Breaking

Showing posts with label final list. Show all posts
Showing posts with label final list. Show all posts

Feb 25, 2011

February 25, 2011

Karya 4: SI DIA


Pengumuman

Karya berikut adalah karya asli daripada penulis. Tiada suntingan dilakukan bagi membolehkan anda menilai sendiri karya tersebut. Sebarang persamaan kisah/cerita adalah idea imaginasi penulis sendiri. Harap maklum.


Tajuk Karya: Si Dia
Nama samaran: Eiyma
Tajuk lagu : Ketulusan Hati - Anuar Zain


Setelah sekian lama, akhirnya dengan izin ALLAH aku dapat menyambung pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda di Universiti Utara Malaysia (UUM). Peluang yang ada aku rebut. Pada mulanya ayahku keberatan untuk membenarkan aku pergi ke Sintok. Tapi, ayah turutkan saja kemahuan ku. Berbanding dengan emak aku, dia yang lebih bersemangat untuk aku pergi ke sana. Tanggal 1 Julai 2007 dengan rasminya aku bergelar mahasiswa UUM dalam bidang Pengurusan Awam.

Secara kebetulan di sini, aku mempunyai kawan yang bersebelahan dengan bilik aku yang turut mengambil bidang yang sama. Namanya Nina. Selain itu, aku juga mempunyai tiga orang kawan lagi yang rapat denganku. Tetapi mereka ini, duduk di dalam kolej kediaman yang berbeza denganku. Pada semester kedua, ada satu situasi yang merobohkan balik perasaanku terhadap lelaki. Ketika itu aku dan kawan-kawan sedang menunggu untuk masuk kelas. Biasalah, dalam sedang menunggu mesti melihat pelbagai karenah orang. Tiba-tiba mataku tertancap kepada wajah seseorang lelaki yang boleh aku katakan kacak juga orangnya. Aku tertarik dengan wajah dan penampilannya. Pelajar itu memakai pakaian sut lengkap kot dengan seluar. Ketika di dalam kelas, pensyarah menyatakan bahawa dia tidak mahu mengajar pada hari ini, tetapi ingin kami membentuk kumpulan untuk membuat tugasan berkumpulan. Setiap kumpulan mempunyai seramai 10 orang ahli. Aku yang pada ketika itu hanya mengenali Nina. Dalam sibuk mencari untuk mencukupkan ahli kumpulan, tiba-tiba lelaki itu bersama rakannya datang kepada kami dan mengajak kami menyertai kumpulannya. Kami pun terima sajalah. Memang satu kebetulan aku satu kumpulan dengan lelaki yang baru sekejap tadi aku minat. Setelah semua kumpulan telah dibentuk, pensyarah memberi arahan cara-cara untuk membuat tugasan. Pensyarah mengatakan bahawa kami perlu membuat tugasan di luar iaitu memilih salah satu organisasi untuk dibuat kajian. Pada kelas minggu depan, kami berbincang untuk memilih organisasi. Setelah berbincang dan bertanyakan pendapat daripada pensyarah, kami memilih salah satu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang ada di Kedah.
Setelah berbincang bersama ahli kumpulan dan membuat temujanji dengan pihak PBT terbabit, kami pun pergi ke sana dengan diwakili empat orang ahli kumpulan. Aku, Nina, dia dan kawannya. Biasanya dalam kereta aku suka duduk di belakang sebelah kiri. Dan aku pun mengambil kesempatan untuk melihat dia secara curi-curi. Hihihi. Perjalanan ke bandar Alor Star memakan masa lebih kurang sejam setengah. Kami ke sana dengan kereta dia. Sebaik saja sampai di sana, kami terus memberi borang soal selidik kepada salah seorang pekerja. Sementara menunggu orang yang bertanggungjawab, kami berbincang semula dan membuat keputusan untuk meneruramah salah seorang pegawai Bahagian Sumber Manusia. Hampir pukul dua petang, baru kami bergerak keluar. Memandangkan sudah pukul dua petang dan perut kelaparan, kami pergi ke Pekan Rabu untuk makan. Kami pun memilih meja untuk empat orang. Aku memilih untuk makan nasi campur. Dia dan kawannya pun makan nasi campur. Aku pun melihat lauk yang ingin diambil. Dia pula sudah menunggu untuk mengambil nasi. Dalam sibuk melihat lauk-pauk, tiba-tiba dia menghulur sepinggan nasi kepadaku. Terkejut aku dibuatnya. Dalam terkejut dan ragu-ragu, aku mengambil juga nasi yang dihulurkan. Dan sekali lagi dalam keadaan terpaksa, aku makan berhadapan dengan dia. Bukan aku tidak biasa makan dengan lelaki. Tapi, cuba bayangkan, anda makan berhadapan dengan seseorang yang anda minat. Perasaan malu itu mesti terasa kan? Dan takkan pula aku duduk makan bersebelahan dengan dia.
Selepas makan, kami bergerak pulang. Sudah sampai separuh jalan keluar dari bandar Alor Star, barulah dia berkata kepada Nina, untuk solat terlebih dahulu. Aku geram saja dalam hati. Kenapa dia tidak pergi ke masjid dulu sebelum bergerak keluar dari bandar Alor Star. Lepas itu, dia patah balik ke bandar Alor Star dan singgah ke Masjid Zahir. Sepanjang perjalanan dari UUM, dia memasang lagu. Pada ketika itu, lagu baru iaitu Ketulusan Hati nyanyian Anuar Zain kerap diputarkan di radio. Memandangkan sepanjang hari itu hujan, maka kami terpaksa berpayung. Setelah dia memakirkan keretanya dan aku menunggu Nina untuk memayungkan aku, aku tunggu dalam kereta. Ketika itu, ada aku, dia dan kawannya. Secara tidak sengaja, mulut aku ternyanyi lagu Anuar Zain dan perkataan yang keluar dari mulutku ialah ‘mencintaimu...’ Aduh.. malu aku. Aku rasa muka aku sudah berubah menjadi merah. Tapi hendak buat macam mana, sudah terlepas nyanyi. Selepas solat, aku hendak pergi ke tandas. Setelah memberitahu Nina, aku cepat-cepat pergi ke tandas. Dia dan kawannya sedang berborak dengan seorang pakcik di ruang legar. Sebelum sampai ke tandas, aku berhenti sebentar di hadapan anak tangga. Takkan aku hendak melompat pula. Setelah melihat anak tangga, tapi aku belum turun lagi, aku berpaling ke kiri. ‘Aik!!!’ terkejut aku. Alih-alih dia sudah berada di sebelah aku, dengan jarak yang agak rapat. Pelik aku. Bila masa pula dia sudah berada di sebelah aku. Padahal, aku sudah berjalan agak laju tadi. ‘Ah... apa aku peduli’. Aku terus masuk ke dalam tandas.
Setelah sampai di kolej kediaman kami, Nina mengajak kami minum petang di kafe. Kafe itu terletak bersebelahan dengan blok kolej kediaman kami. Aku yang pada mulanya tidak bersetuju kerana sudah kepenatan, akhirnya menuruti saja kemahuan Nina. Nina mengajak minum kerana dia ingin membalas balik duit makan tengahari tadi yang dibayar oleh kawan si dia tadi. Setelah memesan makan, Nina menyuruh aku bertanya kepada dua orang lelaki itu, air apa yang mereka hendak minum.
“Nak minum air apa,” soalku kepada kawan si dia.
Lama dia berfikir. Kemudian dia bertanya kepada kawannya.
“Mmmm.... air apa ek. Air teh ais je la,” katanya.
Aku dan Nina pun pergi memesan air. Aku pula ada rancangan sendiri. Aku sengaja menyuruh Nina membawa gelas minuman kami. Kami berkongsi air. Manakala, aku membawa gelas minuman untuk dua orang lelaki itu. Aku sengaja membawa air minuman mereka untuk ‘melayan’ si dia. Hihihi. Dan aku berjaya melaksanakan rancangan aku. Sambil makan bubur hitam, aku mengambil peluang lagi untuk melihat si dia. Memang asyik aku memandangnya. Tapi bila mata kami bertembung, cepat-cepat aku mengalihkan pandangan. Dan aku boleh agak yang dia boleh perasan aku asyik memandangnya. ‘Lantak la.’ Setelah habis makan, tiba masa untuk balik. Yang ironinya, ketika aku bangun, dia pun sama-sama bangun, dan bila aku mula berjalan, dia pun sama-sama berjalan, beriringan. Pelik aku. Ketika dalam bilik, baru aku perasan yang pakaian yang dipakai oleh aku dan dia, boleh dikatakan sedondon. Aku memakai baju berwarna merah bercampur ‘peach’ kosong dan dia memakai baju berwarna merah hati. Itu kisah aku dalam semester dua.
Dalam semester tiga pula, aku ada mengambil subjek Personelia. Sekali lagi aku terkejut. Aku berjumpa dia di dalam kelas itu. Maklum la, dia mengambil bidang yang sama. Pusing-pusing, mesti jumpa dia. Di dalam kelas ini, dia selalu dijadikan contoh oleh pensyarah. Sampaikan aku naik jemu. Tapi lama-kelamaan, baru aku dapat tahu bahawa, dia adalah pelajar kesayangan pensyarah itu. Sama juga cerita ketika aku dalam semester empat. Aku dan dia dalam satu kelas Hubungan Manusia, dan sekali lagi dalam kumpulan tugasan yang sama. Ada kisah menarik lagi di sini. Salah seorang kawan aku yang bertiga itu, merupakan salah seorang ahli jawatankuasa (AJK) dalam persatuan bidang kami. Dan ketika itu, persatuan ingin mengadakan jamuan makan malam untuk meraikan para senior untuk pelajar bidang kami. Aku dan seorang lagi kawan aku tidak mahu pergi. Tetapi setelah dipujuk seorang lagi kawan kami dan kawan kami yang menjadi AJK tidak akan pergi sekiranya kami tidak pergi, akhirnya kami pergi disebabkan kesian kawan kami yang menjadi AJK itu, kerana tidak ada sesiapa yang ingin menemaninya. Majlis makan malam itu diadakan di hotel universiti aku. Kami pergi bersama dua orang lagi kawan kami dengan menaiki teksi. Setelah sampai, aku pun turun dari teksi, dan terus ternampak si dia juga yang baru turun dari keretanya. Dia datang bersama rakan perempuannya. Kebetulan teksi yang kami naiki, berhenti betul-betul di belakang keretanya. Jadi, kami sama-sama berpandangan sebaik saja turun dari kereta dan teksi. Tergamam aku dibuatnya. Aku memang tidak tahu yang dia akan datang ke majlis ini. Setelah semua kawanku turun, aku pun datang kepadanya.
“Eh, awak datang juga?” soal ku kepadanya.
“Ha’ah, kenapa?”
“Tak ada apa-apa. Saja tanya”
Aku berborak sebentar sambil berjalan menuju ke koridor. Usai aku dan kawan-kawanku mendaftarkan diri, kami berborak-borak di ruang legar sementara menunggu masa untuk masuk. Ketika tengah berborak, baru aku perasan yang aku dan dia memakai baju yang hampir sedondon buat sekian kalinya. Aku memakai kemeja bertanahkan putih kecoklatan dan bercorak-corak coklat, seluar jeans berwarna biru pekat dan kasut berwarna coklat gelap. Manakala dia memakai baju kemeja berwarna coklat bercorak kotak-kotak, seluar jeans berwarna biru pekat dan sneakers berwarna coklat gelap. Cuma yang bezanya, dia memakai mafla merah. Ada keserasian ke kami ini? Soalku dalam hati. Yang penting, kami tidak berjanji pun. Soalan yang paling kerap bermain dalam fikiran ku ialah ‘Aik, siapa tiru siapa ni?’. Mana tidaknya, kadang-kala di dalam kelas, kami pun memakai pakaian yang sedondon warnanya. Dalam semester ini juga, aku sudah kerap bermain mesej dengannya. Dulu, jangan haraplah hendak bermain mesej. Itu pun aku yang mulakan dulu. Aku mula mesej kerana aku niat hendak mengucapkan ucapan hari lahir. Itu saja. Lebih dari itu, atau apa yang akan terjadi selepas itu, aku tidak kisah.
Aku : Selamat hari lahir. Moga panjang umur, murah rezeki dan diberkati ALLAH.
Dia : Thanks.
Aku : Sama-sama.
Dia : Welcome. Siapa ni ek?
Aku senyapkan saja. Biar dia yang mencari siapa aku. Aku dapat nombor handphone dia pun dari Nina. Nina pula dapat ketika kami sama-sama buat tugasan ketika semester dua dulu. Petang itu, tiba-tiba teringat pula yang dua orang kawan aku dipindahkan kolej kediaman. Kolej kediaman baru mereka berhampiran dengan kolej kediaman dia. Aku mesej dia semula.
Aku : DPP no 16 tu DPP mana?
Dia : SME.
Aku : Ok, thanks.
Dia : Welcome, sape nie ek?
Sekali lagi aku buat tidak tahu. Ketika ini aku sedang bercuti semester. Bila sudah masuk semester baru dan kebetulan bulan Ramadhan tiba, aku pun memberi mesej yang mengandungi ucapan ‘Selamat Berpuasa’. Seperti biasa dia membalas ‘thanks’. Kemudian, sebelah malam aku menerima mesej dari dia – ‘Siapa ni’. Terkejut aku. Aku masih dengan cara aku – mendiamkan diri. Tetapi setelah dipaksa dan dipujuk oleh teman sebilik aku, akhirnya aku membalas mesejnya.
Aku : Teka la.
Dia : Alaa... bagitau je la.
Aku : Tak nak.
Dia : Bagitau je la, kut-kut saya kenal awak ke?
Aku : Boleh ke awak kenal nama saya?
Dia : Macam mana saya nak kenal nama awak kalau awak tak bagitau nama awak. Bagitau je la.
Aku : Ok ni no matrik saya. 001122. Pandai-pandai la awak cari ye.
Dia : Alaa... malasla. Bagitau la nama.
Aku : Tau la awak tu famous. Setakat nak cari saya kat fpau bukannya susah sangat pun.
Dia : Laa... boleh macam tu pula ye. Ok la, nanti saya cari awak.
Esok petangnya, aku mendapat mesej darinya.
Dia : Ha..ha. da tau da awak siapa. Kuang, kuang, kuang. Anyway, selamat berpuasa juga.
Aku : Sama-sama.
Sejak dari itu, aku sudah kerap mesej dengan dia walaupun dalam tempoh yang jarang-jarang. Kerja gila aku buat sepanjang bulan puasa ialah, hari-hari aku ucapkan selamat berbuka tika hampir tiba waktu berbuka. Selepas raya, dengan bantuan Nina dan seniorku, aku dapat memberinya kek buah hasilku sendiri kepadanya. Ada satu peristiwa yang aku geram dengan ketiga-tiga kawanku yang melibatkan aku dengan dia. Masih di dalam semseter empat. Ketika itu, kami sedang menghadiri program kelas. Memandangkan dia dalam tahun akhir, kawan aku bertanya kepada aku, beberapa hari sebelum program itu dijalankan.
“Eh, kau tak nak ke bergambar dengan dia? Dia kan dah sem akhir.”
“Eh, tak nak la aku kalau bergambar berdua dengan dia.”
“Okey, kalau kau nak, nanti kita bergambar beramai-ramai ek.”
“Okey.”
‘Hishh... nak gila ke bergambar berdua dengan laki. Tak mau aku.’ protes aku dalam hati.
Ketika program itu berlangsung, aku seperti biasa dengan kebiasaan aku – memandangnya dia dalam diam. Satu ketika yang sesuai, tiba-tiba salah seorang rakan aku memanggilnya.
“Awak, sini kejap.”
Aku hanya memerhatikan dia bercakap dengan rakanku dengan jarak yang agak jauh, tapi masih boleh mendengar percakapan mereka.
“Kenapa?” soal dia.
“Kitaorang nak amik gambar,” kata kawanku.
“Ooo.. nak amik gambar, boleh. Mana kamera?”
Dia pun tahu yang kami berempat ni berkawan rapat, sebab ke mana saja kami pergi, kami berempat mesti ada bersama. Malah kelas pun kami mengambil subjek yang sama.
Aku pun sudah bersiap sedia untuk bergambar.
“Bukan amik gambar kitaorang. Tapi, nak amik gambar awak dengan dia.” Siap kawanku tunjuk ke arahku lagi.
‘Hah’ jerit aku dalam hati. Teruk betul kawanku ini. Aku ingat, kami beramai-ramai bergambar dengan dia, rupanya tidak. Dia pun memandang aku. Maka, dalam keadaan terpaksa, aku pun bergambar berdua dengan dia. Gementar, semestinya. Tidak pernah dalam hidup aku bergambar berdua dengan lelaki, tambahan pula dengan orang yang aku minat. Akhirnya, ada juga gambar dia secara ‘life’ walaupun dengan muka aku dan dia tidak berapa sedia. Huhuhu.
Ada satu peristiwa yang membuatkan aku terperanjat dengan tindakan dia. Ketika ini, aku dalam semester lima. Petang itu, kelas kami dibatalkan dan kami tidak tunggu lama – masa untuk balik ke kolej kediaman. Ketika kami sedang berhenti di tengah-tengah pembahagi jalan untuk melintas ke seberang, tiba-tiba aku ternampak sebuah kereta sedang melintas laju. Disebabkan aku berdiri di hujung kiri sekali, maka aku terlebih dahulu nampak kereta yang sedang lalu. Aku pun memandang ke arah pemandu kereta itu. ‘Eh, dia’ kataku dalam hati. Terkejut aku melihat dia. Tapi yang membuatkan aku bertambah pelik lagi ialah, dia senyum ke arahku. Aku boleh melihat senyumannnya dengan jelas kerana dia menurunkan cermin keretanya. Memang aku sangat terkejut kerana mana pernah sebelum ini dia senyum kepadaku. Aku pula dengan spontannya, memukul bahu kawanku. Kesian dia menjadi mangsa pukulanku.
Itulah sedikit ceritaku tentang si dia yang aku minat. Dan memang dengan setulus hati aku menyukainya.

Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis
Hanya tulusnya hati
Mencintaimu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu

KETULUSAN HATI – ANUAR ZAIN
Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Cintaku hanya indah
Hanya bahagia untuk selamanya
Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau biarkan kasihku

Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis
Hanya tulusnya hati
Mencintaimu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu

Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Tak ada seribu janji
Hanya bahagia untuk selamanya
Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau benarkan kasihku
Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis hanya tulusnya hati
Mencintaimu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu

Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau dengarkan kasihku

Oooooo

Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis hanya tulusnya hati
Mencintaimu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu

February 25, 2011

Karya 3: CINTA ARJUNA


Pengumuman

Karya berikut adalah karya asli daripada penulis. Tiada suntingan dilakukan bagi membolehkan anda menilai sendiri karya tersebut. Sebarang persamaan kisah/cerita adalah idea imaginasi penulis sendiri. Harap maklum.

Tajuk Karya: Cinta Arjuna
Nama samaran: Nurul Hanimia
Tajuk lagu : Cinta Arjuna - Aliff Aziz


CINTA ARJUNA

~bukan semua cinta pertama akan menjadi yang selamanya .


“Bagaimanakah lagi untuk aku buktikan .. selamilah pada kejujuranku.. jadikanku arjuna, arjuna di hatimu .. Percayalah oh puteri ..”


Setiap kali lagu Cinta Arjuna nyanyian anak jati Singapura itu berkemundang, aku pasti terdiam dan terkaku. Mulai teringat akan kisah lama yang sudah lama terbuku di lubuk hati. Walaupun cerita ini sudah lama menjadi kenangan, namun sampai ke detik ini, aku sentiasa merinduinya. Merindui satu satunya putera kacak yang berjaya membuatkan aku tersenyum dan menangis seorang diri.


5 Julai 2008 ,merupakan tarikh keramat yang tak mungkin aku lupakan sampai bila bila. Setiap bicara dan kata kata kau masih lagi berbaki di gegendang telingaku. Senyuman dan gelak tawa kau masih lagi bermain main di benak fikiranku sehingga detik ini. Apakah ini yang namanya cinta ?

***

" Ya nak beli apa? " soalan pertama yang meniti di bibirku di saat kau datang mengunjungi geraiku.

Saat itu kau hanya mampu tersenyum manis. Itulah senyuman yang paling indah pernah aku lihat dari seorang yang bergelar lelaki.

"Kelakarlah topi. " itulah kali pertama aku mendengar suara kau sekaligus mendengar tawa kau.

Aku mengertapkan bibir. Cepat cepat jemariku menyentuh topi berbentuk telinga arnab di atas kepalaku. Aku tersenyum sendiri. 'Nak buat macam mana ? Dah ini maskot gerai kami.' Aku berbisik di dalam hati. Jemariku masih lagi sibuk membungkuskan bihun goreng ke dalam polestrin yang dipesan oleh rakan di sebelah kau.

" Rabbit comel . Tak macam gerai kau , pakai topi bentuk tikus. " balasku selamba.

" Eleh rabbit memanglah comel. Orang yang pakai tu comel tak ?" jawab Zakir sengaja mahu mengusikku. Aku memuncungkan mulutku tanda protes lantas memasam muka.Saat itu sekali lagi aku terdengar tawa kau. Kali ini gelak kau lebih besar.

"Tapi tikus pengotor. Eiiiuu " laju saja aku memotong. Sekarang, giliran aku pula mentertawakan kau. Padan dengan muka . ‘Silap oranglah nak cari pasal.’

"Kitaorang tikus yang pandai macam Mickey Mouse" balasnya laju sambil mengangkat kedua belah bahunya. ' Tak guna ! Mentang mentanglah dia kelas pertama.'

-------------------------------------------------------------------

Waktu bertugasku sudah tamat. Sekarang ini giliran aku pula bersiar siar di sekitar sekolah bersama teman temanku yang setia bersama sepanjang masa. Apa guna sekolah menganjurkan karnival tetapi aku hanya duduk bertugas di gerai saja.

Kupon yang ku beli dengan harga RM 10 dibawa ke mana mana. ' Rumah hantu !' itulah tempat pertama yang aku dan rakan rakanku kunjungi. Di sana, barisannya panjang bukan kepalang, ibarat beratur dari Malaysia hingga ke Singapura. Dua orang rakanku sudah mula membebel, barangkali lutut mereka sudah mulai longgar.

Aku sekadar mengangkat kening tinggi, memberi isyarat bahawa aku tidak mahu berganjak. Biasalah, bukan selalu sekolah kami mengadakan aktiviti gilang gemilang seperti ini . Bak kata pepatah Melayu, alang alang menyeluk pekasam , biar sampai ke pangkal lengan.

Di saat aku menoleh ke kiri dan kanan, tiba tiba aku ternampak kelibat lelaki tadi. Siapa lagi kalau bukan 'lelaki tikus comel' yang berjaya mencuit hatiku. Aku tersenyum sendiri. Entah kenapa, hatiku terasa berbunga bunga di saat mata kami saling memandang antara satu sama lain. Cepat cepat aku mengalihkan pandangan ke arah rakanku yang asyik membebel sejak tadi. Merah merona mukaku dibuatnya. Perasaanku mula berdebar debar. Jantungku berdegup rancak seperti mahu gugur ke bumi, darahku mengalir laju seperti air sungai yang deras.

Oh Tuhan, apakah ini yang dinamakan cinta pandang pertama?

Matanya, senyumannya, suaranya, gerak gerinya, semua tentang dirinya seakan akan memberi satu nafas baru buatku.

------------------

Alhamdulillah segalanya berjalan lancar petang tadi. Walaupun kelas kami tidak berjaya mengumpul dana tertinggi, tetapi apa yang penting kami gembira. Melalui aktiviti ini, kami semua dapat belajar untuk bekerjasama. Apa yang penting? Kerjasama ! Segala titik peluh dan usaha kami sekurang kurangnya dapat membantu pihak sekolah dalam mengumpul dana membaik pulihkan kawasan sekolah. Apa yang paling menyeronokkan, melalui karnival inilah, aku menemui 'cinta arjuna' ku, Zakir.

Usai saja menunaikan solat Isya' , seperti lipas kudung aku berlari ke meja tulisku, menekan punat kecil berwarna merah di komputer riba berjenama Acer. Seperti biasa, aku menjenguk ke laman sosial Myspace . Di saat itu, cuma Yang Maha Esa saja yang tahu perasaanku. Hatiku tiba tiba saja berubah menjadi gembira tidak terkata sebaik sahaja melihat nama Zakir di senarai 'friend request.' Cepat cepat aku menekan butang 'approve' . Dari Myspace, aku beralih pula kepada Yahoo Massenger. Sekali lagi jantungku berdegup kencang sebaik sahaja melihat nama Zakir di skrin komputer. Saat itu, senyumku sudah mula melebar hingga ke telinga.

Perasaanku ketika itu memang sukar untuk digambarkan. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa gembiranya hambaNya yang seorang ini . Sampai ke hari ini, aku masih lagi tertanya tanya, dari mana dia mendapatkan alamat email myspace dan yahoo massenger aku ? Penat lelah aku sepanjang hari menguruskan gerai hilang begitu sahaja selepas mengenali Zakir. Terima kasih Ya Tuhan.


---

Hari hariku berjalan seperti biasa. Setiap malam ada saja yang aku dan Zakir bualkan di laman Yahoo Massenger. Dari hari ke hari, aku mulai perasan, kehadiran Zakir membawa seribu satu makna dalam hidupku. Sehari tidak berbual dengannya di YM! ibarat setahun lamanya. Semua rahsiaku aku ceritakan padanya.Suka dan duka kami kongsi bersama. Walaupun aku dan Zakir baru saja berkawan, tetapi aku senang dengannya. Aku tidak kekok setiap kali berbual dan berkongsi pendapat dengan Zakir . Aku rasa dia seorang lelaki yang sangat memahami dan sungguh luar biasa . Zakir benar benar menepati kriteria lelaki idamanku.

---------------------

Aku ; Nanti aku nak pergi honeymoon dekat Paris . Then aku nak pergi melawat Taj Mahal.

Zakir ; Hey, itu tempat aku lah. Nanti kita pergi sama sama.

Aku ; Hahaha boleh saja. Aku pergi dengan suami aku, kau pergi dengan isteri kau.

Itulah kami . Setiap malam, di Yahoo Massenger lah tempat kami meluahkan segalanya. Perwatakan Zakir di YM sangat berbeza dengan di sekolah. Kalau di sekolah, dia merupakan seorang yang pendiam. Setiap kali kami bertembung , dia sekadar tertunduk malu dan tersenyum simpul, begitu berbeza dengan sikapnya di internet yang sangat kelakar, menyenangkan hati ,lebih mesra dan mudah dibawa bersembang. Mungkin kerana itulah, aku sudah mula tertarik dengan insan bernama Zakir.

Aku ingat lagi di saat aku kenalkan Zakir dengan lagu kegemaranku , iaitu nyanyian Aliff Aziz yang berjudul Cinta Arjuna. Entah mengapa, bagiku lagu itu sangat secocok dengan kami. Lagu nyanyian lelaki kacak dari negara jiran, Singapura itu seakan akan memerli aku . Secara jujurnya, sejak kali pertama aku memandang Zakir, aku sudah mula menyukainya, namun aku takut untuk menyatakannya.


Bukannya aku tidak mahu bersikap jujur dengan perasaanku sendiri tetapi aku takut dan khuatir.Aku tidak mahu persahabatan kami musnah dek kerana cinta.Aku sayangkan persahabatan kami, dan aku tidak mahu kehilangannya. Persahabatan aku dan Zakir merupakan satu memori yang cukup indah. Menjadi sahabatnya merupakan sebuah kenangan manis yang akan aku ingat sampai nafas terakhirku.

Zakir ; kau tengah buat apa?
Aku ; tengah dengar lagu .
Zakir ; Cinta Arjuna ?
Aku ; Mana tahu ?
Zakir ; Sekarang ni, sebelum pergi sekolah, aku mesti dengar lagu itu dulu .

Zappp !! Sekali lagi hatiku berbunga . Zakir , kau memang bijak ! Kau memang arif dalam menyusun kata kata manis. Kerana kata kata manis yang kau ungkapkan itulah, aku semakin menyanyangi kau . Aku sekadar menelan air liur. Lama aku meratap skrin komputer ribaku , tidak tahu apa yang perlu ku balas. Jemariku sudah mula terasa digin. Lidahku terasa kelu . Mulutku tertutup rapat ibarat dikunci . Ya Tuhan, aku benar benar sudah jatuh cinta. Bermula saat itu, aku menjadikan lagu Cinta Arjuna sebagai lagu kegemaranku. Tiap kali lagu tersebut berkemundang di senarai lagu telefon bimbitku, nama dan wajah kau pasti muncul di fikiranku.

--------------------------------------------------------

Bukan mudah untuk menemui lelaki sebaik Zakir. Dia sungguh berbeza dengan lelaki lain yang pernah aku temui sebelum ini. Semua orang tahu, sejak kecil lagi, aku lebih ramai kawan lelaki berbanding perempuan. Semasa di sekolah rendah dulu, ke mana aku pergi pasti di kiri dan kanan aku ditemani pelajar lelaki. Tetapi entah mengapa, Zakir tidak sama seperti kawan kawan lelaki ku yang lain. Dia bukan sahaja tampan, malah dia juga baik hati dan seoarang yang sangat bertimbang rasa. Paling menyedihkan apabila kawan kawan yang selama ini aku agungkan semuanya tidak menyukai Zakir. Sebaik sahaja mereka tahu tentang
perasaan sebenarku terhadap Zakir, mereka seakan akan cuba menjatuhkan aku .

Macam macam yang mereka kata . Zakir itulah, Zakir inilah. Namun , semuanya aku tidak ambil peduli. Walaupun hakikatnya, telingaku sakit mendengar dan hatiku pedih menerima, namun aku tetap kuatkan diriku demi Zakir.Pendek kata, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Aku sekadar memekakkan telinga dan membutakan hati. Seburuk manapun Zakir pada pandangan mereka, namun Zakir tetap yang terbaik di mata aku . Mereka tidak kenal siapa Zakir yang sebenarnya . Aku pasti, Zakir tidak seteruk yang mereka bayangkan.

Kenangan yang paling aku tak mungkin lupakan, adalah di saat Zakir mengajakku mengadakan 'study group' dengannya. Hanya aku dan dia . Saat itu aku sekadar diam terkaku. Lidahku kelu tidak mapu berkata apa apa. Dalam hatiku mahu berkata ‘ya’ , tetapi apakan daya, aku mengaku, aku hanyalah seorang gadis belasan tahun yang terlalu polos dalam bab percintaan. Aku menolak pelawaan Zakir mentah mentah. Bodohnya aku ketika itu. Bukan itu sahaja, terlalu banyak peluang yang aku sia siakan. Zakir pernah mengajakku menemaninya ke kedai buku untuk membuat salinan borang. Sekali lagi, perlawaannya aku tolak tanpa berfikir panjang. Dia juga pernah mengajakku ke makmal komputer bersamanya, juga ditolak aku mentah mentah. Bencinya aku pada diri aku saat itu. Mengapalah aku terlalu cepat berkata tidak ? Kenapa aku terlalu gugup setiap kali matanya bertembung tepat dengan
mataku dan setiap kali suaranya berbisik di cuping telingaku ?
--------------

Zakir ; Hei tak tengok tv3 ?
Aku ; TAK. Kenapa ?
Zakir ; Ada cerita ayat ayat cinta. Kau kan suka cerita tu .

Sekali lagi kau simbahkan aku dengan kebahagiaan. Saat itu jantungku mula berdegup rancak. Air jernih mula bertakung di kelopak mataku. Terharu kerana kau masih ingat semua perkara yang aku suka. Mungkin inilah yang menguatkan lagi rasa kasih dan sayang aku buat kau. Kau begitu berbeza dengan lelaki lain. Kau pandai menjaga hati aku. Kau bijak mencuri jiwa dan hati aku. Kau mampu mengubah hari hari aku. Terima kasih Zakir .
---

Lumrah sebuah kehidupan, tidak semua kebahagiaan akan berkekalan sampai ke akhir hayat. Hatiku sayup saat aku dapat tahu bahawa kau kini sudah menjadi milik bekas rakan sekelasku,Lia. Ketika itu hatiku remuk, cuma Allah saja yang tahu bagaimana perasaanku. Hatiku luluh di saat aku melihat kau berdiri menghadapnya dan bergurau senda di koridor. Detik itu aku terfikir, aku tak mungkin akan memiliki kau sampai bila bila. Aku pasrah. Aku mulai menyerah kalah, tidak mahu memasang harapan setinggi Gunung Kinabalu lagi. Cukuplah hatiku sakit cuma sekali.

Pernah sekali aku menangis di saat aku melihat gambar kau bersama Lia di laman Myspace. Hampir gugur jantungku ke bumi Allah. Aku sedih mengingatkan kemesraan kau dengannya. Maklum saja, jika mahu dibandingkan gadis itu dengan diriku memang ibarat langit dengan bumi . Aku akur dan aku sedar, aku memang tidak setanding dengan Lia. Pantas saja Zakir memilihnya sebagai kekasih hati , peneman di saat suka dan duka. Sejak dari itu, aku mulai menghindari Zakir. Aku cuba untuk melupakannya. Aku tidak mahu mempunyai apa apa perasaan terhadapnya lagi. Aku sudah letih. Aku mula menyerah kalah dalam cinta. Cukuplah
aku kehilangannya. Untuk apa aku terus menaruh perasan jika akhirnya, aku sendiri yang kecewa dan berduka?

Masa terus berlalu. Jam di dinding semakin ligat berputar. Hari berganti hari. Pejam celik pejam celik, tak lama lagi sudah masuk hari kekasih. Saat itu aku tersenyum sendiri. Pasti Zakir senang hati sekarang ini, barangkali tidak sabar mahu menyambut hari kekasih bersama buah hati pengarang jantungnya. Siapa lagi kalau bukan Lia, peneman di ruang rindu. Sekali lagi aku duduk termenung di hadapan komputer ribaku,menangis saat aku menatap fotonya. Aku benci diriku ketika ini.

Kenapa mudah sangat air mataku gugur kerana seorang yang bernama lelaki ?

Mana pergi diriku yang kuat semangat ? Mana pergi diriku yang tabah? Mana pergi diriku yang penuh dengan gelak tawa? Sejak akhir akhir ini, aku yang asalnya seorang yang ceria terus berubah menjadi seorang yang murung. Aku rindukan diriku yang dahulu. Aku rindukan senyuman dan gelak tawaku. Aku rindukan Zakir !

Aku rindukan cinta arjuna ku yang dahulu.

Aku ; Macam mana kau dengan Lia ?
Zakir ; Jangan tanyalah. Aku tak suka cakap tentang tu.
Aku ; Oh i'm sorry .

Ketika itu aku terdiam dan terkaku. Dadaku terhimpit dengan seribu satu pertanyaan. Kenapa tiba tiba saja Zakir berubah menjadi panas baran? Selalunya dia layan saja apa yang aku bualkan, tidak pernah sekalipun dia bersikap dingin seperti itu. Aku mula tertanya tanya , mahu tahu cerita selanjutnya. Barangkali dia sedang ada masalah besar atau 'world war three' dengan Lia agaknya.

Aku sekadar bermain teka teki, tidak mahu terus bertanya pada Zakir. Aku tidak mahu dia berasa rimas denganku. Lambat atau cepat, aku pasti akan temui jawapan sebenarnya. Malam itu aku dan Zakir sekadar menghabiskan masa kami di Yahoo Massenger. Dia sibuk mendesakku supaya bercerita tentang kisah cinta. Penat aku menyelak semua koleksi majalahku, mencari semua cerita tentang cinta yang aku kumpul sejak di zaman sekolah rendah lagi. Aku masih ingat lagi cerita tentang burung merpati putih, coklat dan taj mahal yang aku ceritakan pada kau dahulu. Semuanya masih segar di memori.Saat itu, sekali lagi aku berasa gembira. Diriku terasa seperti terapung apung di udara. Zakir, sekali lagi kau meragut hatiku . Apakah perasaan ini akan terus kekal selamanya ?

Tidak lama selepas itu, ketika aku sedang menyiapkan kerja kayu di bengkel kemahiran hidup, tiba tiba Lina memanggilku di luar tingkap. Cepat cepat aku berlari ke arahnya. Katanya Zakir dan Lia sudah tidak bersama lagi. Menurut Lina, dia sendiri tidak pasti punca perpisahan mereka, tetapi dia beranggapan Lia sudah ada orang tersayang yang lain. Biasalah, siapa tak kenal dengan Lia. Sebelum Zakir, dia sudah ada ramai teman lelaki, malah ada sebahagian daripada mereka jauh lebih tampan jika mahu dibandingkan dengan Zakir. Aku tidak nafikannya, kalau itulah yang menjadi sebab utama perpisahan mereka.

' Kasihan Zakir , tapi baguslah .' aku mengomel sendirian. Bunyinya memang agak mementingkan diri sendiri , tetapi apakan daya, rasanya semua gadis yang mengalami nasib sepertiku akan berasa begitu. Aku turut berduka cita dengan Zakir, aku yakin saat ini dia pasti sedang bersedih. Waktu begini Zakir pasti memerlukan seseorang yang bergelar sahabat di sampingnya.Aku benar benar ingin berada di sisinya waktu ini.Aku mahu Zakir tahu, tidak kira suka atau duka, masih ada aku yang setia disampingnya. Namun di sebalik itu, aku senang , sekurang kurangnya, aku dan Zakir boleh jadi semesra dahulu.

Ku sangka panas sampai ke petang, rupa rupanya hujan di tengah hari . Aku fikir selepas Zakir dan Lia berpisah, peluangku untuk mendapatkannya menjadi lebih cerah, namun itu hanya sekadar mimpi di siang hari . Dari hari ke hari aku semakin pasrah. Aku nekad mahu melupakannya. Aku tidak mahu terikat dengan apa apa mainan perasaan lagi. Aku sudah serik dengan cinta yang hanya bertepuk sebelah tangan. Dari masa ke semasa, aku dapat merasakan bahawa Zakir semakin jauh dengan aku. Kami sudah tidak seperti kami yang dulu lagi. Setiap kali aku melayari laman Myspace dan Yahoo Massenger, cuma satu yang ku harapkan iaitu aku mahu berbual dengannya seperti dahulu. Namun ternyata itu hanyalah angan angan di dalam sedar yang tak mungkin menjadi kenyaataan.Dalam seminggu belum tentu ada masa untuk kami luangkan bersama di gelombang internet.

Aku rindukan cerita cerita Zakir. Aku rindukan lawak jenakanya yang mampu mengubat luka di hati aku. Aku amat merindui lelaki itu. Sekarang baru aku sedar, Zakir sebenarnya tidak pernah peduli tentang kehadiran aku . Dia sedikitpun tidak pernah kisah tentang diriku. Aku mulai bermain dengan andaian sendiri , 'agak agaknya siapalah aku di hati Zakir ?' Apakah aku sahabat sejatinya atau mungkin sekadar teman di saat dia lagi merasa kekosongan? ‘Kalau sudah namanya lelaki, pasti akan menyakiti hati kaum Hawa.’

Saat ini, hatiku sakit ibarat dihiris dengan mata pisau yang tajam. Air mata mula deras mengalir di pipi. Hatiku kosong . Hatiku sayup.Jiwaku lemah. Saat ini cuma Yang Maha Esa saja yang memahami perasaanku.Hari ini sudah masuk tahun baru . Kata orang tahun baru , azam baru. Oleh demikian, aku nekad, di samping mahu berjaya dalam Sijil Pelajaran Malaysia, aku mahu cuba untuk menghapuskan jejak Zakir dari hidup aku.Aku tidak mahu ada apa apa kaitan lagi dengan lelaki itu . Aku tidak mahu menaruh harapan setinggi langit padanya lagi. Cukuplah sekali kau bermain dengan hati aku.Cukuplah aku menangis dari pagi ke malam kerana kau. Aku sudah serik. Aku tidak mahu pisang berbuah dua kali.

Tetapi malangnya, di saat hatiku cuba untuk merelakan pemergiaannya, dia kembali pulang.Zakir kembali menjadi Zakir yang lama. Dia kembali menjadi Zakir yang selama ini aku rindui. Sudah sekian lama aku menunggunya , kenapa baru sekarang dia muncul ? Di saat hati aku mulai rela melepaskannya, kenapa Zakir perlu muncul lagi untuk menjadi raja di hatiku ?Apakah kehadirannya kali ini untuk menakluk hatiku dan kemudian pergi meninggalkan aku ibarat rakit yang terlepas talinya? Maaf Zakir. Aku sudah nekad untuk tidak jatuh cinta lagi. Aku benar benar kecewa dengan sikap acuh tak acuh kau sebelum ini. Sekarang ini aku mahu mengosongkan hatiku tanpa kau atau siapa siapa pun. Biarlah aku terbang dengan dunia aku sendiri. Aku harap kau sentiasa bahagia dengan setiap jalan yang kau pilih, kerana lelaki sebaik kau, layak mendapat sebuah kebahagiaan yang kau idamkan. Aku akan sentiasa mendoakan kebaikan dan kebahagiaan kau. Mudah mudahan, kau akan temui dengan cinta sejati kau, dan mungkin pada saat itu hati aku juga sudah dimiliki orang lain.

Terima kasih Zakir kerana mengajarku erti persahabatan dan nilai percintaan. Walaupun kau tidak pernah sedar dengan perasaan aku terhadap kau, namun aku tetap bahagia. Aku bersyukur kerana pernah memiliki kau sebagai sahabat. Kaulah sahabat dan engkau jugalah cinta. Terima kasih kerana selama ini kau banyak memberi kata kata semangat dan dorongan buat aku untuk mengharungi hari hariku yang kian malap . Terima kasih kerana kau sering hadiahkan aku dengan senyuman. Terima kasih kerana disebabkan kau malam malam ku berakhir dengan mimpi yang teramat indah. Aku tak mungkin akan lupakan kau kerana kau adalah memori terindah yang pernah tercipta dalam hidup aku. Mengenalimu adalah sesuatu yang sangat manis, menjadi sahabatmu merupakan memori yang paling bahagia, tetapi untuk melupakanmu ibarat berjumpa dengan orang yang tidak pernah ku kenal sebelum ini.



Katamu kekasih yang sedang kita alami
Takkan kekal 'tuk selamanya
Mengapa kekasih
Tiada kau percaya
Kebenaran cerita kita

Bagaimanakah lagi untuk aku buktikan
Selamilah pada kejujuranku
Jadikan ku arjuna, arjuna di hatimu
Percayalah oh puteri


Lagu itu tak mungkin aku lupakan. Biarlah lagu Cinta Arjuna nyanyian Aliff Aziz itu menjadi lambang betapa agungnya cinta aku untuk kau. Aku tak akan dan tak mungkin menyalahi kau. Mungkin salah aku juga, kerana takut untuk berpijak di bumi yang nyata. Aku terlalu takut untuk melafazkan kata kata agung untuk kau. Biarlah kau sekadar melihat aku hanya sebagai teman biasa. Aku redha.

Mungkin kau terlalu sempurna untuk aku atau mungkin juga dalam erti kata lain, kau memang bukan tercipta untukku. Demi Tuhan, sejak 5 Julai 2008 sehingga ke detik ini, tiada siapa lagi yang berjaya menakluk hatiku seperti kau. Tidak pernah ada yang kedua , ketiga atau setersnya.Hanya itu yang aku mahu kau tahu. Zakir, engkaulah yang terbaik yang pernah aku miliki dan cuma engkaulah “cinta arjuna” aku untuk selamanya.
February 25, 2011

Karya 2: MASIH BERSAMAMU



Pengumuman

Karya berikut adalah karya asli daripada penulis. Tiada suntingan dilakukan bagi membolehkan anda menilai sendiri karya tersebut. Sebarang persamaan kisah/cerita adalah idea imaginasi penulis sendiri. Harap maklum.

Tajuk karya: Masih Bersamamu
Nama samaran : haliban
Tajuk lagu : Masih Bersama - KRU


Saidatul Syifa’ melihat slip keputusan peperiksaan percubaan PMR yang baru sahaja diberikan oleh Ustazah Khadijah, guru kelasnya. Rakan-rakannya yang masing-masing memberikan komen tentang result mereka menjadikan kelas itu bising seketika.

Saidatul tahu ada sepasang mata yang jauh di hadapan kelas tajam memandangnya. Mata yang bundar itu amat dirinduinya selama sepuluh tahun lamanya. Namun mata itu kini penuh dengan api kemarahan terhadapnya.

“Baiklah, antunna semua telah lakukannya dengan baik. Tahniah dan pihak sekolah amat berbangga dengan prestasi antunna .Diharap antunna mengekalkan prestasi ini hinggalah ke peperiksaan sebenar,” ucap Ustazah Khadijah yang menyebabkan kelas itu senyap.

“Syifa’ pula, jumpa saya di bilik guru selepas waktu rehat nanti,” sambung Ustazah Khadijah lagi.

“Syifa’ yang mana satu, ustazah?” Seorang pelajar bersuara.

Ustazah Khadijah tersedar bahawa di dalam kelasnya terdapat dua orang yang bernama Syifa’.

“Ya tak ya, terlupa pula saya! Putri Syifa’ jumpa saya nanti.” Semua mata memandang Putri Syifa’ yang menunjukkan muka selambanya. Saidatul Syifa’ hairan mengapa gadis itu dipanggil oleh guru mereka.

Akhirnya, apabila jam menunjukkan pukul dua petang, doa pulang dibacakan dan pelajar dibenarkan pulang. Saidatul Syifa’ mengemas barang-barangnya dan beriringan keluar bersama-sama rakannya, Julia. Belum pun sepuluh langkah kakinya bergerak, Saidatul merasakan bahunya dilanggar. Habis jatuh bertaburan buku-buku dan fail di tangannya. Julia tunduk membantu mengutip barang-barang Saidatul. Saidatul sempat melihat jelingan sepasang mata itu bersama senyuman sinis yang seakan-akan mengejeknya. Saidatul tetap tidak mengambil hati dengan perbuatan gadis manis itu terhadapnya.

Kau keras hati, Putri! Kau sengaja menafikan perkara yang sebenar! Kau tidak mahu mengaku kenyataan yang sebenarnya. Tapi aku akan pastikan kau mengaku sendiri! Aku akan pastikannya!

Puan Marina Hannah memeluk anak perempuannya yang sedang menangis. Encik Ariffin hanya memerhati dua beranak itu. Dia membatukan diri dan tidak dapat berkata apa-apa.“Mama tahu Datul sayangkan adik Datul tu tetapi perasaan marah telah menguasai hatinya,” ucap Puan Marina perlahan, cuba menenangkan perasaan anaknya.

“Tapi kenapa mama? Datul masih dapat melihat sinar kasih-sayang di matanya. Takkan tak ada sedikit pun saki-baki kasih sayang itu untuk kakak kembarnya ini. Dia kembar Datul, mama. Datul dapat rasa apa sahaja yang dia rasa.”

“Datul, abah percaya suatu hari nanti Putri akan kembali kepada kita,” ucap Encik Ariffin tiba-tiba.

“Putri…” Esak tangis Saidatul berbunyi lagi.
Kenangan dirinya bersama Putri datang lagi. Dia dan Putri bergaduh mengenai rancangan untuk pergi ke negara kelahiran mama mereka. Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun memujuk adik kembarnya untuk pergi bersama-sama mereka tetapi adiknya tetap berkeras tidak mahu pergi. Alasannya, dia tidak mahu meninggalkan Nek Som, nenek mereka seorang diri.

Benar, Puan Marina sebenarnya anak kelahiran negara Sepanyol yang beragama Islam. Selepas berkahwin, Puan Marina menetap di Malaysia. Enam tahun kemudian, Puan Marina menyatakan hasratnya untuk pulang ke Sepanyol. Dia rindu akan ibubapa dan tanah airnya. Akhirnya, Putri ditinggalkan bersama Nek Som.

Kelas berjalan seperti biasa. Lazimnya pada maddah terakhir, para pelajar kelihatan letih dan tidak bersemangat tetapi apabila jam menunjukkan pukul dua petang, mereka semua kembali bertenaga. Itulah sikap pelajar sekolahnya termasuklah pelajar kelasnya sendiri.

Semua murid telah keluar dari kelas masing-masing. Saidatul masih lagi mengemas alat tulisnya. Ketika dia berkira-kira untuk beredar, dia ternampak Putri yang masih lagi tunduk menghadap meja. Menyiapkan kerja sekolah barangkali.

Saidatul sedar yang gadis itu tinggal di asrama, tidak perlu tergesa-gesa pulang sepertinya tapi perut perlu diisi dengan makanan tengahari. Saidatul menyuruh rakannya, Julia pulang terlebih dahulu sementara dia mengatur langkahnya ke arah gadis itu.

“Putri…” Saidatul menyapa.

Putri tidak menghiraukan suara itu.

“Kenapa tak pulang ke asrama lagi?” Saidatul tidak berputus asa untuk berbual dengan gadis itu. Putri tetap diam.

“Putri, kenapa…”

“Hei, kau ni kenapa hah? Sibuk jaga tepi kain orang? Menyibuk aje!” Bentak Putri Syifa’ sebelum sempat Saidatul menyempurnakan ayatnya.

“Aku bukan menyibuk, Putri. Aku ambil berat tentang kau.”
Mendengar kata-kata itu, Putri berdiri dan memandang mata Saidatul yang berwarna biru sebelah.

“Ambil berat? Siapa kau?Aku tak kenal pun? Apahal nak ambil berat tentang aku pula?”
Saidatul tersentak.

“Putri! Kita adalah saudara kandung! Kau tak dapat nafikan itu!” Suara Saidatul makin tinggi.

“Saudara? Hei, aku tak ada saudara lain selain nenek aku! Nek Som yang jaga aku dari kecil hinggalah dia menghembuskan nafasnya yang terakhir. Selepas itu, aku terpaksa tinggal di asrama. Kau mengaku saudara aku tapi di mana kau selama ini? Kau tinggalkan aku keseorangan di kampung sementara kau pergi berseronok di Sepanyol tu!
Kau berada di luar negara, tak pernah kirim khabar berita, tak pernah tanya khabar aku, tak pernah pulang walaupun semasa Nek Som meninggal! Never! Setelah sepuluh tahun, baru kamu semua pulang dan mengatakan yang kamu semua keluarga aku.” Putri Syifa’ meluahkan segala kemarahan yang telah lama terbuku di hatinya.

Saidatul Syifa’ terdiam. Sunyi sepi seketika. Saidatul cuba untuk membuka mulutnya.

“Putri…Aku tahu semua itu. Kami patut pulang semasa Nek Som meninggal. Kami bersalah. Aku pun tak patut tinggalkan kau seorang diri kat kampung. Aku tahu, aku terlalu ikutkan kemahuan aku untuk pergi ke luar negara. Aku minta maaf. I’m really sorry. Tapi aku pun rindukan kau di sana. Aku terpaksa biasakan diri dengan ketiadaan kau.” Saidatul meluahkan perasaannya pula.

“Ah, itu pilihan kau!”

“Tapi kau patut tahu Putri, aku amat merindui kau. Aku amat menyayangi kau selama ini. Kau pun begitu Putri...” Mata Saidatul sudah mula berair.

Putri menggeleng-gelengkan kepalanya.

“Tak, kau tipu dan aku tak ada-apa-apa dengan kau!”

“Kau tak boleh menafikannya, Putri Syifa’! Mata kau itu berwarna biru seperti aku. Itu buktinya. Kau menyembunyikan mata itu dengan kanta mata,”jawab Saidatul dengan tegas.

Tangan Putri sudah berada di telinganya. Tidak mahu mendengar lagi.

“Tidak! Aku tak ada semua tu!” Jerit Putri. Dia berlari keluar.

Saidatul yang terkejut dengan tindakan adiknya turut keluar mengekori gadis itu. Seperti orang yang tidak sedarkan diri, Putri berlari keluar dari pintu pagar sekolah dan terus meyeberangi jalan raya tanpa menyedari ada sebuah kereta yang meluncur laju semakin hampir dengannya.

Saidatul yang melihat keadaan itu mencepatkan lariannya ke arah adik kesayangannya. Dia menolak kuat tubuh Putri sehingga gadis itu terpelanting jatuh ke tepi jalan.

Putri cuba bangun dengan menahan rasa sakitnya. Dia berpaling ke arah Saidatul. Ya Allah! Saidatul dilumuri darah merah.

“Datul!” Putri menjerit. Dia segera berlari ke sisi kakaknya dan terus merangkul kembarnya itu.

“Datul…” Putri menyentuh pipi kakaknya. Air matanya gugur ke bumi tanpa dipinta.

“Datul, kau tak boleh tinggalkan aku. Kau akan selamat,” ucap Putri lagi. Dia sudah menangis teresak-esak. Dia tidak dapat menahan kebenarannya lagi.

“Putri…” Saidatul bersuara dengan lemah.
“Katakan kau sayangkan aku,” pinta Saidatul. Dia ingin mendengar sendiri kata-kata itu daripada mulut adiknya

Putri mengangguk pantas.

“Aku sayangkan kau, Datul. Jangan tinggalkan aku.”

Saidatul tersenyum puas. Di saat itu, dengan payah dia mengeluarkan sesuatu dari kocek baju sekolahnya dan dihulurkan kepada Putri.

Putri melihat apa yang berada di genggaman kakaknya. Seutas rantai! Rantai yang pernah dimilikinya. Rantai itu tertulis namanya. Dia pasti kerana dia juga mempunyai rantai seperti itu yang tertulis nama kakaknya. Mereka pernah bertukar rantai milik mereka suatu masa dahulu. Putri mengenggam kemas tangan Saidatul.

“Kasih kita tetap akan bersama selamanya,” ucap Saidatul sebelum mulutnya menuturkan kalimah suci syahadah dengan tersekat-sekat.

Akhirnya Saidatul Syifa’ menutup matanya untuk kali terakhir dalam hayatnya. Putri Syifa’ menangis semahu-mahunya.


“Oh kau masih bersamaku…bersamaku,
Di depan mata walau apa saja
Dan ku masih bersamamu…bersamamu
Untukmu semua…ucapkanlah kuikhtiar.”
February 25, 2011

Karya 1: JAHAT


Pengumuman

Karya berikut adalah karya asli daripada penulis. Tiada suntingan dilakukan bagi membolehkan anda menilai sendiri karya tersebut. Sebarang persamaan kisah/cerita adalah idea imaginasi penulis sendiri. Harap maklum.

Tajuk Karya : Jahat
Nama Pena : Nura Azata
Tajuk Lagu : Jahat (Stacy)

Sejak kehilangan ibu dua bulan lalu, hidupnya menjadi semakin tak terurus. Biasalah anak tunggal—manja. Semua perkara ibu yang selesaikan. Baik makan, pakai, sampaikan stokin pun ibu yang bukakan. Sekarang ibu dah tiada, padan dengan mukanya!

Pagi-pagi lagi dia sudah bersiap. Dengan kemeja yang renyuk seribu, gayanya yang selekeh—mana-mana perempuan pun takut nak dekat. Tapi, kalau diikutkan perempuan zaman sekarang yang pentingkan harta dan pangkat, semua perkara tu boleh tolak tepi. Yang penting poket penuh. Tapi, ingat dia peduli? Kerja enam hari seminggu, cuti pun kadang-kala dipanggil, memang tiada masa nak fikir fasal teman wanita, cinta, apatah lagi fasal kahwin.

“Kamu ni makin kurus akak tengok.” Sapa jururawat yang sedang bertugas di situ.
“Oh! Saya diet kak. Takut makan banyak-banyak nanti obesiti pula.” Dr. Shabil berseloroh.
“Iya? Dah makan tengahari?” Tanya Kak Ezah lagi.
“Makan tengahari eh? Hm... lupalah. Ingatkan pagi lagi.” Dia tersengih-sengih.
“Itulah, akak suruh kahwin, tak nak. Teruruslah sikit hidup kamu tu.”
“Kalau kahwin boleh terus ingat makan tengahari ke kak? Lagipun, nak kahwin dengan siapa? Nampak anak dara orang, tarik dia, kemudian paksa dia kahwin, macam tu?”

Tak sangka pula lawak bodoh Dr. Shabil akhirnya menyebabkan Kak Ezah marah lalu menarik rambutnya yang lagi esok lusa nak gugur. Mereka memang sangat rapat. Hakikatnya, dia menganggap Kak Ezah seperti keluarganya sendiri. Sejak dia mula bertugas di hospital ini, Kak Ezah adalah orang pertama yang dia kenali. Nasib baik anak Kak Ezah kecil lagi. Kalau tak dah lama dia masuk meminang.


*****

Gina, 25 tahun adalah seorang penulis novel yang tidaklah dikenali ramai. Novelnya seringkali mendapat kritikan hebat di internet. Nak buat macam mana. Dia bukanlah sehebat Ahadiat Akashah. Menulis hanya kerana minat, tapi bakat tak seberapa. Cuma, itu saja yang dia mahu lakukan.
Dia berbadan montel, berkulit putih dan gemar berbaju kurung. Dia dianggap kuno oleh kawan-kawan kerana tubuh badannya yang comel maka dia susah untuk bergaya. Bagi Gina, fesyen hanya untuk orang-orang kurus saja. Dan mengapa dia gemuk? Ini semua gara-gara Alam, teman lelakinya yang kononnya cinta setinggi langit, sayang seluas lautan, rupa-rupanya ada perempuan lain. Lelaki buaya darat betul! Sebab itu dia malas nak bercinta. Kerana itu dia tak kuasa nak melayan perasaan cinta. Kerana inilah—bila kecewa, makan banyak-banyak. Bila rasa sedih, cari jajan dan makanan manis. Bila badan dah secomel ini, menyesallah pula. Tapi, bagus juga. Dah gemuk, tentu tak siapa suka.

Malangnya apabila dia disahkan menghidap penyakit darah tinggi dan kolesterol tinggi. Bagus, kan? Memang padan mukanya. Setiap bulan kena pergi hospital, buat pemeriksaan kesihatan. Nasib baik mama papa tak bising. Cuma, mereka tak suka Gina menyewa di luar seorang diri. Kalau sakit macam mana? Tapi, Gina fikir itu lebih baik. Sebab, dia menyewa di sini kononnya nak cari ketenangan. Penulislah katakan. Tapi sejak berbulan lalu tinggal di sini, habuk pun tak ada. Tak ada idea langsung. Nampaknya kalau berterusan macam ni, lebih baik dia pindah rumah mama papa semula.

“Nombor satu lagi. Yes!”
Gina sangat gembira kerana setakat ini sudah tujuh kali berturut-turut dia mendapat giliran yang pertama. Biasalah, di hospital kerajaan kena berebut sikit. Kerana itu pagi-pagi lagi dia sudah berpacak di depan kaunter yang belum di buka. Tak malu betul. Mengikut pengalaman sebelum ni, doktor tentu datang lepas pukul 10. Baik dia pergi sarapan di Kafe dulu.
Ketika dia sedang menuju ke Kafe, ketika itulah dia ternampak seorang lelaki yang kelam-kabut berjalan, tiba-tiba terjatuh ke dalam longkang. Riak wajah Gina mungkin biasa, tapi dalam hati gelak macam nak gila. Lelaki itu memandang sekeliling, tiada orang. Mungkin dia malu—tapi tanpa disedari Gina berdiri di balik tiang memerhatikan gelagatnya yang terkial-kial keluar dari longkang yang airnya seperti air kopi di gerai Pak Alang. Nak tolong? Jangan haraplah Cik Abang!

“Ini idea ni. Kalau buat cerita lawak, pasti laku.” Kata Gina sambil menutup mulut menahan ketawa.


*****

Dr. Kay tak ada? Hm... bosanlah macam ni. Aku suka Dr. Kay dengan lawak selambanya tu. Mana pula dia pergi? Ponteng kerja ke?

“Cik Gina NurJannah.”
Namanya dipanggil.

Dikala kaki melangkah laju ke bilik doktor, di saat itulah jantungnya berdebar kencang. Apa fasal pula? Takkan sakit jantung? Serius ni.
Untuk pertama kalinya dia bertentang mata dengan doktor pengganti, barulah dia tahu mengapa jantungnya menari kencang. Rupanya nak berjumpa dengan lelaki yang terjatuh dalam longkang tadi. Sabar saja dia menahan gelak. Nasib baik dia bukan jenis yang suka memalukan orang lain. Doktor ni nampak garang saja, kenapa pula? Kalau dia marah aku, tengoklah, aku akan bangkitkan hal tadi.

“Muda-muda dah kena darah tinggi.” Sindiran pertama doktor itu.
Kemudian, dia baru saja hendak melekapkan stetoskop ke badan aku, waktu itulah giliran aku pula menyindir dia.
“Err... doktor dah cuci tangan dulu? Tadi saya nampak doktor jatuh dalam longkang.” Selamba aja aku cakap begitu hingga naik merah mukanya menahan malu. Nasib baik tiada jururawat di situ.
“Saya dah cuci. Dengan sabun Dettol lagi. Awak jangan nak berdalih. Ini kenapa tekanan naik tinggi sangat ni?” Doktor tu marah, kononnya.
“Entah. Mungkin sebab menahan gelak sejak pagi tadi tak?” Jahat betul mulut aku!

Bengang saja muka doktor tu. Sempat juga Gina merenung tag namanya—Dr. Shabil. Tapi, dia tak sengaja mencari fasal dengan doktor tu. Kebetulan agaknya kejadian malang Dr. Shabil berlaku depan mata Gina pagi tadi, itu yang payah sikit. Namun, Dr. Shabil tak melepaskan peluang. Punyalah teruk dia berleter. Katanya Gina hobinya makan, malas buat kerja rumah pula tu. Sebenarnya, betul sangkaannya. Tak syak lagi. Cuma panaslah telinga mendengar leteran orang. Kena sindir lagi, sakit hati betul.

“Ya doktor. Saya memang malas, gemuk, tak cantik, apa lagi?” Gina mengerutkan kening.
“Suka makan. Suka tidur...” Tambah Dr. Shabil lagi.

Macam nak meletup kemarahan Gina waktu tu. Tapi, itu salah dia. Dia yang mulakan dulu. Jadi, sebelum angin taufan bertiup kencang, lebih baik dia pergi dari situ. Boleh tahan celupar mulut doktor tua ni.

“Jangan lupa. Minggu depan kita jumpa lagi.” Kata Dr. Shabil dengan senyuman.

Wah! Tidak pernah dia melihat senyuman semanis itu. Tak sangka dalam hatinya masih terselit perasaan kasih. Dengan renungan matanya yang menusuk terus ke jantung. Oh! Dia bukan sakit jantung—dia demam cinta! Ish, mana boleh. Gina sudah berjanji, tiada cinta, tiada jejaka dan tiada perasaan lagi untuknya. Selama 25 tahun ni, cinta baginya hanya mendatangkan malapetaka saja. Kerana cinta lah badannya jadi montel begitu. Tak mungkin. Ini hanya sekadar suka. Suka-suka, sebab itulah... Ha! Ha! Dia pasti akan melupakan 'kasih' Dr. Shabil setelah dia bangun dari tidur esok hari.

“Minggu depan? Bukan ke sepatutnya bulan depan? Hm... boleh juga!”
Gina tersenyum sendiri.


*****

Ini tak logik. Sudah beratus-ratus pesakitnya sebelum ini, kenapa gadis yang satu ini mewujudkan satu perasaan pelik dalam sanubarinya. Eh! Jatuh cinta tak? Mungkin. Boleh jadi. Adakah dia juga punya perasaan yang sama terhadap aku? Harap-haraplah.

Sepanjang hari, fikirannya melayang jauh entah ke mana. Untung minggu ni kurang pesakit, jadi tidaklah begitu sibuk. Waktu makan tadi pun, dia hanya menjamah separuh daripada sepinggan nasi ayam. Tak selera. Macam tu ke perangainya kalau sudah dilamun cinta?
Gina NurJannah. Sedap namanya, secantik orangnya. Agaknya tadi dah lupa diri, sebab itulah salah letak tarikh. Sepatutnya pemeriksaan seterusnya pada bulan depan. Tapi, kalau lama-lama, boleh jadi rindu. Alahai... tolonglah aku.

“Ni kenapa kamu ni?” Tegur Kak Ezah ketika dia mengemas untuk pulang ke rumah.
“Apa? Apa tak kenanya? Saya okey apa.” Jawab Dr. Shabil dengan senyuman.
“Kalau okey, kenapa gantungkan stokin kamu dekat poket seluar. Buruklah orang tengok.”
“Oh! Ya ke? Tak perasan.” Dia masih lagi tersenyum sumbing.
“Kamu ni... Kamu jatuh cinta ya? Aha... Betul tak?” Kak Ezah serkap jarang.
“Apa salahnya, kan?”

Sumpah—dia tak pernah alami perkara sebegini. Kehidupannya terjejas gara-gara Gina NurJannah. Gina sudah merosakkan akal fikirannya. Dari tadi dia asyik fikirkan gadis itu. Balik rumah, wajah Gina masih terbayang. Bila teringat akan riak wajahnya yang riang dan ceria, lagi membuatkan Dr. Shabil tak boleh tidur. Sikit pun tak boleh lelap. Pusing sini, pusing sana, tetap tak mahu tidur. Entah mantera apa Gina dah guna hingga dia jadi gila bayang begitu.

Satu perkara saja yang dia tahu mengenai Gina—dia sukakannya. Suka sangat! Wajahnya, senyumannya, lawaknya, gelaknya, sindirannya atau apa saja. Tidak ada apa kekurangan pada Gina yang dilihatnya, semuanya kerana dia cintakan gadis itu.

“Kak, carikan nombor telefon pesakit tadi.” Bisik Dr. Shabil di telefon.
“Kamu dah kenapa telefon akak pukul 3 pagi ni? Kemaruk apa?” Suara garau Kak Ezah kedengaran. Mungkin sedang tidur nyenyak.
“Apa salahnya, kan?”


*****

Pukul 1 pagi, Gina masih terpaku depan komputer untuk menaip sesuatu. Idea tiada, jalan cerita tiada, tapi wataknya sudah ada—iaitu Dr. Shabil. Kenapalah dia asyik fikirkan doktor itu setiap kali dia nak buat apa-apa sekalipun? Dia bukannya suka pada doktor tu. Menyampah, meluat pun ada. Semuanya kerana mulut doktor itu yang tiada insurans. Dia sepatutnya melupakan senyuman Dr. Shabil yang menawan, dan cuba fokus pada novelnya yang masih tiada isi.

Dilihatnya tarikh di kad hospital yang ditulis oleh Dr. Shabil siang tadi. Comel tulisannya. Ha! Ha! Ish... tak patut asyik teringatkan dia. Lupakan doktor tu. Cepat lupakan. Tak ingat ke akan peristiwa dulu? Tak ingat ke bagaimana peritnya hati ditinggalkan kekasih? Perkara itu tak mungkin berulang lagi. Tak akan!

“Bilalah nak sampai tarikh ni agaknya.”
Dan dia merenung kad hospital itu, hinggalah dia tertidur di sisi meja, dalam keadaan hati masih berbunga-bunga.


*****

“Helo. Ya? Datang hospital sekarang? Ada apa hal?”

Tiba-tiba hospital menelefon dan suruh datang dengan segera. Ada apa-apa yang tak kena pada keputusan ujian darah tu ke? Aku ada penyakit lain ke? Atau... penyakit yang serius?

Hari ini, dia pula yang kelam-kabut bersiap, kemudian berlari untuk pergi ke hospital. Bukan ke dia baru buat ujian darah semalam, takkan keputusannya sudah ada? Selalunya ambil masa selama 2-3 hari. Ini yang pelik lagi menghairankan.

“Cik Gina NurJannah.”

Dadanya kembali kencang. Alamak! Doktor semalam ke? Minta-mintalah Dr. Kay. Aku betul-betul nak elak daripada bertemu dengan Dr. Shabil. Aku tak suka. Punyalah susah aku nak lupakan dia. Punyalah susah aku nak padamkan dia dari dalam ingatan. Mimpikan dia hingga terigau-igau aku dibuatnya.

Aku takkan bersikap baik kalau Dr. Shabil yang merawat aku!

“Selamat pagi.”
Alamak! Memang Dr. Shabil.

“Saya... sebenarnya... Awak sihat?” Tanya Dr. Shabil.
“Hm... bukan ke semalam baru check?” Jawab Gina. Dia takkan terjebak dengan perasaan ini lagi. Dia perlu bertegas.
“Sini.” Dr. Shabil terus melekapkan stetoskopnya ke jantung Gina. Memanglah berdegup kencang ketika ini. Mahu dia fikir Gina ada sakit jantung.
“Okey. Dengar saya punya pula.” Dia terus memaksa Gina mendengar dari stetoskop itu yang dilekapkan ke dada Dr. Shabil.
“Agak-agak awak, sama tak degupannya?” Tanya Dr. Shabil serius.
“Mungkin. Kenapa? Kita berdua ada sakit jantung ke?” Mata Gina terbeliak. Cuak juga.
“Maknanya... kita berdua saling jatuh cinta.” Jawabnya selamba lalu menulis sesuatu pada kertas lalu diserahkan kertas itu kepada Gina.

'Sudi tak awak jadi isteri saya?'

Gina mengerutkan dahi. Perkara itulah yang paling merepek pernah berlaku dalam hidupnya. Hatinya berkata mahu. Tapi dia benar-benar ingin menolak.

“Maaflah doktor. Saya tak berminat dengan tawaran doktor tu. Saya tak ingin bercinta lagi. Lelaki semuanya sama.” Gina memalingkan muka ke tempat lain. Pada hal jiwanya meronta-ronta.
“Jangan beritahu saya yang awak sukakan perempuan?” Dr. Shabil mengagak.
“Helo. Ingat saya ni... perempuan apa!” Gina harus membangkitkan kemarahan. Kerana amarah saja dapat melenyapkan perasaan suka dan sayang.
“Jadi, apa jawapan awak? Awak menolak?” Wajah Dr. Shabil sedikit kesal.
“Mm...” Tiada jawapan—bukan iya, bukan tidak.

“Saya... saya. Badan saya gemuk begini, saya ada penyakit ni, semuanya gara-gara kecewa dengan lelaki. Saya... bukan tak terima... Saya...” Gina menunduk malu.
“Tak apa. Mereka penyebab awak sakit, saya akan ubatkan awak. Asalkan kita hidup bersama, saya akan sentiasa menjaga awak. Saya janji.” Renungannya tepat ke mata Gina.
“Tapi, saya... Saya takkan bercinta lagi, itu prinsip saya.”
“Awak tak perlu cintakan saya. Saya akan mencintai awak sepenuh jiwa raga saya. Di mata saya, hanya ada awak seorang saja.”

Kata-kata Dr. Shabil benar-benar melembutkan hati Gina.

“Tapi, kita kan baru kenal semalam? Tak sampai 24 jam pun.” Tanya Gina lagi.
“Tak apa. Bercinta lepas kahwin kan lebih baik.”

Baru dia perasan, hari ini hari Sabtu. Klinik tak buka hari ni. Sebab itulah suka-suka hati Dr. Shabil nak buat kejutan macam ni. Jadi, siapa pula jururawat yang jadi penyokong dia ni?
“Kamu kena belanja akak makan Pizza Hut.” Kata Kak Ezah lantas terus beredar dari situ. Susah payah dia rancangkan semua ini.

“Hari ni kan klinik tutup. Takkan tak perasan?” Tanya Dr. Shabil apabila mereka berdua keluar dari kawasan hospital.
“Oh! Patutlah tak ada orang.”
“Demi awak, saya sanggup buat apa saja.” Dr. Shabil terus merampas tangan Gina dan memimpinnya.
“Jahatlah awak ni!”