Menu
Oh! MyKarya!



Hazim membayangkan wajah Alisya yang manis melemparkan senyuman sepanjang masa kepadanya. Kalau 24 jam sekalipun, senyuman itu tetap tak jemu dipandang, makin membuat jiwa mudanya bersemangat melalui hidup seharian. Senyuman Alisya ibarat bunga kembang pagi yang suci dan luhur. Tetapi malangnya, sudah berhari-hari gadis itu asyik masam apabila bersemuka dengannya. Kalau buat-buat terserempak, sempatlah juga Hazzim mengintai gadis itu bergurau senda dengan rakannya, Rahimah. Tapi itu tidak bermakna langsung bagi Hazzim. Kalau boleh dia mahu perhubungan yang telus disulami dengan rasa cinta yang membara. Rasa cinta yang saling berbalas dan menerbitkan rindu antara dia dengan Alisya.

Hazim sendiri pun hairan mengapa Alisya sering mengelak dari bertemu dengannya. Hubungan Alisya dengan Zikry telah lama berakhir, tentu lebih mudah bagi Hazzim untuk mengambil hati gadis genit itu. Namun itu masih belum bisa membuat Hazzim berjaya menembusi pintu kebal hati Alisya. Nampak gaya hanya dia yang bertepuk tetapi tidak bersambut. Tepuk sebelah tangan manakan berbunyi! Sedarlah wahai Hazzim…hati kecilnya menjerit-jerit.

“I tak sengaja.”

Kali ini betul-betul dia tak sengaja terlanggar Alisya. Fikirannya bercelaru memikirkan gadis itu. Malang pula bila waktu-waktu begini berlanggar pula dengan Alisya yang berwajah masam itu. Argh!! Bersedia untuk dimarahi…terima ajelah.

“You buat apa kat sini?”

“Tengok-tengok orang…”

“Siapa?”

Hazzim terpana disergah begitu. Dahi Hazzim berpeluh. Nak diseka peluh renik itu terasa segan pula.

Dia bertanya tanda cemburu atau sekadar ambil tahu? Hazzim cuba meneka rona wajah yang ditunjukkan Alisya. Dia tak marah aku terlanggar pun dah cukup baik. Elok pula anginya hari ini.

“I nak jumpa kawan. On the way nak jumpa kawan…” suara Hazzim bergetar tatkala Alisya merenung tepat ke anak matanya.

“Oh! Okey. See you next time.”

“Tak nak joint sekali?” Gatal pulak mulut ni nak mempelawa Alisya. Hazzim menutup mulutnya tetapi dalam hati berdoa agar gadis itu mahu menemaninya makan tengahari.

“Tak mengapa. I dah ada lunch date.”

“Dengan siapa?” sepantas kilat pertanyaan itu terhambur dari bibir Hazzim.

“Awak kisah ke?” Alisya ketawa sinis.

Hazzim menyeluk poket seluarnya menahan rasa bengang yang sedang menyerang maruahnya. Dia rasa sangat rendah diri. Ulu hatinya pedih bagai dihiris sembilu. Memang sekelumit pun Alisya tiada perasaan terhadapnya. Kini dia pasti. Harapan yang tadinya setinggi gunung kini hancur berkecai terhempas ke bumi.

“Kalau gitu I pergi dulu. Nice to meet you.”

Hazzim berjalan laju tanpa menoleh ke belakang lagi. Kaki yang melangkah umpama tidak jejak di bumi. Perasaan malu menghantui diri. Dia sangkakan pertemuan tak sengaja ini bakal membuahkan makna yang indah, tetapi nasibnya malang lagi. Alisya semakin jauh hendak digapai. Hati gadis itu umpama hati batu, kering dan kontang.

“Encik Hazzim! Nanti dulu.”

Hazzim berjalan terus menuju ke keretanya. Dia tak sedar yang Alisya mengejarnya dari belakang. Kali ini hatinya sudah keras. Pedulikan rasa merajuk ini yang menghuni ruang hati. Walau apa pun terjadi dia tidak akan berpaling kepada Alisya lagi.

“Encik Hazzim!”

“Encik Hazzim!”

Hazzim tidak sampai hati pula membiarkan Alisya memanggil-manggil namanya. Entah kenapa dia kalah apabila berdepan dengan Alisya. Alisya bagai besi berani yang sering menarik hatinya untuk sentiasa melekat pada gadis itu walaupun dia sudah disisihkan awal-awal lagi. Ish! Merajuk? Tak ada dalam kamus hidupku! Getus hatinya menahan sabar.

“Ya??”

“Kut iya pun janganlah merajuk. Buruk betul tengok orang lelaki macam ni.”

“I? Merajuk dengan you? Mana ada. Dah you kata ada lunch date takkan I nak tunggu you. Tak betul macam itu cik Alisya?” debaran di dada Hazzim datang lagi. Masih ada peluang? Ya ke?

“Itulah you cepat sangat angkat kaki. Nasib baik I sempat kejar. Kalau tidak you lepas peluang nak lunch dengan I. I selalu busy tau. Ini pun secara kebetulan I dapat keluar.” Alisya sengaja mengusik.

Mata Hazzim bersinar-sinar merenung wajah merah Alisya yang dibahang mentari yang tegak di atas kepala. Malu pun ada apabila ditegur begitu, tapi apa ada hal. Biar malu sekarang daripada terlepas peluang yang jarang diperolehi ini.

“Dah rezeki I.”

Alisya sekadar tersenyum.

“Lunch date tadi tak jadi?”

Sambil berjalan ke restoran berhampiran, mereka berbual-bual kosong.

“Last minute pulak dia cancel.”

“Kalau boleh I tahu, lunch date you dengan siapa?”

Pelayan baru berlalu pergi setelah habis mengambil pesanan dari Hazim dan Alisya. Alisya mengelap mukanya yang berpeluh dengan tisu. Hazzim pun berbuat begitu di wajahnya yang terasa bahang. Menghadap Alisya lagilah bahang itu tak kebah-kebah.

“Client. Syarikat perabot nak beli layout dalam magazine I untuk buat advertisement. Cancel pulak.”

Fuh!! Lega. Nasib baik client aje…Hazzim mengurut dada. Tetapi lelaki atau perempuan? Tua atau muda? Hatinya bimbang semula.

“Ada hal lain lah tu.”

“Dah dua kali postponed. Macam nak main-main aje.”

“Think positive, Alisya. Mungkin dia betul-betul ada masalah.”

“Mungkin jugak.”

Hazzim berasa bangga dapat memberi kata perangsang kepada Alisya. Itu belum lagi confirm jadi boyfriend…

“Apahal tadi you laju menonong aje. Ada hal penting ke? Kalau you ada urgent matter, I tak kisah. I boleh makan sendiri. Lagipun dah selalu I sorang-sorang macam ni.”

‘Kalau ada emergency meeting pun I sanggup cancel demi you, Alisya.’

“Apa halnya?” Alisya mengulangi lagi soalannya apabila dilihat Hazzim hanya terkebil-kebil memandangnya. Lucu juga Hazzim ini…Alisya berbisik sendiri.

“Apa dia?”

“Aish!! Berangan ke?”

“Tak! Tak! Lapar sangat. Tu yang tak boleh concentrate apa yang you cakapkan.”

Berlakon Hazzim, jangan tak berlakon. Yang penting bunga pujaan bukan di dalam taman larangan lagi! He..he…

“Dah lama tak dengar dari Kamal. Dia sibuk kat kedai atau sibuk dengan Adira?” Hazzim menukar topik.

“Hmm. Dia sibuk sikit akhir-akhir ni. Tak tahu kalau ada kena mengena dengan Adira atau ada perkara lain. Dia banyak projek dengan kawan-kawan dia tu. You dah lama tak keluar dengan dia ke? Dia pun kerap pergi memancing lately…”

“I pun sibuk dengan operai syarikat. Dah lama tak keluar dengan Kamal. Tapi I tengok Adira sekarang ni happy semacam aje. Kut-kut dah jumpa dengan penawar rindunya lah tu…”

Alisya ketawa gelihati mendengar Hazzim menyebut perkataan ‘penawar rindu’. Aish! Main tajuk lagu nampaknya…boleh tahan jiwang juga mamat ni…benak Alisya mengulas si jejaka kacak di depannya.

“You ketawakan I, ya?”

Alisya tidak membalas. Dibiarkan sahaja pertanyaan dari Hazzim itu.

“I suka tengok you pun gembira sekarang ni. Jangan sedih-sedih Alisya. Anything yang you perlukan I boleh bantu selagi terdaya.”

“I pun dah penat menangisi benda yang bukan hak I lagi, Hazzim. Sekarang I nak happy untuk diri I sendiri. I sebatang kara dalam dunia ni, asalkan Kamal gembira dan I bahagia, cukuplah.”

“Bagi chance pada I, boleh?”

Alisya tersedak. Nasib baik makanan di mulut tidak tersembur keluar. Jika tidak mesti sudah mengena wajah redup milik Hazzim. Pelanggan di sebelah menyebelah tertoleh-toleh ke arah Alisya.

“Are you okey?”

Alisya mengangkat tangan tanda dia masih mampu mengawal keadaan dirinya. Dia tidak memerlukan bantuan Hazzim buat ketika ini.

“You main terjah aje…terkejut I.”

“I takut nak beri salam, takut tiada jawapan dari you.” Hazzim berfalsafah.

Alisya hilang mood untuk menghabiskan saki baki makanan di dalam pinggan. Sergahan dari Hazzim yang seolah menyandarkan harapan kepadanya serta merta terasa begitu membebankan. Kalau Dato’ Yusniza tahu apakah reaksinya? Bagaimana penerimaannya bila dia tahu Hazzim makan dan keluar berdua dengannya pada saat dan ketika ini.

Alisya terfikir mungkin ada mata-mata yang sedang mengawasi gelagat mereka di dalam restoran itu. Jika tidak takkan perasaannya jadi gundah gulana dan tidak sedap hati secara tiba-tiba. Dia menjeling sekilas keadaan sekeliling namun tidak ketemu dengan wajah yang mencurigakan. Fuh!! Nasib baik.

“Hazzim!! What a coincidence…”

“What are you doing here?”

Hazzim dan Alisya saling berpandangan. Alisya tidak percaya sangkaannya benar sama sekali. Minah saleh mana pula yang berdiri di belakangnya sambil mesra menyapa Hazzim. Tetapi wajah Hazzim menggambarkan kegusaran. Bala apakah ini? Siapakah manusia itu?

Hazim membayangkan wajah Alisya yang manis melemparkan senyuman sepanjang masa kepadanya. Kalau 24 jam sekalipun, senyuman itu tetap tak j...
Unknown May 28, 2011
Oh! MyKarya!




Aziz membelek-belek album gambar di bawah rak tv. Gambar lama dia dan Haizan sedang bermain gelungsur di tadika menggamit di ingatan. Haizan yang tinggi berada di depan sambil tangannya pula berada di bahu sepupunya itu. Dahulu mereka memang berkawan baik dan akrab kerana dahulu mak ngah Shitah yang menjaga sehingga umurnya menjangkau tiga belas tahun. Semenjak dari itu, hubungan intim bagaikan belangkas, tidak boleh dipisahkan. Hanya setelah ayah Aziz bercadang untuk kembali ke kampung halaman sebelah ibunya di Segamat, kemesraan bak dua beradik itu menjadi pudar dan hambar. Dan kini, takdir mendekatkan mereka lagi. Tawaran bekerja sebagai pemandu di sebuah syarikat keselamatan diterima dengan hati terbuka. Aziz sedar diri dengan pencapaiannya setakat tingkatan tiga mana mungkin dia memilih pekerjaan. Sudah hampir enam bulan Aziz menumpang di rumah emak saudaranya itu, ini bermakna sudah hampir enam bulan juga dia bekerja di syarikat kawalan keselamatan itu.

“Dah…dahlah tu Ziz. Kau tak jemu-jemu tengok gambar kita masa kecik tu. Aku tahulah yang kau lebih comel dan tembam. Ake keding je, ha…macam sekarang ni. Cuma sekarang ni aku lebih handsome dari kau! Jangan jealous ok!”

“Tak de lah.Saja, aku boring…”

“Apahal?”

“Tak ada apa-apa.” Jawab Aziz hambar.

Haizan menghampiri Aziz yang terperuk di sebelah rak tv. Dia menepuk bahu sepupunya itu.

“Kau macam tak tahu perangai aku. Aku akan korek masalah kau sampai kau boleh bukak mulut. Terus terang aje…”

“Ada hal sikit.”

“Kan aku dah agak. Yang sikit tu lah yang kena selesaikan. Kalau tidak dia jadi bertimbun dan bila dah berbukit, payah nak ditarah!” Haizan berfalsafah.

Aziz ketawa mendengar kata-kata sepupunya yang selalu menang darinya dalam bab berkata-kata. Tetapi dia tidak kisah. Dia sudah biasa. Memang adatnya dia selalu kalah. Kalau Aziz yang menang itu dah jadi luar biasa. No big deals, orang kata.

“Azeem, kau letak album sekolah kau ni merata-rata. Bila dah hilang nanti mulalah membebel kat emak.”

Aziz menyambut album gambar yang dihulur oleh mak ngahnya.

Haizan hanya tersenyum apabila ditegur oleh ibunya. Dia menukar saluran tv untuk mencari rancangan yang bagus. Tengahari minggu begitu tentu banyak rancangan menarik yang disajikan. Lagipun sekarang saluran berbayar yang dilanggannya menyediakan puluhan saluran dari seluruh dunia untuk dinikmati. Mudah aje, tekan dan pilih. Sedang dia leka menonton rancangan hiburan di tv, Aziz menegurnya dengan kasar.

“Kau ni, buat aku terkejut je.”

“Sorrylah beb! Tapi aku nak tanya ni.”

“Apa dia?”

Haizan memperlahankan suara tv. Aziz bergerak menghampirinya dengan wajah yang bersinar-sinar. Kalau sebentar tadi dia menyergah Haizan dengan kasar tetapi kali ini wajahnya lain macam pula, membuatkan Haizan menggaru kepalanya yang tidak gatal.

“Zeem, kau kenal dia?”

Aziz menunjukkan gambar di dalam album Haizan. Haizan hanya memandang sekilas tetapi segera hatinya berdebar-debar. Nina Soraya…siapa yang tidak kenal. Gambar kandidnya yang cantik, secantik orangnya…

“Yang mana satu?” Haizan pura-pura tak endah.

“Yang inilah. Mana lagi. Banyak gambar dia dalam albuk kau ni.”

“Ohh! Dia ni. Kenal.”

“Soraya…Nina Soraya!” Aziz galak meneka.

Giliran Haizan pula bersinar-sinar matanya. Ah! Pasti Aziz sudah biasa dengan nama itu. Ini peluang baik, getusnya.

“Hmm…betul. Nama dia Nina Soraya. Aku panggil dia Nina. Kawan sekolah. Maksud aku…ex girlfriend aku. Eh…tak, tak…! Sebenarnya, dialah mak we aku yang selalu aku cerita tu.” Perasaannya bagai terawang-awang tatkala menyebut nama keramat itu.

Aziz tercengang. Rupa-rupanya Haizan pernah bercinta dengan pegawai operasi di syarikatnya. Kecil aje dunia ni rupa-rupanya.

“Mana kau kenal dia?” Tanya Haizan tidak sabar.

“Dia pegawai kat office aku. Glamour siot!!”

Haizan mengurut dada tanda lega. Mulai dari saat ini gadis itu akan dijejaki.

“Kenapa kau tak bagi tahu dari dulu? Taklah aku sakit kepala, sakit hati macam ni. Dah lama aku cari dia tau. Sejak aku balik semula ke Malaysia. Tup-tup kau yang jumpa dia dulu. Bertuah badan!”

“Apa dah jadi sebenarnya??” Aziz tidak faham.

Haizan merebahkan badanya di atas karpet.

Aziz membelek-belek album gambar di bawah rak tv. Gambar lama dia dan Haizan sedang bermain gelungsur di tadika menggamit di ingatan. Hai...
Unknown May 27, 2011
Oh! MyKarya!


Salam Sejahtera Semua...


Adakah anda berminat dengan novel2 terpakai? Untuk memiliki novel2 terpakai pada harga murah, sila lawat di sini. Buat masa ini kos penghantaran adalah percuma. Sesiapa yang berminat, sila tinggalkan pesanan pada 'Order Form'.

Ikhlas,
Admin
mykarya.net

Salam Sejahtera Semua... Adakah anda berminat dengan novel2 terpakai? Untuk memiliki novel2 terpakai pada harga murah, sila lawat di sini...
Unknown May 26, 2011
Oh! MyKarya!


As'kum dan salam sejahtera,


Novel terpakai untuk dimiliki. Harga rendah dan tanpa sebarang bayaran pos. Terkini, dapatkan novel Yang Sebenarnya karya Aisya Sofea. Novel dalam keadaan elok kecuali dinyatakan sebaliknya. Untuk sinopsis dan keterangan lanjut, sila klik di sini.

Ikhlas,
Admin,
mykarya.net

As'kum dan salam sejahtera, Novel terpakai untuk dimiliki. Harga rendah dan tanpa sebarang bayaran pos. Terkini, dapatkan novel Yang S...
Unknown
Oh! MyKarya!





Ingin mendapatkan novel terpakai - Kasih Antara Kita karya Aleya Aneesa? Juga terdapat pelbagai jenis buku terpakai untuk dimiliki. Semua buku kelihatan masih baru kecuali dinyatakan sebaliknya.

Sesiapa yang berminat, sila klik di sini.

Buat masa ini kos penghantaran adalah percuma.

Terima kasih.

Ikhlas,

Admin
mykarya.net

Ingin mendapatkan novel terpakai - Kasih Antara Kita karya Aleya Aneesa? Juga terdapat pelbagai jenis buku terpakai untuk dimiliki. Sem...
Unknown May 25, 2011
Oh! MyKarya!



Salam sayang semua,

Ingin mendapatkan novel terpakai - Selagi Ada Dia karya Aisya Sofea? Terdapat pelbagai jenis buku untuk dimiliki. Semua buku kelihatan masih baru kecuali dinyatakan sebaliknya.

Sesiapa yang berminat, sila klik di sini.

Buat masa ini kos penghantaran adalah percuma.

Terima kasih.

Ikhlas,

Admin
mykarya.net

Salam sayang semua, Ingin mendapatkan novel terpakai - Selagi Ada Dia karya Aisya Sofea? Terdapat pelbagai jenis buku untuk dimiliki. Se...
Unknown
Oh! MyKarya!

Perancangan Tahun 2011:

1) Menyiapkan novel Suratan (Mei 2011)
2) Menyambung Cinta Kamelia yang terbantut separuh jalan
3) Mengukir kenangan di dalam Mengapa Di Rindu?
4) Setia seorang suami yang diragui dalam Aku Yang Terlewat.
5) Cinta beradab dan penuh susila Ukiran Jiwa
6) Hubungan jarak usia Bila Rindu Berbunga
7) Bekas kekasih berkahwin dengan adik sendiri dalam Selamat Tinggal Kekasih
8) Akhirnya cuba memujuk hati yang merajuk melalui Kerana Kamu.

Selamat membaca dan teruskan menyokong tulisan saya yang sangat terhad ini.

Ikhlas,

Aynora Nur

Perancangan Tahun 2011: 1) Menyiapkan novel Suratan (Mei 2011) 2) Menyambung Cinta Kamelia yang terbantut separuh jalan 3) Mengukir kena...
Unknown May 21, 2011
Oh! MyKarya!


Kenapa kita menulis? Apa yang mendorong kita berfikiran secara kreatif? Adakah ilham kreatif is gifted or kena cari di merata sources seperti buku2, pengalaman hidup sendiri, pengalaman hidup orang lain, dsb.


Ada juga saya terbaca dari google bahawa ilham kreatif boleh diperolehi dengan banyak cara, antaranya:

a) berhenti menonton TV, sebab kita mudah terpengaruh dengan khayalan yang di tonton;
b) jalan2 selama 20 minit setiap hari,
c) sentiasa ada pen dan kertas kat tangan/ by our side, ingat @ nampak benda yang menarik cepat2 tulis,
d) tulis lagu untuk binatang kesayangan kita
e) selalu menari jika stress, ha ha boleh ke?
f) berjalan dalam hujan, aha! boleh pakai idea ni.
g) buat benda2 yang berbentuk kreatif selain daripada dlm bentuk penulisan, cthnya buat buku scrap, buat lukisan dll
h) senaraikan benda2 yang kita sayang
i) tulis 10 poskad, untuk siapa ek?
j) mendengar lagu yang kita tak pernah dengar.

Okey tak list kat atas tu? Boleh pakai ke? Tapi kalau nak cuba salah satu tak susah, just try.

Ramai penulis kat negara kita ni berdiri atas branding mereka sendiri, cara penulisan yang sama untuk setiap novel mereka. Jadi, itu lah identiti seseorang penulis berdasarkan ilham kreatif yang mereka perolehi. Sekadar menyebut beberapa nama,

1) Norzailina Nordin ~ lebih menjurus kepada novel dewasa dan gaya penceritaan yang mendalam dalam penulisannya,
2) Aisya Sofea ~ branding dia tentulah bahasa yang berbunga2 dan kisah percintaan dengan happy ending dan latar luar negara
3) Norhayati Berahim ~ Kisah hubungan kekeluargaan menjadi tunjang identiti karya2nya.
4) Anis Ayuni ~ gaya penulisan yang ringkas dan santai tetapi menggunakan bahasa melayu yang betul/standard

Jadi, secara amnya latar belakang keluarga dan persekitaran di mana kita pernah berada atau sedang berada banyak memainkan peranan menjana idea kreatif seseorang penulis.

##aynora nur ~ sejak sibuk dengan MBA otak saya dah tepu, kontang. Tau asyik kira balance tak balance je...idea kreatif yang menjurus ke arah penulisan novel kreatif lama kelamaan semakin terhakis.

Adakah saya terlalu stress?

Kenapa kita menulis? Apa yang mendorong kita berfikiran secara kreatif? Adakah ilham kreatif is gifted or kena cari di merata sources sepe...
Unknown May 1, 2011
Oh! MyKarya!




MIDAS
Kisah kehidupan seorang lelaki biasa dan chaebols dalam pengambilalihan & penggabungan, pasaran saham dan dunia kewangan.

Berikut diskripsi watak2 di dalam drama korea - Midas:

Kim Do Hyun (32 years old)

A smart man without ambition. Graduated as the best of his class from Korea’s best university, he also the best when attended law school.
His father left home when he was a child, leaving him in poverty. His mother raised him in hardship and passed away when he was in law school.
He only feels warmth in his heart when he is with his long-time girlfriend Jung Yun and her family.
He wants to start a family and live happily with Jung Yun.
After graduate from law school, he joins the best law firm to make a living and maintains a stable and comfortable life.
However, his dream of peace life is shattered when he was chosen by someone and sells his soul for money.


Lee Jung Yun (27 years old)

Long time girlfriend of Do Hyun.
A quiet and unattractive student during middle and high school and was the same when she entered nursing school.
Until, she met Do Hyun and her life started to change. Her luck in life is started. She is dating Do Hyun and about to marry him but she still finds it hard to believe that she is his girlfriend.
After graduated from nursing school, she was employed by Korea’s best general hospital and not long after that she became a nurse for that hospital VIP’s wing.
However, Do Hyuk started to be a different person after he entered a law firm. Finally she finds out that Do yuk has another woman.
She plans a revenge by throws her soul away, becoming the woman of a son of chaebol named Yoo Myung Joon.
Yoo Myung Joon is the patient of the hospital VIP room where Jung Yun is assigned who suffered terminal stage of cancer.


Yoo In Hye (40 years old)

The eldest daughter of Yoo Pil Sang family.
Yoo Pil Sang seems like avarage rich family, but his real wealth is in the same size with Samsung and Hyundai.
Yoo In Hye has 2 older brothers, a younger brother (her biological brother) and a younger sister, which 5 of them came from several different mothers.
She grew up with her biological younger brother (Yoo Myung Joon) and her mother who was abandoned by her father.

In order to escape from the negative image of “the abandoned daughter of a chaebol”, Yoo In Hye left Korea to USA . During this period of time when she was away, her mother started suffering some mental disorder. Thus, the job of looking after her fell in the hands of Myung Joon.

She attended university and got MBA from USA, then gained experience as securities broker in Wall Street. Now she is the president of her own multi-billion dollar hedge fund.
Her grandfather’s loan business plus her father’s real estate business plus her hedge fund company can sway Korea’s economy.
She’s a powerful woman with no romantic experience and never been married.
She hates but also admires her father, makes her a strange monster.


Yoo Myung Joon (31 years old)

The younger brother of Yoo In Hye. Unlike his sister, he has a more softer and more delicate character.
He believes that money is the reason to the misfortune that he has suffered. Therefore, he finds that money is evil and despicable.
Due to the prejudice towards money and his own birth, Myung Joon seems cynical and waste his time by partying from dusk til dawn. He was like this till Jung Yun appeared in his life.
Myung Joon found himself down with terminal stage cancer and the nurse who was in-charge of him was Jung Yun.
As time goes by, there was some chemistry and love blossoming between the two.




##mykarya: Drama ini sedang bersiaran di saluran 393 One untuk yang melanggan HD. Walaupun ceritanya kurang adegan cintan cintun, tetapi isi kandungan dan tema amat menarik minat saya untuk mengikuti siri ini setiap malam rabu dan khamis.



Itulah kebenaran dunia korporat, itulah perjalanan sebenar sebuah keluarga yang dilimpahi dengan kekayaan. Bayangkan...harta keluarga Yu Pil Sang saja melebihi bilion Won. Bak kata orang, boleh menggoncangkan seluruh Korea!! Dahsyat tu!!

Kreatif sunggu pengarahnya, kan?

MIDAS Kisah kehidupan seorang lelaki biasa dan chaebols dalam pengambilalihan & penggabungan, pasaran saham dan dunia kewangan. Be...
Unknown Apr 29, 2011
Oh! MyKarya!


Si pokok kelapa dan si jantung pisang benar-benar duduk bertenggek di atas pembahagi antara rumah mereka. Di raut wajah masing-masing tidak sabar mahu menyuarakan hasrat yang terpendam. Yang pertama tentulah menolak rancangan papa dan mama mereka untuk dijodohkan, dan yang kedua tentulah plan B, iaitu plan kecemasan. Jika suara hati mereka tidak diendahkan, mereka mahu melanjutkan pelajaran ke luar negara. Tetapi di tempat yang berbeza. Baru padan muka mereka!

“Mana dia orang tak muncul-muncul ni. Perut dah pedih sakan.”

“Aku pun sama Kay. Entah apa yang dikerjakan kat dalam. Lama sangat.”

“Kau pergi jerit jap.”

“Kaulah Kay! Suara kau lagi kuat.”

“Kau lah. Suara aku halus. Macam mana mama dan papa kita nak dengar. Kau kan selalu jamming dengan budak-budak Pearl kat studio. Suara kau merdu dan …”

“Bunyi jantan kan. Aku tahu kau nak cakap yang itu.”

Kay angkat kening. Mula sebelah. Kemudian angkat kedua-dua belah. Mat perasan ni selalu angkat bakul masuk sendiri, ops! silap…masuk bakul angkat sendiri! Dia tak tahu hati Kay di dalam penuh dengan ayat-ayat kutukan. Susah ada kawan syok sendiri.

“Kau tak puas hati?” Jay mengeluarkan senjata provokasi.

“Ada aku cakap?”

“Dari air muka aku dapat baca. Kalau suka cakap…”

“Kau tengok muka aku ni jap. Ada muka suka atau benci?”

“Meh aku telek …”

“Eh! Apa ni…” Kay menolak tangan Jay yang mahu memegang pipinya.

“Dah kau suruh, aku buatlah. Macam tak biasa. Eleh!”

“Memang tak biasa, what!”

“Kalau si mamat kurus melengking tu bagi pulak.”

“Dengan dia sebab dalam hati ada cinta…tak macam kau. Dalam hati…”

Jay menyampuk deras. “Ada gula. Gula-gula lollipop…ha! ha! ha!”

Tangan kanan Jay dengan kasar memegang muka bujur Kay yang licin melepak tanpa sempat Kay menolaknya. Jarak mata Jay dan pipi Kay hanya beberapa inci. Jay nak sakitkan hati Kay. Alang-alang Kay suruh tengok muka dia, baik Jay buat betul-betul. Selama ini dia tengok sebelah mata saja sebab dia sudah naik muak dengan si jantung pisang ini. Sudah bertahun-tahun mereka berjiran, semuanya tentang Kay dia sudah hafal. Dia sudah jelak.

Malangnya beberapa saat ketika insiden itu berlaku, baik Jay dan Kay terdiam kelu. Membisu seribu bahasa. Alam maya yang tadinya bising dengan bunyi nyamuk dan unggas waktu malam seolah-olah ikut terkedu. Mulut murai mereka berdua entah hilang ke mana. Apa dah jadi ni? Desahan nafas dan debaran di dada Jay dan Kay begitu jelas kedengaran. Sukar ditafsirkan isyarat nafas dan debaran di dada mereka. Bencikah? Marahkah? Tangan Jay kaku di pipi mulus Kay. Mata Kay pula bulat merenung bebola coklat anak mata Jay.

“Jay?”

“Kay?”

Tiada balasan. Tiada respon.

“Ish! Budak-budak ni. Dah kena sampuk ke apa? Tadi bukan main berkeriau macam kucing dengan anjing bergaduh.”

“Kenapa dengan budak-budak tu Kak Mila?”

“Entah! Dari tadi macam itu aje gayanya. Aku pun tak tahu apa kena dengan dia orang ni Wati.”

“Ada apa yang kecoh-kecoh ni Mila, Wati. Budak berdua tu mana? Tadi masa aku mengaji bukan main becok mulut suruh cepat. Bila kita dah keluar, dia orang pulak tak ready.” Suami Mila yang bernama Wan Harun mencelah.

“Cuba abang Wan nengokkan tu. Macam ada yang tak kena aje.” Wati bersuara risau.

“Laa…duduk macam tu pun sempat tangkap cintan. Memang kurang adab betul dia orang ni.” Wan Harun menepuk kuat bahu anak bujangnya.

Serta merta tangan Jay terlepas dan nasib tidak baik, dia telah tertolak tubuh kecil Kay ke atas tanah. Dahi Kay terhantuk pada bucu tembok menyebabkan dia mengaduh kesakitan. Semua orang berlari mendapatkan Kay yang sedang memegang dahinya. Ada darah di situ.

“Pergi ambilkan emergency kit kat dalam. Cepat.” Mila menyuruh anaknya itu sambil tangannya memaut tubuh kurus Kay. Dia merasa kasihan melihat keadaan Kay yang sudah dianggap seperti anaknya sendiri.

“Eh! Kak Mila tepi sikit. Kay ni anak saya. Biar saya yang uruskan.”

“Aku lupa. Aku rasa dia dah macam anak aku sendiri.” Bahasa pertuturan Mila memang agak kasar tetapi hatinya baik. Dia memang suka ber’engkau’ ‘aku’ dengan semua orang termasuklah kawan baiknya itu.

“Biasalah tu Kak Mila. Naluri seorang ibu…” Wati tersenyum mengerti.

Setelah Jay membawa barang-barang yang diperlukan, Wati membersihkan luka kecil di dahi Kay dan membalutnya dengan handy plus. Luka Kay hanya kecil sahaja. Wati meminta semua orang agar tidak risaukan Kay. Lega Jay melihat Kay yang sudah duduk di kerusi di ruang tamu rumahnya. Sekarang mereka hanya menunggu kepulangan ayah Kay dari tempat kerjanya. Ayah Kay ada menelefon dan memberitahu bahawa beliau dalam perjalanan pulang.

“Kenapa yang tadi tu…”

“Kenapa apa?” Kay menyoal Wati semula.

“Eh! Kita tanya dia, dia tanya kita balik.”

“Hah! Jay. Apa yang jadi tadi tu? Korang macam kena sawan aje?”

“Yang tadi tu. Ohh! Saya tertolak Kay. Tak sengaja.”

“Bukan itu. Sebelum itu.” Mila pula menyoal anak bujangnya.

“Yang mana mama? Tak ada apa-apa pun yang terjadi.”

Mila dan Wati berpandangan dan saling bertukar senyum. Berlakon tiada apa yang terjadi tetapi mata orang tua mana boleh ditipu. Hakikatnya, Wati dan Mila sangat bahagia jika yang terjadi tadi adalah satu kenyataan. Memang itu yang dimahukan, Jay dan Kay jatuh cinta. Mudahlah urusan mereka nanti.

“Semua orang dah ada?” Satu suara garau mengejutkan momen yang sedang dinikmati oleh Wati dan Mila.

Sambil memandang Taib, wajah Wati dan Mila masih berbekas dengan senyuman.

“Kenapa isteri kita ni Wan Harun? Ada yang tak kena ke?” Taib menyoal Wan Harun yang sedang duduk dengan kaki bersilang.

“Entahlah! Anak-anak dengan mamanya sama aje. Kena sampuk kut!”

“Dahi kamu kenapa Khatijah? Bertampal bagai…jatuh ke?” Taib memandang anaknya.

Sebaliknya Jay ketawa terbahak-bahak apabila Taib menyebut nama Khatijah. Dia mengira hingga tiga dan kemudian dia tahu Kay akan berkata begini, “Papa ni bosanlah. Nama kita cantik dan glamour, tapi papa call me by that classic name. I don’t like!”

“Udah! Udah! Ni kenapa dengan dahi kamu?”

Kay tidak jadi membuka mulutnya. Jay terus tersengih-sengih macam kerang busuk. Syok! Si jantung pisang asyik terkena aje hari ini. Padan muka kau!

“Pokok kelapa dah tolak Kay sampai jatuh, papa.”

“Saya tak sengaja Papa Taib. Dia yang kurus sangat…lepas tu…”

“Dua-dua pun sama. Full stop! Kita bincangkan hal korang berdua sekarang.” Wan Harun membetulkan cermin matanya.

Semua orang terdiam apabila pemilik Bunga Teratai Holdings itu bersuara.

Si pokok kelapa dan si jantung pisang benar-benar duduk bertenggek di atas pembahagi antara rumah mereka. Di raut wajah masing-masing tidak...
Unknown Apr 11, 2011