehairanan.

“Mungkin ada TJ kut, dia rasa malu. Lagipun tadi Syirah berbual-bual dengan TJ. Siram pokok bunga…”

“Sampai ada orang basah kuyup kan…” perli Hary selamba.

“Maaf Hary…awak tahu Syirah basah terkena air paip tadi? Macam mana awak tahu? Maafkan Syirah kalau Hary marah. Bukan disengajakan.” Insyirah memberikan penjelasan.

“Tak. Saya tak marah. Lain kali hati-hati. Mama call tadi, inform semuanya. Saya tahu dia nak buat saya marah. Tapi saya bukan bodoh. Tapi ingat Syirah, jaga tindakan kita kerana orang sekeliling sedang memasang perangkap untuk kenakan kita…”

“Apa maksud Hary? Syirah tak faham…”

“Lambat laun awak akan faham.”

Insyirah menyoroti langkah Hary ke tandas dengan anak mata. Rupa-rupanya Hary pulang sebentar hanya untuk memastikan yang isterinya selamat. Setelah keluar dari tandas, dia menyuruh Insyirah bersiap untuk keluar makan.

Ketika keluar dari bilik, mereka terserempak dengan TJ yang juga baru keluar dari bilik. Mungkin mahu keluar makan tengahari seperti mereka juga.

“Abang nak ke mana?”

“Keluar sekejap. Ada apa?” soal TJ sambil mengunci pintu biliknya.

“Kita orang nak pergi makan. Nak joint sekali?” pelawa Hary.

“Oh! Boleh juga. Jomlah…”

Insyirah terasa tidak sedap hati. Mengapa pula TJ mahu menyertai mereka? Tentu nanti dia berasa kekok di meja makan. Apa pula yang akan mereka bualkan. Janganlah dia buka rahsia lama mereka kerana Hary tidak tahu langsung hubungan yang pernah terjalin antara mereka sebelum ini.

Renungan TJ sebentar tadi seolah memberi jaminan bahawa dia tidak akan merosakkan makan tengahari mereka. Lega sedikit rasa hati Insyirah dengan isyarat yang diberikan oleh TJ.

Jun 24, 2009

NOVEL: SELAMAT TINGGAL KEKASIH 1

By On 24.6.09
Tengku Johan tidak habis fikir mengapa nasib dirinya sedemikian rupa. Mengapa mesti diketemukan dengan kekasih hati di dalam rumahnya. Yang paling menghancur lumatkan hatinya adalah status mereka bertukar daripada kekasih kepada adik ipar! Mengapa jadi begitu? Dimanakah keadilan untuk dirinya, hak sebagai kekasih telah tidak diiktiraf. Hati siapa yang tegar untuk mendepani dugaan maha berat ini.

Ya Tuhan…berikanlah aku kekuatan. Entah berapa ratus kali Tengku Johan memujuk hati untuk menerima kenyataan tersebut.

Masih terbayang-bayang wajah Insyirah yang pucat lesi dek bertembung dengannya ketika di dapur. Nyaris terjatuh gelas di tangan yang penuh dengan jus limau. Waktu itu kedua orang tuanya sedang menonton televisyen di ruang depan rumah banglo setingkat itu.

“Macam mana you boleh ada kat sini?”

“You pulak?”

Soalan demi soalan tiada jawapan kerana Tengku Johan a.k.a TJ mahupun Insyirah saling berbalas soalan. Akhirnya kenyataan yang memeritkan terungkai.

“I dah kahwin. Dengan Tengku Johary.”

Biarpun pendek ayat dituturkan namun cukup menyesakkan dada TJ. Bila adiknya berkahwin pun, dia tidak diberitahu. Memang benar dirinya berada di luar negara melanjutkan pelajaran, tetapi takkanlah ibu bapanya sekejam itu meminggirkan dirinya sebagai anak sulung di dalam keluarga.

Tanpa menunggu lama dia mendapatkan Tengku Zaman dan Tengku Zawiyah di ruang depan. Dia akan memohon penjelasan mengenai perkara itu. Mesti! Jika tidak hatinya jadi tidak keruan dan sebarang tanda tanya hanya akan memburukkan keadaan.

“Ma, Pa…saya nak tanya sikit.”

TJ merenung muka ibu bapanya menahan amarah dan geram yang sedang memuncak. Namun demi baki hormat yang masih bersisa, dia menahan rasa itu sehingga kedengaran nafasnya turun naik dengan laju.

“Kenapa dengan kamu, TJ? Teruk benar rupa kamu papa tengok.”

“Papa, benarkah Hary dah berkahwin? Kenapa tak bagitahu saya? Sebagai anak, saya rasa hak saya diketepikan.”

Meluncur deras ayat-ayat tersebut dari mulut TJ tanpa sempat bapanya menyampuk. Dilihat anak bujangnya berwajah merah padam walau hanya dipancar cahaya lampu dinding yang agak malap.

Tengku Zaman memandang isterinya, kemudian Tengku Zawiyah membalas pandangan suaminya dengan aksi yang terkejut. Sebenarnya memang mereka sengaja merahsiakan perkara itu kerana perkahwinan tidak dijalankan secara besar-besaran. Mereka hanya menikahkan sahaja Tengku Johary dengan Insyirah kerana telah berlaku perkara aib yang cukup memalukan keluarga. Apatah keluarga kecil mereka memang dipandang tinggi oleh masyarakat sekeliling. Apabila terjadi ‘perkara aib’ itu, mereka sekeluarga berasa amat malu.

“Apa yang mereka dah buat?”

“Entahlah…”

Begitu berat penanggungan yang terpaksa dihadapi oleh mereka sehingga untuk meluah kata pun umpama meredah bara api.

“Kamu tanyalah adik kamu sendiri.” Ujar Tengku Zaman mengakhiri perbualan.

Tengku Zaman mengangkat punggung lalu masuk ke kamarnya diikuti oleh Tengku Zawiyah. Belum pun habis TJ mahu mengajukan soalan demi soalan yang bertimbun-timbun di kepala. Kelibat Hary pun tidak kelihatan semenjak dia pulang dari luar negara dua hari lepas. Kemanakah adiknya itu. Mengapa tidak dibawa sekali isterinya itu?

Mana pula Insyirah pergi? Bukankah tadi dia di dapur? TJ meninjau ke ruang dapur, namun bayang Insyirah tidak kelihatan. Mungkin dia telah masuk ke kamarnya juga, sama seperti ayah dan ibunya.

Mengapa orang di rumah ini berkelakuan aneh? Seperti menyembunyikan sesuatu dari aku? Adakah tiga tahun terlalu lama hinggakan masa telah merampas segala keceriaan mereka sekeluarga? Semakin pusing kepala dek memikirkan perkara-perkara yang timbul setelah kepulangannya. TJ mengeluh panjang akhirnya.

***

“Eh! Bila engkau balik, tak ada ribut, tak ada angin…tiba-tiba dah muncul kat depan aku. Kau macam ada ilmu ghaib tau.”

Ahmad Zahid tidak menyangka sahabat sepermainannya telah kembali ke tanahair. Pelik pula memikirkan apabila Tengku zaman tidak membuat majlis menyambut kepulangan anak sulungnya itu. Tidak seperti kebiasaan keluarga bangsawan itu yang gemar berparti dan membuat pengumuman tentang sesuatu majlis.

“Aku baru aje dua hari sampai. Tak boleh duduk rumah lama-lama. Panas. Aku rasa semua orang berperangai pelik. Kau tak rasa ke?”

Ahmad Zahid ketawa mendengar pertanyaan dari TJ. Pelik? Rasa macam biasa sahaja, lagipun dia tidak rapat dengan keluarga bangsawan itu, hanya dengan TJ sahaja yang dia sesuai berkawan. Tengku Johary pun tidak angkat muka dengannya apabila mereka terserempak dimana-mana.

“Pelik? Mana ada. Kau kut yang pelik. ‘Jet leg’ lagi…cuba berehat seminggu dua. Kau akan rasa fresh sikit.”

Benar nasihat yang diusulkan oleh Ahmad Zahid itu. Pada fikiran TJ mungkin dia yang masih keletihan dan memerlukan cukup rehat bagi menangani segala persoalan yang membebankan fikirannya.

“Kau ingat Insyirah?”

“Syirah awek kau tu?

“Hm…”

“Mestilah ingat…siapa tak ingat dengan gadis menawan macam dia.”

“Kau tahu sekarang dia kat mana?”

“Mana lah aku tahu. Kau dah loss contact dengan dia ke?”

“Kau nak tahu?”

Ahmad Zahid mengangguk laju.

“Dia ada kat rumah aku!”

Ahmad zahid terkejut mendengar butiran kata yang terkeluar dari mulut TJ. Buat apa kat rumah TJ. Bukankah mereka belum berkahwin?

“Dia dah kahwin.”

Tambah pelik Ahmad Zahid dengan pengakuan yang keluar dari mulut TJ. Bila pula TJ berkahwin dengan Insyirah?

“Tapi bukan dengan aku.”

Kalau bukan dengan dia, takkan dengan ayahnya? Tidak mungkin! Betul-betul berserabut kepala dibuatnya.

“Dengan Tengku Johary.”

“Hah?”
“Ya.”

“Kau biar betul! Tak ada majlis besar-besaran pun.”

“Aku pun terkejut macam nak pengsan masa nampak dia kat rumah semalam.”

Patutlah dia berpendapat semua orang bertingkah pelik. Rupa-rupanya memang benar. Seperti ada sesuatu yang telah melanda keluarga itu. Mungkin itu lah sebabnya pak Engku tidak membuat sambutan besar-besaran perkahwinan Tengku Johary.