Menu
Oh! MyKarya!

Sinopsis Drama Korea Love Rain. Drama korea Love Rain sedang ditayangkan di saluran KBS 391/ 392. Oleh kerana ia drama yang di ulang tayang oleh KBS, drama ini disiarkan back to back 5 episod setiap hari Sabtu.

Profile ringkas Drama Korea Love Rain 

Drama: Love Rain
Revised romanization: Sarangbi
Pengarah: Yoon Seok-Ho
Writer: Oh Soo-Yun
Network: KBS2
Episodes: 20
Genre: Romance
Language: Korean
Country: South Korea

Sinopsis Drama Korea Love Rain

Drama korea ini telah pun pernah ditayangkan dulu dan kini diulang tayang di saluran KBS. Saya suka lakonan Yoona dalam Love Rain ini, agak polos dan nampak natural.


Sinopsis Drama Korea Love Rain


Drama korea Love Rain adalah drama dua zaman, iaitu kisah cinta tahun 1970 an dengan zaman sekarang.

Plot Drama Love Rain Tahun 1970 


"Love Rain" menggambarkan cinta dan kasih sayang yang murni dari tahun 1970-an hingga hari ini. In Ha (Jang Keun-Suk) adalah seorang pelajar universiti dalam jurusan seni. In Ha dan rakan-rakannya Dong-Wook (Kim Shi-Hoo), seorang pelajar perubatan, dan Chang-Mo (Seo In-Guk), seorang pelajar undang-undang, sangat popular di sekolah, terutama di kalangan wanita. 

In Ha, Dong-Wook dan Chang-Mo juga gemar bermain gitar dan menyanyi bersama-sama. Pada suatu hari, In-Ha bertembung dengan pelajar perempuan bernama Yoon-Hee (Yoona) di kampus. Ia mengambil masa singkat untuk In Ha jatuh cinta dengan Yoon-Hee. Beliau kemudian melihat Yoon-Hee duduk di atas bangku, sedang melukis. In Ha mula melukis potret beliau, tetapi sekelip mata beliau hilang dari pandangan. In Ha puas mencari akhirnya bertemu dengan Yoon Hee. Yoon-Hee sedang memegang sesuatu hingga barangnya terjatuh.  

In Ha membantu beliau tetapi Yoon Hee diam sahaja. Selepas Yoon Hee pergi, In-Ha mendapati buku nota kecil yang terjatuh adalah diarinya. 

Pada waktu malam, In-Ha membuka diari dan membaca halaman demi halaman. Dia mendapat tahu bahawa ibu bapa Yoon-Hee meninggal dunia dan dia suka filem Amerika "Love Story." Beliau kemudian menutup menutup diari tersebut. Keesokan harinya, In-Ha menunggu Yoon Hee di luar bangunan kampus untuk pulangkan diarinya.

Adakah In Ha dapat bertemu dengan Yoon Hee untuk memulangkan diari tersebut? Atau mereka langsung tidak dapat bertemu dan hanya bertemu kembali pada masa kini? Tunggu drama Love Rain dan dapatkan akhir episod drama tersebut di saluran KBS anda.  

Plot Drama Love Rain Sekarang 


Di sebuah stesen kereta api di Hokkaido, Jepun, Joon (Jang Keun-Suk) dan Ha-Na (Yoona) bertemu antara satu sama lain. Telefon bimbit Ha-Na terjatuh ke dalam poket Joon tanpa disedari. 

Joon adalah seorang jurugambar dan seorang playboy. Dia datang ke Hokkaido untuk penggambaran. Ha-Na adalah seorang pelajar yang belajar di Hokkaido dan sedang dalam perjalanan pulang ke Korea Selatan. 

Kemudian, Joon terdengar nada dering telefon bimbit yang pelik. Joon kemudian menyedari bahawa ada telefon bimbit orang lain dalam poketnya. 

Sementara itu, Ha-Na pergi ke laman menembak untuk mendapatkan telefon bimbitnya, tetapi Joon tidak ada. Kerana jadual Joon yang sentiasa berubah, Ha-Na terlepas kesempatan tiga kali bertemu Joon. 

Akhirnya, Ha-Na pergi ke hotel Joon itu. Selepas menunggu Joon sehingga tengah malam di lobi hotel, Ha-Na memutuskan untuk pergi ke dalam bilik hotel Joon untuk mendapatkan telefon bimbit di sisi. 

Tiada siapa yang di dalam bilik dan pintu dikunci. Ha-Na mendapat balik telefon bimbitnya, tetapi tiba-tiba Joon dan model masuk melalui pintu...

Apakah terjadi seterusnya? Apakah Joon akan memarahi Ha-Na tentang kejadian tersebut?

Selamat menonton. Ambil pengajaran daripadanya. ok!

Sinopsis Drama Korea Love Rain. Drama korea Love Rain sedang ditayangkan di saluran KBS 391/ 392. Oleh kerana ia drama yang di ulang tayang ...
aynorablogs Dec 19, 2016
Oh! MyKarya!

Droplets Of Love. Sebuah drama korea tentang cinta, kasih sayang, pengorbanan dan kegagalan. Drama korea Droplets of Love ditayangkan di saluran ONE HD 393 pada pukul 3.15petang, setiap hari sabtu, dengan 5 episod back to back.

Drama korea Droplets of Love dilakonkan oleh pelakon lama dan baru, antaranya Wang Ji Hye, Kang Eun Tak, dan Kim Min Soo.

Drama Korea Droplets Of Love


Sinopsis Drama Korea Droplets Of Love


Kisah cinta dan takdir, adakah mereka ditakdirkan untuk kekal bersama?

Eun Bang Wool bekerja sementara di syarikat penyedia makanan yang dimiliki oleh keluarga Woo Hyuk Park. Beberapa ketika, mereka berdua telah jatuh cinta antara satu sama lain.

Ketika hubungan mereka berkembang baik, sesuatu telah berlaku. Rupa-rupanya Hyuk Park adalah orangnya yang menerima pemindahan hati daripada bekas teman lelaki Bang Wool. 

Apakah makna itu semua? Adakah hubungan tersebut dapat diteruskan atau apakah Bang Wool tidak dapat menerima kenyataan tersebut?

Plot Drama Korea Droplets of Love Episode 7 - 10


1. Kakak Woo Hyuk Park ingin bercerai dengan suaminya tetapi WHP mengenakan syarat kepada abang iparnya agar memberikan pampasan yang banyak kepada kakaknya, Woo Kyung.

2. Eun Bang Wool dan Dong Joon berkahwin setelah berjaya memujuk ibu lelaki itu untuk membenarkan rancangan mereka.

3. Woo Hyuk Park dikesan menghidap barah hati. Dia sangat kecewa dan rasa putus asa.

4. Chae Rin menyambung pelajaran ke luar negara.

5. Woo Hyuk berdegil mahu keluar hospital walau dihalang oleh doktor.

6. Eun Bang Wool membuat pemeriksaan kandungan dan bayinya dalam keadaan sihat. Eun Bang Wool pelik kerana suaminya berkelakuan aneh.

7. Chae Rin menemui surat yang ditinggalkan oleh ayahnya dan dia berasa sedih.

8. Ibu Dong Joon dalam diam merestui perkahwinan anaknya itu.

9. Dong Joon mengalami kematian otak akibat krmalangan ketika cuba membantu seorang nenek tua menaiki tangga. Kepalanya telah terhentak di batu. Seluruh keluarganya amat bersedih dengan kejadian itu.

Bagaimanakah nasib Bang Wool nanti?

Saksikan seterusnya setiap episod cerita korea hebat ini dengan tema kekeluargaan. 

Semoga mendapat pengajaran daripadanya. 

Droplets Of Love. Sebuah drama korea tentang cinta, kasih sayang, pengorbanan dan kegagalan. Drama korea Droplets of Love ditayangkan di sal...
aynorablogs Dec 17, 2016
Oh! MyKarya!

Hero Seorang Cinderella Gandingan Fazura Dan Fattah Amin Bakal Di Dramakan? Dengar ceritanya novel Hero Seorang Cinderella akan di adaptasikan ke drama TV. Dan pelakon yang dicadangkan adalah Fazura dan Fattah Amin. Wow!!..., jangan ada yang histeria over excited sudah!! [Tetapi... hanya gosip, entahkan betul atau tidak, admin tak tahu lah..]. Dan apa yang saya dengar lagi, mungkin pihak Astro akan terbitkan drama ini. Kalau benar ia gandingan Fattah Amin dengan Fazura, pasti boleh jadi fenomena. Setuju tak?

Hero Seorang Cinderella diterbitkan oleh Karya Seni pada April 2016. Ia adalah karya novel daripada Anjell yang juga menulis karya hebat sebelum ini iaitu Tundukkan Playboy Itu.


Hero Seorang Cinderella Bakal Di Adaptasikan Ke Drama?

Paperback, 704 mukasurat
Published April 2016 oleh by Karya Seni
ISBN139789674690076 
Harga: RM 25.00 
Biasa : RM28.00
Diskaun: RM3.00

Info Hero Seorang Cinderella 


Tajuk: Hero Seorang Cinderella
Episod: 24 episod
Pengarah: Michael Ang
Pelakon utama: Fattah Amin, Fazura, Uqasha Senrose dan ramai lagi
Penyiar: Astro

Sinopsis Hero Seorang Cinderella 


Baca Sinopsis yang lain: 


Ini adalah kisah seorang Cinderella dan heronya. Sekali pandang, orang mesti cakap dia sesuai untuk Cinderella versi thriller. Dia cantik tapi muka dia beku. Senyum ikhlasnya mahal. Jelingannya tajam mengalahkan pedang. Semuanya hanya untuk menutup kisah hidupnya. Itulah Nura Medina. Seratus lapan puluh darjah pula dengan heronya.

Heronya masih versi Prince Charming. Dia kacak membunuh. Senyumnya ikhlas versi pencair hati. Jelingannya mampu bikin anak dara penasaran. Dan kepulangannya ke Malaysia kali ini bersama satu amanah. Itulah Tengku Ian Uzzam. Macam mana Tengku Ian boleh menjadi hero seorang Cinderella?

Al-kisahnya bermula pada suatu malam. “Tips. Kalau awak ingat saya malam ni, saya pasti akan selamatkan awak.”- TENGKU IAN UZZAM Bermulalah misi Tengku Ian untuk mendekati Medina. Terus-menerus si hero selamatkan Cinderellanya. Sehinggalah tersingkapnya satu rahsia.

“Dunia ni penuh dengan ketidakjujuran. Bila dah kena fitnah, 99.9% pilih untuk percaya.” – NURA MEDINA

“In the situation of 99.9% of distrust, I am your 0.1% that will trust you. Always.” – TENGKU IAN UZZAM

Itu janji Tengku Ian. Dan apabila Medina berada dalam situasi 99.9% itu, masihkah Tengku Ian menjadi 0.1% dia? Dan berjayakah Tengku Ian menjalankan amanah yang diberikan?

Review novel Hero Seorang Cinderella Dari Goodreads:


Hero Seorang Cinderella Gandingkan Fattah Amin Dengan Fazura?
Hero Seorang Cinderella Gandingkan Fattah Amin Dengan Fazura? 
Abaikan klise kisah anak orang kaya, anak datuk, anak raja... Memang itu semua dah tertulis dalam novel cover cantik ini. Apa yang tertera pada tajuk, itulah yang perlu di hayati. Masih adakah kisah cinderella zaman moden ini? Bebudak sekarang kuat melawan, paling senang lari jer dari rumah. Haa... Satu point untuk kisah ini, jangan lari dari rumah walaupun mak tiri, kakak tiri perangai macam hantu ju-on. Hehe...

Medina, yang selalu disisihkan bila ayahnya lebih percaya pada ibu tiri dan kakak tirinya. Namun, dia tetap pegun dalam rumah itu mengenangkan itu sajalah yang dia ada, iaitu ayah. Semua itu menjadikan dia seorang gadis yang beku dan tidak mesra alam. Hero utama pula, tengku ian uzzam pulang ke malaysia kerana satu amanah. Berkenalan secara tidak sengaja dengan medina dan seterusnya berjumpa kembali semasa jemputan makan malam di rumah datuk azizan. Yang bestnya, dia menyamar sebagai anak angkat tengku ismadi dan farizzam yang sebenar anak angkat tengku ismadi diperkenalkan sebagai tengku zam.. Kenapa?.. Alasan utama sebab dia nak tengok manusia mana yang hipokrit.... Yelah, jumpa kali kedua dengan medina waktu datin mawar dan anaknya puteri tengah sedap membasuh otak medina. Makinlah si Ian ni nak tahu kisah sebenar...

Dan, selain dari menjalinkan hubungan perniagaan dan amanat Tengku Ismadi untuk merapatkan diri dengan medina, Ian ada misi. Misi kehidupan yang mengaitkan medina, datuk azizan, ayana dan farizzam serta mahu merungkai rahsia.. Nak korek kisah kena lah pandai, ye tak? Umpama tarik rambut dalam tepung, rambut tak putus tepung tak berselerak... Hehe... Kisah gatai si hero cinderella pun tak tinggal.. Seronok gak baca pasal hero gatai ngan cinderella beku nih.. Nak tau kisah best nih, pegi cari novel nih...


Review 2:


Jalan cerita sudah dapat diagak. Cinderella yang diselamatkan oleh Prince Charming. Pada mulanya tak suka, akhirnya berkahwin dan bercinta. Ada rahsia dan kacau bilau sedikit. Dan akhirnya, hidup bahagia.

Walaupun begitu, aku suka apabila Tengku Ian percaya sepenuhnya kepada Medina walau orang lain meracuni pemikirannya. Terbayang betapa handsome dan kelakian terserlah dalam adegan tertentu. Hehe.

Medina yang masih kuat bertahan walau hidupnya tidak indah seperti yang disangka oleh orang luar. Percaya pada Allah dan akhirnya bertemu bahagia bersama Tengku Ian.

Novel ini juga membawa pembacanya agar tidak mudah percaya pada orang lain tanpa usul periksa. Pastikan kaji selidik dulu apa saja yang dicakap oleh orang lain. Agar tidak salah menghukum.

Itu yang terjadi kepada Ayana ( Mak Medina ) yang difitnah oleh Datin Mawar sehingga diheret keluar rumah dan Medina yang difitnah oleh kakak tirinya, Puteri sehingga dihalau keluar oleh ayahnya.

Jangan mudah percaya orang! Tolong percaya pada keluarga sendiri. Mesej yang paling kuat disampaikan dalam novel ini.

Pendapat peribadi, aku bagi 4 bintang untuk novel ini.

Kalau novel ini diadaptasi jadi drama atau filem, tak tahu siapa yang boleh memegang watak Tengku Ian dan Medina dengan baik. Cuma harap aku berkenan dengan pelakonnya. Hee.

Nak share jugak ayat-ayat jiwang karat dalam novel ni. Hehe. Tiadalah cia cia cia ye =D

"Not even one second will I doubt you. But please don't stop loving me".

"Never happen, darling. Because loving you is like breathing. How can I stop? ".

"Me too. Loving you is like counting the numbers. It never ends".



Updates by Astro Gempak (20/2/2017):


Neelofa mengesahkan yang dirinya tidak akan menjayakan drama HERO SEORANG CINDERELLA tersebut.

"Sebelum ini, saya sudah maklumkan kepada pihak Astro, pengarah Michael Ang dan tenaga produksi yang saya memang telah bersetuju untuk menjayakan drama bersiri Hero Seorang Cinderella.

"Atas sebab-sebab tertentu, saya mengalah dah tidak akan membintangi drama bersiri tersebut.

"Ingin saya tegaskan, bukannya saya tidak mahu, awal-awal lagi saya telah menyatakan persetujuan saya. Namun begitu, atas sebab tertentu, saya terpaksa mengalah dan tidak dapat berlakon dalam drama bersiri tersebut," kata Neelofa kepada Astro Gempak.

Ketika ditanya apakah sebab sebenar yang membuatkan dirinya mengalah dan tidak membintangi drama bersiri tersebut, Neelofa mengunci mulut dan tidak memberikan penjelasan lanjut.

"Saya tak boleh beritahu. Kalau nak tahu apakah sebabnya, kena tunggu pihak stesen atau tenaga produksi sendiri untuk memberikan penjelasan," katanya.

Hero Seorang Cinderella Gandingan Fazura Dan Fattah Amin Bakal Di Dramakan? Dengar ceritanya novel Hero Seorang Cinderella akan di adaptasi...
aynorablogs Dec 16, 2016
Oh! MyKarya!

Aku Manusia Penuh Khilaf. Sering tersasar dalam kemelut nafsu dibayangi dendam. Khilaf yang sering berlaku, berulang-ulang mengundang pedih hati yang tak terjaga. Fikiran celaru tak selaras dengan tindakan, mengkucar kacirkan perasaan insan yang ikhlas.

Aku manusia khilaf. Dalam mencatur perjalanan berseorangan. Ketika amarah menggugah tenang, lupa kebaikan yang pernah ditabur. Lupa segala tawa canda masa lalu yang dilalui dalam ranjau berduri. Itulah aku, manusia penuh khilaf bila Allah datangi ujian sekali lagi.


Aku Manusia Penuh Khilaf 


Aku Manusia Penuh Khilaf

Telah mengadu pada Mu ya Allah, khilaf yang dilakukan menurut perasaan. Kontang hati dan kering jasad, didatangi syaitan merajai diri. Lantas entah apa haluan hidup di pilih. Sayu pilu mata sang kekasih, mengharap sinar bahagia di hujung liku. Apakan daya, diri penuh noda dan dosa, moga ada kemaafan di akhir perjalanan.

Akui diri penuh dosa, bukan mengaku diri sendiri seorang yang sempurna. Biarlah setelah pengakuan berdosa ini, kamu tidak didatangi kawan seperti selalu. Tak mengapa. Allah selalu ada. ALLAH ada. Disisimu, selalu dan selama-lamanya. Jika diri dipandang penuh dosa, biarlah manusia manusia hipokrit itu bergembira dengan pandangan sinis mereka.

Tetapi Allah yang menjadikan kita, Dia Maha Mengetahui kenapa kita yang terpilih untuk diuji dengan dosa dan akhirnya kembali semula memohon ampunan kepadaNya. Bukankah dia telah mengakui khilafnya di hadapan Allah. Siapa kini yang Allah lebih sayang? Orang yang terbiar tidak diuji atau hambaNya yang selalu didatangi ujian? Kerana apa? Kerana Allah masih sayangkannya. ALLAH mahu dia kembali suci setelah bertaubat.

Sedihlah duhai hati hati yang tidak diuji, empunya bibir yang mencanang dusta dan dosa silam seseorang, kerana ini mungkin juga ujian buatmu, Allah ingin kamu tutupi aib saudara yang lain bila mereka tersungkur. Tetapi apa yang telah kamu lakukan bila melihat orang lain diuji sebegitu rupa?

Diamkan saja, pesan bonda bila itu berlaku. Allah kan ada..., biar Allah yang membalasnya. Kerana kini kamu dalam tidak berdaya...

Allahu...  

#Mykarya.Com
Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali, ;) :) kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA..

Aku Manusia Penuh Khilaf. Sering tersasar dalam kemelut nafsu dibayangi dendam. Khilaf yang sering berlaku, berulang-ulang mengundang pedih...
aynorablogs
Oh! MyKarya!

Runtuhnya Sabar Seorang Aku

Pernahkah terfikir pengakhiran sebuah janji?
Ia telah terkubur dan kabur
Dalam sebuah keegoan yang panjang
Engkau dan aku beralih arah
Utara dan selatan jalan dipilih
Meninggalkan segalanya tanpa hala
Begitulah janji didustai
Hati telah mati, keringnya lautan kasih
Terhenti nafas beradu selamanya

Sabar
Sabarlah..
Bersabar dalam runtuhan lelah
Rebah bersama harapan yang dipadu
Tewaslah seorang aku..
Dimamah kenangan lalu

Sambil berdoa
Ada lagi sisa harapan bersama sinar
Kelak menerangi kegelapan istana hati
Cahaya yang lama terpadam
Gemerlap kembali menyinari kelam mimpi

Begitulah...
Runtuhnya sabar seorang aku
Berkali-kali janji didustai
Harapan palsu mengaburi mata
Kasih diberi lakonan percuma
Sayang ditabur perhiasan palsu
Ucapan manis hanya dibibir 

Aynora Nur
14 Disember 2016

Pernahkah terfikir pengakhiran sebuah janji? Ia telah terkubur dan kabur Dalam sebuah keegoan yang panjang Engkau dan aku beralih ...
aynorablogs Dec 14, 2016
Oh! MyKarya!

Drama Korea Goblin: The Lonely And The Great God. Goblin jelmaan cuba membunuh diri dengan mengahwini pengantin perempuan yang suci, tetapi hal berlaku sebaliknya dan jadi complicated bila dia benar-benar jatuh cinta kepada wanita itu. Lalu dia berusaha dan mencari jalan untuk terus hidup selamanya.

Bintang utama adalah Gong Yoo and Kim Go Eun.

Ringkasnya, Kim Shin (Gong Yoo) adalah seorang goblin atau iblis yang juga pelindung nyawa. Dia tinggal dengan Malaikat Maut yang menghidap amnesia bernama Wang Yeo (Lee Dong-wook) yang mengambil kerja mencabut nyawa. Bersama-sama keduanya melihat kematian dan hidup selepas mati.

Nama atau tajuk lain bagi Goblin adalah Guardian: The Lonely and Great God. Ia adalah drama siri dari South Korean dibintangi oleh Gong Yoo, Lee Dong-wook, Kim Go-eun, Yoo In-na and Yook Sung-jae. Ia bersiaran di kabel TVN setiap Jumaat dan Sabtu muai 2 Disember, 2016. Wikipedia


Drama Korea Goblin: The Lonely And The Great God
Drama Korea Goblin: The Lonely And The Great God

Info Drama Korea Goblin: The Lonely And The Great God

Drama: Goblin / Goblin: The Lonely and Great God / Guardian: The Lonely and Great God
Director: Lee Eung-Bok
Writer: Kim Eun-Sook
Network: tvN
Episodes: 16
Release Date: December 2, 2016 - 2017
Siaran: Fri & Sat 20:00
Language: Korean
Country: South Korea

Sinopsis Goblin: The Lonely And The Great God


Pada masa dahulu, Kim Shin (Gong Yoo) adalah jeneral yang tiada tandingan dalam peperangan, tetapi Raja Muda (Kim Min-Jae) telah membunuh Kim Shin kerana cemburu. Kim Shin menjadi Dokkaebi (Goblin), memiliki kehidupan yang abadi. Pada mulanya dia memikirkan bahawa dia diberkati, tetapi dia sedar bahawa dia adalah disumpah.

Hampir dengan zaman kini, Kim Shin telah menunggu 900 tahun untuk pengantin manusia untuk menamatkan kehidupan abadi. Pada suatu malam, ia menyelamatkan wanita hamil (Park Hee-Von) yang ditakdirkan untuk mati. Sementara itu, Malaikat Maut (Lee Dong-Wook) tidak dapat mencari wanita hamil yang mati. Wanita itu melahirkan seorang bayi perempuan bernama Ji Eun-Tak (kemudian dimainkan oleh Kim Go-Eun). 9 tahun kemudian, Ji Eun-Tak tinggal bersama ibunya dan mampu untuk melihat hantu. Pada suatu malam, ibunya tiba-tiba mati. Pada malam itu, dia bertemu Malaikat Maut.

Pada hari ini, Ji Eun-Tak adalah seorang pelajar sekolah tinggi. Dia masih melihat hantu dan mendengar bisikan mereka "pengantin Dokkaebi." Dia kini tinggal bersama keluarga ibu saudaranya, tetapi dia dizalimi oleh mereka. Pada hari jadinya, Ji Eun-Tak duduk di tepi laut dengan kek hari jadi berlampu. Pada masa itu, Kim Shin tiba-tiba muncul di hadapan beliau. Kim Shin tidak tahu mengapa, tetapi dia boleh mendengar suaranya dan muncul di hadapan beliau terhadap kehendak-Nya. Kebetulan, Kim Shin tinggal bersama Malaikat Maut di rumah yang sama.

Kini, Kim Shin akan muncul di hadapan beliau menurut kehendak-Nya, setiap kali dia mematikan lampu. Satu hari, Ji Eun-Tak memberitahu Kim Shun bahawa dia adalah Dokkaebi dan dirinya adalah pengantin perempuannya.

Drama Korea Goblin: The Lonely And The Great God


Sinopsis Goblin: The Lonely And The Great God daripada blog K-drama Indonesia

Info tentang Drama Korea Goblin: The Lonely And The Great God daripada website dramafever;

Gong Yoo (Coffee Prince), Kim Go Eun (Cheese in the Trap) and Lee Dong Wook (Blade Man, My Girl) star in a supernatural romance that proves love can find its way past anything, including death. Kim Shin (Gong Yoo) is an immortal “goblin,” and has the rather honorable title of being the Protector of Souls. His roommate Wang Yeo (Lee Dong Wook) also happens to have the equally lofty, if thoroughly opposing, title of Angel of Death, and he acts as the storied grim reaper that claims souls. However, both these devilishly handsome angels have a problem: Wang Yeo has amnesia and Kim Shin wants to end his own (immortal) life. Unfortunately for goblins, the only way to defeat immortality is to marry a human bride. As fate would have it, Kim Shin encounters Ji Eun Tak (Kim Go Eun) a quirky, yet cheerful, girl who may be the answer to ending his cursed existence. Now, once responsible for protecting souls and watching them pass, Kim Shin tries to send his own soul to the afterlife. But when a slightly complicated method of suicide starts turning into true love, will our immortal goblin begin to regret his decision--where acting on that very love ultimately means the end of his life?

Adding to the drama are Kim Sun (One More Happy Ending star Yoo In Na), a sweet chicken shop owner who falls for the Angel of Death, and Yoo Duk Hwa (BtoB member and School 2015 actor Yook Sung Jae), a wealthy heir who happens to be Kim Shin’s nephew with a penchant for rebellion.

Also known as “Shining Goblin”, “Dokkaebi,” and simply "Goblin", Goblin: The Lonely and Great God is helmed by the director-writer team of Lee Eung Bok and Kim Eun Sook, a pairing fans will remember for their work on the massive hit Descendants of the Sun, and who also have notable credits on their respective resumes such as Dream High and Heirs. The first script reading for the drama took place on August 30, 2016 at the Nuri Dream Square in Sangamdong, Seoul, South Korea, with filming beginning in September 2016. In addition to the all-star cast and highly-acclaimed writer-director duo, the drama earned much attention prior to its release for not only being one of the few Korean dramas to be filmed in Canada, but also for marking a return to the small screen for actor Gong Yoo, who hadn’t worked in a leading role on television since 2013’s Big. The debut episode of Goblin: The Lonely and Great God aired on December 2, 2016 on tvN at 8:00PM, overtaking the time slot previously occupied by Ji Chang Wook and Yoona’s The K2, with subsequent episodes airing every Friday and Saturday at 8:00PM.

The extended cast for Goblin: The Lonely and Great God includes Gong Yoo as Kim Shin (goblin), Kim Go Eun as Ji Eun Tak (human priestess), Lee Dong Wook as Wang Yeo (grim reaper), Yoo In Na as Kim Sun/Sunny, Yook Sung Jae as Yoo Duk Hwa, and Jo Woo Jin as Secretary Kim, with supporting roles by Lee El, Kim Sung Kyum, Park Hee Bon, and Hwang Suk Jung, and cameos by Kim So Hyun and Kim Min Jae.

Selamat menonton Drama Korea Goblin: The Lonely And The Great God. Drama ini telah disiarkan di TV berbayar Korea mulai 2 Disember 2016 dan mengandungi 16 episod. Mungkin akan ditayangkan di saluran ONE HD pada tahun 2017.

Selamat menonton dan ambil pengajaran daripadanya.. ❤❤❤  

Drama Korea Goblin: The Lonely And The Great God.  Goblin jelmaan cuba membunuh diri dengan mengahwini pengantin perempuan yang suci, tetapi...
aynorablogs Dec 9, 2016
Oh! MyKarya!

Sinopsis Drama Korea You Are My Present. Sebuah lagi drama korea menarik untuk tontonan semua. Drama korea You Are My Present boleh ditonton di saluran Astro 393 ONE HD. Drama Korea You Are My Present mengandungi 20 episod menarik. Waktu siaran di Astro ONE HD adalah pada setiap hari Sabtu bermula pukul 7:30 malam.

Kisah yang menyentuh hati tentang kesetiaan dan kepercayaan. Bagaimana emak mertua dan menantu perempuan menjadi janda dalam satu malam, sekelip mata. Kisah tentang suka duka kehidupan untuk mencari kebahagiaan. 

 

Sinopsis Drama Korea You Are My Present



You Are My Present mengisahkan seorang pereka pakaian, Kong Hyun Soo hilang memori/ ingatan sementara setelah baru berkahwin. Oleh kerana itu, dia bertarung dengan berbagai dugaan dan kesukaran untuk berjaya dalam hidupnya. Adakah beliau akan menemui kebahagiaan sejati yang dicarinya?

You are my present dilakonkan oleh Heo Yi Jae, Cha Do Jin, Choi Myung Gil, Jin Ye Sol, Kim Chung, Song Jae Hee & Shim Ji Ho.


    

Sedikit info tentang You Are My Present


Drama: You Are a Gift, You Are My Present
Director: Yoon Ryoo-Hae
Writer: Lee Moon-Whi, Oh Bo-Hyun
Network: SBS
Episodes: 120
Runtime: Monday - Friday 19:20
Language: Korean
Country: South Korea

Daripada sumber Asianwiki, sinopsis ringkas seperti berikut:

Hyun-Soo (Huh Yi-Jae) is university student who is smart and bright, but has lived through a tragic past. Her father died in a motorcycle accident and her mother suffered brain damage in the accident. Hyun-Soo dates Yoon-Ho (Shim Ji-Ho) and they decide to marry. At first, Yoon-Ho's mother, Young-Ae (Choi Myoung-Gil), opposes their marriage, but relents. After their marriage, Yoon-Ho and his father get into an accident. Yoon-Ho's father dies and Yoon-Ho goes missing. Hyun-Soo's mother-in-law moves to another country without telling Hyun-Soo, but the mother-in-law is unaware that Hyun-Soo is pregnant.
Years later, Hyun-Soo and Young-Ae meet again.
Selamat menonton. Ambil pengajaran daripadanya... ok! 

Sinopsis Drama Korea You Are My Present. Sebuah lagi drama korea menarik untuk tontonan semua. Drama korea You Are My Present boleh ditont...
aynorablogs Dec 8, 2016
Oh! MyKarya!

Hari Ini 4 Disember. Angin sejuk Disember membawa lari hangatnya daerah ini. Dedaun menari kehijauan melambai sejuta ketenangan. Aduhai Disember 2016, betapa banyaknya kenangan yang telah dilalui sepanjang tahun.

Angin 4 Disember, membawa cerita tidak ceria. Disember 2016, adakah aku telah dilupakan? Cerita suka duka, riang tawa, pahit manis bersatu menjadi debu kenangan. Namun parut yang ditinggalkan masih berbekas lagi.

Hari Ini 4 Disember, Aku Dilahirkan


Seseorang menulis begini,

4 December 2016 @ 4 Rabiul Awal 1438 Hijr.
Assalamualaikum... 😊

Pesan pada hati,
"Seseorang bahagia bukan kerana dia memiliki segalanya.

Tapi kerana pandai bersyukur dan tak membandingkan apa yang dimiliki dengan orang lain."


Nanti kalau mampu, akan aku laksanakan seperti apa dipesan. Buat waktu ini, ada hati yang tidak serupa itu, ketika ini ada sesuatu yang tak mampu di beritahu..

Beritahu padaku, apa lagi yang boleh dilakukan untuk membawa kehangatan pada sebuah kehidupan yang kian dingin? Adakah pada hari ini, 4 Disember ini.., angin sejuk membawa khabar damai buat hatiku? Apakah aku yang terlewat memungut serpihan debu positif yang ditiupkan angin lalu?

Persoalan ini bukan untuk mematikan pertanyaan dari mata yang tajam bertanya. Persoalan ini perlukan jawapan. Adakah aku akan menunggu setahun lagi agar segala persoalan dapat dirungkai?

Tak mengapa..

Aku tak marah dengan pertanyaan sinis pada lewat 4 Disember ini. Cuma, aku perlukan ruang untuk memahami apa yang sedang dilalui. Fahamilah aku.

Bahagia itu untuk orang yang tahu bersyukur.

Hari Ini 4 Disember. Angin sejuk Disember membawa lari hangatnya daerah ini. Dedaun menari kehijauan melambai sejuta ketenangan. Aduhai Dise...
aynorablogs Dec 4, 2016
Oh! MyKarya!

Awak Sangat Nakal! Novel Karya Syamnuriezmil. Jika anda peminat novel santai tetapi misteri, saya rasa novel Awak Sangat Nakal! ada kisahnya. Novel ini terbitan OCT. Jika nak beli boleh ke website Bookcafe dan anda akan dilayan dengan terbaik! Tak banyak unit yang tinggal, ianya stok terhad. Siapa cepat dia dapat! Hehe...

Nak baca sinopsis? Sila scroll hingga bawah ya...

Nak beli dengan cepat??? KLIK PADA GAMBAR DI BAWAH



Awak Sangat Nakal! Novel Karya Syamnuriezmil


Awak Sangat Nakal! (OCT)
RM22.00 
===========================
Format: Paperback
Saiz: 4.5" x 7.5”
ISBN-13: 9789670707228
Jumlah Muka Surat: 520
Berat (Kg): 0.40
Baki item: 48 (setakat 10 November 2016)
===========================

Sinopsis Belakang Buku:


Pertemuan antara Johan Rizqin dan Erine Johanna bermula apabila gadis itu ditinggalkan mama dan papanya selama sebulan di bawah jagaan orang gajinya, Mak Munah. Oleh sebab dia kebosanan duduk di kampung, Erine menjadikan Johan Rizqin, mangsa usikannya.

Masalahnya. Johan Rizqin sudah bertunang dengan Ain Humaira, anak angkat Mak Munah. Tetapi kehadiran Erine, menyebabkan Johan mula berubah hati. Entah kenapa, dia merasakan persaannya lain sejak diusik Erine. Tetapi untuk mendapatkan Erine, Johan terpaksa berdepan banyak cabaran.

Walaupun begitu, Erine masih tidak boleh menerima cinta yang Johan berikan. Bukan kerana soal hati, bukan kerana tidak cinta, tetapi kerana amanah arwah suami Mak Munah kepada Johan. Erine merasakan dia menjadi penghalang kepada amanah itu.

Gara-gara kenakalan dan sikap ingin tahunya untuk mencari siapa yang diamanahkan kepada Johan, Erine Berjaya merungkai seribu satu rahsia, teori dan konspirasi yang disimpan Mak Munah selama 23 tahun. Erine kemudian mula merancang dan membuat pakatan sulit untuk menyelamatkan Johan daripada dibunuh. Tapi, sehebat mana pun rancangannya, hebat lagi perancanggan Allah SWT.

Adakah pengorbanan Erine kepada Johan, tidak sia-sia? Atau, hidupnya berakhir dengan hukuman mati?

Updates!!


Awak Sangat Nakal! telah diadaptasi ke drama bersiri di saluran Astro. Pelakon utama yang memegang watak Erine adalah Ayda Jebat manakala watak Johan dilakonkan oleh Sharnaz Ahmad. Best ke tak lakonan mereka, adakah boleh jadi fenomena macam drama Suri Hati Mr Pilot?? Hanya masa menentukannya..hihi..

Sedikit info tentang drama adaptasi Awak Sangat Nakal! :

JUDUL : AWAK SANGAT NAKAL!
EPISOD : 16 episod
TARIKH / MASA : 7 November 2016
SIARAN : Astro Ria 104 & Astro Ria HD 123
NOVELIS : Syamnuriezmil
PENGARAH : Azmi Hatta
TERBITAN : Orangetree Production Sdn Bhd
PELAKON : Ayda Jebat, Sharnaaz Ahmad, Ika Nabella, Tash Yong, Fadilah Mansor, Hefny Sahad, Farouk Hussain

Selamat menonton, ambillah pengajaran daripadanya. Okay!

Awak Sangat Nakal! Novel Karya Syamnuriezmil. Jika anda peminat novel santai tetapi misteri, saya rasa novel Awak Sangat Nakal! ada kisahn...
aynorablogs Dec 1, 2016
Oh! MyKarya!

Sinopsis Drama Meh Sandar Pada Aku. Cerita adaptasi lagi dari novel Meh sandar pada aku! karya Aifa Batrisya akan mula ditayangkan di TV3 mulai Februari 2017.


Cerita Meh Sandar Pada Aku akan mengisi slot slot Dahlia di TV3. Ditayangkan pada setiap hari Jumaat hingga Ahad. 

Nak tahu pelakon yang terlibat? Antara pelakon utamanya adalah Mira Filzah & Alif Aziz.

Sedikit info daripada FB Mira Filzah,
#Repost @miraclegacy_ with @repostapp・・・Cak! Haaa kita tahu ramai sedang menantikan #MehSandarPadaAku! Sebuab adaptasi novel karya terbitan @karyaseni ditulis oleh @aifabatrisya, skrip tulisan @marrmohamad ..Dilakonkan oleh @mfmirafilzah @aliffaziz91 @redzarosli @jajailiyes_ @nadanursyuhada @aishahilias @aiditnoh @asyrafaley Dan ramai lagi!!! Akan memulakan tayangan pada 27 NOVEMBER 2016 ini di laman WWW.TONTON.COM.MY. Dan anda boleh tonton 20 episod sekaligus secara eksklusif dan dapat dgr ost #MehSandarPadaAku berjudul #SandarPadaku nyanyian bersama @mfmirafilzah dan @aliffaziz91!. Tayangan di TV3 pada 2017..Pihak kami amat berharap semua pihak untuk tidak menyiarkan kandungan berbentuk video dan memuatnaik di mana mana laman media/blog. Kami juga minta kerjasama mana mana pihak utk tidak download secara haram drama bersiri ini. Kami amat menghargai kerjasama anda. @zaidaismail @lya_za @shahilaazwin 

Sinopsis Drama Meh Sandar Pada Aku 




Meh Sandar Pada Aku! mengisahkan tentang gadis manis bernama Afnan Tasneem yang terpaksa menjalani praktikal di sebuah institusi penyelidikan bagi menyempurnakan pengajiannya. Tetapi siapa sangka di situ dia terjumpa teman hidupnya yang bermula dengan agak dingin?

Berikut adalah sinopsis belakang kulit novel MEH, SANDAR PADA AKU! karya Aifa Batrisya.


Aku perlukan kau, sebagaimana kau perlukan aku. Tapi kenapa kita tak sedar semua itu? Kata orang, tak kenal… maka tak cinta. Tapi kalau dah kenal, asyik nak menyakitkan hati sahaja… buat apa? -Afnan Tasneem

Dia, gadis yang ceria, jujur cuma kadangkala lurus bendul tak bertempat. Kehadirannya di institusi penyelidikan itu hanya sekadar memenuhi syarat kredit yang diperlukan untuk menyempurnakan pengajian peringkat ijazah pertamanya. Sangkanya, praktikal hanya sekadar bekerja sambil menimba pengalaman awal sebelum tempoh alam pekerjaan yang sebenar. Rupa-rupanya tidak.

Berdepan dengan spesies lelaki terancam yang macam bagus seperti penyelianya itu membuatkan hatinya sentiasa berasa panas. Buat itu tak kena, buat ini tak kena. Langsung tak ada gaya sedang menjalani praktikal. Asyik kena buli, adalah! Lelaki itu cuma pandai bagi arahan, tapi tunjuk ajar memang tak pernah ada. Matanya pula langsung tak beralih dari skrin komputer setiap kali berkata-kata. Macam bagus sangat!

“Kau letak otak kau kat mana ha? Kat lutut?”

“Kenapa Doktor Syed tanya saya macam tu?”

“Sebab kau buat kerja tak guna otak. Tapi guna lutut!”

Dalam marah, dalam herdik… tanpa sedar nama gadis itu sudah mula ada ruang dalam hati dan akal seorang lelaki bernama Syed Nadzhan yang selama ini dunianya kosong untuk kaum perempuan. Kehadiran Adam Naufal, anak didiknya yang selalu menjadi penyelamat gadis itu dengan senyuman dan bicara tenangnya membuatkan hati Syed Nadzhan yang mula terisi, rasa tergugat.

“Aku apa?”

“Tak ada apa-apa, Doktor Syed...”

“Aku tanya sekali lagi. Aku apa?”

“Errr… Doktor Syed kan handsome! Tentulah Doktor Syed tak suka perempuan macam saya yang biasa-biasa ni. Betul tak?”

Tapi rasa itu terhenti apabila mereka akhirnya ditakdirkan untuk duduk serumah.

Apakah pengakhiran kisah Afnan Tasneem? Berjayakah dia mengharungi tempoh praktikal di bawah seliaan lelaki itu dengan jayanya? Apakah hubungan sebenar di antara mereka berdua hingga memungkinkan mereka duduk bersama?

Tajuk: Meh, Sandar Pada Aku!
Penulis: Aifa Batrisya
Penerbit : Karyaseni
ISBN: 978-967-0246-39-0
Harga: RM22 (Semenanjung) // RM25 (Sabah & Sarawak)


Selamat menonton drama Meh Sandar Pada Aku! yang ditayangkan pada bulan Februari 2017 di TV3.

Jangan lupa, setiap cerita ambillah pengajarannya daripadanya. Bukan hiburan semata-mata..., okay!

Sinopsis Drama Meh Sandar Pada Aku. Cerita adaptasi lagi dari novel Meh sandar pada aku! karya Aifa Batrisya akan mula ditayangkan di TV3 ...
aynorablogs