Breaking

Showing posts with label novel cinta. Show all posts
Showing posts with label novel cinta. Show all posts

Aug 20, 2010

August 20, 2010

Ke Mana Hatimu ~ Eyman Hykal


Harga Asal: RM18.00 *SOLD*
Harga Tawaran: RM12.00 (termasuk pos)
M/Surat: 492ms
Status: Terpakai/(8/10)

Sinopsis:


Setelah bertemu dengan Ayu Fatiha, kasih Izuddin terhadap tunangnya, Nurul mula goyah. Ayu tidak ingin menerima Izuddin bila mengetahui yang pemuda itu telah berpunya. Kerana ini Izuddin mengambil keputusan nekad untuk memutuskan tali pertunangan dengan harapan Ayu akan menerimanya. Namun, gadis itu menolaknya mentah-mentah.

Bila disentap dengan realiti, Izuddin tersedar akan dosanya terhadap Nurul. Dia ingin kembali ke pangkuan gadis itu. Namun, Nurul sudah pun membawa diri. Izuddin bagai hilang arah.

Apakah kesudahan ceritanya? Dapatkah Izuddin bertemu dengan Nurul untuk menyatakan kekesalannya? Apakah perasaan Nurul ketika menghadapi kenyataan hidup ini yang dia seperti dipermainkan oleh Izuddin?

Aug 6, 2010

August 06, 2010

Rindu Untuk Dia ~ Dhiya Zafira


**SOLD**
Harga Asal: RM19.90
Harga Tawaran: RM14.00 (termasuk pos)
M/surat: 492ms
Status: Terpakai/ Condition(10/10)

Sinopsis:

Amie Najla' nekad melarikan diri seminggu sebelum perkahwinannya. Tiada niatpun di hatinya untuk memungkiri janji, namun keadaan yang memaksa. Dia tidak sanggup melihat mahligai yang ingin di bina musnah jika Jad Imran tahu apa yang terjadi pada dirinya. Kerana itu dia rela dituduh sebagai pembohong.

Lima tahun berada di luar negara, rupa-rupanya tidak pernah memadamkan ingatannya terhadap Jad. Rindu yang terlalu terhadap lelaki itu telah membawa Amie kembali ke tanah air. Namun, kepulangananya ternyata satu kesilapan. Seseorang menantinya dengan seribu dendam. Dendam yang mahu dia kekal menderita sampai ke hujung nyawa.

Dalam kelelahan melenyapkan memori hitam itu, takdir ALLAH berpihak kepada Amie. Di sisi Jad, dia kembali menemui harapan. Namun, lorong-lorong bahagia yang direntasi sering terhalang. Malah, cinta yang mereka pertahankan itu mengorbankan satu nyawa.

Jul 13, 2010

July 13, 2010

Kau Untukku ~ Aisya Sofea


**SOLD**
HARGA ASAL: RM19.90
HARGA TAWARAN: RM13.00 (termasuk pos)
M/SURAT: 480ms
STATUS: TERPAKAI (10/10)

SINOPSIS:

Pertama kali bertemu Nurul Umairah, hati Ahmad Fuad sudah terpaut. Biarpun gadis itu sudah dimiliki, namun perasaannya tidak pernah berubah walaupun terpaksa menyembunyikan rahsia hatinya dalam-dalam.

Bila Jefri, tunang Nurul terkorban dalam kemalangan, Fuad menawarkan kasihnya. Nurul menolak kerana tidak mungkin dia mengalih perasaan pada lelaki lain dalam sekelip mata sahaja. Kebijaksanaan Fuad akhirnya meruntun tembok yang dibina Nurul. Dia akhirnya menerima Fuad tanpa mengetahui rupa-rupanya ada gadis lain sedang menagih kasih lelaki itu semula.

Apakah Fuad akan menyambung semula kasihnya bersama gadis yang tiba-tiba muncul kembali di antara mereka? Mampukah Nurul Umairah sekali lagi kecewa biarpun lelaki itulah yang memulakan percintaan mereka.

Jun 29, 2010

June 29, 2010

Saat Cinta Bersemi ~ Damya Hanna


**SOLD**
HARGA ASAL: RM18.00
HARGA TAWARAN: RM9.00
M/SURAT: 496ms
STATUS: TERPAKAI/ ELOK

SINOPSIS:

BENAR, tiada siapa yang mengharap derita sepanjang hidupnya. Begitu jua dengan Nur Dhuha yang tidak pernah mengimpikan duka. Namun, takdir sudah tertulis... kehidupannya terus dirundung malang.

Syamir... walau kewujudan semula lelaki itu tidak pernah dimahukan sama sekali, dia tetap tega memburu Nur Dhuha. Dendamnya begitu mendalam walau episod duka sudah berlalu bertahun lamanya. Nur Dhuha... didera mental dan fizikal seolah tidak layak menikmati hidup. Walau derita, jauh di sudut hati, dia tetap mendambakan kasih dan sayang. Bencinya terhadap Syamir hanya di bibir. Luka yang dicipta Syamir berulang kali dirawat sendiri sehingga sabarnya mencapai kemuncak.

Kehilangan Nur Dhuha meragut keegoan Syamir. Benarlah kata orang, betapa pentingnya seseorang itu hanya dapat dirasai apabila kita kehilangannya. Tatkala hampir kehilangan gadis itu, perlahan-lahan cintanya datang bersemi. Lantas, dia kembali sebagai pemburu demi sebuah kemaafan. Wajarkah kemaafan buat Syamir setelah Nur Dhuha hampir hilang pedoman diri? Masih adakah harapan untuk Nur Dhuha mengecap bahagia?
June 29, 2010

Bayangan Rindu ~ Anis Ayuni


HARGA ASAL: RM19.90
HARGA TAWARAN: RM10.00
M/SURAT: 592ms
STATUS: TERPAKAI

SINOPSIS:


KISAH cinta Iddya yang penuh pahit manis. Cinta pertamanya dengan Baein, teman sekelasnya tidak kesampaian apabila pemuda itu mengalih cinta kepada gadis lain. Biarpun kecewa, Iddya tabah menghadapi dugaan ini.

Pertemuan dengan Lutfi pula melahirkan rasa cinta yang begitu mendalam. Tapi ikatan itu putus di tengah jalan dan menimbulkan konflik kejiwaan pada diri Iddya. Pada Umar Aisy, bekas teman sekolahnya, dia mencurahkan resah gelisah, duka kecewa dan menangis hiba. Lelaki itu sentiasa memujuk dengan kata-kata yang mendamaikan.

Apakah Iddya akan menemui cinta sejatinya selepas ini? Siapakah lelaki yang bertuah itu? Pepatah ada mengatakan; gadis yang baik akan bertemu jodoh dengan lelaki yang baik juga.

Jun 23, 2010

June 23, 2010

Street Vandetta ~ Anita Aruszi/ Mazni Aznita


**SOLD ~ WENDY**
HARGA ASAL: RM19.90
HARGA TAWARAN: RM10.00
M/SURAT: 636ms
STATUS: TERPAKAI
CONDITION: 10/10

SINOPSIS(dari website buku prima):

Anabella, gadis hipokrit bermata duitan. Kojie, si jejaka selekeh bergaya 'punk' dan sukakan kesederhanaan. Kerana sebuah kereta, mereka dipertemukan dalam situasi aneh. Kisah mereka tercipta di jalanan. Satu perjalanan yang penuh 'havoc'!

Anabella si gadis hipokrit bermata duitan. Kojie, si jejaka selekeh bergaya punk dan sukakan kesederhanaan. Kerana sebuah kereta, mereka dipertemukan dalam situasi aneh. Kojie ditugaskan menarik kereta Anabella yang banyak berhutang. Namun Anabella nekad melarikan keretanya kerana mengejar sebuah cinta. Dan kisah mereka tercipta di jalanan. Satu perjalanan yang penuh havoc dan peristiwa.

Cinta Anabella pada Iqbal membawanya ke Cherating ditemani Kojie, si selekeh yang baik hati. Misi Anabella cuma satu, mahu merebut Iqbal dari tangan si Tumirah Kuncup aka Mira yang bakal bertunang. Namun di sana dia mula memahami sesuatu yang cinta monyet sewaktu remajanya tidak lagi sama seperti yang diharapkan.

Perpisahan terakhirnya dengan Kojie di Cherating bagaimanapun sering membuahkan rindu. Anehnya bila dia bertemu Fakruzi, si jejaka tampan yang memiliki iras senyuman Kojie Anabella merasa keliru. Fakruzi dan Kojie, orang yang sama atau dua individu berbeza? Jawapannya hanya ada di penghujung kisah.

Jun 15, 2010

June 15, 2010

Padamu Kusandarkan Cinta ~ Halina Kamarudin


**SOLD ~ HANYS**
HARGA ASAL: RM23.00
HARGA TAWARAN: RM12.00
M/SURAT: 567ms
STATUS: TERPAKAI/ ELOK

SINOPSIS:

Pada mulanya dia sangat gembira melihat Farisha berseorangan. Ingin sekali dia mendekatinya tetapi tiba-tiba langkahnya terhenti sebaik sahaja terpandangkan kelibat seseorang. Wajahnya yang ceria bertukar menjadi murung, dia kini hanya mampu memandang jauh.

Sifat cemburunya telah menyelinap ke dasar hati apabila melihatkan kemesraan pasangan itu. Dia tahu kini, Farisha bukanlah miliknya lagi, namun Farisha masih dicintainya. Cuma untuk memilikinya semula adalah satu perkara yang mustahil.

Rasa menyesal masih menghantuinya sehingga kini. Kalau diikutkan hatinya dia mahu merampas Farisha semula tetapi dia tahu jika berjaya sekalipun, hati Farisha tidak lagi padanya. Sesungguhnya dia tidak mampu melenyapkan nama itu dari lipataqn kenangannya. Kini dia ibarat sang pungguk rindukan bulan.
June 15, 2010

Matahariku ~ Aina Emir


**SOLD**
HARGA ASAL: RM19.90
HARGA TAWARAN: RM10.00
M/SURAT: 537ms
STATUS: TERPAKAI

SINOPSIS:

Syakirah, gadis biasa-biasa yang bertahi lalat di bawah bibirnya, sekalipun tidak sehebat seorang ratu, tetap istimewa. Keresahan jiwa telah menjadikan dia gadis ‘nakal’ yang menghabiskan masa di dunia fantasi ‘anime’. Dia juga menjadi ‘pakar mengurat’ di alam maya. Sekalipun umurnya sudah mencecah kedewasaan, namun cinta dan kasih sayang seorang lelaki tidak pernah berbunga dalam hidupnya.

Perkahwinan merupakan sesuatu yang menggerunkan, kerana nun jauh di lubuk hati, dia bimbang menjejaki ibunya dan tidak mahu dilabelkan sebagai gadis ‘materialistik’. Pun begitu, kehadiran Khair atau ‘Kai’ sejak remaja lagi, kini mula mengubahkan perasaannya. Kalau dulu dia tidak merasakan Kai itu menarik, kini dia tahu lelaki itu mampu menyinarkan hidupnya. Bukankah mereka serupa sahaja? Malangnya, tiba-tiba sahaja ombak deras datang memukul, lalu mengucar-ngacirkan hidupnya. Syakirah terkapai-kapai dan tidak tahu hendak ke mana. Tahu-tahu dia sudah terperangkap dalam sesuatu yang hampir dekat dengan igauannya!

Kehadiran lelaki yang berketurunan campur itu meresahkan lagi hidupnya. Mengapa dia harus hadir dan mengelirukan keadaan? Apakah kuasa yang dia ada untuk melemahkan semangat dan mengecutkan perut gadis yang kaya dengan keayuan asli itu?

“It’s all about going crazy… and doing crazy thing.” katanya lagi,
“Kerana kehadiranmu sinonim dengan cahaya matahari…”
June 15, 2010

Keranamu Ain...~ Noor Suraya



HARGA ASAL: RM16.90
HARGA TAWARAN: RM8.00
M/SURAT: 273ms
STATUS: TERPAKAI
CATATAN:
Kertas berwarna kuning (buku corak lama). Kondisi kandungan dan muka surat masih elok.
SINOPSIS:
Dia pintar dan kadang-kadang garang tetapi menarik. Dia penyayang dan kadang-kadang terlalu sensitif tetapi pemaaf. Yang pasti Ain ialah insan dalam dunia dengan gayanya yang tulen. Anggu dalam darjahnya yang tersendiri. Indah dalam peribadinya yang sempurna...
June 15, 2010

Salam Taj Mahal ~ Sharifah Abu Salem


HARGA ASAL: RM15.00
HARGA TAWARAN: RM8.00
M/SURAT: 357ms
STATUS: TERPAKAI


CATATAN:


Buku masih elok, cuma warnanya agak kuning sedikit. Gambar di atas adalah dari buku asal.


SINOPSIS:


Di hujung pencarian itu mereka terpaka jatuh, bangun dan berlari kembali. Ibarat mengejar bayang, semakin dihampiri, semakin jauh pula jarak memisahkan. Kehidupan mereka seperti berada dalam satu perlumbaan yang belum nampak penghujungnya. Siapakah yang bakal menjadi pemenang?

ASHAkah yang baru berada di garis permulaan...FATIHAHkah yang sedang tercari-cari penghujung larian atau MASTERJIkah yang sedang menghitung langkah akhir ke garisan...

Pertemuankah yang bakal menghapus kerinduan? Atau apakah darah merah itu lambang keagungan kasih, cinta dan pengorbanan?

SALAM TAJ MAHAL...
Salam kerinduan
Salam kemanusiaan.

Jun 11, 2010

June 11, 2010

Arca Kasih ~ Norzailina Nordin


**SOLD**
HARGA ASAL: RM17.00
HARGA TAWARAN: RM9.00
M/SURAT: 499ms
STATUS: TERPAKAI

SINOPSIS:

Asmawi berjaya memiliki Norashikin tetapi kemunculan Sandra teman lamanya dari England secara tiba-tiba menggugat kasih mereka. Norashikin rasa tertipu dan cuba melarikan diri, tetapi mampukah dia membohongi hatinya?
June 11, 2010

Aura Cinta ~ Aina Emir


**SOLD**
HARGA ASAL: RM19.90
HARGA TAWARAN: RM10.00
M/SURAT: 568ms
STATUS: ELOK/ TERPAKAI

SINOPSIS BELAKANG BUKU:

Penglipur lara moden. Itulah Aina Emir, penulis matang berjiwa muda. Ramai yang melabelkan penulis ini sebagai "The Queen of Romance." Aina Emir adalah novelis kepada novel-novel bestseller... Sesuci Cinta, Seharum Kasih dan Setulus Janji.

Aura Cinta semestinya akan membawa anda mengembara ke alam keasmaraan yang lebih mencabar, penuh misteri, ada debaran... dari muka surat pertama, hingga ke penghabisan!

AURA CINTA menemukan anda kepada Azraai, lelaki Melayu yang bertubuh tegap lagi tinggi orangnya. Perjalanan hidupnya mula goyah bila pertama kali bersua dgn sesuatu yang dianggap aneh lagi pelik. Mengapa tiba-tiba saja dirinya teruja??

Aisya Hanan dan Cikgu Sally... mencabar jiwanya yang selama ini dirasakan aman dan tenteram. Dalam kekeliruan, Azraai tidak mampu untuk menepis kasih sayang Nurbaiti, gadis cantik lagi bijak, yang bukan hanya merupakan pilihan ibu, tapi gadis ini juga sudah lama taat menantinya. Di manakah letaknya nilai kasih seorang gadis matang, berjiwa murni, sopan santun dan berakhlak tinggi?? Bukankah dia mempunyai pakej yang lengkap sebagai seorang calon isteri?

Siapa pula Khairul, Anjang Sadang, Serhan Aydin dan Irfan? Bukan mudah untuk memilih. Tidak juga mudah untuk mengembara ke alam realiti yang penuh fantasi dan ilusi. Anda akan dibawa ke kawasan perkampungan orang asli di daerah Kuala Lipis, Pahang, satu kawasan tropika yang meninggalkan terlalu banyak teka teki untuk Azraai. Panoramanya cukup indah namun tetap berbeda dari yang biasa. Anda juga akan ke Lembah Kelang dan Negara Belgium dalam novel ini. sama-samalah bertemu dengan karekter-karekter yang semestinya akan membuat anda berkhayal, sambil menimba ilmu yang padat dibekalkan penulis.

Jun 10, 2010

June 10, 2010

Bunga Syurga ~ Anita Aruszi


**SOLD**
HARGA ASAL: RM23.00
HARGA TAWARAN: RM12.00
M/SURAT:623ms
STATUS: TERPAKAI

SINOPSIS:

Riffki - Dia melihat cinta pertamanya dalam wajah suci sang gadis yang dahagakan secangkir kasih. Namun dingin hati lelakinya terus menolak kehadiran rasa dalam diri. Pertemuan demi pertemuan membibit rasa rindu. Tetapi sayang yang tidak terucap seumpama racun menjalar. Bila hati semakin tidak tertahan, kesakitan terasa perit mencengkam. Cinta sepatutnya memberi, mengasihi dan menerima. Tetapi cintanya hanyalah menyakiti, mengasari dan menyeksa diri. Semakin banyak dia memberi, semakin jauh cintanya lari.

Hijjaz - Hablur-hablur rindu sudah lama ternoktah dalam hidupnya. Kesepian membuatkan dia sering bermimpi di siang hari. Namun tidak pernah terlintas di mindanya akan terbit satu saat di mana dia mula merindui insan yang terlalu berbeza. Namun menyayangi lelaki itu bagaikan menyayangi bayang-bayang sendiri. Semakin jauh dikejar semakin dirinya ditinggalkan. Suatu masa dia sudah lelah mengejar bila hakikat maha nyata terhampar di hadapan mata. Mungkin ini takdir azali, satu langkah abadi membongkar sebuah tragedi.
June 10, 2010

Kekasih Pujaan ~ Azian Zahra


**SOLD**
HARGA ASAL: RM18.90
HARGA TAWARAN: RM9.00
M/SURAT: 504ms
STATUS: TERPAKAI

SINOPSIS:

BILA HATI dilanda cinta, seluruh perasaan ego lebur menjadi debu. Sanggupkah Sufia anak gadis hartawan meluahkan perasaan cintanya terhadap Zalfi yang pada mulanya dianggap orang bawahan dan tidak sepadan dengannya?

Zalfi pula terpaksa pendam perasaannya terhadap Sufia, kerana sedar akan berbezaan darjat. Hubungan mereka terbatas setakat hubungan persahabatan yang masing-masing mengharap akan ada antara mereka yang membicara soal hati.

Namun harapan tinggal harapan, sehingga Sufia mengambil keputusan menerima lamaran Daniel teman sekuliah ketika melanjutkan pengajiannya di Australia dahulu.

Lukakah hati Zalfi? Sedangkan Sufia tidak pernah tahu akan cintanya. Apakah ada ruang waktu untuk Sufia berpatah balik daripada keputusannya ke jinjang pelamin bersama Daniel? Atau mungkinkah akan muncul orang ketiga yang akan menyatukan cinta mereka? Mungkinkah impian mereka menjadi kenyataan?

Jun 1, 2010

June 01, 2010

Cinta Rahsia ~ Liza Zahira


**SOLD**
HARGA ASAL: RM19.90
HARGA TAWARAN: RM10.00
M/SURAT: n/a
STATUS: ADA/ TERPAKAI
SINOPSIS:
Ayu Kartika terperangkap antara cinta dan cita-cita. Dalam membina kerjaya, dia telah bertemu Adam Zabidi, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Global Creative Communication, sebuah syarikat pengiklanan dan penerbitan milik bumiputra.

Adam yang sudah bertunang dengan gadis pilihan ibunya Farah Aina, terpaut hati pada Ayu. Seminggu sebelum majlis perkahwinannya, Adam telah membatalkan majlis tersebut. Dia telah menjejaki Ayu di Cherating. Salbiah, tidak dapat menerima keputusan anaknya itu Dia telah mengalami tekanan perasaan. Malang tidak berbau, dalam perjalanan pulang, Adam ditimpa kemalangan yang menyebabkan dia lumpuh.

Dr. Zabidi bersepakat dengan Ayu untuk membantu memulihkan Adam. Takdir telah menemukannya dengan Maisarah dan Daniel Hakimi, saintis muda dari Florida. Daniel telah membantu memulihkan Adam. Adik Adam, Hairil pula muncul dan menambah lagi kerumitan. Pada masa yang sama, Farah Aina cuba berbaik dengan Hairil, bekas kekasihnya. Kay yang hamil anak luar nikah hasil hubungannya dengan Hairil menaruh harapan pada Adam untuk menjadi bapa kepada anaknya. Kemuncak kisah ini berlaku apabila Farah Aina akhirnya dibunuh oleh Hairil. Lelaki itu pula dijatuhkan hukuman mati.

Tetapi dendam Farah Aina tidak berakhir di situ kerana Kay pun memusuhi Ayu hingga mendorong dia merancang untuk membunuh gadis itu. Terbukakah hijab yang menghalang hubungan Ayu dan Daniel?

May 8, 2010

May 08, 2010

Cinta Pertama ~ Norhayati Berahim


HARGA ASAL: RM19.90
HARGA TAWARAN: RM8.00
M/SURAT: 503ms
STATUS: ADA/ TERPAKAI

SINOPSIS:

Dia lelaki tampan yang mempunyai segala-galanya. Namun dia juga insan biasa yang punya kekurangan. Dia tidak sesekali percaya pada cinta. Bagi dia cinta suci hanya sekadar omongan yang tidak pernah menjadi kenyataan. Baginya, mana ada perempuan yang setia, mana ada perempuan yang suci cintanya. Selagi kesan luka masih terasa, masih kukuh menampar ingatan, dia lebih senang sendirian. Tidak disakiti dan menyakiti.

Secantik mana gadis yang hadir, rasa cinta tetap asing dalam hatinya. Tapi sampai bila dia mampu mengasingkan cinta dengan dirinya. Lantas, ketika hadir seorang gadis yang penuh pengertian dan kejujuran, tercuit jua tangkai hati dan perasaan. Apakah akan dibiarkan igauan lampau menguasai diri hingga rasa cinta yang mula bertunas tidak sempat dinikmati... atau memberi ruang pada cinta yang pertama kali mengetuk hati?

Dia keliru, adakah ini yang dinamakan cinta pertama... terseksa dalam keindahan?
May 08, 2010

Cinta Kau dan Aku ~ Siti Rosmizah


HARGA ASAL: RM19.90
HARGA TAWARAN: RM9.90
M/SURAT: 679ms
STATUS: ADA/ TERPAKAI

SINOPSIS:

"Apa jadi driver? Hei Risya, dah tak ada jawatan lain ke kat tempat kerja Milah tu sampaikan jawatan driver pun kau terima? Dah-dah, balik kampung aje. Tolong mak kat warung lagi bagus. Apa, kau ingat, kau tu jantan ke. Nak jadi driver", marah Mak Timah.

"Kalau saya katakan saya tak kisah untuk memperisterikan awak? Dan saya juga sebenarnya sudah mula menyukai awak, adakah awak akan berubah fikiran dan menerima saya?" soal Farish Hakimi dengan wajah serius.

"Sayang, dari hati yang tulus abang nak beritahu sayang yang abang sungguh bahagia dapat menjadi suami sayang. Abang harap, Risya boleh terima abang dalam hidup Risya. Percayalah, abang ikhlas mengambil Risya sebagai isteri abang."

Sebaik sahaja kaki Farish Hakimi hendak melangkah masuk ke balai berlepas, dia dikejutkan dengan suara yang amat dikenalinya. Suara yang sememangnya amat disayangi, suara yang menyebabkan dia ketawa, suara yang menjadikan hidupnya ceria, suara yang sentiasa berbisik manja di telinganya. Tidak, dia tidak perlu untuk mendengar suara itu lagi. Bukankah suara itu yang telah merobek hatinya? Bukankah suara itu yang telah meragut kepercayaannya?