Menu
Oh! MyKarya!

Bermula kisah kita bukan dengan cerita yang indah. Ibarat kapal terbang kertas yang basah di sirami hujan lebat, kita tersadai di pelabuhan sepi. Bersama seribu tanda tanya kita saling menyapa. Berat hati hendak dimula, tak tahu dari mana cerita kisah kita akan terarah. Pun kau tersenyum dalam gulana. Aku tahu itu kerana irama suaramu tidak merdu saat kita berdendang lewat telefon.


"Saya N. Panggil juga N."

Dia angguk.

Dia pun bersambung tawa yang tidak ceria. Dirinya bergelar Z. Agak rendah berbanding aku yang tinggi sedikit.




Mungkin kerana pada anggapanku aku di pihak yang memiliki, aku berasa selamat. Dari satu sudut aku lebih darinya. Itu pasti sudah membolehkan aku menang dalam pertemuan ini.

Air matanya tumpah. Selepas sebuah cerita sedih penuh simpati dikisahkan padaku. Apakah dia bersimpati padaku? Aku dibohongi di depan matanya. Seorang wanita bernama N ini tidak memiliki kemenangan yang mutlak sebenarnya.

Sungguh. 

Aku yang tersisih. Dalam berbangga mengakui aku lebih darinya...sebenarnya aku yang tak punya apa. Aku sebenarnya perampas sebuah pelabuhan yang harmoni. Aku yang mencalarkan kebahagiaan yang sedang dituai. Demi Tuhan, aku tidak tahu jika sejauh ini aku bersalah!

Dalam merenung kesilapan yang tersemat lama, hati ini rasa seperti berkecai di lantai. 

Cinta bukanlah cinta sebelum engkau memberikannya, cinta adalah pilihan. Cara untuk mencintai sesuatu adalah dengan menyedari bahawa sesuatu itu mungkin hilang...

Tenangkan hatiku duhai waktu yang berlalu. Aku mencuba ikhlas dari suatu kehilangan dan tersenyum dari suatu kesakitan. 

Jangan pujuk aku!

  

Bermula kisah kita bukan dengan cerita yang indah. Ibarat kapal terbang kertas yang basah di sirami hujan lebat, kita tersadai di pelabuhan ...
aynorablogs Sep 28, 2013
Oh! MyKarya!

Senyum itu benar ikhlas. Saya pun terkesima. Jika Pak Cik itu tidak jadi pengawal pun, saya masih boleh tersenyum. Dia senyum. Walau dalam akhbar maya saya terasa-rasa manisnya senyuman itu. Namun maniskah hatinya saat ini?




Dalam hati?

Sabar dan sesabar manakah hatinya. Umpama maruah satu permainan. Jalan singkat itu juga yang dipilih oleh orang-orang itu. Hanya istiqamah. Dia sayangkan kerjayanya. Demi sesuap nasi keluarga dan anak beranak. Baginya tidak semudah dipetik jari semua datang. Kerjanya murni. Niatnya suci. Tetapi orang-orang itu bagaikan tiada darjat pula riaknya.

Sabar.

Itulah ketabahan yang ditunjukkan. Jalan yang benar memang sukar untuk direnangi tetapi jika berjaya sampai ke penghujungnya, kamulah pejuang sebenar. Kamulah yang menang,

"Pak cik, biarkan orang-orang itu menyalak bukit. Diam itu lebih baik..."

Titik.

Senyum itu benar ikhlas. Saya pun terkesima. Jika Pak Cik itu tidak jadi pengawal pun, saya masih boleh tersenyum. Dia senyum. Walau dalam a...
aynorablogs Sep 27, 2013
Oh! MyKarya!

Engkau masih tabah. Sekukuh istana Taj Mahal yang berkurun menjadi saksi cinta agung abadi. Engkau setabah seorang Khadijah yang kehilangan semangatnya. Senyuman itu masih tak lekang saat aku memerlukan. Angin utara yang sepoi menjemput seorang tulang belakangmu, pun kau masih tak rebah.




Pinjamkan aku semangatmu buat mendepani seribu cabaran. Izinkan aku meletak telapak tangan ini di pipimu buat merasa hangat perjuangan lampau. Sesekali ada rasa segan untuk tidur di atas pangkuanmu tetapi apakah perlu itu semua? Kasih antara kita tiada batas. Ada masa ada ketikanya aku terbayang perih jerih di kala bersendirian. Pada kelibat seorang wanita tua, bagai terpampang iras wajahmu.

Sucinya hatimu mendengarkan keluh kesah sang perantau ini. Di dalam hati, agar kau tahu di mana letakmu. Sungguh aku letakkan penghormatan paling tinggi, seindah warna warni pelangi. Biarkan kau bernaung di situ bersama semangat yang mengalir buatku.

Engkau tabah menempuh kesedihan.

Usah digenang air matamu. Lepaskan ia buat aku memahami. Dalam tegarnya hatimu masih ada ruang rapuh yang kau sembunyikan. Aku rela menjadi payung abadi, demi kasihmu yang melimpah di hati.

Jangan lepaskan pegangan ini hingga ia terlerai sendiri.



Engkau masih tabah. Sekukuh istana Taj Mahal yang berkurun menjadi saksi cinta agung abadi. Engkau setabah seorang Khadijah yang kehilangan ...
aynorablogs Sep 26, 2013
Oh! MyKarya!

Dia ada disitu ketika mata ini tertangkap bayangnya. Dia masih seperti dahulu ketika kami masih hingusan. Dia tidak berubah dengan raut wajah yang hampir serupa. Sekeping gambar lama yang ada dalam genggaman menghambat memori. Entah dia masihkah menyimpan memori pedih itu bersama seorang aku?




Maafkan diri ini kerana pernah membenci lelaki itu. Aku benci bukan kerana kamu tetapi kerana sikapmu yang keterlaluan. Diri ini perit ditertawakan rakan-rakanmu. Mulai saat itu seorang gadis menyimpan dendam. Akan aku balas segala cemuhan dengan hadiah kebangaan. Masanya tak lama, kawan. Ingatkah dengan beberapa kali pertemuan. Di manakah kamu waktu itu? Dan dimanakah pula aku waktu itu? Hanya masa menjadi saksi dan membalas dendam yang kesumat di dada.

Kawan, kini masa amat mendewasakan.

Huluran maafmu sudah disapa angin lalu. Lalu berdosakah aku kerana tidak memaafkan? Apakah diri ini berhutang denganmu. Demi masa...kamu menjadi insan disenangi. Seorang pendendam seperti aku masih terpaku. Sesekali masih mengintaimu secara rahsia. Diri ini pula yang terasa. Ada khilaf yang tertangguh , yang belum dimaafkan.

Bukankah kemaafan adalah dendam terindah?

Biarkan aku sejenak. Sambil berdoa agar kamu memahami bahasa mataku. Sambil tertunduk aku melebarkan maaf padamu. Semoga segala resah dan dendam terlerai di tangga sebuah kehidupan.

Kita sebenarnya tidak bersalah pun!

Jika saatnya tiba terimalah seorang aku yang pernah berdendam ini. Kerana menjadi seperti ini aku selalu keletihan. Hingga kini aku belum berani memulakan. Andai tiada kesempatan, izinkan diri ini menjadi rimbunan pohon yang memayungi persahabatan ini.

Dengan cara itu aku berharap kamu menerima isyarat maafku.

Atau, lebih baik jika kamu tidak tahu?

Dia ada disitu ketika mata ini tertangkap bayangnya. Dia masih seperti dahulu ketika kami masih hingusan. Dia tidak berubah dengan raut waja...
aynorablogs Sep 25, 2013
Oh! MyKarya!

Langit masih biru. Belum ada tanda kelabu yang muncul. Masih sempatkah kita berjalan jauh. Dengan terasa telapak kaki semakin kasar, sempatkah semuanya kita jelajahi?



Tadi sempat dikenali, seorang tua dengan beg dibahu. Sempat hadiahi sekuntum senyum yang lesu. Kerana tadi limpahan kerja melebihi kudrat yang ada. Entah bagaimana hati tuanya boleh bersapa. Ingatkan setakat ini bicara mata yang terjadi.

Katanya, buat apa membuang masa mengeluh hiba. Hati yang rawan jangan dilawan arusnya. Sejenak membalas renungannya. Akhirnya terpaksa akui seorang tua yang asing itu apakah setakat ini salam kenalmu.

Belum sempat hendak ditanya, sidia telah membawa arah pada tujuan yang berbeza. Sedangkan diri ini masih banyak yang belum ditawan.

Benar kata pujangga kelapa yang tua jangan dicampak menjadi bara. Semakin tua kelapa, semakin pekat santannya,.

Ah! Santan kelapa?

Setakat ini sajakah kau berjasa padaku? Mengapa kau buat hatiku hiba. Setakat ini aku masih menanti. Seorang tua itu datang lagi.

Setakat ini aku belum punya jejak untuk berbicara dengan mata ramah, dengan senyum manis ikhlasnya tidak ternyata. Seorang aku ini sedang menanti...


Langit masih biru. Belum ada tanda kelabu yang muncul. Masih sempatkah kita berjalan jauh. Dengan terasa telapak kaki semakin kasar, sempatk...
aynorablogs Sep 24, 2013
Oh! MyKarya!

Ketika dia hadir dalam pertemuan kami, tiada antara kami yang menduga. Kerana dendam lama yang tersirat, aku biarkan dirimu melayan sepi. Kawan dan rakan bukan lagi seperti dulu. Dalam hati sempat berbisik, biar kau rasa.


 


Dahulu , ketika aku tiada teman bicara. Kau ketawa bangga. Kau bina dinding dan tembok ego, kau menjarakkan diri lantaran aku tak punya apa-apa. Tidakkah kau rasai terkilannya aku dengan sikapmu.

Kini aku di sini sedang memerhati. Seorang teman yang tewas dalam daerah kehebatannya sendiri. Seorang rakan yang tiada dalam hatiku lagi. Kerana hati masih berdendam, kerana kenangan itu datang subur kembali. Demi melihat raut wajah dan senyum, aku berharap kita tidak bertemu lagi. Lebih baik tiada pertemuan jika kau pernah menyebabkan aku kehilangan.

Ingatlah wahai kawan dan ingatan pada diri, langit tidak selalu cerah. Bila Sudah terbang tinggi, jangan dilupa bumi dipijak. Ingatkah lagi warna hijau rumput itu? Bumi ini bulat. Hidup ibarat putaran roda. Hari ini kau di bawah, entah'entah esok lusa di atas pula. Anggaplah pertemuan ini sebagai sebuah persinggahan sementara, tempat kamu mengutip serpihan maruah yang dibanggakan!

Toleh ke belakang.

Kadangkala ketika duduk sendirian sambil mengutip dedaun kering...kita boleh menjadi mengerti, mengapa dipertemuan ini kau rasa kehilangan. Dalam merenung perjalanan semalam, kita perlu keseorangan. Kerana kita akan rasai kesakitan yang pernah kita berikan pada seseorang dahulu.

Dalam keheningan dan berseorangan di situ, tidak salah kita mengalah. Itu bukan tanda kita salah atau tidak tetapi jika sebuah silaturrahim boleh diselamatkan mengapa tidak. Jangan biarkan di akhir perjalanan nanti kita tiada teman dan sahabat yang boleh berkongsi tawa.

Bukan itu pilihan hati.

Jika kau kembali dengan segenggam kasih, kami tadahkan selautan sayang. Bukankah sahabat sejati tidak mengira nilai setianya?

Jika itu kamu, akan ku tunggu!




Ketika dia hadir dalam pertemuan kami, tiada antara kami yang menduga. Kerana dendam lama yang tersirat, aku biarkan dirimu melayan sepi. Ka...
aynorablogs Sep 22, 2013
Oh! MyKarya!



Bahagia itu dicari
bahagia itu diberi percuma
Bagi insan yang reda
dalam hati bersulam zikir munajat
bahagia itu hampir benar
dalam hati kita yang rindu

ketika mata kita bertemu
dengan kalimah janji Tuhan
saat itu bukan nilaian berlian dan intan
buat tanda kita dan dia bahagia

bahagia itu sebuah perjalanan
dari pintu ke pintu
memanjat tangga demi tangga
sehingga ke hujung hari
bila penat pun berlabuh
di rumah yang sunyi

bahagia pun berhenti
bila cahaya bahagia melepaskan haknya..


Bahagia itu dicari bahagia itu diberi percuma Bagi insan yang reda dalam hati bersulam zikir munajat bahagia itu hampir benar dalam h...
aynorablogs Sep 21, 2013
Oh! MyKarya!

Sewaktu meninggalkan kamu di tepian jalan, langsung tidak tergerak di hati. Apakah perasaanmu dikala itu. Apakah kamu ketakutan disiang nan terang benderang? Adakah bekalan keberanian yang sering kita nyanyikan boleh jadikan kau teguh? Cukupkah sepatah dua kiasan perpisahan yang kau dengari? Entahlah sayang, kamu ibarat sang penari pada jalanan yang landai. Kamu belum pernah tergelincir. Jadi, makna derita belum pernah kau pelajari...



Walau aku biarkan kamu berlari dan berjalan, walau aku izinkan kamu menegur yang bukan kawan, kalaupun aku ajari yang mulus dan sopan...sesekali sayang, aku tak rela dirimu terluka. Aku takut jika jasadmu terbakar dek mentari merah. Aku tak mahu kamu kehilangan daya dengan pemandangan yang kelam.

Pilih yang putih, sayang.

Nanti dengan azimat yang kami bekalkan, seteguh iman mutiara kami hiaskan, dengan belaian manja yang kami sarungkan. Dengan itu semua kami harap kamu mengerti sayangku. Awan tak selamanya biru. Hujan pun bukannya selalu mencurah dingin. Mentari bukan sentiasa kuning dan terang. Ada ketika sayang, kamu akan dilukakan. Ada saatnya kamu akan diterjah kilat dan petir. Ada masanya kamu akan kegersangan di bawah mentari merah itu.

Sayang semuanya belum terlambat.

Tidak salah memulakannya sekarang. Menjadi baik bukannya kudis kehidupan. Fikirkan yang baik-baik dan positif, percaya pada ketentuan Tuhan. Engkau tidak akan rebah, sayang...

Bayangkan saja aku masih disitu, sedang tersenyum dan kembali senyum untukmu.

Sewaktu meninggalkan kamu di tepian jalan, langsung tidak tergerak di hati. Apakah perasaanmu dikala itu. Apakah kamu ketakutan disiang nan ...
aynorablogs
Oh! MyKarya!

Mungkin aku tak pernah tahu, aku tak ambil tahu. Pengorbanann kamu wahai isteri. Aku jauh beratus batu, membawa diri mencari rezeki. Bawa sekali harapan kita. Tetapi aku alpa, aku tinggalkan kamu di belakang. Toleh sekilas kemudian memandang ke depan semula. Aku lepaskan kau dengan segala tanggungjawab. Aku letakkan segala masalah di bahumu seorang. Aku letakkan anak-anak kita di hatimu yang telah lelah!




Aku tidak tahu pun.

Di sana kamu berhempas pulas. Di sana segalanya tertanggung. Di daerah itu kamu memerah keringat. Dan...di daerah kita itu kamu menangis sendirian.

Aku lupa lagi.

Di sini aku bergembira. Di sini aku menyambut tangan mulus bersulam kasih sayang. Di tempat baru ini aku berterbangan bak layang-layang nan tinggi di udara biru. Aku berharap dengan bunga nan sekuntum. Kami menjadi seperti kita dengan sekali lafaz.

Aku lupa tentang kamu lagi.

Aku terlupa kita pernah mencipta harapan bersama. Aku lalai dengan tugasku. Aku tidak adil menimbang kasih dan sayang pada berlian yang ditinggalkan. Aku berdusta dengan taklik dan janji yang telah dimetri. Aku maha berdosa, Ya Tuhanku...

Dalam sunyi kau menyendiri. Berita dan khabar ini amat menyeksa hati wanitamu. Seorang isteri yang dahulu di kasihi, seorang ibu yang menjadi penyeri. Apakah aku mampu? Meraih jejari emasmu, memohon maaf selautan Atlantik? Dapatkah aku sirami benang hatimu yang basah dengan kesedihan? Terimakah kamu pada kehadiranku kini?

Terlambatkah aku?

Bagimana mahu kupujuk hati itu yang calarnya menjadi retak seribu.

Aku sedar kini, beribu sesalan pun sudah tiada gunanya. Hanya pada Tuhan aku bermohon. Berikan aku kekuatan untuk menjadi nakhoda yang adil timbang taranya, mengikat kasih di sini dan membawa sayang di sana. Agar aku bisa menjadi ketua yang adil pada kalimah misteri itu...

Semoga aku masih diberikan ampunan, peluang dan masa untuk membayar harapan yang aku khianati.

Aku masih terus berharap...

##catatan dari seorang lelaki,
yang tertinggal jejak...2013.

Mungkin aku tak pernah tahu, aku tak ambil tahu. Pengorbanann kamu wahai isteri. Aku jauh beratus batu, membawa diri mencari rezeki. Bawa se...
aynorablogs Sep 20, 2013
Oh! MyKarya!



Hari ini kita jadi Malaysia
dengan laungan tujuh keramat
Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!

Belum berhenti lagi
belum mati lagi perjuangan itu
dikala Bapa Kemerdekaan menanam harap
"menjadi sebuah negara demokrasi 
yang merdeka lagi berdaulat 
serta berasaskan kebebasan dan keadilan 
dan sentiasa mempertahankan serta memelihara keamanan 
dan kemesraan umatnya dan mengekalkan keamanan di antara segala bangsa di dunia ini." 

Hari itu berdetik
dua puluh empat jam tanpa henti
degupan itu ada debaran, menggila
apabila suara demokrasi yang diikat dan terkurung
menggoncang hati Malaysia kita.

Dalam melayar Malaysia kita
bukan tiada darah yang tumpah
tidak sedikit maruah tercalar
tiang tugu kita juga diancam musuh tanpa wajah...
hati kita kan jitu?
benarkah begitu?

Hari ini 16 September
Hari itu 16 September
laungan tujuh keramat berirama lagi
senada seirama dengan hati

Anak Malaysia
ada warna Malaysia pada kulit dan wajahnya
ada lenggok Malaysia pada bicara
ada bijak Malaysia pada mindanya
ada hati Malaysia di serata dunia
itulah kita hari Malaysia

16 September Hari Malaysia di hati kita.

Hari ini kita jadi Malaysia dengan laungan tujuh keramat Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Belu...
aynorablogs Sep 16, 2013