Breaking

Jan 5, 2018

January 05, 2018

Drama Monalisa Di Astro Prima Sebanyak 80 Episode

Drama Monalisa Adalah Drama Saduran Korea Bertajuk Two Women's Room Di Astro Prima Sebanyak 80 Episode. Drama monalisa akan bersiaran tak lama lagi di Astro Prima dengan membawakan Zara Zya sebagai salah seorang pelakon utamanya. Drama Monalisa adalah drama saduran daripada drama korea yang bertajuk, "Two Women's Room". Saya dah tengok cerita ni sampai habis. Memang best terutamanya bagaimana mereka tertukar beg dan dari situ lah berlaku konflik yang mendebarkan antara 2 wanita tersebut.


"Baca sinopsis Two Women's Room disini". πŸ˜ŽπŸ˜ŽπŸ˜Ž


Drama Monalisa versi Malaysia, di beri nama sempena nama hotel tempat dua wanita itu bekerja iaitu Melissa dan Ramona. Nanti takdir antara kedua mereka berubah, yang kaya jatuh miskin dan begitulah sebaliknya. Best cerita ni, semangat juang untuk bangkit kembali dan mempertahankan hak sendiri harus dicontohi.


Drama Monalisa Di Astro Prima Sebanyak 80 Episode


Drama Monalisa Di Astro Prima Sebanyak 80 Episode
Gambar hiasan

Sedikit Info Drama Monalisa:

Tajuk: Monalisa
Genre: keluarga dan percintaan
Pengarah; Razak Moideen
Pelakon: Zara Zya, Roy Azman

Dalam drama Monalisa, Zara Zya sebagai Melissa, Mona Allen sebagai Ramona, Nazim Othman sebagai Johan, Hafreez Adam sebagai Adam Hakim dan ramai lagi.

Sinopsis drama Monalisa di TV Astro Prima


Kisah Melissa seorang pewaris hotel terkenal. Melissa mempunyai hubungan romantik dengan Johan yang juga merupakan pengurus hotel tersebut. Kehidupannya berubah apabila berkawan dengan Ramona yang cemburu akan kemewahan yang dimilikinya. Ramona merancang untuk mengambil segalanya milik Melissa termasuklah teman lelakinya Johan. Ramona kemudiannya berjaya meyakinkan dewan pengarah untuk memecat Melissa dari kedudukannya sebagai Naib Presiden.

Disaat Melissa ditimpa kesusahan, Adam membantu Melissa mendapatkan pekerjaan di restorannya. Adam sebelum ini pernah bekerja sebagai tukang masak di hotel tersebut. Melissa merancang untuk membalas dendam dan merampas kembali haknya.

Yang suspennya.. Adam adalah anak orang kaya yang nanti membantu Melissa mengambilπŸ˜†πŸ’™ semula haknya. Drama ni akhirnya happy ending.. best!!

Kalau dalam versi drama korea Two Women's Room, episod ni cecah 100 lebih..

Boleh baca di sini .. πŸ’–πŸ’–πŸ’–

Selamat menonton drama Monalisa di Astro Prima.

Dec 17, 2017

December 17, 2017

Cerita Tiada Arah Jodoh Kita Dan Sinopsisnya di TV3

Cerita Tiada Arah Jodoh Kita Dan Sinopsisnya. Slot Akasia akan membawakan sebuah lagi drama adaptasi ke kaca TV anda. Drama adaptasi dari novel Tiada Arah Jodoh kita akan dibintangi oleh Shukri Yahya dan Aprena Manrose. Adakah gandingan mereka serasi sebagaimana Shukri Yahya dengan Siti Saleha dulu? Drama Tiada Arah Jodoh Kita akan menggantikan slot drama Kekasih Paksa Rela yang sedang ditayangkan di TV3 sekarang. Drama ini akan mula ditayangkan pada 13 Februari 2018.

INFO DRAMA:

HARI / MASA : Isnin-Khamis, 7.00 malam
SIARAN : Slot Akasia TV3
PENULIS NOVEL : Ezza Mysara
PENGARAH : Eoon Shuhaini
TERBITAN : Primeworks Studios Sdn Bhd
PELAKON : Shukri Yahaya, Aprena Manrose, Hafeez Mikail, Erwin Dawson, Mustaqim Bahadon, Livonia Ricky, Dian P.Ramlee, Farisha Irwayu

WATAK PELAKON 

Shukri Yahaya sbg Megat Aathif
Aprena Manrose sbg Afia Awliya
Hafeez Mikail sbg Megat Wakeel
Erwin Dawson sbg Fayyad Syakir

Cerita Tiada Arah Jodoh Kita Dan Sinopsisnya


Ringkasan watak dalam novel:


Afia - Tindak tanduk dia jelas. Jenis cakap lepas tapi apabila berkaitan dengan rahsia, dia tutup rapat mulut dia.

Fayyad - Pergilah cari orang lain yang setaraf dengan kelulusan luar negeri awak tu. Ikut sahaja piawaian yang mak awak nak.

Wakeel - Kebudak-budakan sangat biarpun dah jadi seorang suami. Agak kurang selesa sikit la dengan panggilan Ami yang dia gunakan tu. Ami? Dah macam nama perempuan la pulak. Heh.

Hazim - Sengal tahap babun. Hahaha.

Aisha - Di buru mimpi ngeri. Fuh..!

Aathif - Oh my hero! Akhirnya kau muncul jugak. Ayat sinis. Muka garang tapi kurang yakin untuk meluahkan perasaan. Mujurlah tak kena reject selamanya. Haha.

Cerita Tiada Arah Jodoh Kita Dan Sinopsisnya


Bila ‘orang tersayang’ belajar oversea lepas tu curang. Itu klise sangat. Tapi bila ‘orang tersayang’ balik dari oversea lepas tu tiba-tiba pinangkan kita untuk orang lain, itu kategori apa ya? Masih adakah bahagia setelah bahagia yang dahulu telah berlalu pergi. Mampukah Afia untuk memilih jika hatinya telah kosong?

NOVEL TIADA ARAH JODOH KITA adalah KARYA EZZA MYSARA (Nur Ezzah Maisarah Mokhtar).

#TiadaArahJodohKita
#ShukriYahaya
#AprenaManrose
#Karyaseni
#Penulisan2u
#DramaAdaptasi
#AkanDatang

Kisah ketabahan Afia Awliya yg menanti kepulangan orang tersayang, Fayyad Syakir yg belajar di luar negara. Sebaliknya, Fayyad yg pulang menyuruhnya mengahwini rakan baiknya iaitu Megat Wakeel yang menunggu detik akhir hayat. Afia pada mulanya menolak. Namun bila mengenali Wakeel sendiri, prinsip Afia berubah. Marahnya lentur. Entah apa yang membuatkan dia bersetuju dengan perkahwinan ini. Tapi kena berhadapan pula dengan abang Wakeel, Megat Aathif yang dingin, beku, laser lagi menyakitkan hati.

Mengahwini Wakeel tak termasuk dalam list acuan hidupnya. Tapi jodoh, maut, ketentuan sungguh di tangan Tuhan. Selama bergelar isteri Wakeel, tak pernah sehari pun dia tak dihujani bahagia. Tapi takdir yang menyatukan mereka dan takdir jugalah yang memisahkan mereka.

Tatkala jiwa itu sarat dibanjiri rindu pada yang telah pergi, dia dihujani dengan dua lamaran. Fayyad kembali menagih janji lama. Aathif yang sudah lama menaruh hati mula mengorak langkah.

Masih adakah bahagia setelah bahagia yang dahulu telah berlalu pergi? Mampukah Afia untuk memilih jika hatinya telah kosong?


Baca review dari pembaca novel Tiada Arah Jodoh Kita di GOODREADS;

Pendapat saya, kisah TAJK ialah hakikat tentang ajal dan jodoh. Kedua2nya rahsia terbesar Yang Maha Pencipta. Lambat atau cepat sahaja.

Saya suka jalan ceritanya yang banyak pengisian. Yang penting juga tidak rasa lelah untuk habiskan bacaan. Dan sungguh, saya memang tak sabar untuk sampai ke part Aathif dan Afia. Bukan bermakna saya tidak suka semasa Afia dengan Wakeel. Bagi saya Wakeel itu special case. Part dua orang ni memang sedih. Bertuah Wakeel diterima Afia. Dan tak sangka kehidupan pasangan ini terjalin begitudan tidak begini. Erkk...

Afia memang terlalu berdikari sampaikan semua beban mahu ditanggung seorang diri.

Afia, Afia, Afia..

Andai dia sanggup berkorban untuk hidup dengan Wakeel yang sakit, jangan ingat orang lain pun tak boleh buat yang sama untuk dirinya.

Kan, Aathif? Aathif tu memang dingin dan beku tapi hatinya berlagu Siti Nurhaliza, bergitarkanSheila On 7 dan berdetak irama dang dang dut.Hehe.

Haishh, apa pasal lah Kak Aisha menganggu-gugat hidup Afia? Tapi mendung itu tidak selamanya berterusan, kerana sinar matahari muncul jua.

Wakeel tetap di hati Afia. Aathif pula ialah kehidupannya yang sekarang. Fayyad? Dia ialah kenangan yang tidak semestinya perlu dilupakan. Kerana melalui Fayyad, Afia menemui kebahagiaannya yang sekarang.

Aathif kalau berjumpa dengan bestfriend dia si Hazim memang dua-dua jadi sengal. Gurauan dua orang ni buat saya tergelak je. Pantang berjumpa ada je bahan nak kenakan antara satu sama lain.

Dengan sedikit review dan penerangan watak-wataknya.. anda rasa lah dan lihatlah nanti bila drama ini ditayangkan. Adakah ceritanya sedih seperti apa yang orang kata?

Selamat menonton. Ambil pengajaran dari kisah yang ditayangkan ya..
December 17, 2017

Black Knight - The Man Who Guards Me Drama Korea Menarik

Black Knight - "The Man Who Guards Me" Drama Korea Menarik. Drama korea yang sedang ditayangkan di saluran 391/ 392. Drama yang menarik kerana menggandingkan pelakon baru dan lama. Antaranya pelakon utama Kim Rae-Won adalah pelakon yang saya pernah tengok dramanya berbelas tahun dulu, antara drama yang famous adalah Love Story From Havard. Sekarang beliau berlakon dengan pelakon muda dalam Black Knight. Tapi masih nampak segak lagi.

Black Knight: The Man Who Guards Me adalah sebuah drama korea dilakonkan oleh Kim Rae-won, Shin Se-kyung, Seo Ji-hye dan Chang Mi-hee. Disiarkan mulai 6 Disember 2017, setiap hari Rabu dan Khamis pukul 10:00 mlm. Ia disiarkan sebanyak 16 episod.

Black Knight - The Man Who Guards Me Drama Korea Menarik


Sinopsis Black Knight - The Man Who Guards Me Drama Korea


Drama korea menarik yang boleh ditonton di saluran Astro KBS 391 atau 392. Memang sebuah drama yang menarik. Dan saya mengikuti setiap episod dari saluran online Viu. Tapi kena tunggu satu demi satu episod sebab saya tengok yang free aje.

Permulaan cerita dalam episod 1 & 2, antara Hae Ra bertemu dengan Soo Ha. Pertemuan di Slovenia telah menjadikan Soo Ha Black Knight kepada Hae Ra.

Dalam episod ke 3 pula, Hae Ra telah berpindah ke rumah Soo Ha dan dari situ mula timbul perasaan suka kepada Soo Ha. Hae Ra kan jual mahal pada mulanya kerana dia baru dikecewakan oleh teman lelakinya.

Tanpa Hae Ra ketahui, Moon Soo Ha adalah lelaki berparut di pipi yang menjadi temannya sejak kecil dulu. Kini, Soo Ha kembali untuk menunaikan janjinya kepada Hae Ra.

Sebuah drama fantasi baru mengenai hubungan romantik yang merangkumi tiga millennia. "Black Knight: The Man Who Guards Me" menceritakan kisah kekuatan tak kelihatan yang dipercayai mendekati takdir manusia dengan menghukum orang jahat, memberi penghargaan kepada yang baik dan menyatukan semula pasangan yang terpisah, kata penerbit Han Sang-woo semasa taklimat media di Seoul.

Bertentangan dengan persamaan lazim negatif kata-kata dalam bahasa Inggeris, "kesatria hitam" dalam bahasa Korea merujuk kepada seorang lelaki yang bersedia untuk menyelamatkan seorang wanita dalam keadaan yang sukar. 

Sering kali, ia digunakan untuk merujuk kepada seorang lelaki yang mengambil alih minum untuk seorang wanita di perhimpunan sosial. Dengan menggunakan kata-kata dalam tajuk itu, produser mahu semua orang menjadi kesatria hitam untuk satu sama lain. "Saya yakin anda semua mempunyai masa yang terdesak apabila anda inginkan seorang kuda hitam (penyelamat) dapat muncul dan menyelesaikan masalah anda. Tetapi dalam kehidupan semua orang perlu saling membantu dan cuba menjadi kesatria kulit hitam pada orang lain," katanya, sambil menambah bahawa perkara-perkara yang baik berlaku ketika orang-orang yang saling membantu. 

Pelakon Kim Rae-won memainkan peranan sebagai ahli perniagaan berjaya bernama Moon Soo-ho yang akan meletakkan hidupnya untuk melindungi wanita yang dia suka daripada nasib malang dan berbahaya yang tidak diketahui. 

Pelakon Shin Sae-kyeong memainkan peranan sebagai Jung Hae-ra, seorang pekerja syarikat pelancongan yang sentiasa cuba untuk kekal positif meskipun semua kejadian malang menimpa hidupnya.

Pihak lain yang membentuk segitiga cinta adalah seorang pereka yang misterious bernama Sharon, dimainkan oleh Seo Ji-hye, yang tidak pernah tua (immortal) sebagai denda atas kesalahan yang dilakukannya 200 tahun lalu.

Oleh kerana Black Knight  ia sebuah drama romantik fantasi.. ada banyak jalan cerita yang anda kena faham betul-betul kerana sentiasa ada flashback kembali ke tahun 200 dahulu.

Selamat menonton.

Dec 12, 2017

December 12, 2017

Bagaimana Dengan Menulis Boleh Jana RM1,000 Seminggu?

Bagaimana Dengan Menulis Boleh Jana RM1,000 Seminggu? Nak dapat lebih RM1000 seminggu pun boleh. Tetapi dengan syarat kena ada ilmu dan minat yang bersungguh-sungguh. Saya sendiri pun macam tak percaya yang saya mampu jana income sampai RM1000 seminggu. Mesti ada kata saya join MLM dan sebagainya. Tidaklah sayang sayang semua... saya hanya menulis dan menulis tanpa jemu. Saya suka menulis. Jadi saya manfaatkan kepandaian saya yang sedikit itu untuk menjana income. Nak tahu saya buat apa dan menulis di mana?

Pada asalnya saya buka blog sebab nak tulis sajak dan puisi serta cerpen. Lama kelamaan tulis e-novel.. ala.. tulis novel online. Itu pun separuh jalan. Haha..

Selepas itu saya jumpa kemahiran saya yang lagi satu iaitu buat blog yang berniche kan keluarga dan wanita. Haa.. di situlah saya mula menulis dan jana income RM1000 seminggu.

Tapi kalau nak tanya saya lebih lanjut saya bukanlah pandai sangat. Saya pun baca buku kat bawah ni...



Bagaimana Dengan Menulis Boleh Jana RM1,000 Seminggu?


Dengan menulis anda boleh jana RM1000 seminggu. Anda tulis anda dapat duit. Ada macam-macam cara. Saya mula menulis hanya dengan suka-suka. Saya menulis apa yang saya suka. Betul ke persepsi tersebut? Macam tak ada misi je?

Betul. Menulis kerana minat. Tak dapat RM1000 seminggu tak apa ke? Tak rugi ke?

Kalau jadi saya.. saya akan tulis apa yang saya minat kemudian nak juga jana income RM1000 seminggu. Nak tulis pun kena ada ilmunya. Kena ada sifu. Baru boleh berjaya jana income RM1000 seminggu.

Apa yang saya tulis? Berapa banyak novel yang saya ada? Berapa banyak sajak dan penulisan kreatif saya pernah diterbitkan?

Tidak! Saya bukan menulis novel. Saya tidak hasilkan penulisan kreatif atau rencana untuk dapatkan wang RM1000 seminggu.

Saya tulis blog. Ha? Tak caya?

Percayalah.... 😎😎😎

Saya ada 3 buah blog yang aktif iaitu:

1. www.aynorablogs.com
2. www.kayoomanis.com
3. www.mykarya.com

Saya jana income RM1000 seminggu dari blog kesayangan saya tu..

Dengan membuat perkara-perkara di bawah membolehkan saya jana income RM1000 seminggu.. iaitu:

1. Tulis advertorial
2. Buat affiliate content marketer
3. Menulis entri berkualiti hingga dapat income dari iklan berkaitan (Adsense)
4. Sertai pelbagai contest yang dianjurkan oleh blogger dan juga Advertiser (Lazada, Bookcafe dll)

Itu di antara cara saya menulis dengan blog hingga boleh dapat RM1000 seminggu. Jika tiba musim perayaan, income boleh cecah RM2,000 seminggu. Tak nak ke?

Tetapi..

Tetapi...

Kejayaan saya tak datang bergolek. Saya cari ilmu dan ketahui cara sebenar nak dapat RM1000 dengan menulis. Saya mula membaca e-book "Rahsia Mudah RM1,000 sebulan dengan Menulis". 
 
Anda boleh jadi macam saya dan jana income RM1000 dengan menulis blog. Mulakan langkah bijak anda dan sesuaikan kemahiran menulis anda berdasarkan ilmu dan rahsia yang dibongkarkan dalam ebook di atas.

Dec 10, 2017

December 10, 2017

Cara Menulis Blog E-Novel Yang Bertahan Lama

Cara Menulis Blog E-Novel Yang Bertahan Lama. Sebelum saya cerita lanjut, anda sebenarnya boleh dapat RM1,000 seminggu jika anda tahu gunakan kemahiran menulis dengan betul. Cuba klik banner di atas yang boleh menunjuk ajar anda cara jana income RM1,000 seminggu dengan menulis.

Seterusnya, saya akan share sedikit tips penulisan yang mungkin berguna kepada penulis blog e-novel di luar sana. Saya pun dulu aktif menulis e-novel tetapi kebelakangan ini ilham menulis novel bagai hilang rentaknya. Sebaliknya, saya lebih tertumpu kepada penulisan blog majalah dan resepi. Jadi e-novel saya semuanya setakat separuh jalan saja. Oleh kerana saya tak mahu anda semua jadi macam saya, maka saya share sedikit tips penulisan yang mungkin berguna kepada anda semua.

Walau ada tips yang mungkin berguna atau sebaliknya.. anggaplah perkongsian ini sebagai memperkembangkan ilmu kita dalam melakukan penulisan online dengan lebih beretika. Jika ada kekurangan di sana sini, anggap saja kita sebenarnya belum khatam menggali ilmu di atas muka bumi ini.

Cara Menulis Blog E-Novel Yang Bertahan Lama


Cara Menulis Blog E-Novel Yang Bertahan Lama


E-novel adalah istilah tulisan kreatif berbentuk novel yang disiarkan secara atas talian. Kalau nak baca e-novel kenalah member sesebuah blog atau jika blog tersebut dibuka kepada umun, maka tak perlu berdaftar. Lagi senang. Bacalah e-novel kegemaran anda sesuka hati sampai lebam.

Blog e-novel yang bertahan lama mestilah ada update selalu sambungan episod tiap episod. Kalau dalam 1 minggu anda merancang nak publish 3 bab atau episod, so anda kena mantain displin yang itu. Barulah blog e-novel anda boleh bertahan lama.

Sediakan plan B jika apa yang anda rancang tak menjadi. Sebagai contoh, anda janji dengan peminat e-novel anda bahawa anda akan update 3 kali seminggu. Namun kadang-kadang otak kita "jammed", tak ada idea. Maka anda boleh gantikan dengan entry yang lain seperti sajak, syair atau menulis tips penulisan. Barulah peminat blog e-novel anda tak lari!

Seterusnya, tulis cerita yang diminati. Sebelum menulis sesuatu e-novel, buat survey dulu jenis cerita bagaimana yang diminati. Adakah novel cinta, seram, komedi dan sebagainya. Ia amat membantu penulisan anda nanti. Jika anda menulis dengan syok sendiri, maka anda silap. Ditakuti nanti blog e-novel anda tiada pembacanya.

Tubuhkan group FB yang mengumpulkan follower anda selama ini. Dengan cara ini anda akan lebih dekat dengan dia orang. Anda boleh update entry di Group yang anda tubuhkan itu. Dari situ juga dapat merapatkan hubungan silaturrahim antara anda dengan pembaca blog anda.

Itulah serba sedikit tips penulisan bagaimana nak kekalkan blog e-novel anda sentiasa releven dalam carian Google. Sedikit demi sedikit terapkan ilmu SEO dalam tulisan anda walau ianya hanyalah sebuah penulisan kreatif. Tulisan yang ada ciri-ciri SEO akan mudah disukai oleh Google.

Selamat berkarya.
December 10, 2017

Usaha Untuk Jadi Lebih Baik Dari Diriku Yang Dulu

Usaha untuk jadi lebih baik. Tak boleh tak ada usaha. Semua orang kena berusaha meloncat dari satu tangga ke satu tangga. Senang kata.. berhijrah. Kalau tak berhijrah tanda ilmu tak bertambah. Kalau tak ada ilmu kena cari. Sekarang ni ilmu boleh di dapati merata. Dari pengemis di jalanan pun.. anda boleh dapat ilmu.

Niat untuk berubah datang dengan sendiri.

Walau diletakkan sedulang emas sekalipun.. jika hati dan diri sendiri tak mahu berubah, nak kata apa? Tak guna dengar kata kawan.. kalau kau jadi itu ini, kau akan mewah. Tak guna itu semua. Yang penting yang nak tolak diri kita adalah kita sendiri. Bukan orang lain.  Sebab pada akhirnya nanti yang menilai niat kita bukan dia orang. Tetapi Allah jua yang Maha Mengetahui yang nyata dan yang tersembunyi.

Usaha Untuk Jadi Lebih Baik Dari Diriku Yang Dulu

 Aku tidak berusaha untuk menjadi lebih baik dari orang lain. Nanti aku jadi angkuh dan sombong. Tetapi aku berusaha untuk menjadi lebih baik dari diriku yang dulu! Itulah perjuangan yang sebenarnya.

Usaha Untuk Jadi Lebih Baik Dari Diriku Yang Dulu


Ya!

Semua orang ada caranya. Ada yang pasang niat jadi jutawan, hartawan dan dermawan. Tak kisah.

Apa nak diniatkan itu pilihan sendiri.

Yang penting dalam proses menjadi seseorang atau 'somebody', jangan tindas atau aniaya orang lain. Bahaya tu!

Usaha jadi lebih baik dari diriku yang dulu. Macam mana tu?

Mudah je😘😘

Senaraikan dulu kelemahan dan keburukan diri sendiri. Kemudian. Tetapkan cara nak mengubah diri mu yang lama untuk transform kepada yang baru. Tak mau buat plastic surgery ya.. maksudnya tak ada jalan singkat untuk mengubah diri atau sikap kita.

Jalani proses berubah itu satu persatu.

Perlahan-lahan.

Agar dalam proses mengubah diri sendiri dari yang lama yang tak elok kepada yang baru yang lebih baik.., kamu hargai setiap momen itu.

Pastikan pengalaman yang dikutip jadikan ia sebagai permata bernilai yang boleh dikongsikan pula pada anak cucu nanti.

Jom sama-sama berubah bersama saya. Jadi lebih baik dari kamu yang dulu. Saya nak jadi lebih baik dari diri saya yang dulu.

Bye!!

Dec 8, 2017

December 08, 2017

Drama Korea Jugglers Di Saluran KBS Astro 391 Dan 392

Drama Korea Jugglers Di Saluran KBS. Drama korea Jugglers adalah drama romantik komedi dan sedikit aksi yang boleh ditonton di saluran KBS. Jika anda suka menonton drama berkonsepkan pejabat dan etika pekerjaan.. inilah dramanya. Kisah boss dan pembantunya yang berlainan jantina.

Antara pelakonnya adalah Daniel Choi dan Baek Jin-Hee.

Drama Korea Jugglers Di Saluran KBS Astro 391 Dan 392

Sedikit info tentang drama korea Jugglers ini..

Nama Drama: Jugglers
Pengarah: Kim Jung-Hyun
Penulis:  Jo Yong-Hae
Network: KBS2
Episodes: 16
Release Date: December 4, 2017 - January 23, 2018
Waktu siaran: Mon & Tue 22:00
Language: Korean
Country: South Korea


Sinopsis Drama Korea Jugglers Di Saluran KBS


Jwa Yoon-Yi (Baek Jin-Hee) selama ini hidup dalam keadaan sikap yang pasif.  Namun dia memiliki semangat yang bagus dalam bekerja iaitu seorang yang patuh, setia dan mengikut perintah.

Nam Chi-Won (Daniel Choi) pula seorang pengarah syarikat di HB Company tetapi beliau menolak rasa suka kepada orang lain dan tak pandai membina sesuatu perhubungan. 

Senang cerita, drama Jugglers adalah kisah bagaimana bos dan sekretari bekerja. Bagaimana mereka melalui perbezaan dan cuba bekerjasama dalam waktu yang sama. Dalam episod pertama dan kedua memang ditunjukkan bagaimana mereka mula berkenalan, kemudian Jwa Yoon-Yi mula bekerja di bawah syarikat yang sama dengan Nam Chi-Won yang ego itu.

Dapatkah mereka bekerja sama untuk mencapai kejayaan syarikat tersebut. Apakah rahsia di sebalik sikap Nam Chi-Won yang dingin dan tidak mempercayai orang lain?

Saksikan drama komedi romantik ini di saluran KBS world astro 391 atau 392.


Sedikit komen dari pembaca yang telah menonton 2 episod drama Jugglers,

Monday-Tuesday slot never get bored...after Because This Is My First Life, then this drama. Funny character, good cast, best chemistry for all cast not just the lead. Try to find about the writer previous screenplayed, but can't find any...but the story feel fresh even with boss-secretary relationship plot.

Semoga mendapat pengajaran daripada drama Jugglers ini😊😊😊 terutama anda yang bekerja bersama sebagai boss dan secretary.

Dec 4, 2017

December 04, 2017

Sinopsis Drama Korea She Was Pretty

Sinopsis Drama Korea She Was Pretty di Saluran Oh!K. Saya dah start tengok dari episod pertama lagi. Tapi siaran ulangannya yang disiarkan pada siang Jumaat. She Was Pretty adalah sebuah drama korea yang menarik dengan lakonan pelakonnya yang selamba. Boleh dikatakan drama ini bergenre komedi romantik.

Siapa pelakon utamanya? Anda pasti kenal jiK anda seorang peminat drama korea, kan?

Antara pelakonnya adalah Hwang Jung-Eum, Park Seo-Joon, Koh Joon-Hee dan ramai lagi

Sinopsis Drama Korea She Was Pretty


Sinopsis Drama Korea She Was Pretty

Drama korea She Was Pretty mengisahkan dua orang sahabat yang telah berkawan sejak dari sekolah tetapi terpaksa berpisah kerana salah seorang menyambung pelajaran di luar negara.

Apabila Sung-Joon (Park Seo-Joon) masih muda remaja, dia hodoh dan gemuk. Dia juga tidak mempunyai kawan, tetapi seorang pelajar yang popular dan cantik bernama Hye-Jin (Hwang Jung-Eum) sudi menjadi kawannya. Dia memberinya keselesaan (menemani) pada hari-hari hujan ketika Sung-Jung merasa trauma. Mereka menjalin hubungan istimewa antara satu sama lain, tetapi Sung-Joon dan bapanya terpaksa berpindah ke Amerika Syarikat.

15 tahun kemudian, Sung-Joon kembali ke Korea Selatan. Dia dan Hye-Jin akan bertemu lagi untuk kali pertama dalam beberapa tahun, tetapi Hye-Jin tidak dapat menunjukkan dirinya di hadapan Sung-Joon yang sedang mencarinya. Kedua-dua penampilan mereka telah berubah sepenuhnya. Sung-Joon kini kacak dan sempurna dalam penampilannya, sementara Hye-Jin tidak kelihatan seperti dirinya yang cantik dahulu.

Hye-Jin juga sedang menganggur dan mencari pekerjaan. Hye-Jin kemudian meminta kawan baiknya Ha-Ri (Koh Joon-Hee) untuk mendapatkan bantuan. Ha-Ri telah menyamar sebagai Hye-Jin dan pergi menemui Sung-Joon. Pada pertemuan mereka, Ha-Ra berpura-pura menjadi Hye-Jin dan memberitahu Sung-Joon bahawa dia akan pergi ke England pada keesokan harinya untuk belajar.

Kemudian, Hye-Jin, sebagai seorang pelatih di majalah fesyen, bertemu dengan Sung-Joon yang merupakan editor di majalah fesyen. Tak sangka kan..  nak larikan diri tetapi terserempak di syarikat baru tempat Hye-Jin bekerja.

Itu yang dinamakan jodoh.

Walau Hye-Jin cuba menghindar dari Sung-Joon, lelaki itu tetap mengenali Hye Jin yang baru. Adakah hubungan mereka berkembang menjadi baik? Atau Sung Joon malu dengan penampilan Hye Jin yang agak selekeh?

Jom saksikan drama korea She Was Pretty di saluran Oh!K.

Semoga mendapat manfaat yang diharapkan.

Dec 2, 2017

December 02, 2017

Sinopsis Dan Review Novel Jangan Padam Rindu Karya Rina Farizq

Sinopsis Jangan Padam Rindu. Saya nak update sikit. Dengarnya novel Jangan Padam Rindu telah diadaptasi ke drama yang akan disiarkan di saluran Astro. Pelakonnya? Yang saya tahu bintang utama adalah Emma Maembong dengan Keith Foo. Pengarahnya saya belum pasti lagi.

So, untuk korang yang tertunggu-tunggu drama Jangan Padam Rindu ditayangkan, anda boleh baca review novel yang saya buat di bawah.

Review Novel Jangan Padam Rindu Karya Rina Farizq. Saya baru saja habis membaca novel cinta bertajuk Jangan Padam Rindu. Kisah cinta seorang Mr Engineer dan seorang Arkitek. Novel ini sudah dibeli hampir enam bulan lepas tetapi baru sekarang sempat membacanya.


Kulit novel berwarna putih dengan gambar payung dan tulisan. Di bawah tulisan ada kartun comel yang feeling in love. Kulit novel yang simple. Tapi masih ada cute nya disitu.


Sinopsis Novel Jangan Padam Rindu


Sinopsis dari belakang kulit novel adalah seperti gambar di bawah.

 

Sila klik pada gambar untuk imej lebih jelas. 

Sinopsis:-

Ellina tak sangka dia dilamar oleh tuan haji kerepot yang bertongkat! Dia tak rela nak bertunang dengan lelaki tua yang gatal tu. Nak kahwin? Lagilah tak ingin!

Ellina: Lagi satu, bukan semua orang tuan haji boleh beli hatinya dengan kebendaan. Note4 pink ni memang awesome tapi itu tak bererti saya dah jatuh tergolek kat sini.

Mereka tak pernah bertemu, hanya berkomunikasi melalui aplikasi WhatsApp. Mujurlah ada media canggih tu. Kalau tak, ‘muntah hijau’ dibuatnya kalau terpaksa bercakap secara langsung dan bertentang mata dengan tuan haji.

Tuan haji: Ellina, saya ikhlas nak kahwin dengan Ellina. By the way, Note4 pink tu saya hadiahkan dengan ikhlas. Saya tak ada intention pun nak buat Ellina jatuh tergolek kat sana. Ellina, jatuh tergolek ke?

Serius Ellina tak boleh tahan. Geli betul dengan lelaki tua yang bertongkat tu. Tapi nak buat macam mana? Apa pilihan yang dia ada?

Ellina: Saya serius. Apa kata kahwin saja dengan ibu saya? Saya lebih rela jadi anak tuan haji. Please marry my mom.

Tuan haji : Ellina… I want to marry you, not your mom.

Ellina pasrah. Majlis pertunangan dijalankan walaupun hati tak rela. Tak ikhlas! Tapi, kenapa bila tiba hari pertunangan orang lain pula yang bertunang dengan dia? Bukannya tuan haji. Dan Ellina rasa nak mati bila ‘orang’ itu sebenarnya yang meminangnya. Ellina rasa tak menentu bila ‘orang’ itu yang menjadi tunangnya. Kenapa ‘orang’ itu? Kenapa orang yang telah merobekkan hatinya muncul semula dalam hidupnya?

“Simpan rindu dalam hati!”

Saya ambil masa sebulan setengah habiskan novel ini kerana ada gangguan event dan kerjaya yang perlu didahulukan. Bila ada kelapangan sikit, barulah sambung baca. Lagipun novel Jangan Padam Rindu bukanlah novel thriller yang perlukan tumpuan lebih untuk memahaminya. Hihi...

Pada saya temanya mudah saja, kalau dah jodoh dia tetap mencari kita dan berusaha untuk dapatkan kita. 

Kisah Mr Engineer yang memandang rendah pada seorang wanita yang disangkanya berperibadi rendah seperti wanita yang pernah ditemuinya. Akid Fauzan, Mr Engineer bersikap pendendam kerana dia prejudis terhadap wanita kesan daripada kisah yang berlaku dalam keluarganya.

Ellina pula berusaha menghapus kenangan bersama Fauzan tetapi kehadiran semula lelaki itu untuk menebus khilafnya tidak dapat dielakkan. Dalam masa seminggu dia terikat sebagai isteri Fauzan. Semuanya bahagia nampaknya. 

Namun kejadian di Manhattan, US dan kehadiran wanita bernama Melissa telah mencampakkan luka yang semakin dalam kepada Ellina.

Dapatkah dia menerima Fauzan kembali?

Secara keseluruhan saya boleh kata novel ini biasa saja, unsur suspennya kurang dan kita telah boleh mengagak jalan ceritanya hingga ke penamat. 

Walau pun begitu, saya ucapkan selamat mahu jaya dalam bidang penulisan kepada Rina Farizq. 

Nov 27, 2017

November 27, 2017

Fattah Amin Hero Coffee Prince Drama Korea Versi Malaysia

Fattah Amin Hero Coffee Prince Drama Korea Versi Malaysia? Hahai... redha jelah kawan-kawan yang tak minat dengan Fattah Amin. Saya okay aje, yang penting jalan cerita sedap dan ada pengajarannya. Coffee Prince ditayangkan pada tahun 2007 yang lepas. Dah 10 tahun berlalu dik...

Saya ada terbaca dari Gempak Astro. Kononnya Michael Ang nak buat Coffe Prince versi Malaysia. Beliau bercadang nak ambil Fattah Amin menjadi teraju utamanya sebagaimana Gong Yoo yang jadi hero dalam Coffee Prince versi Korea.

Selain Fattah Amin, Janna Nick dan Hafidz Roshdi turut sama diumumkan sebagai pelakon utama untuk drama adaptasi baru ini. Namun, nama Fattah Amin menjadi sebutan para peminat tegar drama asal Coffee Prince.

Fattah Amin Hero Coffee Prince Drama Korea Versi Malaysia?

Kini, drama Coffee Prince dah confirm dilakonkan oleh Fattah Amin dengan Janna Nick.

Tarikh tayangan : 27 November 2017
Setiap : Isnin - Khamis
Waktu : 10 malam
Penyiar : Astro Ria & Astro HD

Drama korea Coffee Prince dalam versi Malaysia?


Fattah Amin Hero Coffee Prince Drama Korea Versi Malaysia


Itulah khabarnya.

Fattah Amin bakal jadi hero Coffee Prince versi Malaysia. Dah tengok ke drama korea Coffee Prince? Cerita ni dah lama ditayang dulu.. kiranya rating tinggi jugaklah...

Baca sinopsis ringkas drama korea Coffee Prince seperti di bawah.

Choi Han-kyeol adalah seorang jejaka sombong yang berasal dari keluarga terhormat dan kaya raya, ia termasuk jejaka yang tidak percaya akan cinta dan tidak menginginkan pernikahan terjadi dalam hidupnya.

Sifat pemuda itu sangat kontra dengan Go Eun-chan yang tomboy, orang sering tersalah sangka dirinya sebagai seorang laki-laki. Ia jenis perempuan yang bekerja keras untuk menanggung ibu dan adiknya, serta mahu melakukan segala macam pekerjaan mulai dari menjadi seorang pelayan, pengantar makanan, susu, surat khabar, dan lain-lain.

Pertemuan kedua-duanya terjadi dua kali tanpa sengaja. Yang Pertama ketika Eun-chan mengantar makanan ke rumah Han-kyeol dengan memakai helmet dan baju overall. Menyangka gadis itu adalah lelaki, dengan sombong Han-kyeol mempersilakan Eun-chan masuk sementara ia hanya mengenakan sehelai tuala. Eun-chan terkejut dan terburu-buru keluar dari tempat itu secepat mungkin.

Pertemuan yang kedua terjadi saat ada kecurian. Kebetulan Eun-chan kenal si pencuri yang tiada lain tiada bukan adalah teman adiknya. Berfikir bahawa Eun-chan adalah geng si pencuri, hampir saja kemarahan Han-kyeol meledak. Cerita bertambah menarik apabila watak-watak selanjutnya muncul. Yang pertama adalah sepupu Han-kyeol bernama Choi Han-seong, seorang produser muzik yang cukup berjaya, namun gagal dalam kisah cintanya. Perempuan yang ia cintai Han Yoo-joo tiba-tiba pergi begitu saja.

Drama korea Coffee Prince

Kebetulan, perempuan itu pula yang selama 9 tahun secara diam-diam dicintai oleh Han-kyeol.
Dua tahun setelah kejadian, Yoo-joo muncul kembali ke Seoul dan berusaha keras untuk kembali ke pangkuan Han-seong. Namun kerana masih sakit hati (ditambah mulai tertarik dengan Eun-chan yang dianggap unik), Han Kyeol itu menolak keras untuk kembali kepada bekas kekasihnya.

Sama seperti dengan Han-kyeol, perkenalan Eun-chan dan Han Seong juga penuh kejutan. Setiap pagi, Eun-chan selalu menghantar susu dan berbual-bual dengan anjing kesayangan lelaki itu. Perilaku unik tersebut mengundang rasa ingin tahu Han-seong tentang gadis tomboy pengantar susunya.

Sementara itu setelah mendapat ultimatum dari sang nenek, mahu tidak mahu Han-kyeol harus mengendalikan sebuah kedai kopi yang baru dibeli oleh keluarga mereka. Pada awalnya Han-kyeol menolak tugas itu namun akhirnya berubah fikiran karena ingin membuktikan kemampuannya.

Demi menarik pelanggan wanita di kedai yang diberi nama Coffee Prince tersebut, Han-kyeol memutuskan untuk mengambil pekerja lelaki. Mungkin dah nasib,  Eun-chan yang sedang kesulitan kewangan akhirnya memohon pekerjaan disana.

Kerana menganggap Eun-chan lelaki, maka Han-kyeol terus menerima `lelaki` itu. Saat ini lah kita boleh menyaksikan banyak peristiwa lucu dan aneh saat Han-kyeol mulai merasakan getar-getar pelik bila berdekatan dengan Eun-chan. Kadang dia keliru dengan perasaannya,, Han-kyeol bahkan pergi ke pakar psikiatri untuk mengetahui apakah dirinya telah berubah menjadi homoseksual.

Demi menjaga harga dirinya, Han-kyeol pun menjauhi Eun-chan. Sudah tentu Eun-chan bingung dengan perubahan sikap bosnya yang tiba-tiba. Namun pada akhirnya Han-kyeol tak dapat menanggung lagi perasaannya. Dia semakin dekat dengan Eun-chan tanpa mengendahkan pandangan orang lain yang menganggapnya aneh.

Dalam tahun 2007 itu, Coffee Prince jadi bualan hangat dan menduduki carta ke 2 dalam bancian penonton TV MBC.

Sama seperti drama siri Korea yang lain, tidak lengkap membicarakan Coffee Prince tanpa menyebut deretan pelakon yang membintangi drama tersebut. Antara pelakon yang terlibat adalah Gong Yoo, watak seorang yang dingin. Selain itu, tidak ketinggalan Lee Seon-gyoon dan Chae Jeong-ahn yang mampu memanaskan konflik yang terjadi.

Coffee Prince mengandungi 17 episod yang diselang selikan dengan lagu dan muzik menarik.

  • Drama: Coffee Prince
  • Pengarah: Lee Yoon-Jung
  • Penolong Pengarah: Jang Joon-Ho
  • Penulis: Lee Jung-A, Jang Hyun-Joo
  • Network: MBC
  • Episodes: 17
  • Tarikh ditayangkan: July 2 - August 27, 2007
  • Pelakon: Gong Yoo sebagai Choi Han-Gyul, Yoon Eun-Hye sebagai Ko Eun-chan, Lee sun-Kyun sebagai Choi Han-sung, Chae Jung-an sebagai Han Yoo-Joo dan ramai lagi. 
Fattah Amin Hero Coffee Prince Drama Korea Versi Malaysia?

So? Setelah baca sinopsis di atas, anda rasa Fattah Amin layakkah jadi pelakon utamanya? Adakah beliau boleh melakukan sebaik Gong Yoo yang memainkan watak utamanya?

Namun apa pun yang bakal dipilih oleh Michael Ang, anda harus fikir positif. Ambil pengajaran dari cerita yang ditayangkan nanti.

Nov 23, 2017

November 23, 2017

Buat Duit Dengan Menulis Novel Dan Sajak

Buat Duit Dengan Menulis Novel Dan Sajak. Penulisan kreatif kini sudah berkembang pesat dengan wujudnya blog-blog penulisan di serata ceruk dunia. Nak baca novel pergi aje online, anda boleh baca dari pagi sampai malam untuk dapatkan bacaan kreatif tersebut. Yang penting talian internet ada data..

Jadi maksudnya anda boleh buat duit dengan menulis secara online. Tulis satu cerita manis, sweet, yang masuk akal dan ada hero cantik dan hensem.. siap sudah sebuah gambaran sebuah novel yang boleh anda tulis nanti.

Bila disiarkan atas talian, ia dipanggil e-novel.

Buat Duit Dengan Menulis Novel Dan Sajak

Buat Duit Dengan Menulis Novel Dan Sajak


Menulis dan menghasilkan karya kreatif memang boleh buat duit. Sebab itu saya tulis tajuk artikel "buat duit dengan menulis". Anda boleh tulis sajak, cerpen dan novel yang menyiarkan karya kreatif secara online. Buat duit dengan menulis di blog menzahirkan idea kreatif anda.

Bila pembaca setia anda dah kenal dengan nama dan tulisan anda, mereka,akan sokong apa saja yang anda hasilkan. Maksudnya, tulisan yang baik-baik.

Kena ingat ya duhai penulis online atau pun offline, anda ada tugas besar di atas tulisan anda. Tanggungjawab besar mengajar dan mengajak kebaikan kepada seluruh dunia. Jangan gunakan tulisan anda untuk membuat provokasi. Jangan buka aib orang lain melalui tulisan-tulisan anda. Kalau tidak sekarang, mungkin anda akan menerima balasan dalam jangka masa panjang. Fikirkanlah.

Ada ramai penulis yang,lahir dari menulis secara suka-suka secara online. Mereka buat e-novel secara percuma, bila dah ada peminat beribu, barulah jadikan e-novel anda sebuah buku secara fizikalnya.

Contoh penulis terkenal yang menulis secara online kemudian terkenal sebagai penulis novel nyata adalah Acik Lana, Mazni Aznita, dan ramai lagi. Sekadar menulis beberapa nama.

Saya pun ada menulis beberapa e-novel tetapi sekadar setengah jalan. Sebab, saya sibuk dengan blog info dan motivasi saya iaitu aynorablogs.com.

Namun begitu, anda boleh mula menulis secara perlahan-lahan dan habiskan cerita yang ditulis dalam bentuk novel. Dari e-novel kepada novel. Baru dapat buat duit dengan menulis.

Jika minat menulis sajak atau puisi, anda boleh bekerjasama dengan beberapa penulis untuk menerbitkan tulisan kreatif anda itu. Saya pun ada buat macam tu.. saya ada tulis kisah nya DISINI.

Okay.. selamat berjaya.


Nov 10, 2017

November 10, 2017

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua 80 Episod Di Astro Prima

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua 80 Episod Di Astro Prima. Drama 80 episod di Astro Prima dengan tajuk Syurga Yang Kedua akan ditayangkan tak lama lagi. Drama menarik ini lakonan Siti Elizad pelakon tinggi lampai yang sebelum ini berlakon drama Papa Ricky bersama Farah Nabila yang berlakon Titian Cinta tu.. Siti Elizad antara pelakon berbakat besar dalam industri hiburan di negara kita. Dalam drama Syurga Yang Kedua iaitu mengangkat kisah poligami, Siti Elizad bergandingan dengan Fasha Sandha. Bolehlah nanti tengok drama hebat ini sebab menggandingkan pelakon hebat-hebat. Drama Syurga Yang Kedua diterbitkan oleh Orangetree Production Sdn Bhd.

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua 80 Episod Di Astro Prima

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua 70 Episod Di Astro Prima


Bahasa : Melayu [Malaysia]
Genre : Drama
Pengarah : Zamri Zakaria
Studio : Orangetree Production Sdn Bhd
Pelakon : Siti Elizad, Zarul Umbrella, Fasha Sanda
Episod : 80 Episod
Siaran : Slot Tiara, Astro Prima
Tarikh Tayang : Masih Dalam Penggambaran

Antara pelakon:

Zarul Husin sebagai Danial
Fasha Sandha sebagai Sabrina
Siti Elizad sebagai Vivy

Lain-lain pelakon adalah Nur Qistina Raisah, Doria Rachel Jolly, Beego , Fazlina Ahmad Daud, Dian P Ramlee, Aziza Kazan, Afifah Nasir, Dato Jalaludin Hassan, Fana Azizan.

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua


Drama ini adalah sebuah kisah poligami dan asam garam hidup bermadu.

Konflik antara anak menantu dan ibu mertua. Daniel dan Sabrina sudah lama berkahwin namun masih belum dikurniakan cahaya mata. Suatu hari ibu Daniel menyuruh Daniel berpoligami dan berkahwin dengan Doktor yang merawat ibunya iaitu Vivy.

Dapatkah Sabrina dan Vivy menyesuaikan kehidupan mereka setelah berkahwin dengan Danial?

Semoga drama Syurga Yang Kedua boleh memberikan manfaat kepada anda di luar sana yang mungkin mengalami pengalaman yang serupa.

Selamat menonton.

Oct 29, 2017

October 29, 2017

Sinopsis Drama Korea Black - Seram Dan Misteri

Sinopsis Drama Korea Black - Seram Dan Misteri. Drama korea baru yang agak misteri dan seram kini sedang ditayangkan saluran oh!K. Drama ini dilakonkan oleh watak utamanya Song Seung-Heon iaitu pelakon "Autumn in my heart" tahun 2000 dahulu. Dah lebih 17 tahun saya meminati lakonannya. Dalam drama ini sudah tentu Song Seung-Heon semakin matang. Gaya lakonannya juga semakin baik.

Antara pelakon lain yang terlibat dalam drama Black adalah Lee El, Kim Dong-Joon dan ramai lagi.

Jumlah episod untuk drama tidak dinyatakan, mungkin bergantung kepada rating drama kut.. jika tinggi rating banyak lah episodnya dan begitulah sebaliknya.

Saya dah tonton 2 episod dan bagi saya drama ini boleh tahan best juga jalan ceritanya, dan kalau tak silap setiap episod ada berbeza jalan cerita. Ada kisah yang berlainan. Maaf, kalau saya tersilap..


Sinopsis Drama Korea Black - Seram Dan Misteri


Sinopsis Drama Korea Black - Seram Dan Misteri

Drama korea Black mengisahkan seorang lelaki detektif bernama Black telah dirasuk oleh roh orang mati bernama Grim Reaper dan beliau boleh melihat masa depan kehidupan seseorang.

Sementara Ha-Ram pula yang dilakonkan oleh Go-Ara boleh nampak bayangan kematian orang di sekelilingnya. Dengan kebolehan masing-masing, mereka cuba menghalang roh kematian mendekati mereka yang dikesan walau terpaksa melanggar prinsip dari "syurga".

Mampukah Black dan Ha-Ram membantu orang yang terlibat dan mengelakkan mereka dari kematian?

Saksikan drama korea Black, sebuah drama yang sedikit berbeza berbanding drama korea yang lain. Menonton cerita Black mengingatkan saya satu lagi drama korea dengan tema cerita yang hampir sama iaitu Master Sun.

Selamat menonton. Ambil pengajaran daripadanya.


Oct 18, 2017

October 18, 2017

Review Buku Sepotong Hati Yang Baru Karya Tere Liye

Sepotong Hati Yang Baru Karya Tere Liye. Dah lama tak beli novel online setelah kali terakhir beli novel 3 bulan dulu dari Bookcafe. Kali ini saya beli Sepotong Hati Yang Baru dari FB Najiha Jaafar yang banyak jual novel-novel dan buku-buku dari penulis Indonesia. Oh ya, lupa nak bagitahu Tere Liye adalah seorang penulis yang aktif dari Indonesia.

Buku berharga RM30.00 itu selamat saya terima pada hari Selasa, 12 September 2017. Dalam fikiran dan bayangan saya, Sepotong Hati Yang Baru ni mungkin karya kreatif pembangun jiwa, macam puisi dan koleksi kata-kata motivasi. Saya fikir begitulah...

Review Buku Sepotong Hati Yang Baru Karya Tere Liye

Ternyata bayangan saya silap sama sekali. Buku Sepotong Hati Yang Baru adalah buku koleksi beberapa buah cerpen yang agak menarik. Saya baru baca tajuk-tajuk cerpennya.. 😎😎

Review Buku Sepotong Hati Yang Baru Karya Tere Liye

Review Buku Sepotong Hati Yang Baru Karya Tere Liye


Buku karya Tere Liye ini tebalnya 206 muka surat. Berkulit agak tebal tetapi kualiti muka surat dalamnya agak kurang memuaskan hati, kertas yang nipis dan berwarna kuning. Its okay, yang penting kita baca dulu isi kandungannya..

Peringkat awal saya lihat-lihat tajuk cerpen dalam buku ini. Ada 8 tajuk semuanya. Rujuk gambar di atas.

Cerpen 1 : Hiks, Kupikir Itu Sungguhan


Review Buku Sepotong Hati Yang Baru Karya Tere Liye

Cerpen 2. Kisah Sie Sie


Review Buku Sepotong Hati Yang Baru Karya Tere Liye


Oh ya, untuk info.. saya dah banyak kali beli buku penulis Indonesia seperti HabiburRahman al Shirazy dan Ali Imron El Shirazy, boleh rujuk di sini dan disini.. tetapi buku Tere Liye kurang memuaskan hati. Ia bukanlah seperti apa yang saya gambarkan. Tetapi maaf, jika anda peminat tegar hasil karyanya.. anda pasti akan menyokong apa saja. Tetapi bagi saya buku Sepotong Hati Yang Baru agak kurang pengisiannya berbanding buku-bukunya yang lain.

Saya menulia review ini seikhlasnya. Saya sedikit kecewa kerana mengharapkan lebih.. kisah yang lebih unik, kisah motivasi yang agung dan macam-macam kelainan yang didambakan.

Maaf jika ulasan saya khilaf, tetapi inilah adanya. Saya sangkakan ia sebuah novel penuh dan bukannya kompilasi cerpen. Paling tidak pun saya mengharapkan sebuah buku motivasi. Maaf!

Oct 15, 2017

October 15, 2017

Sinopsis Drama Zahir Tak Terucap Di TV3 Dalam Slot Zehra!

Sinopsis Drama Zahir Tak Terucap Di TV3 Dalam Slot Zehra! Drama baru dengan pelakon hebat seperti Sharul Ridwan dan Aeril Zafril. Drama yang bakal bersiaran dalam slot Zehra! TV3 ini dengarnya sebuah kisah yang menarik juga. Kisah keluarga dan masyarakat, diselitkan juga konflik percintaan dua beradik lelaki.

Sinopsis Drama Zahir Tak Terucap Di TV3 Dalam Slot Zehra!
Sumber dari Google

Drama ini disiarkan sebanyak 13 episod. Drama Zahir Tak Terucap ni dengarnya sarat dengan pengajaran dan ketabahan seorang wanita dalam meneruskan kehidupan yang mencabar.


Sinopsis Drama Zahir Tak Terucap TV3 Dalam Slot Zehra!


Mengisahkan adik beradik Hisham dan Haziq berasal dari Kuala Lumpur bercuti di sebuah kampung di Terengganu lalu berkenalan dengan seorang gadis bernama Aishah. Di situ la bermulanya permulaan kisah mereka dan juga kisah kemusnahan dan kebangkitan hidup Aishah.

Apakah yang bakal terjadi kepada Aishah? Adakah dia akan mengikut keluarga itu kembali ke KL dan memulakan hidup baru.

Antara Hisham dan Haziq, siapa yang bakal dipilih oleh Aishah sebagai teman hidupnya.

Drama Zahir Tak Terucap dilakonkan oleh, Sharul Ridwan, Aeril Zafril, Raisha Rizrose, Esma Daniel dan ramai lagi. 

Semoga lambakan drama yang disiarkan di kaca TV menjadikan kita penonton yang matang dan bijak memilih pengajaran daripada cerita yang disampaikan. Ya tak?

Walau secara umumnya setiap drama nampak macam sama, tetapi pasti ada berbeza dari sudut lontaran dialog dan skripnya yang boleh dijadikan pengajaran. 

Oct 14, 2017

October 14, 2017

Drama Korea Mad Dog Di Saluran KBS World

Drama Korea Mad Dog Di Saluran KBS World. Bagi oeminat drama korea bergenre aksi dan penyiasatan, anda mungkin akan suka dengan drama Mad Dog. Drama Mad Dog dilakonkan oleh pelakon baru dan lama, antaranya Yoo Ji-Tae, Woo Do-hwan dan Ryu Hwa-young.

Drama Mad Dog diarahkan oleh Hwang Ui-kyung.

Drama ini mengandungi 16 episod, dan setiap episod ada saja babak yang mendebarkan dan persoalan yang terjawab.

Sinopsis Drama Korea Mad Dog Di Saluran KBS World

Drama Korea Mad Dog Di Saluran KBS World

Drama Korea Mad Dog adalah sebuah drama aksi dan penyiasatan berlatarbelakang skandal syarikat insurans dan situasi di sebalik kehidupan golongan korporat yang mudah memanipulasi kekayaan mereka untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

Ia mengisahkan Choi Kang Woo, bekas detektif yang bekerja di sebuah syarikat insurans. Bersama dengan pasukannya, dia cuba menyelesaikan skandal penipuan yang melibatkan pelbagai golongan.

Dalam kerjayanya, Choi Kang Woo sangat dedikasi hinggalah kematian anak dan isterinya dalam kemalangan kapal terbang membuatkan dia tak keruan dan hilang pertimbangan.

Dapatkah Choi dan pasukannya menyelesaikan skandal dan penipuan di sebalik kematian orang yang disayangi?

Adakah Kim Min-joen ada kaitan dengan nahas kapal terbang yang dinaiki oleh anak dan isteri Choi Kang Woo? Semakin menarik pula drama Mad dog ini walau saya baru sempat menonton 2 episod ulangannya siang tadi, (sabtu)...

Saksikan drama menarik ini yang telah ditayangkan pada 11 Oktober 2017, setiap hari khamis dan jumaat pukul 9:00 malam.

Semoga memperoleh manfaat dan pengajaran daripada kisah yang dipaparkan.

Sep 26, 2017

September 26, 2017

Drama Korea Hotel King Lakonan Terbaik Lee Dong-Wook

Drama Korea Hotel King Lakonan Terbaik Lee Dong-Wook. Hotel King adalah sebuah drama korea yang diterbitkan dalam tahun 2014. Drama ini dibintangi oleh Lee Dong-wook (ingat tak drama My Girl), Lee Da-hae, Im Seulong, Wang Ji-hye, Lee Deok-hwa dan Kim Hae-sook. Kini, drama Hotel King disiarkan semula di saluran Oh!K. Drama ini mengandungi 32 episod.

Dalam drama Hotel King lakonan Lee Dong-Wook dan Lee Da-Hae semakin matang. Lee Da-Hae semakin jelita. Tapi Lee Dong Wook kelihatan terlalu kurus. Walau apa pun saya amat menyukai drama ini kerana ada melodrama, suspen, penyiasatan dan kekeluargaan.


Sinopsis Drama Korea Hotel King


Ketika zaman kanak-kanak, Cha Jae-Wan (dilakonkan oleh Lee Dong-Wook) adalah pengemis. Dia juga didera secara fizikal oleh pemimpin sekelompok pengemis yang dianggotainya. Pada suatu hari, Jae-Wan membunuh pemimpin kumpulan itu secara tidak sengaja dan dia melepaskan diri. Apabila terjaga dari tidur, dia mendapati dirinya di sebuah hotel mewah. Seorang lelaki, Lee Joong-Goo (Lee Deok-Hwa), memberitahu Cha Jae-Wan bahawa bapanya, Ah Sung-Won, meninggalkan dia dan ibunya. Jae-Wan bersumpah membalas dendam terhadap bapanya untuk ibunya yang telah meninggal dunia.

Kini, Cha Jae-Wan bekerja sebagai pengurus besar di HOTEL CIEL. Hotel ini dikendalikan oleh Ah Sung-Won. Pada suatu hari, Cha Jae-Wan memberitahu Ah Sung-Won bahawa dia adalah bapanya dan dia harus mendedahkannya secara terbuka kepada umum. Ah Sung-Won terkejut dengan kenyataan tersebut dan mati. Selepas kematiannya, anak tunggalnya, Ah Mo-Ne (Lee Da-Hae) muncul di HOTEL CIEL. Dia tampil sombong, tetapi ada rahsia yang lain yang tidak disangka bahawa Ah Mo-Ne sebenarnya takut bersendirian dan dia juga curiga tentang kematian bapanya. Ah Mo-Ne berjuang untuk menjaga HOTEL CIEL dari cubaan dan niat jahat musuh bapanya.

Adakah ah Mo-Ne akan berjaya? Dapatkah dia mencari rahsia dan punca kematian ayahnya. Dimanakah diari ayahnya tersimpan? Dan yang menjadi tanda tanya adakah Cha Jae-wan terlibat dengan komplot kematian ayah Ah Mo-Ne?

Nak tahu jawapannya,, kenalah saksikan drama korea menarik dan antara lakonan terbaik dari Lee Dong Wook. Sebelum ini antara drama popular Lee Dong Wook adalah My Girl.

Selamat menonton. Yang baik boleh dicontohi tetapi yang tak baik tinggalkan je.. dapatkan pengajarannya.

Sep 24, 2017

September 24, 2017

Tetapkan Hati Kami Dalam Iman, Ya Allah

Tetapkan Hati Kami Dalam Iman, Ya Allah. Duhai Tuhan pemilik sekalian alam, hanya padaMu aku memohon pertolongan. Tunjukilah aku jalan yang benar. Sesungguhnya Engkau Maha mengetahui yang nyata dan yang tersembunyi. Izinkanlah takdir keindahan saja yang menghiasi hari-hari ku yang mendatang.

Ternyata aku insan yang lemah. Berulangkali khilaf kehidupan aku lakukan. Lalu aku memohon kemaafan. Engkau terima doaku. Dan, aku berdosa lagi. Mengulangi khilaf semalam tanpa rasa malu. Lemahnya aku, ya Allah. Rapuhnya imanku, ya Tuhan. Adakah aku tidak kuat iman di dalam hati? Bagaimana kah rupa hatiku? Begini tega mengulangi dosa demi dosa setelah kenikmatan Engkau curahkan.

Tetapkan Hati Kami Dalam Iman, Ya Allah


Tetapkan Hati Kami Dalam Iman, Ya Allah

Tanpa segan silu, aku merayu kepadaMu. Ya Allah.. tetapkanlah hati kami dalam iman. Yang tak luntur biarpun zaman berubah. Yang tak pudar biarpun halangan dan ujian menerjah. Yang takkan terpadam walau mataku ditutup fitnah dan musibah. Kekalkan iman ini dalam hati kami. Tetapkan nikmat islam dan iman dalam diri keluarga-keluarga kami dan umat islam di seluruh dunia.

Hadirkanlah insan-insan positif di sekelilingku. Hadirkan lah cahaya bahagia dalam setiap langkah kakiku mengayuh. Aturkanlah kejayaan demi kejayaan yang mampu menarikku ke syurgaMu, ya Tuhan.

Janganlah sifat alpa mengaburi pandangan. Usahlah sifat riak dan sombong menjadi pakaian sikapku. Biarlah diri ini dilindungi dari cemar dan aib. Engkau Yang Maha Pengasih..

Pada ketika aku diuji, pada masa aku tidak berdaya.. kuatkan imanku agar terus yakin dengan pembalasanmu ke atas mereka yang melakukan kerosakan dalam hidupku. Hanya Engkau yang berhak menghakimi dengan seadil-adilnya. Engkau Tuhan yang pengasih tidak akan membiarkan hambaNya terkapai-kapai keseorangan.

Tempatkanlah aku dari kalangan hambaMu yang soleh, kesempatan bertaubat sebelum maut menjemput tiba. Dan berilah kami menjadi hambaMu yang diangkat aibnya ketika maut menjemput.

Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolonganMu ya Allah..