Menu
Oh! MyKarya!

Drama Korea Marrying My Daughter Twice - Drama Korea terkini yang sedang ditayangkan di saluran ONE HD adalah Marrying My Daughter Twice. Disiarkan pada setiap hari Isnin - Jumaat, mulai pukul 9:25 malam.

Marrying My Daughter Twice mengisahkan suka duka kehidupan seorang mertua dan menantu lelakinya yang melalui trauma kisah sedih dan kematian. Drama korea ini juga menceritakan bagaimana seorang ibu bangkit semula setelah melalui episod sedih kehilangan anak tersayang dalam satu kemalangan.

Drama Korea Marrying My Daughter Twice

Tajuk: My Son-In-Law's Woman (Marrying My Daughter Twice)
Episod: 120 Engsub
Genre: Comedy, Drama
Pengarah: Ahn Gil-Ho,
Pelakon: Seo Ha-Jun, Yang Jin-Sung, Park Sun-Cheon,
Tarikh diterbitkan: 2015
Negara: Korean

Sinopsis Drama Korea Marrying My Daughter Twice


Marrying my daughter twice mengisahkan tentang Jin Sook dan menantu lelakinya Hyun Tae berkongsi pengalaman dan hubungan yang tegang kerana Jin Sook menyalahkan lelaki itu atas kematian anak perempuannya. Anak Jin Sook meninggal dunia dalam satu kemalangan kereta. Tetapi, keikhlasan Hyun Tae menyentuh hatinya lalu menerima kehadiran lelaki tersebut seperti anaknya sendiri.

Bagaimanapun, Hyun Tae jatuh cinta dengan seorang wanita bernama Soo Kyung dimana wanita itu adalah anak perempuan Jin Sook. 

Adakah Jin Sook sanggup berkongsi semula dan membenarkan hubungan antara anak perempuannya dengan Hyun Tae sekali lagi?

Drama Marrying My Daughter Twice
dilakonkan oleh Yang Jin Sung, Seo Ha Joon, Park Soon Chun, Jang Seung Jo dan ramai lagi.

Drama Korea Marrying My Daughter Twice Episod 80 - 88

#akan update kemudian

Semoga kisah yang dikongsikan memberikan banyak pengajaran kepada kita semua.

Selamat menonton drama korea marrying my daughter twice.

Drama Korea Marrying My Daughter Twice - Drama Korea terkini yang sedang ditayangkan di saluran ONE HD adalah Marrying My Daughter Twice. D...
aynorablogs Nov 9, 2016
Oh! MyKarya!

Sinopsis Drama Korea Pretty Ugly - Sewaktu duduk santai pada pagi minggu ni, ketika tangan gatal tukar-tukar channel, tertengok pulak cerita Pretty Ugly drama korea di saluran 393 HD. Ceritanya baru permulaan episod dan dapatlah saya faham sikit tentang temanya.

Pretty Ugly ditayangkan pada setiap malam pukul 6.55 petang setiap hari Selasa hingga Jumaat. Antara pelakon yang terlibat adalah Nam Goong Min, Minah, On Joo Wan and Seo Hyo Rim.

Sinopsis Drama Korea Pretty Ugly


Sinopsis Drama Korea Pretty Ugly


Untuk anda yang meminati drama korea macam saya, saya kongsikan sinopsis drama korea Pretty Ugly. Cerita ini memang banyak pengajarannya. Meh baca...

Secara ringkasnya ia kisah cinta dua beradik perempuan dengan dua orang lelaki. Si kakak memiliki segalanya, iaitu kerjaya sebagai peguam, cantik, penampilan bergaya tetapi sebaliknya si adik hanya memiliki hati yang baik. Penampilannya agak sederhana. Salah seorang pemuda tinggal di kawasan bumbung rumah mereka dan seorang lagi dari kalangan keluarga kaya raya.

Dalam episod awal diceritakan serba sedikit latar belakang 3 watak utamanya iaitu Gong Shim, Dantae dan Junsu. Gong Shim seorang gadis yang biasa serba serbi sangat sederhana tetapi baik hati. Dia sanggup mengalah dengan kakaknya dalam semua segi. Hinggakan dia kena duduk di loteng kerana memberikan biliknya untuk dijadikan bilik baju kakaknya, Gong Mi yang bekerja sebagai seorang peguam.

Manakala Dantae seorang peguam pendakwaraya yang rendah diri dan mudah bergaul dengan semua orang. Dia dibesarkan oleh satu keluarga angkat akibat kematian ibu bapanya dalam satu kemalangan. Dantae sebenarnya cucu dari syarikat Star Group.

Junsu juga merupakan cucu kepada pemilik Star Group dan secara kebetulan bertemu dengan Dantae ketika dia mabuk. Dantae menyelamatkannya ketika beliau diganggu oleh gangster kelab malam tempatnya minum sehingga mabuk itu.

Mulai dari saat itu mereka kerap bertemu dan mula berkawan baik dengan Gong Shim. Disinilah timbul konflik apabila Gong Shim menyukai Junsu tetapi sebaliknya Dantae pula menyukai Gong Shim.

Kakak Gong Shim juga menyukai Junsu kerana dia orang kaya.

Info tentang Drama Korea Pretty Ugly

Drama: Beautiful Gong Shim (tajuk asal)
Pengarah: Baek Soo-Chan
Penulis: Lee Hee-Myung
Network: SBS
Episode: 20
Bahasa: Korean
Bagaimanakah akhir cerita Pretty Ugly tersebut? Apakah hubungan Dantae dan Gong Shim berakhir dengan bahagia atau adakah ada rahsia yang membongkar hubungan antara keduanya? Untuk mengetahui akhir episod drama korea Pretty ugly, ikuti siaran di saluran ONE HD.

Selamat menonton. 

Sinopsis Drama Korea Pretty Ugly - Sewaktu duduk santai pada pagi minggu ni, ketika tangan gatal tukar-tukar channel, tertengok pulak cerita...
aynorablogs Nov 2, 2016
Oh! MyKarya!

Drama Korea On The Way To The Airport - Jika anda suka menonton drama korea, ada sebuah drama korea yang kini sedang ditayangkan di saluran SBS 391 yang berjudul On The Way To The Airport. Drama ini bersiaran selama 20 episod. Panjang jugak tu..., drama ini agak lembap sikit plotnya tetapi tema dia agak jarang di siarkan oleh kebanyakan cerita korea.

Drama Korea On The Way To The Airport


Info Siaran On the Way to the Airport:

  • Tajuk : On the Way to the Airport 
  • Judul korea: Gonghang Ganeun Gil 
  • Genre : Romance 
  • Episode : 20 
  • Broadcast network : KBS2 
  • Tempoh tayang : 21 September - 24 November 2016 
  • Hari : Rabu & Kamis, pkl 22:00 

Drama Korea On The Way To The Airport


Bagi anda yang nak tahu sinopsis drama korea on the way to the airport, saya kongsikan sedikit ringkasan drama tersebut untuk maklumat anda.

Sinopsis Drama On The Way To The Airport


Cinta boleh hinggap di hati siapapun, tak peduli mereka sudah memiliki pasangan ataupun belum. Itulah kisah yang diangkat dalam korea On the Way to the Airport ini. Drama korea ini yang akan disiarkan di channel KBS2 ini mempersembahkan tontonan yang romantis dan cukup menyentuh hati. Jika anda sedang mengikuti drama ini, anda akan ikut rasa kesepian yang dilakonkan oleh watak-watak di dalamnya. Lagu tema pun sedih-sedih aje...

Dibintangi oleh artis-artis terkenal Korea seperti Kim Ha Neul dan Lee Sang Yoon, drama On the Way to the Airport ini mengisahkan tentang seorang kakitangan kapalterbang dan seorang jejaka yang bekerja di bidang arkitek.

Selain itu, drama korea On the Way to the Airport ini juga dibintangi oleh Shin Sung Rok, Choi Yeo Jin, Jang Hee Jin, dan lain lain lagi.


Sinopsis On the Way to the Airport



Choi Soo A (Kim Ha Neul) bekerja sebagai pembantu penyelia di sebuah syarikat penerbangan. Dia telah bekerja di syarikat tersebut selama 12 tahun. Suaminya adalah seorang pilot dan mereka mempunyai seorang anak perempuan yang berusia 12 tahun.

Choi Soo A berfikir bahawa hidupnya sangat selesa sehinggalah dia bertemu dengan Seo Do Woo (Lee Sang Yoon) yang membuat hidupnya berubah. Seo Do Woo bekerja sebagai instruktur sambilan di bidang arkitek.

Dia adalah seorang lelaki yang cerdas dan berhati lembut. Ia juga telah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan, tapi insiden mengejutkan terjadi. Akibatnya, ia menjadi bingung dan dalam waktu yang sama Choi Soo A datang ke dalam hidupnya.

Apakah yang akan berlaku kepada Choo Soo A dan Seo Do Woo? Apakah ia akan membongkar sesuatu di sebalik takdir pertemuan mereka?


Pelakon On the Way to the Airport :


Pelakon utama:
Kim Ha Neul - Choi Soo Ah
Lee Sang Yoon - Seo Do Woo


Pelakon pembantu:

Shin Sung Rok - Park Jin Suk
Choi Yeo Jin - Song Mi Jin
Jang Hee Jin - Kim Hye Won
Kim Hwan Hee - Park Hyo Eun
Son Jong Hak - Min Suk Hyun
Choi Song Hyun - Han Ji Eun
Ha Jae Sook - sahabat Choi Soo Ah

Semoga anda yang berminat dengan drama korea dapat menonton drama ini dan mengambil iktibar daripada kisah yang dipaparkan.

Selamat menonton.

Drama Korea On The Way To The Airport - Jika anda suka menonton drama korea, ada sebuah drama korea yang kini sedang ditayangkan di saluran...
aynorablogs Oct 16, 2016
Oh! MyKarya!

Senarai Buku Terpakai Untuk Dijual 2016. Adakan anda sedang tercari-cari buku terpakai yang masih elok dan dijual pada harga yang murah? Buku terpakai asalnya milik saya sepenuhnya dan tidak pernah disewakan. Kebanyakan buku masih elok dan baru di baca sekali. Kalau ada rosak pun adalah kerana berhabuk sebab lama tersimpan dalam almari. Harap maklum.


Untuk yang berminat sahaja. Buku yang telah dibeli tidak boleh dikembalikan.

Senarai Buku Terpakai Untuk Dijual 2016

Berikut adalah senarai buku terpakai untuk dijual. Jika anda berminat untuk memiliki buku-buku yang dinyatakan, sila tinggalkan mesej pada nombor telefon yang tertera pada gambar buku.

1. UNTUK SEMUA DOSAKU ~ Rin Ahmad ★RM16.00 ***SOLD
2. BAHASA HATI KITA ~ Rehan Makhtar ★RM20.00
3. KAU KEKASIH GELAPKU ~ Que Sera Sera ★RM18.00 ***SOLD
4. ARLUNA ~ Rin Ahmad ★RM16.00
5. DEKATNYA CINTA ~ Aisya Sofea ★RM20.00
6. 13 JAM A380 ~ Evelyn Rose ★RM22.00

★★★Harga telah termasuk kos penghantaran.

Jualan hanya terbuka kepada mereka yang serius sahaja. Keadaan buku masih sangat elok kerana hanya dibaca sekali oleh owner dan ada yang langsung tidak dibaca kerana tiada kesempatan.

Tujuan buku-buku tersebut hendak dijual kerana ruang rak menyimpan buku tidak mencukupi.

Segala pertanyaan boleh diajukan di nombor yang tertera pada gambar di bawah. Terima Kasih.


Semoga dipermudahkan. Insyaa Allah.

Senarai Buku Terpakai Untuk Dijual 2016. Adakan anda sedang tercari-cari buku terpakai yang masih elok dan dijual pada harga yang murah? B...
aynorablogs Oct 8, 2016
Oh! MyKarya!

Lelong Buku Online Di Bookcafe Dari 6 - 13 Oktober 2016. Anda pencinta buku tak kira apa pun genrenya? Anda sedang cari buku yang ada promosi sehebat 60%? Tak percaya? Jangan tak percaya dik, saya pun dah terpaku. Kat mana lagi kalau bukan di gedung buku online Bookcafe. Macam-macam buku ada...

Membaca bukan sahaja amalan yang baik tetapi dengan banyak baca pelbagai genre bacaan, kita menjadi lebih berkarisma. Kita lebih yakin diri bila banyak membaca.

Kalau minat baca novel, anda boleh juga tengok novel-novel yang dilelong dengan promosi sehingga 50%.

Promosi Lelong Buku Online Di Bookcafe Dari 6 - 13 Oktober 2016


Promosi Lelong Buku Online Di Bookcafe Dari 6 - 13 Oktober 2016

Ada 50 tajuk buku yang dilelong pada harga promosi 60%. Aduhaiii...murah sangat ni, sesiapa yang teringin nak beli buku banyak-banyak tetapi pda harga murah, inilah masanya! jangan fikir dua kali beb!

Sementara itu ada 500 tajuk buku yang dijual pada harga promosi lelong 50%., 700 buah tajuk buku dilelong pada harga promosi 30%. Tak percaya jugak?

Baca: PROMOSI LELONG BUKU ONLINE BOOKCAFE HARGA HEBAT MURAH!!  

Antara kategori buku-buku yang terlibat adalah buku agama, buku bisnes, novel dan fiksyen, kanak-kanak dan remaja, buku umum, buku indie, rujukan sekolah dan banyak lagi.  

Yang istimewanya ada percuma DVD masakan dengan setiap pembelian.

Lelong Buku Online Di Bookcafe Dari 6 - 13 Oktober 2016. Anda pencinta buku tak kira apa pun genrenya? Anda sedang cari buku yang ada promo...
aynorablogs Oct 7, 2016
Oh! MyKarya!

Setelah lelah itu tewas
Derita jadi bahan cerita
Untuk sebuah keadilan
Yang tidak bertiang

Kerana Sengsara Itu
Adalah harga yang pedih
Diletak pada sebuah ikatan
Yang goyah dan tempang


Lalu...
Juraian air mata terakhir
Jadi saksi kekuatan
Hadirnya setelah kekecewaan
Yang tidak mampu dipertahankan

Entah,
Hati yang kering
Bolehkah menjadi basah
Oleh pujukan berdarah?
Telah Allah qalamkan
Setelah kesulitan ada kemudahan
Itulah tali dipegang
Tersimpul kuat dihati
Hingga mati!

Kerana sebuah sengsara
Baranya sentiasa hidup
Dalam tubuh itu
Yang dizalimi.

Biarlah kepada Allah
Terserah segala arah haluan
Menuju bahagia abadi.

Aynora Nur
Malaysia, Johor

Setelah lelah itu tewas Derita jadi bahan cerita Untuk sebuah keadilan Yang tidak bertiang Kerana Sengsara Itu Adalah harga yang pedih...
aynorablogs Oct 6, 2016
Oh! MyKarya!

Sinopsis Si Kolot Suamiku | Apakah drama melayu yang sedang anda saksikan buat masa ini? Ada drama yang best dan hot yang boleh dikongsikan dengan pembaca blog my karya?? Waktu dan saat ini saya sedang menonton drama melayu di saluran Astro Ria & Astro Ria HD yang bertajuk Suamiku Si Kolot. Macam best je, macam kelakar pulak...saya dapat tengok siaran ulangan setiap hari Ahad. Kalau hari bekerja memang tak sempat nak melayan, lagipun siaran nya dah agak lewat jugak..

Suamiku Sikolot adalah drama adaptasi dari novel dengan tajuk yang sama. Ia adalah karya penulis meningkat naik, Fazlyn Ridz.

Sedikit info:


Tajuk: Si Kolot Suamiku
Channel : Astro Ria & Ria HD
Mula Tayangan : 15 Ogos 2016
Masa: [Setiap Isnin-Khamis, 10.00 mlm]
Jumlah Episode : 20

Sinopsis Drama Suamiku Si Kolot Di Astro 


Drama Suamiku Si Kolot dilakonkan oleh Amar Bahrain, Siti Elizad, Faizal Hussien, Kuza, Atikah Suhaime, Waris dan ramai lagi.

Waktu tayangan pada hari Isnin hingga Khamis dari pukul 10mlm hingga 11mlm.

Sinopsis Drama Suamiku Si Kolot Di Astro

BLURB :-
(seperti belakang buku)


“Nama kau Kudin ya?”

“Apasal kau gelak?”

“Kudin nama kau? Memang sesuai sangat dengan kau. Nama kau sama buruk dengan baju kau!”

Si Edrina ini memang berlagak orangnya. Sudahlah berlagak, cerewet pula itu! Disebabkan dia dibesarkan di Kuala Lumpur, maka suasana kampung memang tidak kena dengan jiwa bandarnya. Kepada lelaki seorang itu dia memandang rendah dan jelak!

Lelaki bernama Kudin itu pula berbeza sikapnya. Dia sekadar lelaki kampung yang hidup membanting tulang kepada tanah untuk mencari rezeki. Kudin suka hidup berdikari dan lebih gemar hidup sederhana dari segala segi. Hidup di kota besar tidak pernah menjadi impiannya, bahkan wanita seperti Edrina tidak pernah tersenarai sebagai calon bakal surinya. Tidak sesuai!

Kata orang ikan di laut, asam di darat akhirnya di kuali bersatu juga. Begitu jugalah dengan mereka. Perkahwinan atas rancangan keluarga membuatkan hidup mereka berdua kian sesak. Konflik bertambah meruncing apabila Edrina tidak mahu terus tinggal di kampung, dan Kudin pula enggan berpindah dan bernafas di kota besar.

Jadi bagaimana? Siapa yang akan mengalah akhirnya? Benarkah Kudin itu seorang lelaki kolot yang menjengkelkan? Dan selama mana Edrina mampu mempertahankan ego dan mengelak hatinya jatuh kepada lelaki seperti Kudin?

WATAK PELAKON

Amar Baharin sebagai Kudin
Siti Elizad sebagai Tengku Edrina
Faizal Hussein sebagai Tengku Ehsan
Kuza sebagai Toh Puan Aisyah

SINOPSIS SI KOLOT SUAMIKU

Tengku Nur Edrina seorang anak yang degil dan menpunyai ego yang tinggi kerana ayahnya berketurunan raja dan emaknya dilahirkan di kalangan bangsawan. Angkuh dan bangga dirinya membawa hidupnya jauh dari nilai murni seorang wanita Melayu. Disebabkan dia dibesarkan di Kuala Lumpur, maka suasana kampung memang tidak kena dengan jiwa bandarnya. Kepada lelaki seorang itu dia memandang rendah dan jelak!

Kudin seorang lelaki kampung yang hidup membanting tulang kepada tanah untuk mencari rezeki. Kudin suka hidup berdikari dan lebih gemar hidup sederhana dari segala segi. Hidup di kota besar tidak pernah menjadi impiannya, bahkan wanita seperti Edrina tidak pernah tersenarai sebagai calon bakal surinya.

Mereka dipertemukan apabila Tengku Ahmad Ehsan mengunjungi Mak Kunah, emak Kudin untuk melunaskan janji lama yang pernah tersimpul kukuh antara moyang mereka dahulu. Kedatangan lelaki itu untuk membuka cerita yang terperuk lebih berpuluh tahun lalu, agar segala amanah dan wasiat dapat diselesaikan tanpa ada hutang piutang yang tidak dilunaskan sebelum dia menutup mata.

Perkahwinan atas rancangan keluarga membuatkan hidup mereka berdua kian sesak. Konflik bertambah meruncing apabila Edrina tidak mahu terus tinggal di kampung, dan Kudin pula enggan berpindah dan bernafas di kota besar.

Jadi bagaimana? Siapa yang akan mengalah akhirnya? Benarkah Kudin itu seorang lelaki kolot yang menjengkelkan? Dan selama mana Edrina mampu mempertahankan ego dan mengelak hatinya jatuh kepada lelaki seperti Kudin?

Sumber sinopsis daripada pelbagai seperti Love Novel, LayanOn9, Myinfotaip dan banyak lagi.

Sinopsis Si Kolot Suamiku | Apakah drama melayu yang sedang anda saksikan buat masa ini? Ada drama yang best dan hot yang boleh dikongsikan...
aynorablogs Aug 29, 2016
Oh! MyKarya!

Beli Buku 365 Tip Mendidik Anak Soleh dan Solehah. Jika anda ibu bapa yang sedang berhasrat mendidik anak-anak agar menjadi anak yang soleh dan solehah, saya sarankan anda belilah buku yang terdapat di Bookcafe ini dengan diskaun hebat sebanyak 15%. 

Tip yang dikongsikan bukan sekadar untuk ehari dua tetapi ada 365 tip mendidik anak soleh dan solehah disediakan oleh Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki. Jadi secara amnya anda boleh ajar anak satu hari satu ilmu tanpa mereka rasa bosan mengulang pelajaran yang sama setiap hari. 

Tak tahu nak order? Mudah saja. KLIK pada gambar kulit buku di bawah. Anda akan terus di bawah ke website berkaitan. 

LINK : 365 Tip Mendidik Anak Soleh dan Solehah


365 Tip Mendidik Anak Soleh dan Solehah 


 

Old price: RM18.00
RM15.30 (Jimat RM2.70 (15%))
Berat: 0.24 kg per item 
Format: Paperback
Saiz: 6'' x 9'' 
ISBN-13: 978-967-411-842-6
Tarikh Terbit: 15 May 2016
Jumlah Muka Surat: 176
Penulis: Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki 

Apakah Keistimewaan buku ini?


Buku ini dibahagikan kepada 6 segmen, iaitu Akidah, Ibadah solat, Akhlak, Al-Quran, Sunnah dan Ibu bapa sebagai guru pertama anak-anak.

Kemudian, disertakan dengan Dalil Al-Quran, hadith, dan pendapat ulama. Buku ini bertemakan '1 hari 1 tip', sebab itu ia disertakan dengan 365 Tip Jom Amal sebagai bimbingan ibu bapa untuk setahun. Tidak ketinggalan buku ini menyediakan ilustarasi yang menarik, agar tidak bosan dibaca dan mudah merangsang anak-anak untuk ikut membacanya.

Selamat bershopping atas talian ya...

Beli Buku 365 Tip Mendidik Anak Soleh dan Solehah. Jika anda ibu bapa yang sedang berhasrat mendidik anak-anak agar menjadi anak yang soleh...
aynorablogs Aug 8, 2016
Oh! MyKarya!

Haiii...peminat drama korea di luar sana. Anda suka tonton drama korea? Suka yang klasik atau moden punya? Jika anda penggemar drama korea klasik, anda boleh saksikan di saluran ONE HD di mana sekarang ni sedang ditayangkan Drama Korea Klasik Love Story In Havard.

Saya pernah tonton drama Love story In Havard ketika pertama kali ditayangkan di Malaysia, sekitar tahun 2005 kalau tak silap....

Salah seorang pelakonnya iaitu Kim Rae Won kini sedang hangat berlakon drama bersiri Doctors di saluran yang sama.


Drama Korea Klasik Love Story In Havard


Drama Korea Klasik Love Story In Havard


Drama Love Story In Havard mengisahkan tentang tiga orang pelajar di Harvard University, Hyun Woo (Kim Rae Won), Jung Min (Lee Jung Jin) and Soo In (Kim Tae Lee). Hyun Woo and Jung Min selalu bersaing dalam pelajaran dan juga percintaan.

Jung Min seorang yang mudah mendapat perhatian professor manakala Hyun Woo selalu tidak bernasib baik dan bertungkus lumus dengan pelajarannya. Sesuatu yang menarik, kedua-duanya jatuh cinta pada gadis yang sama iaitu Soo In. Soo In adalah seorang pelajar perubatan daripada sebuah keluarga yang miskin.

Mampukah mereka menyelesaikan perbezaan pandangan, percintaan dan kehidupan demi mencapai impian mereka?

Jom saksikan drama korea Love Story In Havard di saluran ONE HD pada setiap hari Isnin - Jumaat pada pukul 5:40 petang.

Drama korea ini dibintangi oleh Kim Rae Won, Kim Tae Hee, Lee Jung Jin, Kim Min dan ramai lagi.

Haiii...peminat drama korea di luar sana. Anda suka tonton drama korea? Suka yang klasik atau moden punya? Jika anda penggemar drama korea k...
aynorablogs Aug 6, 2016
Oh! MyKarya!

Mykarya.Com membawakan pula sebuah novel cinta islami karya Habiburrahman El Shirazy. Ia adalah sebuah novel pembangun jiwa, yang pastinya amat diperlukan bagi mengisi jiwa-jiwa yang kosong, yang selama ini tercari-cari matlamat hidup.

Saya belum memiliki buku ini tetapi buku novel Ayat-Ayat Cinta 1 telahpun ada dalam simpanan sebagai khazanah peribadi. Hihi...

Jika anda hendak memiliki novel Ayat-Ayat Cinta 2 ini, boleh lah klik pada gambar kulit novel yang saya sertakan di bawah. Ada banyak lagi stok jika anda berniat membeli lebih dari satu...(mungkin nak beri hadiah kepada insan tersayang...)


Ayat-Ayat Cinta 2 (Hidayah)


KLIK PADA GAMBAR UNTUK INFO LANJUT
Harga: RM35.90
Ayat-Ayat Cinta 2 (HIDAYAH)
Weight:0.78 kg per item
ISBN:9789674480523
Stok sedia ada: 32 item (setakat Oktober 2016)

Sinopsis Ayat-Ayat Cinta 2:


Fahri, yang kini tinggal di Edinburgh dan bahkan menjadi dosen di University of Edinburgh, terpaksa menjalani ke hidupan sehari-harinya sendirian. Bersama dengan Paman Hulusi, asisten rumah tangganya yang berdarah Turki, ia meneruskan kehidupannya tanpa Aisha.

Terkadang Fahri masih saja menangis saat mengingat kenangan-kenangannya bersama Aisha. Kenyataan bahwa istri yang sangat dicintainya itu kini menghilang entah kemana, membuatnya nelangsa dan hampir putus asa. Maka ia menghabiskan hari-harinya dengan menenggelamkan diri dalam kesibukan pekerjaan, penelitian, mengajar, dan bisnis yang dulu dikelola berdua bersama Aisha.

Aisha menghilang dalam sebuah perjalanan ke Palestina bersama teman wanitanya saat ingin membuat cerita dan reportase tentang kehidupan di sana. Teman Aisha ditemukan dalam keadaan sudah kehilangan nyawa dan kondisi tubuh yang mengenaskan dan sangat mungkin kondisi Aisha juga sama meski tubuhnya belum ditemukan saat ini.

Sudah lebih dari dua tahun Fahri berduka dan tenggelam dalam usaha pencarian istri yang sanagat dicintainya itu. Ia pun pindah ke Edinburgh karena itulah kota yang sangat disukai Aisha di dataran Inggris. Dengan menyibukkan dirinya, ia berusaha menyingkirkan rasa sedihnya sekaligus memperbaiki citra Islam dan muslim di negeri dunia pertama itu. Ia berbuat baik pada tetangganya, menyebarkan ilmu agama pada berbagai pihak, dan membantu orang-orang yang butuh bantuannya tanpa memandang bulu.

Berbagai kegiatan menyibukkan dirinya, hingga sebuah pertanyaan mengusik datang dari berbagai pihak. Akankah ia membujang seumur hidup setelah ditinggal Aisha? Akankah ia bertemu dengan isterinya itu sekali lagi?

Selamat membaca, sebuah lagi novel pembangun jiwa!!

Mykarya.Com membawakan pula sebuah novel cinta islami karya Habiburrahman El Shirazy. Ia adalah sebuah novel pembangun jiwa, yang pastinya ...
aynorablogs Jul 26, 2016