Breaking

Showing posts with label SINOPSIS. Show all posts
Showing posts with label SINOPSIS. Show all posts

Jun 29, 2010

June 29, 2010

Saat Cinta Bersemi ~ Damya Hanna


**SOLD**
HARGA ASAL: RM18.00
HARGA TAWARAN: RM9.00
M/SURAT: 496ms
STATUS: TERPAKAI/ ELOK

SINOPSIS:

BENAR, tiada siapa yang mengharap derita sepanjang hidupnya. Begitu jua dengan Nur Dhuha yang tidak pernah mengimpikan duka. Namun, takdir sudah tertulis... kehidupannya terus dirundung malang.

Syamir... walau kewujudan semula lelaki itu tidak pernah dimahukan sama sekali, dia tetap tega memburu Nur Dhuha. Dendamnya begitu mendalam walau episod duka sudah berlalu bertahun lamanya. Nur Dhuha... didera mental dan fizikal seolah tidak layak menikmati hidup. Walau derita, jauh di sudut hati, dia tetap mendambakan kasih dan sayang. Bencinya terhadap Syamir hanya di bibir. Luka yang dicipta Syamir berulang kali dirawat sendiri sehingga sabarnya mencapai kemuncak.

Kehilangan Nur Dhuha meragut keegoan Syamir. Benarlah kata orang, betapa pentingnya seseorang itu hanya dapat dirasai apabila kita kehilangannya. Tatkala hampir kehilangan gadis itu, perlahan-lahan cintanya datang bersemi. Lantas, dia kembali sebagai pemburu demi sebuah kemaafan. Wajarkah kemaafan buat Syamir setelah Nur Dhuha hampir hilang pedoman diri? Masih adakah harapan untuk Nur Dhuha mengecap bahagia?
June 29, 2010

Bayangan Rindu ~ Anis Ayuni


HARGA ASAL: RM19.90
HARGA TAWARAN: RM10.00
M/SURAT: 592ms
STATUS: TERPAKAI

SINOPSIS:


KISAH cinta Iddya yang penuh pahit manis. Cinta pertamanya dengan Baein, teman sekelasnya tidak kesampaian apabila pemuda itu mengalih cinta kepada gadis lain. Biarpun kecewa, Iddya tabah menghadapi dugaan ini.

Pertemuan dengan Lutfi pula melahirkan rasa cinta yang begitu mendalam. Tapi ikatan itu putus di tengah jalan dan menimbulkan konflik kejiwaan pada diri Iddya. Pada Umar Aisy, bekas teman sekolahnya, dia mencurahkan resah gelisah, duka kecewa dan menangis hiba. Lelaki itu sentiasa memujuk dengan kata-kata yang mendamaikan.

Apakah Iddya akan menemui cinta sejatinya selepas ini? Siapakah lelaki yang bertuah itu? Pepatah ada mengatakan; gadis yang baik akan bertemu jodoh dengan lelaki yang baik juga.

Jun 23, 2010

June 23, 2010

Street Vandetta ~ Anita Aruszi/ Mazni Aznita


**SOLD ~ WENDY**
HARGA ASAL: RM19.90
HARGA TAWARAN: RM10.00
M/SURAT: 636ms
STATUS: TERPAKAI
CONDITION: 10/10

SINOPSIS(dari website buku prima):

Anabella, gadis hipokrit bermata duitan. Kojie, si jejaka selekeh bergaya 'punk' dan sukakan kesederhanaan. Kerana sebuah kereta, mereka dipertemukan dalam situasi aneh. Kisah mereka tercipta di jalanan. Satu perjalanan yang penuh 'havoc'!

Anabella si gadis hipokrit bermata duitan. Kojie, si jejaka selekeh bergaya punk dan sukakan kesederhanaan. Kerana sebuah kereta, mereka dipertemukan dalam situasi aneh. Kojie ditugaskan menarik kereta Anabella yang banyak berhutang. Namun Anabella nekad melarikan keretanya kerana mengejar sebuah cinta. Dan kisah mereka tercipta di jalanan. Satu perjalanan yang penuh havoc dan peristiwa.

Cinta Anabella pada Iqbal membawanya ke Cherating ditemani Kojie, si selekeh yang baik hati. Misi Anabella cuma satu, mahu merebut Iqbal dari tangan si Tumirah Kuncup aka Mira yang bakal bertunang. Namun di sana dia mula memahami sesuatu yang cinta monyet sewaktu remajanya tidak lagi sama seperti yang diharapkan.

Perpisahan terakhirnya dengan Kojie di Cherating bagaimanapun sering membuahkan rindu. Anehnya bila dia bertemu Fakruzi, si jejaka tampan yang memiliki iras senyuman Kojie Anabella merasa keliru. Fakruzi dan Kojie, orang yang sama atau dua individu berbeza? Jawapannya hanya ada di penghujung kisah.

Jun 15, 2010

June 15, 2010

Padamu Kusandarkan Cinta ~ Halina Kamarudin


**SOLD ~ HANYS**
HARGA ASAL: RM23.00
HARGA TAWARAN: RM12.00
M/SURAT: 567ms
STATUS: TERPAKAI/ ELOK

SINOPSIS:

Pada mulanya dia sangat gembira melihat Farisha berseorangan. Ingin sekali dia mendekatinya tetapi tiba-tiba langkahnya terhenti sebaik sahaja terpandangkan kelibat seseorang. Wajahnya yang ceria bertukar menjadi murung, dia kini hanya mampu memandang jauh.

Sifat cemburunya telah menyelinap ke dasar hati apabila melihatkan kemesraan pasangan itu. Dia tahu kini, Farisha bukanlah miliknya lagi, namun Farisha masih dicintainya. Cuma untuk memilikinya semula adalah satu perkara yang mustahil.

Rasa menyesal masih menghantuinya sehingga kini. Kalau diikutkan hatinya dia mahu merampas Farisha semula tetapi dia tahu jika berjaya sekalipun, hati Farisha tidak lagi padanya. Sesungguhnya dia tidak mampu melenyapkan nama itu dari lipataqn kenangannya. Kini dia ibarat sang pungguk rindukan bulan.
June 15, 2010

Matahariku ~ Aina Emir


**SOLD**
HARGA ASAL: RM19.90
HARGA TAWARAN: RM10.00
M/SURAT: 537ms
STATUS: TERPAKAI

SINOPSIS:

Syakirah, gadis biasa-biasa yang bertahi lalat di bawah bibirnya, sekalipun tidak sehebat seorang ratu, tetap istimewa. Keresahan jiwa telah menjadikan dia gadis ‘nakal’ yang menghabiskan masa di dunia fantasi ‘anime’. Dia juga menjadi ‘pakar mengurat’ di alam maya. Sekalipun umurnya sudah mencecah kedewasaan, namun cinta dan kasih sayang seorang lelaki tidak pernah berbunga dalam hidupnya.

Perkahwinan merupakan sesuatu yang menggerunkan, kerana nun jauh di lubuk hati, dia bimbang menjejaki ibunya dan tidak mahu dilabelkan sebagai gadis ‘materialistik’. Pun begitu, kehadiran Khair atau ‘Kai’ sejak remaja lagi, kini mula mengubahkan perasaannya. Kalau dulu dia tidak merasakan Kai itu menarik, kini dia tahu lelaki itu mampu menyinarkan hidupnya. Bukankah mereka serupa sahaja? Malangnya, tiba-tiba sahaja ombak deras datang memukul, lalu mengucar-ngacirkan hidupnya. Syakirah terkapai-kapai dan tidak tahu hendak ke mana. Tahu-tahu dia sudah terperangkap dalam sesuatu yang hampir dekat dengan igauannya!

Kehadiran lelaki yang berketurunan campur itu meresahkan lagi hidupnya. Mengapa dia harus hadir dan mengelirukan keadaan? Apakah kuasa yang dia ada untuk melemahkan semangat dan mengecutkan perut gadis yang kaya dengan keayuan asli itu?

“It’s all about going crazy… and doing crazy thing.” katanya lagi,
“Kerana kehadiranmu sinonim dengan cahaya matahari…”

Jun 10, 2010

June 10, 2010

Bunga Syurga ~ Anita Aruszi


**SOLD**
HARGA ASAL: RM23.00
HARGA TAWARAN: RM12.00
M/SURAT:623ms
STATUS: TERPAKAI

SINOPSIS:

Riffki - Dia melihat cinta pertamanya dalam wajah suci sang gadis yang dahagakan secangkir kasih. Namun dingin hati lelakinya terus menolak kehadiran rasa dalam diri. Pertemuan demi pertemuan membibit rasa rindu. Tetapi sayang yang tidak terucap seumpama racun menjalar. Bila hati semakin tidak tertahan, kesakitan terasa perit mencengkam. Cinta sepatutnya memberi, mengasihi dan menerima. Tetapi cintanya hanyalah menyakiti, mengasari dan menyeksa diri. Semakin banyak dia memberi, semakin jauh cintanya lari.

Hijjaz - Hablur-hablur rindu sudah lama ternoktah dalam hidupnya. Kesepian membuatkan dia sering bermimpi di siang hari. Namun tidak pernah terlintas di mindanya akan terbit satu saat di mana dia mula merindui insan yang terlalu berbeza. Namun menyayangi lelaki itu bagaikan menyayangi bayang-bayang sendiri. Semakin jauh dikejar semakin dirinya ditinggalkan. Suatu masa dia sudah lelah mengejar bila hakikat maha nyata terhampar di hadapan mata. Mungkin ini takdir azali, satu langkah abadi membongkar sebuah tragedi.

Jun 1, 2010

June 01, 2010

Chinta ~ Norhayati Berahim


**SOLD**
HARGA ASAL: RM24.90
HARGA TAWARAN: RM12.40
M/SURAT: N/A
STATUS: ADA/TERPAKAI
SINOPSIS:

Zahirnya dia lelaki yang sempurna ada gaya ada harta. Sedangkan tiada sesiapa yang tahu dia sebenarnya sedang menderita. Derita jiwa yang menghantui bertahun lalu lama. Kerana angkara si emak, lelaki yang bernama Raja Akid itu tidak pernah percaya pada cinta. Bahkan dendam yang berladung di hati tidak pernah dapat diusir dari diri. Dan sampai suatu saat, gadis yang bernama Chinta itu hadir. Raja Akid terperangkap antara kasihnya terhadap Chinta dan bencinya apda wanita.Beranikah dia menghuraikan segala rahsia yang disimpan? Dapatkan dimiliki kasih Chinta?Sebenarnya... hanya Raja Akid sahaja yang boleh menjawabnya...
June 01, 2010

Bunga Kasih ~ Norhayati Berahim


**SOLD**
HARGA ASAL: RM23.90
HARGA TAWARAN: RM11.90
M/SURAT: 450 ms
STATUS: ADA/TERPAKAI
SINOPSIS:
Anis merintis jalan pahit dgn penuh kesabaran dan cekal sehingga muncul sebagai gadis berjaya di daerahnya. Dia juga berhak mempertahankan kasih bapanya yg telah dipupuk bertahun-tahun cuba dirampas oleh Baharom yg sama-sama mekar di satu jambangan. Dalam kegetiran itu, Anis terperangkap dgn hukum takdir setelah kehadiran Nasir, Iskandar dan Rohan. Siapakah Iskandar yg pernah dilupakan itu? Siapa nasir yg ingin menjernihkan kekusutan keluarga? dan siapa pula Rohan yg cuba mencuri hati wanitanya?

May 8, 2010

May 08, 2010

Cinta Pertama ~ Norhayati Berahim


HARGA ASAL: RM19.90
HARGA TAWARAN: RM8.00
M/SURAT: 503ms
STATUS: ADA/ TERPAKAI

SINOPSIS:

Dia lelaki tampan yang mempunyai segala-galanya. Namun dia juga insan biasa yang punya kekurangan. Dia tidak sesekali percaya pada cinta. Bagi dia cinta suci hanya sekadar omongan yang tidak pernah menjadi kenyataan. Baginya, mana ada perempuan yang setia, mana ada perempuan yang suci cintanya. Selagi kesan luka masih terasa, masih kukuh menampar ingatan, dia lebih senang sendirian. Tidak disakiti dan menyakiti.

Secantik mana gadis yang hadir, rasa cinta tetap asing dalam hatinya. Tapi sampai bila dia mampu mengasingkan cinta dengan dirinya. Lantas, ketika hadir seorang gadis yang penuh pengertian dan kejujuran, tercuit jua tangkai hati dan perasaan. Apakah akan dibiarkan igauan lampau menguasai diri hingga rasa cinta yang mula bertunas tidak sempat dinikmati... atau memberi ruang pada cinta yang pertama kali mengetuk hati?

Dia keliru, adakah ini yang dinamakan cinta pertama... terseksa dalam keindahan?
May 08, 2010

Cinta Kau dan Aku ~ Siti Rosmizah


HARGA ASAL: RM19.90
HARGA TAWARAN: RM9.90
M/SURAT: 679ms
STATUS: ADA/ TERPAKAI

SINOPSIS:

"Apa jadi driver? Hei Risya, dah tak ada jawatan lain ke kat tempat kerja Milah tu sampaikan jawatan driver pun kau terima? Dah-dah, balik kampung aje. Tolong mak kat warung lagi bagus. Apa, kau ingat, kau tu jantan ke. Nak jadi driver", marah Mak Timah.

"Kalau saya katakan saya tak kisah untuk memperisterikan awak? Dan saya juga sebenarnya sudah mula menyukai awak, adakah awak akan berubah fikiran dan menerima saya?" soal Farish Hakimi dengan wajah serius.

"Sayang, dari hati yang tulus abang nak beritahu sayang yang abang sungguh bahagia dapat menjadi suami sayang. Abang harap, Risya boleh terima abang dalam hidup Risya. Percayalah, abang ikhlas mengambil Risya sebagai isteri abang."

Sebaik sahaja kaki Farish Hakimi hendak melangkah masuk ke balai berlepas, dia dikejutkan dengan suara yang amat dikenalinya. Suara yang sememangnya amat disayangi, suara yang menyebabkan dia ketawa, suara yang menjadikan hidupnya ceria, suara yang sentiasa berbisik manja di telinganya. Tidak, dia tidak perlu untuk mendengar suara itu lagi. Bukankah suara itu yang telah merobek hatinya? Bukankah suara itu yang telah meragut kepercayaannya?


May 7, 2010

May 07, 2010

Harum Chempaka ~ Norhayati Berahim

HARGA ASAL: RM24.00 **SOLD**
HARGA TAWARAN: RM12.00
M/SURAT: 683ms
STATUS: ADA/ TERPAKAI



SINOPSIS:



Cinta. Kadangkala datangnya sekelip mata. Ketika hatinya merasa cinta, tidak ada yang sudi menerima. Cinta itu hadir sehingga menyeksanya. Chempaka sedar, benarlah kata orang, cinta bukan sahaja membuat orang gembira, tetapi boleh mati kerananya.
May 07, 2010

Lagu Rindu ~ Ayu Emelda


**SOLD ~ NORA**
HARGA ASAL: RM17.00
HARGA TAWARAN: RM8.50
M/SURAT: 433ms
STATUS: ADA/ TERPAKAI

SINOPSIS:

Aku terus bangun dari katil dan segera mencapai tuala.Walaupun mata masih didodoi rasa mengantuk, aku bergegas ke bilik mandi. Silap aku sendiri, sepatutnya aku tidak
tidur semula selepas menunaikan solat subuh tadi.

“Puteri Adalea! Cepatlah sikit. Nanti mengamuk pulak si Remy. Agaknya dia dah lama terpacak kat bawah tu!” laung Linda mengingatkan.

Aku hampir-hampir terlupa tentang janji yang dibuat dengan Remy untuk ke Malaysian Student Department Hall (MSD) bersama. Kami juga telah berjanji akan turut serta
dalam sambutan Aidilfitri di rumah terbuka Profesor Razak.Itu pun setelah meraikan hari raya di MSD.

Pejam celik, pejam celik, sekejap betul masa berlalu. Kali ini sudah masuk kali ketiga aku menyambut hari raya di negara asing. Mungkin juga ini yang terakhir memandangkan pengajianku di University of Salford, Manchester akan berakhir tidak lama lagi. Aku bakal membawa pulang segulung ijazah Jurusan Media, Language and Business. Itulah impianku sejak dulu lagi.

Sesungguhnya dalam mendambakan ilmu, jarak telah meletakkan aku terpisah jauh dari keluarga dan saudara-mara. Aku terdampar di United Kingdom bukan sekadar memenuhi
cita-cita, tetapi aku turut merantau membawa sekeping hati. Bukannya merajuk. Tapi lebih tepat, aku sebenarnya perlukan ruang untuk membuang kekecewaan di jiwa.

MASA terus berlalu. Namun, parut yang tergaris di hatiku masih berbekas walaupun hampir tiga tahun telah berlalu. Tidak mungkin dapat kulupa bagaimana seorang nenek begitu membenci cucu kandungnya. Seseorang yang mempunyai pertalian darah dengannya tetapi tidak sudi memberi walaupun secebis kasih dan sayang.
May 07, 2010

Kasih Seharum Lavender ~ Eita Ashyta



**SOLD**
HARGA ASAL: RM19.00
HARGA TAWARAN: RM10.00
M/SURAT: 621ms
STATUS: ADA/ TERPAKAI

SINOPSIS:

Pada suatu detik itu, dirinya mewah dengan kasih sayang. dia punya
Ummi yang penyayang, seorang abang yang perihatin dan Nurul Adlynn, teman akrab yang dikenalinya sewaktu di perantauan. dia bahagia walalupun di sebalik itu, kesabarannya sering kali teruji dengan sikap majikannya, Ezany yang tidak pernah senang dengan kehadirannya. Perlian dan bicara sinis lelaki itu menjadi halwa telinganya setiap kali mereka bertemu. Hinggakan dia ada kalanya lelah dengan situasi sebegitu!

Pertemuan dgn Tengku Hadif Zafran begitu unik. Terjadi di saat tidak terduga dn tidak mampu dibayangkan. Aneh! Tapi mungkin itulah dikatakan takdir. Pertemuan demi pertemuan akhirnya membibitkan rasa.
Bayu-bayu rindu mula menggamit sekeping hatinya buat lelaki itu. Cintakah itu yang datang mengetuk pintu hatinya? Seperti menyedari sikap keterlaluannya selama ini, Ezany berubah
sikap. Tanpa angin tanpa ribut yang membawa sebarang petanda. tutur kata dan bicaranya sudah tidak se'panas' dahulu. Lebih lembut dan gemar bergurau. Dalam diam dia menyenangi perubahan lelaki itu. Walau di hati dia bimbang seandainya perubahan itu cuma sementera.
Mungkinkah?

Belum sempat dia berpeluang melayan perasaan yang hadir, Ummi tiba-tiba saja ingin menjodohkan dia dengan Hadif. Dia terima biarpun pada mulanya dia gusar dan keliru. Mampukah dia menjalin bahagia hanya dengan rasa cinta tanpa mengenal lelaki itu terlebih dahulu?

Impian dan angan-angannya untuk hidup bersama Hadif berkecai apabila dia mendapat tahu Nurul Adlynn turut menaruh perasaan pada lelaki itu. Warna-warna kelukaan dan penderitaan mula mewarnai perjalanan hidupnya. Dia sendiri buntu. Dia tersepit antara kasih sayang sahabat setia, keinginan dan harapan seorang ibu yang melahirkannya dan antara cintanya sendiri yang mula berputik.

Dalam setiap keputusan, ada akibat yang perlu dihadapi. Lantaran kerana keputusan itu, dia hilang kasih sayang daripada seorang yang amat dekat di hatinya. Dia reda walaupun kecewa. Namun dia tetap berharap, suatu hari nanti kasih sayang itu akan hadir lagi dalam hidupnya.

Dan setelah hujan berlalu pergi, ternyata ada cahaya mentari yang menanti. Sayangnya cahaya yang diharap berpanjangan itu, hadirnya sekejap cuma. Kehilangan insan yang paling bererti buat dirinya melontarkan dia ke pelusuk duka. Sekali lagi. Benarkah sekeping hati yang perlu dicari itu bukan Hadif pemiliknya? Mampukah kasih seharum lavender itu terus dia kecapi?

May 07, 2010

Sesuci Cinta ~ Aina Emir


**SOLD ~ NORA**
HARGA ASAL: RM17.00
HARGA TAWARAN: RM8.50
M/SURAT: 496ms
STATUS: ADA/ TERPAKAI

SINOPSIS:

Nuraina, gadis biasa yang tidak punya apa-apa. Dia pernah terluka dan kerana itu pelarian adalah satu cara untuk mengembalikan harga diri yang telah dirobek dan dihina. Walau setinggi mana cintanya pada Armand, dia sedar cinta tanpa harta tidak ke mana.

Bertahun lamanya di rantau orang, jauh dari keluarga tercinta, akhirnya apa yang diimpikan jadi nyata. Kepedihan dan kekecewaan terubat dengan kehadiran Behzad yang dapat menerima dia seadanya.

Namun manusia... sehebat mana pun merancang, tapi TUHAN yang menentukan. Lambaian Istana Al-Hambra membawanya ke Andalusia, Sepanyol. Tanpa terduga, dia bertemu kekasih lamanya, Armand.

Pertemuan yang tidak disangka-sangka itu lantas mengetuk hatinya semula. Dia tahu lelaki yang dikasihi itu tidak pernah bersalah. Dialah yang sebenarnya beralah terlalu mudah. Kini dia keliru! Antara kasih dan kasihan. Antara cinta barunya dengan nostalgia cinta pertamanya.

Cuma manusia sering terlupa, realiti tidak seindah mimpi. Cukupkah dengan lafaz cinta sahaja boleh menjanjikan bahagia? Cukupkah..?
May 07, 2010

Seharum Kasih ~ Aina Emir


**SOLD ~ NORA**
HARGA ASAL: RM17.00
HARGA TAWARAN: RM8.50
M/SURAT: 480ms
STATUS: ADA/ TERPAKAI

SINOPSIS:

ANEHNYA cinta, bila dua hati saling merindu pada bait kata-kata. Tanpa kenal wajah, tanpa dengar suara, Reeza dan Rasya saling bertingkah rasa. Bagi Reeza, hubungan ini harus dimaknakan segera. Namun, Rasya sering berdalih menyembunyikan resah. Mengapa sukar untuknya melafazkan cinta? Sedangkan bahagia sudah di depan mata?

Sayang sekali... gosip dan fitnah melontarkan jauh cinta mereka. Rasya pergi dengan prasangka. Dia bertindak menerima kasih Fahmi untuk membalas sakit hati. Namun, akhirnya Fahmi melepaskan Rasya yang masih suci. Tetapi Rasya malu untuk kembali kepada lelaki sejujur Reeza. Dia sengaja menghilangkan diri agar jejaknya tidak dicari. Tetapi dunia yang luas ini tidak mampu memisahkan mereka.

Pertemuan yang tidak diduga merapatkan kembali sisa cinta yang hampir padam. Tapi redhakah dia melukakan hati Hilda, tunangan Reeza? Kali ini Rasya tekad! Cinta Reeza harus direbut dan dimiliki!
May 07, 2010

Lafazkan Cintamu ~ Aida Adriani


**SOLD**
HARGA ASAL: RM19.90
HARGA TAWARAN: RM9.90
M/SURAT: 512ms
STATUS: ADA/ TERPAKAI

SINOPSIS:

Mengenali lelaki itu adalah detik-detik terindah dalam hidup Erina. Dalam diam dia menyedari hatinya mula berubah rasa. Cinta pandang pertama itu makin mekar hari demi hari. Namun, di saat dia mula mencium wanginya bunga cinta, di saat itulah dia tahu bahawa lelaki itu telah dimiliki. Sewajarnya... dia tidak akan memburu cinta yang tak pasti!

Lantas, Erina terus memendam rasa, membiarkan cinta yang tak terucap itu tersimpan di lubuk hati. Meskipun di mata lelaki itu telah terpancar selautan cinta, telah terbayang mahligai bahagia, namun dia nekad. Cinta tak semestinya bersatu! Cukuplah sekadar memiliki hati lelaki itu, bukan tubuh badannya. Dia cuba membuang jauh segala rasa yang pernah membuatnya bahagia.

Aduhai perempuan... sampai bila mesti memendam rasa, sedangkan jiwa terus merana? Dengar dan lihatlah dengan mata hati serta akal fikiran, apakah terlalu payah untuk menuturkan kalimah suci itu? Mencintai dan dicintai bukan satu dosa, malah ia adalah satu fitrah, anugerah ILAHI untuk setiap insan. Lantaran itu, lafazkanlah cintamu, usah dibiarkan hati terus terluka...
May 07, 2010

Menanti Kasih ~ Norzailina Nordin


**SOLD**
HARGA ASAL: RM19.90
HARGA TAWARAN: RM9.90
M/SURAT: 528ms
STATUS: ADA/ TERPAKAI

SINOPSIS:

Pertemuan kali pertama ketika melancong ke Itali, membuatkan Farhana jatuh hati pada Giovanni. Siapa lelaki itu sehingga Farhana buta dalam pencarian cinta, sedangkan mereka saling mengenali hanya untuk tempoh dua minggu? Betapa taksubnya cinta dua insan ini bilamana perasaan kasih, sayang dan rindu sering menerjah sanubari. Mereka mampu menepis segala tohmahan yang dianggap dusta belaka.

Namun, dalam keseronokan bercinta, ada insan yang merana. Kamel... satu-satunya lelaki yang pernah singgah di hati Farhana. Mengapa ditolak luahan perasaannya sedangkan mereka berkawan sudah lama? Kasihan lelaki itu! Cintanya tidak kesampaian...

Kemunculan Ahmad Ridzafi memberi tamparan hebat kepada Farhana. Lelaki itu melamarnya dengan penuh keikhlasan jiwa. Biar bagaimana hebat sekalipun onak merintangi, gadis itu harus menjadi miliknya. Fikiran Farhana menjadi tidak keruan. Mampukah dia menerima lama-ran itu kerana pada masa yang sama mengharapkan orang yang di-sayangi datang membersihkan luka di hati?

Farhana benar-benar buntu. Dia ingin menyayangi dan disayangi. Sememangnya, dia hidup dalam alam realiti tetapi masih tidak berupaya menggapai kebahagiaan. Yang mana satu menjadi pilihan hati? Dia hanya berserah kepada Yang Maha Esa dan menanti kasih jejaka yang sudi bertakhta di hatinya.
May 07, 2010

Getaran Rindu ~ Norzailina Nordin


**SOLD**
HARGA ASAL: RM19.90
HARGA TAWARAN: RM9.90
M/SURAT: 592ms
STATUS: ADA/TERPAKAI

SINOPSIS:

Mengisahkan perjalanan hidup Izham, seorang jurufoto yang jatuh cinta dengan seorang gadis bernama Fara, seorang pekerja di Perpustakaan Negara. Sebagai jurufoto, kenalan Izham ialah golongan korporat dan VIP. Tanpa disedari, Delia seorang pramugari juga menaruh hati padanya sedangkan dia adalah kekasih gelap Suffian yang juga kenalan Izham. Untuk mengelakkan Delia terus menghampiri Izham, Suffian telah merancang sesuatu dengan Tengku Kamil.

Ketika mereka menghantar Izham ke Venice untuk melakukan satu tugasan, bermacam-macam peristiwa telah berlaku. Adakah taktik Suffian dan Tengku Kamil dapat dibau oleh Izham? Haruskah Izham menerima cinta Delia sedangkan dia dan Fara semakin intim? Kenalan rapat heboh mengatakan Izham telah menghilangkan diri dan ada yang mengatakan dia telah mati. Mengapa perkara ini boleh terjadi? Adakah Izham benar-benar telah mati? Segala-galanya terjawab dalam GETARAN RINDU.
May 07, 2010

Sayang Tak Terucap ~ Norhayati Berahim


**SOLD**
HARGA ASAL: RM19.90
HARGA TAWARAN: RM9.90
M/SURAT: 528ms
STATUS: ADA/ TERPAKAI

SINOPSIS:

TAKDIR menemukan semula Delilah dan Aminudin setelah sekian lama terpisah. Dengan rasa sedih, kecewa dan rajuk berpanjangan, Delilah menolak kehadiran lelaki itu. Baginya sekali hati terguris, lukanya berparut lama. Apa maknanya ayah apabila lelaki itu cuma muncul ketika dia sudah berjaya. Di mana tanggungjawab lelaki itu ketika dia mengharungi saat getir bersama ibu, nenek dan datuknya yang buta.

Sekaya mana pun lelaki itu, masih tidak membuka pintu hatinya. Lelaki itu tidak sama pekerti dengan datuknya. Datuknya yang buta, tapi tidak buta hatinya. Datuknya yang buta tapi tinggi nilai kasih sayangnya.

Pun begitu, mestikah dia membiarkan rasa benci itu terus membelenggu hidupnya? Apalah guna akal fikiran jika tidak digunakan sewajarnya. Perlahan-lahan dia mengerti rahsia kehidupan, menginsafi kelemahan dan kekurangan setiap insan. Malah, jauh di sudut hati dia ingin sekali menikmati dakapan kasih seorang ayah dalam hidupnya.

Ayah... andai kemaafan ini kuberi, namun dapatkah kuberikan setulus kasihku padamu? Ya ALLAH... perkenankanlah doa hamba-MU ini agar kebuntuan dan kekeliruan ini dapat dileraikan.