Menu
Oh! MyKarya!

Baharom menyambut kepulangan Rara dengan perasaan yang amat gembira. Kalau boleh, selepas ini dia tidak mahu Rara berpisah jauh darinya. Kalau Rara mahu melanjutkan pelajarannya ke peringkat yang tertinggi sekali lagi, dia akan menggalakkan Rara melakukannya di dalam negara sahaja. Di negara kita ini ada banyak universiti yang berprestij setanding dengan luar negara. Ummu Khalidah pun sama. Berita gembira itu disampaikan terus kepada anaknya Didi dan kawan karib mereka, Kiki. Walaupun ada sesuatu yang disembunyikan dari Rara, tetapi Ummu Khalidah percaya bahawa dia tidak boleh campurtangan masalah di dalam ‘budak-budak’.

“Mak Cik…rindunya!! Mak Cik sihat, kan?”

Ummu Khalidah juga gembira dan terharu sehingga menitiskan air mata. Dia menyambut tubuh Rara dengan rasa yang terharu. Tangannya mengelus lembut belakang Rara. Dia melepaskan kerinduan bertahun terhadap gadis itu. Usai drama sedih itu, mereka berjalan masuk ke dalam rumah.

“Wow!! Rumah ni makin cantik, abah. Siapa buat semua ni? Impressive betul Rara…”

“Siapa lagi kalau bukan Kiki.”

Rara rasa serba salah. Sebenarnya dari tadi dia ingin bertanyakan tentang Kiki. Juga tentang Didi. Tetapi dimanakah mereka berdua? Bukankah mereka juga sepertinya, telah tamat pengajian masing-masing. Tidakkah Didi teringin bertemu dengan dirinya, sebagaimana dia amat rindukan Didi saat itu. Rara ingin membuka mulut tetapi lidahnya kelu tidak semena-mena.

“Rara rehatlah dulu. Barang-barang Rara nanti abah angkat ke bilik.” Baharom memecahkan kesunyian yang bertandang.

“Okeylah bah, Rara pun nak berehat ni.”

Rara angkat kaki masuk ke biliknya. Sebelum itu sempat juga dia menjengah ke dapur. Haruman nasi lemak kukus menghambat deria rasanya daripada masuk ke bilik. Dia ingin melepaskan kerinduannya pada makanan kesukaan rakyat Malaysia itu. Biarpun orang kata nasi lemak menyumbang kepada peningkatan tahap obesiti di negara ini, Rara tidak peduli. Sesekali melepaskan geram, apa salahnya.

“Kata nak berehat?” entah bila Baharom muncul di sisi Rara menyebabkan Rara tersedak ketika sedang enak menjamu tekak.

“Tak tahan abah. Baunya….begitu menyelerakan. Kat sana tak dapat yang asli macam ni.”

Baharom menarik kerusi lalu duduk di sebelah Rara. “Sedap sangat ke? Abah tengok bukan main Rara makan, lahap betul.”

“Ala! Depan abah tak apa. Bukannya depan boyfriend pun.” Rara ketawa manja.

“Wah…dah ada boyfriend tak bagitahu abah pun. Rara dapat boyfriend mat saleh kat sana ke? Handsome tak?”

Rara tersenyum meleret. “Handsome bah…sampai tak boleh kelip mata dibuatnya. Tapi…”

“Tapi apa?” teruja benar Baharom mendengar cerita dari Rara.

“Bukan mat saleh. Tapi mat soleh…he….he…” Rara gembira dapat mengenakan Baharom.

“Kamu ni…”

“Habis abah tu…tanya pasal boyfriend pulak time macam ni. Tak ada mood lah bah…” suara Rara mengendur.

Baharom rasa bersalah pula kerana menyentuh hal berkaitan teman lelaki kepada Rara. Padahal dia tahu hubungan Rara dengan Didi sudah semakin dingin. Dia tahu benar apa yang sedang terjadi antara Didi dan anak angkatnya, Kiki. Setiap hari bersama, ke kuliah, menonton wayang, atau pergi menemani Kiki ke pusat membeli belah, manusia waras mana yang tidak akan menjadi rapat dan mesra. Apatah ia membabitkan dua jantina yang berlainan. Baharom arif pasal itu. Tetapi sampai hatikah dia mengkhabarkan semuanya kepada anak kesayangan yang bernama Rara itu?

“Abah tak nak makan sama? Sedap Mak Cik Khalidah masak. Dah lama tak rasa nasi lemak sesedap ini. Jomlah abah, makan dengan Rara. Mak Cik pun lepas jumpa Rara terus balik. Tak nak tunggu atau borak-borak dengan Rara dulu. Macam ada hal penting aje…”

“Adalah tu…” Baharom cuba mengelak dari membicarakan mengenai perubahan sikap Khalidah di hadapan Rara.

Rara pun perasan perubahan sikap Baharom terhadapnya sebentar tadi. Dia mahu bertanya tetapi tidak jadi. Mungkin Baharom ada menyembunyikan sesuatu. Mungkin Baharom takut Rara berkecil hati. Tetapi detik di hati Rara kuat mengatakan, ini semua pasti ada sangkut paut dengan dirinya dan Didi. Tetapi kerana sudah terlalu penat, usai menjamah nasi lemak dari air tangan Mak Cik Khalidah, Rara terus merebahkan dirinya di atas katil.

Banyak yang sudah berubah. Keadaan bilik tidurnya kelihatan lebih tersusun dan dihias indah. Mungkin Mak Cik Khalidah yang tolong hiaskan bilik itu sempena kepulangan Rara. Cadar merah jambu kain cotton nampak ekslusif menutupi tilam empuknya yang bersaiz Queen. Di sebelah meja soleknya pula ada sebuah ‘vase’ sederhana besar yang muat-muat dengan segenggam bunga orkid segar berwarna warni. Hati mudanya menjadi sebak tiba-tiba. Walau sesiapa pun yang menghias bilik kecilnya itu, dalam hati Rara mengucapkan ribuan terima kasih.

Tiba-tiba matanya tertancap pada sekeping kad di bucu meja solek. Dia menelek kad itu dengan longlai, apatah tubuhnya sudah sangat lesu dek perjalanan panjang dari bumi UK ke Malaysia.

‘Untuk si gadis comel bernama Rara’

‘Selamat kembali ke rumah. Kami menunggu kepulangan Rara. Segala kerja menghias bilik ini adalah idea kami berdua. Bunga itu adalah dari Didi untuk insan tersayang. Potret di dinding adalah hadiah dari Kiki. Semoga Rara suka dengan semua kejutan ini. Sayang, Didi & Kiki.’

Bersama-sama kad tersebut turut dilampirkan gambar Didi dan Kiki. Tangan Rara terketar-ketar ketika memegang gambar tersebut. Foto mesra itu begitu menyesakkan dadanya. Foto Didi dan Kiki berpelukan mesra! Inikah jawapan kepada persoalan mengapa sejak kebelakangan ini Didi begitu dingin dengannya? Mungkinkah kerana ini Mak Cik Khalidah terus balik tanpa mahu berbual lama-lama dengannya? Mungkinkah abah juga menyimpan rahsia yang serupa? Dia mesti mencari kebenaran di sebalik semua itu!!

***

Rara berulang kali menghubungi telefon bimbit Adam Bahrain tetapi panggilannya masuk ke peti suara. Entah berapa banyak panggilan yang dia buat hinggakan kerana terlalu letih dia tertidur. Rara tidur dengan mata yang basah. Rara tertidur setelah penat menangis.

Pada keesokan pagi sebaik bangun tidur Rara melihat telefon bimbitnya. Terdapat berbelas panggilan tidak berjawab. Semuanya daripada Adam Bahrain. Mungkin lelaki itu menelefon ketika dia sedang pulas tidur kerana kepenatan. Apakah Adam risaukannya? Apakah Adam ambil berat terhadap dirinya sedangkan Didi yang ada di depan mata entah ke mana hilangnya. Tiada satu pun panggilan telefon yang masuk singgah di telefonnya daripada Didi. Apakah Didi terlalu sibuk dengan pekerjaan barunya atau Didi sengaja melarikan diri? Fikirannya buntu memikirkan semua itu.

Sebaik Rara keluar dari bilik air, telefonnya berdering-dering. Dia bergegas menekan punat hijau takut terputus pula panggilan kali ini jika terlalu lambat mengangkatnya.

“Kau okey tak?”
“Aku risau bila dengar suara kau dalam telefon semalam.”
“Maaf sebab aku tak perasan ada miss call sebab aku berada di tempat yang tak boleh akses telefon. Tempat larangan.”
“Aku risaukan kau, Rara.”

Tiba-tiba Adam berhenti bercakap. Bukannya dia jadi hilang idea atau tiada apa-apa untuk diperkatakan. Dia gagal mengawal emosi sendiri bila yang menyambut panggilannya adalah tangisan Rara di hujung sana.

“Rara!”
“Rara!”
“Do you hear me?”
“Apa dah jadi pada kau ni? Sebelum balik Malaysia kau okey aje hari itu.”

Dengan nada teresak-esak, Rara membalas juga pertanyaan dari Adam itu. “Dia tak datang jumpa aku pun. Aku tunggu dari semalam, dia pun tak call. Kenapa dia buat aku macam ini, Adam?”

“Kau tak cuba telefon dia?”

“Ada. Tapi dia tak angkat. Dia dengan perempuan tu…”

Rara tidak sanggup meneruskan. Hatinya bagai dirobek seribu. Dia mahu menolak mentah-mentah segala tanggapan terhadap Didi. Jika Didi masih sayangkannya, pasti lelaki merangkap rakan karibnya itu akan datang semula. Jika antara mereka ada chemistry, jodoh akan datang kemudian. Itu dia pasti.

“Kenapa dengan perempuan itu?”

“Tak ada apa-apa.” Rara menoktahkan bicara tentang Didi.

“Kau nak aku datang sana tak? Kalau nak aku boleh balik esok.”

“No! No! Aku tak nak menyusahkan kau, Adam.”

“Sure kau tak perlukan aku kat sisi kau saat ni?” suara Adam mengandungi nada merajuk.

“Sure!! I can handle myself, Adam.”

“Aku tak yakin dengan kau, Rara. Aku rasa sekarang ni pun kau tengah hujan sampai banjir, kan.”

“Kau ni! Aku tengah susah hati kau boleh kutuk-kutuk pulak!”

“Bukan kutuklah. Aku nak bagi kau ceria sikit.”

“Banyaklah ceria kau!”

Di hujung talian Adam ketawa besar mendengar suara rajuk Rara. Cukup dengan mendengar suara gadis itu, itu sudah membuatnya lega. Paling penting, gadis itu membawa keceriaan ke dalam hidupnya.

“Adam Bahrain…”

“Ya…”

“Kau rasa aku ada chance lagi ke dengan dia? Dia akan balik kepada aku tak?”

“Aku tak tahu. Kau cubalah sedaya upaya kau. Aku hanya mampu sokong kau dari belakang. Kalau kau ada apa-apa masalah, cari aje aku. I’ll always be there for you.”

“Kau memang kawan aku yang best. Kau tahu macam mana nak solve masalah aku, kau tahu apa perasaan aku pada Didi. Itu yang penting. Tak semua kawan yang aku ada, baik hati macam kau. Aku harap kau akan selalu ada di waktu aku memerlukan.”

“Kau puji melangit ni sebab saja nak bodek aku. Aku tahu.”

“Aku ikhlaslah, beb!”

“Woi! Aku Adam, bukannya beb!”

“Suka hati mulut aku nak panggil kau apa. Kau tak boleh marah.”

“Aku tahu siapa aku, Rara.”

“Apa maksud kau ni!”

“Maksud aku…aku ni jauh. Tak boleh nak belasah kau! Tengok nanti aku balik Malaysia, siap kau!”

“Tak takut pun!” Rara ketawa mengekeh.

Usai perbualan dengan Adam Bahrain, Rara termangu seketika. Apa sebenarnya yang wujud di dalam hati ini? Setiap kali berbual atau berbicara dengan Adam, fikirannya berasa lapang. Adam sangat memahami. Adam juga sudi mendengar rintihannya, kisah suka dukanya bersama Didi dan yang uniknya, Adam selalu muncul tatkala dia amat memerlukan seseorang sebagai dahan berpaut.

Munculnya Adam yang sebentar tadi dapat melupakan sebentar ingatan Rara terhadap Didi. Entah bila Didi berani berterus terang dengannya. Hanya masa yang akan menentukan.

Baharom menyambut kepulangan Rara dengan perasaan yang amat gembira. Kalau boleh, selepas ini dia tidak mahu Rara berpisah jauh darinya. Kal...
Unknown Jan 27, 2011
Oh! MyKarya!

“Apa?? Gila?”

“Bukan gila lah mak, sakit mental aje!”

“Samalah tu. Gila ngan sakit mental kan adik beradik.”

“Mak ni kolot! Sakit mental tak berjangkit, mak. Bukan macam HIV ke Aids ke…”

“Tak ada orang lain yang kau nak jadikan suami lagi? Kalau ikut saham kau…patutnya kau boleh dapat yang lagi elok. Bukannya budak tu yang ada keturunan gila. Tak mau aku!!”

Itu kata muktamad emak kepadaku. Salah aku juga yang gatal mulut canang yang mama Mr CEO dimasukkan ke wad untuk rawatan pesakit mental. Terus aje emak membebel tak berhenti macam murai tercabut ekor. Itu belum lagi aku kena leter dengan abah. Abah dengan emak dua kali lima saja. Macam pakat pulak mahu menjatuhkan maruahku.

“Kalau mak ngan abah tak nak kahwinkan Fina dengan abang Izz, Fina nak kahwin lari. Fina tak kisah. Emak dan abah nak marah macam mana pun, Fina tak kisah!!”

Aku yang lembut orangnya mula menjalankan strategi. Aku mula guna cara ugutan. Sebenarnya acah aje tu, mana aku ada berani nak buat benda karut marut tu. Aku sesaja nak tengok suhu kemarahan dan halangan dia orang. Apakah mereka akan turuti kehendakku yang mengalahkan kanak-kanak tadika. Padahal bak kata abang long, aku dah layak benor jadi mak orang.

***
Aku perang dingin dengan abah dan emak. Aku mogok lapar. Hari kedua hidupku tanpa menjamah nasi. Aku ratah lauk aje. Bukan kerana berdiet tetapi dek protes dengan emak dan abah yang langsung tidak mahu mendengar penjelasanku tentang sakit mental. Yang brutalnya emak boleh antar SMS ‘time’ nak suruh aku makan. Macamlah aku ni berada di seberang lautan. Emak pun tak kurang hebatnya seperti aku. Lakonan emak memang menjadi. Namun aku tahu, emak hanya marah-marah sayang!

***


Aku duduk bersendirian di atas bangku. Perhentian bas inilah tempat bermulanya hidup kacau bilauku di samping Mr CEO. Dari gadis comot, pelajar hingusan, remaja yang dikecewakan, perlahan-lahan bertukar dan naik taraf setanding gadis-gadis manis di luar sana. Revolusi diri berlaku tanpa aku sedari. Aku semakin matang dalam segenap segi. Huh!! Sesi angkat bakul lagi…

Aku berkeluh kesah. Siapalah hidupku tanpa Mr CEO. Dia antara kejadian terhebat yang pernah ALLAH turunkan kepadaku. Kesabaran, kematangan, keunggulan…he…he…semuanya yang baik-baik ada pada dirinya. Yang tak baiknya?? Ada juga. Dia tak kuat cemburu. Dia langsung tidak cemburu. Huh!! Tak sayang kat aku ke? Dia susah nak tunjukkan yang dia tak sukakan sesuatu. Dapat pulak tunangan yang agak ‘poyo’. ? Nasib kaulah Mr CEO…

“Kenapa mengeluh?”

“Entahlah.”

“Macam ada masalah besar aje…”

Eh!! Siapa pulak yang aku layan ni? Pakai tibai aje, aku pun toleh…

“Abang…”

“Buat apa duduk sorang-sorang kat sini?”

Aku mengeluh untuk kesekian kalinya. Aku ingin mengimbas kenangan lampau. Ingatan terhadap nasibku yang berubah selepas bertemu dengan lelaki yang aku panggil Mr CEO ini. Tika sedih ini datang bertamu, aku ingin melupakan masa depanku yang kelihatan malap. Kalau orang lain mahu berlari ke depan, aku pula mahu mengundur ke belakang.

“Kenapa abang tegur Fina malam tu? Tak takut salah orang ataupun hantu ke…”

Mr CEO ikut duduk di sebelah sambil matanya ditala ke depan. Satu renungan yang cukup jauh bagiku. Cukup menggambarkan perasaannya saat ini. Sama sepertiku, bercelaru.

“Dah takdir agaknya…”

“Takdir perjalanan hidup kita adakalanya kita tak menyangkanya, kan…dulu kita happy, tapi kini sad…”

“Agaknya Tuhan mahu hubungan ini berakhir. Cerita cinta kita memang sedap didengar, manis dipandang…tetapi jadi sad ending pulak.”

“Psst! Jangan cakap macam tu. Kita jumpa emak dan abah, kita terangkan rancangan kita.”

“Abang yakin dia orang akan membantah. Pasal benda ni bukan semua orang boleh terima. Abang faham. Mama bukan minta dijadikan begitu. Mama pun tak tahu dirinya macam itu. Terlalu banyak tekanan….”

“Takkan abang nak menyerah aje. Itu bukan sikap abang yang sebenar.”
“Fina nak abang buat apa lagi? Seribu satu cara kita dah lakukan, tetapi hasilnya masih negatif juga. Kita tidak bernasib baik, Fina. Mungkin kita belum cukup berkorban…”

“Apa maksud abang? Apa lagi yang perlu kita lakukan?”

“Reverse psychology…kita mengalah. Kita berpisah. Tapi bukan untuk putus, tetapi untuk sedarkan dia orang yang kita sebenarnya tidak boleh dipisahkan.”

“Abang cakap berbelit-belit. Fina tak faham.”

Aku mulai sedih. Berpisah? Maknanya tidak berjumpa? Ertinya aku ditinggalkan kerana halangan keluarga? Kerana mama Mr CEO sakit jiwa. Tak adil!!! Aku sekadar menjerit dalam hati.

Sungguh! Aku tak mahu dengar! Tentang perpisahan, tentang sad ending, tentang patah hati…aku mahu semuanya macam dalam cerita dongeng. Manis-manis belaka! Akulah sang puteri yang malam tidurnya bermimpikan putera yang kacak dan apabila tersedar, aku tak mahu puteraku bertukar menjadi katak!

Aku pejamkan mata. Kut kut aku sedang bermimpi. Lalu mata ku buka. Aku toleh ke sebelah. Hah! Tiada Mr CEO. Sah lah aku sedang berimaginasi. Perhentian bas ini begitu hening rasanya. Aku rasa tersendiri di dalam keramaian. Aku rasa amat tersisih. Airmataku menitik satu persatu. Benarlah perbualan sebentar tadi hanya berada di dalam khayalanku. Aku sendiri di sini. Tiada Mr CEO. Tiada Encik Izz. Tiada sidia yang penyabar itu.

Mr CEO…adakah hubungan ini berakhir dengan kesedihan? Adakah cintaku mati ditengah jalan?

“Kita bawa haluan masing-masing. Semoga takdir bahagia milik kita satu hari nanti.” Bagai terngiang-ngiang kata terakhir yang terlafaz dari bibir Mr CEO.

Seminggu selepas itu aku pengsan kerana terlalu banyak menangis. Tiga hari aku ditahan di wad kerana kurang air. Selepas keluar dari hospital, aku terus bawa diri, memohon belajar di Austraila. Aku tinggalkan rasa rajukku dibahu keluargaku. Pujuklah aku kembali kalau kalian mampu!!

***
Seseorang menepuk bahuku. Punggungnya dilabuhkan di sisi. Dia menghulurkan secawan Expresso panas. Harumnya begitu menggoda rongga hidungku. Satu tegukan begitu menyegarkan jiwa yang sedang resah. Kerinduan yang tiada arahnya…inilah perasaanku saat ini.

“Kau temenung lagi!”

“Mana kau tahu.”

“Aku perhati kau dari jauh tadi.”

Aku mengeluh.

“Sudahlah Fina. Yang lepas tu lepas. Pandang ke depan. Jangan jadikan kisah sedih semalam sebagai penghalang untuk kau maju dan berjaya. Bukan rezeki kau nak berkahwin dengan Mr CEO. Mana tahu rezeki kau dengan pemilik syarikat pulak. Lepaskanlah dia dari hati kau…”

Aku tersenyum pahit. Pemilik syarikat! Owner of the company! Ada ke mat saleh yang berkenan kat aku di bumi asing ni? Mustahil!

****



“Fina. Good news!”

“Apa dia?”

“Kita dah ada client.”

“Ya? Sure?”

“Yup!!” Muka Seri bercahaya.

“Apa dia nak? I mean…what type of deals?”

“Pelik sikit. Dia orang nak minta kita buat research.”

“Research ke benda? Sendiri punya research pun tak gerak lagi, nak buatkan orang punya. Company pulak tu. Deals back off la Seri. Tak sanggup.”

Sebenarnya sudah hampir tiga bulan aku dan Seri merantau di bumi Australia ini demi melangsaikan hutang kami kepada masa depan yang digelar ilmu pengetahuan. Aku dan Seri mengambil Master dalam bidang human resource development. Lebih kurang kami nak jadi consultant bila dah habis studi. Seri dok mengangkut Adam sekali, ya lah…Adam kan suami Mithali seperti aku kata dulu. Ke hujung dunia pun Seri pergi, Adam tak pernah tinggal.

Mengapa Australia? Mengapa buat masters di luar negara? Semuanya gara-gara Cik Fina yang degil ni dah patah hati. Aku terpaksa melupakan semuanya, melupakan Mr CEO dan dalam masa sama berdoa agar Mr CEO ada juga di bumi Kangaroo ini. Logik kah? Harapkan benda yang terasa mengarut pula.

“Why??? Takkan belum berjuang dah ngaku kalah.”

“Tak cukup masa.”

“Kita cuba dulu.”

“Cuba kata kau? Duit orang kau nak cuba-cuba? Tak nak aku.”

“Muai siot! Dia boleh bagi upfront 50%. Tak nak ke? Kita nak mula hidup kat tempat orang kenalah beralah sikit. Curi-curi masa sikit…boleh ya?”

“Masa yang 24 jam pun tak cukup Seri, oiii…”

Seri merapatkan jarinya. Aku tahu dia tak gembira dengan perangai degilku. Tapi takkan aku nak ‘bunuh diri’ dengan research yang entah amendanya nanti.

“Mana dia dapat maklumat tentang company kita? Dua bulan pun belum ada…” Aku mencerlung memandang Seri. Sambil tu buat muka kesian dengannya. Seri senyum sedikit.

“Senior student tolong promotekan.”

“Chinese Malaysia??”

Seri geleng.

“Dah tu? Mat saleh?” Aku pakai agak je.

Seri mengangguk laju macam burung belatuk. Dalam anggukannya itu macam ada satu rasa yang aku juga dapat rasainya. Rasa cuak! Seri kalau bersalah aje akan rasa macam itu. Tapi kenapa dia mesti rasa bersalah? Ini mesti ‘something wrong somewhere’!

“Apa yang kau sorokkan dari aku.”

“Kau agak?” Dia tanya aku balik.

“Ini yang aku benci. Kau jawablah sendiri.”

Aku menghabiskan sisa Expresso. Aku tak mahu berlama-lama di luar begitu. Udara sejuk bulan Disember di bumi Kangaroo ini menyakitkan tubuhku sampai ke tulang hitam. Baju sejuk labuh separas lutut yang tersarung ditubuhku seakan tidak membantu langsung.

“Weh! Kau nak ke mana?”

“Balik.”

“Mana??”

“Office.”

Seri berlari anak mengejarku. Aku tahu discussion kami separuh jalan tadi. Belum selesai. Tapi aku dah muktamadkan. Cancel the deals!!

***

“What?!”

“Ya! Aku tak tipu. Dia ada kat sini.”

“Buat apa?”

Seri menunjukkan kontrak research yang kami dapat.

“Dia ikut aku ke sini?”

“Bukan. Dia memang ada business kat sini. Kau yang ikut dia ke sini.”

Ohhh! Aku speechless. Ada juga mat saleh di bumi asing ini yang menyedari ‘talentku’. Ada juga manusia sebaik dan semulia Mr CEO yang selalu menyelamatkan aku dari kegelapan. Dalam aku kesusahan mencari sumber tajaan studiku, ada tangan yang sudi membantu. Dialah satu-satunya Mr CEO di hati!!

“Kau tak nak jumpa dia?”

“Siapa yang tak nak. Kat sini tak ada siapa yang nak halang hubungan kami. Emak aku kata, selagi aku masih di bumi Malaysia, jangan harap dia akan restui hubungan kami. Nasib baik dapat ilham nak ke sini, kan. Aku bebas buat keputusan aku sendiri.”

“Huh!! Masa aku ajak dulu bukan main alasan kau. La ni siapa yang pandai, tengoklah orang…” Seri masuk bakul angkat sendiri.

“Jangan-jangan…” aku mengenyitkan mata memandang Seri yang gelisah.

“Apa?”

“Kau pakat dengan dia kut.”

“Tak kuasa aku. Banyak lagi kerja lain.”

“Kau bukan boleh dipercayai!” Aku mencubit lengan Seri. Seri menjerit perlahan.

“Apa kau kata?”

“Suka hati aku lah. Mulut aku.”
“Lain kali mulut pasang insurans. Cakap lebih sikit aku boleh claim. Cepat sikit aku kaya!!”

“Tengok nanti siapa yang kaya dulu!”

“Kau ada Mr CEO bolehlah!”

“Aku kan director…cik director!! He…he…, kau lupa atau buat-buat lupa?”

Seri menunjukkan muka sakit hati.

“Masih valid ke?”

“As long as aku masih bergelar tunangan Mr CEO! ”

“Muka tak malu, sendiri yang lari kata masih tunang orang.” Seri mencebik.

“Dalam cinta mana ada istilah malu puan Seri. Yang penting aku suka dia ada kat sini. Kat mana aku nak jumpa dia, ek?”

Seri hanya tersenyum senyum macam kerang busuk. Aku tahu Seri sedang mempermainkan aku. Aku tahu Seri sedang mengatur strategi untuk menyakatku. Buatlah apa saja Seri. Asalkan aku boleh bertemu dengan Mr CEOku. Agar aku dapat menamatkan segala rasa sedih ini.

Sekali lagi aku menunjukkan muka kasihan.

“Kalau kau masih yakin dengan cinta kau tu, kau kira sampai lima rasa-rasa dia muncul tak?”

“Merepek!”

“Aku cabar.”

“Jangan main-main Seri. Cepat cakap. Aku boleh jumpa dia kat mana?”

“Sahut cabaran aku. Kau kan suka dicabar.”

“Nonsense!!”

“It possible if you believe with your love…if not, sorry…”

Pulak dah! Apa kes ni? Cabar mencabar? Aisey men…aku memang pantang…

Akhirnya aku layankan juga perangai gedik Seri yang tetiba menaikkan darah mudaku. Buka rugi apa pun, kalau dia muncul selepas aku kira sampai lima, itu kira I’m very lucky!! Heh!! Buang tebiat betul.

“I’m here.”

Satu suara menegurku. Aku buat ‘derk’ aje.

“Tak caya dengan apa yang kau dengar?” Seri mengejek.

“Mimpi mainan di siang hari…” aku bersahaja.

“You’re very lucky Cik Fina.”

Aku merenung Seri dan Seri membalasnya dengan renungan juga. Apa citer ni?

“Dia ada kat sini ke?” aku mula serius. Aku rasa debarannya. Entah mengapa. Debaran ini macam ketika aku berdekatan dengan Mr CEO. Dan bagi menambah keyakinanku, pewangi Dunhill yang tetiba menusuk aroma hidungku. Apakah dia sedang berdiri di belakangku? Apakah dia telah ada di sisiku?

Aku memusingkan tubuhku. What the…again, I’m speechless!! Airmata jernih turun di pipi tanpa dipaksa. Aku relieve apabila memandangnya. Dia sihat. Dia nampak sedikit kurus. Dia ada misai, mungkin menyimpan misai. Tapi aku tak suka! Yang lain tak apa. Dalam sibuk menangis sempat pula aku menganalisa dirinya.

“Don’t cry my dear…”

Lagi aku menangis tanpa rasa malu di hadapannya.

“Indeed you’re very lucky for having me…”

Aku berterusan memukul tubuhnya dengan gaya mengada-ngada. Entah mengapa. Mungkin aku mahukan kebenaran. Mana tahu aku hanya berkhayal….

“Sudahlah tu, simpan airmata tu untuk hari bahagia kau nanti. Aku takut dah kering kontang kena pula guna air mata air…” Teguran Seri bernada gembira.

“Abang dengar semuanya tadi?”

Mr CEO mengangguk.

“Yang mana satu abang tak dengar?” Aku malu sendiri. Bukankah tadi aku mengaku masih tunangannya sedangkan aku yang tinggalkan dia kerana halangan orang tuaku. Entah apa dia kata nanti.
“Semuanya abang dengar. Tapi…abang rasa kita patut tamatkan pertunangan kita, Fina. Abang tak sanggup lagi. Abang tak sanggup kita berterusan macam ini.”

Aku rasa tidak percaya dengan pengakuannya. Setelah sejauh ini kami dipertemukan, dia tiba-tiba sahaja mahu menamatkan pertunangan kami. Argh!! Apa lagi dugaan yang datang ini, tolonglah aku YA ALLAH!

“Kita kahwin. Abang nak Fina jadi isteri abang, ibu kepada anak-anak kita.”

Ohh!! Aku nak!!! Tapi jeritan ini aku simpan dalam hati. Ingatkan apa tadi. Seri senyum simpul melihatkan raut kebahagiaan yang terpancar diwajahku.

“Fina nak resign jadi director.”

“Tak boleh. Sampai bila-bila pun Fina tetap director dalam hidup abang…tanpa Fina abang hilang arah…please don’t leave me like that again Fina.”

Bumi Kangaroo yang sejuk menjadi hangat dengan pertemuan ini. Dalam hati aku berdoa, dalam hati aku memohon, emak, abah…izinkan aku berbahagia! Restuilah kami!!

“Apa?? Gila?” “Bukan gila lah mak, sakit mental aje!” “Samalah tu. Gila ngan sakit mental kan adik beradik.” “Mak ni kolot! Sakit mental ...
Unknown Jan 14, 2011
Oh! MyKarya!

Untuk memeriahkan kedatangan Tahun Baru 2011, pihak MYKARYA.COM dengan ini mempelawa para penulis untuk menghantarkan karya mereka (berbentuk cerpen). Contest ini bertujuan untuk berkongsi cerita suka dan duka diadaptasikan daripada lagu yang mempunyai kenangan tersendiri dalam diri pembaca.
Adalah dimaklumkan bahawa contest/peraduan ini adalah hanya untuk hiburan santai semata-mata dan juga berkongsi maklumat sesama blogger diluar sana.

PERATURAN:

*TERBUKA KEPADA SEMUA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA

* PENULISAN DALAM BAHASA MALAYSIA
MAKLUMAT LANJUT :

TEMPAT PERTAMA : RM100
TEMPAT KEDUA : RM 75
TEMPAT KETIGA : RM 50
SAGUHATI : Sebuah Novel (X 5 orang)

HADIAH KHAS:

CERPEN FAVORITE: RM100 (Pilihan Pembaca Blog)

*SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1. Setiap penyertaan adalah menjadi hak milik MYKARYA.COM dan pihak kami berhak menyunting, menerbit dan mencetak bahan tersebut.
2. Setiap tajuk penyertaan adalah bebas tetapi hendaklah berdasarkan tema yang berkaitan dengan sesebuah lagu.
3. Panjang maksima cerpen adalah 3000 patah perkataan.
4. Cerpen hendaklah karangan asli dan tidak pernah diterbitkan dalam mana-mana penerbitan.
5. Setiap penyertaan hendaklah menggunakan font jenis Arial bersaiz 12 dan bertaip selang 2 baris .
6. Penulis dinasihatkan menggunakan tatabahasa yang betul dan ejaan yang sempurna (tidak menggunakan 'short form').

7. Penilaian hasil tulisan akan berdasarkan kriteria pihak MYKARYA.COM sendiri dan keputusan adalah muktamad.

BERSAMA-SAMA MEMARTABATKAN BAHASA KITA!

Setiap Penyertaan hendaklah dihantar ke alamat email berikut:

1) adminkarya@gmail.com

2) nora.azam@gmail.com

Setiap karya hendaklah menyertakan nama sebenar dan nama samaran (jika mahu), no telefon untuk dihubungi, alamat e-mel, dan tajuk karya yang dihantar berserta tajuk lagu yang menjadi pilihan.

TARIKH TUTUP PENYERTAAN:

14 FEBRUARI 2011

------------------------------------------------------------------------------------------------

Nama Pemenang & Karya:

TAHNIAH!!

1) Jahat ~ Nura Azata

2) Cinta Arjuna ~ Nurul Hanimia

3) Masih Bersamamu ~ Haliban

4) Si Dia ~ Eiyma

Untuk memeriahkan kedatangan Tahun Baru 2011, pihak MYKARYA.COM dengan ini mempelawa para penulis untuk menghantarkan karya mereka (berbe...
Unknown Jan 4, 2011
Oh! MyKarya!

Maaf Di hulur...

Kepada pengunjung/blogwalking disini,

Kita nak inform yang blog Aynora Journey's telah ditutup mulai 23/12/2010. Tak de sesape yang paksa atau kerana apa, tapi sebab ada bahagian tertentu dalam blog yang tak boleh berfungsi. Itu aje sebabnya.

Kalau ada sesiapa yang nak follow this 'humble' blog, boleh ikut/follow kat sini. Kita tak janji apa2 yang pelik-pelik, tapi cukuplah maintain the quality. Betul tak?

Untuk korang yang budiman,

Kita ada buat sikit homework dari google & dapat this nice quotes:




"Writing a novel is like driving a car at night. You can see only as far as your headlights, but you can make the whole trip that way."



Yang ini kita paling suka. Betul kan?? Menulis ni selalunya buat kita tak nampak lagi jalan akhirnya hinggalah kita dah nak sampai ke penghujung. Walau sebenarnya masa menulis tu, kita ikuti jalan tersebut...kita hayatinya...

"Read a lot, finding out what kind of writing turns you on, in order to develop a criterion for your own writing. And then trust it—and yourself."
Rosemary Daniell

"If you would be a writer, first be a reader. Only through the assimilation of ideas, thoughts and philosophies can one begin to focus his own ideas, thoughts and philosophies."
Allan W. Eckert

"Start early and work hard. A writer's apprenticeship usually involves writing a million words (which are then discarded) before he's almost ready to begin. That takes a while."
David Eddings


"Read, read, read. Read everything—trash, classics, good and bad, and see how they do it. Just like a carpenter who works as an apprentice and studies the most. Read! You'll absorb it. Then write. If it is good, you'll find out. If it's not, throw it out the window."
William Faulkner

Kata Kita: Yang baik memanglah baik, so kena ikut loh...

Maaf Di hulur... Kepada pengunjung/blogwalking disini, Kita nak inform yang blog Aynora Journey's telah ditutup mulai 23/12/2010. Tak...
Unknown Dec 23, 2010
Oh! MyKarya!



Tini mendepangkan tangan justeru keletihan menghadap komputer seharian. Beberapa minit lalu dia menghabiskan ayat terakhir untuk puisinya. Puisi yang dilakar pabila fikiran berserabut. Setelah mengemaskan alat-alat tulis yang berselerakan di atas meja, Tini segera mencapai kunci kereta wiranya. Pukul 5 petang begini biasanya jalan mula jammed dan pergerakan menjadi begitu lambat. Dia harus segera sampai ke Taska RC Junior untuk mengambil buah hatinya yang seorang itu. Walau Kissy baru berusia 3 tahun, tetapi kepetahan anak kecil itu kadang kala merimaskan Tini untuk melayaninya.

Lampu di traffic light bertukar merah. Tini mendengus. Huh! Pasti lambat lagi. Semalam dia tertidur lalu terlewat mengambil Kissy dari taskanya. Pekerjaan sambilan ini memang dia tidak gemar, tetapi apa nak buat. Sudah takdirnya terpaksa menjadi orang gaji selama dua minggu kerana ibu bapa Kissy mengerjakan umrah di Tanah Suci.

"Mami Tini, lambat...?" tak tahu samada itu pertanyaan atau pernyataan dari mulut kecil Kissy.

"Maaf sayang! Jalan jammed." Tini mendukung Kissy dan menyangkutkan beg sikecil di bahu kanannya.

"Ada orang marah ke kalau ambil lambat?" Tini berkata berbisik.

"Tak! Teacher cuma tanya..." jawab kissy selamba.

Tanpa disengajakan Tini terpijak sepasang kaki yang baru memasuki pintu pagar taska. Kasut lelaki! Tini memandang sekilas. Kelihatan lelaki itu mengerutkan dahi. Cepat-cepat Tini mengangkat kakinya dan bergegas menuju ke kereta yang di letakkan di seberang jalan. Malunya...

Insiden terpijak kaki lelaki tidak dikenali siang tadi meninggalkan satu perasaan aneh di sanubari Tini. Satu perasaan yang sukar digambarkan oleh sekuntum bunga atau seperti kenyang apabila makan, contohnya. Ah! Tak mengapalah, esok lusa hilanglah rasa itu. Detiknya.

Takdir Tuhan tidak siapa menduga apabila malamnya di Jusco menemukan Tini dengan lelaki tidak dikenali itu lagi. Tini sedang membelek sebuah buku pengurusan untuk tujuan bahan studinya apabila sepasang tangan turut mengambil buku di rak yang sama.

"Nak beli buku ke baca buku..?" satu soalan terasa begitu dekat singgah di telinga Tini.

Siapa pulak ni!

"Tengok dulu..." Tini menjawab dahulu kemudian mencari rupa empunya suara.
Orang tidak dikenali ini? Buat apa kat sini? Nak pijak kaki aku pulak ke? Pelbagai soalan menerjah diri Tini.

Tini tersenyum pahit, sekelat pisang mentah yang tidak sengaja termakan semasa di kampung dahulu.

"Saya Hairi. Salam perkenalan." Salam bersambut.

"Minta maaf siang tadi tu. Saya nak cepat. Anak saya tak suka dijemput lambat..." Tini berbasa basi tanpa sengaja tersalah sebut Kissy sebagai anaknya.

Ada perubahan pada wajah Hairi tetapi disembunyikan. Setelah beberapa minit bertukar cerita kosong, Tini segera minta diri. Dia perlu pergi secepat mungkin bagi mengelakkan fikiran dan perasaannya bertambah gemuruh. Entah apa lagi yang tersalah cakap nanti. Tini tidak mahu itu terjadi.

"Nama you..."

"Tini. Assalamualaikum..."

"Ini nombor saya. Wa'alaikumussalam." jawab Hairi perlahan sambil menyerahkan nombor telefon yang di tulis di atas saputangan birunya.

Tini serba salah untuk mengambil saputangan itu, tetapi demi menjaga air muka Hairi kepada orang yang lalu lalang di dalam MPH itu, dia menerima juga dengan terpaksa.

********

Beberapa minggu kebelakangan Tini sibuk menguruskan kemasukan pelancong dari Singapura dan Jerman yang menggunakan ajensinya. South View Holidays sentiasa mengutamakan pelanggan yang berurusan dengan mereka. Sudah hampir sebulan dia tidak berpeluang bertemu dengan anak buahnya si Kissy setelah diambil semula oleh kakakknya.

Entah apa khabarnya si kecil itu. Tini berkira-kira untuk singgah di rumah kakaknya petang nanti dan segera menyiapkan sedikit kerja yang tertangguh. Dalam perjalanan ke rumah kakaknya, Tini singgah di sebuah pasaraya membeli sedikit buah tangan untuk si Kissy.Apabila jam telah merangkak ke angka enam, barulah Tini sampai di rumah kakaknya.

"Dari tempat kerja ke?" sapa Tina kepada adik perempuannya itu.

"Ha ah! Singgah kat Jusco sekejap beli epal dan anggur untuk Kissy. Mana dia?" mata Tini melilau di sekitar ruang tamu rumah teres 4 bilik itu.

"Ikut abang Zakri ambik kawan dia kat airport. Baru je keluar tadi. Tak jumpa kat simpang tu." jawab Tina.

"Tak de pulak. Saya kalau drive mana tengok kiri kanan kak! Main redah je..." sampuk Tini ketawa.

"Ya lah tu. Sebab tu sampai sekarang kau masih solo. Tak tengok mana-mana lelaki yang berkenan. Asyik kerja! kerja! kerja!" bebel Tina pada adiknya itu.

"Apa lagi nak buat. Tak de orang nak kat Tini."

"Bukan tak ada, Tini yang menolak mentah-mentah mereka semua kan..." Tina masih bersoal jawab dengan Tini.

Tini malas hendak menyambung perbualan tersebut dan terus masuk ke bilik tetamu untuk membasahkan diri sebelum Maghrib beransur tiba. Setelah usai solat dan berehat seketika, Tini keluar menuju ke dapur untuk membantu Tina menyediakan hidangan malam.

"Wow! What a surprise. Siapa nak makan lauk pauk banyak macam ni..." terjah Tini menyebabkan Tina terkejut.

"Kau ni kan...terkejut akak! Dah lah cepat. Tolong angkat nasi kat dapur tu. Kawan abang Zakry nak tumpang tidur kat sini. Tu yang ambik kat airport. Sekejap lagi sampai la dia orang." jawab Tina lancar.

Tentu kawan abang zakri lelaki, takkan dia nak ajak kawan perempuannya tumpang tidur kat sini. Tini berilusi sendiri.

***********

Kedatangan yang tidak diundang. Pertemuan demi pertemuan yang tidak dirancang. Apakah yang ingin Allah tunjukkan kepadaku? Apakah hikmah dan rahmat yang tersembunyi. Aku tidak tahu. Sehingga kau lorongkan kaki lelaki itu ke jalanku. Ya Allah... Tini terkesima. Terkedu tidak terkata-kata apabila kawan lelaki abang iparnya adalah Hairi. Peristiwa berbulan lepas terpancar diruang minda, lelaki yang tidak dikenali, yang telah dipijak kakinya oleh Tini.

"Jadi, Tinilah orang yang kau ceritakan pada aku tu Ri.." abang Zakri pecah tawanya bila mengetahui kami telah berkenalan terlebih awal.

Hairi dengan penuh hemah mengangguk. Merenungi Tini yang duduk tidak jauh darinya. Dan memang dia sengaja berbuat begitu. Setelah berbulan hatinya rawan mencari-cari si gadis. Rupa-rupanya dia adalah adik ipar kawan baiknya sendiri. Biar Tini gelisah dengan renungan matanya, biar gementar tutur katanya, tetapi untuk menolak dari memandang gadis itu jauh sekali. Pertemuan ini meleraikan rindu, walau nanti dia tahu keputusannya. Walau ditolak rindu ini jauh ke gaung benci, dia tetap akan merindu.

Berbual-bual dengan Hairi di halaman rumah, berbasa-basi menghabiskan waktu malam sebelum mengantuk mengundang, menyebabkan perasaan gemuruh dan seribu lagi perasaan yang bercampur baur menghuni diri Tini.

"I believe that I had been fallen to you...Tini. I can't say much, but my heart always bergetar bila teringatkan you..." orang dewasa selayaknya berterus terang.

Tini tersenyum kelat dalam gelap. Hanya lampu jalan yang menerangi persekitaran mereka. Kakak dan abang iparnya masih menonton tv di dalam dan membiarkan pintu terbuka.

"Berbulan I cari you, at last... Allah temukan dengan you kat sini. You sebenarnya dekat tetapi keadaan yang menjarakkan kita. Do you feel the same?" Hairi bertanya untuk kesekian kalinya.

Tini hanya mengangguk. Tiada respon dari ulas bibir nipisnya.

"Esok I dah nak balik. Can you give me an answer now, tonight..."

Tini bungkam. Tak tahu apa yang hendak diperkatakan.

"Hari tu masa jumpa kat taska, apa you buat kat situ..." Tini mengalih topik perbualan mengimbas pertemuan berbulan lepas.

Hairi diam. Lambat memberikan jawapan. Satu keluhan berat dilepaskan. Bersedia untuk bercerita, meluah rasa.

"Sebenarnya I ambil barang-barang tunang I. I mean... dia dah tak ada. Meninggal dalam kemalangan kereta. Dia bekas part time teacher kat situ." Hairi bercerita dengan suaranya yang amat perlahan dan seakan berbisik.

Hairi menyerahkan telefon bimbitnya dan menekan punat 'on' kepada Tini. Di atas skrin terpampang seraut wajah yang amat serupa dengan dirinya. Bila masa dia ambil gambar aku? Gambar aku ke ni? desis Tini kebingungan.

"Itulah gambar arwah, dan you mengingatkan I pada dia...semuanya hampir sempurna sama seperti you, Tini."

Tini menyerahkan telefon itu balik kepada Hairi. Hatinya yang bergetar tadi semakin laju getarannya dek apa yang didengar dari mulut Hairi. Cinta kerana pelanduk dua serupa! Cinta itu datang kerana ada alasan...

"I bukan dia. I tidak boleh jadi dia. I tak mahu you suka I kerana dia. Ini semua mengarut! Kenapa you tak simpan je cerita you tu supaya I tak sakit hati and... I can honestly loving you from the deep of my heart. Now...I have to think back. To hold back my feeling...Sorry!"

Tini terus masuk ke dalam dan menuju ke biliknya. Hairi hanya mengekori dengan langkah yang longlai. Tersilapkah dia kerana berterus terang.

*********

Memang payah melawan hati yang telah jatuh cinta. Biar hebat lakonan dipamerkan, tetapi untuk menidakkan gerak hati dan perasaan paling dalam adalah perkara paling sukar untuk direalitikan. Beginikah sengsaranya berkasih. Hati telah mulai suka, kau khabarkan pula yang aku ini pengganti! Apakah begitu rendah nilai seorang aku yang bernama Tini? Dalam gelap Tini bermonolog dengan diri.

"Beri I peluang, Tini. You bukan gantian tunang I yang dah pergi. I betul-betul jatuh cinta kat you masa pertama kali bertemu. Jangan tanya kenapa terlalu cepat I lupakan arwah, tetapi pecayalah. Rasa ini datang kerana Allah... I bukan main-main. I nak kahwin dengan you." pinta Hairi setelah empat hari kejadian malam itu berlalu.

Selepas balik dari rumah abangnya hari itu, Hairi meneruskan perjalanan ke kampungnya di Bukit Batu, Kulai. Perjalanan dari Skudai ke sana mengambil masa lebih kurang 30 minit. Ketika itu sekali lagi Hairi bertegas untuk memohon pengertian dari Tini. Benar kata kakaknya Tina, Tini tidak pandai menjaga hati orang lain dan ketika itu dibiarkan Hairi pulang tanpa jawapan.

Sebulan berlalu. Tini membelokkan kereta ke blok premisnya di Jalau Enau. South views Holiday tersergam menanti kedatangan pelanggan. Sebagai Pengurus Pemasaran dan Pentadbiran di situ, Tini selalu memastikan perkhidmatan syarikat mereka memuaskan semua pihak.

Tini mencapai beg tangannya di tempat duduk belakang lalu memusing badan untuk keluar dari perut kereta. Tiba-tiba ada sesuatu terjatuh di hujung kakinya.

Sepasang saputangan biru berserta catatan nombor telefon di atasnya! Hairi... serta merta ingatannya berlari ke figura pemuda itu. Lelaki yang kerap bertandang di alam mimpinya dek penangan rindu. Dalam benci, aku merindu. Tetapi, kau tidak tahu. Ah! Hairi... Tini mengeluh lalu melangkah longlai memasuki pejabatnya.

"Cik Tini, ada bungkusan untuk you..." panggil penyambut tetamu yang cantik manis itu.

"Dari siapa?" pertanyaan ringkas dari Tini.

"Tak tahu." jawabnya juga ringkas.

Tini mengambil bungkusan tersebut dan terus melangkah ke dalam biliknya. Dia meletakkan beg tangannya di bucu meja. Bungkusan yang diterima di buka pelahan-lahan dan berhati-hati.Di dalamnya sebuah buku. Tini sudah duduk dikerusinya dan membelek-belek buku tersebut. Sekeping kad terselit di dalamnya.
Perindu setia: Hairi. Matanya tertumpu di penjuru bawah kad comel tersebut. Isi kandungannya belum dibaca. Hatinya berdebar-debar.

"Cik Tini, maafkan I kalau menulis kad pun salah. Maafkan I juga kalau menghantar buku membuatkan hati you gundah. Tetapi bacalah... you akan faham kenapa I tidak boleh menolak perasaan yang hadir ini. Buku ini adalah luahan hati dan jiwa I untuk you yang I hormatkan. Perindu Setia: Hairi Sulaiman."


Tini meletakkan buku yang bertaip itu di atas meja. Tini memandang tajuk buku itu, "KAU BUKAN DIA". Siapa gerangan Hairi Sulaiman ini? Penuliskah? Siap ada buku lagi. Tetapi, tak pernah pulak nampak buku ni di kedai... Atau, dia mengupah rakannya untuk mengaburi mataku; gumam Tini masih berat untuk meneroka isi buku tersebut. Lalu, terbiarlah buku tersebut di sudut meja.

************

Setelah usai solat Isyak Tini mengambil buku "KAU BUKAN DIA" dari dalam tas tangannya dan mula mahu meneroka kandungan buku yang sederhana tebal itu. Sejak pagi apabila menerima buku tersebut, hatinya asyik tertanya-tertanya.

"Cahaya mata mu yang tulus, tidak kau inginkan berlebih-lebihan, tetapi mengamalkan kesederhanaan. Kau wanita pilihan, aura bijaksana mewarnai langkahmu, gadis. Aku terkesima di penjuru sini. Ketika waktu-waktu sedih ini, Kau gambarkan yang menarik untuk ku dekati, Ya Illahi. Ini petanda, jodoh ku kau aturkan seindah rupa dan budi, maka siapalah aku untuk menolak seruMu. Dengan lafaz Ya Rahman Ya Rahim, aku meminta hatimu, Tini.. untuk kesekian kalinya."

Antara kandungan buku tersebut yang masih diingati oleh Tini. Sebuah buku pengabadian perasaan dari seorang lelaki yang berani membuang egonya! Tini berfikiran bahawa Hairi bukan menulis mengenai hakikat cinta manusiawi semata-mata tetapi lebih daripada itu. Cinta mencintai kerana Tuhan.

Semakin dalam perasaan rindu yang bercambah terhadap pemuda itu. Cinta bukan tuntutan nafsu tetapi bak kata Hairi, seru jodohnya denganku: getus Tini sendirian.

Tini menghantar SMS kepada Hairi mengucapkan terimakasih di atas pemberian tersebut, mengkhabarkan bahawa dia telah habis membaca buku dan sedang memikirkan lamaran pemuda itu.

"Terima kasih kerana akhirnya you sudi sms I setelah sekian lama I saja yang berlebih-lebih...tak mengapa kalau you belum ada jawapan. Tetapi kalau boleh jangan sampai bulan Ogos. I takut tak sempat."

Tini membaca sms Hairi. Takut tak sempat. Bulan Ogos! Kenapa pulak. Berlegar-legar persoalan itu dibenak Tini. Tini menjeling kalendar di penjuru meja soleknya. Sekarang bulan Mei, ada tiga bulan lagi sebelum Ogos menjelma.

"Kenapa. Apa yang tak sempat?" tanya Tini pula.

"Tak mengapa. Lain kali I cerita. Boleh bagi jawapan segera tak. Please..." balas sms dari Hairi.

"Tak malu! Mana boleh paksa-paksa." balas sms Tini.

"I tak kisah. I lelaki dewasa. I must gentleman. Whether the answer is yes or maybe not..."

Sedih pula Tini membaca sms terakhir dari Hairi itu. Namun disebalik itu, satu perasaan bahagia menyelinap disegenap ruang hati Tini. Sukar dilukis dengan kata-kata.

Tini tidak perasan ketika dia dan Hairi leka bersms, jam merangkak ke angka 12.15 tengah malam. Patutlah mata terasa berat benar. Tini bergegas ke bilik air dan mengambil wuduk. Dia ingin bersolat Istikharah. Memohon petunjuk kepada Allah tentang lamaran Hairi.

**********

"Alhamdulillah... selesai sudah majlis kita. Penat lelah berminggu-minggu akhirnya berbaloi. Lepas ni, yang berselerak sana sini suruh pengantin baru kemaskan. Ingat raja sehari tak boleh kerja ke..." usik abang zakry kepada kedua mempelai.

Tini membuntangkan mata mendengar usikan abang iparnya. Hairi di sebelah hanya tersengih. Kissy masih bermain-main dengan anak-anak jirannya di laman rumah. Kanak-kanak adalah orang paling gembira apabila tiba musim majlis perkahwinan sebegini.

"Abang Zakry, bukan kita orang tak boleh tolong. Kan lusa dah nak berangkat ke UK. Banyak yang belum disiapkan. Mana nak update message untuk staff kat ofis lagi, nak ambik passport..."luah Tini memohon simpati.

"Siapa suruh lambat sangat buat decision! Orang dah ajak kahwin tu, setuju aje lah. Ini tidak! Main tarik tali pulak..." jawab kakak Tinanya selamba.

"Orang ini lah tak bagi tau yang dia nak ke UK bulan Ogos. Padan muka dia!" juih bibir Tini ke arah Hairi disebelahnya.

"Tak apa. Yang penting sekarang semua dah selesai. Tini pun dah jadi milik saya." Hairi tersenyum lagi. Gembira bukan kepalang hatinya apabila telah berjaya memiliki Tini.

"Ni kira PHD plus honeymoon la.. pakej lengkap." usik Zakry masih tidak mengalah.

"Ala bang... kalau tak pergi sekarang, lain kali chance untuk saya dah habis. Susah nak naik nanti. Lecturer dah ramai sekarang ni. Nasib baik universiti masih bertolak ansur. Sebenarnya last chance saya masa terjumpa Tini kat taska dulu. Tapi saya buat rayuan minta tangguh. Hah! Sekarang kan dapat dua-dua sekali...ha... ha...ha..." Hairi ketawa besar ketika menghabiskan ayatnya.

Tini tersenyum di luar dan di hati. Ternyata Hairi memilihnya bukan kerana pengganti kepada arwah tunang yang telah pergi, tetapi kerana seru jodohnya yang ditentukan oleh Allah. Sekian lama dibiarkan, tidak diendahkan, disakiti hatinya tetapi... Hairi lelaki teguh percaya pada Qada dan Qadar Tuhan. Tini amat bersyukur kerana memang jelas Tini bukan gadis pengganti tetapi wanita terakhir yang beraja di hati.

Tini mendepangkan tangan justeru keletihan menghadap komputer seharian. Beberapa minit lalu dia menghabiskan ayat terakhir untuk puisin...
Unknown Dec 22, 2010
Oh! MyKarya!


Sinopsis:

Lee Jung-Hyun (Go Soo) dan Oh Soo-ah (Lee Da Hae) menjalani hidup normal sebagai pasangan kekasih hinggalah diketahui bahawa Soo-ah sebenarnya adalah puteri Oh Byung-moo, ketua elektronik SR di mana tempat Jung-hyun bekerja. Ketuanya itu tidak mengakui Jung-hyun sebagai tunang Oh Soo-ah. Suatu hari Jung hyun dipanggil ke rumah percutian ketuanya itu. Di situ, Jung-hyun menemui Ketuanya dalam keadaan pengsan. Ketika Jung-hyun cuba untuk membawa ayah Oh Soo-ah keluar dari rumah, tiba-tiba api mula marak dan Jung-hyun tidak dapat berbuat apa-apa.



Jung-hyun kemudian diperangkap dengan cubaan membunuh ketuanya dan memulakan kebakaran. Apabila Jung-hyun dimasukkan ke penjara, ibu Jung-hyun cuba membunuh diri agar anaknya boleh keluar dari penjara selama beberapa hari untuk membuktikan yang dirinya tidak bersalah. Dia dibantu oleh Pengarah Moo Jun Suh, seorang rakan lama kepada ketua. Kerana terdesak, Jung-hyun melompat dari jambatan dan diyakini telah mati. Setelah melarikan diri ke China, dia menjalani rawatan yang baik dan mendapat perhatian dari seorang lelaki Korea bernama Lee Choon-bok, dan membantunya bangun dari pengalaman menyakitkan dan menyelamatkannya dari kemalangan dan penyakit.



Setelah menjadi CEO di sebuah syarikat di China, Jung-hyun kembali ke Korea untuk membalas dendam di bawah nama samaran Zhang Zhongyuan. Bagaimanakah perjalanan hidup Jung-hyun seterusnya? Dapatkah dia membalas dendam? Adakah Soo-ah akan menerima Jung-hyun kembali? Siapakah sebenarnya dalang di sebalik semua onar ini?


###Banner pun ada...

Kenapa Green Rose? Kenapa saya suka sangat dengan citer ni? Sebabnya... citer/drama korea ni best! Sangat lah bestnya! Saya cadangkan setiap orang untuk menonton drama ini .. lakonan hebat oleh Go Su .. dia amatlah hot! Drama ini ada semuanya, ketegangan, thrill, dan cinta .. semuanya! Akhirnya yang baik mendapat balasan baik, yang jahat pulak bunuh diri, sebab bengang. Malu! Sedih juga tengok watak Hyun Taek ... ia tidak menjadi jahat macam tu tanpa alasan ..

Go Soo sangat 'outstanding' dalam drama 'Will It Snow For Christmas .. happy ending! Saya suka watak tegas dan teguh dengan pendirian dalam siri itu. Ceritanya sedih di awal tapi berakhir dengan kegembiraan. Happy ending sih! Lakonannya juga bagus, tidak menangis sepanjang masa, tetapi tahu dimana dia perlu menangis.

Gud job Green Rose!!

Sinopsis: Lee Jung-Hyun (Go Soo) dan Oh Soo-ah (Lee Da Hae) menjalani hidup normal sebagai pasangan kekasih hinggalah diketahui bahawa...
Unknown Dec 21, 2010
Oh! MyKarya!

GENRE: CERPEN


Genre/bidang cerpen dalam kesusasteraan Melayu termasuk dalam kategori cereka, merupakan satu bidang yang popular. Terdapat lima genre/bidang dalam kesusasteraan Melayu moden iaitu cerpen, drama, esei/kritik, novel dan puisi.

Cerpen ialah cerita berdasarkan fakta di campur dengan imaginasi. Manakala sastera pula payah diberikan definisi yang universal, justeru sastera bukan sesuatu yang dijumpai tetapi sebuah nama yang diberikan kepada sesebuah karya tertentu dalam lingkungan budaya tertentu. Bagaimanapun dapat disimpulkan bahawa kesusasteraan ialah ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa. Di dalamnya ada bahan yang indah, bahasa yang indah dan teknik penceritaan yang indah. Yang indah dalam kesusasteraan juga bukan hanya yang cantik di mata tetapi mempunyai nilai estatika.

Dengan ini cerpen ialah satu gabungan yang tidak seimbang antara pengalaman (realiti/benar berlaku) dengan rekaan (imaginasi) pengarang.

Panjangnya cerpen ialah antara 5,000 hingga 20,000 patah perkataan. Oleh sebab makna dari segi istilah cerpen itu ialah cerita pendek maka ada yang menyebutkan panjang cerpen ialah sehabis meminum secawan kopi atau sehabis menghisap sebatang rokok.

Bimbingan Berkarya


Apa yang mesti ada dalam karya sastera seperti cerpen?


Yang pertama
Intelek iaitu ada sesuatu pemikiran yang tinggi dalam cerpen tersebut. Maknanya dalam karya tersebut ada mesej yang mahu disampaikan kepada pembaca supaya boleh direnung dan difikir oleh pembaca untuk dijadikan panduan, mendapatkan pengetahuan dan pengalaman.

Yang kedua
Pancaran emosi dalam cerpen tersebut sama ada gembira, sedih, sinis. Maknanya cerpen tersebut memilih persoalan dan stail/gaya bahasa yang boleh dihayati dengan baik oleh pembacanya dan dapat menimbulkan suatu fikiran khusus serta memberikan kesan pengajaran dan hiburan.

Yang ketiga
Peristiwa/persoalan dalam cerpen tersebut dituliskan dengan mata hati dan mata fikir iaitu dengan imaginasi yang mengandungi unsur-unsur pemikiran bukan angan-angan. Ada matlamat dalam penulisan cerpen ini dan biasanya hal-hal yang positif.

Yang keempat
Sesebuah cerpen ada teknik persembahannya iaitu cara olahannya, susunan peristiwanya dan diksi-diksi yang dipilihnya.



Bentuk cerpen


Pertama

mimesis/peniruan iaitu meniru atau merakamkan peristiwa yang berlaku dalam kehidupan ditambah dengan imaginasi pengarang.

Kedua

cerpen beralasan iaitu mengadakan sau dasar atau alasan untuk mengubah bentuk biasa seperti menciptakan watak daripada mahluk asing.

Ketiga

cerpen mimpi iaitu cerita seperti dalam mimpi, dengan sifat luar biasanya, perlambangan tertentu sehingga ada waktunya tidak boleh diterima akal.

Teknik penceritaan cerpen

boleh dengan dialog untuk menghidupkan pemikiran. Dengan aksi pula cerita bergerak pada dasarnya, dengan perlukisan cerita bergerak dengan latar pilihannya dan pendedahan akan memberikan gambaran atau tema tertentu cerpen.


Ciri-ciri khas cerpen (cerpen konvensional)


1. Singkat, padu, intensif (ada perkara yang ditekankan)
2. Ada adengan, watak, gerak.
3. Bahasa tajam dan menarik
4. Interpertasi pengarang kepada kehidupan
5. Dapat menimbulkan satu kesan
6. Menarik perasaan pembaca
7. Penggambaran jelas pada peristiwa yang dipilih
8. Ada cerita/persoalan utama, watak utama, latar dan suasana



SIFAT-SIFAT PENULIS

Bagaimana nak menulis karya kreatif?

Penulisan kreatif seperti cerpen ini sebenarnya tidak dapat diajar. Pembimbing tidak dapat memberitahu seseorang bagaimana hendak menulis namun pembimbing dapat menerangkan bagaimana hendak menulis dengan lebih baik.



Yang penting penulis :

mestilah peka terhadap keadaan manusia dan berusaha memaparkan perasaannya.
mestilah cintakan kata-kata supaya frasa yang dicipta akan mengharukan pembaca.
mestilah meminati dunia penulisan dan mengasingkan diri dengan tulisan supaya dapat melihat apa yang baik dan yang buruk tentang tulisannya.
mestilah ada sikap yang teliti.
mestilah menjadikan tulisannya sebagai amalan harian, bukan hasil sekali skala.
mestilah menulis kerana mahu menulis bukan kerana sebab yang lain seperti kewangan misalnya.
mestilah berani menghadapi cabaran. Menggunakan karya yang ditolak sebagai dorongan untuk menulis dan bukan sebagai tanda dunianya telah kiamat.
Bagaimana nak menjadi penulis?

Bakat

Bakat anugerah Allah yang sukar dilihat. Ada percanggahan pendapat oleh para pengarang mengenai hal ini. Contohnya : SN Keris Mas menyebutkan bakat sangat penting sementara SN A. Samad Said menyatakan bakat kurang penting tetapi usaha dan minat lebih penting.

Minat

Ada keinginan untuk menulis.

Rajin membaca

Hal ini diakui oleh ramai penulis seperti Anwar Ridhwan dan Khadijah Hashim. Pembacaan akan memberi idea untuk menulis persoalan yang lain. Pembacaan akan melibatkan penamatan dan akan menimbul idea pertama.

Ada cita-cita untuk menjadi penulis.

Hasrat atau harapan akan menjadi pendorong.

Rajin menulis


-Laman web Dewan Bahasa dan Pustaka-

GENRE: CERPEN Genre/bidang cerpen dalam kesusasteraan Melayu termasuk dalam kategori cereka, merupakan satu bidang yang popular. Terdapat...
Unknown Dec 20, 2010
Oh! MyKarya!

Apakah yang dinamakan cerpen. Tentu anda masih ingat ketika sekolah menengah dahulu kita didedahkan dengan teknik penulisan karangan dan cerita-cerita pendek bertemakan sosial dan remaja. Semasa bersekolah dahulu penulis sentiasa mendapat pujian kerana menghasilkan karangan yang mempunyai imaginasi yang tinggi. Karya penulis kerap disiarkan di dalam majalah Fokus, Bacaria, majalah Remaja dan banyak lagi.

Apa Itu Cerpen?


Kini cerpen telah banyak dimodenkan dengan pelbagai teknik dan tema.

Cerpen adalah sebuah cerita pendek yang mempunyai satu tema yang utama dan mengandungi 6 hingga 8 muka surat sahaja. Perjalanan watak berkembang dengan pantas dan penerangan cerita juga pendek dan padat. Tidak memerlukan sangat ayat yang panjang lebar. Cerpen mengandungi tema yang berbagai daripada soal cinta, ekonomi, politik, sosial dari kanak-kanak hinggalah berwadahkan tema yang lebih dewasa.

Ramai penulis novel di negara ini kebanyakannya bermula dengan genre penulisan cerpen seperti Amaruszati Nur Rahim, Lily Haslina Nasir, Pn Zaharah Nawawi dan banyak lagi nama-nama besar yang tidak dinyatakan disini.

Secara amnya cerpen mengandungi perkara-perkara berikut:

1. Tema

Ia merupakan pokok cerita yang hendak disampaikan di dalam sesebuah cerita pendek (cerpen).Kebanyakan penulis gemar menulis perkara yang mudah diterima dan berada dalam alam realiti manusia seperti percintaan, kehidupan remaja, politik, kemanusiaan dan sebagainya.Bila telah mendapat idea dari pokok cerita, barulah diolah sehingga cerita tersebut bergerak melalui permulaan, pertengahan dan penyelesaian. Klimaks biasanya berlaku pada pertengahan cerita.

2. Watak

Terdapat pelbagai watak di dalam sesebuah cerpen. Tetapi cukup dengan beberapa watak memandangkan cerpen lebih kecil skopnya. Namun yang pasti cerpen yang baik mestilah mengandungi watak-watak seperti watak utama, watak pembantu, watak jahat, dan sebagainya.

3. Tempat

Seperti novel, cerpen juga memerlukan penceritaan tentang tempat peristiwa itu berlaku. Tempat cukup digambarkan secara ringkas sahaja dengan pergerakan waktu ke waktu yang disingkatkan.

4. Lain-lain

Selain itu, cerpen mestilah mengandungi lima perkara asas iaitu kenapa, dimana, bagaimana, bila, siapa di dalam keseluruhan proses penceritaan itu sehinggalah selesai atau tamatnya sebuah cerpen.

Selamat berjumpa kembali.

@@@Ron Aynora@@@

Apakah yang dinamakan cerpen. Tentu anda masih ingat ketika sekolah menengah dahulu kita didedahkan dengan teknik penulisan karangan dan cer...
Unknown
Oh! MyKarya!

Draf Manuskrip : Bintang Jiwa

(Ringkasan 1…)

“You siapkan semua dokumen I. Sat lagi ada meeting dengan client. Jangan lupa apa yang I pesan tadi. Lunch nanti don’t forget our appointment. You, I, Mia and your lovely guy…siapa tu…”

“Ish!! Asyik lupa aje. Dino!”

“Sorry sweet heart! Bukan sengaja.”

“Bukan sengaja tetapi sengaja tak nak ingat my guy kan, you memang selfish!”

Fish…fish jangan sebut, okey! I tahulah I tak makan fish. Tapi you suka sebut selfish kat I.”

“You pun apa kurangnya. Sikit sikit sweetheart, sikit sikit sweetheart. I pun berbulu dengar.”

“Suka hati I lah…mulut I.”

“Masalahnya telinga I yang berbulu!”

“Okey! Dah siap belum dokumen I. Nak chow ni.”

Andy mengangkat organizer lalu dikepit di ketiak. Tangannya penuh dengan dokumen dan hardcover file yang mengandungi maklumat untuk sesi perbincangan dengan kontraktor.

“Semua cun. You boleh chow!”

Bye sweetheart. Take care.”

Andy masih sempat mengusik Qis yang sedang menonggeng menulis sesuatu di mejanya. Gadis itu tidak menjawab. Dia sudah lali dengan ungkapan sayang, darling, sweetheart atau yang sewaktu dengannya yang keluar dari mulut Andy. Hubungan akrab antara mereka yang telah terjalin sekian lama menjadikan lesen sah untuk mereka saling bertingkah tanpa perlu menjaga hati dan adab sopan.


***
(Ringkasan 2)

“You benda sikit macam ni pun tak boleh nak kowtim. Apa guna I ambil you jadi partner I, kalau benda macam ni pun tak boleh harap! Kalau gitu baik I buat sendiri.”

Qis yang mendengar bebelan Andy naik meradang. Sudahlah dia berhempas pulas menyiapkan ‘Quotation’ untuk lelaki itu, dikata pula dia tak boleh diharap. Apa kena dengan Andy ni? Ingat dia sorang boleh naik hantu! Ingat dia sorang ada super power dalam syarikat ini. Dia pun ada power juga walau tak penuh seratus peratus.

Qis mencampakkan fail kertas ke atas meja Andy. Dia bercekak pinggang menghadap lelaki itu. Kali ini apa nak jadi, jadilah. Kalau iya pun dia datang bulan, jangan menyerang orang tak tentu pasal. Bebel hati kecil Qis tak habis-habis.

“Apa ni??”

“Fail. Tak nampak?”

“Apasal you campak sampai terbang melayang benda ni??” Suara Andy meletus macam gunung Karakatau yang menumpahkan laharnya.

“Dah tu…siapa yang start?”

Andy menahan marah sambil matanya mencerlung tajam menentang pandangan garang dari Qis. Qis kalau dah garang macam mak tiri dalam tv. Dalam marah-marah pun hati kecil Andy sempat pula mengutuk.

“You berambus lah sebelum I lebih teruk naik angin. Tengok muka you makin buat I tension berkali ganda. You get lost!” Andy menjerit lantang.

“Ada I heran? I pun dah fed up dengan you. Kalau iya pun gaduh dengan Mia, jangan pulak lepaskan pada I!”

“You ni kan!!” Andy hampir membaling fail yang tadi dihumban Qis ke atas mejanya tetapi tidak jadi berbuat demikian.

“Nasib baik you buat muka kesian. Pergi…pergi…I tak nak tengok muka you buat masa ni.”

Badak!!

“Apa you cakap??”

“Uwekk!!” Qis mencebik sambil keluar meninggalkan Andy yang sedang angin satu badan.

***

(Ringkasan 3)

My sweetheart!”

Qis tersenyum selamba. Sudah biasa. Manakala Mia terpinga-pinga. Kenapa Andy memperkenalkan Qis sebagai sweetheartnya. Pulak tu di hadapan kedua orang tuanya sendiri. Habis aku ni siapa?

“Yang ini…” tanya mama Andy.

“Buat hati Andy, ma…papa.”

Andy merujuk kepada Mia pula. Engku Sazali dan Puan Rohana saling berpandangan. Macam mana ni? Mereka buat muka tidak faham.

“Mama tak payah faham. Biar Andy saja yang tahu, okey.”

“Ada-ada saja kamu ni. Ajak kawan-kawan kamu masuk.”

Mia jalan beriringan dengan Andy manakala Qis membontoti dari belakang. Rumah teres dua tingkat lot tepi itu kelihatan nyaman dan sunyi sahaja.

***

Ringkasan 4:


"Aku tak boleh, Andy! Tak boleh!"


"Kau explain kat aku. Kenapa tak boleh? Now!"


"Aku kasihan kat dia. Dia yang banyak membantu aku, menolong aku. Dia selalu sabar dengan aku."


"Alah! Itu pun aku selalu buat kat kau. Ada kau take note itu semua? Ada kau sangkut sikit kat memori kau? Ada tak??" suara Andy meninggi.


"Jangan ungkit itu semua kalau kau ikhlas selama ini."


"Itulah kau! Ikhlas aje yang kau boleh kata."


"Habis tu..." suara Qis kedengaran sedih.


"Satu kali ini aje. Kau ikut aku. Lain kali aku dah tak harap lagi dah."


"Habis tu Mia kau nak campak kat mana?"


"Itu senang aje. Tahulah apa aku 'goreng' dia."


Qis diam sejenak tetapi matanya bulat membuntang. Dia nak menipu aweknya sendiri? Biar betul. Kalau Dino buat begitu padanya, mesti dia sedih dan makan hati. Kalau setakat makan hati masih okey lagi, tapi kalau gila dibuatnya, siapa nak tanggung?


"Ini lagi tak boleh."


"Please sweetheart...kaulah makhluk tercantik pernah aku kenal. Kaulah yang terbaik."


"Piraaaah!!"


"Kau tak baik tau. Abis aku nak buat macam mana? Aku tunjuk dua dua, tetapi mama aku berkenan kat kau."


Qis tersenyum. Kelakar betul. Kekasih Andy adalah Mia tetapi orangtuanya sukakan Qis. Masalahnya, Qis juga sudah berpunya. Kalau masih solo tak apa juga. Tapi, kalau solopun, hendak ke Qis dengan Andy yang panas baran tu?

"Dengan satu syarat."

"Sepuluh pun boleh! Apa dia?"

***

Draf Manuskrip : Bintang Jiwa (Ringkasan 1…) “You siapkan semua dokumen I. Sat lagi ada meeting dengan client . Jangan lupa apa yang I pes...
Unknown Dec 15, 2010
Oh! MyKarya!

Salam semua & Hye...

Kali ini topik/bebel saya bukan pasal cerpen atau novel, tetapi kepada kecintaan saya yang tak pernah lebur terhadap drama Korea. Just now baru habis layan 'Secret Garden' kat ONEHD...terpukau beb! Ini pun baru ternampak new series ni, before this asyik cerita First Wive Club, Daring Woman, Giant, etc...

Nak tahu jln ceritanya??

Sinopsis (pendek je, tapi berbeza la setiap episod):

Tentang Kim Joo Won (Hyun Bin), secara luarannya nampak seperti lelaki sempurna yang menyembunyikan keangkuhan dan sisi dirinya yang pelik, dan Gil Ra Im (Ha Ji Won), seorang pelagak ngeri dimana kecantikan dan badannya dicemburui oleh kebanyakan aktres terkenal. Suatu hari mereka pergi jauh ke kawasan gunung dan masuk ke dalam sebuah rumah yang pelik, dimana seorang nenek menawarkan mereka cokelat. Keesokkan harinya, mereka mendapati diri masing-masing telah bertukar antara satu sama lain.




Kalau nak tahu, pelakon utamanya Hyun Bin ngan Ha Ji Won (yg berlakon siri hotel). Comel betul bila Ha Ji Won berambut pendek, sooo cute dan sincere. Like it!! Kalau ada sesape yg nak tengok siri ini online, cube tengok kat sini. Pasti korang suka & meletup! Ada juga website lain tapi very slow la gambar dia.
Selain itu, saya suka, sangat suka ngan lokasi rumah Kim Jo Woon, very stylish, english look and semua macam serba putih. Sangat transparent. Ada lagi gambar lokasi drama ini dibuat. Cuba tengok gambar berikut ni...



Atas, di antara pelakon utamanya...


Antara gambar promosi 'Secret Garden'.

Okey tak u all rasa drama korea terbaru ni. Hot lagi tau, ditayang di saluran KBS bermula 23/11/2010. So, sesape ada Astro Beyond, saluran 393 boleh tengok drama ni. Ada yang dah tengok?
What u all think? Happening? Biasa aje? Or...addicted like me??
Up to U all! Yang penting kita boleh enjoyce...Rite?

Salam semua & Hye... Kali ini topik/bebel saya bukan pasal cerpen atau novel, tetapi kepada kecintaan saya yang tak pernah lebur ter...
Unknown Dec 13, 2010