Menu
Oh! MyKarya!


Wida menggumam sendirian setelah helahnya mengerjakan kereta Adira tidak berjaya. Kerana hasad dengkinya kepada gadis pembantu kepada lelaki paling berpengaruh di bumi KL ini, dia sanggup mengupah budak kedai motor untuk menyedut minyak kereta Adira. Dia benci ketika ternampak kelibat pasangan itu makan tengahari bersama. Ditambah apabila mereka makan di sudut yang tersorok. Pada fikirannya tentu gadis itu serik untuk keluar dengan Hazzim lagi selepas masalah yang menimpa. Selepas ini bebaslah dia untuk bertemu dengan lelaki itu. Tapi siapa sangka, Hazzim juga yang menyelamatkan situasi kalut itu. Hazzim datang menjemput Adira sekaligus menghantar gadis itu pulang. Makin berkepuk-kepuk berbuku hatinya apabila dengan selamba pasangan bos dan pembantu itu meninggalkan Wida yang termangu-mangu memerhati dari satu lorong.

Brosur kecantikan yang sedang dipegang dicampak sehingga hampir terkena pipi seorang model yang sedang berjalan masuk ke dalam Spa Alami Bayu. Tergesa-gesa dia mengangkat tangan memohon maaf lalu mengutip kembali brosur tadi.

“Lain kali tengok sikit. Personal thing jangan sampai libatkan orang lain. Maintain your mood.” Sindir model kacukan itu yang wajahnya sering menghiasi majalah-majalah fesyen.

Walau dalam keadaan berbuku Wida masih sempat mengangguk tanda menghormati nasihat berupa sindiran dari model senior tersebut. Dia segera angkat kaki dan keluar dari premis spa tersebut. Dengan segera dia mendail nombor Ammar dan mengaturkan satu temujanji. Tidak berapa lama kemudian Ammar sudah muncul di hadapan Spa yang bertaraf lima bintang itu.

“Apahal? Muka lain macam aje?” Ammar memulakan perbualan.

“Well…plan tak menjadi. I pulak naik malu.”

“You kenakan siapa pula kali ini?”

“Secretary adik you la…geram I bila tengok dia orang makan berdua-duaan. Sakit hati betul!”

“Yang you nak sakit hati dengan dia orang apasal? Adira tu bukan saingan you Wida. You dah lah tinggi lampai, putih melepak, seksi…tak layak si Adira tu diri sebelah you. Don’t worry lah honey…I kan ada. Don’t look back your love story. Let it burn! I’ll cure your sadness…I’m here, sayang…” Ammar menyentuh pipi gebu Wida. Gadis itu ketawa senang hati.

“You nak cure sedih I dengan apa?” Wida menduga dengan jelingan nakal.

“With money!!” Ammar ketawa besar.

“You ada duit ke? I dengar syarikat yang you jaga ada masalah kewangan. I maintenance tinggi tau…kalau setakat ribu-ribu I tak main lah…”

Ammar membuka slide tempat menyimpan dokumen lalu mengeluarkan satu buku cek dan diserahkan kepada Wida di sebelahnya.

“Berapa ada dalam ni?”

“Tak banyak…setakat tiga, empat juta ada kut!”

“Wah!! Sejak bila you jadi orang kaya baru?”

“Sejak I jatuh cinta dengan you.”

“You jangan main-main Ammar. I serius ni.”

“Tak boleh ke I jatuh cinta dengan you? Dengan ex-lover adik sendiri?”

Wida tersenyum hambar. Kerana duit dia paksakan juga terseyum menyahut kenyataan yang keluar dari mulut Ammar. Kerana duit juga dia lupakan cita-cita mahu merebut cinta Hazzim kembali, untuk ketika ini.

“You curi cek book ni ya…”

“Kalau ya, kenapa?”

“Well…I don’t care, as long as you have money…”

Ammar ketawa mengekeh ketika Wida memberikan respon yang baik dengannya. Serta merta Wida jadi lembik dan lembut macam sotong. Mengikut saja kehendak yang dimainkan oleh Ammar. Kepalanya sudah direbahkan di bahu Ammar. Semuanya demi duit! Poketnya pula nyaris-nyaris kering kerana tiada ‘job’ yang masuk sepanjang bulan tersebut. Nasib baik ada Ammar.

“Sebenarnya ini duit siapa?”

“My brother. I nak pinjam dia tak bagi, so I curi lah. Kedekut!”

Wida terkedu. Ammar mencuri dari adik sendiri. Dan adiknya itu adalah bekas kekasihnya yang masih dicintai sepenuh hati. Wida terus tidak jadi untuk lama-lama bersandar di bahu Ammar. Dia duduk tegak di tempatnya. Matanya di halakan ke hadapan. Dia berasa bersalah pula kerana bakal mendatangkan kekacauan di dalam hidup Hazzim. Bukan setakat itu sahaja, ia bakal membabitkan pemegang-pemegang saham syarikat Persada Indah Holdings Berhad!



ZIKRY memandang dari jauh kelibat Alisya yang baru turun dari sebuah kereta mewah. Dia tidak pasti jenis kereta tersebut tetapi cukup menggoyahkan maruah dirinya sebagai seorang kekasih. Mestikah gadis itu mengejar lelaki hartawan kerana dipinggirkan olehnya semenjak kebelakangan ini? Begitu murahkah nilai diri seorang Alisya? Setelah pasti kereta tersebut hilang dari pandangan, dia mengarahkan stereng keretanya berhenti betul-betul di hadapan pintu pagar rumah teres yang disewa oleh Alisya. Perasaannya jadi berbaur-baur.

Nyata gadis itu terkejut apabila terpandang kereta yang amat dikenali itu. Wajahnya berubah rona kemerahan sehinggakan dia dapat merasai bahangnya. Nasib baik keadaan malam yang gelap menutupi wajahnya yang dalam kekalutan. Dia tidak jadi masuk ke dalam rumah sebaliknya menuju semula ke arah pintu pagarnya.

“Hai!” suara Alisya datar.

“Hai…” Zikry menjawab dengan nada yang sama.

Suasana menjadi sepi. Alisya memandang kosong wajah Zikry yang lama tidak ditemui, manakala Zikry melepaskan keluhan kasar bagi mengimbangi naluri cemburunya. Apakah perasaan cemburu yang bertandang ini kerana aku sayangkan dia atau dendam kerana Alisya memperoleh pengganti yang jauh lebih baik? Sekali lagi perasaan yang berbaur-baur datang menyerang.

“Dari mana?” soalan Zikry bagai mengandungi amarah.

“Makan dengan kawan.”

“Yang tadi hantar you balik tu ke?”

“Herm…” Alisya hanya menggumam.

“Kenapa tak bagitahu I dulu? Dah pandai sekarang keluar tak minta izin. So desperate nak cari pengganti I?”

Buk!! Dada Alisya bagai mahu pecah. Minta izin? Selama ini dimanakah dia ketika Ailsya menelefon? Selama ini mana dia menghilang tika Alisya mengirimkan SMS? Mengapa tiba-tiba sesuka hati Zikry melabelkan dirinya tidak tahu meminta izin?? Dia menjunamkan pandangannya ke wajah Zikry. Rasanya dia mahu menghamburkan kemarahan saat itu juga.

“You siapa dengan I? Parents I ke? You dah lupa dah berapa lama you ‘tinggalkan’ I? Dah berapa bulan you tak jenguk I? Tak balas SMS atau pun panggilan I. You dah lupa ke??” Alisya tidak mampu bertahan lagi.

“I sibuk…”

“Sibuk? Sibuk dengan perempuan lain. Macam I tak tahu.”

“Perempuan mana?” pertanyaan itu meluncur laju dari mulut Zikry.

Alisya sekadar mencebik. Walau di hati masih ada cinta tetapi tuduhan melulu Zikry sebentar tadi menyakitkan hatinya. Dia dituduh sebagai seorang yang terdesak menagih cinta hanya kerana Zikry terserempak dengannya sebentar tadi.

“Eleh! Sudahlah Zek…salah I yang sikit ni you nampak, itupun kalau I salah lah…sendiri yang tak betul. Ingat I tak tahu you keluar dengan siapa sekarang? You jangan fikir I ni boleh diperbodohkan. I bukan budak kecil lagi, Zek. I dah bosan! Bosan! You faham tak?”

Alisya berasa lelah setelah melampiaskan segala yang terbuku terhadap Zikry. Biar Zikry tahu derita hatinya selama ini menjadi wanita yang tidak diendahkan. Seorang kekasih separuh masa!

“Wah!! Dah pandai cakap bosan…sebab apa bosan? You dah jumpa yang lain. Yang lebih kacak, yang lebih kaya, yang lebih segala-galanya. Itu you maksudkan yang you benci dan bosan dengan I sekarang!” suara Zikry melengking tinggi.

Mata Zikry menyapu wajah Alisya yang terkejut mendengar suaranya tinggi sebentar tadi. Zikry menyapu belakang tengkuknya lalu datang lebih dekat dengan Alisya. Dia tahu Alisya kecewa dengan sikapnya. Kini dia ingin memujuk gadis itu agar memaafkannya. Melupakan segala kerenahnya semenjak kebelakangan ini. Dia tidak rela Alisya terlepas ke tangan orang lain, lagi-lagi orang yang menghantarnya pulang tadi. Dia tidak mahu mengalah. Tidak!!

“Maafkan I sayang. Maafkan I kalau you terasa terasing selama ini. I janji I tak akan buat macam itu lagi. I promise! Mulai sekarang I will be commited to our relationship. I nak kita bertunang…”

Alisya seperti ingin menangis mendengar hujung ayat yang dituturkan oleh Zikry. Itulah berita yang memang dinanti-nantikan keluar dari mulut kekasihnya itu. Selama ini dia sahaja yang berharap, dia seorang sahaja yang bersungguh-sungguh. Tetapi hari ini, Zikry pula yang memberikan janjinya. Mungkin kerana kejadian tadi yang menyebabkan dia terdesak untuk memiliki dirinya. Jikalau begitu, bagus juga jika dia selalu menarik perhatian Zikry dengan cara begini jika itu sahaja pilihan yang dia ada…Jika begitu, ikhlaskah janjinya tadi? Alisya jadi keliru pula.

“You dah terlewat, Zek!” perlahan sahaja suara Alisya menjawab.

“What do you mean, Ailsya? You dah tak sudi dengan I lagi? You dah ada orang lain ke? Jangan-jangan yang hantar you balik tadi tak…”

Alisya membatukan diri. Dia malas melayani soalan demi persoalan yang diutarakan oleh Zikry. Bukan kerana hatinya telah terpikat dengan lelaki lain terutamanya Hazzim seperti yang didakwa oleh Zikry, tetapi dia telah tawar hati dengan segala tindak tanduk yang dilakukan Zikry terhadapnya. Tiada peluang kedua untuk lelaki itu! Jiwanya telah kuat, hatinya sudah bulat.

“Kenapa you diam, Alisya? Jawab soalan I…you dah ada orang lain kan?”

Suara Zikry semakin meninggi sambil kedua belah tangan mencengkam bahu Alisya. Dia bagai dirasuk hantu syaitan yang sudah tidak sedar dengan apa yang dia lakukan. Sekali lagi dia menggoncang tubuh kurus Alisya. Dia tidak menghiraukan lagi rayuan Alisya agar melepaskannya, tidak endah dengan air mata gadis itu yang tumpah di bumi.

Alisya sudah trauma! Tingkah Zikry begitu menakutkannya. Dengan sekuat tenaga dia menepis cengkaman Zikry yang cuba melakukan sesuatu yang tidak elok terhadap dirinya. Memang sah! Zikry telah naik angin hingga dia lupa untuk beradab dengan Alisya.

“You ni biadap sangat! I benci you! Apa dah jadi pada you, Zikry? Kenapa you buat I macam ni? Kenapa??” Alisya sudah mula tersedu-sedu. Dia menarik dirinya jauh dari Zikry. Dia takut dengan mimik muka Zikry yang seperti orang kebingungan. Dia takut Zikry menggila lagi. Hilang sudah rasa percayanya kepada Zikry. Biar jauh di sudut hati dia masih menyayangi Zikry, tetapi tindakan Zikry telah memalukan dirinya. Jika itulah perangai sebenar Zikry, lebih baik dia menyesal sekarang.

“Please…Alisya. Maafkan I…tadi I gagal kawal perasaan I. Janganlah tinggalkan I, Alisya. Jangan…I tak sanggup kehilangan you. Betul Alisya…percayalah cakap I ini. I sanggup buat apa saja untuk you. Untuk hubungan kita…tolong Alisya…”

Airmata semakin banyak yang merembes di pipi licin Alisya. Dia berasa kasihan mendengar rayuan dari mulut Zikry. Dia pun sebenarnya mahu memujuk lelaki itu yang sedang kebingungan, tetapi dia takut. Amat takut. Dia takut dengan Zikry yang di hadapannya kini. Zikry yang menyakitkan bahunya sebentar tadi. Jika dia memujuk lelaki itu semula, dia bimbang Zikry mengambil kesempatan. Orang seperti Zikry pantang diberikan peluang. Entah berapa puluh kali dia memberikan peluang itu, tetapi Zikry tetap seperti itu. Macam biskut ‘chipsmore’…ada bila tidak diperlukan, tidak ada apabila kita memerlukan!

“Sudahlah Zek. Pulanglah. Malu jiran-jiran tengok nanti. Esok lusa kita bincang betul-betul. Sekarang you tengah marah, I pun tengah marah. Tak ada penyelesaian yang bijak. I pun dah penat, penat dengan perangai you selama ini.” Keras nada suara Alisya pada pendengaran Zikry.

“Bagi I peluang, Alisya!” Zikry tidak jemu memujuk.

“Kita tunggu esok! Jumpa I kat restoran depan ofis I.”

Alisya masuk tanpa menunggu Zikry yang masih termangu-mangu di depan pagar rumahnya.


LEBIH kurang lima puluh meter jaraknya dari rumah Alisya, Harrier hitam milik Hazzim berlabuh di bahu jalan dalam keadaan yang tersorok. Dia dapat melihat semua sandiwara yang berlaku tadi. Sewaktu si lelaki berkasar dengan Alisya, dia berasa amat geram dan mahu mengerjakan lelaki kurus melengking itu cukup-cukup. Kalau boleh dia mahu humbankan si kurus itu ke dalam parit di hadapan rumah Alisya. Tetapi demi menjaga maruahnya di hadapan Alisya, dia rela bersabar. Dari gerak tubuh dan tangan kedua-duanya, dia dapat mengagak yang Alisya seperti sudah tidak sukakan lelaki itu. Kalaulah imaginasinya itu benar, dia amat bersyukur. Kalau ‘confirm’ mereka putus, dia akan bersedekah di masjid berdekatan rumahnya. Dia akan mengganti karpet yang sudah agak lusuh dengan yang baru. Dia akan hadiahkan kitab-kitab agama dan gantikan al-Quran yang sudah rosak. Ya ALLAH…semoga impian ini berjalan lancar.

Telefon bimbit Alisya yang tertinggal di dalam keretanya di kucup lembut. Kalau dia tidak tergerak untuk berpatah balik untuk memulangkan telefon itu kepada si empunyanya tadi, tentu dia terlepas peluang melihat perbalahan yang menguntungkan dirinya. Hazzim tersenyum lebar sendirian. Memang dia tak patut kerana mendoakan perpisahan pasangan kekasih, lagi tidak patut kerana dia seperti sengaja merampas kekasih orang lain. Tetapi, bukankah dia juga berhak memiliki bahagia? Dan bahagia itu datang di dalam pakej yang lengkap dari manusia bernama Alisya.

Akhirnya dia tidak jadi mahu mengembalikan telefon itu. Simpan lagi baik buat kenang-kenangan! Esok lusa dia akan gantikan dengan yang lain.


ALISYA menunggu kedatangan Zikry dengan dada berdebar-debar. Dia telah tekad dengan keputusannya. Semalaman dia tidak tidur memikirkan masa depannya dengan Zikry, cinta pertamanya. Zikry yang dikenali dari alam universiti lagi. Zikry yang digilai dalam diam kerana lelaki itu sangat terkenal di kalangan pelajar wanita di kolejnya. Siapa tidak kenal dengan ketua pelajar yang memiliki karisma tersendiri itu. Alisya juga tidak terkecuali. Mungkin kerana kecantikannya, maka Zikry memilihnya berbanding gadis-gadis lain.

“Kenapa dalam kebanyakan gadis yang menagih cinta dari you, I yang you pilih?”

“Because you look beautiful. With brain…” Zikry melirik ke arahnya dengan senyuman mesra.

“Yang lain tak ada brain ke?

“You are different. You cantik, bijak dan pandai jaga diri. You nampak aje macam social tapi you ada kekuatan dan harga diri sebagai seorang wanita. Lagipun you matang. I like when girls look matured!”

Alisya tersengih-sengih macam kerang busuk apabila menerima pujian demi pujian dari mulut Zikry. Siapa tidak kembang kuncup hatinya apabila di puji begitu. Semua orang suka dipuji.

Satu teguran lembut menyumbat pendengarannya. Alisya tersedar dari alam khayalan. Di mana dia tadi? Ah! Kenangan ketika saat awal perkenalan dengan Zikry menganggu fikirannya. Dia menghadiahkan senyuman hambar kepada gadis pelayan itu.

“Nak ambil order ke?”

“Ya cik. Nak minum apa? Atau…makanan?”

“Tolong bawakan saya fresh orange. Makan nanti saya order kemudian.”

Setelah pelayan itu berlalu, Alisya menongkat dagu menunggu kedatangan Zikry seperti yang telah dipersetujui semalam. Dia mahu berterus terang dengan Zikry. Dia akan menyatakan pendiriannya dalam melalui fasa baru di dalam hubungan mereka. Dia telah membuat keputusan. Sekejap lagi dia akan mengkhabarkan keputusannya itu kepada Zikry.

Sudah berapa kali jam di tangan ditenung tetapi bayangan Zikry masih tidak kelihatan. Air fresh orange yang tadinya penuh kini tinggal separuh. Debaran di dadanya juga telah mulai surut. Perkhabaran yang ingin disampaikan kepada Zikry juga telah mulai hilang ‘surprise’nya. Hatinya yang tadi berkobar-kobar telah mulai dingin dan kian membeku. Inilah yang membuatkan dia meluat dengan Zikry. Kali ini tahap kebenciannya menjadi penuh, seratus peratus. Jika malam tadi dia terfikir untuk memberi peluang terakhir kepada Zikry tetapi setelah apa yang dilakukan oleh Zikry hari ini, ia telah bertukar sebaliknya. Hanya ini yang mampu dia ucapkan, Selamat tinggal Zikry…bagi Alisya lelaki itu telah mati.

Dalam perjalanan pulang ke pejabat, tanpa disengajakan dia berpapasan dengan Hazzim yang entah dari mana atau mahu ke mana. Lagipun dia tiada ‘mood’ mahu berborak-borak dengan lelaki itu. Matanya pula sedang basah dek menangis kerana Zikry mungkir janji. Zikry tidak muncul seperti yang dia harap-harapkan.

“Cik Alisya! Tunggu…”

Alisya tidak menjawab. Sebaliknya dia terus berjalan laju menuju pintu pejabatnya. Dia tidak mahu dilihat sedang menangis ketika berhadapan dengan lelaki itu.

“I call you banyak kali, kenapa tak jawab.”

“I tak ada masa…”

“Erm…sorry, telefon I misplace. I dah cari tapi tak jumpa.” Alisya memperbetulkan jawapannya. “You cari I? Ada apa?”

“I risau…”

“Sorry Encik Hazzim, I nak cepat ni. Dah terlewat…nanti my boss cari. See you!”

Alisya terus berlalu meninggalkan Hazzim yang cuba menyampaikan sesuatu. Dia tidak mahu mendengar apa-apa lagi buat masa ini. Yang dia mahukan sekarang adalah tandas. Dia ingin menangis sepuas-puasnya di dalam tandas agar tiada sesiapa yang tahu tentang hatinya yang berkecai seribu. Cinta pertama ini tidak mampu dipertahankan.

Wida menggumam sendirian setelah helahnya mengerjakan kereta Adira tidak berjaya. Kerana hasad dengkinya kepada gadis pembantu kepada lelak...
Unknown Oct 19, 2010
Oh! MyKarya!

MDR 15

Adira membawa sebeban fail di tangannya untuk diserahkan kepada Hazzim. Fail-fail tersebut memerlukan penelitian dari Hazzim sebelum diserahkan ke jabatan-jabatan lain. Dia meletakkan fail tersebut di bucu meja empat segi milik Pengurus Besar itu. Risalah-risalah pembinaan kepunyaan syarikat pesaing mereka yang berselerak di susun semula agar lebih teratur. Mungkin Hazzim sedang melakukan kajian pasaran untuk sektor hartanah untuk bulan tersebut. Kebelakangan ini banyak projek perumahan yang tergendala disebabkan kekurangan modal dan tenaga buruh. Adira pun tahu syarikat mereka memiliki ramai pekerja pembinaan yang di ambil dari tanah seberang.

“Hhem…dah lama sampai?” tegur satu suara.

Adira segera menoleh. Dia menghadiahkan senyuman kelat. Air liur yang ditelan terasa payau. Tak reti beri salam ke?

“Baru aje Encik Ammar. Nak cari Encik Hazzim ke?”

“Ya. Dia dah datang?”

“Rasa-rasanya belum sampai lagi.”

“Tak apa. Saya tunggu.”

Adira memasang lampu bilik Hazzim sebelum keluar. Namun dia sempat bertanya jika Ammar mahu menunggu adiknya itu di bilik rehat tetapi Ammar menolak. Adira meninggalkan bilik Hazzim tanpa sebarang prasangka dan duduk semula di tempatnya bagi menyelesaikan beberapa kerja yang tergendala.

Semenjak kebelakangan ini Adira perasan Hazzim sedikit berubah dan kelihatan ceria. Senyuman terukir sentiasa di bibir nipisnya. Jarang benar dia marah-marah seperti sebelum ini. Adira tidak pasti apakah penyebabnya tetapi dia menjangkakan Hazzim sudah berbaik-baik dengan Alisya. Atau tidakpun, gadis itu sudah memberikan respon yang bagus untuknya.

Sambil melakukan kerja, Alisya menyambung angannya. Jika begitu dia tidak perlu bersusah payah menyamar atau membacakan novel-novel yang dibeli oleh Hazzim lagi. Dia bebas menunaikan hobinya sendiri iaitu mengait ataupun menjahit pakaian. Itu lebih menguntungkan baginya. Boleh juga menambah duit poket. Fikir Adira tersengih-sengih.

“Adira!”

Tiada jawapan dari gadis itu.

“Adira!”

Masih tiada jawapan.

Meja Adira diketuk pula. Baharulah gadis itu mendongak memandangnya.

“Eee!! Encik Hazzim…dah lama diri kat depan saya?”

Hazzim tidak membalas. “Siapa ada kat bilik saya?” Soalan pula ditanya.

“Abang Encik Hazzim. Encik Ammar…”

Belum sempat Adira menyambung ayatnya Hazzim telah angkat kaki terlebih dahulu. Aik? Angin macam tak bagus aje. Ada yang tak kena antara mereka berduakah? Sekali lagi belumpun sempat Adira meletak punggung, Hazzim sudah berpatah balik ke arahnya. Dahi Adira berkerut-kerut.

“Tak ada sesiapa.”

“Tadi ada. Dia tunggu Encik Hazzim di dalam. Itu yang saya hidupkan lampu.”

“Memang tak ada sesiapa kat dalam tu.” Hazzim menyakinkan Adira yang penglihatannya belum kabur lagi.

Adira mulai gusar. Tadi dia berbual dengan siapa? Takkan hantu kut? Tambah mendebarkan perasaannya ialah dia tidak melihat kelibat Ammar keluar dari bilik Hazzim. Bermimpikah aku?

“Lain kali jangan benarkan sesiapa masuk ke bilik saya jika saya tiada. Faham?”

“Faham Encik Hazzim. Saya…?”

“Kecuali awak.”

Hazzim terus kembali ke biliknya semula. Sedari pagi dia berkurung kerana sibuk menyediakan laporan dan teks untuk sidang akhbar yang bakal diadakan oleh syarikat mereka. Sidang akhbar tersebut bertujuan membentangkan penyata kewangan syarikat untuk tahun lepas. Dalam kesempatan tersebut juga, syarikat akan mengumumkan kerjasama terbaru Persada Indah Holdings dengan pelabur dari luar negara. Pelabur tersebut akan membawa kepakaran baru dalam sektor pembinaan yang dilihat secara positifnya mampu menjana keuntungan berlipat ganda terhadap projek yang sedang dan akan dijalankan.

Tepat 1.00 tengahari Hazzim selesai dengan kerja-kerjanya. Dia memperkemaskan apa yang patut sebelum menghadap para pemberita lebih kurang jam 3.00 petang nanti. Dia memaklumkan kepada Dato’ Hajah Yusniza perkembangan terkini mengenai perjalanan syarikat. Ibunya sedang berada di bilik mesyuarat dengan Jabatan Kerja Raya (JKR). Mesyuarat bulanan tersebut kadangkala turut dihadiri oleh Hazzim tetapi dia tidak menyertainya pada hari itu disebabkan dia perlu menyiapkan laporan untuk sidang akhbar nanti.

“Ya ibu. Semuanya dah siap. Kita jumpa kat sana nanti.”

“Sudah. Laporan kewangan syarikat untuk diedarkan kepada pelabur kita juga sudah siap. Okey ibu. Okey.”

Hazzim mengangguk-angguk sambil bercakap di telefon seolah ibunya boleh nampak kesungguhan yang mahu ditunjukkannya itu.

Selesai bercakap dengan ibunya, Hazzim menarik nafas lega. Dia mendepangkan tangan. Matanya dihalakan ke meja Adira. Gadis pembantunya itu sedang tekun menulis sesuatu. Apabila telefon berdering, dia mengangkat gagang kemudian mencatat mesej. Tidak lama kemudian kakinya di tuju ke bilik Hazzim. Menyedari kehadiran Adira, Hazzim berpura-pura menyibukkan diri.

“Encik Hazzim. Ada pesanan dari syarikat pembekal simen. Sila telefon Cik Sofia balik. Urgent.”

Kertas kecil yang mengandungi mesej itu bertukar tangan.

“Kenapa tak sambungkan tadi?”

“Encik Hazzim kata tak mahu diganggu.”

“Oh ya. Tadi saya sibuk. Sekarang dah okey.”

“Kalau gitu saya dah boleh keluarlah…”

“Nak pergi mana?”

“Makan tengahari bos! Perut dah berkeriut dari tadi.”

Hazzim bangun lalu membuka kot yang dipakainya. “Jomlah. Saya pun lapar ni.”

“Tak mahu saya makan dengan Encik Hazzim. Nanti staf lain jeling-jeling. Takut saya…nanti ada yang dajalkan tayar kereta saya.”

Hazzim ketawa. Kemudian menyambung gelak-gelak dalam bahasa yang kelakar. “Siapa yang nak dengkikan awak. Makan dengan bos apa salahnya. Semua orang pun ada buat benda yang sama. Jomlah. Buang semua prasangka awak tu.”

“Tapi Encik Hazzim…”

Hazzim menonong tidak mahu mendengar alasan dari Adira lagi. Secara praktiknya, Adira kena ikut juga, Hazzim kan bos!

Mereka makan di salah sebuah restoran nasi padang yang terletak selang beberapa blok dari pejabat urusan Persada Indah Holdings Berhad. Adira memilih kedudukan yang agak tersorok agar tidak mudah ditemui oleh rakan sepejabat mereka yang lain.

“Kita bukan ada skandal, Adira. Awak ni takut betul saya tengok. Rilekslah…”

“Tak boleh nak rileks, bos. Kita tak tahu mulut orang. Nanti tak pasal-pasal saya kena serang.”

Hazzim ketawa selamba sambil menikmati nasi padang dengan air sirap bandung. Betul-betul macam makan makanan Indonesia atau secara khususnya makanan dari daerah Padang.

Tanpa disedari, gelagat Hazzim dan Adira menjadi santapan sepasang mata di satu sudut restoran tersebut. Hembusan nafas kasar dilepaskan tanda cemburu melihat gelak tawa pasangan bos dan kakitangan itu. Dia kenal benar dengan perempuan yang sedang tersorok-sorok takut dikenali. Selalu juga dia berpapasan dengan gadis itu. Tetapi dia tidak suka gadis itu mendekati jejaka pujaannya, apatah berdua-duaan begitu. Lagi membakar amarahnya!

***

Adira menyiapkan kerja yang diberikan oleh Hazzim dengan teliti. Sebentar tadi Hazzim ada menelefon sambil bercerita tentang sidang akhbarnya yang suksess. Bosnya itu mengucapkan penghargaan kepada Adira di atas kerjasama yang diberikan. Apa lagi, kembang mekarlah senyum gadis itu sampai ke telinga.

“Tak balik lagi?”

Rakannya yang bekerja di jabatan akaun sempat menegur Adira yang tekun membuat kerja.

“Kejap lagi.”

Jam di dinding telah bergerak ke angka 5.14 petang. Terkocoh-kacah Adira mengemaskan mejanya kerana dia juga tidak mahu terlewat keluar dari pejabat takut terperangkap di dalam kesesakan lalulintas. Selepas memastikan semua lampu dan air-cond dimatikan, dia menuju ke bilik Hazzim pula. Dia melakukan benda yang serupa dan rutinnya setiap hari adalah memastikan bilik Pengurus Besar itu berkunci sebelum dia meninggalkan pejabatnya.

Adira berjalan ke kereta Myvinya yang di parkir tidak jauh dari pejabat Persada Indah Holdings Berhad. Parking lot kawasan tersebut selalu penuh walaupun telah habis waktu pejabat. Mungkin kedudukan pejabat mereka yang berderetan dengan lot kedai menyebabkan kawasan tersebut selalu dipenuhi orang ramai.

Adira memasukkan kunci kereta untuk menghidupkan enjin. Berkali-kali dicuba tetapi tidak mahu juga hidup. Dia menurunkan cermin kereta kerana bahang panas di dalam kereta telah menyimbah seluruh tubuhnya. Dia hairan apa yang tidak kena dengan keretanya. Kalau kata tidak diservis, dia melakukannya setiap bulan. Titis titis peluh mulai membasahi wajahnya. Hampir setengah jam dia terkutak katik di situ tetapi hampa, kerana keretanya tetap tidak mahu hidup. Apa yang tak kena ni?

Ah! Ini mesti bateri sudah lemah. Mungkin masalah bateri. Dia mencari kad-kad nama yang bersepah di dalam tas tangannya. Sekali lagi dia kehampaan kerana di dalam banyak-banyak kad yang dia ada, tiada satu pun kad yang boleh membantunya. Eii! Apalah malang nasibku…

Telefonnya berdering-dering. Matanya terpana tatkala ternampak bait nama yang keluar di skrin. Bos?

“Ya Encik Hazzim?”

“Mandi?” Eh! Kenapa miang pulak bos aku hari ini? Dia tak tahu aku tengah bermandi peluh kat depan ofis.

“Oh!! Saya ingat apa tadi? Nak ajak keluar? Nak kenalkan kawan?”

Adira mendengar lagi butiran percakapan bosnya dengan raut wajah kebosanan.

“Tak bolehlah Encik Hazzim. Saya pun tengah bermandi peluh kat depan ofis ni. Kereta tak hidup. Bateri kong kut. Contact number semua tak ada. Nasib baik Encik Hazzim telefon.”

Adira memasang telinga apabila di hujung sana Hazzim membebeli dirinya.

“Apa? Bos nak ambil? Dengan badan saya yang dah bau macam lembu ini? Eii…tak mahulah Encik Hazzim…biar saya naik teksi saja.” Adira menolak apabila Hazzim menawarkan diri mahu mengambilnya.

“Okey…okey…” Suara Adira mengendur. Arahan bosnya terpaksa dituruti.

Lebih kurang 15 minit menunggu, Hazzim sampai dengan Harriernya. Dia tersengih-sengih menjemput Adira masuk ke dalam kereta lalu menghantar gadis itu pulang ke rumahnya yang hanya sepuluh minit sahaja dari pejabat jika keadaan lalulintas berjalan lancar.

“Kereta awak saya dah panggil orang tolong tengokkan. Awak jangan risau.”

“Terima kasih Encik Hazzim. Saya masuk dulu.”

Hazzim hanya tersenyum mengangguk.

“Cepat sikit.”

“Saya tak mahu pergilah Encik Hazzim. Penat.”

“Temankan saya. Saya nak awak jumpa seseorang. Saya pasti awak akan suka dengan dia.”

***

Hazzim dan Adira duduk bersebelahan manakala Alisya dan Kamal pula masing-masing bersetentangan dengan mereka. Adira memandang Alisya yang mengenakan solekan tipis tidak berkelip. Inikah wartawan merangkumi penulis novel yang selalu diceritakan oleh Hazzim. Patutlah bosnya mabuk kepayang menyuruhnya membuat pelbagai ‘kerja gila’. Rupa-rupanya gadis yang dipuja cantik jelita orangnya. Takut dikebas orang lah tu…gumam Adira sambil tersengih-sengih macam kerang busuk.

“Orderlah…”

Hazzim menyiku Adira sambil matanya singgah di wajah Alisya. Gadis itu menghadiahkan renungan tidak faham.

“Okey…saya yang belanja malam ini…maksud saya bos saya…aa…apa-apa nak order, silakan.” Adira bersuara kurang selesa.

Ini semua rancangan gila Hazzim gara-gara mahu membelanja Alisya dan adik angkatnya kerana dia berjaya menangani sesi sidang akhbar syarikatnya siang tadi. Tambahan pula para pelabur gembira dengan laporan kewangan syarikat.

“Kawan I…kawan lama.”

“Dah berapa lama kenal.” Alisya menyoal endah tak endah sambil membelek menu.

“Dua….”

Hazzim segera menyampuk. “Dua puluh tahun…”

“Lamanya. Satu kampung?” Alisya menyoal lagi.

Adira mengangguk deras macam burung belatuk. Hazzim di sebelah hanya menjeling. Aduh!! Banyak songeh pulak si Alisya ini.

“Abang tak pernah cerita kat saya pun yang abang ada kawan lama yang muda dan cantik ni. Kenalkanlah pada saya…”
“Itulah tujuannya abang jemput Kamal dengan kak Lisya tadi. Abang nak kenalkan kawan abang ni pada Kamal. Kamal pun abang tengok solo je selama ini…apa salahnya berkawan. Tak gitu Cik Alisya?”

“Rugi siapa dapat adik I, ini. Pemalas Ya Rabbi…” Alisya berseloroh. Merah padam wajah Kamal jadinya.

“Kak Lisya ni!” Kamal bengang.

“Betul apa? Abang awak pun tahu.”

Hazzim ketawa sahaja melihat Alisya mengusik adiknya. Kamal semakin serba salah apabila Adira ikut mentertawakannya. Mata Hazzim tidak lepas dari melirik tindak tanduk Alisya yang kelihatan begitu santai bergurau dengan Kamal. Dalam tak sedar dia turut berangan berada di dalam keluarga kecil itu.

“Encik Hazzim pun tahu! Kan Encik Hazzim…”

“Apa dia…where are we?” dia terpana. Alisya senyum memerlinya yang sempat berangan walau orang di sekeliling riuh rendah.

“Kita orang tengah cerita pasal Kamal ni bos! Suka bangun lewat. Janji nak pergi memancing tapi terbongkang lagi kat katil…” Adira masih menghabiskan sisa tawanya tatkala matanya ditenung tajam oleh Hazzim.

‘Silapkah aku cakap? Kenapa bos aku siap kenyit-kenyit mata lagi ni? Mata masuk habuk ke? Eii…makin laju kenyitannya. Tak faham!! Adira merungut.

“Bos?” serentak Kamal dan Alisya menyerang.

Adira yang sudah terlajak kata terkulat-kulat di tempat duduknya. Hazzim meraup mukanya. Kemudian dia mengurut tengkuknya beberapa kali.

“Sorry to say…actually Adira ni staff I. I saja nak kenalkan pada Kamal sekaligus kepada you, Alisya. I’m so sorry. Harap you tak marah I.”

“Eh! Abang ni big boss la rupanya…patutlah Kamal tengok abang naik kereta besar. Kamal dah agak dah…”

Alisya menjeling adiknya yang terlebih gembira. Apa kaitannya dengan mereka jika si Hazzim seorang yang berjawatan atau berduit. Tiada kena mengena langsung!

“Biasa je Kamal. Syarikat keluarga. Perniagaan adik-beradik…” Hazzim merendah diri.

Cukuplah sekadar itu yang diceritakan tentang latar belakang pekerjaannya. Itu semua tidak penting bagi memiliki cinta jika cinta itu suci dan luhur. Bukankah cinta tidak mengenal harta dan rupa? Cuma secara kebetulan dia jatuh cinta kepada gadis cantik seperti Alisya. Itukan hanya satu bonus. Dia secara totalnya dia tidak percayakan cinta yang berlandaskan materialistik…

“I ingat you dah melenting tadi bila I tak berterus terang dengan you tentang kerja I dan apa I buat.”

Alisya menggeleng.

“Buat apa I nak marah-marah tak tentu pasal. Itu hak you nak cerita yang benar atau sebaliknya.”

Ketawa manja yang terlerai dari Adira dan Kamal yang duduk tidak jauh dari mereka menarik perhatian Alisya. Hazzim ikut menoleh ke arah yang sama.

“Adira peramah budaknya. Dia staf I yang paling rajin dan dedikasi. Tapi malu nak cari boyfriend sendiri.”

“Macam bos dia ni ke?” usik Alisya sambil matanya memandang ke hadapan. Entah mengapa dia jadi gelisah apabila duduk berdekatan dengan Hazzim. Tahu dek Rahimah pasti dia ditertawakan setengah mati. Bunganya tak mahu, orangnya hendak pulak!

“Herm…boleh jadi jugak. My ex-girlfriend itu pun lebih dua tahun dah I tinggalkan.”

“Tinggal macam itu aje? Malangnya nasib dia. You ni boyfriend yang teruk!”

“You tak boleh membuat tanggapan melulu macam tu, cik Alisya. I terpaksa…d ia ada boyfriend lain.”

“Ohh…”

Tiba-tiba kedua-duanya mati kutu. Perbualan mereka terhenti begitu sahaja. Hanya gurau senda Kamal dan Adira yang menghiasi tapak meletak kereta tempat mereka menjamu selera tadi.

“Cik Alisya…I nak cakap sesuatu dengan you…”

“Pasal apa?” pantas Alisya memotong. Dia gugup sebenarnya.

“Pasal you dan I. Pasal I…”

“Bos jom balik. Dah malam ni. Esok nak kerja lagi.”

Hazzim dan Alisya berpandangan seketika sebelum memberi respon kepada Adira. Niat Hazzim terbantut begitu sahaja.

“Ha’ah. Jomlah…” Hazzim menyambut kata-kata Adira separuh hati.

Pertemuan malam itu berakhir dengan indah bagi kedua-dua orang abang dan adik angkat tersebut. Hazzim dapat menyulam keindahan malam bersama Alisya dan Kamal pula seolah tidak dapat menyembunyikan perasaan sukanya kepada Adira. Adakah benar cinta mereka berbalas?

***

Zikry menyuap nasi goreng kampung ke mulut sambil tangan kanannya menyelak akhbar Metro yang baru dibeli pagi tadi. Sudah menjadi kebiasaannya membaca akhbar sambil bersarapan. Selain daripada kolum sukan, dia juga tidak ketinggalan mengikuti aliran semasa dunia perniagaan dan berita nasional.

“Ha! Kat sini you rupanya! Merata I cari.”

Laili sudah melabuhkan punggung ke kerusi kosong di sebelah Zikry. Warung makan di luar kawasan kilang itu memang selalu dipenuhi oleh pekerja dari kilang yang berdekatan. Dia merampas Harian Metro dari tangan Zikry dengan hajat mahu bermanja.

“Abang tengah baca apa ni?”

Laili ikut menelek muka akhbar yang terbentang di hadapan mereka. Matanya melilau membaca sekali imbas tajuk-tajuk berita sebelum pandangannya singgah pada satu wajah lelaki muda yang menghiasi dada akhbar tersebut.

“Best kan. Muda-muda dah pegang jawatan penting.”

“Ala…business keluarga bolehlah. Cuba pergi tempat lain, reject!” Zikry menggumam.

“Yang bestnya dia orang banyak duit. Nak beli apa semua boleh.” Laili menambah sambil terpegun melihat ketampanan anak muda di dalam gambar tersebut.

“Playboy!”

“Mana abang tahu.”

“Orang banyak duit semua macam itu.”

Tidak lama kemudian Zikry terasa tekaknya payau dan perit. Tuduhan yang dilemparkan seolah mengenai dirinya sendiri. Bukankah dia yang sepatutnya dituduh begitu, memasang dua wanita dalam masa yang sama. Bukankah itu juga boleh digelar buaya darat! Laili dan Alisya…siapakah yang berkongsi kasih sebenarnya?

“Kalau Laili dapat boyfriend kaya macam tu pun Laili tak tolak…” Laili ketawa mengekeh selepas melontarkan dialognya tadi.

“Habis abang ni awak nak campak kat mana?”

“Gurau aje…takkan cemburu kut. Abang ni sensitiF sangat.”

Zikry tersenyum pahit. Jika Alisya tidak begini gayanya. Kekasih yang sudah lama tidak dihubungi itu memiliki sifat terpuji dan sering menjaga hatinya jika berkata-kata. Serta merta Zikry membuat azam mahu menemui gadis itu malam nanti untuk menebus khilafnya.

MDR 15 Adira membawa sebeban fail di tangannya untuk diserahkan kepada Hazzim. Fail-fail tersebut memerlukan penelitian dari Hazzim sebelu...
Unknown
Oh! MyKarya!

Lelaki itu memerhati dari jauh akan gelagat merpati dua sejoli yang sedang menikmati makan tengahari mereka. Dari pemerhatiannya pasangan itu sangat secocok dan serasi. Walau kelihatan sekali sekala si lelaki mengusik dan kemudian si wanita merajuk, tetapi dia pasti. Antara mereka sedang berbunga satu perasaan indah. Cuma mungkin hubungan itu baru diperingkat permulaan. Itu tekanya.

“Apa kau senyum sorang-sorang ni Din? Ada cerita kelakar ke?” rakannya yang baru tiba menepuk bahunya dari belakang.

“Aku tengah tengok orang muda yang sedang dilamun cinta. Walau tak perasan, mereka rasa dunia ini mereka yang punya.”

“Ingat zaman bercinta masa muda-muda dulu?” usik temannya yang dikenali sebagai Kero sahaja.

“Adalah sikit-sikit.”

Selepas itu tawa mereka menghiasi kafe di tingkat dua bangunan Springs Season Golf Resort. Suasana nyaman dengan pandangan padang golf yang luas saujana mata memandang begitu menghiburkan perasaan yang sedang tertekan.

“Game tadi okey?”

“Boleh tahan. Ala…aku main sekadar nak keluarkan peluh aje Din. Nak main bersungguh-sungguh dah tak larat.”

Temannya yang bernama Din menyambut jawapan lelaki itu dengan ketawa panjang. Begitu juga dengan dirinya. Semenjak usia semakin meningkat, dia sudah tidak setangkas dahulu. Lebih-lebih lagi semenjak memegang jawatan pengarah di resort itu. Masanya banyak terbuang di dalam bilik pejabatnya atau kadangkala menghadiri mesyuarat di luar kawasan.

“Hai tak habis lagi kau tengok dia orang? Takkan kau berminat dengan wanita muda itu? Marah sidia nanti.” Kero mengusik.

“Hish!! Aku bukan macam kau. Dah tua ini lebihkan bertaubat, kawan…”

“Aku tahu. Main-main aje tadi. Eh! Kau kenal dengan dia orang ke?”

Lelaki bernama Din menggeleng. Benarkah dia tidak kenal mereka? Tetapi matanya seperti rindu untuk menatap wajah itu. Tidak puas rasanya memandang dari kejauhan. Dia ingin memeluk dan menyemai kasih sayangnya kepada wajah yang dirindu itu. Tetapi…

Dia berharap Kero tidak melanjutkan perbincangan mereka ke arah pasangan sejoli itu. Ceritalah apa sahaja tetapi bukan berkaitan mereka.

“Malam ini kau datang tak? Wife aku ada masak sikit. Datanglah…dah lama kau tak jenguk rumah aku, kan.”

“Tengoklah Kero kalau tak penat. Lagipun aku ada appointment malam ini.”

“Adjust your time, maybe…” Kero membuat cadangan.

“Insya’Allah.”

Kedua-duanya menghirup fresh orange yang tinggal separuh sambil melanjutkan perbincangan tentang hal ehwal semasa terutamanya berkaitan politik negara. Lelaki yang bernama Din mencuri pandang lagi ke arah pasangan muda yang sedang bersarapan tadi tetapi hampa. Pasangan itu telah tiada. Ke mana perginya mereka? Hatinya diserang rasa ingin tahu tentang hubungan sebenar mereka. Namun kemudian dia menarik nafas lega tatkala teringatkan pertemuan yang di atur malam nanti dengan seseorang. Mungkin orang itu boleh membantu.

***

“You nampak tadi cara orang tua itu tengok you.”

“Bukan I. You…dia tenung you. Takkan orang lelaki tenung lelaki juga. Itu tak betul.” Hazzim menghalakan keretanya keluar dari Springs Season Golf Resort.

“Apa salahnya. Mungkin dia tengah cari business partner. You kan berkarisma…sedap mata memandang.”

“I don’t think so. He likes you. Don’t tell me you didn’t see his smile…”

Alisya ketawa. Dia sudah biasa berhadapan dengan situasi sebegitu. Sengaja dia tidak mahu menunjuk-nunjuk di hadapan Hazzim.

“Kalau ya, kenapa? Nothing wrong, right!”

Hazzim sekadar menjeling. Tidak salah? Huh! Hatinya semakin panas menahan geram.

“Dah tua bangka ada hati nak mengurat anak dara…” gumam Hazzim tidak puas hati.

“Tak puas hati? Marah nampak!” ejek Alisya.

“Bukannya I marah. Cuma…tengoklah muka tu kat cermin dulu. Layak atau tidak hendak mengurat anak dara. Tak sedar diri betul.”

“Dah tu. Nak buat macam mana? Orang nak tengok, takkan I nak tunjuk penumbuk kat dia pulak. Tak baik. Nanti di sangka I perempuan gangster.”

Hazzim diam. Nampak gaya macam Alisya sudah tertarik hati kepada orang tua yang ditemui di kafe tadi. Entah mengapa perasaan cemburu terus-terusan bergayut di tangkai hati. Sedaya mungkin dia mengawal emosinya dari disedari oleh Alisya.

“Encik Hazzim…Encik Hazzim…you tak kenal dia ke?”

“Orang tua mianglah…siapa lagi!”

“Jangan emosi sangat. Muka you nampak teruk.”

Hazzim meraba mukanya. Teruk? Begitu sekalikah dia cemburukan Alisya? Tetapi gadis itu telah berpunya. Untuk apa dicemburukan dia pun tak pasti.

“Dia itu kan pengarah golf resort tu. You tak kenal?”

Ya ke? Patutlah macam pernah nampak. “Sorry. I tak berapa perasan tadi.” Hazzim cuba menutupi silapnya.

“Macam mana nak perasan sebab hati you telah disaluti perasaan marah.”

Hazzim hanya mengerling sekilas. Dia tidah mengendahkan Alisya yang sedang tersengih-sengih di tempat duduk penumpang. Yang dia rasakan saat ini adalah wajahnya yang bertukar hitam. Malu beb! Tersalah sangka.

“I pernah buat interview dengan dia last year. Untuk majalah I. But just now, I don’t think he is watching me.”

Sekali lagi Alisya menyakinkan Hazzim bahawa lelaki di golf resort itu bukan memerhatikan dirinya. Sebaliknya minat lelaki separuh umur itu lebih terarah kepada pemuda itu. Hazzim semakin keliru.

“Kenapa you marah sangat ek?”

“Biasalah…lelaki lain pun akan buat apa yang I buat tadi.”

“Tidak. Melainkan they are in a special relationship.”

Buk! Dadanya seperti dihempas dengan batu besar. Hazzim terjerat dengan tindakannya sendiri.

“Kita bukan ada apa-apa hubungan kan?” soal Alisya menduga.

“On the way…” jawab Hazzim perlahan supaya tidak didengari oleh gadis di sebelah.

“Apa you kata?”

“I tak kata apa-apa.”

Alisya meluruskan pandangannya ke hadapan. Selepas berpanas di kolam memancing tadi, dia kembali segar setelah membasahkan tekak di kafe yang bermukim di Springs Season Golf Resort tadi. Boleh tahan juga mamat ini…bisiknya. Siapakah dia sebenarnya? Benarkah dia hanya seorang penjual kereta?

“You kata hari itu you kerja jual kereta? Syarikat apa?”

“Syarikat kecil aje. Kenapa? You pun kenal bos I?”

“You tak bagitahu pun nama syarikat. Macam mana nak kenal bos you.”

Alisya menelek Hazzim di sebelah. Secara waras dia berpendapat lelaki itu bukan setakat pekerja biasa. Siapa tahu dia tuan punya sebuah organisasi terkenal? Tapi dia peduli apa? Lagipun mereka bukan sesiapa antara satu sama lain. Malas dia memikirkan semua ini. Biarlah hubungan mereka kekal sebagai kawan dan Hazzim abang angkat kepada adiknya, Kamal.

***

Bahrudin menunggu Dato’ Yusnizah di selekoh menuju ke rumah wanita itu. Dia telah mengatur pertemuan itu beberapa malam yang lalu. Melalui wanita itu dia dapat melepaskan kerinduan terhadap permata hatinya walaupun secara bersembunyi. Tidak mengapa dia berkorban sedikit sekarang asalkan kehidupan mereka tidak diganggu. Hazzim! Dalam gelap dia tersenyum. Anak muda itu membesar dengan akhlak yang baik serta bijak. Dalam diam dia berdoa agar permata hatinya itu dikurniakan pasangan yang secocok untuknya. Tiba-tiba bayangan gadis yang bersama dengan Hazzim sewaktu makan tengahari tadi terimbas di ruang mata.

Cermin kereta di ketuk. Bahrudin tersentak seketika sebelum menghadiahkan senyuman mesra kepada temannya itu.

“Kita nak ke mana bang?”

Dato’ Yusnizah menyuruh kereta pemandunya beredar.

“Duduk-duduk, berbual, cerita pasal anak-anak …apa lagi. Atau awak nak abang sewa bilik hotel?” lelaki itu mengusik mesra.

“Abang ini…ada-ada saja. Lampu merah bang…”

Bahrudin ketawa. Dia mengerti apa yang dimaksudkan oleh Dato’ Yusniza. Dia meramas jemari wanita di sebelahnya. Walaupun seminggu sekali mereka bertemu secara rahsia, dia tetap rindukan wanita itu. Dan…sampai bila-bila pun cintanya hanya untuk wanita besi itu.

Bahrudin menghidupkan enjin kereta sambil memandu terus ke pusat bandar. Jam di dashboard menunjukkan ke angka lapan. Ini bermakna dia boleh singgah sebentar di rumah Kero sebelum meneruskan dengan projeknya sendiri.

“Kita nak ke mana ini bang?”

“Pergi rumah kawan abang sekejap. Ada makan-makan.”

“Siapa?”

“Kero…”

Dato’ Yusniza mengerutkan dahi. Peliknya nama.

“Kairol…yang kerja kat Sime Darby tu…” Bahrudin menerangkan lebih lanjut tentang temannya yang bernama Kero.

“Ohh…kalau Kairol saya kenallah.”

“Tengahari tadi saya ternampak Hazzim dengan seorang gadis. Siapa perempuan itu?”

“Ya ke? Tak pernah pula dia cerita dengan saya pasal perempuan sejak dua menjak ini. Cantik orangnya?”

“Cantik! Nampaknya oun macam perempuan baik-baik.”

Dato’ Yusniza terdiam. Hazzim bercinta lagi? Kali ini dengan siapa pula? Kenalkah dia dengan wanita itu?

“Bukan dengan model itu kan?” Dato’ Yusniza menduga.

“Bukan! Kalau model itu pun abang tak mahu.”

Dato’ Yusniza menghela nafas. Paling tidak dia berasa lega sedikit. Namun naluri wanitanya tetap berasa bimbang. Dia tidak mahu Hazzim tersilap langkah lagi buat kali kedua.

“Abang tolong saya boleh?”

“Tolong? Tolong apa?”

“Siasat siapa perempuan itu.”

“Sabarlah…abang tengok dia orang baru berkenalan. Masih malu-malu. Kita tunggu masa yang sesuai.”

***

“Kau tahu aku jumpa siapa semalam?”

“Tak. Kau tak bagitahu.”

“Aku nak bagitahu lah ni.” Rahimah meninggikan suara.

“Siapa?”

“Dato’ Yusniza. Ala…yang kisahnya kita muatkan dalam isu edisi bulan Mei. Kau panggil dia apa tu…iron man.”

“Iron lady!”

Rahimah ketawa apabila kenyataannya dibetulkan oleh Alisya.

“Kat mana?”

“Kat rumah ayah kawan aku. Kawan aku jemput aku datang rumah dia. Family gathering…emak dia masak.”

“Okeylah tu…” Alisya malas untuk memanjangkan perbincangan.

“Tapi yang aku nak cerita kat kau ni bukan pasal itu sahaja. Ada benda lain.”

“Gosip lah tu. Tak ada kerja lain.”

“Kau nak dengar tak? Aku macam bercakap dengan tunggul aje.” Rahimah berasa hati kerana Alisya tidak mengendahkannya.

“Ceritalah…aku dengar ni.”

“Dia datang dengan seorang lelaki. Lebih kurang sebaya, tak tua sangat pun taklah muda mentah…loving you!”

“Suami dia lah tu. Tak menarik langsung cerita kau ni.”

“Dengar dulu…kau tak ingat yang dia kata masa kita tulis cerita dia? Dia itu wanita solo. Maksud aku ibu tunggal…”

“Ada ke dia cakap macam itu? Aku tak dengar pun.”

“Ingat tak masa aku tanya pasal gambar keluarga dia. Kan dia kata hanya keluarga yang dia ada.”

“Tapi tak bermakna dia tu ibu tunggal seperti yang kau sangkakan.”

“Tapi…”

“Cik Alisya ada? Penghantaran bunga untuk dia.”

Perbincangan mereka terhenti seketika apabila seorang pekerja yang memakai uniform Flourist Services mencari Alisya.

“Dari siapa?” tanya Rahimah tidak sabar.

Selesai menandatangani borang penerimaan, Alisya membelek-belek jambangan bunga ros gabungan warna ungu dan putih. Cantik! Dia pun seperti Rahimah untuk mengetahui siapa si pengirimnya. Pada perkiraannya sudah hampir sebulan lebih dia tidak menerima jambangan seperti itu.

“Siapa?”

“Ala…abang angkat Kamal.”

“Oh! Yang kau selalu cerita itu?”

“Hhm…”

“You are not expected this bouquet from that man, right?”

“Kenapa Zikry tak pernah nak bagi aku benda-benda macam ini? Tak ada surprise langsung dari dia. Kau nak tahu Imah…dah dekat satu bulan kita orang loss contact. Aku call dia tak angkat. Aku SMS dia tak jawab. Buntu aku, Imah…”

“Kenapa kau tak nak buka pintu hati kau untuk orang lain? Cuba berkawan dengan orang yang hantar kau bunga ni ke? Ini tidak. Dok menunggu si kurus keding kau itu.”

“Sudah lah Imah. Aku tak ada mood dengan orang lain…”

“Kalau aku…huh! Dah lama aku angkat kaki. Tapi masalahnya tak ada orang nak hantar aku bunga pun. Asyik kau aje yang dapat.”

“Ni ha…ambillah. Aku tak nak.”

“Betul ni? Kau tak menyesal Alisya?”
“Ambillah…”

“Yahoo…boleh aku melaram dengan boyfriend aku nanti. Biar dia jealous!”

“Aik! Kata tak ada boyfriend?”

“Part time aje…”

“Tak kuasa aku dengan kau ni. Ada boyfriend part time pulak…”

“He…he…” Rahimah hanya menyeringai.

Alisya meneruskan kerjanya yang tergendala sebentar tadi. Dia menyusun beberapa keping gambar dari acara pecah tanah sebuah agensi kerajaan yang diadakan pagi Isnin lalu. Dia memastikan bahan yang ada mencukupi untuk dijadikan berita untuk satu ruangan di dalam majalah terbitan syarikatnya itu. Tiba-tiba matanya terpandang sekeping kad kecil yang tertindih di bawah helaian keratan akhbar. Tulisan tangan di dalam kad itu di baca seimbas lalu. Dia tersenyum. Peminat misterinya terus menjadi misteri lantaran sudah tiada lagi jambangan bunga yang dikirim seperti dahulu. Dia menyusun kad itu di rak pensilnya yang comel. Tak mengapalah…buat kenangan.

Lelaki itu memerhati dari jauh akan gelagat merpati dua sejoli yang sedang menikmati makan tengahari mereka. Dari pemerhatiannya pasangan it...
Unknown
Oh! MyKarya!


Seminggu lagi Rara akan kembali ke bumi Malaysia. Tiga tahun di UK, tiga tahun menyulam rindu kepada Baharom, Mak Cik Khalidah, Didi, si Putih kucing kesayangan dan sedikit rindu juga buat Kiki, sahabatnya. Rara takut membayangkan pelbagai kemungkinan menjelang kepulangannya nanti. Adakah masih ada rindu untuknya. Adakah Baharom masih menyayanginya seperti dahulu? Apakah Mak Cik Khalidah masih sudi memanjakan dirinya seperti dulu? Biasanya dia selalu menang apabila bergaduh dengan Didi, walau Didi anak kandungnya. Mak Cik Khalidah akan berpihak kepadanya. Didi pula akan buat muka merajuk minta dipujuk oleh Mak Cik Khalidah.

Rara menoleh sekilas memandang kotak-kotak yang mengandungi pelbagai buku dan barang-barangnya yang telah dibungkus kemas. Kotak-kotak itu akan diposkan kemudian dan dia meminta Rain menguruskan hal tersebut. Rain! Hatinya berdetik tatkala nama itu meluncur laju dari bibirnya. Dia tersenyum sendiri. Rain banyak membantunya dari segala segi sepanjang dia berada di bumi Inggeris ini. Rain yang sering mengalah, Rain yang banyak bersabar tetapi kadang-kadang Rain juga ada kepala batunya. Kadangkala Rain juga bertindak lebih dari seorang abang terhadapnya. Yang pahit dan yang manis manusia bernama Rain terpahat kukuh di hati Rara.

“Dah siap?”

Rara mengangkat wajahnya. Mata Rara bertembung pandang dengan sepasang mata jernih milik Rain. Debaran halus melintas lalu. Entah kenapa semenjak dua menjak ini Rara sering merasai keanehan pada dirinya. Mungkinkah dia sedih untuk meninggalkan Rain?

“Jom.”

Rain ingin membawa Rara keluar makan. Dia ingin meraikan perpisahan mereka. Rain ingin berdua-duaan dengan Rara buat terakhir kalinya. Rain ingin mengimbau kenangan sepanjang mereka berada di bumi Inggeris ini. Semuanya Rain ingin Rara lalui bersama-samanya. Untuk yang terakhir kali!

Awal September menandakan musim gugur baru bermula. Daun mulai berubah warna, mengubah landskap Inggeris ke berbagai warna dalam musim ini. Di sana sini daun maple bertukar warna kuning kemerahan. Memandang itu semua, hati Rara sering digamit rasa sayu. Entah mengapa perasaan itu kerap hadir semenjak kebelakangan ini. Apakah Rain juga berperasaan sepertinya? Dia menoleh pada Rain di sisi. Lelaki itu sedang ralit mencicip Espresso nya.

Bau harum dari Starbucks Espresso yang sedang dihirup oleh Rain meneroka lubang hidungnya. Rara merenung Caffè Latte miliknya pula.
“Kat sini aje kau belanja aku? Ingat nak pergi makan kat tempat high class sikit ke, special ke…ini tidak. Starbucks aje…”

“Okey what! Yang penting niat.”

“Ya lah tu! Kedekut!” ejek Rara.

“Bukan kedekut, jimat…” Rain ketawa.

Sesaat dua kemudian mata mereka bertentangan. Rasa rasa malu sendiri. Tawa yang meledak antara mereka bertukar sepi. Rain kembali menikmati Espressonya manakala Rara menghirup Caffe Lattenya. Pelik! Kenapa mesti ada jurang perasaan ini? Jika dulu, mereka bebas bertepuk tampar dan saling mengusik tetapi kini lain pula halnya. Kenapa ya?

“Bila aku dah balik Malaysia, siapa nak temankan kau macam ni, eh?”

“Depends…”

“Carilah awek sorang. Tak lah hidup kau sunyi sepi.” Rara sebenarnya tidak mahu berkata begitu. Hatinya berasa pilu sendiri.

“Kau ingat hal perasaan boleh mudah ditukar ganti dan hilang macam gitu aje. It takes time to let it go…”

Rara mengakui kebenaran kata-kata Rain. Sepertimana dia dengan Didi, hingga saat ini dia masih mengharap. Rara berharap sekembalinya ke tanahair nanti, Didi akan menyambung kembali ikatan mereka. Rara berdoa agar hubungannya dengan Didi bakal berakhir ke jinjang pelamin.

“Jomlah ikut aku balik. Kau sorang-sorang kat sini.”

“Aku dah biasa, Rara. Sebelum ini pun aku sorang diri jugak. Ada ke tidak girlfriend…it is making me no fifference.”

“Macam orang frust aje kau ni.”

“Mungkin juga.”

“Kau ni…cheer up lah sikit. Aku yang nak balik, kau pulak yang frust.”

Rain menelan liurnya. Benar tekaan Rara. Bagaimana gadis comel ini mampu membaca perasaannya? Selama ini Rain menyatakan perasaannya tanpa sedar. Dia mengusik gadis itu demi mahu mengubati hatinya yang kecewa kerana dipinggirkan oleh Didi. Dia mahu Rara selalu tertawa, dia mahu gadis itu selalu gembira. Kini dia bakal kehilangan penyeri hidupnya itu.

“Balik Malaysia nanti nak kerja mana?” Rain menukar topik.

“Tak tahu lagi. Tapi dah minta abah tolong tanya-tanyakan…”

“Erm…kerja elok-elok tau. Aku takut orang comel, cantik macam kau asyik kena buli dengan orang lelaki. Just take care of yourself.”

‘For me!’ Ayat itu tergantung di dalam hati sahaja. Dia belum mampu menyuarakannya secara terang-terangan. Untuk aku…asalkan kau sudi membalas perasaan ini, itulah hadiah paling berharga darimu, Rara! Rain sempat bermonolog.

“Don’t worry. Aku akan ingat pesanan kau itu.” Rara tersenyum manja.

Rain tergugah lagi. Hatinya kemaruk tidak keruan. Kali ini dia tidak melepaskan peluang menikmati senyuman Rara sepuas-puasnya. Senyuman itu nanti bakal peneman sepinya di sini. Senyuman itu yang sering mendamaikan gelodak jiwanya.

“Wooit!! Kau kenapa?”

“What?”

“Kau tenung aku satu macam?”

“Tak boleh?”

“Siapa kata tak boleh. Tapi sebab kau special sikit, kau kena bayar.”

“Whatever cik Rara…yang penting aku bebas tengok kau ketawa dan gembira.”

Rara terkedu. Bahasa Rain kadang kala membuatnya keliru. Wajahnya bertukar merah dek malu mendengar kenyataan yang keluar dari mulut Rain. Pelik. Ada apa pada senyumanku? Ada apa dengan ketawaku hinggakan Rain begitu teruja terhadap semua itu. Pelik! Memang pelik.

“Kau tak ada apa nak tinggalkan kat aku? At least something yang aku boleh ingat, forever…”

‘Something yang boleh aku ingat forever!’ Ayat terakhir dari Rain bergema memenuhi ruang minda Rara. Dadanya berdebar kencang. Dia ni nak ungkit pasal ‘itu’ ke? Hati Rara berbelah bagi. Rasa malu memenuhi riak mukanya.

“Eleh! Macam kau tak balik Malaysia langsung. Sampai bila nak jadi perantau yang tak tentu hala. Jom! Ikut aku balik. Lagipun, tak bestlah tak ada kau nanti. Mesti aku pun akan rindukan kau.”

“Ada orang yang akan rindu ke?” Rain bertanya balik.

“Sure ada. Aku dan keluarga kau pun mesti akan rindukan kau.”

Rain mencebik. Perihal keluarga amat sensitif baginya sekarang ini. Datuk Ikram yang pentingkan diri, banglo peninggalan mama yang sepi dan rakan-rakan yang sering menghimpit kekayaannya. Itu sahaja. Berbaloikah kepulangannya nanti jika itu semua hanya menambah derita di hati. Mengingati itu semua hatinya bagai disiat-siat. Ngilu dan pilu. Dengusan kasar yang terbit dari mulutnya memeranjatkan Rara.

“Why Rain? Sslah ke apa yang aku cakap tadi? Kalau kau tak suka, tak apa. Aku tak paksa. Baliklah kalau hati kau dah tenang. Aku minta maaf okey.”

Rain kembali tersenyum. Dan Rain ketawa pula. Tetapi itu semua sekadar luaran untuk mengaburi Rara agar gadis itu berhenti menyoal pasal keluarganya. Dia muak dengan semua itu. Pada ketika dan saat ini, dia hanya mahu menyemai momen manis bersama Rara buat bekalnya di perantauan.

“Kau tau tak apa orang kata pasal autumn ini?”

“Entah. Aku ada dengar juga tapi tak ambil endah pun. Orang kata musim putus cinta, orang ditinggalkan. Ya la…maknanya pun musim gugur. Gugurnya bunga cinta kut!” Rara meneka sambil ketawa polos. Ah! Gugurnya bunga cinta itu tepat dengan diriku, ditinggalkan terkontang kanting oleh Didi tanpa penjelasan.

Rain mencuit batang hidung Rara. Rara tidak sempat mengelak. Wajahnya bertukar merah manakala mata jernihnya galak merenung Rain tanda tidak puas hati dengan tindakan lelaki itu.

“Cantik bila kau buat macam itu. Kau tak payah balik Malaysia lah Rara. Temankan aku kat sini, sepanjang hayatku.” Rain mengusik. Dadanya sendiri bergetar laju tatkala menuturkan kata keramat itu.

Rara ikut tergamam. Harapan yang dizahirkan oleh lelaki penuh karisma itu begitu jelas. Begitu berterus terang. Dia gugup sehingga lupa untuk menjawab permintaan Rain itu. Pertanyaan Rain dibiarkan sepi.

“Eh! Tadi kau nak cakap apa pasal autumn ni? Aku nak tau juga.” Rara cuba berlagak biasa.

“Pandai mengelak ya!”

“Mana ada!”

Wajah Rara merah lagi.

“Jangan marah. Aku gurau aje tadi.”

“Aku tahu. Kau memang kuat mengusik.”

Mata mereka bertentangan lagi buat ke sekian kalinya. Rara cepat-cepat melarikan mukanya daripada terus direnung penuh romantis oleh Rain. Dia pelik benar dengan perangai Rain kebelakangan ini. Kadangkala lelaki itu mengharapkan perhatian berlebihan, kekadang dia sendiri merajuk dengan usikan Rain dan adakalanya mereka saling merindu jika tidak berjumpa lebih dari seminggu. Apakah ertinya ini semua?

“Orang di sini kata autumn sesuai untuk orang yang sepi jiwanya. Aku ada hafal satu sajak orang Jerman…tapi tak ingat tajuknya. Aku ingat nak share dengan kau apa yang aku rasa bila aku baca sajak ni.”
Dengan suaranya yang perlahan, Rain mula mengingati bait-bait sajak tersebut sambil mata mereka bertatapan.



“Who now has no house, will not build one (anymore).
Who now is alone, will remain so for long,
will wake, and read, and write long letters
and back and forth on the boulevards
will restlessly wander, while the leaves blow.”

Selesai sahaja Rain menyebut bait-bait tersebut, Rara penasaran. Renungan Rain yang beberapa minit tadi menimbulkan satu garis halus yang mengalir terus ke hati dan menimbulkan satu melodi penuh syahdu ke dalam jiwanya.

Kau buat aku serba salah Rain! Hati Rara menjerit.

Seminggu lagi Rara akan kembali ke bumi Malaysia. Tiga tahun di UK, tiga tahun menyulam rindu kepada Baharom, Mak Cik Khalidah, Didi, si P...
Unknown
Oh! MyKarya!


Berbelas panggilan daripada Datuk Ikram tidak dilayan sama sekali. Begitu juga mesej yang dihantar oleh Laila. Dia tahu benar yang Laila telah menceritakan segalanya kepada Datuk Ikram. Dia tahu gadis itu pasti telah menunjukkan MMS nya kepada lelaki tua itu. Jikalau tidak, mengapa mesti Datuk Ikram menelefonnya berulang kali. Semalaman Rain tidak boleh tidur. Dia teringatkan Rara. Dia kasihan kepada gadis comel yang tidak tahu apa-apa itu. Segalanya kerana dia yang memulakan. Segalanya kerana dia telah kemaruk cintakan gadis itu. Salahkah dia bertindak aggresif? Salahkah dia cuba memiliki hati yang sudah berpunya. Silapkah keputusan yang dibuat semalam? Semuanya bermain-main di ruang mata semula.

“Betulkah keputusan yang kita ambil ni, Rain?”

“Kau jangan risau. Aku tahu apa yang aku buat.”

“Tapi aku sayangkan Didi. Aku tak boleh lupakan dia.”

Rain mengusap wajahnya. “Aku tahu. Aku tak marah kau masih sayangkan dia. Aku tak kisah jika kau masih mencintai dia. Aku tak marah, Rara. Kau ambillah sebanyak mana masa yang kau mahu untuk kau terima aku. Terima aku seadanya.”

“Kau tak akan menyesal nanti jika aku berbalik semula kepada Didi?”

“Aku tak tahu. Bila tiba masanya, baru kita cerita hal ini.”

Rara berteleku di kusyen. Kepalanya pusing tiba-tiba mengenangkan gambar MMS yang ditunjukkan oleh Rain. Dan secara tiba-tiba pula terpaksa membuat keputusan. Sepanjang hidupnya dia tidak pernah membuat keputusan sebesar ini sendirian. Hatinya sayu apabila teringatkan Baharom. Baharom yang selalu ada ketika dia mahu membuat keputusan. Marahkah Baharom jika saat ini dia membelakangkannya?

“Rara…”

“Kau menangis? Maafkan aku kerana melibatkan kau. Sumpah! Aku tak tahu kalau ada orang masuk dan ambil gambar kita. Aku tak sangka dia boleh peras ugut aku. Maafkan aku, Rara. Aku tak berniat nak menyusahkan hidup kau.”

Hati Rain berasa belas melihat titisan halus yang mengalir deras di pipi mungil Rara. Kenapa tika dan saat ini dia menangis. Dapatkah dia menahan dirinya dari menyentuh pipi itu, lalu mengesat air mata yang tumpah itu? Mampukah dia?

“Rain…please don’t.” Entah bila jemarinya sudah mendarat di pipi Rara. Tegahan kasar dari Rara mengejutkannya.

“I’m sorry. Very sorry…”
Rara memandangnya dengan wajah keliru. Rain membalasnya dengan hati yang sarat. Antara cinta dan simpati bersilih ganti. Aku cintakan kau Rara! Aku mahukan kau dalam hidupku! Tolong jangan pergi! Jeritan batinnya berlumba-lumba mahu meluahkan tetapi dia harus bersabar. Saat dan ketika ini dia tidak mahu lagi menambah beban yang telah sedia ada.

“Rain…aku setuju ikut rancangan kau. Aku terpaksa ikut rancangan kau…aku tak tahu nak buat apa dah.”

Rain tersenyum pahit. Terpaksa atau rela sama sahaja. Hendak tak hendak mereka terpaksa meneruskan juga rancangan itu. Jika tidak Rara bakal ditimpa malu sekiranya salinan MMS itu jatuh dari satu tangan ke satu tangan. Mungkin juga dia akan dipandang hina dan mendapat sumpah seranah dari orang sekeliling. Jadi sebagai lelaki yang bertanggungjawab, dia harus nekad dengan keputusannya. Dia harus melindungi Rara kerana itulah janjinya tatkala matanya bertentang mata dengan Rara satu ketika dahulu.

Janji!! Kerana sebuah janji yang dimungkiri, mamanya pergi menghadap Illahi dengan hati yang sudah mati. Hati yang telah kontang kasihnya. Wajah Datuk Ikram yang angkuh terasa kecil sahaja dimatanya saat dia teringatkan janji lelaki itu kepada mamanya. Kali ini dia pula terbeban dengan janji. Angkara cinta dia membina janji untuk memiliki gadis itu, dan kerana cinta juga mungkin dia terluka kerana cinta itu telah dimiliki.

“Kau tak tidur?”

Teguran satu suara membubarkan lamunannya. Kini dia di alam realiti. Memandang wajah itu kemudian mengalihkan pula matanya ke kaca TV.

“Kau tidur atas tilam aku. Aku boleh tidur kat mana-mana. Kau jangan risau.” Rain tidak mampu menentang pandangan dari Rara. Dia merasakan dirinya teramat bersalah kepada gadis itu. Sepatutnya dia tidak membawa Rara yang terlena tempohari ke apartmentnya. Semuanya sudah ditakdirkan. Kita perlu reda dengannya; fikiran Rain berbolak balik.

“Nak selimut?”

“It is okey, Rara.” Rain menolak lembut. Dia tidak boleh jika gadis comel itu memberikan perhatiannya. Dia takut dirinya terlalu berharap. Pada akhir cerita hubungan mereka nanti, dia juga yang kecewa.

“Kenapa kau tak pandang aku? Kau tuduh aku menjadi punca ini semua ke?” Rara bersuara sedih.

“Bukan! Kau jangan salah faham. Aku tak boleh…aku takut dengan kesilapan yang aku lakukan terhadap kau, Rara. Tolong jangan ingatkan aku semula tentang kejadian semalam. Aku minta maaf banyak-banyak.”
Suasana menjadi sepi tiba-tiba. Rara masih berdiri di pintu bilik manakala Rain duduk di atas sofa. Janggalnya keadaan itu. Rara mesti melakukan sesuatu agar hubungan baik mereka sebelum ini tidak dicacatkan dengan rasa serba salah dan saling menghindari. Rain pun banyak membantunya ketika dia dalam kesedihan. Rain sering menghamburkan nasihat ketika dia memerlukan. Rain jugalah yang mengajarnya erti kedewasaan. Semuanya yang baik-baik dan positif datangnya dari lelaki itu. Lantas, adilkah jika dia sewenang-wenangnya menghukum atas kesalahan yang Rain tidak lakukan?

“Hei! Kenapa senyap ni? Selalu kau yang usik aku kan? Sekarang aku ada depan kau, kau pulak jual mahal.” Rara menceriakan suaranya. Dia mahu Rain menjadi Rain yang lama. Rain yang sering mengusiknya. Rain yang selalu membulinya.

“Ya?” entah kenapa suara Rain menjadi mahal sekarang.

“Kau dah lupa kut? Cepatnya??”

“Aku nak tidur. Good nite!”

“Hei! Jangan tidur dulu. Aku belum mengantuk. Temankan aku.”

“Tak boleh! Aku mengantuk lah.”

Rara bergerak ke sisi Rain. Dia sengaja mahu mengusik lelaki itu. Bagaimana dia mahu masuk tidur sedangkan matanya masih belum mengantuk.

“Aku lapar.”

“Kau cari apa-apa yang boleh dimakan kat freeze tu. Jangan kacau aku lagi!”

“Kalau aku nak kacau jugak? Kau akan marah tak agaknya?”

“Cubalah kalau berani!”

“Kau cakap aku tak berani ke? Jangan cabar aku!”

Rara menarik kusyen yang menutup wajah Rain. Dia tidak mahu Rain berasa terasing dengannya. Lagipun selepas ‘acara’ semalam, dia bebas melakukan apa sahaja dengan Rain. Rain abangnya. Rain musuhnya. Rain sahabatnya. Apa lagi? Rain suaminya? Rain sebagai suami Rara? Ah! Mimpi di siang hari nampaknya. Kenyataan itu tidak akan menjelma. Rara pasti!

“Abang Rain!”

“Apa kau panggil aku?”

“Abang Rain!
“Abang Rain!”

“Abang Rain!”

Rara ketawa mengekeh. Dia malas bersedih lagi. Dia ingin bermanja. Dia ingin dimanja. Apa salahnya? Dia telah menganggap Rain seperti abangnya. Alang-alang dia dipaksa, apa salahnya meneruskan lakonan tersebut hingga ke hujungnya.

“Kau tahu tak?”

“Tak tahu! Kau tak bagi tahu?” Rara deras menyampuk sebelum sempat Rain menghabiskan ayatnya.

“Kau ni kan…” Rain membaling kusyen ke tubuh Rara.

Gadis itu ketawa lagi. Dia mahu Rain yang selalu mengusiknya kembali semula menjadi dirinya. Dia mahu Rain melupakan kesedihan yang sedang mereka alami. Hidup harus diteruskan.

“Manis bunyinya bila kau panggil aku abang Rain. Rasa aku dihormati. Dah lama aku tak dengar orang panggil aku abang. Aku rasa kita boleh get along selagi kita kat bumi London ini. Kau ada aku, aku ada kau. Enough tak?”

Ayat Rain bunyinya macam ‘rock’, tetapi di telinga Rara ia kedengaran lunak sekali. Terus lekat di mulut dan meresap jauh ke dalam hati. “Aku ada kau, kau ada aku!” Rara mengulang tanpa sedar. Kenapa Rain bukan Didi? Hilangkah Didi bila munculnya Rain? Rain atau Didi? Argh!!!

“Rara? Just now you okey…and now what happened to you?” Rain panik.

“Didi! Dia tak boleh langsung tinggalkan aku walau seminit. Didi belum mati lagi, Rain. Aku keliru!”

“Rara…”

“Shhh…” Rain memujuk sambil mengusap lembut rambut Rara. Dia boleh membuatnya lebih dari itu jika diikutkan rasa hatinya pada saat dan ketika ini. Dia boleh membahagiakan Rara mengikut caranya, tetapi dia harus menghormati hati gadis itu. Rara gadis tulus yang masih memegang mahkota cinta pertamanya.

“Rain…kenapa ingatan aku kepada Didi semakin kuat dan kukuh? Kenapa dia selalu hadir ketika kita berdua sedang bergembira? Kenapa dia mesti hadir …” esakan Rara semakin menjadi-jadi.

Rain menghulurkan tisu kepada Rara. Rara menyambutnya. “Kau terlalu baik dengan aku. Aku tak tahu apa jadi pada aku jika kau tiada. Aku ada kau sampai bila-bila kan?”
“Sekarang ya. Akan datang tak tahu!”

“Kenapa pulak?” tangisan Rara sudah mulai reda.

“Takut kau dah tak nak kat aku. Tinggallah aku sorang-sorang.”

“Aku tak akan tinggalkan kau, Rain. Bodohlah aku kalau bertindak begitu. Kau akan selalu ada aku selagi kau perlukan aku.”

Rain tersenyum pahit. Janji itu disimpannya jauh ke dasar hati. Tetapi dia tidak terlalu berharap. Bila pulang ke Malaysia nanti, pasti Rara terlupa akan dirinya dan janjinya.

Berbelas panggilan daripada Datuk Ikram tidak dilayan sama sekali. Begitu juga mesej yang dihantar oleh Laila. Dia tahu benar yang Laila t...
Unknown
Oh! MyKarya!


Rara terjaga dari lena yang panjang. Setelah puas menangis tadi, dia tidak ingat apa-apa. Dia seolah-olah terpukau dengan layanan dan kemanjaan yang diberikan oleh Rain kepadanya. Layanan bak seorang puteri. Sumpah! Dia tidak ingat apa-apa. Dek mahu membuang bayangan Didi yang hadir menghantui perasaannya, dia rela menyerahkan segala-galanya kepada Rain. Lelaki Malaysia yang lari membawa hati yang duka ke bumi Inggeris ini.

Sebaik dia membuka matanya tadi, apa yang kelihatan hanya empat penjuru tembok batu dan dirinya terbaring di atas tilam empuk. Selesa benar rasanya. Baru Rara mahu bermalas-malasan, dia tersedar yang dirinya bukan berada di dalam bilik hostelnya. Dia bukan lagi terbaring nyaman di atas katilnya. Di manakah aku? Apakah yang telah terjadi sebenarnya? Dia bingkas bangun dan cuba mengingati kali terakhir dirinya berada di mana dan bersama siapa? Tiba-tiba dia teringatkan Adam Bahrain?

Ya ALLAH! Apa yang dia telah lakukan kepadaku?

Dengan rakus Rara membelek dirinya di dalam cermin di hadapannya. Bajunya masih yang sama, rambutnya juga berkeadaan rapi, cuma wajahnya kelihatan sembab. Rara tahu tadi dia menangis di hadapan Rain. Tetapi takkan lelaki itu…

Tiba-tiba pintu bilik tersebut terkuak dari luar. Rara cepat-cepat membetulkan duduknya di atas katil.

“Kau dah bangun? Lama betul kau tidur.”

Rain tersenyum-senyum. Rara merasakan senyuman Rain macam memerlinya. Rain seolah-olah mentertawakan kebodohannya kerana sanggup mengikut lelaki itu pulang ke apartmentnya. Mungkin Rain menganggap Rara sama sepeti perempuan murahan lain yang mudah di bawa ke biliknya.

“Macam mana aku ada kat sini? Kau bagi aku ubat ya? Kau bagi aku makan dadah ke?” Rara menempelak Rain yang sedari tadi masih tersenyum-senyum.

“Jangan selalu anggap lelaki jahat. Tak semuanya. Kalau adapun, aku salah seorang yang kau boleh percayai. Aku bukan golongan makan orang, okey.”

Rara tidak melayan Rain yang memuji dirinya sendiri. Masuk bakul angkat sendiri! Tak malu. Rara mencebik. Tetapi nalurinya percaya apa yang Rain katakan. Dia pun sukar untuk menerangkan dengan kata-kata mengapa kepercayaannya bulat terhadap Rain.

“Kau ada pegang-pegang aku tak tadi? Baik kau cakap…”

Rain menyandarkan tubuh lampainya ke dinding. Dia merenung wajah comel Rara dengan perasaan. Perasaan yang dia sembunyikan di sebalik tindakan selambanya terhadap gadis itu.

“Ada. Mesti ada. Kenapa? Kau marah?”

“How dare you! Kau tak boleh buat macam itu. Aku tak sedar, mana kau boleh buat sesuka hati.” Rara menepuk-nepuk dada Rain dengan sekuat hati. Dia melepaskan kemarahannya. Dia tidak boleh bayangkan apa yang sebenarnya telah Rain lakukan terhadapnya sewaktu tidak sedarkan diri tadi.

“Sekarang siapa yang pegang siapa ni?” Rain tetap selamba dalam kematangannya.

Rara menarik tangannya dari terus menepuk dada bidang Rain. Dia malas berlawan cakap dengan lelaki berusia awal 30-an itu. Semakin lama semakin sakit hatinya. Tetapi, betulkah dia ada memegangku tadi? Apa yang dia pegang? Hee…seram sejuk Rara memikirkan apa tindakan Rain kepadanya.

Rara tidak jadi mahu melangkah keluar. Dia mesti mendapatkan kepastian dari Rain walaupun kenyataannya nanti amat memedihkan. Tanpa sedar Rain yang mahu membontoti langkahnya dilanggar kasar oleh Rara. Akibatnya, kedua-duanya terjatuh di atas tilam dek terjahan kasar tubuh kecil Rara yang sedang marah.

Rara tergamam. Bibirnya nyaris bersatu dengan bibir Rain. Dia cuba bangun tetapi dakapan tangan tegap Rain menyebabkan tubuhnya tersembam kembali di atas tubuh sasa lelaki itu. Bau haruman ‘Pursuit’ pewangi Dunhill menyegarkan rongga hidungnya. Sekejapan dia alpa yang dia berada dalam kedudukan yang bisa menghanyutkan maruahnya. Mindanya yang lagi satu menghalalkan saja perlakuan Rain terhadapnya. Ada satu rasa halus yang menjalar ke segenap urat saraf yang menyebabkan fikirannya begitu kontras dengan rasa hatinya. Apakah perasaan ini? Heningnya rasa ini. Seketika buat pertama kalinya dia terlupa kehadiran Didi dalam ruang hatinya.

Satu kucupan lembut hinggap di pipinya. Fikiran Rara baru segera kembali di alam realiti. Dia tergugah dengan apa yang sedang terjadi.

“Apa kau buat ni.”

“Buat apa?”

“Tadi tu…” Rara menggosok-gosok pipinya supaya Rain tahu apa yang telah dilakukannya tadi.

“Sikit aje.”

“Sikit pun tak boleh. Berdosa.”

Rain tersenyum penuh makna seraya duduk di birai katil. Dia harus menyatakan kemahuannya sekarang. Kini dia sudah tidak tahan. Jika tidak, mungkin tiada esok baginya. Sejak insiden dia mengangkat gadis itu yang tertidur di dadanya hinggalah detik-detik dia memerhatikan Rara tidur, hatinya sudah tidak boleh dikawal lagi. Dia mesti meluahkannya. Jika ditolak? Itu cerita lain; fikirnya dengan positif.

“Kalau gitu kita kahwin nak?”

“What? Kahwin? Eii!! Tak mahu aku. Aku masih belajar. Aku mesti habiskan study aku. Lagipun…kahwin dengan orang yang aku tak ada perasaan langsung. Tak mahu.” Rara segera membalas. Mukanya sudah naik merah menahan malu. Seorang wanita hingusan diajukan soal kahwin? Malunya jangan cakap tetapi dia terpaksa berlakon begitu di hadapan lelaki matang seperti Rain.

“Betul ke kau langsung tak ada perasaan pada aku.” Rain berbisik ke telinga Rara.

Sekali lagi haruman ‘The scent of adventure’ dari Pursuit Dunhill menusuk lubang hidungnya lalu melahirkan satu aroma perasaan yang berbunga-bunga. Cintakah ini? Oh! Tidak! Tapi mengapa debaran di dada lajunya sangat luar biasa hingga naik serinya hingga ke muka. Rara merasakan pipinya panas. Hangat.

“Tak ada.”

“Tapi aku tengok wajah kau jadi pink! Kau tipu kut!” Rain mengujinya.

“Pink?! Kau tipu! Mana ada!”

Rain ketawa gelihati dapat mengusik Rara yang sedang kalut. “Tau takut. Aku main-main aje. That is a nonsense joke from me. Please don’t take to heart. ”

“Kau ni!” Sekali lagi Rara cuba memukul dada bidang Rain. Tapi dia cepat-cepat menarik balik tindakannya. Takut terkena lagi!

“I’m ready for real adventurous…” Rain bergurau.

Gurauan itu menimbulkan getaran yang bukan sedikit di dalam hati gadisnya. Dia sudah tidak mampu menyembunyikan perasaannya jika berlama-lamaan dengan Rain. Dia harus beredar. Lagipun dia tidak mahu Dayang berprasangka apabila dia pulang lewat atau langsung tidak pulang setelah menemui Rain.

Sedetik kemudian telinga mereka terdengar bunyi pintu aparment di hempas kuat. Rara dan Rain saling berpandangan. Rain bergegas lari ke pintu tetapi tiada sesiapa di situ. Dia mengangkat tangan tanda isyarat tiada sesiapa di luar kepada Rara. Serta merta wajah Rara bertukar pucat.

Bunyi SMS masuk mengejutkan Rain dan Rara. Kedua-duanya menyelongkar handphone masing-masing. Rara menggeleng tanda bukan dia yang menerima mesej. Rain pula membelek handphonenya.

Wajahnya berubah tatkala memandang skrin telefonnya. Telefon itu diserahkan kepada Rara.

“Mati aku!!”

“Kita!”

Rain memandang Rara sambil menyimpulkan harapan. Dengan MMS itu, Rara tidak mungkin menolak niatnya kali ini. Perihal pengirim MMS tersebut, biar dia yang menguruskannya. Dia kenal benar siapa orang itu dan cara menyelesaikannya. Kini, dia bukan budak suruhan Datuk Ikram. Dia bebas berbuat apa sahaja mengikut khendak hatinya. Yang ini dia amat pasti.

Rara terjaga dari lena yang panjang. Setelah puas menangis tadi, dia tidak ingat apa-apa. Dia seolah-olah terpukau dengan layanan dan kema...
Unknown
Oh! MyKarya!

ADAM BAHRAIN membuang pandang ke Sungai Thames yang disebut sebagai sungai terpanjang di England. Di atasnya berdiri Tower Bridge gabungan jambatan imbang dan gantung di London, England di atas Sungai Thames. Ia berdekatan dengan Menara London, itulah sebabnya datang nama Tower Bridge. Sewaktu datang ke sini beberapa tahun dulu, Adam Bahrain tidak berapa ambil kisah tentang latar belakang sungai yang terpanjang di England itu dengan jambatan di atasnya. Lama kelamaan akibat cerita dari mulut ke mulut, dia semakin faham mengapa Sungai Thames menjadi kebanggaan. Ia menjadi suatu ikon di London dan kadangkala orang tersilap memanggilnya London Bridge, sedangkan Jambatan London sebenarnya ialah jambatan berikutnya ke arah hulu.

Usapan lembut di bahu mengejutkan lamunan Adam Bahrain tentang sejarah Sungai Thames yang sedang terbentang di hadapannya kini. Senyuman kecil di hadiahkan kepada gadis di sebelahnya. Dia berasa kurang selesa apabila gadis itu mula menyandarkan tubuhnya di bahu kirinya. Dia mengengsot sedikit agar ada jarak antara mereka. Dia tidak mahu dilihat terlalu intim atau membenarkan ruang kosong itu terisi sedikit demi sedikit. Kelak ia umpama dirinya memberikan harapan pula kepada gadis tersebut. Sedangkan sekeping hatinya yang selama ini kontang telahpun ada penghuni semenjak dua menjak ini. Bagaimana jika hanya dia yang berperasaan begitu terhadap gadis cengeng itu? Cuak Adam Bahrain memikirkannya.

“Cantik kan…” ujar Laila lembut.

“Herm…”

“Patutlah you tak nak balik Malaysia. Duduk kat sini banyak pemandangan yang indah-indah. Hati yang sedih dan sunyi pun boleh terubat hanya dengan memandang Sungai Thames pada waktu malam, kan…” lembutnya suara itu membuai perasaan bertemankan angin malam yang dingin.

“Tak ada apa lagi untuk I kat sana, Laila. Semuanya dah habis. Punah.”

“Jangan cakap macam itu Rain. I tahu siapa you sebenarnya. Bukan sehari dua kita berkawan. I tahu hati you baik, you buat ini pun untuk orang lain. Sekarang pun your mum dah tak ada, baliklah…”

Adam Bahrain mendengus. Sesekali dia mendesah perlahan. Mengapa Laila datang untuk mengkucar kacirkan perasaannya kini. Cerita tentang keluarganya, tentang cintanya pada mama dan cerita tentang Datuk Ikram. Semua itu sudah tersimpan rapi menjadi memori.

“You masih ada business yang you kena uruskan, Rain. Datuk tak ada waris selain daripada you. You satu-satunya!” Laila meninggikan sedikit nada suaranya.

“You datang ni siapa yang hantar? Datuk?? Berapa dia bayar you?”

“Apa you cakap ni, Rain. I datang sebagai seorang kawan…sahabat. Itu pun kalau you masih dengar cakap I ini sebagai seorang kawan. Tak tahulah jika hubungan kita sudah ada batasan pulak.”

Adam Bahrain memandang Sungai Thames semula. Berdiri di hadapan sungai yang menyimpan berjuta kenangan tersendirinya itu, bagai menyerap keresahannya sekali. Nyaman dan lega sekali tatkala memandang airnya yang berkilau apabila dilimpahi cahaya dari deretan kedai dan bangunan berhampiran. Malam itu dia seperti berada di dalam dunianya sendiri.

“Apa yang I cakap ini untuk kebaikan you, Rain. Untuk masa depan you. Mungkin juga untuk legasi keturunan you, siapa tahu. Takkan selamanya you nak hidup sendiri.”

Benar apa yang diperkatakan oleh Laila sebentar tadi. Jika aku mahu menyunting Rara menjadi suri hidupku, aku harus mempunyai harta dan kerjaya bagi menampung kehidupan. Takkan cukup hanya dengan berkelana dan menjadi Arkitek bebas di bumi Inggeris ini? Adam Bahrain berhalusinasi.

“Laila…”

“Ya?”

“Terima kasih kerana mengingatkan I. You are my best friend in this world, forever and ever.”

Sahabat untuk kini dan selamanya! Laili mengulang kembali frasa yang baru diucapkan oleh Adam Bahrain. Hanya sahabat? Selama-lamanya? Bagaimana rasa cinta yang sedang ku pupuk ini? Ada air jernih yang cuba menerobos keluar dari kelopak matanya tetapi sempat dicempung oleh hujung jarinya. Angin malam yang menderu lembut bagai penyelamat tatkala mata Adam Bahrain sempat menjeling ka arahnya.

“You menangis ke?”

“Takkanlah I nak buang air mata I ni untuk you, Rain. Membazir aje.”

“Manalah tahu kut-kut you menangis dengan kata-kata I tadi. I’m sorry, ok…”

“Kan you baru kata I ni your best friend in the world? Kalau betul I menangis untuk you apa salahnya…sahabat kan selalu bersama-sama dalam susah ataupun senang…”

Kalaulah kau tahu Rain…adakah kau akan mengesat airmata ini? Adakah kau akan memahami nyanyian lagu cinta di dalam hati ini? Aku tak yakin kau akan berbuat begitu Rain…aku faham benar hatimu! Penuh dengan duri-duri dendam!

“Jomlah kita balik. Dah lewat malam ni.”

“Balik rumah you?” Laili menguji.

“Kalau you berani…I tak kisah.” Adam Bahrain turut bergurau.

Laili sengaja memeluk lengan Adam Bahrain selepas itu sebelum mereka meninggalkan pemandangan indah Sungai Thames. Semakin jauh mereka berjalan meninggalkan sungai tersebut, seolah-olah jambatan menara yang terdiri dari dua menara itu melambai mengucapkan selamat jalan.

Kereta Adam Bahrain berhenti di hadapan hotel penginapan Laili. Dia membukakan pintu untuk gadis tersebut sebelum masuk semula ke tempat pemandu untuk kembali ke apartmentnya sendiri.

“Lain kali I nak tidur kat rumah you boleh?”

Adam Bahrain hanya tersenyum penuh makna. Laili sudah dianggap seperti adiknya sendiri. Dan pertanyaan dari Laila sebentar tadi hanyalah satu gurauan baginya.



RARA MEMBALAS surat yang dihantar oleh Didi kepadanya setakat ala kadar sahaja. Setiap kali dia mahu memulakan ayat pertama kepada Didi, ada sahaja rasa sebak yang bertandang tiba. Lama kelamaan dari rasa sebak itu turunlah pula hujan air mata yang tidak mahu berhenti. Hatinya pedih tidak terkata. Cinta pertama sukar ditamatkan riwayatnya begitu sahaja. Ia memerlukan masa…hinggakan dalam keriuhan usikan Dayang pun, bayangan Didi tidak mampu diusir. Semakin menjadi-jadi pula kebelakangan ini.

Dia telah menyimpan semua gambar-gambar Didi ke dalam sebuah kotak. Dia telah memadamkan segala kenangan manis bersama Didi, mencuba sebenarnya. Dari sehari ke sehari dia berjuang, hinggakan badannya semakin susut. Makan minumnya juga menjadi tunggang langgang, tidak lagi mengikut waktu. Ada ketikanya dia tidak menjamah walaupun sebutir nasi bagi mengalas perutnya. Habis kuliah dia berkurung di dalam kamarnya. Dayang sendiri pun tidak boleh berbuat apa-apa kecuali menasihatkan Rara agar perbanyakkan bersabar. Setiap kejadian ada hikmahnya. Begitu Dayang selalu mengingatkan.

Rara mendail nombor Adam Bahrain berulang kali tetapi asyik masuk ke dalam peti suaranya. Dia beranggapan lelaki itu sedang cuba menjauhkan diri atau barangkali ada hal-hal tertentu yang menyebabkan dia tidak mahu diganggu. Sudah hampir seminggu mereka hilang khabar, sepi tanpa berita dan cerita. Rara semakin buntu. Semua lelaki mahu pergi dari hidupnya…kecuali abah! Ya…Abah, Rara rindukan abah!!

‘Nombor yang anda dail berada di luar kawasan.’

Mesej yang kedengaran jelas membuktikan ayahnya sedang berada di pelantar. Sukar di hubungi atau kadangkala tidak dapat isyarat langsung. Dia faham tugas-tugas abahnya. Satu tugas yang mencabar dan sesuai untuk orang yang memiliki kesabaran serta ketahanan mental yang tinggi.

“Rara!”

“Rara!”

Pintunya diketuk dari luar.

“Ya!”

“Kau okey ke?”

“Okey.”

“Ada orang nak jumpa kau.”

“Siapa?”

“Mana aku kenal. Lelaki…”

Rara mengerutkan dahi dan cuba berfikir siapa agaknya yang datang mencari hingga ke rumah sewanya.

“Malaslah…aku tak ada mood!”

“Betul ni? Tak menyesal? Orangnya handsome tau.”

Rara berfikir lagi. Jangan-jangan…tapi takkan dia kut! Tak mungkin!

“Okey. Suruh dia tunggu. Aku basuh muka sekejap.”

Rara bergegas mendapatkan seseorang yang sedang berdiri membelakanginya. Dengan berpakaian formal dan jaket ditangan, dia tidak dapat mengenalpasti orang itu secara tepat. Takkan Adam Bahrain kut? Tetapi takkan dia tahu aku memanggilnya lewat telefon beberapa kali sedangkan satu kali pun dia gagal berkomunikasi dengan lelaki itu. Lagipun apa perlunya Adam Bahrain yang kerjanya hanyalah arkitek bebas mengenakan pakaian yang sedemikian.

“Hai…”

Dia membalikkan tubuhnya. Sebuah senyuman manis hinggap di bibir lelaki itu.

“Hai! Kau apa khabar?”
Rara tidak menjawab. Selain terpegun dengan penampilan Adam Bahrain, dia juga terasa hati dengan ‘kehilangan’ lelaki itu selama seminggu. Sangkanya saat dia memerlukan dan saat dia kesedihan, dia mengharapkan Adam Bahrain boleh dijadikan tempat mengadu. Tetapi lelaki itu pun sama, menghilangkan diri begitu sahaja tanpa pesan!

“Terpikat tengok aku pakai macam ini?”

Rara menjuihkan bibirnya.

“Jom keluar…” Adam Bahrain tidak berputus asa.

“Siapa nak keluar dengan kau?”

“Merajuk ke?”

“Kenapa aku nak merajuk dengan kau. Kau bukan boyfriend aku pun…”

“Ya lah…aku tak ambil call. Sorry…aku busy betul minggu ni.”

“Suka hati apa kau nak cakap. Aku tak kisah pun!”

Tanpa diduga Adam Bahrain telah memegang tangan Rara. Pegangannya kukuh seolah tidak mahu melepaskan gadis itu. Dia geram benar dengan sikap acuh tak acuh Rara terhadap dirinya. Dia tidak pasti apakah perbuatannya itu betul atau sebaliknya. Apa yang dia mahu sekarang ini adalah Rara mengikuti kehendaknya.

Rara menentang pandangan Adam Bahrain tidak berkedip. Mata lelaki itu berwarna coklat keperangan dengan bebola mata hitamnya bersinar memukau. Ada perasaan halus yang menjalar ke hati lalu menimbulkan debaran di dadanya. Ketika hati mulai berdetik, dia menolak rasa itu kembali. Kolam hatiku milik Didi!

Baru dia sedar tangannya berasa sakit. Sudahlah sakit di hati, kini sakit di tangan pula. Sudahnya dia yang meronta-ronta minta dilepaskan. Adam Bahrain yang terpaku seketika tadi seperti lupa yang dia sedang mencengkam pergelangan tangan Rara. Berkali-kali dia memohon maaf dari gadis itu kerana terkasar sebentar tadi.

“Do you mind if I buy you a dinner?”

“Who cares? I don’t like your act just now. Hurting…”

“I’m so…sorry, Rara. Not intentionally…”

“Ya ke? Kau sengaja nak pegang tangan aku. Aku tahu.”

Adam Bahrain ketawa bebas. Tuduhan itu tidak memberi apa-apa kesan dihatinya. Dapat bertemu dengan Rara pun sudah cukup beruntung. Lebih-lebih lagi ketika dia sepatutnya menghadiri satu lagi simposium perniagaan tetapi memilih untuk berlari ke sini melepaskan kerinduannya kepada gadis genit itu. Pasti ketika ini Laili dan Pak cik Fauzi sedang tercari-cari akan kelibatnya. Sewaktu melepaskan diri tadi dia tidak meminta izin daripada mereka berdua. Biarlah. Bukan masalah besar bagi mereka.

“Kenapa kau kurus? Baru seminggu tak jumpa takkan dah rindu kat aku?”

Aduhai! Mengapa bukan kamu yang bertanyakan aku, Didi? Mengapa orang lain yang lebih prihatin? Mengapa kau buat aku begini Didi?

“People said silent is true, right or not?”

Benarkah? Aku rindukan Rain? Bukan! Bukan! Aku rindukan Didi!!

“Rara? Anybody home??”

Rara termangu-mangu. Sebentar tadi dia seolah terdengar-dengar suara Didi. Sebaik matanya bertemu pandang dengan wajah berkerut Adam Bahrain, baru dia perasan. Yang menyoalnya dengan lembut tadi adalah Adam Bahrain, bukannya Didi. Rara menutup matanya rapat-rapat beberapa ketika sebelum membukanya perlahan-lahan. Pergilah kau Didi! Pergi!

“Rain…bawa aku keluar.”

Adam Bahrain pula yang termangu. Tadi bukan main payah untuk berkata ‘ya’ sedangkan kini dia pula yang menawarkan diri. Pelik! Pelik!



RARA menghamburkan tangisannya di hadapan Adam Bahrain. Suasana suram dan kelam di taman permainan itu bagai mengerti kesedihan yang sedang bermukim di hati Rara. Entah mengapa dia mudah menzahirkan perasaan dan kisah cintanya yang kecundang kepada Adam Bahrain. Lelaki itu kelihatan sabar mengikut rentak yang dimainkan oleh Rara. Dia tidak mahu menganggu. Dia membiarkan sahaja Rara menangis semahu-mahunya. Apabila Rara terkorek-korek beg sandang yang dibawa, Adam Bahrain telah bersedia dengan saputangan ditangan.

Dengan mata yang masih berlinangan Rara membalas pemberian dari Adam Bahrain itu. Dalam tangis dia cuba menguntum senyum. Membalas jasa lelaki itu yang setia mendengar keluh kesahnya. Tanpa sedar dia menyandarkan kepalanya di dada bidang lelaki itu. Dia ingin meminjam kekuatan yang dimiliki oleh Adam Bahrain. Dia ingin melabuhkan tirai derita hatinya buat selama-lamanya.

Dia memerlukan pengganti dengan segera. Biarpun hanya satu lakonan, dia tidak kisah. Yang penting ruang kosongnya akan terisi. Dan Didi tidak akan bermukim lagi…

ADAM BAHRAIN membuang pandang ke Sungai Thames yang disebut sebagai sungai terpanjang di England. Di atasnya berdiri Tower Bridge gabungan j...
Unknown
Oh! MyKarya!


“Ijol…”

“Tolong….aa..ku…”

“Baiti…”

“Hello! Hello!”

Ijol menepuk-nepuk seketika telefon bimbitnya kerana suara yang didengar kurang jelas. Seperti terputus-putus. Tadi dia pasti Zek yang memanggilnya berdasarkan nama yang tertera di skrin. Anehnya, apabila dia mendail semula tiada jawapan dari pihak sana. Tiba-tiba hatinya berasa kurang enak memikirkan berbagai kemungkinan yang menimpa sahabat baiknya itu. Dia menekan pedal minyak agar kelajuan kereta itu boleh digandakan tetapi siapalah dia untuk melawan takdir yang sememangnya pada petang-petang begitu jalanraya di sekitar Bandar Johor Bahru selalu sesak!

“Kenapa? Bateri habis?” Kamelia ikut gelisah melihatkan gelagat Ijol.

“Bateri okey. Entah kenapa suara Zek tengelam timbul. Bila call balik tak dijawab pulak tu.”

“Iti dah nak bersalin kut.”

“Mungkin…tapi…”

“Tapi apa Ijol?” Aini pula mendesak.

“Aku tak tahu. Aku rasa lain macam. Huh!! Jalan jammed pulak.” Ijol menepuk stereng.

“Apa kau rasa?” soal Aini cemas.

“Manalah aku tahu. Rasa macam…macam…ada yang tak kena.”

Kamelia mengurut belakang Ijol bagi meredakan ketegangan yang dirasai oleh tunangnya itu. Dia pun sebenarnya rasa berdebar-debar saat ini. Dia berdoa bersungguh-sungguh di dalam hati agar kedua sahabatnya itu dilindungi oleh ALLAH dari segala macam bencana. Dia teringat beberapa malam lalu tentang mimpinya dan Baiti. Bagaimana Baiti meninggalkan pesanan agar jangan bersedih jika dia tidak dapat hadir pada hari perkahwinannya. Baiti kerap berkunjung di dalam mimpi-mimpinya mungkin kerana rindu mahu bertemunya. Tunggu Baiti. Sekejap lagi Melia sampai…Kamelia cuba meredakan hati sendiri untuk kesekian kalinya.

Setelah berjaya melepasi kesesakan lalulintas Ijol terus mengarahkan sterengnya ke Jalan Kolam Ayer sebelum sampai ke taman perumahan tempat tinggal Zek dan Baiti. Setibanya di hadapan rumah rakan baik mereka, Kamelia terus bergegas keluar diikuti oleh Aini dari belakang. Lega hati mereka apabila kereta Zek ada di parkir. Ini bermakna pasangan tersebut ada di rumah dan baik-baik sahaja. Hilang kebimbangan yang bersarang di hati masing-masing sebentar tadi.

Timbul perasaan aneh pada wajah Kamelia kerana pintu gril dibiarkan terbuka begitu. Mungkin terlupa kut! Kamelia membuat andaian.

“Assalamualaikum! Zek! Baiti!”

“Zek!”

“Baiti!”

Suara Kamelia dan Aini saling bertingkah memanggil nama pasangan suami isteri itu tetapi tiada jawapan. Kamelia menyentuh pintu sliding. Pun tidak berkunci. Debaran di dada semakin laju dan dia mula terfikir yang bukan-bukan. Dia menolak daun pintu perlahan-lahan. Memandang wajah Aini pula menanti kebenaran, kemudian mereka sama-sama masuk ke dalam rumah teres tiga bilik itu.

“Dia orang tak ada?”

Entah bila Ijol tercegat di belakang mereka menyebabkan kedua-dua gadis itu terkejut apabila diterpa soalan dari Ijol secara tiba-tiba.

“Entah! Sunyi aje.” Kamelia bernada kecewa.

“Jenguklah kat dapur. Mungkin tengah memasak…”

“Ala Ijol, takkan tak dengar suara aku dengan Melia memanggil bagai nak rak tadi…”

“Habis tu…nak tunggu ke nak balik?” Ijol melirik ke wajah Kamelia diikuti wajah Aini. Menunggu jawapan untuk tindakan seterusnya.

“Call dia semula. Mungkin kita boleh trace kalau dia ada kat rumah atau…”

Belum sempat Kamelia menghabiskan ayatnya, Ijol telah terlebih dahulu mencuit hidungnya.

“Good idea, my brilliant lady!”

“Hish!! Awak ni…serius lah sikit.”

“Saya seriuslah ni. Tak betul ke apa yang saya cakap tadi?”
Ijol masih sempat menyakat Kamelia menyebabkan gadis itu tersenyum sahaja menyambut usikannya.

“Argh…”

“Arghhhhh…”

Ketiga-tiganya saling berpandangan. Bunyi apa itu?? Ijol mendahului menuju arah datangnya suara orang mengerang diikuti pula oleh Kamelia dan Aini. Keadaan dapur berselerak di sana sini.

“Zek? Apa jadi ni? Kenapa ni? Mana Iti?”

Ijol menerpa ke arah tubuh Zek yang bersandar di hadapan peti ais dalam keadaan separuh sedar. Tangan Zek menunjukkan ke arah bilik air. Kamelia bergegas ke bilik air dan sekujur tubuh Baiti telah tertiarap di bawah paip air yang terbuka. Ada kesan darah yang banyak di atas lantai bilik air dan juga di dinding. Kamelia dan Aini berusaha mencempung tubuh itu dengan kudrat yang ada. Suara panik dan tangisan Kamelia memecah keheningan rumah teres itu. Kerana begitu trauma dan terkejut, akhirnya Kamelia tidak mampu berbuat apa-apa, sekadar terduduk melihat Aini berhempas pulas memberikan bantuan kepada Baiti, walaupun mereka sedar Baiti sudah tidak bernyawa lagi.

Kamelia hanya memandang Ijol datang membantu Aini dan mengangkat tubuh itu keluar dari bilik air yang telah dipenuhi darah. Fikirannya kosong dan terawang-awang. Pandangannya telah berbaur-baur dan semakin kelam. Hanya panggilan namanya didengar semakin sayup-sayup dan terus menghilang.


KETIKA dia membuka matanya, orang yang pertama sekali dilihat adalah Ijol. Lelaki itu melemparkan senyuman sambil meramas jari jemarinya. Dia memandang sekeliling, tiada orang lain. Hanya mereka berdua. Mengikut keadaan susunan di dalam bilik itu, dia pasti sekarang ini tubuhnya sedang terbaring di atas katil hospital.

“Baiti?”

“Syy…awak rehatlah dulu.”

“Kenapa dengan saya? Apa jadi pada saya, Ijol?”

“Awak pengsan. Doktor dah periksa, awak cuma kena serangan terkejut yang melampau…traumatic…”

Kamelia mengangkat tubuhnya untuk duduk. Dia merenung sayu wajah Ijol. Dia ingin menangis tetapi entah mengapa tangisan itu seolah-olah tersekat di dadanya. Semakin lama dibiarkan, ia semakin sakit. Di pandang lagi wajah Ijol, dia ingin bertanyakan soalan. Banyak persoalan yang berlegar dikepalanya. Ingin mencari jawapan dan kebenaran mengapa ini semua berlaku kepada teman baiknya, Baiti. Tetapi perkataan yang disusun di kepala tidak mampu terluah. Sakitnya hati Kamelia hanya TUHAN yang tahu!

“Sayang…berehatlah. Awak perlu tenangkan fikiran. Awak perlu reda. Ini semua sudah takdir namanya.” Ijol cuba memberikan semangat.

Kamelia cuba membalas kata-kata Ijol tetapi suara hatinya masih tidak mampu diluahkan. Sekali lagi dadanya terasa sakit. Memori bersama Baiti datang menerjah silih berganti. Susah dan senang mereka bersama ketika di perantauan menggamit tanpa henti. Semakin banyak kenangan dan kesusahan yang di ingat, semakin deras air matanya merembes keluar tanpa dapat di tahan lagi.

“Shh.. shh....rileks Melia. Jangan menangis sayang…I can’t bear see at you cries and cries again. Please melia. Yang dah tak ada memang tiada, kita yang hidup ni kena jaga diri kita. Makin awak tension, makin lama awak kena tahan kat sini nanti. Please Melia…” rawan hatinya melihat keadaan Kamelia yang sedang teresak-esak. Sambil itu tangannya membetulkan anak rambut Kamelia yang terjurai di dahi. Pipi mulus itu di usap dengan hujung jari.

Kalau keadaan mengizinkan dia ingin memeluk tunangnya itu dan menzahirkan kasihnya yang menggunung terhadap Kamelia. Dia akan mengesat air mata itu. Dia akan membelainya sehingga gadis itu boleh kembali tersenyum. Tetapi hukum TUHAN harus dipatuhi. Dia tahu itu. Sedangkan kedudukannya yang agak rapat dengan Kamelia pada saat dan ketika ini pun tidak dibolehkan. Tetapi dia tidah betah melihat Kamelia menanggungnya sendirian. Dia hanya mampu memujuk dengan kata-kata manis yang bisa merawat kesedihan Kamelia kerana kehilangan teman dan sahabat yang sangat disayanginya itu.

Jauh di sudut hati, Ijol juga amat berterima kasih kepada Baiti kerana ‘mencantumkan’ kembali hubungannya dengan Kamelia. Melalui gadis itulah dia berhubungan semula dengan Kamelia. Itupun setelah dia tahu Zakaria atau Zek menjalin hubungan dengan Baiti. Itu semua tersimpan kemas sebagai rahsia. Rahsia yang di bawa ke mati. Baiti…aku juga kehilangan sahabat sejati. Semoga rohmu aman di sana. AMIN…

Suara deheman yang agak kuat mengejutkan Kamelia dan Ijol yang sedang dalam kedudukan yang agak rapat. Cepat-cepat Ijol berdiri sambil menentang pandangan Aini yang seolah memerlinya. Stafnya yang seorang ini memang pantang tengok dia lebih-lebih dengan Kamelia. Belum sah! Begitu selalu Aini memberi amarannya.

“Kau dah okey?”

Aini datang memeluk Kamelia yang kelihatan masih lemah. Wajahnya pucat seperti tidak makan beberapa hari. Dia kasihan melihat Kamelia yang kehilangan sahabat dalam sekelip mata. Apa yang mampu dilakukan hanyalah memberikan kata-kata perangsang untuk meneruskan hidup sepeti biasa.

“Aku okey dah. Tapi doktor kata badan aku masih lemah lagi. Mungkin esok boleh keluar dari sini.”

Aini menoleh ke arah Ijol yang sedang berdiri menyeluk poket seluarnya. Kemeja lengan panjangnya sudah dilipat separuh. Dia pasti Ijol yang bersengkang mata menuggu Kamelia di luar bilik ketika gadis itu bermalam di atas katil hospital semalam. Baju yang dipakainya pun masih belum diganti.

“Eh! Dekat luar ada orang nak jumpa kau.”

Dahi Kamelia berkerut. Dia memandang Ijol yang kebetulan sedang merenungnya dengan lembut. Ijol mengangkat bahu tanda tidak tahu siapa gerangan orang yang ingin menemui Kamelia.

“Siapa?”

“Aku lupa. Tadi ada dia sebut nama dia. Datuk apa entah…ada tu kat luar.”

“Datuk Jeffery ke?” soal Kamelia deras.

“Ha’ah! Datuk Jeffery. Siapa dia?” Aini menyoal sambil tersengih lebar.

“Bos aku. Buat apa dia datang?” Kamelia merungut.

“Hai! Tanya pulak! Staf tersayang tak sihat, mestilah nak tengok. Betul tak Ijol?” Aini mengusik.

“No comment…” Ijol menjawab ringkas.

Kamelia menjeling Ijol yang menunjukkan muka kurang senang dengan kedatangan Datuk Jeffery. Sudah pasti Ijol berkecil hati kerana dia pernah bercerita perihal bosnya itu yang beberapa kali cuba memikatnya dengan pelbagai cara. Pernah pada satu ketika Ijol merajuk kerana dia asyik bercerita pasal bosnya yang masih muda bergaya itu. Itupun Ijol yang beriya-iya mahu kenal dengan Datuk Jeffery.

“Aini! I don’t think he should pay a visit to Melia. Mungkin lain kali dia boleh jumpa Melia. Now…the boss speaking. I said cannot! Could you please tell that old man!” suara Ijol kedengaran tegas.

Aini hanya mencebik. Masa inilah dia guna kuasa veto dia! Mentang-mentanglah terkena kat tunang tersayang. Eleh!! Aini berjalan keluar dengan muka meluat.

Kamelia terkejut mendengar Ijol bertindak mendahuluinya. Dia tidak sepatutnya berkata begitu. Dia sepatutnya mendengar pendapatnya. Yang datang melawat adalah seorang ketua, dan sepatutnya dia kena melayani kedatangannya dengan baik. Bukan membuat kata putus yang drastik begitu.

“Ijol! Mana awak boleh kata begitu. Dia bos saya, dia yang bayar gaji saya. Lagipun dia cuma datang melawat. Dari jauh dia datang semata-mata melawat kakitangannya. Salah ke?” Kamelia cuba mengawal nada suaranya. Jika dia berkeras, bimbang menganggu persekitaran hospital swasta itu.

“Awak marahkan saya kerana tak bagi dia melawat awak? Awak marah sebab tak dapat jumpa dia? Dah rindu sangat ke? Lain kali kan boleh jumpa juga!”

Kamelia hanya mengeluh mendengar tuduhan dari Ijol tadi. Dia malas berbalah dalam perkara remeh seperti itu. Nanti tak pasal-pasal perasaannya kembali tertekan. Jauh di sudut hati dia sebenarnya bangga kerana disayangi sepenuh hati oleh lelaki itu. Ijol sanggup bersengkang mata demi menjaganya malam tadi. Ijol yang bersabar dengan moodnya yang tidak menentu, Ijol juga yang sering beralah dalam setiap pertelagahan yang dibangkitkan olehnya. Dalam hati dia memuji kerana sebenarnya tunang seperti Ijol satu dalam seribu!

“Sanggup dia datang bila dengar apa yang terjadi pada awak, kan? Awak tengok betapa ambil berat dia pada awak, caring…tapi sayang…awak dah berpunya!” Ijol berbisik ke telinga Kamelia sehingga mengundang debaran didada.

“Awak jangan nak mulakan. Saya tak kata apa pun dengan keputusan yang awak buat sebentar tadi.”

“Saya hanya buat apa yang patut, Melia. Satu hari nanti awak akan tahu sebabnya.”

“Atau …awak yang jealous wahai Encik Zulhariz??”

“Saya tahu…awak tahu, Melia.” Ijol mengerling manja.

Deringan telefon bimbit Kamelia menganggu perbualan mereka berdua. Sekilas dia memandang ke skrin. Terpapar nombor yang tidak dikenali. Kamelia menjawab beberapa ketika dengan suara perlahan sebelum mematikan talian itu. Dia tidak mengendahkan renungan tajam dari Ijol yang mengharapkan dia berkongsi rahsia siapakah si pemanggil yang baru sahaja menelefon. Dia mahu tidur. Dia mahu merehatkan mindanya. Dia tidak mahu diganggu. Begitu juga nasihat doktor yang merawatnya, dia perlu banyak bertenang.

“Aik! Dapat call terus sombong dengan saya? Siapa yang call tadi?”

“Orang…”

“Ya lah. Saya tahu. Takkan animal kut. Orang itu ada nama kan? Siapa nama dia? Lelaki? Perempuan?”

“Rahsia!”

Kamelia menutup seluruh tubuhnya dengan selimut. Dia tidak mahu berbalah dengan Ijol untuk kesekian kalinya. Lelaki itu memang kuat cemburunya. Makin dilayan, semakin geram hatinya. Ada sahaja prasangka yang ditunjukkan waima sebentar tadi dia hanya berbicara dengan ibunya. Tetapi dia malas menjawab teka teki di benak Ijol. Tidak kuasa!

“Sayang…saya balik dulu. Nak mandi, tukar baju lepas tu pergi kerja. Nanti petang saya datang lagi.” Ijol sengaja berbisik di telinga Kamelia yang sedang berselubung itu.

“Bye!”

Ijol tersenym gelihati melihat telatah Kamelia yang menegurnya dari dalam selimut. Sesekali dia melihat Kamelia seperti seorang gadis yang matang dan garang dan ada ketikanya gadis itu kelihatan seperti gadis biasa yang ingin dimanjakan. Kamelia! Oh! Kamelia! You are so cute my fiancĂ©…hati Ijol berlagu riang walau ada cemburu dan tanda tanya yang belum terjawab sebentar tadi.



IJOL TEKUN menyiapkan kerjanya. Ada banyak fail yang perlu di tandatangani dan diserahkan semula ke jabatan-jabatan tertentu. Adalia pembantunya pun ikut sibuk menyiapkan laporan bulanan jualan syarikat untuk dibentangkan di dalam mesyuarat pengurusan setiap sebulan sekali. Sekejap-sekejap dia perasan Adalia mengendapnya tetapi dia buat tidak tahu sahaja. Entah apa yang ingin disampaikan, dia pun tidak mahu tahu. Jadualnya sahaja sudahpun padat. Dia tidak mahu apa-apa komitment buat masa ini kerana masanya hanya dikhaskan buat Kamelia.

“Fail-fail ini semua awak tolong distributekan semula. Kalau ada apa-apa dokumen yang urgent, please put small note on the top of it, then I’ll know which one is important. You arrangekan cuti I next week. I nak bercuti.”

Adalia mendongak memandang wajah Ijol yang berdiri di hadapan mejanya. Wajah bos muda itu kelihatan kusut sedikit. Mungkin dia tertekan dengan kejadian yang menimpa isteri kawan baiknya.

“Berapa hari bos?”

“Mungkin tiga hari. Tapi awak letak aje lima hari. Kalau saya masuk awal, saya cancel cuti tu. Ada apa-apa lagi?”

“Aa…a…tadi ada polis telefon cari bos. Ada perkara yang ingin ditanyakan. Tapi saya cakap bos tak ada. Sebab saya tengok bos macam busy sangat.”

“Oh!! Tak mengapa. Dia orang dah call saya personally. Anything else?”

“Tak…tak ada bos.”

“Apehal awak tergagap-gagap cakap dengan saya. Ada yang tak kena?” Ijol menyoal Adalia yang masih lagi memandangnya.

“Tak ada bos. Semua okey. Takziah bos pasal berita yang saya dengar tetang kawan bos itu. Saya pun baru tahu.”

“It’s okey. Saya nak keluar nak jenguk dia di hospital. Lain-lain hal, awak tulis aje pesanan dan tinggalkan atas meja saya. Esok kalau sempat saya follow up.”

“Okey bos!”

Ijol terus menghilang di balik pintu utama bangunan pejabatnya. Dia berjalan laju kerana tidak mahu bertembung dengan bosnya yang dipanggil Datuk Walid. Minggu lepas sebelum kejadian yang menimpa Zek dan isterinya, Datuk Walid ada memintanya membentangkan pelan perancangan untuk jabatan jualan yang diketuainya. Nampaknya dia belum sempat menyiapkan bahan yang diperlukan untuk pembentangan kepada pihak pengurusan.

“Ijol…” “Tolong….aa..ku…” “Baiti…” “Hello! Hello!” Ijol menepuk-nepuk seketika telefon bimbitnya kerana suara yang didengar kurang...
Unknown
Oh! MyKarya!


HARGA ASAL: RM19.90
HARGA TAWARAN: RM14.00 (termasuk pos)
M/SURAT:
STATUS: TERPAKAI/ (10/10)

SINOPSIS:

Aidid Rayyan dan Jenissa, saling merindu, namun cinta yang tidak sempat diucapkan sering kali menyeksa jiwa. Aidid menyangka Jenissa telah pergi jauh daripadanya walhal keduanya sering berselisih di mana-mana.

Suatu ketika, Jenissa tersedar betapa memuncaknya rasa rindu hingga memaksa diri untuk mengalah. Jenissa hadir... tepat pada masanya. Aidid pula sedaya upaya cuba menggunakan kesempatan yang ada. Aidid menuntut jawapan dan balasan untuk cinta yang diungkapkannya. Jenissa yang pemalu akhirnya akur pada kata hati lalu. Bagaimanapun peristiwa itu berlaku jua, membuatkan Jenissa menarik balik semua ayat-ayat cinta yang dinukilkan buat Aidid Rayyan. Hatinya sakit apabila yang ada dalam hati tidak dihargai kekasih hati.

Sejauh manakah kuatnya cinta yang mampu menyatukan dua jiwa, jadi satu hati, sedang pelbagai konflik dikecohkan di sekeliling mereka? Dan benarkah hati seorang perempuan itu umpama kerak nasi yang akan lembut akhirnya? Mungkinkah perasaan yang ada dalam hati bakal melepasi semua gelora diri?

HARGA ASAL: RM19.90 HARGA TAWARAN: RM14.00 ( termasuk pos ) M/SURAT: STATUS: TERPAKAI/ (10/10) SINOPSIS: Aidid Rayyan dan Jenissa, saling m...
aynorablogs Sep 1, 2010