Menu
Oh! MyKarya!

Drama Wanita Terindah Dan Sinopsisnya. Agak-agak siapa hero dan heroin drama WANITA TERINDAH? Bukan Wanita Terakhir tauu...😎😎, itu lagu Fattah Amin. Opss! Dengarnya drama baru tersebut adalah lakonan Fattah Amin dan dengan heroin yang sama. Heroin cerita Hero Seorang Cinderella. Siapa lagi kalau bukan Fazura. Itu lah khabarnya... saya bacs kat IG Fattah Amin la.. kalau silap sori la ya..

Info yang saya baca dari internet dan IG, Wanita Terindah akan dilakonkan oleh Fattah Amin dan Fazura. Bagus kan? Gandingan yang mantap? Ada yang suka dan ada yang tak suka. Tak apa lah... doakan yang baik-baik aje kepada artis Malaysia itu ya...

Pengarah: ??
Jumlah Episod: ??
Penulis skrip: Rafidah Abdullah - Manisnya Cinta Di Cappadocia
Siaran: Astro Ria & Astro HD
Pelakon: Fattah Amin, Fazura dan lain-lain
Mula tayangan: ??

Sinopsis Drama Telefilem Wanita Terindah Di Astro



Drama Wanita Terindah Dan Sinopsisnya Di Astro
Daripada IG Fattah Amin

Drama Wanita Terindah ni tentang apa ya? Adakah kisah tentang anak dan ibu atau seorang kekasih kepada kekasih.

Skrip drama tersebut khabarnya ditulis oleh Rafidah Abdullah yang sebelum ini menulis beberapa skrip bagi filem popular seperti Gol dan Gincu, Pisau Cukur, Istanbul Aku Datang, Kami Histeria dan Manisnya Cinta di Cappadocia.

Fazura akan bawakan watak sebagai Nuryn Nafeesa dan Fattah Amin sebagai Fahim. Sinopsis Wanita Terindah sepenuhnya akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

“You rasa, marah yang selalu you bawa tu marah terkeji atau marah terpuji?” – Nuryn Nafeesa.

Yang suka marah itu ialah Fahim Aiman. Yang sangat beku itu juga Fahim Aiman. Dan yang mulut tidak ada insurans itu juga Fahim Aiman.

Nuryn yang sederhana, tapi sangat istimewa di mata semua. Cuma Fahim yang tidak pernah mahu mengakuinya. Cuma Fahim yang cuba menidakkannya.

Namun, bila tiba detik di mana dia perlukan pertolongan, Nuryn lah orangnya yang dicari dan Nuryn lah orangnya yang hulurkan tangan.

“Kita nikah. Let’s do it for Fikri.” – Nuryn
Mengahwini Nuryn demi orang lain? Kalau ditanya hati, dia tidak sanggup. Tapi demi menyambung rantaian kasih yang ibu tinggalkan, Fahim akur.

“Esok I uruskan borang. Kita nikah.” - Fahim

Tiada cinta di hati Fahim buat Nuryn tapi kenapa bila Nuryn rapat dengan Ricky, hati dia jadi cemburu? Dan siapa sebenarnya Reena di hati Fahim?

“Fahim itu bekunya seperti ais, kena caranya pasti akan mencair.” – Nuryn

Berjayakah Nuryn Nafeesa mencairkan hati beku seorang Fahim Aiman?

Semoga drama Wanita Terindah yang diadaptasi dari novel Wanita Terakhir karya Ezza Mysara nanti adalah satu naskhah yang bagus dan berkualiti. Semoga boleh membawa manfaat dan faedah kepada ramai wanita di luar sana.

Drama Wanita Terindah Dan Sinopsisnya. Agak-agak siapa hero dan heroin drama WANITA TERINDAH? Bukan Wanita Terakhir tauu...😎😎, itu lagu F...
aynorablogs Jul 20, 2017
Oh! MyKarya!

Drama Korea Dan Sinopsis Sweet Enemy. Drama Sweet Enemy adalah drama korea terbaru 2017 yang dibintangi oleh Park Eun-hye, Yoo Gun, Lee Jae-woo, and Park Tae-in. Drama siri ini ditayangkan setiap hari di TV korea SBS dari pukul 8.30 pagi hingga 9.10 pagi.

Drama korea “Sweet Enemy” merupakan salah satu genre melodrama dari SBS dengan tempoh episod yang panjang sehingga 120 episode. Mula ditayangkan di ONE TV Asia SBS saluran Astro Malaysia 393 mulai 8 Julai 2017, waktu tayangan pukul 7.30 malam, setiap malam tersebut ada 5 episod back to back... (kalau tak silap..)

Sinopsis Drama Korea Sweet Enemy



Drama korea sweet enemy
Gambar hiasan
Oh Dal-Nim (Park Eun-Hye) telah secara palsu dituduh membunuh. Untuk membersihkan namanya, dia bertindak membalas dendam terhadap mereka yang merosakkan hidupnya.
Adakah tindakannya itu berjaya?

Siapa pula yang akan membantu Dal Nim dalam misi membalas dendam tersebut?

Drama Sweet Enemy disiarkan selama 35 minit dalam setiap episod, itu yang menjadikan episodnya menjadi banyak.


Watak utama dalam Sweet Enemy

Park Eun-hye as Oh Dal-nim

Kakitangan Best Food Product Development Department. Beliau seorang pakar makanan. Kehidupannya berubah drastik apabila dia dituduh membunuh Jae-hee.

Yoo Gun as Choi Sun-ho


General Manager di Best Food, dan cucu kepada Bok-nam. Walaupun dia bakal mewarisi syarikat tersebut, dia masih cintakan dunia buku komik. Selepas kekasihnya Jae-hee meninggal dunia, dia jadi terlalu kecewa dan hilang motivasi dalam hidup. 

Lee Jae-woo as Jung Jae-wook

Seorang Chef yang popular di Korea, anak tiri Yi-ran. Dia hidup dikelilingi ramai wanita kerana mereka semua amat meminatinya.

Park Tae-in as Hong Se-na

Kawan baik Jae-hee sejak dari kecil lagi. Beliau adalah Department Manager di Best Food Product Development Department. Dia bersikap seperti seorang yang baik hati di hadapan semua orang tetapi dia amat bencikan Jae-hee kerana kejayaannya. Satu hari, dia menolak Jae-hee dari beranda villa yang tinggi di villa keluarga Sun-ho. Jae Hee meninggal dunia di tempat kejadian.

Selamat menonton. Ambil pengajaran dari cerita yang ditayangkan.

Drama Korea Dan Sinopsis Sweet Enemy. Drama Sweet Enemy adalah drama korea terbaru 2017 yang dibintangi oleh Park Eun-hye, Yoo Gun, Lee Jae...
aynorablogs Jul 1, 2017
Oh! MyKarya!

Luaskan Hati, Maafkan

Ingatlah bahawa setiap masalah ada penyelesaiannya. Amarahmu.. hanya memenatkan. Dendam yang kau tanam, mengoyak iman. Tuhan tidak suruh itu semua. Selesaikan satu, satu.. dan bersabarlah.

Luaskan hati, maafkan. Masalah? Bukan datangnya dari makhluk. Masalah, bukan kamu yang ciptakan. Masalah adalah dari Allah. Dia hendak menguji apakah kamu berhak mendapat hadiah? Adakah darjahmu boleh setingkat lebih dari yang lain. Sebab itulah didatangkan masalah sebagai medan ujian.

Luaskan hatimu, maafkan

Allah dah kata, masalah bukan makhluk yang hadirkan. Jika kamu difitnah, dihina, dizalimi.. itu Allah yang bagi. Bila kamu telah pasrah dan redha, disitulah Allah akan menyelesaikan untukmu. Berserahlah sepenuhnya kepada Allah. Kerana, Dia tak pernah jauh. Dia tak pernah pergi. Serahkan masalahmu kepada Allah. Dia akan selesaikan untukmu.. sesuai dengan keperluanmu.

Kamu bermohonlah. Berdoalah.

Itu saja senjata yang kita ada, yang kita mampu. Kita tidak berdaya membaca yang nyata apatah lagi yang tersembunyi.

Luaskan hatimu.. bukalah luas-luas. Hiruplah angin damai yang Allah hadirkan. Maafkan. Siapa saja, bukan maknanya kita putus asa tetapi kerana kita tetap percaya Allah sedang merancangkan laluan kehidupanmu di depan. Biarkan mereka yang di belakangmu, dalam memori hitam itu.. Allah yang membalasnya. Dia kan Maha Kuat. Dia kan Maha Adil.

Bangunlah. Dengan penuh gemilang.

#self reminder
Aynora Nur
Ramadhan 22, 2017.

Luaskan Hati, Maafkan Ingatlah bahawa setiap masalah ada penyelesaiannya. Amarahmu.. hanya memenatkan. Dendam yang kau tanam, mengoyak ima...
aynorablogs Jun 17, 2017
Oh! MyKarya!

Sinopsis Drama Red Velvet Dan Senarai Pelakon. Peminat drama melayu yang diadaptasi daripada novel boleh menonton drama seterusnya bertajuk RED VELVET tulisan Acik Lana yang diterbitkan oleh Penerbitan Kaki Novel. Drama adaptasi ini khabarnya akan diarahkan oleh pengarah hot, Michael Ang yang telah menghasilkan drama popular seperti Suri Hati Mr Pilot dan Hero Seorang Cinderella.

Baca kat bawah ni tentang Sinopsis Drama Red Velvet Dan Senarai Pelakon yang terlibat. Gandingan terbaru ini pasti mencetuskan fenomena, mungkin?? Kalau tak silap drama ini gandingkan Aliff Sattar dengan Neelofa. Mesti semanis honey macam dengan Siti Nordiana dulu, yak tak?

Sedikit info tentang Red Velvet:

JUDUL : RED VELVET
EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : 23 Oktober 2017
HARI / MASA : Isnin-Khamis, 10.00 malam
SIARAN : MegaDrama (Astro Ria & Ria HD)
PENULIS NOVEL : Acik Lana
PENGARAH : Hadith Omar
TERBITAN : Cube Films
PELAKON : Alif Satar, Neelofa, Hafidz Roshdi, Nina Nadira, Alif Hadi, Nadya Syahera, Fatin Afeefa, Amira Othman

WATAK PELAKON 

Alif Satar sebagai Izzat
Neelofa sebagai Helena
Hafidz Roshdi sebagai Fareeq
Amira Othman sebagai Suhaila
Alif Hadi sebagai Daniyal

LAGU TEMA / OST 

Alif Satar - Sesungguhnya Aku

Sinopsis Drama Red Velvet 


Sinopsis Drama Red Velvet Dan Senarai Pelakon
Gambar hiasan
Daripada sumber Kaki Novel:

Helena tidak mempedulikan tohmahan mahupun kata-kata nista orang sekeliling bila dia ingin berkahwin dengan Fareeq yang merupakan suami orang. Lantaklah! Janji dia bahagia. Malangnya, Fareeq tidak menepati janjinya untuk mengahwini Helena. Perbuatannya itu menyebabkan Helena kecewa setengah mati.

Dalam mengharungi kehidupannya yang huru-hara, Helena bertemu dengan Izzat yang sinis, ego, berlagak tak bertempat. Semua ini menambahkan kekusutan di kepala Helena. Baker bajet hot yang bekerja di bakeri cabuk itu sentiasa mencari pasal dengan Helena. Ada sahaja yang tak kena di matanya. Dan keadaan semakin tegang apabila keadaan memaksa Helena bekerja dengan Izzat di bakeri yang sama. Hinggalah… hati mereka bertaut dengan kasih. Namun, rahsia Helena terbongkar sewaktu mereka berdua asyik menyulam cinta. Macam mana bila lelaki yang anti homewrecker, berdepan dengan homewrecker itu sendiri?

“Mungkin dia tak sweet macam kek bergula, Tak berharta seperti putera raja, Tapi cintanya yang paling manis di jiwa.”

Sedikit review Red Velvet daripada Goodreads:

Review 1:

"Saya suka dengan #red velvet ni, light conflict, walaupun cerita macam cliche (klise) sikit tapi olahan, gaya bahasa acik lana memang santai & memikat! Compare dengan novel-novel acik sebelum ni (under kakinovel), ni lagi santai saya rasa... dengan conflict yang tak berserabut..

Walaupun watak heroin masih lagi berlegar-legar tentang perampas, gediks, kaya dan sebagainya, tapi perubahan Helena menjadi lebih matang dapat dilihat sepanjang pembacaan.

Ada chemistry antara Helena-Izzat, masing-masing ada kisah silam & kesilapan yang memerlukan mereka untuk menerima bahawa segalanya adalah takdir..

Fareeq patut dapat balasan, tapi tak apa adakalanya watak villain ni kena lupakan jer.. nasib suhaila juga menjadi tanya tanya, ye la diceraikan ke apa kan... 

Saya suka sebab novel ni memang banyak berkisar pasal Helena & izzat je, tak serabut sangat."

Review 2:

Ini karya Acik Lana yang paling light... seperti biasa acik gemar mengangkat isu sosial sebagai konflik dalam ceritanya.. & kali ini beliau memilih isu homewrecker (penganggu rumahtangga)...

Bilamana trauma menjadi dendam... adilkah hak sekeping hati dinafikan? Hanya kerana Helena pernah menjadi orang ketiga dalam sebuah rumahtangga, adilkah dia dibenci sesungguh nya benci oleh izzat yang pernah menyaksikan keruntuhan rumahtangga ibubapanya gara-gara orang ketiga yang membuatkan ayahnya berpaling setia.

Namun cinta yg pernah singgah di hati Izzat terhadap Helena bukanlah semudah itu untuk dibuang begitu sahaja.., kerana ia cinta pertama walaupun ia penuh luka... Sedang mulut Izzat terlanjur mengungkap benci yang tak terhingga... maka Helena lantas membawa diri setelah tiada ruang untuk menjelaskan, apatah lagi ruang untuk sebuah kemaafan.

Kek red velvet yg menjadi kenangan cinta keduanya...kekal menjadi kenangan antara mereka.

Senarai Pelakon Red Velvet 


Daripada sumber Michael Ang, antara pelakon yang terlibat adalah:
  • Aliff Satar
  • Neelofa 

Nantikan drama adaptasi dari novel Red Velvet tulisan Acik Lana dan akan disiarkan di Astro Ria & Astro Maya HD.

Seperti biasa, saya akan ingatkan untuk anda semua menonton sambil cedok segala manfaat dan ilmu yang ada dalam drama yang disajikan. Bukankah hidup ini banyak kebetulannya? Jadi, ambil pengajaran yang boleh dijadikan panduan hidup. Okay!   

Sinopsis Drama Red Velvet Dan Senarai Pelakon. Peminat drama melayu yang diadaptasi daripada novel boleh menonton drama seterusnya bertajuk ...
aynorablogs Jun 12, 2017
Oh! MyKarya!

Sinopsis Drama Dan Pelakon Semusim Rindu. Semusim Rindu adalah drama adaptasi dari novel Semusim Rindu karya Aleya Aneesa. Drama ini sudahpun bersiaran di Astro setiap Isnin hingga Jumaat pada pukul 6.00 petang. Drama ini dibintangi oleh pelakon baru dan lama yang bakal melonjakkan drama adaptasi tersebut.

Mesti ramai yang ternantikan kemunculan Intan Ladyana setelah beberapa tahun tidak berlakon. Dalam drama ini Intan Ladyana berlakon sebagi watak utama dan tunjang perjalanan cerita Semusim Rindu. Dia memegang watak sebagai Hajar Adira yang melalui kepahitan hidup dari zaman kecilnya hinggalah dewasa. Dapatkah Hajar bertahan demi untuk menegakkan kebenaran?

Senarai Pelakon Semusim Rindu 


Sinopsis Drama Dan Pelakon Semusim Rindu

PARA PELAKON Semusim Rindu adalah: Ben Amir, Intan Ladyana, Aizat Hassan, Yerlly Yarifin, Dayang Areeda, Haliza Misbun, Kartina Aziz
  • Ben Amir sebagai ‘Ikhman’
  • Intan Ladyana sebagai ‘Hajar / Hani’
  • Dayang Areeda sebagai ‘Hanna’
  • Haliza Misbun sebagai ‘Datin Nasriah’
  • Kartina Aziz sebagai ‘Nazimah’

TARIKH TAYANGAN : 29 Mei 2017
HARI & MASA : Isnin – Jumaat, jam 6.00 petang
EPISOD: 40 Episod semuanya
SIARAN : Astro Prima -105 & Maya HD -135
PENULIS NOVEL : Aleya Aneesa
PENGARAH : Ejump Zahir
TERBITAN : MIG Production Sdn Bhd

Sinopsis Drama Semusim Rindu 


Sumber : aznanie

Hajar Adira didera mental dan fizikal oleh ibu saudaranya, Nazimah setelah kematian ibu bapanya. Tidak tahan dengan seksaan itu, Hajar Adira nekad melarikan diri ke Johor, untuk bertemu dengan mak ngahnya, Nasriah. Namun dalam usia 10 tahun, apalah sangat dayanya. Akhirnya, nasibnya terbela dengan bertemunya seorang insan berhati mulia, Firdaus dan isterinya, Fauziah. Mereka berdualah yang memberi kasih sayang dan penjagaan yang sempurna kepadanya.

Semenjak kematian Fauziah dan kemalangan yang menimpa Firdaus sehingga membuatkan kakinya lumpuh, Hajar Adira lah yang mengambil alih tugas menyara keluarga itu. Menyara 3 lagi adik-adiknya. Walaupun bukan keluarga kandungnya namun Hajar Adira tidak betah membiarkan mereka ditimpa kesusahan. Bagi Hajar Adira itulah keluarganya setelah dia dibuang saudaranya sendiri.

Dalam kemelut mencari sesuap nasi untuk menyara keluarga yang serba kekurangan, muncul Ikhman, lelaki yang mengharu-birukan hidupnya. Hatinya sakit bila berdepan dengan lelaki itu. Ada saja agenda lelaki itu yang menyusahkan dirinya. Sebenarnya, Ikhman telah jatuh hati pada Hajar Adira. Namun keegoan diri menghalang untuk dia berterus-terang. Bimbang di tolak perasaannya oleh Hajar Adira. Juga takut maruah dirinya jatuh di depan Hajar Adira.

15 tahun mencari, baru lah Hilal menemui Hajar Adira. Namun masa 15 tahun itu belum cukup lama untuk membalut luka. Ianya masih berdarah. Bukan senang memberi kemaafan setelah diri puas di mamah derita. Sesungguhnya kemaafan adalah dendam yang terindah.

Keinginan Hilal untuk menyatukan Hajar Adira dengan Ikhman terlaksana bila mereka berdua menyetujuinya. Walaupun begitu Hajar Adira masih sangsi akan perasaannya. Yakin Ikhman tidak mencintainya, sebagaimana dirinya di kala itu. Namun dia pasrah akhirnya.

Setelah disatukan, Hajar tidak mahu serumah dengan Ikhman. Mereka bersetuju membawa haluan masing-masing. Sebenarnya Hajar takut Ikhman akan meninggalkannya dan mempersia-siakannya setelah dirinya dimiliki. Hajar tidak mahu mengulangi kesakitan dulu. Cukuplah dirinya diseksa dan didera.

Namun hati dan perasaan adalah sesuatu yang sukar di kawal. Bila ia hadir sesiapa pun tak mampu menghalangnya. Begitu juga bila cinta untuk Ikhman hadir dalam hati Hajar. Ada rindu yang menggebu untuk suaminya itu. Namun tak terluah dengan kata-kata.

Di saat hati semakin pasti pada perasaan sendiri, Hajar Adira di uji lagi. Rumahtangganya bergoncang lagi. Gara-gara sifat dendam Nazimah yang sengaja menabur fitnah padanya sehinggakan ibu mertuanya, Nasriah termakan dengan kata-kata kakaknya itu. Hajar Adira pasrah. Tak guna menegak keadilan andai hati sudah tertutup menerima kebenaran. Bersama kelukaan Hajar Adira membawa diri. Pergi bersama lara diri.

Hatinya semakin terluka bila Firdaus, ayah yang selama ini menyokongnya pun mempertikaikan kesetiaanya. Dia membawa diri ke luar negara. Menyambung pelajaran yang terbantut dahulu. Sebelum pergi telah diserahkan tanggungjawab menjaga Syarikat Sakura kepada Ikhman.

Kebenaran terserlah. Azim dan Yuha menceritakan apa yang sebenarnya terjadi. Nasriah terkaku malu. Begitu jugak dengan Husna yang lancang menuduh Hajar. Jugak Firdaus terus rebah bila diberitahu yang Hajar tidak bersalah. Rasa bersalahnya memakan diri sehingga terlantar di hospital. Ikhman tak berhenti mencari isterinya namun menemui jalan buntu.

Setelah Hajar berjaya dijejaki, Ikhman memujuk dan merayu agar dirinya diberi keampunan. Setelah yakin akan keikhlasan Ikhman, Hajar Adira melembutkan hatinya. Bersedia menerima kembali Ikhman dalam hidupnya mentelah dia pun turut mengakui yang dirinya telah jatuh cinta pada suaminya itu.

Daripada Goodreads pula, saya sambungkan sinopsis daripada novel Semusim Rindu.

Di sebalik senyumannya... ada tangisan yang panjang. Keperitan hidup menjadi anak buangan membuatkan Hajar Adira begitu berhati-hati. 15 tahun dia cuba membalut luka tetapi sehingga kini luka itu masih berdarah. Selagi parut itu masih ada, kemaafan untuk mereka mungkin tiada. Dulu Hajar pernah mengemis kasih sayang saudara sendiri, kini kasih itu tidak diperlukan lagi. Cukuplah jiwanya menderita dan zahirnya terseksa...

Benarlah... perasaan itu sememangnya sesuatu yang hidup. Hari ini tiada tapi esok mungkin ada. Hari ini ada, mungkin esok tiada. Tapi Hajar tahu perasaannya pada Ikhman tidak akan sirna sampai bila-bila. Bukan senang untuk dia jatuh cinta! Bila sekali perasaan itu bertapak, tiada apa yang mampu menghilangkan rasa cinta walaupun perasaan dendam pernah berapi di dadanya. Sesungguhnya kemaafan adalah dendam yang terindah...

Sungguh... Hajar rindu pada Ikhman. Tapi dia terlalu takut dilukai hingga tanpa sedar dia sebenarnya melukai hati dan perasaannya sendiri. Mungkin ini suratan yang tertulis dalam lipatan hidupnya. Di saat dia baru belajar bertatih untuk menerima dan memberi Ikhman kasih sayang yang tidak berbelah bahagi, dia dibiarkan terkapai-kapai seorang diri. Dan... yang paling perit dia dituduh menduakan suami sendiri! Inikah balasan ALLAH pada dirinya yang ingkar?

Akhirnya... kata putus harus diambil. Biarpun kasihnya digantung tidak bertali, status sebagai isteri tidak akan sesekali dicemari. Jika perpisahan menjanjikan penyatuan dua hati, dia rela berlari dan terus berlari demi mencari kebahagiaan sendiri. Yang pasti dia tidak mahu menjadi seperti bunga, dihirup madunya kemudian ditinggalkan begitu saja. Apakah Ikhman tahu maksudnya?

Panjang lebar nampaknya sinopsis Semusim Rindu yang dikongsikan. Novel karya Aleya Aneesa ni terbitan Alaf 21. Novel yang penuh dengan kisah kekeluargaan, dendam dan kasih sayang. 

Semoga drama adaptasi dari novel Semusim Rindu ini dapat memberikan banyak pengajaran kepada kita untuk menjalani kehidupan di alam fana ini.

Sinopsis Drama Dan Pelakon Semusim Rindu. Semusim Rindu adalah drama adaptasi dari novel Semusim Rindu karya Aleya Aneesa. Drama ini sudahp...
aynorablogs Jun 5, 2017
Oh! MyKarya!

Slot Samarinda TV3 Andainya Takdir Lakonan Shukri Yahaya. Setelah berakhirnya Menanti Februari.. drama yang agak kontroversi jugak tu.., kini slot Samarinda TV3 tayangkan pula sebuah drama airmata bertajuk Andainya Takdir. Apakah maksud tersirat disebalik Andainya Takdir? Apakah ia sebuah kisah penyesalan kepada takdir yang Allah turunkan kepada seseorang? Bolehkah kita salahkan takdir? Saksikan drama Andainya Takdir dengan fikiran terbuka dan ambil manfaat daripadanya. Setiap drama adalah kisah kehidupan manusia yang berbeza watak tetapi tetap berpaksi pada kisah yang serupa.

Kisah drama Andainya Takdir bukan lah drama adaptasi (kalau tak silap saya...) sebab karya novel yang hampir sama bertajuk Andai Itu Takdirnya. hihi.. confuse kan? Andainya Takdir mengisi slot Samarinda TV3 pada setiap Isnin - Khamis mulai pukul 10.00 malam. Sama waktu tayangan dengan drama HERO SEORANG CINDERELLA di TV Astro. Pilih lah nak tengok yang mana..., pilihan di tangan anda..


JUDUL : ANDAINYA TAKDIR
EPISOD : 16 episod
MULA TAYANGAN: 29 Mei 2017
HARI / MASA : Isnin-Khamis, 10.00 malam di Slot Samarinda TV3
SKRIP : Wan Mahani Wan Hassan
PENGARAH : Along Kamaludin
TERBITAN : A.Aida Production Sdn Bhd
PELAKON : Shukri Yahaya, Nina Iskandar, Puteri Balqis, Sheila Mambo, Idris Md Diah, Sabhi Saddi, Adiba Yunus, Annie Ariffin, Ikhlas Jalil, Rosnah Mat Haris, Dilla Ahmad, Putra Amaris

Sinopsis Drama Andainya Takdir Lakonan Shukri Yahaya


WATAK PELAKON 

Shukri Yahaya sebagai Airil
Nina Iskandar sebagai Fatihah
Putri Balqis sebagai Aleeya
Sheila Mambo sebagai Normah
Annie Ariffin sebagai Norlin

Slot Samarinda TV3 Andainya Takdir Lakonan Shukri Yahaya
Slot Samarinda TV3 Andainya Takdir Lakonan Shukri Yahaya
Drama ini mengisahkan tentang ketabahan seorang wanita bernama Fatihah, yang cuba mempertahankan rumah tangganya bersama Airil. Pasangan suami isteri ini mempunyai seorang puteri bernama Aleeya. Kehidupan mereka sentiasa dalam keadaan genting kerana Airil merupakan seorang yang panas baran dan cemburu buta. Segala perbuatan Fatihah dipantau oleh Airil. Bukan itu saja, Fatihah juga sering dipukul.

Fatihah yakin dia mampu bertahan dengan sikap suaminya itu hanya kerana Aleeya. Kesengsaraan Fatihah bukan hanya kerana suaminya saja, tetapi ibu mertuanya Normah, seorang yang keras kepala, suka menghasut dan berprasangka buruk terhadap Fatihah. Normah sememangnya tidak disenangi oleh orang kampungnya kerana sikapnya yang suka menuduh tanpa soal siasat.

Fatihah tidak terlepas menjadi mangsa buli emosi Normah apabila segala permintaan Fatihah kepada suaminya ditentang normal. Airil pula sentiasa menyebelahi ibunya dan perkara itu membuat Fatihah berasa terpinggir.

Tidak kurang penderitaannya, Fatihah juga mempunyai adik iparnya Norlin, seorang yang obses kepada kanak-kanak. Dia amat mencemburui kecantikan Fatihah dan rezeki Fatihah kerana mempunyai zuriat.

Walaupun Airil panas baran dan sering memukul Fatihah, jauh disudut hati dia amat menyayangi Fatihah. Airil cuba mengubah sikapnya.

Dapatkah perkahwinan Fatihah bersama Airil bertahan? Mampukah Fatihah bertabah dengan segala cabaran kehidupannya? Adakah Normah, Norlin, dan Airil berubah sikap demi mengecapi sebuah keluarga yang harmoni? Saksikan drama menarik ini di saluran Samarinda TV3.

Selamat menonton slot Samarinda TV3 Andainya Takdir Lakonan Shukri Yahaya.

Slot Samarinda TV3 Andainya Takdir Lakonan Shukri Yahaya. Setelah berakhirnya Menanti Februari.. drama yang agak kontroversi jugak tu.., ki...
aynorablogs May 30, 2017
Oh! MyKarya!

Buku Antologi Puisi Ilhamku Untukmu. Saya nak menulis sedikit tentang minat saya. Selain menulis blog, saya juga gemar menulis cerpen, sajak, enovel dan banyak lagi cabang tulisan kreatif yang saya cuba. Saya ada banyak menulis e-novel dan puisi di dalam blog www.mykarya.com. Jika anda mahu membaca tulisan saya, silalah kunjungi blog picisan tersebut ya...hihi

Satu hari saya terbaca di Facebook tentang komplot menghasilkan puisi dengan setiap penulis yang berminat boleh menyumbangkan sedikit modal agar impian itu terlaksana. Oleh kerana saya pun ada angan-angan nak ada sebuah buku (walau perkongsian), saya setuju untuk sertainya.

Kini akhirnya impianku menjadi nyata!!! Yahooo...

Akhirnya Buku Antologi Puisi Ilhamku Untukmu Berjaya Diterbitkan


Alhamdulillah.

Buku antologi puisi ILHAMKU UNTUKMU berjaya diterbitkan. Ia adalah buku antologi puisi yang membariskan 42 orang penulis dimana setiap penulis mengirimkan 5 buah puisi dengan tema bebas masing-masing untuk diterbitkan secara bersama.
Akhirnya Buku Antologi Puisi Ilhamku Untukmu Berjaya Diterbitkan

Setiap penulis yang berkomplot menghasilkan buku antologi puisi ini menyumbangkan sedikit dana sebagai modal dalam usaha tersebut.

Buku Antologi Puisi Ilhamku Untukmu

Kita orang tak ada buat apa pun, tunggu lebih kurang dua bulan, then...buku siap! Tak payah pening kepala. Segala urusan penerbitan, dapatkan kebenaran, konsep kulit buku dan sebagainya diuruskan oleh penyelenggara iaitu Saudara Zarir Ali.

Akhirnya Buku Antologi Puisi Ilhamku Untukmu Berjaya Diterbitkan

Antologi puisi ILHAMKU UNTUKMU mengandungi lebih kurang 210 puisi dengan pelbagai tema dari berbagai latar belakang penulis. Hmmm...ohsem sungguh! Mesti macam-macam idea penulisan, kan??
Akhirnya Buku Antologi Puisi Ilhamku Untukmu Berjaya Diterbitkan

Akhirnya Buku Antologi Puisi Ilhamku Untukmu Berjaya Diterbitkan

Anda berminat nak dapatkan buku antologi tersebut? Sebab...ditangan saya ada beberapa buah buku antologi puisi ILHAMKU UNTUKMU untuk dimiliki. Berikut maklumat tentang buku tersebut kepada yang berminat:

HARGA : RM25.00 (sm)/ RM28.00 (sabah/sarawak)
POSTAGE: Bergantung kepada kawasan diposkan
MUKA SURAT: 230
PENYELENGGARA: Zarir Ali
EDITOR: AC Jaffrie
PENERBIT: Pena Padu Press 

Anda boleh hubungi saya melalui whatsapp/SMS ; 013 7446292 untuk memesan buku tersebut.

Semoga dengan penghasilan buku ini menjadikan saya lebih bersemangat menghabiskan e-novel saya dan mungkin satu hari nanti akan terhasil pula novel kreatif saya.

Insyaa Allah, dengan izin Allah.

Buku Antologi Puisi Ilhamku Untukmu . Saya nak menulis sedikit tentang minat saya. Selain menulis blog, saya juga gemar menulis cerpen, saja...
aynorablogs May 25, 2017
Oh! MyKarya!

Drama Korea Unknown Woman. Drama korea sebanyak 100 episod kini sedang ditayangkan di saluran KBS. Drama berkisah dendam, cinta dan kecurangan ini dibintangi oleh pelakon-pelakon terkenal Korea.

Info drama Unknown Woman

  • Drama: Unknown Woman (English title) / Nameless Woman (literal title)
  • Director: Kim Myung-Wook
  • Writer: Moon Eun-Ah
  • Network: KBS2
  • Episodes: 100
  • Release Date: April 24, 2017 --
  • Runtime: Monday - Friday 19:50-20:30
  • Language: Korean
  • Country: South Korea
Drama Korea Unknown Woman

Antara pelakon yang terlibat adalah Oh Ji-eun, Bae Jong-ok, Park Yoon-jae, Seo Ji-seok dan Choi Yoon-so.

Sinopsis Drama Korea Unknown Woman


Hong Ji-Won (Bae Jong-Ok) membesar di rumah kebajikan. Untuk mengubah nasibnya, dia belajar bersungguh-sungguh dan berjaya mendapatkan segulung ijazah dari sebuah universiti terkenal. Dia kemudian bekerja sebagai setiausaha di sebuah syarikat ternama. Akhirnya, Hong Ji-Won berkahwin dengan pemilik syarikat tersebut dan melahirkan seorang anak lelaki. Tetapi masalahnya, Hong Ji-Won mendapati anaknya menghidap sejenis penyakit. Dia bersedia melakukan apa saja demi menyelamatkan nyawa anaknya itu.

Son Yeo-Ri (Oh Ji-Eun) pula dibesarkan oleh sebuah keluarga yang kaya tetapi diabaikan oleh keluarga tersebut. Dia juga ditinggalkan oleh teman lelakinya ketika mengandung. Untuk menyelamatkan nyawa bayinya, dia sanggup ke penjara.

Apakah yang terjadi kepada Yeori selepas ini? Berjayakah dia membalas dendam kepada bekas teman lelakinya dan juga bekas keluarga angkatnya? Adakah dia sebenarnya anak kepada Hong Jiwon?

Saksikan drama Unknown Woman dan temui jawapan kepada persoalan yang bermain di fikiran anda. 

Selamat menonton.

Drama Korea Unknown Woman. Drama korea sebanyak 100 episod kini sedang ditayangkan di saluran KBS. Drama berkisah dendam, cinta dan kecurang...
aynorablogs May 23, 2017
Oh! MyKarya!

Bagaimana kamu tahu?

Bagaimana kamu tahu?
Dia telah lalui kelam malam
Dalam kesepian panjang
Yang dia sendiri tak relakan

Bagaimana kamu tahu
Lorek mata nan pilu
Menyimpan duka sendu
Yang kerap membelenggu

Bagaimana kamu tahu
Jika bilah harinya
Dia menghitung
Derita cinta lara

Bagaimana kamu tahu
Hidupnya hanya untuk esok
Setelah sekian lama
Kelmarin bukan lagi teman akrabnya..

Bagaimana kamu tahu
Seorang itu adalah masa depan
Yang telah dijanjikan
Hanya menanti jodoh pertemuan..

Bagaimana kamu tahu
Yang dia sendiri pun tak tahu
Lantas takdir waktu
Milik nan Satu..

Bagaimana kamu tahu
Jika hatinya pernah bermimpi
Untuk menimbang bahagia
Pada neraca keadilan dunia?

Usahlah diteka
Jika kita tak mampu
Memadam gelap
Yang menutup terang...

Biarlah
Hadirnya cahaya di hujung jalan
Milik abadi DIA yang menentukan..


Salam hujung minggu,
Aynora Nur

Bagaimana kamu tahu? Dia telah lalui kelam malam Dalam kesepian panjang Yang dia sendiri tak relakan Bagaimana kamu tahu Lorek mata...
aynorablogs May 20, 2017
Oh! MyKarya!

Sinopsis Drama Korea Suspicious Partner. Bagi peminat drama penyiasatan dan romantik, inilah masanya. Saluran ONE akan menyiarkan drama korea bertajuk Suspicious Partner. Akan ditayangkan di sini mulai 11 May, setiap Khamis dan Jumaat pada pukul 8.10pm (7.10pm JKT). Siaran tertunda 24 jam daripada waktu Korea. 

Sinopsis Drama Korea Suspicious Partner


Info Drama:

Drama: Suspicious Partner (literal title)
Director: Park Sun-Ho
Writer: Kwon Ki-Young
Network: SBS
Episodes:
Release Date: May 10, 2017 --
Runtime: Wed. & Thu. 22:00
Language: Korean
Country: South Korea

Sinopsis Drama Korea Suspicious Partner


Drama Korea Suspicious Partner mengisahkan tentang seorang pembunuh yang menderita amnesia. Kerana lupa ingatan, maka sang pembunuh terus mengancam  No Ji Wok (Ji Chang wok) dan Eun Bong Hee (Nam Ji Hyun). Apakah hubungan si pembunuh dengan Ji Wook dan Bong Hee?? Mengapa kedua-duanya menjadi sasaran pembunuh tersebut?

Adakah sang pembunuh tersebut bukanlah pembunuh sebenarnya?

Adakah bahaya menjadikan hubungan kedua-dua pasangan tersebut bertambah baik atau sebaliknya?

Noh Ji Wook adalah seorang pendakwa yang berbakat dan sentiasa berjaya dalam apa jua kerja yang dilakukan, termasuklah kerja sebagai pendakwa yang merupakan impian sang ayah. Perjalanan hidupnya berbeza dengan pelatih kehakiman Eun Bong Hee, seorang wanita yang kuat dan lasak berbeza dengan penampilannya, kerana latar belakang taekwondo yang dipegangnya. 

Dibintangi oleh Ji Chang Wook, Nam Ji Hyun, Choi Tae Joon and Nara (Hello Venus).

Selamat menonton drama menarik Suspicious Partner di saluran ONE HD. Ambil pengajaran yg baik daripada cerita yang ditonton. Okay!

Sinopsis Drama Korea Suspicious Partner. Bagi peminat drama penyiasatan dan romantik, inilah masanya. Saluran ONE akan menyiarkan drama ko...
aynorablogs May 3, 2017