Menu
Oh! MyKarya!

Selamat sejahtera,

Sudah agak lama saya tidak buat review novel. Baru2 ini saya ada membeli tiga buah buku dari penulis tersohor bertajuk 3 Kata Hati karya Norzailina Nordin, Jujur Aku Setia karya Eka Fahara dan Kea Alyissa karya Arasharrina. Dan, sebuah novel islamik berjudul Dan Bidadari Pun Mencintainya. Buku ini karya penulis Indonesia yang saya tak berapa ingat nama penulisnya (kerana namanya agak panjang), kerana saya sedang menelaah buku itu buat masa ini. Belum habis baca lagi.

Okey, novel 3 Kata Hati adalah novel terbaru karya penulis polemik Norzailina Nordin. Apa bezanya ek? Memang terlalu jelas perbezaan novel ini dengan novel-novel beliau yang lain. Yang paling nyata novel ini membuat pendekatan 'bahasa pasar/bahasa seharian' dalam penggunaan bahasanya, ayat yang pendek-pendek dan penggunaan bahasa 'aku' dalam beberapa bab dan penggunaan bahasa diri kedua pada lain2 bab. Sebelum ini Norzailina Nordin memang terkenal dengan novel kedewasaan dan matang tetapi kali ini beliau cuba memancing pembaca muda remaja untuk mengikuti karyanya.

Pada pendapat saya, saya lebih menyukai novel-novelnya yang terdahulu seperti Sewangi Kasih, Arjuna Hati, Cuma Dia, Menanti Kasih, Getaran Rindu dan banyak lagi. Karya remaja dan belasan tahun sudah terlalu banyak di pasaran dan saya suka jika selepas ini beliau menulis dengan 'branding' yang tersendiri. Walau apapun, saya tetap penyokong karya Norzailina Nordin sampai bila-bila! Saya adalah salah seorang daripada beribu 'silent readers'nya.




Sinopsis belakang buku:

Rindu – Mr. Rahsia! Pening kepala Hanani apabila terfikir nama yang sering mengganggu hidupnya melalui SMS. Dalam keterpaksaan melayan kerenah lelaki yang dikenali sebagai Mr. Rahsia itu, Hanani mula jadi rindu! Dia tersenyum bila lelaki tersebut mengatur bait-bait indah tetapi mula bengang bila asyik sahaja disakat.

Kasih – Kehadiran Iskandar membuatkan Hanani diulit bahagia. Namun, ada sahaja yang menjadi penghalang. Kacau daun sungguh! Hanani geram dengan keadaan itu, tetapi hatinya nekad untuk mempertahankan kasih sucinya.

Cinta – Hanani keliru. Cintanya sudah mekar, tetapi untuk siapa sebenarnya? Antara Mr. Rahsia dan Iskandar, mungkinkah kata hati mereka turut merasakannya?

Siapakah yang menjadi pilihan Hanani? 3 KATA HATI milik siapa? Iskandar yang membuatkan dia panasaran atau Mr. Rahsia yang mencuit hatinya melalui kiriman SMS?
     
Bagi peminat novel, saya sarankan kamu semua cuba membaca novel ini dan rasakan perbezaannya novel 3 Kata Hati dengan novel2nya yang lain. Namun, citarasa orang lain2, ada yang suka dan sebaliknya.

Selamat membaca...
aynora nur

Selamat sejahtera, Sudah agak lama saya tidak buat review novel. Baru2 ini saya ada membeli tiga buah buku dari penulis tersohor bertajuk ...
Unknown Jul 17, 2012
Oh! MyKarya!

Rain berbaring sambil membelek iPhone 4s nya. Sudah hampir seminggu dia tidak mendengar khabar dari Rara. Entahkan sihat atau sebaliknya gadis itu, dia pun tidak tahu. Hendak didail nombor gadis yang dirindui, tetapi hati membantah mengatakan jangan. Kalau ikutkan hati mudanya, sudah lama dia terbang dengan BMW hitamnya mendapatkan gadis itu. Tetapi sebaik sahaja terngiang-ngiang suara Baharom, niatnya jadi terbantut. Hilang moodnya untuk bertemu Rara. Kerana, jika bertemu dengan Rara bermakna Rain kena menghadap Baharom juga. Bukankah Baharom dan Rara sedarah dan sedaging, anak beranak.

Rain duduk pula dibirai katil. Tangan dikaup ke muka. Rambut lurusnya disisir dengan jari. Tahap bosannya sudah naik ke kepala. Pelbagai rasa menyerang sanubari. Terkadang hati paling dalam memaksa Rain kembali semula ke London, tempatnya bermain dan buang masa sejak lebih dari lapan tahun lalu. Tetapi, akal warasnya menolak. Dia ingin di sini, disamping Rara yang dicintai. Biarpun Rara masih menganggapnya sekadar kawan baik, biarlah. Asalkan dia tahu di mana tempatnya di hati Rain, itu sudah cukup bagi Rain. Yang penting Rara tahu dia amat sayangkan gadis itu.

“Ambillah selama mana masa yang kau ada asalkan pada akhir keputusan nanti, kau pilih aku.”

Itulah kata-kata azimat yang selalu Rain ingatkan pada Rara. Dan sepeti biasa Rara hanya tertawa mendengar gurauan Rain itu.

“Mak! Maaak!” Rain mencari Mak Zizah yang sudah dianggap seperti saudaranya sendiri.

Rain mendengar suara Mak Zizah dari belakang rumah. Melalui pintu dapur dia menyelinap keluar. Sengihan Mak Zizah menyambut kemunculannya. Mak Zizah sedang menjemur pakaian mereka berempat. Di rumah itu hanya ada Rain, Mak Zizah, Datuk Ikram dan pemandu merangkap tukang kebun iaitu Pak Zahir.

“Dah sarapan?”

Rain mengangguk. Tangannya disandarkan pada tiang ampaian yang berbumbung seperti rumah minangkabau. Angin pagi meniup sepoi wajah lesunya. Semangatnya hilang entah kemana. Gurau dan tawa Rara asyik bermain-main ditubir mata. Mengenangi gadis itu semuanya terasa manis dan indah. Kesedihan Rara umpama tempat Rain melabuhkan semangatnya. Bila keserasian dan jiwa mereka bersatu, semangat untuk terus hidup semakin teguh. Hmm…bila gadis itu mahu diangkut ke banglo ini dan sentiasa berada di depan matanya? Rain hanya mampu menggeleng sendiri.

“Cakap sendiri…” Mak Zizah menyentuh lembut bahunya.

“Mana ada.”

“Habis tu yang tergeleng-geleng macam mamak mabuk kari, kenapa?”

Mak Zizah menyindir dengan nada bersahaja. Dijeling sekilas gelagat Rain yang lembik tak berdaya. Wajah Rain biarpun sedia kacak tetapi pagi ini ia nampak kusam dan tidak berseri. Dengan pengalaman bertahun sebagai pengasuh dan tukang masak kepada Rain, Mak Zizah mengerti kesedihan yang ditanggung oleh Rain. Anak muda itu belum sembuh sepenuhnya dari kelukaan lama. Sungguhpun dari luarannya Rain nampak kuat dan tenang, Mak zizah juga tahu Rain sebenarnya seorang yang pendendam. Selalu Mak Zizah berdoa agar Rain dapat memaafkan ayahnya sekaligus keluarga kecil itu kembali bersatu.
    
“Ingat nak balik semula ke London lah mak…”

“Kan Rain baru sampai. Belum ada sebulan pun. Tak habis lagi rindu mak ni tau. Mak baru berangan nak masak macam-macam yang Rain miss sepanjang Rain tak ada kat rumah ini. Duduklah setahun dua lagi…”

“Setahun? Tak tahu saya boleh hidup lagi tak masa tu.”

“Astaghfirullah…tak baik berfikiran singkat macam itu. Minta ampun dengan ALLAH, Rain. Kan kita digalakkan untuk berkerja bersungguh-sungguh umpama kita akan hidup untuk selama-lamanya! Tak cukup ke dengan pesanan yang ALLAH titipkan itu?” Mak Zizah mengucap panjang.

Rain hanya tertunduk tidak menjawab. Tiada yang tidak benar apa yang diperkatakan oleh Mak Zizah sebentar tadi. Semuanya memang benar. Tidak tahu mengapa dia terlalu menyerah dan berserah sahaja sekarang ini. Sikapnya yang tegas dan berdikari bagai tidak lagi menjelma. Semuanya bagai lenyap sedikit demi sedikit.

Telefon di poket seluar berdering-dering. Rain membiarkan sahaja hinggalah ia mati sendiri.

“Kenapa tak angkat?”

“Malas.”

“Mungkin panggilan kecemasan.”

“Rain orang tak penting, mak. Ayah pun dah buang Rain disebabkan gambar-gambar lama tu. Benda dah lama pun ayah masih simpan. Forgive and forget kan lebih senang.”

Rain menoleh wajah kerut Mak Zizah. Mungkin ada yang dia tidak faham tentang bahasanya.

“Maksud Rain, maafkan dan lupakan kisah silam tu, sudahlah. Ini tidak. Di ungkit semuanya. Sebab itu Rain dah boring tahap gaban ni. Rasa nak balik London esok lusa juga.”

“Duduklah sini sebulan dua. Tengok dulu macam mana ayah Rain. Siapa tahu esok lusa dia berubah hati. Panggil Rain kerja balik. Marah orang tua ni sekejap aje. Rain kan anak dia satu-satunya. Waris tunggal syarikat…siapa lagi yang dia nak harapkan.”

Rain menentang bening anak mata Mak Zizah. Bahasa lembut dan pertuturan yang berhemah menjadikan Rain terlalu mengagumi Mak Zizah. Orang tua itu di didik penuh dengan budi pekerti yang elok. Sepanjang dia membesar di rumah ini, tidak pernah sekalipun Mak Zizah memarahinya. Mak Zizah melayannya seperti anak kandung sendiri.

“Demi mak yang Rain sayang dan sanjungi…Rain akan tangguhkan niat ini dulu.”

Mak Zizah mengangkat tangan mengucap syukur ke hadrat Illahi.

***

Rain berhenti di bawah pohon besar tidak jauh dari rumah Rara. Daripada jauh dia memerhati. Rumah teres dua tingkat itu nampak sunyi. Macam tidak berpenghuni. Sebaik sahaja dia perasan ada satu panggilan tidak berjawab daripada Rara, hatinya terus berdebar-debar. Rain menyesali sikap sendiri kerana malas menjawab panggilan tersebut ketika berbual dengan Mak Zizah pagi tadi. Menambah kerisauan di dada Rain apabila panggilannya ke telefon Rara tidak bersahut. Akhirnya, BMW hitam Rain sudah tersadai di kawasan kejiranan Rara.

Rain mencuba nasib lagi. Dia hampir terlonjak gembira apabila panggilannya di jawab oleh satu suara yang amat dirindui.

“Iya! Aku dah sampai kat bawah pokok ni.”

“Aku nak jumpa kau. Datang sini.”

“Tak nak. Aku tak nak masuk.”

Suara Rain dan Rara bertukar soal dan jawab yang akhirnya menyebabkan Rara mengalah. Dari jauh Rain tersenyum melihat Rara menghampiri keretanya.

Rara memberi salam.

“Masuklah. Macam tak kenal aku. Terjenguk-jenguk. Aku bukan hantulah!”

Nada suara Rain sungguh ceria.

“Kenapa call?”

“Eleh! Kau tu kenapa tak call aku?” Rara mencebik. Dalam benci ada rindu. Itu perasaannya kini.

“Aku tak call takut kau masih marah. Abah kau pun tengah hot kat aku. Aku takut kena hambat pulak kali ini. Sumpah! Aku rindu kat kau. Kalau kau tak percaya tak apa. Itu realitinya.”

“Kalau rindu, kenapa dah berminggu baru nak muncul. Kalau aku tak call tadi, sampai sekarang kau tak nak cari aku, kan?”

“Aku ada masalah aku sendiri, Rara. Tapi yang penting, kau selalu ada kat dalam hati aku.”

“Aku percaya. Dah selalu kau cakap macam itu. Aku dah lali.”

Rara mencebik. Dia bermain-main dengan hujung rambutnya.

“Bila nak tutup ni?” Rain menyentuh lembut rambut Rara.

“Nantilah. Nak tutup kena ikhlas. Bukan paksa-paksa.”

“Ehem!!” Rain berdehem dengan kuat.

“Faham!! Kau kena tanggung dosa aku. Tapi janji kita dulu kan main-main aje. Kau yang terlebih serius.” Rara ketawa mengusik.

“Kau dah terima, aku pun dah berjanji. Serius atau main-main bukan persoalannya.”

“Eh! Kenapa serius sangat ni. Ada benda lain yang aku nak bagi tahu.”

“Aku cakap sikit pasal janji kita aje, kau terus ubah topik. Pandai ya…” Rain tidak melepaskan peluang mencubit hidung Rara.

“Okay! Okay! Serious time!”

Rain menunggu Rara bercerita lanjut. Apakah bendanya yang begitu serius yang mahu disampaikan oleh Rara. Apakah Didi sudah kembali kepadanya? Apakah Rara mahu memutuskan perhubungan mereka? Penantian satu penyeksaan…

“Aku dah dapat kerja.”

Amazing…cepatnya. Kat mana?”

“Rahsia.”

“Suka hati. Yang penting kau tak akan boring lagi. Congratulations…”
Thank you. Kawan abah aku yang offer kerja tu. Selepas berfikir panjang, aku rasa lebih baik aku kerja daripada duduk goyang kaki macam kau. At least, boleh support kau pulak. Dulu masa kat overseas kau selalu tolong aku. Selagi kau belum ada kerja, aku akan support kau. Don’t worry.”

“Baiknya…ada udang di sebalik mi ke ini? Atau ada gajah di seberang laut…”

“Dua-dua tak ada. Macam kau juga. Aku pegang janji.”

Rain tersenyum penuh makna. Apakah ini tandanya Rara sudah melupakan Didi? Dia semakin tidak sabar menghitung hari menunggu saatnya tiba Rara menjadi milik mutlaknya.

Rain berbaring sambil membelek iPhone 4s nya. Sudah hampir seminggu dia tidak mendengar khabar dari Rara. Entahkan sihat atau sebaliknya ga...
Unknown Jul 13, 2012
Oh! MyKarya!


Oleh kerana terlalu banyak kerja, aku 'skip' makan tengahari dan bercadang meminda jadual makanku selepas solat zohor nanti. Aku menyiapkan kerja-kerja yang boleh dibereskan dengan segera, dan bahagian yang memerlukan penelitian lebih, aku ketepikan dahulu. Kerja sepertiku memerlukan perancangan masa yang bagus agar segalanya dapat diselesaikan dalam masa yang ditentukan.

Aku membalas salam Hannah yang baru menelefon.

"I belum makan lagi. Sekejap lagi sambung zohor sekali."

Hannah bertanyakan jika aku sibuk dan serba ringkas pesanan agar aku tidak lupa untuk mengisi perut kerana pagi tadi pun aku tidak sempat bersarapan akibat terlewat bangun. Selepas memberi dan menerima salam, perbualan kami ditamatkan tak sampai seminit. Aku kagum dengan Hannah yang amat faham dengan kesibukanku. Kepercayaannya dan sikap ambil berat Hannah menjadikan aku seorang lelaki yang bertuah.

"Zaffrill...call untuk kau line 2!"

Entah suara jantan mana yang menyambungkan talian, aku tak perasan. Di jabatanku ada lebih dari empat orang jejaka yang tampan belaka, jadi aku singkatkan mereka menjadi 'jantan'. Boleh tahan juga gelaran yang aku gunapakai hinggakan selalu menjadi bahan gurauan kami semua.

"Temankan I makan lunch dengan client, Zaffrill. Hari ini partner I semua sibuk. Ada yang dah sampai kat resort pun. Dah pegang kayu golf."

Permintaan Datuk Khalid terpaksa aku turuti. Kita hanyalah kuli yang makan gaji manakala Datuk Khalid sudah tentu orang yang bayar gaji, hendak tak hendak aku terpaksa 'adjust' perutku kali ini. Datuk Khalid pun satu, orangnya bukanlah tak baik tetapi yang boringnya Datuk Khalid asyik cerita pasal golf. Padang mana paling cantik di Malaysia ini pun dia hafal nama jalan dan ceruknya. Hinggakan nama pemain golf antarabangsa semua dia tahu. Tetapi sayangnya, bila ditanya nama pemain golf Malaysia, Datuk cakap dia belum habis baca. Datuk oh! Datuk. Suka hati Datuklah...

"Ron!"

Panggilanku tiada jawapan.

"Aaron. Kau pekak ke?"

"Aku engaged!" Aaron menjerit demi memuaskan telingaku.

"Sorry!" Aku angkat tangan.

Aku menulis nota dan meletakkan di tepi lengan Aaron. Kakitangan yang lain sudah lama pergi mengisi perut. Tinggal aku dan Aaron yang terlebih rajin. Tetapi kerajinanku terbantut dek panggilan daripada Datuk Khalid tadi. Anganan mahu berehat selepas solat zohor nanti hanya tinggal impian kosong. Sambil berjalan ke ruang legar pejabat Antah Holdings, aku mendail nombor Hannah, isteriku yang tercinta. Panggilanku tidak berangkat. Jadi aku titipkan mesej sahaja. Lebih jimat masa daripada menunggu panggilan yang tidak berangkat.

"Zaffrill...lets go."

Datuk Khalid menggamitku. Telefon aku segera letakkan dalam mode silent tetapi aku setkan 'vibrate' agar aku tahu jika ada panggilan atau mesej yang masuk.

"Busy nampak."

Syukurlah jika Datuk Khalid nampak kesibukanku. Untung sabut timbul, bila tiba hujung tahun bolehlah dapat bonus berkali ganda...anganan tak sudah mengiringi langkahku ke kereta Mercedes milik syarikat. Azmi yang sudah bertahun menjadi pemandu Datuk Khalid tersenyum melihat kami datang.

"Agak busy jugak..."

Datuk Khalid mengangguk.

"Mi...pergi Paragon Hotel."

Aku tidak banyak tanya. Kalau ikutkan nama hotelnya, ia bertaraf lima bintang. Jadi pada tanggapanku, client Datuk Khalid kali ini mestilah hartawan yang boleh membawa faedah kepada syarikat. Aku membetulkan ikatan tali leher agar kelihatan kemas. Sebagai pengurus pelaburan syarikat, aku kena kelihatan yakin dan berkarisma di mata pelanggan.

Sewaktu kami tiba di lobi hotel, keadaan agak lengang. Ada beberapa pelancong asing sedang membelek akhbar sambil berbual santai. Mungkin sedang menunggu rakan mereka ataupun sekadar melepaskan lelah selepas penat berjalan dari sesebuah destinasi. Entahlah, itu hanya tanggapanku.

"Client dari mana ni yang kita nak jumpa Datuk?" aku sekadar berbasa basi.

"Very important person." Datuk Khalid sekadar senyum meleret.

V.I.P! Kedengaran bagus, fikirku. Aku semakin bersemangat. Hilang sudah rasa lapar yang sedari tadi aku tahankan. Iyalah, berangan menunda waktu makan tengahari, akhirnya diri sendiri yang kelaparan.

"Ha! Itupun dia dah sampai."

Aku menyorot pandang pada sesusuk tubuh agak gempal seorang lelaki yang mungkin berusia lewat 40-an. Salam kami bertukar tangan. Datuk Khalid segera memandu kami ke sebuah coffe house. Hampir 15 minit perbualan, aku dapat sedikit info tentang Haji Jauhari ini. Dengan mengenakan jaket kelabu dan berseluar panjang sama padan, Haji Jauhari memiliki raut wajah sangat jernih. Penampilannya yang bersongkok menambah yakin dalam benakku demi mengatakan bahawa orang tua ini bukan sebarangan orang. Mungkin seseorang yang bijak pandai dalam hal ehwal agama.

"Projek yang kita rancangkan ini jangan tak jadi Ji, putih mata saya nanti. Lihat orang lain boleh sampai empat, saya baru nak cecah dua. Harap segala perancangan berjalan lancar."

"Insya'allah. Jika niat dan betul caranya, bakal dipermudahkan segala urusan." Haji Jauhari tersenyum kepadaku yang sedari tadi asyik tekun mendengar.

Bila mendengar angka-angka yang disebut oleh mereka berdua, aku sudah membayangkan betapa Haji Jauhari memiliki harta yang banyak. Biasalah, orang berniaga ada bahasa isyarat di dalam perbualan mereka. Jika di telek dari angka tadi, mahu cecah juta ataupun billion nilai projek yang mereka usahakan.

"Siapa dia tu Datuk?" aku bertanyakan sebaik sahaja kami duduk di dalam perut Mercedes. Azmi tertoleh-toleh ingin ikut serta dalam perbualan ringkas ini.

"Adalah...."

"Macam rahsia kerajaan aje bunyinya." aku menduga.

Datuk Khalid menyeringai bahagia. "Taklah rahsia sangat."

"Apa business dia buat? Mungkin dia salah seorang pelabur besar dalam Felda Global Venture Holdings? Boleh kita jalin kerjasama dengan dia Datuk. Dapat sikit share untung dividen dia pun jadilah..." aku sekadar berbual kosong.

"Kamu kena banyak belajar lagi dalam menilai penampilan dan peribadi seseorang."

Aku rasa terpukul dengan kata-kata Datuk. Mungkin penilaianku terhadap Haji Jauhari silap belaka.

"Dia tu orang yang bakal menikahkan saya."

Aku silap dengarkah? Ayah Aqila baru nak beristeri ke? Jadi Aqila daripada ibu yang mana? Tak pernah dengar pulak isteri Datuk Khalid meninggal dunia. Apakah Datuk Khalid mahu berpoligami? Jika dengar dek Hannah aku bersekongkol dengan Datuk Khalid, mati aku kena kerjakan. Hannah bukannya mementang poligami seratus peratus tetapi dia ada sebab mengapa tidak menggalakkan poligami.

"Ohh! Ingatkan pelabur baru..,"

"Pelaburan akhirat." jawab Datuk Khalid ringkas dan padat.

Aku terus diam tidak berkata.   

                 
 

Oleh kerana terlalu banyak kerja, aku 'skip' makan tengahari dan bercadang meminda jadual makanku selepas solat zohor nanti. Aku ...
Unknown Jul 12, 2012
Oh! MyKarya!



"Buktikan kemampuanmu terlebih dahulu. Jangan cakap soal kebahagiaan kalau kamu sendiri tak bahagia...!!"

Ungkapan penuh makna daripada Baharom terngiang-ngiang di cuping telinga Rain. Ia juga seolah-olah berkumandang di seluruh biliknya. Dia rasa amat tertekan. Apakah ia satu penghinaan? Pantang benar jika orang mempertikaikan prinsipnya. Apakah kebahagiaan seseorang boleh terpancar di raut wajah? Apakah bahagia boleh dikira dan ditimbang dengan dacing yang pembuatnya adalah manusia sendiri. Sungguh tak adil....

Adam Bahrain berteleku di penjuru biliknya. Jiwanya resah. Kata-kata Baharom bagai belati tajam menghunus segala kekuatan yang dia ada walaupun hakikatnya ia dialunkan dalam nada lembut. Semakin kuat desakan dan asakan keluar masuk di rongga telinganya semakin tebal nekadnya untuk memiliki Rara. Jika baharom tidak sudi menerimanya, tidak mengapa. Asalkan dia dan Rara bahagia, itu sudah mencukupi.

"Buktikan kemampuanmu!!"

Hingga malam dalam tidurnya pun Adam Bahrain masih mengigau benda yang sama. Tetapi kali ini dia rasakan suara Baharom umpama guruh dan kilat yang menimpanya berubi-tubi. Lama dia terjaga pada angka jam menunjukkan pukul 3.00 pagi. Jika Baharom memberikan satu motivasi yang agak gerun begitu, mana boleh aku berdiam diri. Dia mesti bertindak demi menyelamatkan maruah yang sudah tercalar. Maruah dan egonya bagai diinjak-injak dan ditertawakan. Tidak pernah lagi seumur hidupnya yang sudah menjangkau 32 tahun ini ada orang seberani Baharom. Biar lembut tutur kata, sungguh dalam makna yang tersirat.

Seawal jam tujuh pagi Rain sudah tercegat di meja makan. Dia ingin bersarapan. Dia mesti membuat temujanji segera di meja makan itu. Jika tidak tiada lagi peluang untuknya mengubah keadaan. Demi satu cabaran, dia rela melakukan perubahan. Walau nanti sekali lagi maruahnya dicabar oleh orang yang berlainan pula, dia sudah nekad.

"Morning young man!"

Sejak dari dulu Datuk Ikram memanggilnya 'young man'. Sampai bilakah aku mesti digelar young man sebab sekarang aku sudahpun menjadi matured man! Rain menggumam.

"Assalamualaikum ayah."

"Waalaikumussalam..."

Datuk Ikram membalas salam Rain dengan senyuman tersimpul di bibir.

"Angin tak ada, ribut pun tak nampak...tiba-tiba terpacul kat rumah ni. Apa cerita?" Datuk Ikram menyapu planta di atas roti. Ikatan tali leher dilonggarkan. Lebih selesa untuk menjamah makanan dengan cara begitu.

"Ayah nak cepat ke?"

"Ada benda yang nak Rain bincangkan ke?" soalan bertemu soalan.

"Kalau ayah sibuk tak mengapalah. Then, when is your free schedule?" Rain masih cuba membuat 'appointment' walaupun dia tahu jadual Datuk Ikram selalu penuh.

"Okey young man, i'll make it free today. Tell me what is your story...hmmm...full story."

Datuk Ikram bangun dari tempat duduknya. Dia mengelap mulutnya dengan tisu. Sempat juga dia menggamit pembantu rumah yang dipanggil 'mak' oleh Rain.

"Tolong simpankan jaket dan beg saya Zizah. Saya ada perbincangan dengan Boss besar kita hari ini. So...tak payah sambungkan panggilan."

Mak Zizah hanya tersenyum lalu mengangguk. Rain faham benar rentak Datuk Ikram. Asalkan perbincangan namanya, bukan dibuat di meja makan, tetapi perlu dilakukan di dalam bilik khas yang memang disediakan di rumah banglo itu, lebih-lebih lagi jika perbualan itu bersifat rahsia.

Rain mengekori Datuk Ikram menuju ke bilik perbincangan. Badannya terasa seram sejuk mahu menghadap Datuk Ikram. Apa yang perlu dikatakan. Semuanya jadi lintang pukang di dalam kepala. Tentang Rara terutamanya, tentang Baharom, bayangan Didi dan kisah MMS ugutan Laila yang sudah bertahun berlalu. Takkan Datuk Ikram mahu dengar cerita penuh berkenaan hal tersebut?

"Bila Rain sampai sini?"

"Dah dua hari ayah."

"Hmm...patutlah ayah tak nampak kereta hitam tu kat car park."

Rain tertelan liur. Dia hanya balik untuk mengambil kereta dan terus mencari Rara. Sebab itu kereta itu lesap dengan tuannya. Tuan empunya kereta yang kemaruk rindu pada si comel Rara. Rain berimagnasi seraya tersengih-sengih.

"Okey! Now start telling me your full story."

Ohh! No! He is serious! Serious indeed! Rain hilang kata.

Rain mula membuka cerita tentang kepulangannya dan niatnya mahu berbakti kepada syarikat milik keluarga. Segalanya susah senang di perantauan, pengalaman yang diperolehi dari kerja sambilan di beberapa buah syarikat arkitek dan juga europe tour bersama rakan-rakan ketika di luar negara. Semuanya Rain luahkan kecuali tentang kewujudan insan istimewa bernama Rara. Tentang insiden beberapa tahun dahulu angkara Laila, tentang perasaannya yang tertekan akibat pemergian mama tercinta. Itu semua takkan dibenarkan ia terbongkar melainkan ada yang membuka pekung itu.

"All Right! Okey!"

Datuk Ikram bangun dari kerusinya lalu membuka kabinet yang memuatkan pelbagai dokumen perniagaan dan peribadi. Rain tahu ruang itu memang mengandungi bermacam dokumen milik Datuk Ikram. Dahulu ketika mamanya masih ada, dia kerap membantu Datin Zaleha menyusun dan menyimpan dokumen-dokumen tertentu. Kali ini apa pula taktik Datuk Ikram membuka kabinet itu semula?

"Ini apa? This is not part of your story?"

Datuk Ikram mencampakkan beberapa keping gambar di hadapan Rain. Mata Rain tertancap pada sekeping gambar paling atas. Argh!! Gambarnya dan Rara pada satu acara. Cerita penuh itu kini memakan diri. Yang tadi versi yang positif dan membuat Datuk Ikram tersenyum bangga. Tetapi versi kedua ini pasti menyuntik bahang hangat pada perbincangan mereka. Mana Datuk Ikram dapat ini semua? Sasaran tuduhan benak Rain lebih menjurus kepada satu nama. Siapa lagi kalau bukan Laila, gadis kenalan baik kepada keluarganya. Bukankah kerana ugutan itu dia dan Rara terjebak pada satu janji. Janji yang menyakitkan bagi Rara tetapi merupakan kemenangan pada diri Rain. Siapa mahu melepaskan Rara kepada lelaki lain terutamanya kepada Didi?

"Yang itu...actually..." Rain mula hilang kata.

"You owe me the whole story, young man!"


***

"Apa you dah buat Laila?" suara Rain kedengaran agak tegang.

"Dah bertahun tak balik, tup-tup nak jumpa I. Dahlah nak jumpa satu hal, ini tanya soalan tanpa tanya khabar I. You ni selfish betul."

"I'm sorry. Tapi you dah buat Datuk Ikram pandang rendah pada I. You punca semua ini Laila. Kalau you tak sebarkan gambar itu, tentu keadaan jadi senang sekarang. I can start working anytime. I nak bina masa depan I mulai sekarang. Tapi disebabkan MMS tersebut, I dah jadi kuli kat syarikat I sendiri. You tahu tak?"

"I minta maaf pasal gambar-gambar dan kisah lama tu, Rain. I ingat Datuk dah lupakan. I tak sangka dia berdendam pada you sebab gambar-gambar tu. I tak tahu apa yang dia rancangkan sekarang. I betul-betul minta maaf."

"I nak marah you pun tak guna Laila. Nasi dah jadi bubur. Benda dah jadi. I mungkin jadi penganggur sampai bila-bila. Datuk dah tak percayakan I lagi selepas semua yang dia dapat tahu. I dah macam anak tiri kepada bapa kandung I sendiri. No place for me in the company."

"Maksud you...you langsung tak boleh kerja balik ke?"

Rain menggeleng. Gelengan untuk sebuah jawapan atau sesalan, Laila sendiri kurang pasti. Lelaki tenang dan matang seperti Rain memang sukar diduga. Bak kata pepatah, jangan sangka lautan yang tenang tiada buaya...

"Boleh kerja balik but as a workers not owner of the company."

"Jawatan MD you..."

"Not valid may be..."

"Immediately??"

"Sampai general meeting hujung bulan nanti."

"Mungkin I boleh tolong you?" Laila menawarkan pertolongan.

"It is okey. I can manage my own problem. How is your life here so far..."

"Alhamdulillah. So far so good. You balik sini sebab apa? Dah jumpa kucing bertanduk dua ke?" Laila menghambur tawa dihujung bicaranya.

"On personal reason. You tak payah tahulah..." Rain memberikan jawapan pendek.

"Bukan sebab gadis itu, kan?" Laila tak jemu menduga. Hatinya berdebar-debar menunggu jawapan dari mulut Rain.

"Cukuplah kalau you tahu the reason is because of personal matter. Itu saja jawapan yang aku ada."

Rain tenang meneguk jus epal yang tinggal separuh. Dia perlu bergegas ke satu tempat lain untuk menguruskan sesuatu. Perkara itu juga menjadi sebab mengapa dia pulang ke tanahair menyusul Rara. Kebajikan terhadap Rara yang menjadi keutamaannya kini.

"Lagi satu..."

"Yes?" Laila menunggu jikalau Rain mahu memperkatakan tentang hubungan mesra mereka. Kalaulah ada...

"Bagus juga kalau you tolong pujuk Datuk Ikram."
     
  

"Buktikan kemampuanmu terlebih dahulu. Jangan cakap soal kebahagiaan kalau kamu sendiri tak bahagia...!!" Ungkapan penuh mak...
Unknown Jul 11, 2012
Oh! MyKarya!


“Apahal kecoh-kecoh ni!”

Rara dan Rain terkejut. Wajah kedua-duanya pucat lesi disergah oleh suara Baharom. Di tangan kanan Baharom terlekat senduk yang mungkin baru digunakan. Wajah Baharom nampak lebih garang dari tadi iaitu sewaktu awal-awal menerima kedatangan Rain. Mungkinkah Baharom terdengar perbalahan antara mereka sebentar tadi. Apakah ‘tayangan percuma’ tadi juga menjadi santapan mata Baharom. Jikalau tidak takkan wajah Baharom begitu tegang.

“Tak ada apa-apa abah. Gaduh gurau-gurau aje. Rain kalau bergurau memang kasar. Itu sebab Rara pun kena berkasar dengan dia.”

“Rara kan wanita. Seorang perempuan ada adab dan tertibnya bila bergurau dengan lelaki. Bukan dengan lagak kasar macam itu. Kamu tak malu kalau orang luar tengok. Memang dia kawan baik kamu tetapi kena ingat batasan pergaulan dan gurau senda dengan lelaki.”

Rain angkat punggung lalu duduk di kusyen yang bertentangan dengan Rara. Terasa pedas benar tamparan nasihat yang dilontarkan oleh Baharom. Memang silap sendiri. Ingatkan dia boleh bebas bertepuk tampar dengan gadis comel itu tetapi siapa tahu ada tembok batu yang memagari kuntuman bunga yang sedang mekar itu. Hmm…nasib baik Baharom tak baling senduk kat aku tadi, Rain sempat mengutuk khilafnya sendiri.

“Rara…mari tolong abah. Banyak kerja belum siap kat dapur ni.”

Rara segera menapak ke dapur sambil tunduk bila lalu di hadapan Baharom. Rasa bersalah memenuhi ruang hati. Tidak sepatutnya dia berlawan dengan Rain tadi, sepatutnya dari awal-awal lagi dia tidak melayani Rain yang ajak lawan cakap. Sekarang terimalah padahnya. Jangan sampai tembelang antara dia dan Rain pecah sudahlah. 

“Tolong abah perah santan. Bila dah siap tolong potongkan kobis bulat tu. Jangan lupa cuci sampai bersih.”

Baharom memberikan arahan kepada puteri kesayangannya. Sesekali dijeling Rara yang sedang memerah santan. Apakah hubungan Rara dengan lelaki alien yang tiba-tiba muncul di rumahnya ini? Ketika dia menghendap dari dapur tadi, sesuatu yang tidak elok telah terjadi. Dadanya terasa sakit bagai disentak oleh satu tangan besar. Seolah hampir tercabut nyawanya. Bekalan ilmu agama yang cukup kepada Rara rupa-rupanya masih tidak dapat melindungi anak daranya itu daripada menjadi mangsa ‘cabul’ oleh kawan yang dikatakan ‘baik’ itu. Mengapa Rara membiarkan sahaja perlakuan tidak elok oleh jejaka macho itu. Rara seolah-oleh merelakan dirinya disentuh oleh Rain. Ya ALLAH…dimanakah silapnya didikan yang aku berikan?

Baharom merancang sesuatu untuk mengetahui sejauh mana ‘hubungan akrab’ antara Rara dengan lelaki itu. Takkan semudah itu dia menyerahkan Rara kepada lelaki yang baru sahaja beberapa jam dikenali. Mungkin dari susuk tubuh dan kekayaan fizikal dia boleh membeli Rara, tetapi bukan dirinya.

“Pak cik…ada apa-apa yang saya boleh tolong?”

Baharom yang sedang mengelamun terkejut dengan sergahan suara Rain. Hujung jari telunjuknya mengenai bucu kuali yang sedang digunakan. Terasa panas dan pijar. Cepat-cepat Baharom menuang kicap pada jarinya yang terkena kuali panas. Itu petua orang dahulu kala. Tetapi memang ada kebenarannya. Yang penting jari yang terasa pijar tadi beransur elok.

“A…aa…tolong buang sampah.”

“Abah! Orang tanya elok-elok, ke situ pulak dia…”

“Iya. Abah tahu. Kamu tolong pak cik buangkan sampah. Dah penuh tong sampah pak cik tu…”

Rain hanya tersenyum sumbing. Sepanjang hidupnya di rumah banglo milik Datuk Ikram, dia tidak pernah membuang sampah. Semua itu dilakukan oleh pembantu-pembantu di rumah banglo tersebut. Waima, sampah di dalam biliknya pun dibersihkan oleh pembantu-pembantu mereka. Jadi, apa sangatlah kerja membuang sampah untuk keluarga Rara yang mungkin satu hari nanti menjadi sebahagian keluarganya juga.

“Apasal masih tercegat lagi tu? Kamu tahu tak nak buang sampah?” Baharom menyindir Rain.

“Biasa pak cik. Ini semua dah selalu saya buat. He..he…”

Rain menjinjit plastik hitam yang berisi sampah lalu di bawa keluar mengikut pintu hadapan. Ketika sampai di pintu pagar dia ditegur oleh dua orang manusia, yang seorang gadis langsing dan cantik dan yang seorang lagi lelaki bertubuh agak berisi sedikit tetapi kelihatan tampan juga. Hatinya berdetik seolah-olah pernah ternampak lelaki itu, tetapi di mana ya?

“Kau siapa eh?”

Tanpa salam dan tanpa senyum terus meledak soalan. Sang lelaki menunduk kepala tanda hormat tetapi si perempuan terlebih sudah!

“Maaf…aku kawan Rara.”

“Kawan Rara?? Naik BMW….” Bibir si perempuan memanglah seksi tetapi terjuih-juih macam disuntik botox. Rain gelihati sendiri.

“Masuklah, dia ada kat dalam.” Rain malas mahu berbicara lebih lanjut. Dia berasa kurang senang dengan gelagat sang perempuan yang tergedik-gedik. Jauh benar karekternya dengan permata comel kesayangannya.

“Rara! O Rara!!”

“Kat luar tu kawan kau ya!” laungan nyaring suara Kiki memecah keheningan rumah dua tingkat itu.

Didi mengekor bontot Kiki berjalan pantas ke dapur kerana di ruang tamu tiada sesiapa yang menyambut mereka. Rain berlagak tenang berjalan di belakang ke dua-duanya.

“Hah! Kiki! Didi! Kamu semua dari mana?” Baharom melayan mesra tetamu yang sudah biasa dengan kediaman mereka itu.

“Dari rumah Didi. Pak Cik…yang kat luar tadi tu kawan Rara ya? Bukan main sombong lagi, orang tanya pun susah nak jawab. Tahulah dia naik BMW…”

Usai Kiki bersuara, Didi menyinggol lengannya. Dia memberi isyarat mata agar Kiki tidak membuat tuduhan yang bukan-bukan.

“Tanyalah Rara…” Baharom hanya berkata sepatah dua.

“Kenapa?”

Rara memandang Rain yang berdiri tidak jauh dari mereka. Wajah tenang Rain amat menarik minatnya. Inilah masanya dia membuat perbandingan drastik. Antara Didi dan Rain. Kenapa hatinya tenang tatkala bertembung pandang dengan Rain, sebaliknya bila matanya berkalih kepada Didi, tiada apa-apa perasaan. Kosong. Kontang. Ke mana kasih dan rindunya terhadap lelaki itu? Kenapa tiada sekelumit pun rasa cemburu pabila melihat Didi dan Kiki berganding bersama? Inikah hikmah yang Baharom canangkan selalu apabila dia mengeluh tentang hubungannya dengan Didi? Entahlah…Rara tiada jawapan untuk itu semua, lagi-lagi pada tika dan saat ini.

“Heii si comel! Aku tanya kau pun tak jawab. Macam dah berjanji pulak.”

Rara tersentak. Dia sempat melihat senyuman simpul Rain dihadiahkan kepadanya. Mengutuk akulah tu!! Rara membalasnya dengan jelingan tajam.

“Nama dia Adam Bahrain. Kawan Rara masa belajar kat UK.”

“Dari UK ikut balik sampai ke rumah. Hmm…pandailah Rara tambat hati jejaka macho dan kaya macam tu…”

“Aku tak macam yang kau sangkakan, Kiki. He deserves to be my bestfriend…dia ada ketika aku susah. Tak macam kau dengan Didi!!” Usai menghamburkan kemarahannya, Rara berlari ke bilik. Dia tak sanggup berdepan dengan ejekan dan tuduhan melulu dari mulut Kiki.  

***

"Siapa Didi dan Kiki tu pak cik?"

"Didi tu kawan baik Rara dari kecil. Ke mana sahaja selalu bersama. Mak Cik Khalidah pun dah dianggap macam ibu sendiri. Kami restui perhubungan suci yang terjalin itu. Tetapi...semenjak dua menjak ni, lebih-lebih lagi bila Rara sambung belajar...hubungan mereka nampak renggang. Itu yang dia sensitif betul sekarang ni."

Baharom menceritakan serba sedikit hubungan antara Didi dan Rara kepada Adam Bahrain. Sewajarnya Didi tidak membuat kejutan tentang kemesraannya dengan Kiki di hadapan Rara buat masa ini. Berilah Rara masa dan peluang untuk memahami bahawa antara mereka hanya layak sebagai kawan baik sampai bila-bila. Pertemuan, ajal dan maut semuanya di tangan Tuhan. Didi sepatutnya menunggu masa yang sesuai untuk menghebahkan tentang hubungannya dengan Kiki. Tetapi apa nak buat, Rara telah menghidunya sedari awal.

"Hmm...Patutlah sehari dua ini dia jadi penyedih sangat. Bila saya call pun dia sedang menangis."

"Dia memang sensitif budaknya. Iyalah...budak membesar tanpa ibu."

Adam Bahrain faham apa yang diceritakan oleh Baharom sebentar tadi. Dia pun ada dengar cerita itu dari mulut Rara sendiri. Kisah mereka hampir sama cuma bezanya, Adam Bahrain kehilangan mamanya ketika usia telah menginjak dewasa. Namun dia faham situasi yang dihadapi oleh Rara.

"Pak Cik..."

Baharom menanti butir bicara yang mahu diluahkan oleh pemuda yang baru dikenali itu. Pada mulanya dia pun tidak suka orang bertandang ke rumahnya dan telah berkelakuan tidak senonoh. Tetapi demi menghormati tetamu, dia sabarkan hati buat sementara waktu ini. Kalau Adam Bahrain ada permainannya tersendiri, dia juga boleh mengikut rentaknya. Baru nanti dia tahu langit itu tinggi atau rendah!

"Sebenarnya saya nak ...."

Adam Bahrom teragak-agak mahu menyambung bicara. Wajah tegang Baharom dijeling sekilas. Apa akan jadi kalau aku berterus terang? Apakah ini masa yang sesuai untuk aku menerangkan perkara sebenar? Atau apakah pendedahan ini akan menyebabkan Rara membencinya? Tidak! Jangan Rain...belum masanya!

"Apa susah sangat kamu nak buka cerita? Tergagap-gagap..." Baharom menempelak.

"Saya nak pak cik tahu yang saya suka berkawan dengan Rara. Saya nak jadikan Rara sebagai teman dan suri hidup saya pak cik. Saya jamin yang Rara akan bahagia dengan saya. Saya boleh bahagiakan dia, pak cik. Saya akan buat apa sahaja untuk dia. Dengan ini saya minta izin daripada pak cik untuk memperisterikan dia. Itu pun kalau pak cik berikan kebenaran..."

Ceritakan hal sebenar, Rain! Biar rahsia itu tidak menganggu kau lagi! Agar kau tak menanggung rasa bersalah itu selama-lamanya! Deruan suara dari dalam diri berebut-rebut menghasutnya. Adam Bahrain menekup mukanya yang mula berpeluh.

"Apa kamu cakap?" Baharom seolah tidak percaya dengan apa yang didengarinya.

"Iya pak cik...izinkan saya."

"Berapa lama kamu dah kenal dengan dia? Satu bulan? Satu tahun? Sepuluh tahun? Jangan cakap besar anak muda. Buktikan dahulu kemampuanmu! Baru pak cik boleh percaya. Jangan bercakap pasal kebahagiaan kalau kamu sendiri pun tak bahagia. Jangan nak sorokkan kesedihan yang kamu tanggung. Jangan jadikan Rara sebagai tempat kamu mengisi ruang kosong itu. Isikan dada dengan ilmu yang penuh, baru kamu datang balik jumpa pak cik."

"Tapi pak cik..."

"Kebahagiaan Rara biar pak cik yang tentukan. Kamu baliklah."

Baharom menoktahkan hujahnya. Ketabahan dan sikap 'gentleman' Adam Bahrain memang terpuji. Didi pun mungkin tidak seberani dia. Anak muda lain mungkin menunggu pertemuan ke seratus untuk meminang Rara. Tetapi Adam Bahrain berlainan. Dia tahu apa kehendaknya, dia faham permainan perasaan antara mereka berdua dan yang terpuji pada pandangan Baharom tentang pemuda bernama Adam Bahrain adalah kematangan dan sikap tenangnya. Ia seolah gambaran dirinya sewaktu muda dahulu. Tetapi Baharom perlu melakukan sesuatu sebelum dia menyerahkan Rara kepada lelaki itu. Belum tentu apa yang nampak di mata sama padannya dengan karekter yang tersembunyi.                 



      

“Apahal kecoh-kecoh ni!” Rara dan Rain terkejut. Wajah kedua-duanya pucat lesi disergah oleh suara Baharom. Di tangan kanan Baharom ...
Unknown Jul 9, 2012
Oh! MyKarya!



Rara memerhatikan kemesraan Didi dan Kiki dari jauh. Mereka nampak begitu serasi dan saling lengkap melengkapi. Bila Didi masam muka, Kiki akan membuatkan jenaka yang bisa membuat lelaki idaman Rara itu tertawa panjang. Jarak rumah Rara dan Didi pun bukan macam padang jarak padang terkukur, sekangkang kera pun jauh sekali. Jaraknya cuma beberapa pintu saja dari rumah Rara. Sebab itu dahulu selalu Rara berulag alik ke rumah Didi tak mengira masa. Sebelum pergi melanjutkan pelajaran pun Rara rajin tidur makan dan mandi di rumah Didi. Mak Cik Khalidah pun dah macam ibunya sendiri. Tetapi itu dulu…sebelum semuanya berubah. Berubahkah Didi kerana kehadiran Kiki? Apakah kecantikan Kiki yang jadi igauan Didi? Apakah kerana Kiki lebih ‘daring’ dalam berpakaian menjadikan Didi juling mata? Hmm…Rara melepaskan keluhan. Langkahnya mati setakat pintu pagar dan akhirnya dia berpatah balik ke dalam. Hatinya tidak kuat untuk berdepan dengan segala kemesraan mereka.

“Dari mana?”

Rara terkejut apabila disergah Baharom dari dalam rumah. Dia hanya memandang abahnya dan kemudian melabuhkan punggung di kusyen. Dia tidak menghiraukan pandangan hairan dari wajah Baharom. Baharom ikut duduk di sisi Rara.

Ada masalah ke?”

Rara menggeleng.

“Habis tu? Kenapa buat muka macam tu?”

“Boring abah…”

“Belum dapat kerja?”

Ala bah…kan Rara baru aje sampai kat sini. Rara nak rileks lama sikit.”

“Kata boring…”

“Boring dah tak ada kawan.”

“Didi? Kiki?”

“Maksud abah anak angkat abah yang dua dua tu? Tak boleh pakai!” Rara menggumam.

“Macam dah jauh hati aje?”

“Tak lah abah…biasa aje. Cuma dia orang busy sangat sekarang…busy dengan apa ek, abah? Abah tahu tak?”

“Manalah abah tahu…anak muda zaman sekarang banyak sangat aktivitinya, tengok wayanglah, shopping lagi, clubbing, bowling…macam-macam…”
“Patutlah…”

“Rara join dengan dia orang pun boleh.”

Rara hanya menggeleng. Hatinya lebih sebak jika melihat kemesraan itu secara terang-terangan. Biarlah dia jadi pengintip rahsia, pemerhati dari jauh. Lambat laun Didi pasti sedar kealpaannya. Bolehkah dia sedar sendiri jika Kiki lebih segala-galanya daripada Rara? Haish!! Rara makin pening sambil tangannya menggaru rambut yang tidak gatal.

“Sabar Rara…semua ini ada hikmahnya.”

Baharom mengelus lembut bahu Rara dengan penuh kasih sayang.

“Rara takut Rara tak dapat bertahan, abah. Rara sedih sangat…”

Air mata jernih mula menitis di pipi comel milik Rara. Hilang sudah rasa segan pada Baharom. Dari tadi lagi ditahan rasa sebak dan sedihnya, tetapi demi perhatian yang diberikan oleh Baharom, Rara gagal mengawal emosinya. Tangisan yang dibendung sedari tadi akhirnya pecah jua. Ketabahannya jatuh kecundang jua sudahnya. Apa lagi perasaannya boleh bercerita sekarang ini? Baharom tentu faham mengapa ini semua terjadi…

“Assalamualaikum…”

Baharom dan Rara yang sedang berpelukan tersentak mendengar laungan salam dari luar pagar. Baharom berjalan mendahului anaknya. Rara mengesat air mata yang berjuraian di pipi.

“Rara ada?”

Seorang anak muda berdiri di hadapan sebuah BMW hitam sambil mengenakan kaca mata hitam. Gayanya persis model yang menggayakan baju-baju mahal berdiri di pentas peragaan. Tidak pun, ada gaya model kalendar yang bergaya di hadapan kereta-kereta mewah keluaran luar negara.

“Salah rumah kut…” Baharom sekadar berkata antara dengar dan tidak.

“Pak Cik…ada orang nama Rara tinggal kat sini ke?” lelaki muda itu telah membuka cermin matanya.

“Dia macam sebut nama Rara lah…”

Baharom memberi laluan kepada Rara untuk melihat siapakah gerangan manusia yang mencarinya. Alien kut!!

“Eh!! Kau!!...”
“Iya! Akulah! Nasib baik alamat kau bagi tak silap.”  

Adam Bahrain menghela nafas lega. Wajah sayu Rara direnung tidak berkelip. Apa nak dikata? Speechless. Berterbangan awan rindunya yang dibendung sekian lama. Lama kah? Baru kurang seminggu tidak bertemu dengan Rara, jiwanya telah penasaran. Siang dan malamnya bagaikan sepi tak bernyawa. Apakah ini? Apakah ini rasa tanggungjawab yang telah terbeban setelah 'kejadian' yang melanda beberapa bulan lalu? Ataukah rasa rindu yang bermaharajalela ini sekadar nafsu yang menutupi waras akal fikiran manusia? Adam Bahrain tiada jawapan untuk itu semua buat masa dan saat ini.

"How do you do?"

Matanya masih melekat pada wajah redup milik Rara. Senyumlah wahai puteri...

"Meet my abah...Baharom."

"Sorry, tak perasan pun..." Adam Bahrain termalu sendiri.

Adam Bahrain segera menyalami Baharom yang masih tercegat di situ dari tadi. Wajahnya sudah merona merah dek sikap cuainya sendiri. Orang kata, 'kalau nakkan anak, pikat keluarganya dahulu', tetapi Adam Bahrain telah berbuat silap pada langkah pertama yang baru nak dimulakan. Apalah nasib badan...Adam mengeluh dalam hati.

"Masuklah...rumah bujang aje..."

Rara dan Baharom bertukar senyum.

"Datang dari mana?" Baharom menyoal dengan suara datar.

"United Kingdom."

Baharom mengerut dahi. Tubuhnya disandarkan ke kusyen. Kan dah betul, dia ni alien baru jatuh dari angkasa. Gumam Baharom dengan rasa tak puas hati.

"Abah...dia ni kawan Rara dari UK. Sama-sama belajar."

"Jauh datangnya. Takkan dari UK naik BMW aje..."

Adam Bahrain ketawa besar. Dia rasa gelihati dengan lawak yang dicipta oleh Baharom. Tetapi tawanya tak lama kerana dia melihat Baharom mempamer wajah serius. Garang siut abah dia!! 

"Abah ni...tentulah naik flight, kemudian drive ke mari. Tak lawak ok!!" Rara muncungkan bibirnya.

"Saja menduga...tahan lasak juga kawan Rara ni." Baharom akhirnya bersuara mesra. Rara disisi ikut rasa auranya.

"Senak perut sekejap...abah kalau nak bergurau tengoklah tempatnya...nasib baik Adam cool aje..."

"Kan dah jadi tugas abah untuk test kawan lelaki Rara...betul atau tidak orangnya, first impression tu penting Rara..."

"Tapi tidak bagi Rara...Rara tak kisah pun siapa kawan Rara, yang penting dia baik. Rara kawan dengan semua orang."

Adam Bahrain sekadar melihat soal jawab dan gurau senda dua beranak itu. Dimanakah tempatnya antara kedua-duanya? Mungkinkah dia sekadar melukut di tepi gantang, wujudnya sebesar hama cuma, tiada kesan pada kehidupan mereka.

"Minumlah. Rara buat jus orange."

Adam Baharom tersedar dari lamunan singkatnya. Di ruang tamu itu hanya ada dia dan Rara. "Susahkan Rara je."

"Simple aje. Goncang botol sunkist, buka penutupnya, masukkan dalam cawan...tambahkan air sejuk secukup rasa dan nah...siap!!"

"Naughty..."

"Tak suka??"

"Suka sangaaat! Bukankah kelmarin ada banjir kat sini, dah surut ke?"

"Mana ada. Itu bukan banjir, tapi ribut taufan."

Rara menongkat dagu menunggu Adam Bahrain menghabiskan minumannya. Lelaki ini bila sampainya? Tup! Tup! Dah ada di depan mata. Magik sekali! Hmm...Bila aku perlukan, kau pasti ada. Dan wajahnya, senyumnya...menenangkan jiwa yang sedang berantakan. Setakat itu sahaja, tiada kaitan dengan soal hati dan perasaan, ok!!

"Rindu?"

"Aku? Bayar RM1,000 kalau nak dengar pengakuan aku. Hihi..."

"Dan kalau aku bayar pun ada jaminan ke yang kau akan cakap terus terang?" Adam Bahrain mencuit batang hidung Rara.

"At least aku dapat duit poket. Aku kan penganggur terhormat sekarang ni."

"Kasihan dia? Nak kerja tak?"

"Macamlah kau tu owner of the company. Belajar pun main-main. Tak apalah, aku nak enjoy puas-puas then baru cari kerja. Lepas tu nanti, kau tentu tak ada chance nak tengok batang hidung aku..."

"Selagi ada usaha disitu ada jalannya..."

"Iyalah tu!"

"Rara..."

"Yap?!"

"Where is your daddy?"

"Kat dapur, masak. Why?"

Adam Bahrain bangun mendekati Rara lalu mencium dahi 'isterinya' itu. Rara yang tak sempat mengelak hanya terpegun tidak terkata. Rasa panas dan bahang menyelubungi wajah. Malu jangan cakaplah, bukan malu pada abah dan tembok batu, tetapi malu pada Allah. Astaghfirullah!!

"I'm sorry Rara. I miss you. So much!"

"Kau tak boleh buat aku macam ini Adam. Lagi-lagi depan abah aku. Aku malu, Adam...aku nak jawab apa kalau abah aku tanya?" Rara sudah mempamer muka merah. Marah! Grrr...dia nak kena ni!!

"Bagitahu kebenarannya..."

"Kau nak mati?"

"Untuk kebaikan kita, Rara."

"Kita atau kau..."

"Takkan kau nak tunggu kekasih kau tu berubah hati semula pada kau. Aku tak yakin, Rara. Dia dah lupakan kau. Dia tak perlukan kau lagi, Rara. Dia anggap kau sebagai adiknya sahaja, tak lebih dari itu."

"Apa kau merepek ni!!" Rara terjerit kecil.

"Percaya cakap aku. Jurang dan jarak masa boleh merubah hati orang...macam kau yang dah berubah hati."

"Aku? Berubah hati?"

"Iya. Kau mesti tak percaya dengan apa yang akan aku katakan. Kau sebenarnya rindukan aku, bukan Didi. We miss each other, Rara."

"Tak! Bukan!"





Rara memerhatikan kemesraan Didi dan Kiki dari jauh. Mereka nampak begitu serasi dan saling lengkap melengkapi. Bila Didi masam muka, K...
Unknown Jul 6, 2012
Oh! MyKarya!

Selamat sejahtera kawan2 dan sahabat mykarya,
 
Hari ini bagi menceriakan dan buat2 busy kat blog yg sepi ini, saya nak ajak kawan2 sumer join satu segmen tambah follower. Dan bagi saya, kalau bertambah follower bermakna bertambahlah pembaca karya saya, insya'Allah.
 
 
**Nak join sila klik banner kat atas.
 
 
Pesan owner blog,
 
"SIAPA SAJA BOLEH MENYERTAINYA... JANJI NIAT IKHLAS NAK BERKAWAN ANTARA SATU SAMA LAIN...
FOLLOW BLOG : BONDE @http://kumahuitu.blogspot.com

KALAU RAJIN FOLLOW JUGA TWET-TWET BONDE @zaidalifah
TAJUK : SEGMEN 2, TENANG "UP FOLLOWER"
TAG LA SEBERAPA RAMAI KAWAN-KAWAN.
 JANJI MEREKA TAHU DAN FOLLOW SEGMEN NI BALIK.. "

SEGMEN INI BERKUATKUASA PADA HARI INI :
22 JUN 2012 (JUMAAT)
DAN TUTUP SEGMEN PADA :
2 JULAI 2012 (ISNIN)
 

Okey ya, mari ramai2 join segmen ini. t/kasih.

sekadar berkongsi,
aynora nur

Selamat sejahtera kawan2 dan sahabat mykarya,   Hari ini bagi menceriakan dan buat2 busy kat blog yg sepi ini, saya nak ajak kawan2 sum...
Unknown Jun 22, 2012
Oh! MyKarya!

 

Aku memerhatikan dari bucu pintu, kau tak pandang pun. Wajahmu langsung tak kau angkat. Aku nak datang dekat, tetapi takut. Aku takut kau herdik aku macam selalu. Bukan herdik kasar-kasar, tetapi kau suka serang hendap hingga buatkan aku terkejut beruk. Itu sikapmu yang ceria sebelum hari ini muncul. Sebelum hari ini aku lihat kau tunduk setunduk-tunduknya. 

Eh! Kenapa dengan kau?

Apa aku ada buat silapkah semalam? Bukankah semalam kita sempat pekenakan Mr H yang bercermin mata bingkai tebal itu. Apa, Mr H dah 'belasah' kau dengan misai tebalnya? Tolonglah kawan wanitaku, cuba angkat wajahmu? Apakah masih ada sisa ketawa kita yang semalam itu?

"Eh...kau menangis?"

Kau kesat-kesat mata. Dengan hujung baju yang tak cukup, kau ambil bucu kain tudung pula buat mengelap si air mata.

"Mana ada? Kau yang silap pandang? Aku selsemalah."

"Bila pulak selsema keluar air dari mata?"

"Ah! Sudahlah!"

Kau yang kecil terus meluru keluar dari bilik pejabat kita dan aku nampak kau menuju ke tandas. Sah dan sahih! Kau menangis wahai kawan wanitaku. Tetapi mengapa? Takkan itu telah berlaku?

Itukah yang buat kau sedih. 'Itukah' yang telah menghancurkan hatimu? Aku menunggu di mejaku. Meja yang penuh dengan fail-fail yang minta disentuh. Tapi aku tiada mood. Mood ceriaku telah bertukar hiba apabila kawanku menangis walaupun dia menafikan. Hakikat tetap hakikat takkan bertukar jadi hikayat. Hakikat itu benar, hikayat itu benar ke?

"Kawan!"

Dia diam macam patung.

"Kenapa?"

"Tiada apa-apa."

"Kenapa bila cakap tiada apa-apa kau mengeluh?"

"Aku..."

"Teruskan. Aku mendengar."

"Aku putus tunang. Dia dah confirm akan kahwin dengan perempuan itu."

Ah! Kenapa perempuan itu juga yang menyebabkan kau menangis? Kenapa mesti kaum wanita sepertimu dan seperti aku juga yang merosakkan kebahagiaan sebuah hati? Apakah hati wanita itu sudah kering. Aku bersoal jawab dengan hati penuh debu dendam. Berdendam pada kaum wanita itu.

"Mungkin bukan salah dia."

"Habis?"

"Salah aku ataupun aku yang tak cukup jitu menunjukkan kasih."

"Kasih bukan untuk ditunjuk-tunjuk. Ia penuh dengan rasa dan sarat dengan roh rindu." Aku berfalsafah.

"Tetapi jangan salahkan dia, salahkan orang lelaki itu yang tamak haloba dalam mengejar kasih dan cinta."

"Iya ke?" Aku termangu.

"Mungkin kau dah penuh benci pada dia. Jangan benci sangat, dia Hamba Allah macam kita."

"Habis itu?" soal kau mula tersedu.

"Pasrah dan maafkanlah!"

Uwaaaah!! Uwaaah! Itukah nada pasrahnya?

Aku tak bisa bertanya lagi. Aku diam. Akhirnya aku ikut menangis dalam pelukan kami yang semakin erat.

Kawan...ini mungkin masamu...  


"Hidup ini adalah perjalanan menuju sebuah matlamat. Matlamat itu kita yang tentukan! Ayuh kawanku, ubah nasib kita kerana kita sendiri yang mampu mengubah warna dunia kita..."

  Aku memerhatikan dari bucu pintu, kau tak pandang pun. Wajahmu langsung tak kau angkat. Aku nak datang dekat, tetapi takut. Aku takut...
Unknown Jun 11, 2012
Oh! MyKarya!

Salam sejahtera,
dengan Bismillah...

Tiba-tiba saya teringat. Saya terhutang dan berhutang satu cerpan dengan kamu semua. Saya sering 'berkelahi' dengan masa. Kadangkala saya juga tidak cukup ruang untuk berkarya, menyepikan diri buat seketika di bilik sunyi sepi. Apakan daya, kekangan sentiasa ada. Itulah silapnya dan lemahnya saya. Tolong maafkan, okey!


Aku sebenarnya...Catatan cerpan berdasarkan kisah benar dan khayalan, dan saya dapatnya dari inspirasi sebuah lagu nyanyian Nash Lefthanded. Mungkin ia sekadar kisah biasa dari beribu kisah yang seumpamanya, tetapi...itulah namanya kehidupan. Ada sama tapi tak serupa. Anggaplah ia sebuah lagi kisah biasa yang mungkin juga 'luarbiasa' bagi yang 'merasainya'.

Kamu semua boleh baca 'Aku Sebenarnya...' dari sini.

** Zahir Tak Terucap **

Nyata bukan khayalan
Apa yang aku alami
Kau menjelma setelah menghilang
Kini berdiri di lamanku

Teramat getir keadaan ini
Nak kubiarkan tak sampai rasa di hati
Andai kusambut itu bererti
Berdosanya diriku ini

Aku terpaksa kuburkan
Walaupun kasihku ada
Harus kuterima hakikat
Dia masih memerlukanmu

Nyata bukannya khayalan
Apa yang aku alami
Kau menjelma setelah menghilang
Mengharap suatu yang tak mungkin

Terbongkar kini
Yang dulu terkunci
Namun semua itu
Sudah tak bererti
Silapnya kita saling memendam
Sukar meramal perasaan

Aku sememangnya ada
Menyimpan kasih padamu
Cuma zahir tak terucap
Kerna dibayang rasa sangsi


Semoga satu hari yang terdekat ini, saya berjaya menyiapkan yang tertangguh. Saya bukan berjanji, cuma saya bersungguh-sungguh untuk memperbaiki kekurangan diri saya.

Kemaafan dendam yang terindah,
aynora nur

Salam sejahtera, dengan Bismillah... Tiba-tiba saya teringat. Saya terhutang dan berhutang satu cerpan dengan kamu semua. Saya sering ...
Unknown Jun 9, 2012
Oh! MyKarya!

Camar itu tak pulang-pulang
entah hilang di telan burung angkasa
entahkan sesat dalam belukar batu mencangkar langit
mungkin telah penuh hatinya
dengan asap hitam yang ditelan saban hari
demi menagih sesuap simpati dari hati yang sudi

Camar itu tak pernah muncul lagi
pada balik dinding besi yang di pagari
pada celah tubuh-tubuh lesu yang bergelimpangan
mungkin telah hancur maruahnya
digadaikan pada sebuah harga kehidupan
yang terhimpit dalam perlumbaan duniawi

Camar itu sepi tanpa berita
lewat utusan maya pun tak pernah dijumpai
apatah warkah bersetemkan kalimah rindu
yang ada tinggallah nama yang semakin kabur
kerana ingatan yang telah di mamah zaman
kerana usia penunggu itu pun tinggal sesaat dua!

keluhan hati,
aynora nur

Camar itu tak pulang-pulang entah hilang di telan burung angkasa entahkan sesat dalam belukar batu mencangkar langit mungkin telah penuh ...
Unknown Jun 1, 2012