Menu
Oh! MyKarya!

"Melawan takdir seperti meletak api antara kita, semoga tiada jari yang terbakar atau hati yang rentung.."

Selamat Malam Tan Sri Sinopsis Dan Senarai Pelakon. Novel Selamat Malam Tan Sri akan di adaptasi ke drama TV dan akan disiarkan oleh RTM 2. Dah lama saya tak baca novel ni, ada ingat ingat lupa cerita di dalamnya. Bukunya yang lama dulu taklah tebal sangat tetapi jalan ceritanya amat relevan dengan keadaan semasa.


Selamat Malam Tan Sri Sinopsis Dan Senarai Pelakon


Pada 2017, novel ini telah menambat hati pihak Radio Televisyen Malaysia untuk disiarkan secara bersiri sebanyak 26 episod untuk TV2, terbitan Iris Intergrated. Skrip asal drama ini oleh Ahmadsaabun Scriptwriter. Arahan Raja Mukhriz, terbitan Iris Intergrated Sdn Bhd.

Ini adalah naskah terkini novel Selamat Malam Tan Sri yang sudah diedit bersesuaian dengan trend sekarang, lokasi terkini dan tambahan jalan cerita.

Karya dengan tema kontemporasi ini pertama kali terbit pada 1999 dan sudah diulang-cetak sebanyak tujuh kali dalam masa 18 tahun penerbitannya. Hebatnya karya Sri Diah ni...

Selamat Malam Tan Sri Sinopsis Dan Senarai Pelakon


Berikut adalah senarai Pelakon Drama Selamat Malam Tan Sri. Antara pelakon yang akan membintangi Drama Selamat Malam Tan Sri adalah:

Dato' Eizlan Yusof sebagai Tan Sri Rahman Shah
Julia Ziegler sebagai Netty Karmila (madu Puan Sri Rosenita)
Reen Rahim sebagai Hanim Hanani
Idris Khan sebagai Saiful Azam (anak Tan Sri)
ZaiN Alexander sebagai Hadi
Haliza Misbun sebagai Datin Suhaila
Marissa Yasmin
Nikki Palikat

Sinopsis Drama Selamat Malam Tan Sri


Keputusan Hanim Hanani memilih lelaki itu bukan kerana harta! Jika itulah alasan dan tuduhan, dia menafikan. Dia bukan memburu kemewahan. Bukan juga kerana kasihan. Malah lamaran cinta lelaki muda telah ditolak mentah-mentah.

Bagaimanapun Hanim Hanani tidak menafikan soal harta, darjat dan prestij turut terbetik di hatinya. Sejak pertama kali memandang lelaki yang bergelar Tan Sri dalam tugasannya sebagai wartawan itu, hatinya mula berdetik. Dia tidak pasti apakah maknanya. Lelaki itu telah pun beristeri; bukan satu malah dua! Isteri-isterinya bukan calang-calang wanita. Mereka itu wanita ternama, berharta dan berkedudukan. Ketika itu Hanim Hanani sedikit pun tidak terfikir untuk bersaing dengan wanita-wanita itu. Dia pasti dia akan kalah.... tapi takdir menentukan segalanya!


Kata-kata dari penulis novel Selamat Malam Tan Sri...


Pada akhirnya persoalan tentang cinta, banyak berbalik kepada sekeping hati. Biarpun cinta itu terlepas dari tangan namun jatuh cinta berkali-kali, tetap menjadi mukjizat meneruskan hidup di tengah kota Kuala Lumpur.

Hanim Hanani adalah jelmaan seorang wanita yang cekal melayan godaan hati kerana bercinta dengan orang yang ditakdirkan bukan untuknya.

Dia tahu, tetapi ada sebab dia teruskan kesilapan itu.

Saya cipta Hanim yang fleksible wataknya. Tindakannya selalu tepat. Keputusannya ada ketika menyakiti orang lain, tapi itu lebih baik daripada hatinya disakiti.

Dia tidak mahu berpura ketawa sedangkan dalam masa sama ada perempuan lain yang berduka.

Sesungguhnya dia mewah cinta dan mewah bahagia untuk dikongsi dengan tiga lelaki, obor hidupnya.

#SelamatMalamTanSri

Semoga drama Selamat Malam Tan Sri yang akan disiarkan nanti akan meninggalkan pengajaran untuk dijadikan panduan kehidupan yang lebih bermakna dan diberkati.

"Melawan takdir seperti meletak api antara kita, semoga tiada jari yang terbakar atau hati yang rentung.." Selamat Malam Tan Sr...
aynorablogs Mar 27, 2017
Oh! MyKarya!


Sinopsis Drama Cik Serba Tahu Lakonan Sari Yanti di Astro. Baru sebentar tadi saya tertengok teaser Drama Cik Serba Tahu. Macam okay jugak, lepas tu ada hero serba boleh si Remy Ishak. Terus tak sabar nak tunggu tayangannya pada 27 Mac 2017 ini.
Sinopsis Drama Cik Serba Tahu Adaptasi Novel Syamnuriezmil

Preview Awal Cik Serba Tahu


Sinopsis:


“Kalau nak, semua boleh buat.”
“Memanglah, selagi belum dapat. Cuba kalau dah dapat?”
“Abang bukan orang macam tu la. Kalau belum dapat, berusaha bagi dapat. Bila dah dapat, genggam sampai rapat!”

Bermacam-macam usaha yang Carl Adham buat untuk memikat hati Aerna, namun untuk menerima lelaki itu memang agak payah. Mana tidaknya, mereka baru saja bertemu. Tiba-tiba lelaki itu ajak dia tunang kemudian bernikah? Gila ke apa???!

“Saya nak awak tahu juga, walaupun ada rumah atas kayangan, walaupun tidur beralaskan duit ringgit, walaupun ada roket sampai ke bulan... awak masih belum boleh curi hati saya, Encik Carl! Saya bukan perempuan yang boleh dijual beli dengan kekayaan!”

Semua orang di ofis gelarkan Aerna sebagai Cik Serba Tahu sebab semuanya dia boleh tahu. Sebab benda yang diagak selalunya betul dan banyak rahsia yang dia tahu terutama rahsia Encik Ben dan Encik Bun.

Dan disebabkan serba tahunya itu, bapaknya bimbang jika anaknya itu terlupa tentang diri sendiri. Bapak Aerna nekad untuk cepat-cepat mengahwinkan anaknya dengan sesiapa saja yang gentleman asalkan Aerna membuka hati untuk menerima cinta. Adakah dengan mudah Aerna dapat menerima pilihan bapaknya? Adakah Aerna akan bersedia membuka pintu hatinya seperti yang dipinta oleh bapaknya?

“Dari mula jumpa sampai sekarang, Aerna Isyqee jodoh abang. Kahwin dengan abang? Jemputan ini tamat dalam masa 15 saat...”
“Nak!”
“16 saat dah... Dah lewat!”
“Abang! Na cakap nak la...”

Antara pelakon yang membintangi mega drama 16 episod ini adalah Sari Yanti, Remy Ishak, Zarul Umbrella, Ilya Buang, Ariana AF dan ramai lagi.

Nantikan drama Cik Serba Tahu yang merupakan terbitan terbaru Orangetree Production Sdn Bhd. Drama ini diarahkan oleh Shuhaimi Zulkefli. Drama Cik Serba Tahu adalah drama adaptasi novel dengan tajuk sama nukilan Syamnuriezmil. 


Sinopsis Drama Cik Serba Tahu Lakonan Sari Yanti Di Astro


Bermacam-macam usaha yang Carl Adham (Remy Ishak) buat untuk memikat hati Aerna, namun untuk menerima lelaki itu memang agak payah. Mana tidaknya, mereka baru saja bertemu. Tiba-tiba lelaki itu ajak dia tunang kemudian bernikah?

Semua orang di ofis gelarkan Aerna sebagai Cik Serba Tahu sebab semuanya dia boleh tahu. Sebab benda yang diagak selalunya betul dan banyak rahsia yang dia tahu terutama rahsia Encik Ben dan Encik Bun.

Dan disebabkan serba tahunya itu, bapaknya bimbang jika anaknya itu terlupa tentang diri sendiri. Bapak Aerna nekad untuk cepat-cepat mengahwinkan anaknya dengan sesiapa saja yang gentleman asalkan Aerna membuka hati untuk menerima cinta. Adakah dengan mudah Aerna dapat menerima pilihan bapaknya? Adakah Aerna akan bersedia membuka pintu hatinya seperti yang dipinta oleh bapaknya?

Saksikan nanti drama Cik Serba Tahu yang ditayangkan setiap Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam di Astro Ria dan Astro HD.

Semoga kita dapat pengajaran daripada drama yang menarik ini. Saksikan di TV Astro dan Astro HD.

Sinopsis Drama Cik Serba Tahu Lakonan Sari Yanti di Astro. Baru sebentar tadi saya tertengok teaser Drama Cik Serba Tahu. Macam okay juga...
aynorablogs Mar 24, 2017
Oh! MyKarya!

Sinopsis Drama Menanti Februari Slot Samarinda TV3. Misteri Wan Peah dah pun tamat siarannya. Kini slot Samarinda itu digantikan dengan drama baru bertajuk MENANTI FEBRUARI. 

Menanti Februari adalah sebuah drama terbitan Sha's Media Sdn Bhd dan diarahkan oleh Ayie Mustafa. Menampilkan gandingan Nur Fathia Latiff, Zul Ariffin dan Afiq Muiz sebagai pelakon utama. Drama bersiri Menanti Februari dijadual bersiaran dalam bulan Mac ini.

Info Drama Menanti Februari

JUDUL : MENANTI FEBRUARI
EPISOD : 16 episod
TARIKH / MASA : Mac 2017
SIARAN : Slot Samarinda TV3
PENGARAH : Ayie Mustafa
TERBITAN : Sha's Media Sdn.Bhd

PELAKON : Nur Fathia Latiff, Zul Ariffin, Afiq Muiz, Wan Nor Azlin, Riz Amin

Watak dilakonkan adalah seperti berikut, Fathia Latiff sebagai Fiza, Zul Ariffin sebagai Arie dan Afiq Muiz sebagai Edi.

Sinopsis Drama Menanti Februari Slot Samarinda TV3


Sinopsis Drama Menanti Februari Slot Samarinda TV3

MENANTI FEBRUARI mengisahkan Arie yang berkahwin dengan Fiza atas dasar cinta sehingga menyebabkan Edi, rakan baik kedua mereka memendam rasa. Namun, kebahagian yang diharapkan oleh Fiza tidak kesampaian apabila Arie terlalu taksub dengan kerjanya sehinggakan mengabaikan perasaan Fiza. Bagaikan satu kebetulan, segala kejadian manis dan peristiwa pahit antara Arie dan Fiza berlaku dalam bulan yang sama, iaitu di bulan Februari.

Namun, takdir penentu segalanya apabila Arie hilang dalam kemalangan di lautan sehingga hilang selama 6 bulan lamanya. Dalam masa 6 bulan itu, Fiza dan Edi semakin rapat dan akhirnya kedua mereka pula bersatu sebagai pasangan suami isteri. Takdir menentukan, apabila Arie ditemui selamat namun terpaksa menghadapi Fiza dan Edi, yang telah disatukan sebagai pasangan suami isteri. Arie tetap mahukan Fiza kembali kepadanya kerana ingin menebus kembali kesalahannya sebelum ini. #sumber

Saya ambil beberapa petikan dialog dari dalam drama ini, 

"Biar tahun berganti, Februari juga yang ku nanti"

"Kesetiaan wanita diuji saat lelaki tidak punya apa-apa,  Kesetiaan lelaki diuji saat dia memiliki segalanya."

Siapa pilihan Fiza? Edy atau Arie?

Lagu tema drama Menanti Februari dinyanyikan Kumpulan Forteen berjudul Apa Ini Cinta. Lagu ciptaan kompser Edry Abdul Halim ini mengisahkan kekeliruan perasaan yang baharu ingin bercinta.

Lagu ini bakal menjadi lagu tema Menanti Februari yang bakal ditayangkan pada 27/3/2017 di Slot Samarinda.

Semoga drama Menanti Februari memberikan ruang pengajaran kepada kita yang menonton drama ini. 

Sinopsis Drama Menanti Februari Slot Samarinda TV3. Misteri Wan Peah dah pun tamat siarannya. Kini slot Samarinda itu digantikan dengan dra...
aynorablogs Mar 11, 2017
Oh! MyKarya!

Drama Korea Ms Perfect Di Saluran KBS World. Saluran KBS 392 Astro akan menyiarkan drama korea terbaru yang bertajuk Ms Perfect. Drama ini menggantikan "Hwarang" yang telahpun tamat siarannya. Drama Ms Perdect akan disiarkan pasa hari Isnin & Selasa mulai pukul 10:00 malam.

Drama Korea Ms Perfect menampilkan pelakon berbakat seperti Ko So-Young, Yoon Sang-Hyun, Cho Yeo-Jeong dan ramai lagi.

Info Drama Korea Ms Perfect 


Drama Korea Ms Perfect Di Saluran KBS World

  • Drama: Ms. Perfect (English title) / Perfect Wife (literal title)
  • Director: Hong Seok-Ku
  • Writer: Yoon Kyung-Ah
  • Network: KBS2
  • Episodes: 20
  • Release Date: February 27 - May 2, 2017
  • Runtime: Mon & Tue 22:00
  • Language: Korean
  • Country: South Korea

Sinopsis Drama Korea Ms Perfect 


Sim Jae-Bok adalah seorang wanita yang telah berkahwin dan mempunyai dua orang anak. Kerana kesukaran hidup yang dilalui dia menjadi seorang yang panas baran. Satu ketika dia terlibat dengan kes yang tidak dijangkakan, dan mula mengenali sikap dirinya yang sebenar.

Apakah yang terjadi kepada Sim Jae-Bok seterusnya? Adakah beliau mampu mengawal diri jika berhadapan dengan sesuatu masalah?


Ringkasan Episod 4 Drama Korea Ms Perfect


1. Jaebok mencari rumah sewa kerana dia tidak mahu lagi serumah dengan suaminya yang telah berlaku curang. Dia bertemu dengan Kang Bonggok dan secara kebetulan diperkenalkan kepada ibunya sebagai tunangnya.

2. Mr. Kang marah dengan ibunya kerana meninggalkan dirinya untuk berkahwin lain ketika kecil dahulu. Namun Jaebok berjaya memujuk dan menasihatkan Mr Kang agar melayani ibunya dengan baik.

3. Nami, teman wanita Junghae datang ke rumah Jaebok untuk menghantar frame gambar. Nami berjanji akan meninggalkan Junghae. 

4. Jaebok meminta suaminya Junghae untuk melupakan Nami dan terus setia kepadanya.

5. Jaebok dan keluarganya berpindah menyewa dengan Eunhaee di rumah besar milik Eunhae. Tetapi rakan-rakan Jaebok pelik mengapa tiba-tiba suami Eunhae pergi ke US. 

Apakah tindakan Eunhae mengajak Jaebok menyewa rumahnya? Adakah dia ingin membalas dendam kepada Jaebok kerana dia adalah bekas kekasih suaminya. Siapakah pula yang telah membunuh Nami? Apakah Jaebok bakal dituduh membunuh kerana dia orang terakhir yang bertemu Nami?

Saksikan drama korea Ms Perfect di saluran KBS World. Semoga mendapat pengajaran daripadanya.

Drama Korea Ms Perfect Di Saluran KBS World. Saluran KBS 392 Astro akan menyiarkan drama korea terbaru yang bertajuk Ms Perfect. Drama ini m...
aynorablogs Mar 9, 2017
Oh! MyKarya!

Sinopsis Drama Dia Bidadariku Astro Ria Lakonan Erra Fazira Dan Hisyam Hamid. Dah lama tak melihat lakonan Erra di kaca TV. Dengan kemunculan Dia Bidadariku mulai 6 Mac 2017, diharap peminat Erra Fazira akn terubat rindu mereka..

Drama terbaru Dia Bidadariku akan menemui penonton di slot Mega Drama bagi menggantikan Drama Urusan hati Cik Drama Queen.

Antara pelakon terlibat adalah Erra Fazira dan Hisyam Hamid sebagai teraju utama. Watak dibawakan adalah seperti di bawah:

Erra Fazira sebagai Suri
Hisyam Hamid sebagai Ammar
Norman Hakim sebagai Ridzal
Raja Illya sebagai Suzanna
Salina Saibi sebagai Rita
Wan Raja sebagai Khaliff
Tisha Shamsir sebagai Qaseh


Sinopsis Drama Dia Bidadariku Astro Ria Slot Mega Drama


Drama bersiri 13 episod ini diarahkan oleh Aziz M.Osman. Drama Dia Bidadariku ini ditayangkan pada pukul 10.00 malam, setiap hari Isnin -Khamis di Astro Ria dan Ria HD.

Drama Dia Bidadariku Slot Mega Drama Astro

Drama ini mengisahkan tentang Suri, lakonan Erra Fazira, andartu yang hatinya telah tertutup apabila putus tunang 15 tahun yang lepas. Tiba-tiba sekarang bekas tunangnya Ridzal lakonan Norman Hakim yang psiko telah dia datang kembali untuk merebut cintanya. Disamping itu muncul seorang jejaka bernama Ammar lakonan Hisyam Hamid yang ingin cuba untuk memenangi hati Suri.

Dapatkah Ammar untuk mendapatkan cinta Suri yang telah lama dingin itu.

TAJUK : DIA BIDADARIKU
EPISOD : 13 episod
TARIKH / MASA : 06/03/2017- Jam 10.00 Malam-Jumaat -Khamis
SIARAN : Slot Mega Drama di Astro Ria (104) dan Ria HD (123)
PENGARAH : Aziz M .Osman
TERBITAN : Sjop Production Sdn Bhd
PARA PELAKON : Erra Fazira, Hisyam Hamid, Norman Hakim, Tisha Shamsir, Raja Illya, Dian P.Ramlee, Wan Raja, Salina Saibi dan ramai lagi.

Selamat menonton.

Sinopsis Drama Dia Bidadariku Astro Ria Lakonan Erra Fazira Dan Hisyam Hamid. Dah lama tak melihat lakonan Erra di kaca TV. Dengan kemuncul...
aynorablogs Mar 4, 2017
Oh! MyKarya!

Dia Anak Jeneral 26 Episod Lakonan Fattah Amin. TV2 akan menyiarkan drama 26 episod bertajuk Dia Anak Jeneral. Waktu siaran drama Dia Anak Jeneral akan saya update kemudian. Drama Dia Anak Jeneral adalah adaptasi dari novel tulisan Hezzy Azra.

Antara pelakon utama Dia Anak Jeneral adalah Fattah Amin dan Niena Baharun (pelakon Sayangku Kapten Mukhriz)

Siapa agaknya yang pegang watak Jeneral Hambali iaitu ayah kepada Syirin? Watak tersebut dibawakan oleh Dato' Tarmimi Seregar. Mesti gempak ni..

Drama ini terbitan A.Aida Production. Diarahkan oleh Khalid Nazri.


Drama Dia Anak Jeneral mengisi slot Selekta Prima di TV2, setiap Rabu dan Khamis pukul 8.30 mlm hingga 9.30 malam. Dah mula tayang dah.. start dari 24 Januari 2018.

Sinopsis Dia Anak Jeneral Drama Adaptasi Novel Karya Hezzy Azra


Sinopsis Dia Anak Jeneral 26 Episod Lakonan Fattah Amin

KALAU sudah nama berbintikan Hambali, semuanya akan diatur… termasuklah mencari calon suami. Bila Leftenan Jeneral kata hitam, maka hitamlah warnanya. Walaupun ketika itu, pelangi sudah jadi 14 warna, Syirin harus akur.

Kehadiran Zakhif, telah menggoyahkan hati Syirin. Kali pertama bertentang mata, dia dan Zakhif saling terpesona. Saat bertegur sapa, hati dibaluti bahagia. Bila tidak bertemu, ada rindu yang menderu.

Tetapi Zakhif sedar siapa dia. Bagaimana kuatnya cinta terhadap Syirin, hebat juga risiko yang menanti. Lalu Zakhif cuba menjauh. Namun, Syirin semakin mendekat dengan satu tekad.

“Kalau awak datang ke rumah berjumpa ayah dan mak saya… saya terima pinangan awak.”

Zakhif mula pening! Mampukah dia menghantar rombongan? Yang ingin dipinang itu srikandi Leftenan Jeneral Hambali. Pikat bapa mertua lebih mencabar daripada memikat anaknya! Argh… ini kisah cinta yang mudah tetapi bertukar payah. DIA ANAK JENERAL menjadi epik cinta yang indah.

Review dari Goodreads;


Oleh Hajar

1. Penulis adalah seorang penulis terkenal yang sudah ada banyak novel. Kali ni lagi santai walaupun isunya tentang menantu lelaki yang tak diiktiraf mertua. Biasanya kita dengar menantu dengan ibu mertua yang tak ngam kan, ha kali ni kita dihadapkan dengan kes menantu lelaki vs bapa mertua. :)

2. Zakhif berkenalan dengan Nur Syirin (Syirin) , anak gadis Tuan Jeneral Leftenan Hambali (Tuan Jeneral) sewaktu membuat projek ubahsuai di rumah Tuan Jeneral. Walaupun tarikan antara mereka sangat kuat, Zakhif sedar yang dia tak sepatutnya menyimpan perasaan terhadap Syirin yang sudah pun bertunang dengan Nukman, anak kenalan Tuan Jeneral. Tapi, kalau dah jodoh tak ke mana kan? Onar yang dibuat Nukman menyatukan mereka. Cuma kesukaran bagi Zakhif bila Tuan Jeneral seakan tidak mengiktiraf kedudukannya sebagai menantu dalam keluarga mereka. Sampai bilalah agaknya Tuan Jeneral mahu menjunjung egonya tu kan?

3. Walaupun tak setuju dengan perancangan si ayah untuk menyatukannya dengan Nukman, Syirin terpaksa akur demi untuk menjaga hubungan baik antara ayahnya dengan kedua ibu bapa Nukman. Namun, bila menyedari yang dia tak mampu menyaingi kedudukan Diara dalam hati Nukman, Syirin nekad melamar Zakhif untuk menjadi suaminya. Kerana geram dengan keputusan yang diambil Syirin, majlis pertunangan bertukar menjadi majlis pernikahan bila Tuan Jeneral nekad untuk menikahkan Syirin dan Zakhif. Sungguh pun bersyukur dengan jodoh yang tersurat, Syirin tahu besar cabaran yang terpaksa mereka tempuhi untuk menambat hati Tuan Jeneral.

4. Tak suka dengan watak Nukman. Pengecut. Tau nak jaga air muka sendiri je. Haish! Memang bagus sangat tak berjodoh dengan Syirin.

5. The best part : ada cameo Shaq dan Larra! Dari buku Cinta Tak Beralih. Hihi. Berbahagialah mereka hendaknya. :)

6. Tahniah Kak Hezzy untuk buku ni. Moga makin melimpah ruah ilham untuk kisah seterusnya. Looking forward for Melodi Kasih 2 pula lepas ni. :)

Semoga ada pengajaran yang diperolehi daripada drama Dia Anak Jeneral.

Dia Anak Jeneral 26 Episod Lakonan Fattah Amin . TV2 akan menyiarkan drama 26 episod bertajuk Dia Anak Jeneral. Waktu siaran drama Dia Anak ...
aynorablogs
Oh! MyKarya!

Jadikan Aku Yang Kedua Gandingan Amyra Rosli dengan Amar Bahrain. Mulai bulan Mac 2017, Astro Oasis akan menyiarkan drama baru bertajuk Jadikan Aku Yang Kedua. Drama ini menggandingkan pasangan pelakon suami isteri yang popular iaitu Amar Bahrain dan Amyra Rosli.

Jadikan Aku Yang Kedua adalah drama adaptasi dari novel terbitan Karyaseni dan ditulis oleh Siti Khadijah.

Jadikan Aku Yang Kedua Gandingan Amyra Rosli dengan Amar Bahrain


JUDUL : JADIKAN AKU YANG KEDUA
TARIKH / MASA : Mac 2017
SIARAN : Astro Oasis
Episod : 18
PENULIS NOVEL : Siti Khadijah
PENGARAH : Rashid Sibir
TERBITAN : Opera Klasik Sdn Bhd
PELAKON : Amar Baharin, Amyra Rosli, Yana Samsudin, Adibah Noor, Rahim Omar, Kartini Aziz, Wilma Muhammad

Antara barisan watak utamanya adalah Amar Baharin sebagai Thaqif Aswad, Amyra Rosli sebagai Nuha Saqeena dan Yana Samsudin sebagai Wawa.

Sinopsis Drama Jadikan Aku Yang Kedua


“Abang janji sayang, hanya cinta sayang yang pertama dan yang terakhir buat abang. Takkan ada mana-mana perempuan yang akan dapat mengubah cinta ini malah perasaan cinta dah terkubur bersama dengan jasad sayang. Abang doakan sayang aman di sana.”- THAQIF ASWAD.

Pertemuan pertama antara Nuha Saqeena dan Thaqif Aswad menimbulkan perasaan cinta buat si gadis. Sedangkan si jejaka pula masih sukar melupakan memosi silam ketika bersama si isteri yang sudah lama pergi. Cinta buat isteri yang sudah tiada sentiasa mekar dalam hati telah membuatkan hatinya enggan menerima lembaran cinta yang baharu.

Kerana memikirkan tanggungjawab dan perlunya kasih sayang seorang ibu buat sepasang cahaya mata kembar yang telah ditinggalkan oleh isteri, Thaqif harus mencari pengganti si isteri buat permata hati dan bukannya untuk cinta sendiri yang masih belum terbuka untuk diganti.

“Awak mungkin boleh halang diri awak daripada jatuh cinta pada saya tapi awak tak boleh halang saya untuk terus menyayangi awak. Saya takkan paksa awak untuk terima saya tapi saya akan terus berusaha untuk mendapat tempat di hati awak kerana saya adalah isteri awak.”- NUHA SAQEENA.

Pelbagai cara dilakukan untuk menambat hati Thaqif. Namun, hati Thaqif bagaikan batu. Dingin dan keras. Kehadiran Hajah Latifah dan Wazirah merumitkan lagi hubungan mereka berdua.

Kebencian Hajah Latifah membuatkan Nuha mengalah. Thaqif bukan miliknya seorang!

“Awak rasa saya akan bahagia ke dengan pernikahan ni? Kalaulah saya tahu ini akan berlaku, lebih baik saya tunggu Wawa aje dari dulu. Tak payah saya jatuh cinta pada awak!” - THAQIF ASWAD.

Satu keputusan telah dibuat saat cintanya makin mekar untuk Nuha. Namun, demi sebuah janji dia harus mengorbankan perasaannya. Mampukah dia menerima Wazirah sebagai pengganti Waheeda sedangkan hanya nama Nuha yang terpahat dalam hati? Dapatkan Nuha Saqeena menjadi yang kedua dalam hati Thaqif seterusnya menjadi yang terakhir dalam hidup lelaki itu?

Benarkah cinta pertama itu tiada gantinya?

“Kalau nyawa yang mampu Nuha gantikan untuk terus melihat dia tersenyum, Nuha sanggup berikan nyawa Nuha untuk dia.”- NUHA SAQEENA.

Selamat menonton drama Jadkan Aku Yang Kedua dan semoga dapat manfaat dan kebaikan daripada menonton drama ini.

Jadikan Aku Yang Kedua Gandingan Amyra Rosli dengan Amar Bahrain. Mulai bulan Mac 2017, Astro Oasis akan menyiarkan drama baru bertajuk Jad...
aynorablogs Mar 2, 2017
Oh! MyKarya!

Drama Korea Chief Kim, Good Manager Di Saluran KBS. Ada satu lagi drama korea yang telah menggamit minat saya menontonnya setiap minggu. Drama korea ini bertajuk Chief Kim, Good Manager dan kisah dalam pejabat. Tentang salah guna kuasa dan pecah amanah.

Drama Korea Chief Kim (a.k.a Good Manager) episode 1 telah disiarkan pada Khamis lepas di saluran KBS2. Pelakon utamanya adalah Namgoong Min, Nam Sang-mi, Lee jun-ho dan Jung Hye-sung.


Info:


Drama: Good Manager (English title) / Chief Kim (literal title)
Director: Lee Jae-Hoon
Writer: Park Jae-Bum
Network: KBS2
Episodes: 20
Release Date: January 25 - March 30, 2017
Runtime: Weds. & Thurs. 22:00
Language: Korean
Country: South Korea

Sinopsis Drama Korea Chief Kim, Good Manager 


Drama Korea Chief Kim, Good Manager Di Saluran KBS


Drama Good Manager, Chief Kim adalah kisah seorang penipu yang dilantik bekerja di sebuah syarikat terkenal sebagai pengurus jabatan kewangan. Dia dijanjikan dengan upah jutaan ringgit dengan syarat dia dapat menyelesaikan masalah kewangan syarikat terbabit. Chief Kim dikehendaki menghilangkan diri setelah tugasnya selesai.

Ringkasan Drama Good Manager pada awal episod 1 - 3


1. Dalam awal episod, Chief Kim Sung Ryong digambarkan sebagai seorang akauntan yang membantu menguruskan perniagaan kumpulan kongsi gelap. Dia pernah dipenjara tetapi dibebaskan kerana tidak cukup bukti.

2. Chief Kim telah ditawarkan kerja dengan syarikat TQ Group yang terkenal di Seoul. Beliau yang memiliki syarikat kecil di daerahnya, telah berhijrah ke Seoul untuk mengubah nasibnya.

3. Dalam episod pertama banyak menceritakan tentang Chief Kim menghadiri temuduga bagi menggantikan tempat Chief Lee yang kononnya pecah amanah dan mahu membunuh diri. Ada insiden lucu semasa temuduga dijalankan.

4. Dalam episod ke 2, Chief Kim telahpun mula bekerja di TQ Group. Tetapi kehadirannya tidak dilayan dengan baik. Namun Chief Kim bertungkus lumus untuk mengambil hati para pekerjanya. Rupa-rupanya Ha-kyung (yang pernah ditemui sebelum ini) pun satu department dengan Chief Kim.

5. Satu hari Chief Kim telah dipanggil oleh Mr Seo Yul, iaitu Financier Controller yang baru. Mr Seo mahu Chief Kim menjalankan kerja yang ditugaskan kepadanya secara senyap dan rahsia.

6. Dalam episod 3, Chief Kim telah terlibat dengan kemalangan di depan bangunan TQ Group. Sebenarnya, ada sebuah kereta yang cuba melanggar isteri Manager Lee. Namun dia hanya cedera ringan tetapi menerima 12 jahitan.

7. Pihak wartawan mahu membuat interview dengan Chief Kim tetapi beliau menolak. Ha-kyung datang melawat dan bertanyakan apakah Chief Kim memang mahu menyelamatkan isteri Chief Lee?

8. Director Seo Yul bertanyakan kepada pengarah-pengarah siapakah yang mulakan insiden langgar kereta semalam? Semua pengarah terlibat dan dimarahi oleh Director Seo.

Apakah berlaku seterusnya? Siapakah Director Seo sebenarnya yang bertindak seperti ketua kepada pengarah di TQ Group?

Semoga sinopsis ringkas episod 1 hingga 3 drama korea Chief Kim Good Manager dapat memberikan sedikit gambaran tentang watak Chief Kim yang bertungkus lumus memyesuaikan diri dengan pekerjaan yang baru disandangnya.

Siapakah sebenarnya Cheif Kim itu? Adakah dia seseorang yang memiliki kepakaran dalam menyelesaikan masalah kewangan sesebuah syarikat? Adakah Chief Kim seorang yang ada kaitan dengan syarikat TQ Group? Sama-sama kita nantikan kesudahan drama korea yang menarik ini.

Semoga dapat mengambil banyak pengajaran daripada kisah Chief Kim, Good Manager.

Drama Korea Chief Kim, Good Manager Di Saluran KBS. Ada satu lagi drama korea yang telah menggamit minat saya menontonnya setiap minggu. Dr...
aynorablogs Feb 2, 2017
Oh! MyKarya!

Urusan Hati Cik Drama Queen Februari Ini Di Astro Ria & HD. Drama terbaru yang akan gantikan Sayang Papa Saya Tak adalah Urusan Hati Cik Drama Queen. Drama terbaru ini adalah sebuah drama adaptasi dari novel karya Areila Sahimi.

Jika anda ada kelapangan, boleh saksikan drama hebat ini. Antara pelakon yang membintangi drama Urusan Hati Cik Drama Queen adalah Aiman Hakim, Scha Alyahya, Ungku Hariz, Ozlyn dan ramai lagi.

Drama Urusan Hati Cik Drama Queen adalah terbitan Cube Film Sdn Bhd hasil garapan pengarah Michael Ang. Ia bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di saluran Astro Ria dan Maya HD.

Urusan Hati Cik Drama Queen Februari Ini Di Astro Ria & HD

No. ISBN:- 978-967-0874-26-5
Jumlah muka surat:- 608
HARGA SEMENANJUNG: RM22, AHLI KN: RM18
HARGA SABAH SARAWAK: RM25, AHLI KN: RM21

Sinopsis Drama Urusan Hati Cik Drama Queen


Betul kata orang. Nak lupakan cinta lama, kita kena temui cinta yang baru. Perkenalan dengan jiran baru yang awalnya kelat-kelat masam, akhirnya melahirkan rasa cinta yang baru.

Lantaklah kalau lelaki itu anak Che Yam sekalipun. Nak buat macam mana? Hati Syazlin sudah tersuka pada Fadhlan. Kali ini dia nekad. Perasaan harus diluahkan. Di atas tiga helai kertas, dia karang ayat-ayat cinta untuk lelaki itu. Siap tabur bedak wangi lagi. Tapi… rupa-rupanya Fadhlan sudah ada kekasih hati. Malunya dia apabila mengenangkan surat tiga helai yang boleh mengundang sesiapa pun untuk ‘termuntah hijau’ selepas membacanya.

Macam mana ni?! Kenapalah hidup dia terlalu banyak drama? Pantang bercinta… pasti putus cinta. Syazlin pun tak tahu sama ada putera idamannya itu sebenarnya wujud ataupun tidak. Mungkinkah putera idamannya itu ialah Faris yang sudah menjadi suami orang atau Fadhlan yang baru sekadar menjadi tunangan orang?

Eh! Tapi… takkanlah budak Nizam si rambut Kpop itu pulak?

“Selagi hati dia begitu dan hati aku begini, sampai bila-bila pun urusan hati kita belum selesai.”

#sumber: kakinovel 

Review ringkas dari Goodreads,


Review 1:

mmg best citer ni...dr awal sampai abis, ku duk gelak je....adesssss mmg lah kesian dgn si syazlin tu bl 2x cintanya x kesampaian....mula2 cinta kan faris, tp faris kawin dgn farissa....dh terubat hati, syazlin syok plak kat anak tiri abah dia, si fadhlan ahmad tu....tp kecundang jugak bl fadhlan bertunang dgn hanis....yg melampau tu, fadhlan tu blh plak nk tumpangkan tunangnya duk skali dgn syazlin....hihh....mmg terduga btl hati syazlin ms tu....
tapi dah nama nya drama queen kan, confirm lah syazlin tunjuk wajah cool je...hihih...tp syazlin ni mmg sgt2 drama queen...merajuk je nk pujuk dgn icecream haagen dazs....merajuk lagi, mtk chor sponsor tiket ke korea...konon2 nk duk dgn yeop kat korea.....hahahah...adessss mcm2 lah perangai si syazlin....mmg syok lah bc citer ni....terbaik - Jumay


Urusan Hati Cik Drama Queen Februari Ini Di Astro Ria & HD



Review 2:

"senang dengan watak syazlin, walaupun suke berdrama tapi tau nak control hati dia. matang dalam membuat keputusan, tidak memaksa dalam percintaan, walaupun hati terguris! sungguh beronak pencarian jodoh lin!

suka dengan watak lan, yang permulaan berniat untuk menjernihkan hubungan lin dengan famili tirinya. nampak kematangan fadhlan dalam menangani masalah famili, sebagai abang, n melayan kerenah lin semestinya.

jelas terpapar keserasian antar dua watak utama, rasanya hanya lan saja yang mampu melayan kerenah lin yang penuh drama, tapi manja, nampak tegas +brutal tapi hati tisu.. hehheheh

watak2 sampingan memang melengkapkan naskhah ni.
mama aka che rose yang selamber, tak terlalu memanjakan lin (mula2 nak pujuk lin tapi bila lin minta sponsor tiket nak pg korea trs tak jadi.. hahahah), chor, yoep n kak husna... memang nampak selumber tapi sangat mengambil berat mengenai lin.

dalam naskhah ni tak ada watak2 villain yang menyakitkan hati, gedik2 watsoeva la (ade pun zehra, tu pun kejap jer la....) konflik kekeluargaan yang disampaikan secara bersahaja (isu poligami or orang ketiga diketengahkan, tapi dari perspektif yang positif saya kira), tak ada sub plot yang menyesakkan.

nampak kematangan penulis dalam karya kali ini. sesuatu yang terasa sangat dekat dengan kehidupan kita seharian tapi, mungkin kita abaikan? hhehehehhe

usai pembacaan, saya simpulkan satu perkara, positif & bersangka baik dengan ketentuan Allah.
seperti lin, yang redha dengan takdir faris bukan jodoh dia.
mak rose, redha dengan penceraiannya.
fadhlan, redha dengan pemergian tunangnya.
yang penting, sentiasa positif!"

- tahniah buat penulis. - Heril Azwan 

Nota:
Sila abaikan bahasa yang kurang lengkap, saya copy paste dari Goodreads. 

Selamat menonton drama Urusan Hati Cik Drama Queen Februari Ini Di Astro Ria & HD. Ambillah pengajaran yang baik dari drama ini dan yang tak baik jadikan sempadan.

Urusan Hati Cik Drama Queen Februari Ini Di Astro Ria & HD . Drama terbaru yang akan gantikan Sayang Papa Saya Tak adalah Urusan Hati Ci...
aynorablogs Feb 1, 2017
Oh! MyKarya!

Sinopsis Drama Sayang Papa Saya Tak? Astro Ria dan Astro HD pada tahun 2017 bakal menayangkan drama bersiri terbarunya bertajuk Sayang Papa Saya Tak?. Drama ini adalah adaptasi dari novel karya Hanni Ramsul dan disiarkan dengan tajuk yang sama.

Drama ini dibintangi oleh Emma Maembong, Hisyam Hamid, Aida Rahim dan ramai lagi. Diterbitan oleh Suhan Movies & Trading Sdn Bhd dan pengarah Amie Maziah.

Sinopsis Drama Sayang Papa Saya Tak?


Sayang Papa Saya Tak mengisahkan tentang seorang bapa tunggal yang membesarkan anaknya seorang diri. Dia berkahwin buat kali kedua tetapi menghadapi masalah dengan sikap isteri barunya yang mata duitan.


Sinopsis Drama Sayang Papa Saya Tak


No. ISBN:- 978-967-0874-22-7
Jumlah muka surat:- 680
HARGA SEMENANJUNG : RM24.00, AHLI : RM20.00
HARGA SABAH/SARAWAK: RM27.00 , AHLI : RM23.00

Farish mengahwini Raisya atas desakan ibunya walaupun dia tidak suka pada gadis mata duitan itu kerana anaknya terbiar tanpa kasih sayang seorang ibu setelah kematian Kasih. Anaknya perlukan seorang ibu dan dia sendiri tidak kuat untuk menjaga anaknya itu. Mereka berkahwin dan mula mencipta kisah yang penuh warna-warni dalam rumah tangga mereka. Saling mengenali satu sama lain, Raisya memberi impak positif untuk dia bangkit semula. Perlahan-lahan dia mula jatuh cinta untuk kali kedua, memberi ruang untuk Raisya sesuaikan diri sebagai seorang isteri.

Namun… emosi Raisya terdera dengan kehadiran Azyan, kawan baik arwah Kasih dan juga Aleya, bakal tunang Fakhrul, adik kembar Farish yang turut meninggal dunia bersama Kasih.




“RM100,000.00 Encik Farish? Yang tak gatal pun mesti jadi gatal.”- Raisya.

Kalau begitu ragamnya, bagaimana Farish tidak pening dengan Raisya?

Bagaimana akhirnya kisah Farish dan Raisya agaknya? Apakah mereka terus bertahan dengan dugaan sekeliling mereka atau akhirnya Raisya mengalah? Apakah rahsia di sebalik Raisya menerima bayaran sebanyak itu daripada Farish? Adakah dia mampu menjaga sikecil yang kehilangan ibunya itu?

Dalam episod 4, Raisya dan Farish berlakon suka antara satu sama lain demi mengaburi mata ibunya. Jika tidak, perkahwinan mereka akan dibatalkan. Farish pula berbelah bagi bila Azyan jadi penyibuk ambil tahu tentang perkahwinannya. Sementara itu, Raisya dah mula sukakan dengan Qalish sikecil yang comel. Akhirnya Raisya dan Farish berkahwin secara ringkas tanpa kehadiran rakan-rakan Raisya. Azyan pula tak habis-habis cuba menggoda Farish.

Selamat menonton drama Sayang Papa Saya Tak di Astro Ria & HD bermula 9 Januari 2017. 

Sinopsis Drama Sayang Papa Saya Tak? Astro Ria dan Astro HD pada tahun 2017 bakal menayangkan drama bersiri terbarunya bertajuk Sayang Papa...
aynorablogs Jan 25, 2017