Menu
Oh! MyKarya!

“Apa Zureen buat ni?”

“Saja lepak kat bilik abang. Tengok gambar-gambar masa abang tunang hari tu. Kan Zureen tak dapat ikut. Takkan abang nak marah.”

“Bukan tak boleh. Tapi tunggulah abang balik.”

“Zureen dah biasa dengan rumah ni. Orang kat rumah ni pun dah macam keluarga Zureen. Mak cik tak kisah pun…”

“Tapi abang kisah!”

“Abang Ijol berkira sangat, dengan Zureen semuanya tak boleh. Kalau dengan ‘dia’ abang sanggup buat apa aje, kan…” Zureen pura-pura sedih.

“Zureen dengan Melia…lain. Hubungan Zureen dengan abang tak lebih dari sepupu. Ingat tu.”

“Kenapa bang? Kenapa mesti lain. Kenapa abang Ijol tak macam dulu? Dulu waktu Kak Melia belum balik sini, abang selalu ajak Zureen keluar. Abang selalu temankan Zureen tengok wayang, shopping…”

“Zureen jangan salah sangka dengan apa yang abang dah buat selama ini. Abang dah anggap Zureen macam adik abang. Tak libatkan perasaan pun, Zureen. Lagipun waktu itu Zureen masih bawah umur. Dah setentunya abang kena jaga Zureen, itu kan amanah emak dan abah Zureen…” panjang lebar Ijol menerangkan kedudukan sebenar hubungan mereka.

Zureen meneleku di tepi katil milik Ijol. Ijol pula bersandar di tepi dinding biliknya. Menghadapi situasi sebegini membuatkannya berimaginasi agar pertunangannya segera dinoktahkan dengan pernikahan. Agar semua pihak faham dan mengerti anganan yang bertahun dibina untuk hidup bersama dengan Kamelia. Mungkin orang tidak nampak, kerana luarannya Ijol seorang yang sangat ‘cool’ dan tegas. Hanya Zek dan Baiti yang tahu perjalanan cintanya dan impian hidupnya terhadap gadis bernama Kamelia.

“Sekarang awak keluar, abang nak mandi.”

“Kejap lagilah Zureen keluar.”

“Keluar!”

“Abang Ijol kedekut!”

“Abang tak suka Zureen buat bilik abang macam bilik Zureen pulak. Dan abang tak benarkan Zureen masuk bilik abang sesuka hati tanpa kebenaran dari abang. Faham!”

“Sikit pun nak marah-marah…” selamba saja Zureen keluar dengan bebelan di mulut.

Ijol menggeleng-geleng melihatkan perangai Zureen semenjak kebelakangan ini. Dia tidak tahu apa yang telah merasuk sepupunya itu sehingga berperangai sedemikian, terutamanya sudah tidak menghormati dirinya sebagai seorang abang.

Ijol sedang mandi ketika telinganya terdengar bunyi pintu dibuka dan ditutup. Seingatnya dia telah mengunci pintu sebelum masuk membersihkan diri sebentar tadi. Mungkin emaknya meletakkan kain bajunya yang telah dicuci. Memang emaknya selalu begitu akan keluar masuk biliknya tidak mengira masa. Lagipun, apalah yang hendak dikisahkan. Bukankah hubungan ibu dan anak tiada batasan. Kasihnya ibu membawa ke syurga. Ijol bermonolog sambil menyapu badannya dengan syampu.

Ijol keluar dari bilik mandi dengan hanya bertuala. Dikerling sekilas jam di bucu katil, hampir pukul 10.00 malam. Malam itu dia merasakan sedikit aneh, keadaan sangat sunyi dan tidak kedengaran pula bunyi suara dari televisyen. Biasanya waktu begini abahnya masih belum tidur dan sedang melayan tayangan tengah malam di saluran Astro HBO. Baru dia teringat ketika sampai tadi tidak kelihatan kelibat emak dan abahnya di ruangan depan dan juga dapur. Kemanakah mereka?

Dia segera menyarung seluar pendeknya dengan t-shirt sebelum keluar dari bilik dengan hati yang berdebar-debar. Dia meninjau ruang dapur, tiada sesiapa di situ. Kamar kedua orang tuanya juga gelap, bermakna mereka tiada di rumah. Ijol berasa tidak sedap hati lalu menekan nombor telefon abahnya.

“Assalamualaikum…”

“Assalamualaikum…”

Ketukan keras di muka pintu membantutkan seketika niat Ijol. Dia segera membuka daun pintu. Di hadapannya berdiri beberapa orang lelaki berpakaian biasa dan ada yang bersongkok. Dia juga terlihat kelibat pak imam di kawasan perumahan tersebut yang sesekali bersalaman dengannya sewaktu solat Jumaat.

“Wa’alaikumussalam…”

“Kami mendapat maklumat yang di rumah ini ada orang bersekedudukan, berdua-duaan dengan yang bukan muhrim. Kami ingin membuat pemeriksaan untuk mendapatkan bukti mengenai aduan tersebut.”

Ijol terpinga-pinga sebentar, tidak tahu apa yang berlaku kepada dirinya. Patutlah perasaannya lain macam benar sebentar tadi, inilah jawapannya. Pihak penguatkuasa agama Islam membuat serbuan. Atas kesalahan apa? Siapa pula yang mengadu? Ahh! Buntu kepala memikirkannya.

“Astagfirullah….Awak siapa? Buat apa menyorok kat sini?” satu suara lelaki kedengaran terkejut sebaik masuk ke bilik Ijol.

Ijol ikut meninjau apa yang dilihat oleh para lelaki tersebut. Di hadapannya adalah Zureen yang bertuala sahaja sedang terpisat-pisat di balik pintu. Serta merta pandangan mata Ijol berpinar-pinar. Darahnya terus naik ke muka. Kurang ajar punya sepupu! Namun Zureen berlagak selamba. Di wajahnya tidak timbul langsung rasa terkejut atau malu dengan keadaan dirinya yang menjadi perhatian lelaki-lelaki tidak dikenali itu.

“Apa kau buat kat bilik aku hah?! Bila kau masuk sini. Bukan ke tadi…” Ijol menepuk belakang kepalanya beberapa kali. Hilang sudah rasa sabarnya. Serta merta wajah Kamelia melingkari ruang mata. Pasti tunangnya itu akan hilang rasa percaya padanya. Entah apa pula yang bakal berlaku sekiranya Kamelia tahu semua ini.

“Cik sila pakai baju, kami nak soal siasat sikit mengenai keadaan kamu berdua yang menimbulkan syak.”

Zureen berlenggang ke biliknya tanpa mengendahkan renungan amarah dari Ijol. Yes! Kau ingat kau pandai, bijak…lihatlah sekarang siapa lagi pandai dari kau orang semua! Dengusnya dengan rasa bangga yang meluap-luap.

Salah seorang daripada enam lelaki itu merekod sesuatu sewaktu mendengar butiran maklumat yang diberikan oleh Ijol dan Zureen. Ijol mati akal menangani situasi tersebut. Dia tidak rela maruahnya tercalar gara-gara perbuatan Zureen itu. Dia berfikir panjang tentang apa yang perlu dilakukan agar masalah itu dapat diselesaikan secepat mungkin sebelum Kamelia kembali ke tanahair.

“Encik…dia ni adik sepupu saya. Dah lama dia duduk dengan kami, lagipun kami bukannya buat apa-apa. Saya pun tak tahu dia ada kat dalam bilik saya. Tolonglah lepaskan saya, encik…”

“Saya berjanji akan selesaikan masalah ini malam ini juga. Saya tak mahu emak dan abah saya terkejut dengan semua ini. Saya tak tahu dia orang tak ada masa saya balik. Kalaulah saya tahu nak jadi macam ni, saya tak balik rumah pun tak apa, encik…” panjang lebar Ijol menerangkan perkara sebenar. Dia amat berharap dirinya terlepas dari tuduhan khalwat tersebut. Yang difikirkan hanyalah untuk menyelamatkan dirinya, pedulikan Zureen dengan niat jahatnya itu! Dia tidak akan sedikitpun membantu gadis lincah itu setelah apa yang telah dilakukan ke atasnya.

“Tak boleh selesai macam itu encik Ijol. Kita ada peraturan dan undang-undang. Kami minta encik dan pasangan datang ke pejabat agama untuk tindakan kami selanjutnya.”

“Tapi encik…”

“Kadang-kadang kita tak sedar yang sebenarnya kita ada membuat kesilapan, terlanjur dan macam-macam lagi masalah sosial anak muda hari ini. Walau encik cakap beratus kali pun, tetapi bukti kami kukuh malam ini. Encik berdua berada dalam keadaan yang mencurigakan. Nanti kita jumpa di pejabat agama. Asalamualaikum…”

Ijol sudah terduduk di kerusi empuk yang kini dirasakan kerusi itu tidak lagi menyamankan jiwanya. Pegawai pencegah maksiat yang dibantu oleh tok imam di kawasan perumahan mereka itu telah menunggu diluar. Akhirnya dia akur dengan keadaan yang mengheret kakinya ke pejabat agama ketika orang lain sedang lena diulit mimpi.

***

“Aini, aku ambil emergency dua hari. Ada hal penting untuk diselesaikan. Masalah keluarga. Kau tolong inform GM dan Adalia. Kalau ada apa-apa, tolong ambil mesej. Aku tak mahu diganggu.”

Selesai Ijol menelefon, Aini memaklumkan perkara tersebut kepada Adalia, pembantunya dan juga Pengurus Besar syarikat itu. Dia pun hairan mengenangkan tindakan Ijol yang seperti tergesa-gesa.

‘Kenapa pulak dengan Ijol tu?’
‘Lain macam aje bunyinya.’
‘Kamelia kan kat Jakarta, jangan-jangan…’

Pelbagai andaian berlegar dibenak Aini. Sebelum ini Ijol tidak pula begitu, sesuka hati mengambil cuti. Pelik pulak perangai bosnya itu kali ini.

“You tau apa dah jadi pada Encik Hariz?”

“Jadi apa? Yang I tahu dia ambil emergency.” Balas Aini sewaktu Adalia bertanyakan hal tersebut kepadanya.

“Ada hal lain…I dapat tau dari kawan I yang kerja kat bank depan tu. Dia kan duduk satu taman dengan Encik Hariz.”

“Hal lain? I tak fahamlah.”

Adalia merenung wajah Aini untuk memastikan bahawa gadis eksekutif itu benar-benar tidak tahu menahu tentang apa yang berlaku kepada teman baiknya itu. Hatinya berbolak balik samada untuk memberitahu perkara sebenar kepada Aini atau sebaliknya.

“Hei minah. Kata nak bagitahu hal yang menimpa Ijol. Apa dia?” Aini begitu besemangat.

“Shh! Slow sikit cakap tu, nanti semua orang dengar.”

“Aik! Macam rahsia sulit aje.”

“Memang sulit pun Cik Aini. Macam mana ni…nak cakap ke tak…” keluh Adalia perlahan.

“Apa dia, cakaplah.”

“Erm…erm…”

“Cakap!” Aini mengetuk meja Adalia agak kuat.

“Garangnya…” Adalia masih sempat mengusik Aini yang sudah tidak sabar.

Adalia membuka mulut dengan berhati-hati. Dia bimbang apa yang bakal disampaikan akan memeranjatkan Aini iaitu kawan baik bosnya sendiri.

“Dia kena tangkap.”

“Tangkap?” soal Aini tidak faham.

“Ish! You ni…tangkap khalwat.”

“What?!” kuat suara Aini dek terkejut dengan apa yang disampaikan oleh Adalia.

“Dengan siapa?” Aini menyambung kata masih dalam nada yang terkejut.

“Dengan awek dia lah…”

“Awek? Bukankah…”

“Bukan apa Cik Aini?”

Aini tidak jadi meneruskan kata-katanya. Dia tidak mahu masalah ini semakin ribut. Lagipun Ijol belum mahu mengisytiharkan yang dirinya telah bertunang dua minggu lepas. Mungkin ada alasannya dia berbuat begitu. Lebih baik dia tidak membuka mulut pasal pertunangan lelaki itu di hadapan Adalia.

“You confirm ke dengan apa yang you cakap ni, Adalia? Tapi, tak pulak dia cakap dengan I masa telefon tadi. Tapi dengar suara dia tadi memang tidak ceria. Macam ada masalah berat.”

“Tak sangka kan Encik Hariz macam itu. Nampak baik tapi…”

“Kita belum pasti dengan cerita ini lagi, Adalia. Don’t simply judge your boss like that. Dia pun ada hati dan perasaan. Kita tak boleh dengar khabar angin aje, kena confirmkan dari tuan punya badan sendiri.”

“Takkan bos kita tu nak cerita. Mestilah malu.”

“You ni kan…kalau hentam bos sendiri, bukan main. Dah buat kerja tu. Don’t gossiping…” tegas Aini mengingatkan.

Adalia hanya tersenyum mendengar arahan keras dari pegawai eksekutifnya itu. Sikap Aini kadangkala boleh dilayan, tetapi kadangkala dia menunjukkan sisi sebenarnya sebagai seorang yang tegas dan berpengalaman.

***

“Saya tak mahu. Walau apa jadi saya tak akan berkahwin. Saya diperangkap mak cik…pak cik…”

“Mana kami nak letak rasa malu kami pada orang kampung Ijol. Dah lah selama ini kami disingkir kerana miskin, sekarang bala ni pula menimpa. Apalah nasib kami…”

“Itu bukan masalah saya. Maaflah kalau kata-kata saya agak kasar, mak cik. Tapi saya tak boleh terima semua ini. Saya dah bertunang. Lagipun, saya memang tak ada perasaan pun pada dia. Saya dah anggap Zureen macam adik saya sendiri. Kalau saya tahu nak jadi macam ini, saya tak ingin tolong dia, mak cik. Tapi sebab saya fikirkan yang dia nak sambung belajar, saya bayarkan kos belajarnya. Kami sanggup tanggung dia duduk dengan kami. Sekarang ini yang kami dapat. Baik mak cik nasihatkan si Zureen tu, saya tetap dengan keputusan saya.” Ijol menahan nafas yang turun naik dek kerana menahan rasa marah yang membara di dalam dada.

Ijol menyambung, “Kalau dia rasa dengan cara ini dia boleh kalahkan saya, boleh putuskan pertunangan kami, dia silap besar, mak cik, pak cik…walau apa terjadi, saya tetap akan pertahankan hubungan saya dengan Kamelia. Dia sorang saja wanita dalam hidup saya!”

Selepas berkata begitu Ijol terus mengangkat punggungnya. Emak dan abahnya yang sedari tadi mendiamkan diri mula bersuara.

“Kami tak boleh nak kata apa, Su. Dia yang buat keputusan. Sebenarnya kami pun tak tahu apa terjadi malam itu. Kami tak ada kat rumah, kami keluar sebab ada urusan hari itu. Tiba-tiba aje Ijol kata dia kena tangkap dengan Zureen. Bila saya tanya Zureen, dia diam aje. Macam ada ‘benda’ terjadi, tapi…entahlah. Hanya Ijol dan Zureen saja tahu apa yang berlaku.”

“Tapi kakak kan boleh nasihatkan dia. Bertanggungjawablah sikit! Jangan pakai lepas tangan aje!” sampuk suami Suhaila dengan nada berang. Dari tadi dia sengaja mengunci mulut kerana malu dengan Ijol yang selama ini banyak membantu keluarga mereka. Tetapi sekarang Ijol tiada, mungkin sudah masuk ke kereta. Jadi, dia bebas bersuara.

“Nak buat macam mana San. Tadi kau tak dengar apa dia kata. Dia di perangkap! Sebab masa pencegah maksiat datang, dia kat luar. Bukannya berdua-duaan dalam bilik dengan anak kamu. Cuba fikir guna akal kamu tu kalau cakap.” Abah Ijol menyampuk. Dia bukan meyebelahi mana-mana pihak, tetapi Hassan, adik iparnya itu kadangkala cukup pedas bicaranya.

“Ala bang…tepuk sebelah tangan takkan berbunyi!” sampuk Hassan masih tinggi suaranya.

“Memang lah tak bunyi sebab si Ijol tu tak sambut tangan anak kamu. Anak kamu yang tepuk sendiri! Sudah lah Hassan, Suhaila…kami nak balik dulu. Buat sementara ni biarlah kami serahkan balik Zureen pada kamu. Kami tak mahu nanti timbul masalah lain pulak.”

Emak dan ayah Zureen tidak memandang pun ketika kereta Mitsubishi Lancer Ijol membelah laju meninggalkan halaman kecil rumah mereka. Zureen di bilik mengintai di sebalik tingkap. Dia tersenyum puas dapat memporak porandakan sekejap kehidupan Ijol. Ini baru permulaan…dengusnya kasar. Kau akan kenal siapa aku, Ijol! Tambahnya sambil tangannya menumbuk dinding bilik.

***

“Habis, apa kau nak buat sekarang?”

“Entahlah Zek. Tunggu dan lihat dulu. Lagipun Melia belum tahu.”

“Kau tak nak SMS dia. Bagitahu dia apa yang sebenarnya. Jangan sampai dia tahu dari orang lain. Niaya nanti…”

“Aku tak sampai hati lah beb. Dia jauh, nanti sedih dia. Dia baru terima aku sepenuhnya, aku tak nak nanti dia terus mengundur diri.”

“Aku tengok ego dia pun boleh tahan tu. Macam lah kita baru kenal dia…he…he…”

Ijol tersenyum pahit. Siapa yang tidak kenal akan kegarangan Kamelia ketika bersekolah dahulu. Habis semua budak lelaki takut mendekatinya. Zek pun selalu menjadi bahan kemarahan Kamelia. Mungkin waktu itu dia bertindak melindungi dirinya sendiri, ya lah, pelajar cantik di sekolah, sesiapa saja pasti teringin menguratnya. Itulah sebabnya dia menonjolkan sisi negatif dirinya. Agar dirinya kurang mendapat perhatian. Tanpa sedar dia tersengih-sengih mengenang memori itu.

“Hei…dalam kalut pun masih tersengih.”

“Habis kau dah bukak cerita lama, aku pun terkenanglah…”

“Aku tahu apa yang buat kau tersengih sorang-sorang…”

“Pasal ‘budak gila’ dengan ‘minah garang’!” serentak Zek dan Ijol bersuara. Akhirnya kedua-duanya ketawa berdekah-dekah.

“Sebenarnya apa jadi malam tu?”

“Aku kena tangkap lah! Kau ni tak faham-faham.”

“Ya, aku faham. Sebelum itu…”

“What you mean?”

“Hei rileks lah…”

Ijol kembali beremosi. Fikirannya sarat dengan dendam dan amarah. Tiba-tiba seraut wajah Zureen bermain-main di ruangan mata. Sengihannya lebar ketika di tangkap. Apa makna semua itu? Mungkinkah Zureen sengaja menjebak dirinya sendiri dengan menelefon pencegah maksiat tersebut? Apa motifnya? Cemburu?

“Aku tak ada apa nak cerita kat kau. Semuanya macam dirancang. Kau taulah sepupu aku tu, dah lama duduk dengan keluarga aku. Dulu elok aje perangainya…lepas Melia balik aje, aku tengok dia totally changed. Dari pakainya sampailah perangainya. Kau ingat kenapa Zek?”

“Apalagi…cemburulah tu. Lagi pulak kau dah tunang dengan Melia dalam masa yang singkat. Lagilah dia kelam kabut. Baik kau berhati-hati, Ijol.”

Ijol mengangguk lemah.

“Apa Zureen buat ni?” “Saja lepak kat bilik abang. Tengok gambar-gambar masa abang tunang hari tu. Kan Zureen tak dapat ikut. Takkan abang ...
Unknown Aug 26, 2009
Oh! MyKarya!




TAJUK: BILA ADA RINDU
PENULIS: EMMA MAIZURA
TERBITAN: ALAF 21 SDN BHD
HARGA: RM19.90

SINOPSIS:


HIDUP Nur Dalyla dipayungi bahagia apatah lagi menjadi anak kesayangan keluarga. Ke mana pergi, dengan siapa dia berkawan sering menjadi perhatian orang tuanya sehingga dia digelar anak manja. Walaupun kadangkala rasa terkongkong dengan situasi itu, namun dia akur kasih sayang ibunya melebihi segala.
Namun, siapa sangka di sebalik kegembiraan dan kesempurnaan itu, rupa-rupanya ada cerita duka yang terbongkar. Gelaran anak angkat yang berstatus luar nikah ibarat bumi menghempap kepala. Sekelip mata, segalaimpian ranap begitu sahaja. Dalyla kehilangan punca.
Saat hati dihurung kecewa, muncul Eriel untuk menyembuh luka. Namun, bila kisah hitamnya diketahui, sang arjuna pergi tanpa sebarang pesan. Hati Dalyla merintih.
Awan hitam seolah-olah melitupi segenap dunianya. Mungkinkah ada sinar mentari pada esok hari?

TAJUK: BILA ADA RINDU PENULIS: EMMA MAIZURA TERBITAN: ALAF 21 SDN BHD HARGA: RM19.90 SINOPSIS: HIDUP Nur Dalyla dipayungi bahagia apat...
Unknown Aug 24, 2009
Oh! MyKarya!

“Abang ada seminar kat Penang minggu depan. Abang dah call emak dan baba abang untuk temankan Kinah. Sure your weekend akan gempak dengan dia orang, okey sayang…”

“Kinah kena tinggal? Dengan emak dan baba?!”

“Kenapa? Takkan tak suka. Dia orang kan sayang kat Kinah, lebih dari anak dia sendiri ni.”

“Bukan tak suka…”

“Habis tu?”

“Kinah tak nak tinggal kat rumah, nak ikut abang. Lagipun kita belum honeymoon berdua. Dulu masa pergi Tioman ramai-ramai, tak syok.”

“Nanti pun Kinah kena honeymoon sorang-sorang sebab abang tak ada masa nak jalan kat Penang. Jadual abang penuh…”

“Tak apalah. Yang penting boleh ikut abang. Boleh lah bang.”

Farouk merenung Iman Syakinah, isteri yang dinikahi lebih sebulan lalu. Wajah polos tanpa calitan alat solek itu amat mendamaikan jiwanya. Pekerjaannya yang amat mencabar akan jadi mudah hanya dengan mengenang Iman Syakinah. Gadis yang ditemui ketika mengajar pelajar-pelajar Ijazah Human Resource telah mengikat mereka ke satu perhubungan yang pasti.

“Emak dan baba dah ready nak ke sini. Kesian dia orang. Datang sini nak jumpa menantu kesayangan, dia pulak senang-senang ikut suami pergi Penang. Apa abang nak cakap dengan emak dan baba nanti.”

“Abang kelentonglah…”

“Apa? Kinah suruh abang jadi budak nakal, kelentong orang tua sendiri? Banyak cantik! Tak baik buat kerja tu semua, berdosa Kinah. Ini ada niat tak baik pada emak dan baba, baik minta maaf. Abang tak tau, itu antara awak dengan mereka.”

Iman Syakinah baru sedar yang dia terlepas kata sebentar tadi. Ingatkan hanya bergurau, tidak sangka pula suaminya ambil serius benda remeh seperti itu.

“Maaflah, Kinah tak perasan tadi. Nanti Kinah minta maaf dengan emak dan baba, ok.”

Farouk mengukir senyum mendengar janji yang dibuat oleh Iman Syakinah.

“Bila abang nak pergi?”

“Esok.”

“Ha?”

“Ya lah, esok dah nak pergi.”

Iman Syakinah bingkas bangun dan menuju ke almari pakaiannya. Dengan pantas dia memasukkan beberapa pasang blaus, t-shirt dan jeans ke dalam beg. Barang keperluan lain di masukkan ke dalam beg yang berasingan.

“Apasal berkemas-kemas ni?”

“Kan kita nak pergi Penang.”

“Kita?”

“Kinah nak ikut juga!” Iman Syakinah berkeras.

“Abang belum bagi jawapan, dia dah jalan dulu. Kalau abang kata tak boleh, macam mana?”

“Kinah merajuk. Tak nak cakap dengan abang 44 hari.”

“Itu macam tempoh berpantang aje. Nampak gayanya Kinah dah ready nak em..em…”

“Siapa cakap? Kinah nak mogok aje, bukannya nak em…em…”

Farouk ketawa besar mendengar Iman Syakinah mengajuk cakapnya. Dia menghampiri Iman Syakinah yang sudah bermuka monyok.

“Buat muka macam tu, nampak buruk. Kinah bukan budak lagi yang selalu nak merajuk. Patutlah abang makin cepat tua sebab dapat isteri macam Kinah. Tak baik tau selalu merajuk dengan suami. Nanti suami lari.” Usik Farouk apabila Iman Syakinah masih tidak mahu tersenyum.

Iman Syakinah masih mencangkung di tepi almari pakaiannya. Dia geram betul apabila Farouk terus-terusan mengusiknya.

“Okey! Okey! Habis…, ponteng kelas lah Kinah jawabnya.”

“Bukannya lama, seminggu aje.”

“Nanti banyak ketinggalan, rugi Kinah.”

“Abang kan ada…”

“Sampai bila abang asyik nak cover Kinah aje. Kalau gitu, lebih baik abang yang ambik Master, bukannya Kinah.”

“Sekali sekala…kata sayang kat Kinah…”

Iman Syakinah memaut lengan suaminya yang berdiri hampir dengannya. Dengan selamba dia mencium pipi suaminya dan sesaat dua melepaskannya kembali.

“Cuba ulang balik, slow-slow…tadi tu gelojoh sangat.”

“Abang ni!” Iman Syakinah memukul belakang suaminya. Dia berasa malu pula dengan perbuatannya sebentar tadi.

Farouk ketawa lagi melihat wajah Iman Syakinah yang merah menahan malu. Dia paling suka melihat wajah isterinya begitu, ia nampak lebih lembut dan ayu. Itulah sebabnya dia tidak menunggu lama untuk meminang Iman Syakinah walau dia tahu bekas pelajarnya itu tidak berapa endah dengannya ketika di awal perkenalan.

“Sekarang Kinah ada rasa sayang pada abang tak?”

“Kenapa tanya pulak?” soal Iman Syakinah.

“Saja, nakkan confirmation…”

“Ada lah sikit…sikit aje tau. Separuh pun belum.” Cebik Iman Syakinah sambil mengerling muka suaminya.

“Baru suku ajelah…”

“Erm…”

“Hari tu kata suku, sekarang pun suku. Bila nak bertambah tu…”

“Rahsia! Mana boleh tahu!”

“Oh! Rahsia ya…abang nak tengok sampai bila rahsia itu boleh bertahan…”

“Sampai bila-bila…”

Iman Syakinah ketawa mengekeh sambil berlari ke bilik air. Farouk hanya menggeleng melayan keletah isteri kesayangannya itu.

***

“Abang, bangun bang…dah siang ni. Nanti Subuh habis.”

Iman Syakinah mengejutkan Farouk yang masih tidur dengan nyenyaknya. Wajahnya seolah-olah sedang tersenyum kepadanya walau matanya tertutup rapat.

Sementara menunggu suaminya bangun, Iman Syakinah membersihkan diri dahulu. Selesai bersiap dan berdandan, suaminya masih juga belum bangun. Dia menggerakkan tubuh Farouk dengan lebih kuat sedikit, namun suaminya itu tidak juga mahu bangun.

Beberapa kali dicuba, suaminya masih tidak juga bangun. Iman Syakinah memeriksa urat nadi pula. Alhamdulillah…masih berdenyut. Tetapi mengapa masih juga tidak bergerak apabila dikejutkan. Iman Syakinah semakin panik. Air mata berjurai-jurai di pipi. Dia tidak tahu mahu buat apa lagi untuk membangunkan suaminya.

“Abang! Abang! Kenapa ni? Jangan tinggalkan Kinah bang…”

“Kinah sayang abang. Bangun bang!”

“Abang…I love you. I love you abang…jangan buat Kinah macam ni.”

Iman Syakinah menggoyang tubuh suaminya sekuat hati dengan air mata yang masih berjurai-jurai. Setelah usaha itu masih tidak berjaya, dia cuba menghubungi emak dan babanya untuk memaklumkan kejadian tersebut.

“Ouchum! Ouchum!” Farouk pura-pura terbersin sebelum sempat Iman Syakinah menghubungi orang tua lelaki itu.

“Abang!”

Iman Syakinah memeluk erat suaminya yang baru tersedar. Hilang segala rasa malu dan lain-lain rasa yang bercampur aduk menjadi satu. Yang penting, dia ingin menyatakan rasa kasihnya kepada sang suami sebelum terlambat.

“Kinah sayang abang lebih dari yang abang rasa. Malam tadi apa yang Kinah cakap tu, main-main aje. Kinah sayang abang dengan sepenuh hati Kinah, bang…” ucapnya penuh syahdu di cuping telinga Farouk.

Farouk membalas pelukan Iman Syakinah dengan erat sambil tangan kanannya meraba telefon bimbitnya yang disorokkan di bawah bantal. Rakaman suara Iman Syakinah bakal menjadi saksi kepada pengakuannya. Bukankah Iman Syakinah sering menafikan perasaan yang wujud. Lakonannya sebentar tadi benar-benar menjadi. Dalam diam Farouk tersenyum penuh erti.

***

“Budak-budak ni kalau buat kerja tak fikir panjang. Sekejap suruh datang, kejap lagi kata jangan datang. Ingat kita tak ada kerja lain nak buat. Menyusahkan orang betul.” Wan Ahmad membebel sejurus meletakkan telefon.

“Siapa bang?”

“Anak dan menantu kita tu lah. Semalam pesan suruh temankan Kinah, la ni dia kata Kinah nak ikut sekali dia pergi Pulau Pinang. Nasib baik kita belum bergerak. Kalau tidak tidur kat luar kita, Yong.”

“Suka buat kerja last minute si Farouk tu. Dari dulu perangainya tak ubah-ubah, sampai lah ke tua ni…macam tu jugak. Nasib baik dapat bini masih muda, kalau sama tua macam dia, alamat lingkup rumahtangga…” Wan Ahmad memanjangkan bebelannya lagi.

“Ya lah, bukan main manja Yong tengok bini dia tu dengan dia. Yong tengok, tak pernah sebelum ini dia suka kat perempuan…tup tup balik kata nak kahwin. Syukur tengok dia berubah, kalau tak…bukan main takut bila sebut pasal benda-benda ni semua.”

Wan Ahmad mengangguk-angguk sambil melepaskan asap rokoknya.

“Dia ikut perangai abang agaknya. Dah tua baru nak kahwin. Nasib baik kita dapat si Farouk tu, kalau tidak…tak ada waris jawabnya.” Yong Mashita mengimbas kisah lampau.

“Ajal, maut dan jodoh pertemuan tu semua kerja Tuhan. Kalau dia kata kita akan kahwin dengan si polan dan si polan, kahwinlah kita. Kalau tidak, membujang sampai ke tua…” balas Wan Ahmad tersenyum penuh erti.

“Yong ingat nak ke rumah Pak Samin di hujung kampung petang nanti. Abang nak ikut?”

Wan Ahmad merenung ke langit yang mendung menandakan hujan mahu turun. Desiran angin yang agak kuat menerbangkan daun-daun yang telah gugur di atas tanah. Yong Mashitah bangun lalu menutup tingkap.

“Nak hujan ni, tak payahlah pergi.”

“Tinggal sikit je lagi baki duit tanah yang kita beli dari Pak Samin. Hari tu Farouk ada beri duit lagi, jadi saya ingat nak bayar habis yang tiga ribu lebih tu.”

“Tengoklah petang nanti…kaki abang pun sengal-sengal kebelakangan ini. Bila hujan aje makin sakit mencucuk-cucuk.”

“Kan Farouk ada belikan ubat. Abang tak guna ke? Ubat mahal-mahal macam tu, membazir kalau tak digunakan.”

“Sayang pulak nak guna. Sikit-sikit bolehlah, nanti habis terpaksa Farouk ganti lain…dia pun dah ada kehidupan sendiri, dah ada orang rumah yang nak di beri makan. Takkan nak risaukan pasal kita aje.”

Wan Ahmad bangun dari tempat duduknya dan menutup pintu. Hujan renyai-renyai sudah mula membasahi bumi. Namun, rumah besar itu cukup selesa untuk mereka berdua. Farouk telah mendirikan sebuah banglo di tapak tanah yang asalnya hanya sebuah rumah papan. Memang Farouk anak yang mengenang budi. Dalam diam Wan Ahmad bangga dengan pencapaian Farouk. Farouk yang menjadi kegilaan anak-anak gadis di kampung ini. Farouk yang dijadikan sumber inspirasi oleh anak-anak muda yang ingin mengecapi kejayaan sepertinya.

“Yong…”

“Yong!”

Wan Ahmad meninjau ke dapur, tidak pula kelihatan isterinya itu.

“Saya bang. Yong kat bilik ni.”

Wan Ahmad mendapatkan isterinya di bilik utama rumah besar itu.

“Berapa nilai tanah yang kita dah bayar?”

“Dekat seratus lebih.”

“Janji dulu harganya berapa? Pelik pulak abang, dari dulu bayar tak habis-habis. Ada awak simpan resitnya?”

“Tak ada. Pak Samin mana bagi resit. Dia kata atas dasar percaya, sudahlah…”

“Tak boleh macam tu, Yong. Mana Yong tahu tinggal tiga ribu lebih aje? Siapa yang bagitahu?”

“Anak dia, si Bahiyah. Yang gilakan kat Farouk tu, sampai sekarang ni belum kahwin juga. Budaknya baik, tapi dah si Farouk tak hendakkan dia, macam mana? Bukan jodoh dia orang agaknya.”

“Tak boleh jadi ni. Nanti kita pergi sama-sama. Bila dah bayar habis, terus minta resit. Suruh Pak Samin buat resit untuk semua. Kira lum sum la…”

“Yong ingat pun macam tu…”

Hujan di luar semakin menggila. Kebelakangan ini hujan jarang turun di kampung tersebut. Hujan yang turun ini pun hujan rahmat memandangkan pokok tanaman semakin tidak bermaya di merata tempat. Dengan jumlah hujan yang banyak ini, mungkin boleh menyuburkan kembali tanah dan tanaman yang sudah hampir kontang. Begitu Wan Ahmad berfikir sambil merenung titik-titik hujan yang turun melalui tingkap biliknya.

***

Iman Syakinah meletakkan beg-beg kecil yang dibawa di tepi katil. Farouk pula membantu mengangkat beg yang besar yang sarat dengan pakaiannya dan juga Iman Syakinah. Mereka baru sahaja tiba di Pulau Mutiara itu. Bilik hotel yang mereka diami itu agak besar juga dan menghadap ke pantai. Satu pemandangan yang indah dan nyaman.

“Abang nak call emak kejap, kata kita dah sampai.”

Farouk mendail nombor rumah keluarganya di kampung, tetapi sehingga ke deringan terakhir masih tiada jawapan. Dia mencuba untuk kali ke dua, tetapi masih tetap sama, sepi tanpa jawapan.

“Ke mana dia orang pergi ni. Nak malam dah…takkan ke rumah kita. Tapi abang dah pesan jangan datang, sebab tak ada orang kat rumah. Ke mana pulak perginya…”

Iman Syakinah yang sedang melunjurkan kakinya di atas katil mendengar sahaja rungutan yang keluar dari mulut Farouk. Sekali lagi Farouk mencuba tetapi telefon di rumah orang tuanya masih juga tidak berjawab.

“Dah masuk Maghrib, bang. Solat dululah. Lepas solat kita call lagi.” Pujuk Iman Syakinah.

Iman Syakinah perasan akan raut wajah suaminya, seakan-akan menanggung satu masalah berat. Dia faham benar yang Farouk amat mengasihi orang tuanya, itulah sebabnya fikirannya seakan terganggu sebentar tadi kerana gagal menghubungi keluarganya. Sekali lagi dia memandang wajah suaminya dengan perasaan belas. Walaupun jarak usia mereka jauh berbeza, namun soal perasaan dia dapat merasainya. Dia pasti akan memujuk suaminya lagi nanti dan menenangkannya. Bukankah tugas seorang isteri begitu?

Selesai salam terakhir, telefon Farouk berdering-dering.

“Ya…ya…”

“Apa?”

“Sekarang kat mana?”

“Bila?”

“Innalillah…”

Farouk terduduk di birai katil sambil meraup mukanya. Berita yang diterima sebentar tadi membuatkan fikirannya kosong tiba-tiba. Dia tidak mampu berkata-kata, waima sepatah perkataan. Iman Syakinah yang bertanyakan soalan demi soalan pun, dia seperti tidak mendengarnya. Dia seperti berada di awang-awangan. Badannya terasa ringan dan melayang-layang. Terasa seperti rohnya telah berpisah dari jasadnya.

Iman Syakinah meraup muka suaminya dengan air. Dia panik sebentar tadi apabila tiba-tiba suaminya rebah di sisinya. Dia bimbang jika kejadian pagi tadi berulang. Lama kelamaan baru Farouk tersedar dari pengsannya.

“Kenapa bang? Siapa yang call tadi? Lepas dapat call abang terus pengsan. Jangan-jangan…”

Iman Syakinah meneka yang bukan-bukan termasuklah berkemungkinan sesuatu berlaku terhadap kedua mertuanya.

“Emak…Kinah.”

“Emak…”

Pandangan Iman Syakinah terasa berbalam-balam. Dia memaut bahu Farouk meminjam kekuatan, sedangkan suaminya itu sudah semakin longlai.

“Abang ada seminar kat Penang minggu depan. Abang dah call emak dan baba abang untuk temankan Kinah. Sure your weekend akan gempak dengan di...
Unknown Aug 19, 2009
Oh! MyKarya!

“You nak ikut tak?”

“Pergi mana? Dengan siapa?”

“Kita orang nak jalan-jalan kat kota Jakarta ni. Malam macam ni mesti best kan…dengan muzik yang sentiasa menghidupkan kota ini…, umpama malam ini tiada penghujungnya. Kita orang nak survey mana tempat yang bagus untuk shopping, beli barang murah…dan macam-macam lagi…I tak boleh bayangkan, Mel.”

“Siapa ‘kita orang’ yang you maksudkan, Deeja.”

“I, Datuk, Qayyum, Sahara, Balkis…”

“Cukup! Cukup! I kena ikut ke?”

“You are strongly advise to follow…”

“By whom?”

“Our dear Datuk…” Khadeeja melentokkan kepalanya, mengada-ngada.

“Kalau tak nak ikut, apa akan jadi pada I?”

“Mungkin you akan di denda…kena date dengan our dear Datuk…he…he…” Khadeeja mengekeh.

Mengingatkan ‘ugutan’ yang dituturkan oleh Khadeeja sebentar tadi, tiba-tiba mengubah pendirian Kamelia. Terpaksa dia melayani kehendak rakan-rakan yang gemar bersosial itu, demi mengelakkan diri dari dikenakan ‘denda’ sepertimana yang diucapkan oleh Khadeeja.

“Pukul berapa nak keluar?”

“Pukul 7.30 malam kut.”

“Eh! Lepaskan Maghrib dulu lah. Enjoy, enjoy jugak. Solat jangan tinggal!” usik Kamelia kepada Khadeeja.

Muka Khadeeja berubah masam, terasa dengan kata-kata Kamelia. Namun dia kembali senyum apabila memikirkan kewajaran nasihat dari Kamelia itu.

“Okeylah…I tunggu you sampai you buat semua tu, kita turun sama-sama.”

“You tak solat sekali?”

Khadeeja menggeleng. Dia meloncat dari atas katil dan berlari menghadap cermin. Membetulkan mekap di muka dan lipstik di bibir di tambah dengan warna yang lebih garang. Orang kata jika mahu keluar malam, lebih sesuai jika mengenakan lipstik yang berpadanan.

***

Kamelia mengeluh letih ketika langkah mereka berakhir di lobi hotel. Ketika itu jarum jam menunjukkan ke angka 12 pagi. Perjalanan meneroka bumi malam kota Jakarta memeningkan kepalanya. Tiada istilah ‘enjoy’ sebagaimana kata Khadeeja sebelum mereka keluar tadi.

Rakan-rakannya yang lain masih sempat berborak di kerusi dan tidak berniat untuk terus naik ke atas. Kelihatan Datuk Jeffrey begitu ‘sporting’ berborak dengan kakitangannya. Kadang-kadang mata nakal bos muda itu singgah di muka Kamelia.

Memandangkan Khadeeja masih leka berborak, dia bersendirian ke kaunter pelanggan dan meminta kunci biliknya dari seorang petugas di situ. Khadeeja sempat berpesan agar Kamelia masuk ke bilik dahulu kerana dia belum rasa mengantuk lagi.

Sebaik sahaja dia mahu terlena, Kamelia terdengar sayup-sayup namanya dipanggil dari luar pintu bilik. Diamati suara itu lama-lama. Setelah pasti yang empunya suara, dia membuka pintu dan membiarkan Khadeeja mengekori dari belakang. Tidak lama kemudian terdengar bunyi benda jatuh. Belum sempat dia berbuat apa-apa, tubuh Khadeeja telah jatuh terjelepok di depan pintu masuk bilik mereka. Dengan segera Kamelia memapah gadis kacukan itu ke atas katil. Bau arak menusuk lubang hidungnya bercampur dengan bau rokok di tubuh badan Khadeeja. Kenapa ni Khadeeja? Resah Kamelia memikirkannya.

“Deeja!”

“Deeja!”

“Deeja! Kenapa ni?”

“Mel…” itu sahaja yang keluar dari mulut Khadeeja.

Kamelia merenjis air ke muka Khadeeja sambil membaca selawat. Sebenarnya dia panik juga sebentar tadi, tetapi memikirkan hanya mereka berdua di dalam bilik tersebut, dia berlagak berani. Semakin seram jadinya apabila memikirkan yang kini dia berada di negara orang.

Khadeeja telah nyenyak tidur selepas beberapa ketika mulutnya meracau yang bukan-bukan. Itulah sebabnya meminum arak itu haram hukumnya. Ketika mabuk segala keburukan akan terserlah. Kamelia beristighfar di dalam hati mengenangkan nasib rakan sebiliknya itu.


Jam menunjukkan pukul 3.15 pagi tetapi mata Kamelia masih berkelip-kelip tidak mahu tidur. Hampir seminggu di Jakarta, hatinya seperti dipanggil-panggil untuk pulang ke tanahair tercinta. Rindunya pada ibu dan ayah, adik beradik serta tunang tersayang bagai tidak dapat dibendung lagi. Hatinya di serang sayu tiba-tiba. Tidak tahu mengapa? Tidak sabar rasanya menunggu hari siang untuk menelefon mereka.

Bunyi telefon yang diletakkan di tepi bantal mengejutkannya. Dia meneliti nama yang tertera di skrin. Ijol?! Ya ke? Aduhai…nak menangis rasanya…

“Ijol…”

“Melia, are you okey?”

Kamelia menangis tersedu-sedu. Perasaannya sangat tersentuh dek Ijol yang muncul di hujung talian pada saat dia amat memerlukan seseorang.

“Melia!”

“Jangan buat saya macam ni. Kenapa sayang? Awak okey ke? Cakaplah…”

“Saya tengah nangis ni. You call on time, Ijol…”

“Saya call pun awak nangis? Why? Tak nak saya call ke? Kalau tak, saya put down the phone…”

“Jangan! Saya rindu…”

“Alhamdulillah…”

“Bukan rindu kat awak!”

“Tak mengapa. Saya tahu awak tak akan ngaku punya walau awak rindu kat saya setengah mati. Saya faham…dah nasib badan dapat tunang macam awak. Reda ajelah…”

“Awak ni…”

Kamelia ketawa mendengar usikan Ijol itu.

“Kenapa awak call saya?”

“Tak boleh tidur. Saya teringatkan seseorang. Rasa macam ada orang jauh yang tengah rindui saya …” jawab Ijol.

Kamelia tersenyum sendirian menganggap dirinya sedang dirindui oleh Ijol juga. Bahagia menyinar di mana-mana.

“Siapalah yang awak ingat dan rindukan tu ya?”

“Hai… dah ceria suara awak nampaknya. Awak jangan perasan…saya bukan ingatkan awak. Saya teringatkan emak dan abah yang pergi umrah. Dah dekat seminggu dia orang pergi…lepas majlis kita hari tu.” Usik Ijol lagi.

“Menyampah! Awak kenakan saya!”

“Mana ada.”

“Ya!”

“Betul…saya ingatkan buah hati yang jauh. Buah hati yang tak mengaku dia sayangkan saya. Juga tak mahu mengaku yang dia rindukan saya…”

Kamelia dan Ijol sama-sama terdiam. Hanya kedengaran nafas mereka yang turun naik menahan debaran rindu.

“Bila lah awak nak balik? Rindunya saya. Lepas tunang hari tu, terus tak dapat dating dengan awak. Nanti balik, siap awak! Hari-hari saya nak dating dengan awak.”

“Jangan harap! Dah kahwin nanti baru boleh dating.”

“Kejamnya awak…”

“Tahu pun.”

“Tak kira. Awak kena keluar dengan saya jugak!”

“Cubalah kalau berani.”

“Ok. Saya tunggu awak balik sayang…”

“Ok! Bye!”

Selepas memutuskan talian, Kamelia termenung lagi. Hilang sudah rasa mengantuknya setelah mendengar suara Ijol. Tak sangka mencecah 15 minit juga dia berbual dengan Ijol tadi. Nyata Ijol tidak berkira untuk menghubunginya yang jauh ini. Semakin lama semakin dalam rasa kasihnya pada lelaki itu. Dia tidak mahu memikirkan tentang perbualan yang didengari dari mulut Zureen ketika di Mahkota Parade minggu lalu. Yang dia mahukan adalah menyemai rasa kasihnya terhadap Ijol yang kian lama semakin mendalam. Dia berdoa biarlah takdir perjalanan hidupnya dilalui dengan mudah, tanpa halangan yang bisa merobohkan kasih sayang mereka.

Ah! ‘Budak Gila’ yang satu ketika menimbulkan segunung benci, kini menghamparkan permaidani kasih untukku pula! Kamelia mengucap syukur atas apa yang ditakdirkan untuknya.

***

“Cik Puan! Cik Puan!”

Kamelia sedang berjalan dengan Khadeeja dan Balkis ketika terdengar seperti seseorang sedang memanggilnya. Namun Balkis di sebelahnya terlebih awal menoleh dan lelaki itu menunjukkan jarinya ke arah Kamelia.

“Melia…someone has calling your name. Did you know somebody here?”

“Who? Me?”

“Ya lah. Kami tanya awak, mungkin kawan lama?” soal Balkis dengan wajah ingin tahu.

“Kenapa pulak?”

“Kita orang semua nampak masa you makan dengan seseorang beberapa hari lepas. Siapa tu?”

“Ohh! Itu kawan lama masa belajar kat UK.”

“Maaf Cik Puan…mas Hardy mahu berjumpa.” lelaki yang sama yang menyampaikan pesanan kepada Kamelia tempohari.

“There! I told you. You have a big fan here…bertuahnya badan.” Usik Khadeeja pula.

“Since kita pun tak ada buat apa-apa lepas ni, why not I bring you all together. Meet my nice friend.”

“Jom! Tak sabar ni.” Jawab Balkis teruja.

Balkis dan Khadeeja mengekori Kamelia di belakang. Di hadapan mereka lelaki muda yang berpakaian formal dan berjaket biru itu. Melihatkan penampilannya, mungkin dia seorang kakitangan atasan di hotel tersebut. Mereka di bawa ke satu unit penthouse di tingkat atas hotel tersebut. Setibanya mereka di hadapan pintu penthouse, Kamelia menekan loceng dan beberapa saat kemudian pintu terbuka. Lelaki tadi sudahpun meminta izin untuk beredar.

“Wow! Bilik apa ni? Besarnya…” Khadeeja terpegun.

“Ini biasanya bilik persinggahan atau tempat rehat tuan punya hotel. Kawan I tu owner hotel yang kita tengah duiduk sekarang. Nanti I kenalkan you berdua dengan dia. But you all must behave, ok.”

“All right!” Khadeeja dan Balkis menjawab serentak.

“Hai! Selamat malam.”

Ketiga-tiga gadis itu berpusing serentak ke arah datangnya suara itu. Sebaik Khadeeja dan Balkis terlihat teman baik yang diperkatakan oleh Kamelia itu, mata masing-masing tidak berkelip. Lelaki kacak seperti itu pun tak mampu menambat hati Kamelia? Kenapa ya?

“Hardy…selamat malam. Meet my friend, Deeja dan Balkis.”

“Hardy.”

Mereka saling bersalaman dan bertukar senyuman.

“Sorry sebab saya bawa kawan. Kamu tidak kisah, kan?”

“Tidak mengapa. Lagipun saya sudah order makanan yang banyak. Kalau kita berdua yang makan, tidak habis rasanya.” Hardy berkata dalam bahasa Indonesia yang agak pekat.

“Handsomenya dia!” bisik Khadeeja ke telinga Kamelia.

“Dia lelaki yang luar biasa.” Puji Balkis pula ke telinga Kamelia.

Hardy hanya memerhatikan gelagat rakan Kamelia dengan senyuman yang sentiasa terukir di bibir. Dia sudah biasa berhadapan dengan situasi sebegitu. Cuma, dari dahulu hatinya telah dicuri oleh Kamelia. Itulah rahsia dan kenyataannya mengapa dia tidak tergoda oleh sebarang layanan manja dari gadis-gadis seksi di luar sana.

“Melia, kamu duduklah dulu. Sekejap lagi makanan yang dipesan akan sampai. Atau…kamu mahu meninjau suite ini. Mari, saya tunjukkan.” Pelawa Hardy dengan lembut.

Kamelia membalas ajakan Hardy itu dengan rasa gembira. Khadeeja dan Balkis mengikut sahaja walaupun Hardy seperti endah tak endah sahaja terhadap kehadiran mereka. Suite itu mempunyai 5 bilik yang besar dan mewah di mana biasanya Hardy membawa tetamu istimewanya atau sahabat handai menginap di situ. Hiasan suite itu amat eksklusif dan padan dengan reka bentuk katil yang nampak sangat bercitarasa tinggi. Terdapat mini bar, tempat menonton televisyen, meja makan yang besar dan lampu candeliar yang tergantung cantik.

“Kamu selalu di sini, Hardy? Tempat gini besar, pasti sangat nyaman untuk kamu seorang.”

“Enggaklah Mel. Kadang-kadang saja, contohnya kerana ada kamu, makanya saya tunjukkan. Yang pasti bukan untuk sebarangan orang…” ujar Hardy berterus terang.

“Ohh! Cewek kamu mana? Dari hari itu kata mahu kenalkan pada saya?” tanya Kamelia dalam bahasa Indonesia yang agak kekok.

“Kok tanya saya. Tanyalah diri kamu.”

“Saya!?”

Kamelia kurang faham apa yang dimaksudkan oleh Hardy itu. Begitu juga dengan Khadeeja dan Balkis. Wajah mereka ikut berkerut-kerut seperti Kamelia.

“Yang kamu tu, mana pacarnya?”

“Masya’Allah…kamu pulak yang tanyai saya. Kalau gitu sampai bila ngggak habis-habis…” jawab Kamelia sambil ketawa.

Akhirnya persoalan itu habis begitu sahaja kerana makanan yang di pesan sudah sampai.

***

“Handsomenya dia, Mel. Mana you dapat spesis yang macam ni. Ada iras muka pelakon Ari Wibowo, kan.” Soal Khadeeja masih teringat-ingat wajah kacak Hardy.

“Kawan I masa kat UK dulu.”

“Kawan aje?”

“Erm…”

“You tak terpikat sikit pun kat dia? Dah lah handsome, kaya pulak tu…”

“Itu semua bukan ukuran untuk I cari teman hidup, Deeja.”

“Betul? Bukan you punya? Kalau gitu I still have the chance, right?”

“Suka hati youlah, Deeja. Tapi jangan main dengan api, nanti terbakar diri.”

“Apa maksud you? Api? Mana I main dengan api, I main dengan laki aje tau…”

“Hish! You ni kan, hari tu yang mabuk tertonggeng depan pintu tu apahal? You dengan siapa?”

“Datuk Jeffery. Ops! Bukan…sebenarnya…”

“I dah tahu semuanya, Deeja. You jangan nak temberang dengan I. Qayyum dah ceritakan semuanya…”

“Apa si Qayyum tu cakap?!” soal Khadeeja terkejut kerana dia tidak menyangka yang Kamelia sudah tahu tentang aktivitinya di Jakarta ini.

“Banyak. To make it short…you dah tidur dengan Datuk, kan?”

“Dia yang ajak I. Lagipun I tengah mabuk masa tu, Mel.”

“Astaghfirullah…betullah apa yang dia orang cakap tu. Selalu you hilang malam-malam sebab you jadi peneman Datuk? You tak fikir dosa ke, Deeja?” Kamelia sudah hilang sabar.

“Dia janji nak bagi I jawatan…naikkan gaji I.”

“Karut! Semua tu karut Deeja. You tak kenal siapa dia orang tu. You tak tahu mereka tu siapa Deeja. Semua tu pelakon! Hipokrit! Dia orang nakkan tubuh you aje, bukannya pandang pun kelayakan you!”

“I tak terfikir pun.” Balas Khadeeja selamba tanpa rasa menyesal.

“You nak ikut tak?” “Pergi mana? Dengan siapa?” “Kita orang nak jalan-jalan kat kota Jakarta ni. Malam macam ni mesti best kan…dengan muzi...
Unknown Aug 18, 2009
Oh! MyKarya!







KARYA E-NOVEL: SELAMAT TINGGAL KEKASIH



PENULIS: RON APILZA



SINOPSIS:




Sekembalinya ke tanahair membongkar satu rahsia. Tengku Johan memendam perasaan bertahun kerana cinta hatinya telah dirampas oleh adik sendiri. Dia terpaksa berusaha, memujuk hati yang pilihan pertama tidak semestinya kekal hingga hujung nyawa.


Najwa gadis yatim piatu yang kehilangan keluarganya ketika kecil dan membesar di rumah kebajikan. Dia bangun berdikari dan menjadi gadis yang tabah dan berani. Walau hanya gambar kenangan menjadi peneman, baginya semangat kedua orang tuanya sentiasa dimana-mana.


Insyirah berada di dalam dilema antara mengutip kembali sisa kasihnya atau putus sudah kasih sayang dengan Tengku Johan. Antara kedua beradik kandung itu, banyak persamaan. Itu yang membuatkan hatinya berada di persimpangan.


Tengku Johan yang bagai hilang arah diketemukan dengan Najwa yang banyak memberinya perangsang dan motivasi untuk hidup. Berjayakah mereka mengharungi dugaan yang datang melanda, memaksa mereka membuat keputusan untuk berpisah atau mencapai impian ke jinjang pelamin.


Ikuti kisah selanjutnya di dalam 'Selamat Tinggal Kekasih'.




KARYA E-NOVEL: SELAMAT TINGGAL KEKASIH PENULIS: RON APILZA SINOPSIS: Sekembalinya ke tanahair membongkar satu rahsia. Tengku...
Unknown Aug 8, 2009
Oh! MyKarya!




Warna pelangi itu indahnya, bak kuntum senyumanmu
Yang ku bilang ia di celahan rindu
Kala sepi menjemput, tika sunyi bernyanyi
Pada siang yang panjangnya bak berkurun…

Ku intai lagi kasihmu, sayang
Dengan ditemani desir ombak
Sambil siput-siput merayap di kaki
Mendendangkan irama santai
Pada perasaan ini…

Tolehlah sayang, pada lelaki ini
Yang tidurnya sering kau ganggu, bertamu dalam mimpiku.
Kerana rasa tidak bisa ku simpan lama
Maka ku hulur salam sayang
Pada angin lalu, pada suria sang pagi
Ku titip alunan merdu, lagu cinta sakti
Agar kau dengar
Agar kau mampir di pondok cinta ini.

Kelak kegelapan kan sirna
Dengan hadirnya kamu menjadi teman setiaku.

Warna pelangi itu indahnya, bak kuntum senyumanmu Yang ku bilang ia di celahan rindu Kala sepi menjemput, tika sunyi bernyanyi Pada siang...
Unknown Aug 7, 2009
Oh! MyKarya!

Farouk memusingkan badannya ke kiri dan ke kanan. Bilik tidur berhawa dingin itu tidak dapat menyamankan dirinya, sebaliknya peluh dingin memercik di seluruh tubuh. Sudah hampir sebulan dia berkongsi katil itu dengan seorang wanita yang dipanggil isteri, namun sehingga hari ini dia belum berjaya melaksanakan tugasnya sebagai suami.

Gedebuk! Tiba-tiba kaki isterinya mengenai punggungnya. Apabila ditoleh, mata Iman Syakinah tertutup rapat. Itulah masalahnya, Iman Syakinah tidurnya lasak. Badan yang putih mungil itu direnung lama-lama. Isterinya itu gemar tidur berseluar pendek sahaja dan ber t-shirt. Professor Farouk memungut selimut yang jatuh di atas lantai dan menutup separuh badan isterinya itu.

Dalam gelap malam dia merenung lembut wajah Iman Syakinah. Wajah kebudak-budakan milik Iman Syakinah amat mendamaikan jiwanya. Biarpun sudah berumur 25 tahun namun Iman Syakinah masih belum matang dalam sesetengah perkara.

“Abang tak kisah ke kita kahwin? Emak dan baba abang macam mana? Tak pelik ke? Nanti orang kata kita ni macam pasangan abang dengan adik…atau ayah dengan anak.”

“Kenapa nak kisah cakap orang, yang penting abang yang nak kahwin. Lagipun abang ni dah 42 tahun, tak boleh tunggu lama. Kinah nak kahwin dengan abang tak? Tanya hati Kinah tu…”

“Kinah tak kisah. Lagipun Kinah tak ada boyfriend. Orang kata kahwinilah orang yang sayang kita, bukan orang yang paling kita sayang…”

“Jadi Kinah tak sayang abang lah? Kinah pakai cincai aje…” Farouk buat muka masam.

“Ada sikit!” balas Iman Syakinah ketawa.

Akhirnya mereka berkahwin juga dalam satu majlis yang besar-besaran. Rakan-rakan Professor Farouk ramai yang terkejut apabila mendapati bujang telajak itu telah berkahwin dengan pelajarnya sendiri. Manakala, rakan-rakan Iman Syakinah ramai juga yang memberikan reaksi negatif.

‘Inilah sebabnya orang tidak setuju kami berkahwin. Sampai sekarang Iman Syakinah masih belum terbiasa dengan jurang umur antara mereka. Satu kejutan untuknya…’ keluh Farouk dalam gelap malam itu.

***

“Abang tak lena tidur ke? Setiap pagi bangun masih lagi menguap. Kinah kacau abang ke…Kinah tendang abang lagi ya?”

Farouk tersenyum pahit. Mengangguk tanda mengiyakan pertanyaan isterinya itu.

“Ya ke bang? Mana sakit?”

“Kat sini…”

Iman Syakinah mengurut lembut punggung suaminya. Farouk tersenyum kegelian. Tetapi perbuatan Iman Syakinah semakin lama semakin kasar.

“Kinah ni ganas lah. Lembutlah sikit, urut dengan perasaan. Abang bukannya kawan Kinah, juga bukan pensyarah Kinah macam dulu. Dah jadi suami dah…dekat sebulan.” Rungut Farouk tidak puas hati.

“Sorry lah bang…tak biasa. Lain kali Kinah faham.”

Iman Syakinah tersenyum sumbing mengakui kesilapannya. Dia bergegas mengenakan lipstik di bibir dan menyapu bedak di mukanya. Perbuatannya itu mengundang perasaan pelik pada pandangan mata Farouk.

“Bukan ke sapu bedak dulu baru pakai lipstik. Nanti comot pulak bibir Kinah bila sapu bedak.” Komen Farouk kepada isterinya.

“Abang ni suka membebel lah. Kinah pakai larung aje bang. Yang penting sikit mekap, cukup. Taklah muka pucat aje masuk kelas.”

Prof. Farouk mendengar penjelasan ringkas dari isterinya dengan wajah yang hairan. Ada kah lain-lain wanita dalam dunia pun macam ini? Terlalu ringkas…mungkin satu dalam seribu, fikirnya.

“Kinah ada kelas Accounting hari ini ya? Ada masa makan tengahari dengan abang tak?” soal Farouk kepada Iman Syakinah yang terburu-buru keluar.

“Okey…macam biasa, tempat biasa ya bang?”

“Yap! So far belum ada perubahan…”

Sampai di muka pintu, Iman Syakinah tidak jadi meneruskan langkahnya. Hari ini dia teringin memandu kereta Volvo suaminya, tetapi takut untuk berterus terang. Dia sabar menunggu sehingga Farouk telah sampai di muka pintu juga.

“Kenapa tercegat lagi. Tadi bukan main terkocoh kacah.”

“Ada hal sikitlah bang…sikit aje.”

“Apa dia? Kinah nak sayang abang dulu sebelum keluar? Ha…cepat. Abang dah tadah pipi ni.”

“Bukan lah bang…Kinah nak pinjam Volvo abang. Hari ini aje. Sesekali nak juga bergaya…”

Hampa sekejap perasaan Farouk apabila dengan selamba Iman Syakinah tidak mengendahkan harapannya. Harapan agar Iman Syakinah membelai dan menunjukkan kasih sayangnya.

“Boleh…nah! Ini kuncinya.”

“Sa…yang… abang…”

“Sayang kena tunjukkan.”

Dengan tidak semena-mena Iman Syakinah memeluk suaminya itu dengan kuat. Tubuhnya dirapatkan dengan badan Farouk. Satu perasaan aneh dan damai yang menyelinap membuatkan bulu roma Iman Syakinah berdiri tiba-tiba. Kenapa jadi macam ini? Selalunya tidak pulak! Ah! Biasa aje kut…

“Kinah…lepaskan abang. Sakit tau. Kinah peluk ke jerut abang?” usik Farouk sambil ketawa.

Iman Syakinah yang tersedar dari khayalan perasaannya membalas dengan sengihan lebar di bibir. Kali ini dia mencuba menentang pandangan mata suaminya yang bundar dan jernih itu. Tangannya masih digenggam oleh Farouk. Aneh lagi! Dadanya bergetar dengan laju. Tangannya terus seram sejuk.

‘Nak demam ke aku? Takkan peluk Farouk boleh jadi demam? Selalu pegang atau terpegang rakan sekuliah tidak pula rasa begini. Eh! Lagi pelik. Fikiran Iman Syakinah berserabut.

“Kenapa jadi batu pulak ni? Tengok ni, berpeluh muka Kinah. Kinah demam ke?”

Tangan Farouk telah diletakkan di dahi Iman Syakinah. Tidak pula panas di situ. Dia melihat wajah Iman Syakinah menjadi pucat lesi.

“Kalau tak berapa sihat, tak payah masuk kelas. Nanti abang inform Prof. Lim yang Kinah MC…”

“Takkan Kinah pregnant bang?”

“Hah?! Kinah pregnant anak siapa?”

“Anak abanglah…anak siapa lagi?”

“Bila pulak yang kita ada buat benda tu…awak selalu tendang abang ketika tidur, ada lah…” balas Farouk tersengih-sengih.

“Yang abang peluk Kinah selalu tu, tak boleh pregnant ke? Mana tahu…” jawab Iman Syakinah selamba.

“Hai…Kinah, umur dah besar panjang. Belajar dah sampai masters…tapi bila cakap bab itu, fikiran awak cetek tau! Cubalah fikir lojik…” Farouk sudah tergeleng-geleng.

“Okey dah…tak jadi demam.”

Iman Syakinah menghidupkan enjin kereta Volvo dan menunggu seketika sebelum meneruskan pemanduan ke UTM. Kasihan pula suaminya terpaksa memandu Wira buruk miliknya. Sekali-sekala…biar dia tahu apa rasanya memandu kereta buruk itu dengan jawatannya sebagai pensyarah kanan. Fikir Iman Syakinah tersenyum nakal ketika meninggalkan suaminya tadi.

***
Iman Syakinah keluar dari perut kereta Volvo dan meninjau kawasan parking yang kecil, mungkin sedang muat dengan saiz keretanya. Lain-lain kawasan telah penuh. Masalah pulak…dahlah aku selalu problem parking…; Rungutnya dalam hati. Dia tertinjau-tinjau sambil melihat jam di tangan.

‘Mesti Farouk dah sampai kat bilik kuliah, takkan nak suruh dia keluar betulkan parking aku!’ Bebelnya lagi.

Bunyi hon yang kuat memeranjatkan Iman Syakinah. Sebuah kereta Kenari merah berhenti di sebelah volvonya. Seorang lelaki lebih kurang sebayanya menurunkan cermin tingkap.

“Kenapa? Kereta rosak? ”

“Tak. Maaf, awak nak parking kat sini ke?”

“Tak. Saja lalu sini, ternampak awak macam ada masalah. So, anything yang saya boleh bantu?” lelaki bert-shirt merah itu bertanya lagi.

“Terima kasih banyak-banyak kalau sudi tolong. Ini ha…tolong masukkan kereta saya ke dalam kawasan parking yang ngam-ngam aje ni. Saya selalu fail parking.”

Lelaki itu turun dari keretanya membantu Iman Syakinah memarkir Volvo hijau lumutnya itu. Setelah selesai lelaki tidak dikenali itu membantu, dia mengucapkan ribuan terima kasih. Gara-gara berangan membawa Volvo, dia bakal terlewat pula memasuki dewan kuliah. Lain kali jangan harap aku nak bawa, biar Wira buruk tak apa! Rungutnya sambil mengunci kereta itu.

“Kereta besar…tapi tak pandai parking. Next time bawa kereta kecil aje.” Usik lelaki itu menjadikan wajah Iman Syakinah memerah.

“Terima kasih!!”

Selepas berkata begitu, Iman Syakinah menapak laju ke dewan kuliah. Dia sudah terlewat hampir 20 minit. Dia langsung tidak mengendahkan lelaki itu yang masih berdiri di sisi Kenarinya dengan wajah yang terkulat-kulat.

***

“Ha…ha…ha…nak bergaya sangat, sekarang ni dah jadi lain cerita. Lain kali kalau nak bergaya ukur baju di badan sendiri. Konon nak kenakan abang, at last awak yang terkena! Apa rasa?” Farouk mentertawakan isterinya ketika Iman Syakinah bercerita perihal masalahnya.

“Banyaklah abang punya rasa! Ada…rasa coklat. Ni hah! Rasakan!” Iman Syakinah mencubit suaminya dengan kuat.

Farouk terjerit kecil. Beberapa pasang mata yang juga sedang menjamu selera di kantin itu tertoleh-toleh. Iman Syakinah berasa puas dapat mendenda suaminya kerana mentertawakannya tadi.

“Siapa yang tolong parking kan tadi? Pak Guard ke? Mesti terlolong-lolong awak nangis yek.” Usik Farouk lagi.

“Tak. Kinah diri aje kat tepi kereta tu, banyak orang datang tolong. Yang muda, yang handsome, yang tinggi, yang jalan kaki…yang naik kereta, semua sanggup nak tolong tau!” jawab Iman Syakinah tidak serius.

“Muka garang macam ni pun ramai nak tolong ye? Yang dah bertongkat tak ada?”

“Abang ni! Main-main pulak!”

“Siapa yang mulakan?”

Iman Syakinah diam sahaja. Dia tahu dia selalu kalah dengan Farouk, tetapi sebaliknya Farouk pula sering mengalah dengannya. Itu yang istimewanya Farouk di matanya, lelaki dewasa yang matang dan penuh karisma.

Walau jarak usia memisahkan mereka, itu semua bukan alasan. Farouk boleh dikategorikan sebagai lelaki yang cukup sempurna fizikalnya. Rambutnya lurus hitam, matanya bundar jernih dan berhidung mancung. Tetapi, mengapa setelah melewati 40-an baru terbuka pintu hatinya untuk menerima kehadiran wanita bernama isteri. Peliknya! Tanpa disedari gelengan kepalanya sewaktu menyedut minuman menarik perhatian Farouk.

“Kenapa macam tu? Susah ke kelas akaun tadi?”

“Ha? Apa yang susah?”

“Itu yang geleng kepala tadi, kenapa?”

“Oh!! Biasalah bang…berangan.” Tipu Iman Syakinah.

Farouk mempamerkan senyuman nakal dibibirnya, yang tidak semena-mena menambat penglihatan Iman Syakinah. Hm…suami aku ke ni? Coolnya…

***

Iman Syakinah menyinsing lengan bajunya sehingga ke siku. Dia berniat untuk memasak untuk Farouk yang masih belum pulang lagi. Biar dia terkejut lihat perubahan pertamaku selepas hampir sebulan bergelar isteri.

Sebenarnya dia bukanlah pandai memasak, setakat telur goreng itu perkara biasa baginya. Dia memecahkan beberapa biji telur untuk membuat telur goreng dadar. Kemudian dia menggoreng kentang dengan kacang panjang. Beberapa batang cili padi di patah-patahkan untuk menimbulkan rasa pedas kepada gorengan tersebut. Hampir setengah jam, selesai semuanya. Memang dia menyediakan menu ringkas sahaja buat permulaan.

Selesai Maghrib baharulah Farouk pulang. Ketika dia mendengar bunyi kereta masuk, dia bergegas turun ke bawah untuk membuka pintu. Suaminya kelihatan letih, mungkin banyak memberi kuliah hari ini.

“Abang, Kinah dah masak. Tak payah makan kat luar lah…Kinah nak try masak untuk abang. Tapi masak simple aje. Nanti lepas abang mandi, kita makan sama-sama ya.”

Wajah Farouk yang letih tadi kini kelihatan berseri-seri. Dia merenungi wajah lembut Iman Syakinah dengan rasa kurang percaya. Wajah yang semakin hari makin memuncakkan sayang di dalam hatinya. Tetapi Iman Syakinah tidak tahu semua itu.

“Ini yang buat abang tak sabar. Pandai isteri abang ambil hati ya…” pujinya.

“Nak jadi isteri mithali…” Iman Syakinah ketawa mengekeh.

Farouk sudah menghilang ke dalam bilik untuk mandi dan bersolat. Tidak berapa lama kemudian dia sudah menuruni anak tangga dan terus menuju ke dapur.

“Abang tolong sendukkan nasi, Kinah bubuh lauk dalam pinggan kejap.”

Farouk mengambil dua keping pinggan untuk mereka berdua dan bersedia untuk menyenduk nasi. Tiba-tiba…

“Mana nasinya? Invisible rice ke yang Kinah masak ni…”

“Apa bang?! Invisible rice? Alamak!”

“Kenapa?”

“Lupa nak masak nasi daa…”

Farouk tidak dapat menahan ketawa melihat raut wajah isterinya yang terkejut badak. Akhirnya Iman Syakinah ikut ketawa sambil menahan perut.

“Nak buat apa ni? Dah lapar giler Kinah, bang…”

“Apa lagi, jadi mat saleh kejap le…makan telur dengan kentang aje.” Usik Farouk.

“Ingat nak buat kejutan…”

“Kinah pulak yang terkejut.” Sambut suaminya pantas.

Iman Syakinah tersenyum lagi. Dia segera mengenggam tangan suaminya memohon maaf.

“Sekarang macam mana?” soal Farouk perlahan.

“Buat projek macam biasa la…”

“Buat projek? Jom…”

“Ha…abang jangan otak kuning. Maksud Kinah kita makan kat luar lah!”

“Melepas lagi…” keluh Farouk di telinga Iman Syakinah.

Dada Iman Syakinah berdebar kencang di perlakukan begitu oleh Farouk. Selalu tidak macam ini, semenjak dua menjak ni rasa lain pulak! Hish! Kenapa yek? Bebel Iman Syakinah dalam hati.

“Apa tercegat lagi. Tadi kata nak buat projek kat luar. Jomlah…abang pun dah lapar sangat ni.”

Iman Syakinah mencubit lengan suaminya kerana mengusiknya lagi.

Farouk memusingkan badannya ke kiri dan ke kanan. Bilik tidur berhawa dingin itu tidak dapat menyamankan dirinya, sebaliknya peluh dingin me...
Unknown Aug 5, 2009
Oh! MyKarya!

Kamelia tersenyum memandang cincin dijarinya. ‘Cincin pinjam’ itu tersarung juga walau berlaku kejadian yang diluar jangkaan semalam. Masih lagi teringat kejadian semalam apabila Ijol memaklumkan yang cincin pertunangan mereka telah hilang. Cincin tersebut tiada di dalam bekasnya. Kelam kabut juga Ijol menangani masalah tersebut, namun demi kasih mereka, Kamelia tidak berkira. Akhirnya mereka bersepakat untuk menggunakan cincin emak Ijol dahulu.

‘Cute juga cincin bakal mak mertua aku ni!’

“Nanti saya gantikan yang lain, jangan bagitahu sesiapa tau.” Bisik Ijol ke telinganya ketika mereka bertemu selepas majlis selesai.

Kamelia yang cantik berkebaya renda berwarna pink cair melirik senyum. Gelihati pula bila difikirkan kembali. Tetapi dek terpandang wajah Ijol yang seperti memohon simpati, dia tidak jadi untuk mengenakan Ijol. Dia mengangguk bersetuju sahaja dengan cadangan Ijol itu.

“Awak nampak cantik sangat. Makin dalam sayang saya pada awak. Kita buat majlis nikah terus nak!”

“Bila?”

“Sekarang lah…” jawab Ijol selamba.

“Gila apa? Jangan buat pasal. Karang ibu bapa saya terkena strok! Terkejut…” jawab Kamelia perlahan.

“Lepas ni jangan ngurat orang lain tau. Saya tak suka!”

“Bukannya awak tahu!” balas Kamelia menduga.

Ijol mencubit lengan Kamelia tanda tidak suka dia bergurau begitu. Kamelia hanya ketawa kecil dan gurau senda mereka berdua mengundang perhatian emak Ijol yang baru keluar dan berdiri di muka pintu.

“Ijol!” emaknya menegur.

“Sikit aje mak. Bakal menantu mak ni yang nakal.”

Emaknya membalas dengan gelengan sahaja. Kamelia pula menutup mulut menahan tawa.

Bunyi telefon di sebelah mengejutkan lamunan Kamelia. Dia melihat nama yang terpapar di skrin sekilas dan segera menekan butang ‘on’.

“Hei Mak cik…apa khabar? Lama tak dengar berita. Tiba-tiba aje teringatkan aku. Mesti ada berita hangat nak story…”

“Congrats, Melia. Tunang senyap-senyap aje, takut aku serbu ke? Kau kenapa tak jemput aku dan kawan-kawan kita. Nak sembunyi konon! Sudahlah! Dulu dapat kerja pun tak inform, la ni tunang pun sorok-sorok…apalah kau dengan Ijol. Cuba cakap kenapa kau jadi so secretive lately…” soal Aini tidak puas hati.

“Bukan macam tu Aini. Semuanya tak dirancang…tiba-tiba Ijol mendesak nak bertunang. Aku tak boleh nak kata apa…ibu bapa aku pun bising juga. Tapi majlis dah okey, dah selamat. Lain kali kalau nikah kami jemput. Kau janganlah marah aku, marah si Ijol yang suka plan last minute.”

“Tak ada angin, tak ada ribut, tetiba kelam kabut macam tu, apasal dengan bos aku tu?” soal Aini masih tidak berpuas hati.

“Apa kau cakap, Aini? Bos kau? Siapa?”

“Ijol tu…opss, tak ada apa-apa lah. Ijol memang suka buat last minute. Baru aku teringat, dia ada mengadu yang kau keluar dengan bos kau. Aku rasa sebab dia jealous kut, terus dia ikat kau. Tapi kau orang pun memang dah patut kahwin. Aku je yang belum ada apa-apa…”

“Jangan tunggu lama-lama…” usik Kamelia ceria.

Di hujung talian Aini hanya tertawa mendengar usikan dari Kamelia itu.

***

Kamelia memarkir keretanya jauh dari pusat membeli belah Mahkota Parade kerana kawasan meletak kereta di situ telah penuh. Dia perlu membeli sedikit kelengkapan untuk dibawa ke Jakarta nanti memandangkan tempoh berkursus di sana memakan masa yang agak panjang.

Kebiasaannya pada hari-hari bekerja begitu orang tidak ramai, tetapi hari ini lain pula halnya. Mungkin ada promosi harga rendah menyebabkan orang ramai berpusu-pusu walau bukan pada hari cuti atau hujung minggu. Kamelia mempercepatkan langkahnya kerana dia perlu menyelesaikan beberapa perkara lagi sebelum berangkat ke Jakarta. Lain-lain barang kelengkapan diri telah sedia ada ditambah Ijol telah memberikan set mandian tersebut di majlis pertunangan mereka semalam.

Teringatkan majlis semalam dia tersenyum lagi. Usikan Ijol apabila majlis selesai amat mendebarkan dada. Ada-ada sahaja gurauannya yang mencuit hati. Segalanya amat indah dan terpahat kemas di dalam ingatan.

Fikirannya menerawang lagi. ‘Macam mana cincin tu boleh hilang? Nasib baik ada cincin emak dia, atau mungkin ada orang tak bagi Ijol tunang dengan aku!’ Apabila memikirkan hal tersebut Kamelia menjadi seram sejuk. Siapa pula yang dengkikan mereka?

“Aku rasa dia orang mesti tak jadi tunang. Ingat aku ni bodoh sangat. Padan muka! Sombong…dengan aku tak pandang konon! Sekarang tengok apa dah jadi…aku agak minah tu mesti nangis guling-guling sebab sepupu aku cancel majlis tu. Sekarang ni, turn aku pulak. Aku kena terus terang…mesti dia boleh terima aku, kan?”

Perbualan muda mudi di tepi eskalator berhampiran kedai menjual mainan itu menarik perhatian telinga Kamelia. Budak-budak muda sekarang memang malas bekerja, yang disukai mereka adalah melepak dan bersidai di pusat membeli belah dari pagi hingga ke malam. Entah apa nak jadi pada mereka…

“Siapa nama minah yang kau cerita tu tadi? Betul kata kau Zureen, mungkin sekarang dia orang dah berpatah arang…inilah masanya kau masuk jarum. Sepupu kau tu handsome beb! Kasi free kat aku, mati aku tak cari lain.” Sampuk satu suara lain.

“Dengan dia kau jangan nak cuba, aku punya. Kau ambil si Amin tu dah le. Walau gigi dia tak cukup kat depan tu, tapi dia tak kedekut. Kau minta apa pun, dapat tau…” jawab perempuan yang bernama Zureen.

Zureen? Sepupu? Tunang? Macam ada kaitan dengan aku aje…bisik Kamelia kepada diri sendiri.

“Mana cincin tu?” soal kawannya yang seorang lagi.

“Ni hah! Cantik aje kat jari aku…memang sepupu aku nak belikan untuk aku, tapi terpaksa bagi pada minah tu. Sekarang cincin ini aku yang punya.”

Empat orang remaja perempuan itu ketawa mengilai-ngilai mendengar cerita Zureen. Lagipun dengan cara itu mereka dapat menarik perhatian orang sekeliling.

Kamelia tidak jadi untuk menegur Zureen tatkala dia menitipkan ayat terakhirnya itu. Jadi, Zureen sebenarnya bercinta dengan Ijol? Cincin itu sebagai tandanya…tapi mengapa Ijol bertunang dengan aku? Adakah Ijol hanya berpura-pura untuk mengaburi mataku? Tetapi Ijol nampak bersungguh-sungguh, walau diduga dengan ‘kehilangan’ cincin tunang kami. Jadi, apa makna semua ini? Tiba-tiba ada titis jernih yang jatuh di pipinya. Sabar Melia…Sabar…pujuknya kepada hati sendiri.

***

Hari cuti yang sedih bagi Kamelia. Hadiah pertunangan yag amat kejam, fikirnya. Dalam berkemas pun fikirannya masih melayang-layang. Mengapa Ijol memperlakukannya sebegini rupa. Apa gunanya bertunang jika hanya mahu menyakiti. Apa maknanya kasih sayang jika hanya untuk mainan.

Sejak petang tadi dia tidak membalas SMS atau menjawab panggilan dari Ijol. Dia tidak mahu memikirkannya buat masa ini, juga bukan untuk waktu terdekat ini. Bukti apa lagi yang ingin diberi, jika mata dan telinga telah mendengar sendiri. Kau akan menyesal kalau kau berbohong, Ijol.

“Bila pergi Jakarta?”

Kamelia tersentak apabila ibunya muncul di pintu bilik secara tiba-tiba. Dia mengesat matanya dengan hujung baju.

“Esok bu…dari ofis. Kita orang akan berkumpul dulu, ada majlis taklimat sikit, kemudian baru berangkat.”

“Bila pulak nak balik KL? Takkan nak suruh ayah hantar pagi-pagi buta esok? Terburu-buru entah apa yang tertinggal pulak. Tempat kamu nak pergi tu jauh, bukannya balik hari. Jangan buat hal macam majlis kamu semalam, kelam kabut jadinya!”

‘Ah! Ibu ni, janganlah diingatkan majlis semalam. Kan hati aku dah sedih balik ni…’ rungut Kamelia dalam hati.

“Nasib baik ibu berkenan kat dia. Ibu percaya dia boleh jaga Melia. Ayah dan abang kamu pun suka kat tunang kamu tu. Jaga dia elok-elok, susah nak dapat orang lelaki macam ni zaman sekarang, Melia.”

Kamelia menyembunyikan rasa sedihnya dengan pura-pura membongkar almari baju. Dia tidak mahu ibunya perasan, biarlah semuanya dia tanggung sendiri. Kenapa keluarganya semua menyukai Ijol? Padahal mereka baru bertemu sekali itu sahaja. Mungkinkah kerana sikap ramahnya atau sifat budiman lelaki itu. Apa kata mereka andainya sikap yang ditonjolkan Ijol itu hanya satu sandiwara. Tentu mereka akan berasa ditipu. Atau…aku sahaja yang berlebih-lebihan, sedangkan semuanya ini hanya prasangka!

“Melia balik KL malam ni lah ibu. Nanti lepas maghrib minta ayah hantarkan kat bus stand.”

“Hem…nanti ibu ingatkan ayah kamu. Ijol tahu kamu nak pergi Jakarta esok?”

Kamelia hanya mengangguk. Dia seboleh mungkin menahan airmatanya daripada jatuh agar ibunya tidak mengesyaki apa-apa.

***

Kota Jakarta yang sibuk menerima kehadiran peserta seminar dari Malaysia itu dengan tangan terbuka. Kamelia dan empat puluh orang rakannya yang lain dari beberapa jabatan telah selamat menjejakkan kaki ke bumi yang mempunyai rakyat termiskin paling ramai di dunia itu. Mereka semua ditempatkan di Hotel Sultan iaitu salah satu hotel yang hampir dengan lapangan terbang Jakarta dan bertaraf lima bintang. Kamelia sebilik dengan kakitangan kanan dari jabatan sumber manusia yang bernama Khadeeja. Sekali pandang wajahnya seperti pelakon Bollywood. Mungkin dia ada darah kacukan dari daerah sebelah sana, siapa tahu. Masih banyak masa lagi untuk berkenal rapat, fikir Kamelia kemudiannya. Sebelum ini pun mereka pernah bertemu tetapi bersapa ala kadar sahaja.

“I rehat sekejap, kalau ada information just let me know. Okey!”

Kamelia sekadar mengangguk dan melemparkan senyuman kepada Khadeeja. Bilik Deluxe yang bersaiz besar itu memang amat selesa untuk mereka berdua. Kamelia membuka ikatan tudungnya dan mengirai rambutnya yang mencecah bahu. Alangkah segar perasaannya kini setelah melalui perjalanan yang agak membosankan dari Malaysia. Dia menyelak tirai untuk meloloskan dirinya ke beranda. Pemandangan yang biasa dari ketinggian yang luar biasa. Namun tiupan bayu petang yang memuput lembut di wajahnya membuatkan Kamelia terlupa dia berada di tingkat berapa bangunan hotel tersebut.

‘Ijol!’ Entah mengapa nama itu yang diseru padahal kelmarin nama itu juga yang dibenci. Kejamkah aku? Membenci tanpa usul periksa, melarikan diri dari sebuah hati yang tak mengerti apa-apa? Kasihan Ijol…

‘Cincin tunang’ dijari direnung lembut. Sempatkah Ijol mengganti dengan yang baru? Tahukah dia di mana cincin itu sekarang? Atau dia merelakan cincin itu terletak di jari Zureen? Sangkaan demi sangkaan hanya menyebabkan hati Kamelia semakin pedih.

Bunyi SMS masuk mengejutkan Kamelia dari lamunannya. Dia bergerak ke tepi katil di mana dia meletakkan telefonnya sebentar tadi.

‘Sayang dah sampai ke? Saya risau sangat. Kenapa tak balas SMS. Saya dah ganti cincin yang hilang tu. Tak sabar nak tengok sayang pakai cincin yang betul. Nanti mintak emak saya sarungkan untuk sayang. Take care sayang.’

‘Macam tahu pulak aku tengah tengok cincin emak dia. Betul ada sixth sense lah dia ni…desis kamelia dalam hati.

Sesaat dua Kamelia membiarkan sahaja SMS itu tanpa dijawab. Namun jauh di sudut hati dia berasa kasihan menghukum Ijol tanpa ada bukti sahih. Akhirnya dia menitipkan sebaris dua SMS kepada Ijol.

‘Saya dah selamat sampai. Nak rehat sekejap. Ok.’ Dia menekan butang ‘send’.

Kamelia hanya membalas ‘ok’ apabila Ijol memaklumkan sudah membeli cincin yang baru. Sepatutnya dia berasa gembira kerana Ijol mengotakan janjinya. Bukankah itu menunjukkan Ijol memberikan komitmen yang sepenuhnya terhadap perhubungan mereka? Namun Kamelia tidak jadi membetulkan SMSnya itu kerana hatinya masih berteka-teki.

‘Aik! Tak balas pun.’ Kamelia merenung telefonnya tanpa berkelip.

Akhirnya Kamelia tertidur di sebelah Khadeeja yang lebih awal belayar di lautan mimpi.

***

Hari pertama seminar dijalankan adalah saat paling membosankan bagi Kamelia. Sesi hari itu lebih kepada pengenalan dan kertas kerja yang membincangkan latar belakang dan kejayaan syarikat telekomunikasi mereka di peringkat nasional dan antarabangsa.

Aktiviti mereka pula tidak habis dengan minum pagi, makan tengahari, minum petang, makan malam dan seterusnya. Makanan yang dihidangkan oleh pihak hotel juga tidak kurang hebatnya. Kebanyakan menu berasaskan makanan Indonesia, cuma kadangkala hidangan sarapan mereka ada yang ala-ala hidangan barat. Mungkin pihak hotel cuba memenuhi citarasa semua orang.

Hari kedua baharulah seminar sebenar bermula. Datuk Jeffrey yang mengetuai rombongan syarikat, sentiasa berada di barisan hadapan. Kamelia perasan, bos muda itu selalu didampingi oleh Khadeeja yang seksi dan cantik itu. Kadangkala mereka berbisik-bisik, kadangkala ketawa lucu apabila pembentang kertas kerja membuat jenaka.

“Malam ni kita jalan-jalan ke Mall nak?” pelawa Qayyum yang duduk di sebelahnya.

Kamelia menjarakkan tubuhnya dari Qayyum yang sengaja hendak dekat dengannya. Mulanya dia tidak mahu duduk dengan Qayyum, tetapi memandangkan hanya Qayyum sahaja yang dikenali secara rapat kerana mereka satu jabatan, maka dia biarkan sahaja perasaan tidak senang hati itu ke tepi.

“Tak boleh. Lagipun I nak rest. You ingat duduk lama-lama kat sini tak stress ke?” sampuk Kamelia perlahan.

“Sebab kita stress la I ajak you release tension. Jalan-jalan, cuci mata…takkan nak terperuk aje kat bilik.”

“Tak apa. Thanks kerana prihatin. Why not you ajak Deeja, I think she will follow you, if somebody allow her!”

“You bergosip ya? I pun nampak apa yang you nampak, Melia. But I think they’re just be friend, same like us here.”

“Then, try your best Qayyum.”

“But still…I nak keluar dengan you, bukannya Deeja.” Balas Qayyum berbisik di telinganya.

Kamelia menjadi geli geleman apabila Qayyum berbuat begitu. Adakah ini boleh dikategorikan sebagai ‘gangguan seksual’ atau cubaan ke arah itu? Naik seram sejuk pula apabila memikirkan tindakan Qayyum sebentar tadi. Dia tidak berani membayangkan apa akan dilakukan oleh Qayyum jika mereka tinggal berdua! Fakta yang dibentangkan oleh penceramah di hadapan langsung tidak masuk di otaknya. Ini semua Qayyum punya pasal!

Hari ketiga tanpa mendengar suara Ijol umpama ada sahaja yang tidak kena dengan hari yang dilalui. Ijol yang ingin dibenci, sebaliknya lelaki itu juga yang dirindui. Ijol yang pandai mengusik, sering mendebarkan dada dengan kata-katanya. ‘Aku yang nak merajuk, dia dulu dah rasmikan…’ Rungut Kamelia kepada dirinya sendiri.

Lewat petang baharulah seminar tamat. Sewaktu berurusan di kaunter pelanggan, Kamelia di datangi seseorang. Dia tidak kenal dengan lelaki itu, tetapi melihat cara berpakaian tentu dia ‘seseorang’ yang berpangkat di sini.

“Cik Puan, ada jambangan untuk puan.”

“Untuk saya?” Kamelia kaget.

Dia teragak-agak untuk menerima pemberian itu kerana tidak tahu siapa si pemberinya. Manalah tahu ada orang yang berniat jahat dengannya, apatah lagi sekarang dia di negara orang.

“Maaf Cik Puan, bukan ada niat enggak betul, ini dari bapak presiden.”

“Hah!? Bapak presiden?” Kamelia semakin takut.

“Bukan yang itu…maksudnya bapak presiden hotel ini…Mas Hardy…”

Hardy? Macam aku kenal dengan nama itu. Hardy? Adakah orang yang sama yang dikenali sewaktu di UK dulu? Tapi, dia memang orang Jakarta. Takkan dia pemilik hotel ini? Eh! Peliklah pulak!

“Sila ambil ya Cik Puan, Mas Hardy orang baik-baik…”

Jambangan bunga ros merah bertukar tangan. Terselit kad kecil di atasnya. Beberapa pasang mata memerhatikannya dan membuatkan Kamelia berasa malu tiba-tiba. Dengan segera dia mengambil kunci biliknya dan menuju ke lif.

***

“Bagimana kamu boleh detect saya di sini. Kamu bijak ya!” soal Kamelia sambil ketawa.

“Secara kebetulan. Saya terserempak dengan grup kamu dari Malaysia. Tak sangka dari cuba-cuba nasib saya bisa ketemu kamu lagi…”

“Ah! Kamu memang licik orangnya. So, what are you doing now? Saya dengar kamu tak habis belajar. Apa sudah jadi?”

“Lepas mantan bapak saya meninggal, somebody have to take over his position. After several discussion and having consultant from our lawyer, they decided to put me in…” ujar Hardy dengan bahasa Inggeris dan Indonesia berselang seli.

“Kamu kira bertuah lah Hardy. Macam I ni makan gaji aje.”

“Mana ada lucky jika hari-hari perlu hadapi macam-macam masalah. Setiap kali ada problem, saya jadi stress. Tapi dengan adanya kamu hari ini, sure saya tidak rasa stress lagi. Kamu selalu buat orang bahagia…”

“Terima kasih kalau itu satu pujian.”

Hardy merenungi Kamelia lama-lama di dalam samar cahaya di restoran itu. Kamelia tidak betah diperlakukan begitu kerana bimbang ia boleh mendatangkan kesan lain pada dirinya. Takut jika hatinya yang sedang berbelah bahagi ini akan terpaut pada kejujuran Hardy.

Kesunyian suasana dikejutkan dengan bunyi SMS masuk di telefon Kamelia. Dia segera membuka peti mesej dan dia hampir terloncat apabila Ijol yang menghantarnya. Dia tahu kut aku sedang berjumpa lelaki lain.

‘Sayang tengah buat apa? Makan ke? Dengan siapa? Jangan lupakan saya…p/s: Dah tak merajuk da…’

Lucunya SMS dia; gumam Kamelia dalam diam. Tanpa sengaja dia tersenyum sendiri.

“Siapa?” soal Hardy lembut.

“A…a…Kawan…”

Patutkah aku berterus terang? Rasanya tidak perlu kerana mereka bukanlah sesiapa, setakat rakan seuniversiti sahaja. Kamelia membuat pendirian begitu akhirnya. Jika Hardy hendak suka padanya pun Kamelia tidak kisah kerana hatinya kembali kasih kepada Ijol sebentar tadi. Ijol yang sentiasa ada ‘sixth sense’nya…

Kamelia tersenyum memandang cincin dijarinya. ‘Cincin pinjam’ itu tersarung juga walau berlaku kejadian yang diluar jangkaan semalam. Masih ...
Unknown Aug 3, 2009
Oh! MyKarya!

Zureen meletakkan segala barangan yang di bawanya di tepi katil. Rasa penat yang melanda tidak terasa walau perjalanan dari KL ke JB memakan masa lebih kurang tiga jam. Kemudian dia mengambil teksi untuk ke rumah mak ciknya ini, iaitu emak Ijol. Ijol tidak dapat mengambilnya seperti selalu kerana lelaki itu sedang membuat persiapan majlis pertunangannya yang bakal berlangsung dalam masa terdekat ini. Entah mengapa, tiba-tiba seluruh urat sendinya terasa sengal di sana sini, bukan kerana kepenatan tetapi kerana perkhabaran yang di dengari. Ijol akan bertunang dengan Kamelia. Kamelia yang pernah ditemuinya tidak berapa lama dulu. Ah! Perempuan itu sentiasa menutup ruangnya untuk memikat hati Ijol semenjak dulu.Walau ketika wanita itu berada jauh nun di bumi Inggeris.Entah ilmu apa yang dia gunakan untuk menundukkan Ijol, sehingga setiap masa wajah comel itu terlayar di skrin komputer milik Ijol. Semakin benci dia pada Kamelia, makin sakit-sakit pula badannya. Rasa benci itu telah menular ke segenap ruang nafasnya!

“Zureen...Zureen...”

Pintu biliknya diketuk dari luar. Mungkin mak ciknya mahu mengajak minum petang bersama-sama.

“Saya.” Zureen menjawab dari dalam.

“Mari kita minum sama-sama. Mak cik ada buat kek pisang tu hah. Marilah. Nanti air dah sejuk tak sedap pulak.”

“Tak apalah mak cik, Zureen nak berehat dulu.”

“Nanti kalau dah hilang penat, keluarlah...”

Kedengaran tapak kaki mak ciknya telah menjauh. Zureen merebahkan badannya ke atas katil. Baju yang dipakai belum ditukar dan dia berasa malas untuk mandi. Yang difikirkan saat ini hanyalah untuk tidur dan melapangkan fikirannya.

'Dia tidak berhak ke atas Ijol! Aku yang lebih layak, aku yang lebih dahulu mendampinginya, aku yang selalu berada disamping lelaki itu kala susah dan senang. Bukankah dahulu Ijol selalu memanjakan dirinya? Ijol juga yang selalu mendukungnya sewaktu mereka bermain berama-sama. Kemanakah Ijol ku yang dahulu?'

Zureen merintih dalam hati, membayangkan masa-masa akan datang hidupnya tanpa Ijol. Pintu hatinya tidak pernah terbuka untuk menyayangi lelaki lain kecuali Ijol. Setelah memasuki kolej, lagilah rasa kasihnya bercambah kepada sepupunya itu, dan dalam diam-diam dia sebenarnya telah jatuh cinta pada Ijol. Tetapi...wanita itu selalu menang. Ijol sentiasa bercerita itu dan ini tentang wanita itu di hadapannya.

Arhg!! Zureen menumbuk bantal di sebelahnya. Masa semakin hampir untuk Ijol meninggalkannya.
Buat ketika ini, dia hanya mampu menjadi pemerhati kepada kebahagiaan orang lain.Zureen membiarkan sahaja hatinya lumat seribu dan harapannya hancur berkecai. Biarlah...dia pasrah dalam dendam!

***

“Cantik tak barang-barang yang abang beli untuk kak Mel. Cuba Zureen tengok hand beg ni, limited edition tau. Ada sepuluh aje yang macam ni. Abang nak bagi yang special aje untuk kak Mel.”

Ijol menunjukkan barang-barang yang dibelinya untuk hantaran kepada Kamelia. Zureen ikut membelek beg, kasut dan set wangian yang terhidang di depan mata. Dia mencuba kasut pula, padan betul dengan saiz kakinya.

“Abang Ijol...tengok ni. Kasut pun muat dengan kaki Zureen. Patut Zureen yang pakai kasut ini bukannya perempuan itu.” bebel Zureen.

“Perempuan mana?!” soal Ijol dengan nada yang sedikit tinggi.

“Ops! Sorry, Kak Melia...”

“Hah! Tahu pun. Lain kali don't addressed her like that! She is my wife-to-be. Zureen kena hormat kat dia, anggap dia macam kakak Zureen sendiri. Faham!”

“Okey.” Zureen menjawab perlahan namun jauh di sudut hati dia menyumpah-nyumpah.

Emak Ijol datang membawa dulang berisi minuman. Ayahnya pula asyik menonton siaran Buletin Utama. Setelah meletakkan dulang di atas meja, dia menyertai Ijol dan Zureen yang sedang membuka tanda harga pada barang-barang yang dibeli itu.

“Semua dah cukup, Ijol? Dah lah buat majlis terburu-buru. Kelam kabut emak dan ayah dibuatnya. Kamu macam takutkan sesuatu aje, Ijol. Kawan kamu itu ramai peminatnya ke? Macamlah dah tak ada hari lain, tunggu cuti sekolah ke, atau tangguhkan sebulan dua ke? Emak pun tak pernah jumpa dia.” emaknya membebel.

“Emak...bukannya apa. Saya dah lama kawan dengan dia, kira hubungan kita orang dah matang sangat ni...lagipun, ramai sangat yang nak masuk jarum, takut saya mak.”

“Kalau dah jodoh kamu, apa nak ditakutkan. Ini tidak! Entah elok tak budak itu, mana kita orang tahu, Ijol.”

Zureen di sebelahnya hanya mendengar, berharap Ijol menerima nasihat emaknya itu dan menangguhkan niat untuk bertunang dengan Kamelia. Namun Ijol sudah bersedia untuk membalas pendapat emaknya itu.

“Gambar yang emak selalu tengok kat komputer saya tu, dialah orangnya. Melia namanya, mak. Kan selalu saya tunjukkan gambar-gambar kawan saya yang kat UK tu, pun dialah orangnya. Emak kata berkenan sangat dengan dia, tak ingat?”

Emaknya hanya tersenyum. Ayahnya yang sedang menonton televisyen sesekali mencuri dengar tetapi tidak berapa ambil pusing, baginya Ijol sudah cukup dewasa untuk menentukan masa depannya sendiri.

“Nanti kamu nak ikut masa hantar rombongan, Zureen? Rasanya cukup kereta kalau kamu nak ikut.” mak ciknya mempelawa.

Zureen yang sedari tadi berkhayalan, tersentak sekejap apabila ditegur tiba-tiba oleh mak ciknya itu.

“A...a..tak tahu lagi mak cik. Kalau saya tak ada programme lain, saya ingat boleh juga saya pergi sana. Lagipun tak pernah sampai kat tempat tu, nak juga tengok kampung bakal kakak sepupu saya...”

“Eloklah tu.”

Ijol mengemaskan kembali barang yang dibeli dan diserahkan kepada emaknya untuk urusan membuat gubahan. Pada mulanya Kamelia terkejut mendengar Ijol mahu menghantar wakil masuk meminang tetapi setelah dijelaskan oleh Ijol yang majlis pertunangan mereka hanya diadakan serba ringkas, maka Kamelia setuju akhirnya.

“Cincin belum beli ke, Ijol?”

“Belum mak. Esok lusa saya carilah, lagipun saiznya belum dapat lagi dari Melia.”

“Ha...boleh ajak Zureen masa pergi beli nanti. Jari orang perempuan kan tak jauh bezanya.”

“Tengoklah nanti.” Ijol menjawab seadanya.

Zureen yang mendengar cadangan mak ciknya berasa amat gembira. Paling tidak Ijol boleh meminta pendapatnya tentang bentuk dan harga cincin pertunangannya nanti. Fikirannya membayangkan detik-detik dia menemankan Ijol nanti.

***

“Saya nak pergi bukannya lama, itu pun kerana urusan kerja. Takkan saya nak main-main pulak kat sana. Awak jangan risau. Saya dah besar panjang Ijol. Lagipun apa awak nak takutkan. Masa pergi nanti kan kita dah bertunang. Saya akan jadi tunang awak yang paling setia. Don't worry, ok.”

“Memang kita dah bertunang, tetapi itu tak menjanjikan bahawa awak tidak akan dipikat oleh sesiapa. Bukan jaminan yang awak pula tak terpikat dengan orang lain terutamanya bos awak tu. Mula-mula lunch date, lepas tu dinner date...after that, saya dah tak mahu fikir. Faham-faham sudahlah.” tegang benar suara Ijol ketika itu.

Kamelia hanya terdiam. Dia sebenarnya terasa dengan kata-kata Ijol sebentar tadi. Dia bukan wanita yang Ijol sangkakan. Dia ada harga diri yang perlu dihormati, ada maruah yang sentiasa dipelihara dan kini hatinya amat terasa sekali. Sanggup Ijol meluahkan kerisauan yang secara langsung mengguris perasaannya.

“Sayang...maafkan saya. Saya bukan bermaksud yang bukan-bukan. Saya amat risau sayang. Saya tak sanggup kehilangan awak, mungkin dulu ya, tapi bukan kali ini. Maafkan saya, sayang...”

Di hujung talian Kamelia hanya tersenyum pahit mendengar permohonan maaf dari Ijol. Dia memang seorang lelaki yang budiman, mungkin ramai peminat wanita, siapa tahu? Lelaki seperti itu memang pandai berlakon. Adakah Ijol juga seperti itu, berlakon sayangkan aku semata-mata menunjukkan ego, atau sayang kerana agenda tertentu? Oh Tuhan...tunjukkan aku jalan. Semakin dekat dengan hari pertunangan, mengapa pula hatiku berteka-teki terhadap Ijol? Tak mungkin...aku sayangkannya, dia sayangkan aku, takkan ada udang di sebalik batu?!

“Sayang...kenapa awak diam? Marah sangat ke pada saya? Tolonglah Melia, jangan diam aje, cakaplah sesuatu...” Ijol merayu.

Dia bimbang kalau Kamelia marah sehingga sanggup membatalkan pertunangan mereka nanti. Bukan itu yang diharapkannya.

“Lain kalau kalau nak telefon jangan cakap pasal orang lain, ok. Tak ada pasal kerja, tak ada pasal orang lain...pasal kita berdua aje.Saya tak mahu nanti kita bergaduh dan menyusahkan diri sendiri. Kita dah matang Ijol, bukan budak-budak. Kalau gaduh aje tak syok, hati makin sakit. Nanti tak pasal-pasal ada orang cemburu buta...” ejek Kamelia pada Ijol.

“Oh! Nak kenakan saya pulak ya! Tak apa...ada masa saya balas.”

“Awak dah beli cincin belum? Hujung minggu nanti jangan datang tangan kosong. Kalau tidak saya tolak pinangan awak...”

“Buatlah kalau berani...oh ya, apa saiz jari awak, sayang?”

“Tak pasti. Awak test aje kat jari sales girl kat kedai emas tu nanti...mesti muat punya.” ujar Kamelia ketawa.

“Ada ke macam itu, nanti dia ingat saya yang tunang dengan dia...melepas awak!”

“Aik! Cepatnya ulat bulu naik daun, pantang bagi chance...”

“Awak jelous ke?”

“Mana ada. Tak kuasa...”

“Kalau jealous cakap, karang nangis pulak cari langsir buat lap air mata ...”

“Saya bukannya macam awak. Jealous aje terus pinang saya, kalau marah entah macam mana agaknya tindakan awak.”

“Kalau marah terus kahwin. Buat tak tahu pulak!” Ijol membalas dengan ceria.

“Awak nak pergi dengan siapa nanti? Kalau saya ada kat sana kan best, kita boleh pergi sama-sama...”

“Emm...emak suruh pergi dengan Zureen. Saya pun tak nak, tapi emak kata mungkin saiz jari awak sama dengan Zureen...jadi saya 'on' aje.”

“Amboi...dia keluar dengan perempuan lain, boleh. Kalau kita nak pergi makan dengan bos bukan main jealous orang tu!” sindir Kamelia.

“Kes awak lain, kes saya lain. Saya keluar sebab nak belikan cincin tunang kita, bukan sengaja nak kenyangkan perut.” jawab Ijol dengan nada yang sama dengan Kamelia.

“Awak balas kat saya ya?” soal Kamelia pula.

“Ha! Tengok tu, awak mudah syak yang bukan-bukan. Saya cuma nyatakan kebenarannya. Bukan nak balas apa yang awak buat. Lagipun saya tak takut, sebab saya pasti bos awak tak dapat kalahkan saya. Saya kan lebih macho...lebih caring, lebih sayang awak...” Ijol ketawa mengekeh.

“Jangan over confident. Mana awak tahu bos saya tak macho? Tak caring?” soal Kamelia ikut tertawa.

“Saya tahulah...sebab itu awak pilih saya.”

“Bukan saya yang pilih awak, awak yang paksa saya untuk pilih awak, Ijol.”

“Dah mula dah...tak mahulah gaduh-gaduh. Kita jauh, kalau saya merajuk sapa nak pujuk? Alamat tidur gigit jarilah saya...Melia.”

“Tahu tak apa! Tapi, Zureen kan ada!”

“Tengok tu, nak mula lagi...saya sayang awak Melia, dari dulu lagi. Bukan Ijol namanya kalau tak dapat kahwin dengan awak. Saya nak tunang dengan awak, kahwin dengan awak dan mendapat zuriat daripada awak. Kalau saya terlupa, awak kena ingatkan. Okey.”

“Entahlah Ijol...”

“Aik! Macam orang frust aje bunyinya. Cerialah sikit sayang...”

Berbual dengan Ijol membuatkan Kamelia berasa damai dan lapang walaupun perbualan dengan Ijol sering diselang selikan dengan sesi usik mengusik. Terutamanya Ijol yang mewarisi kenakalannya sejak dari zaman sekolah menengah lagi. Namun yang pasti, lelaki itu pandai memujuk dan menggunakan diplomasi dalam menyelesaikan setiap perbalahan antara mereka.

“Selamat malam sayang...peluk saya sikit.”

“Gatal!Belum halal lagi mana boleh peluk-peluk...selamat malam sayang, bye!”

Kamelia segera memutuskan talian bimbang Ijol melalut mengatakan yang bukan-bukan. Di hujung malam dia tersenyum sendirian. Tak sabar rasanya untuk bergelar tunangan Ijol.

***

Petang itu Ijol membawa Zureen menemankannya pergi ke Habib Jewels untuk membeli cincin. Berkali-kali emaknya mengingatkan agar jangan tersalah saiz kerana keesokan harinya majlis pertunangan bakal berlangsung.

“Zureen rasa yang ini cantik sikit abang Ijol. Yang tadi tu besar sangat. Cincin tunang biasanya yang simple aje, kalau dah kahwin baru beli yang mahal sikit. Lagipun, cuma majlis bertunang aje kan...buat apa beli mahal-mahal!” selamba sahaja Zureen memberikan pendapatnya.

“Ini bukan pasal tunang atau kahwin, tapi abang dah niat nak bagi yang terbaik untuk kak Melia. Walau berapa nilainya, abang sanggup bayar.”

“Walau bergadai nyawa?”

“Sure, sebab dia sangat istimewa bagi abang. Dia baik hati, memahami, matang...dia pun wanita yang cantik luar dalam...”

Zureen mencebik mendengar luahan hati Ijol terhadap Kamelia. Bukan sekali dua lelaki itu memuji, malahan sudah naik muak dia mendengar frasa yang sama keluar dari mulut Ijol. Entah apa perempuan itu guna-gunakan sepupunya itu, dia tidak pasti. Hinggakan begitu mendalam rasa kasih sayang lelaki itu kepada musuhnya itu.

“Mana abang Ijol tahu dalamnya pun cantik? Dah test ke?” ejek Zureen tidak puas hati.

“Sampai ke situ pulak fikiran Zureen. Dia tak macam Zureen lah, dia wanita yang tulus dan jujur. Dari air muka dia aje orang dah tahu.”

“Zureen tak rasa pun. Zureen tengok dia macam perempuan lain yang mengejar lelaki berduit, lelaki kaya...dan berjawatan.” kata-kata Zureen makin menyakitkan hati.

“Kalau nak kutuk orang cermin diri tu dulu. Buat apa dia nak kejar abang hanya kerana duit, nama...dan sebagainya. Gaji dia pun lebih kurang sama dengan abang. Zureen tu yang kena berhati-hati...jangan nanti pilih teman hidup kerana gajinya, silap haribulan gigit jari!” balas Ijol tegas.

Mereka berhenti bertekak apabila jurujual kedai emas itu mengeluarkan dua kotak cincin untuk untuk di pilih. Dengan muka yang mencuka, Zureen mencuba kedua-duanya atas arahan Ijol. Setelah puas hati dengan salah satu pilihan, Ijol pun membayar harga cincin tersebut. Baginya harga bukan ukuran tetapi nilai sentimental pemberian itu dengan disertai niat yang ikhlas yang lebih memberi seribu erti. Tidak sabar rasanya untuk melihat cincin itu bertukar tangan.

***

“Aku geram betul masa keluar dengan dia tadi. Langsung dia tak endahkan aku. Asyik cerita itu ini pasal buah hati dia tu. Bukannya lawa mana pun perempuan itu. Menyampah aku tengok! Kalau kat komputer dia penuh dengan gambar pompuan itu aje...dah lah tu, pagi petang siang malam dok melayan gambar-gambar dia. Angau!”

“Yang engkau jealous semacam wat apa? Aku tengok pompuan itu okey aje, cantik, lebih cantik dari kau. Aku tahulah kau frust sebab dia tak layan engkau...tapi Zureen, kumbang bukan seekor, merata-rata! Warna warni pulak tu. Kau pilih aje yang kau suka.”

“Kau memang tak fahamlah Sally, aku hanya cintakan dia sorang! Dari dulu lagi...dia yang tak faham-faham.”luah Zureen pada Sally, rakan baiknya.

“Ala Zureen, orang dah tak nak, buat apa nak peningkan kepala. Buat sakit jiwa aje. Lebih baik kau ikut aku pergi tengok wayang, makan-makan kemudian lepak-lepak. Habis cerita.” saran Sally kepada Zureen.

“Bila? Bolehlah aku joint. Kau datanglah ambil aku.”

“Kau tunggu. Setengah jam lagi aku sampai. Life must go on, friend!” ujar Sally mengakhiri perbualan mereka.

***

“Nak ke mana Zureen? Dah malam macam ni. Mak cik tahu tak Zureen nak keluar?” tegur Ijol yang baru keluar dari dapur.

Dia mengekor Zureen ke pintu depan sambil di tangannya memegang segelas jus oren. Sekilas di lihat jam di dinding. Hampir mencecah sembilan malam.

Zureen langsung tidak mengendahkan teguran dari Ijol, malah sengaja dia menunjukkan penampilannya yang terdedah di sana sini.Baginya itulah pakaian yang sesuai dengan dirinya yang masih remaja.

“Apasal pakai baju macam tu? Dah tak ada baju lain lagi sampai pakaian yang macam tu Zureen pakai. Pergi tukar sekarang!”

“Tak nak. Dak lambat ni, kejap lagi kawan Zureen sampai.”

“Pergi tukar abang cakap. Awak tu sekolah agama, ambil jurusan pun yang berkaitan, tapi praktikal tak ada. Habis terbang semua tudung entah ke mana. Kalau balik kampung pandai pulak pakai tudung. Menutup aurat tu wajib hukumnya Zureen, tentu awak lebih arif dari abang.” tegang sahaja suara Ijol bunyinya.

Bunyi hon kereta kedengaran di luar rumah. Tanpa mengendahkan suruhan Ijol sebentar tadi, Zureen meluru keluar mendapatkan Sally yang memandu kancil berwarna hitam.Ijol memerhatikan Zureen hilang di dalam perut kereta kancil itu tanpa sempat berbuat apa-apa. Dia lupa mengingatkan Zureen yang esok pagi mereka akan berangkat ke Melaka seawal jam lapan pagi.

***

Menjelang lapan pagi bayang Zureen tidak kelihatan. Berkali-kali pintu biliknya di ketuk tetapi tidak berjawab. Ijol memanggil emaknya meminta memeriksa bilik Zureen, didapati biliknya kosong tidak berpenghuni.

“Macam mana ni mak, nak tinggal aje ke? Saya call handphone dia pun tak berangkat. Saya dah larang dia keluar malam tadi, tapi degil. Melawan pulak tu. Lain benar perangainya sekarang ni!” Ijol memberitahu emaknya.

“Biar aje lah Ijol, kita cuma penjaga dia. Emak bapak dia pun tak marah, kita aje yang berlebih-lebih. Nanti di katanya kita sibuk jaga tepi kain orang.” balas emaknya yang telah berpakaian cantik.

“Emak...bukan apa, saya rasa kita patut bagi dia nasihat. Dia tu perempuan, kalau jadi apa-apa pada dia kita juga yang kena. La ni makin melampau perangainya. Patutnya dia tahu keluarga harapkan dia untuk bantu mereka. Saya tengok dia macam dah tak minat belajar. Entah apa yang dia buat kat KL pun kita tak tahu. Esok lusa belajar ke mana, dia entah ke mana. Siapa yang susah mak? Siapa nak ganti duit pinjaman dia, kena denda lagi...macam-macam tindakan dikenakan nanti.”

“Dah siap? Eh! Nape masih tercegat lagi Ijol? Semua orang dah tunggu kat luar, nanti lewat sampai.” abahnya tiba-tiba mencelah, entah dari mana.

“Zureen ayah?” soal Ijol.

“Tinggal aje, dah lewat ni. Jomlah...” jawab abahnya.

Mereka bergerak meninggalkan kawasan perumahan itu tepat jam 8.30 pagi. Namun Ijol merasa tidak sedap hati dan dadanya terasa berdebar-debar. Sebelum pergi tadi dia telah memeriksa semua barang yang hendak dibawa dan semuanya lengkap.Debaran dadanya masih tidak berhenti walau telah berkali-kali dia meneguk air mineral yang dibawa.

“Napa kau gelisah aje, Ijol? Ada barang tertinggal ke? Kamu dah check semuanya tadi kan? Tahulah nak minang anak orang, cuba bertenang. Apa kamu takut dia tolak pinangan kamu ke?” soal emaknya bertubi-tubi.

“Tak ada lah mak. Saya okey.”

“Muka kamu tu berpeluh dalam air-cond, pelik tu.”

“Entah. Dari tadi saya rasa tak sedap hati. Tak tahu kenapa...”

“Gemuruh...” usik ayahnya yang sedari tadi hanya mendengar.

“Bukan ayah. Satu perasaan yang lain, tak pasti apa.” ujar Ijol.

Mereka berkonvoi empat kereta sahaja. Lagipun majlis yang bakal diadakan sekadar menjemput saudara terdekat memandangkan ia dirancang dengan terburu-buru oleh Ijol. Pada mulanya keluarga Kamelia meminta agar majlis tersebut ditangguhkan, tetapi Ijol menolak dengan alasan mereka sudah terlalu lama berkawan, bimbang jika ditunda terus tidak menjadi. Padahal sebenarnya Ijol bimbang terhadap keadaan sekeliling, takut ancaman dari luar terhadap perhubungannya dengan Kamelia.

“Nanti kita berhenti kejap kat Pagoh, bah...”

“Boleh.”

Mereka berhenti rehat dan bersarapan di Hentian Rehat Pagoh. Keadaan di kawasan tersebut tidaklah terlalu sibuk memandangkan waktu masih pagi lagi. Ijol mengambil kesempatan membasahkan mukanya demi menghilangkan debaran yang tak putus-putus di sudut hatinya.

Dia mengambil telefon dan mendail nombor Kamelia.

“Sayang dah siap? Awak pakai baju apa nanti? MMS pada saya...”

“Nanti kan awak boleh tengok, sabarlah sikit.”

“Saya rasa tak sedap hatilah, Melia. Awak okey kan? Saya rasa macam ada yang tak kena...”

“Mungkin perasaan awak aje. Saya okey, sihat ni hah. Ibu tengah touch up sikit gubahan, ada aje yang tak kena pada dia, padahal benda kecil aje. Awak kat mana ni?”

“Dah sampai Pagoh, ingat nanti kalau sampai awal nak rehat sekejap kat hotel.”

“Ijol...dah check semua barang awak? Dah bawa semua? Mana tau kut-kut cincin tertinggal.” usik Kamelia ceria.

Tiba-tiba hati Ijol terdetik untuk membuka bonet keretanya di mana dia memasukkan semua barang hantarannya tadi.

“Okeylah sayang, nanti kita jumpa. Bye!”

Ijol bergerak ke bonet keretanya dan sekali pandang semua benda ada di situ. Tepak sirih, gubahan-gubahan yang lain dan juga kotak indah yang berisi cincin untuk Kamelia. Semuanya ada. Entah mengapa tangannya tergerak untuk membuka kotak cincin tersebut. Alangkah terkejutnya Ijol apabila didapati kotak baldu itu kosong! Jantungnya seakan berhenti seketika dan Ijol merasakan dia mahu pitam.

Zureen meletakkan segala barangan yang di bawanya di tepi katil. Rasa penat yang melanda tidak terasa walau perjalanan dari KL ke JB memakan...
Unknown Jul 30, 2009