Breaking

Jan 31, 2018

January 31, 2018

Sinopsis Drama Korea Money Flower

Sinopsis Drama Korea Money Flower. Bagi peminat drama korea Money Flower, siri ini baru bermula tayangannya di saluran Astro Oh!k. Cerita ini dibintangi oleh pelakon yang terkenal dalam drama aksi sebelum ini seperti Iris, Fated To Love You dan sebagainya. Drama Money Flower disiarkan sebanyak 24 episode.

Money Flower' mula disiarkan di Singapore, Malaysia, Hong Kong, Indonesia dan Brunei di saluran Oh!K mulai 30 Jan 2018.

Sinopsis Drama Korea Money Flower
Gambar poster Money Flower
Antara pelakon cerita korea Money Flower adalah Jang Hyuk, Park Se-Young dan Jang Seong-Joo.

Dalam drama ini Jang Hyuk memegang 3 watak iaitu sebagai Kang Pil-Joo, Jang Eun-Cheon dan Jo In-Ho, seorang pengarah urusan yang berumur 37 tahun. Beliau adalah bekas peguambela. Dia memasuki dunia perniagaan korporat dalam syarikat Cheong-A Group kerana untuk menyiasat skandal yang berlaku di dalamnya.

Mesti menarik kan cerita ini. Kalau siapa yang berminat dengan Jang Hyuk, anda mesti tahu karekter lakonannya. Beliau biasanya membawakan watak seorang hero yang dingin dan menyembunyikan perasaannya. Hihi...πŸ’–πŸ’–πŸ’–

Sinopsis Drama Korea Money Flower


Drama korea Money Flower adalah kisah sosial dalam masyarakat sekarang, politik, kehidupan dan prinsip hidup. Yang kaya untuk yang kaya dan yang miskin untuk yang seraraf. Untuk mencapai kejayaan dan kekayaan, ada pengorbanan yang perlu dilakukan.

Juga kisah manusia yang penuh ilusi mengenai wang dan kononnya mereka boleh mengawalnya tapi sebaliknya ketamakan yang menjadikan mereka jadi hamba wang.

Managing director Kang Pil-joo (Jang Hyuk) seorang yang dicemburui oleh ramai orang di sekelilingnya di dalam Cheong-A Group, kerana kebijaksanaannya dan prestasi kerja yang bagus. Pil-joo menyembunyikan identiti sebenarnya daripada pengasas Cheong-A Group dan menyamar sebagai orang suruhan yang patuh.

Pil-joo sebenarnya sedang memerhatikan mereka untuk mencapai impiannya. Dia merancang menjodohkan Na Mo-hyun (Park Se-young) dengan anak pengerusi Cheong-A Group iaitu Jang Boo-cheon (Jang Seung-jo) untuk tujuan membalas dendam, tetapi... dia pula telah jatuh cinta dengan Na Mo-hyun yang bersikap terbuka dan baik hati.

Secara ringkasnya, “Money Flower” mengisahkan hubungan yang saling berkait dan komplikated antara Pil-joo, iaitu seorang yang mampu menjatuhkan Cheong-A, Mo-hyun yang mencari cinta sejati dan juga Boo-cheon, anak pengerusi Cheong-Group yang terpaksa berkahwin kerana tujuan perniagaan. 

Semua watak ini yang akan mewakili cinta, kerakusan dan cita-cita dalam Money Flower. 

Selamat menonton. Semoga anda dapat pengajaran daripada drama menarik ini.

Jan 28, 2018

January 28, 2018

Drama Korea Mother Di TvN Dan Sinopsisnya

Drama Korea Mother Dan Sinopsisnya. Bagi penggemar drama korea terbaru, kini di saluran TvN ada menayangkan drama bertajuk "Mother" yang dibuat semula berdasarkan drama Jepun terkenal. Bila lihat tajuknya, kita pun faham drama ini adalah tentang kasih sayang dan tanggungjawab sebenar seorang wanita bernama ibu.

Drama Mother dibintangi oleh Lee Bo-Young, Heo Yool, Lee Hye-Young, Ko Sung-Hee, Lee Jae-yoon dan ramai lagi.

Semoga ada pengajaran yang baik yang boleh kita ambil daripada drama hebat ini yang dilakonkan oleh pelakon hebat seperti Lee Bo-Young yang popular dengan drama korea I Can Hear Your Voice pada tahun 2013 yang lalu.

Antara drama lakonan Lee Bo-Young:
#sumber Asianviki

Drama Korea Mother Dan Sinopsisnya


Drama Korea Mother Di TvN Dan Sinopsisnya

Mother adalah kisah keluarga yang agak sedih. Seorang kanak-kanak bernama Hye-Na (Heo Yool) telah didera oleh ibunya, Ja-Young (Ko Sung-Hee). Walau keadaannya agak teruk tetapi dia menyembunyikan apa yang terjadi daripada orang sekeliling.

Sementara, Soo-Jin (Lee Bo-Young) pula adalah seorang guru sementara di sekolah tempat Hye-Na belajar. Soo-Jin dapat tahu apa yang berlaku dan bersedia untuk mengambil kanak-kanak itu sebagai anaknya dan menjadi seorang ibu.

Satu hari Soo-Jin telah menculik Hye-Na dalam usaha untuk menyelamatkan gadis comel itu. Adakah Soo Jin berjaya dengan misinya? Atau adakah Soo Jin akhirnya akan didakwa kerana menculik kanak-kanak tersebut walau dengan niat menyelamatkannya dari menjadi mangsa dera ibu sendiri?

Saksikan drama yang agak sedih ini di saluran tvN di kaca TV anda.


Sedikit info tentang drama Korea Mother;

Drama: Mother
Revised romanization: Madeo
Director: Kim Cheol-Kyu
Writer: Jung Seo-Kyoung
Network: tvN
Episodes:
Release Date: January 24, 2018 --
Runtime: Wed. & Thu. 21:10
Language: Korean
Country: South Korea

Semoga be4manfaat. Selamat menonton. Jangan lupa di saluran tvN.

Jan 20, 2018

January 20, 2018

Sinopsis Drama Korea Terbaru All Kinds of Daughters In Law

Drama korea siri kekeluargaan yang terbaru di saluran ONE adalah All Kind of Daughters in Law. Anda boleh baca Sinopsis Drama Korea Terbaru All Kind of Daughters In Law di bawah nanti. Tayangan drama ini akan bermula pada 18 Januari 2018. Drama ni panjang jugak episodnya. Jadi, kalau sesiapa yang nak tengok; kena bersabarlah yea..

Drama korea All Kind of Daughters in Law dibintangi oleh Hahm Eun-Jung, Lee Joo-Yeon, Cha Do-Jin dan ramai lagi.

Drama ini mengandungi 100 episod dan disiarkan selama 1/2 jam dalam setiap episode.


Sinopsis Drama Korea Terbaru All Kinds of Daughters In Law


Sinopsis Drama Korea Terbaru All Kinds of Daughters In Law

Sedikit info tentang drama korea All kinds of Daughters in Law:

Genre : Family Drama
Created by Kim Sung-mo
Written by Oh Sang-heeDirected by Lee Jae-jin
Starring : Hahm Eun-jung, Lee Joo-yeon, Kang Kyung-joon, Cha Do-jin
Country of origin : South Korea
Original language(s)Korean
No. of episodes : 100

Drama All Kinds of Daughters in Law adalah kisah sebuah keluarga yang mempunyai anak menantu yang suka bersaing. Menantu perempuan pun kena main peranan sebagai orang tengah agar hubungan kekeluargaan terus harmoni.

Hwang Eun-Byul (Ham Eun-Jung) and Hwang Geum-Byul (Lee Joo-Yeon) adalah sepasang kembar tetapi amat berbeza personaliti. Eun-Byul bekerja di syarikat penerbitan sebagai penulis jemputan. Manakala, Geum-Byul adalah seorang ketua di jabatan perhubungan awam di sebuah firma fesyen.

Semenjak kecil, ibu mereka memang mengutamakan Hwang Geum-Byul. Hwang Eun-Byul selalu berkelahi dengan kalaknya itu kerana berasa tak puas hati. Hwang Eun-Byul kemudian berkahwin dengan Choi Han-Joo. Keluarga Choi Han-Joo dan keluarga Hwang Geum-Byul adalah musuh. Akhirnya kedua-dua keluarga mencari penyelesaian melalui kedua-dua beradik kembar ini untuk menyelesaikan permusuhan mereka. 

Saya melihat drama ini bagus dijadikan panduan bagi pasangan muda yang baru berkahwin. Bagaimana mereka harus saling menghormati antara satu sama lain. Lagi satu jangan suka bawak mulut menceritakan keburukan keluarga masing-masing.

Nak tengok setiap episod drama All Kind of Daughters in Law? Anda boleh lihat pautan di bawah. Selamat menonton.

Episod 1
Epiaod 2
Episod 3
Episod 4
Episod 5
Episod seterusnya sila link pada pautan ini : 

Jan 14, 2018

January 14, 2018

Cerita Korea Return Di ONE HD Dan Sinopsisnya

Cerita Korea Return Di ONE HD Dan Sinopsisnya. Bagi peminat drama misteri dan penyiasatan, inilah masanya untuk anda tonton cerita korea bertajuk RETURN. Drama ini akan mula bersiaran di ONE HD mulai 18 Januari 2018 ni. Pasti best kan.. saya pun suka tengok drama macam ni.. drama yang penuh suspen..

Drama korea RETURN disiarkan setiap pukul 10:00 malam, khamis dan Jumaat (waktu Malaysia) di saluran 393 ONE HD.

Cerita Korea Return Di ONE HD Dan Sinopsisnya

Antara pelakonnya adalah Ko Hyun-Jung sebagai Choi Ja-Hye, Lee Jin-Wook sebagai Dokgo Young, Shin Sung-Rok sebagai Oh Tae-Seok, Jung Eun-Chae sebagai Geum Na-Ra dan Park Ki-Woong sebagai Kang In-Ho.

Sinopsis Cerita Drama Korea Return Di ONE HD


Drama RETURN adalah drama kisah penyiasatan yang penuh misteri dan bagaimama mereka yang terlibat cuba merungkai kebenaran di sebalik segala kes yang sedang disiasat. Best kan..

Return berkisahkan drama thriller misteri yang berpusat di sekitar pembunuhan di mana anak-anak istimewa (chaebol) / orang kaya menjadi tertuduh dalam kes pembunuhan dan sekumpulan penyiasat cuba merungkai kebenarannya.

Cerita Korea Return Di ONE HD Dan Sinopsisnya

Cerita Korea Return Di ONE HD Dan Sinopsisnya

Choi Jae Hye adalah seorang peguam dan sekarang menjadi MC acara TV bertema hukum bertajuk Return. Ja Hye ditugaskan sebagai ketua dalam kes pembunuhan ini. Ada juga watak lain iaitu seorang detektif yang pemarah.

Mereka berdua bekerja sama dalam kes pembunuhan yang dilakukan oleh anak-anak orang kaya tersebut.

Dapatkah mereka menyelesaikan misteri yang menyelubungi kes-kes pembunuhan yang sedang disiasat? Siapakah dalang di sebalik semua itu?

Info ringkas drama korea RETURN:

Judul : Return
Judul Lain : 리턴 / Riteon
Genre : Drama, Thriller, Mystery, Investigation
Episodes : 32 (tiga puluh dua)
Sutradara : Joo Dong-Min
Penulis Naskah : Choi Kyung-Mi
Stesyen penyiar : SBS
Di tayangkan pada : 17 Januari 2018, setiap hari Rabu dan Kamis pukul 22.00 (di Korea)

Selamat menonton drama Return, iaitu sebuah drama thriller dan misteri dalam kes pembunuhan berprofail tinggi itu. Setiap episod pasti bakal menyajikan anda persoalan demi persoalan yang memerlukan jawapan. 

Semoga bermanfaat.
January 14, 2018

Drama Korea Menarik Our Gab Soon Di Saluran ONE

Drama Korea Menarik Our Gab Soon Di Saluran ONE. Drama Our Gab Soon ni adalah drama ulangan di saluran 393 Astro ONE HD. Sebelum ni pernah tengok tapi dah lupa sikit jalan ceritanya. Sekarang, bila ada tayangan ulangan.. dapat tengok semula dengan aman. Hehe.. oh ya, Korean Drama Our Gab Soon ini pernah release pada 27 Ogos 2016 yang lalu dan tamat pada 8 April 2017.

Drama Our Gab Soon adalah drama kisah keluarga yang bercerai berai, anak-anak yang mencari kasih sayang ibubapa dan juga kisah perniagaan. Ada banyak kisah masalah sosial yang di paparkan dalam drama ni.

Drama Korea Menarik Our Gab Soon Di Saluran ONE

Drama ni mempunyai 61 Episode. Banyak kan.. kena sabar bila dah mula tengok episod demi episod.

Antara pelakon drama korea Our Gab Soon:

Kim So-Eun sebagai Shin Gab-Soon
Song Jae-Rim sebagai Heo Gab-Dol
Jang Yong sebagai Shin Joong-Nyeon
Ko Du-Shim sebagai In Nae-Sim
Lee Mi-Young sebagai Shin Mal-Nyeon
Yoo-Sun sebagai Shin Jae-Soon
Lee Wan sebagai Shin Se-Gye
Lee Bo-Hee sebagai Nam Gi-Ja
Kim Gyu-Ri sebagai Heo Da-Hae
Jeon Kuk-Hwan sebagai Yeo Bong

Sinopsis Drama Korea Menarik Our Gab Soon Di Saluran ONE


Jom baca sikit sinopsis drama Our Gab Soon, yang saya share dari blog INI.

Drama ini berkisarkan tentang 3 buah keluarga yang mempunyai hubungan kekeluargaan antara satu sama lain serta masalah - masalah yang mereka hadapi. 

Aku suka dengan watak Shin Se Gye yang dilakonkan oleh Lee Wan, riak mukanya yang lembut dan tenang memang sesuai dengan wataknya itu yang merupakan seorang anak yang baik. 

Drama ini ada banyak cerita sebab melibatkan banyak watak dan dalam banyak - banyak watak dalam drama ini, aku paling suka kisah kakak Gab Soon iaitu Jae Soon sebab kisahnya penuh konflik dan wataknya paling banyak perkembangan dan tragedi. Walaupun tajuk drama ini adalah Our Gab Soon dan fokus drama ini sepatutnya pada Gab Soon tapi lain yang jadi sebab nampak drama ini seperti memfokuskan tentang kisah Shin Jae Soon yang merupakan kakak sulung pada Gab Soon. Ini juga kali pertama aku melihat pelakon Choi Dae Chul melakonkan watak yang agak baik dalam drama ini berbanding watak jahat dalam dramanya sebelum ini seperti Drama My Daughter Geum Sa Wol.

Semoga kisah dan pengajaran dalam drama keluarga ni memberikan banyak manfaat kepada kita yang menontonnya. Ambil yang baik dan buang yang tak elok. Filter sikit.. πŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜ƒ selamat menonton.

Jan 7, 2018

January 07, 2018

Sinopsis Drama Korea Flower Boy Ramen Shop

Sinopsis Drama Korea Flower Boy Ramen Shop. Drama korea yang sedang saya tonton dalam website online Viu adalah Flower Boy Ramen Shop, (FBRS). Drama ni dah lama tayang tapi saya baru sempat menontonnya. πŸ˜‹πŸ˜‹ Dalam drama korea ni ada ramai hero handsome tau.. hihi, antaranya.. Jung Il Woo sebagai Cha Chi Soo, Lee Ki Woo sebagai Choi Kang Hyuk, Lee Chung Ah sebagai Yang Eun Bi, Kim Shin Ah sebagai Kang Dong Joo, Park Min Woo sebagai Kim Ba Wool, Jo Yoon Woo sebagai Woo Hyun Woo, Ho Soo sebagai Yoon So Yi, Joo Hyun sebagai Cha Ok Gyun dan ramai lagi.

Info drama korea Flower Boy Ramen shop:


Judul: Flower Boy Ramyun Shop/Flower Boy Ramen Shop
Genre: Drama | Komedi | Romantis
Jumlah Episode: 16 Episode
Waktu Tayangan: 31 Oktober 2011 - 20 Desember 2011
Jadual Tayang: tvN | Senin dan Selasa | 23.00 KST
Pelakon Utama: Jung Il Woo | Lee Ki Woo | Lee Chung Ah

Sinopsis Drama Korea Flower Boy Ramen Shop

Sinopsis Drama Korea Flower Boy Ramen Shop

Flower Boy Ramen Shop menceritakan tentang “pemuda cantik” yang sedap dipandang mata, yang menjalankan kedai ramen dengan seorang pelajar wanita. Yang Eun Bi (Lee Chung Ah) adalah mahasiswi yang sedang mempersiapkan diri untuk menghadapi ujian kolejnya demi menggapai mimpinya menjadi seorang guru. 

Suatu hari secara tak sengaja dia bertemu dengan Cha Chi Soo (Jung Il Woo), pemuda angkuh yang merupakan waris dari konglomerat di Korea. Cha Chi Soo sendiri tampil kacak, karisma, dan membuat wanita terpesona dengan senyumnya yang ceria. Pada akhirnya, Cha Chi Soo dan Yang Eun Bi sama-sama bekerja di restoran ramen yang dijalankan oleh si pemalas, Choi Kang Hyuk (Lee Ki Woo).

Apakah akan jadi kepada Yang Eun Bi dan Cha Chi Soo apabila mereka bertemu? Adakah mereka berterusan tidak serasi atau akhirnya timbul cinta antara mereka.

Boleh tengok kesudahan semua 16 episod secara online di Viu.com. 

Selamat menonton. 

Jan 5, 2018

January 05, 2018

Drama Monalisa Di Astro Prima Sebanyak 80 Episode

Drama Monalisa Adalah Drama Saduran Korea Bertajuk Two Women's Room Di Astro Prima Sebanyak 80 Episode. Drama monalisa akan bersiaran tak lama lagi di Astro Prima dengan membawakan Zara Zya sebagai salah seorang pelakon utamanya. Drama Monalisa adalah drama saduran daripada drama korea yang bertajuk, "Two Women's Room". Saya dah tengok cerita ni sampai habis. Memang best terutamanya bagaimana mereka tertukar beg dan dari situ lah berlaku konflik yang mendebarkan antara 2 wanita tersebut.


"Baca sinopsis Two Women's Room disini". πŸ˜ŽπŸ˜ŽπŸ˜Ž


Drama Monalisa versi Malaysia, di beri nama sempena nama hotel tempat dua wanita itu bekerja iaitu Melissa dan Ramona. Nanti takdir antara kedua mereka berubah, yang kaya jatuh miskin dan begitulah sebaliknya. Best cerita ni, semangat juang untuk bangkit kembali dan mempertahankan hak sendiri harus dicontohi.


Drama Monalisa Di Astro Prima Sebanyak 80 Episode


Drama Monalisa Di Astro Prima Sebanyak 80 Episode
Gambar hiasan

Sedikit Info Drama Monalisa:

Tajuk: Monalisa
Genre: keluarga dan percintaan
Pengarah; Razak Moideen
Pelakon: Zara Zya, Roy Azman

Dalam drama Monalisa, Zara Zya sebagai Melissa, Mona Allen sebagai Ramona, Nazim Othman sebagai Johan, Hafreez Adam sebagai Adam Hakim dan ramai lagi.

Sinopsis drama Monalisa di TV Astro Prima


Kisah Melissa seorang pewaris hotel terkenal. Melissa mempunyai hubungan romantik dengan Johan yang juga merupakan pengurus hotel tersebut. Kehidupannya berubah apabila berkawan dengan Ramona yang cemburu akan kemewahan yang dimilikinya. Ramona merancang untuk mengambil segalanya milik Melissa termasuklah teman lelakinya Johan. Ramona kemudiannya berjaya meyakinkan dewan pengarah untuk memecat Melissa dari kedudukannya sebagai Naib Presiden.

Disaat Melissa ditimpa kesusahan, Adam membantu Melissa mendapatkan pekerjaan di restorannya. Adam sebelum ini pernah bekerja sebagai tukang masak di hotel tersebut. Melissa merancang untuk membalas dendam dan merampas kembali haknya.

Yang suspennya.. Adam adalah anak orang kaya yang nanti membantu Melissa mengambilπŸ˜†πŸ’™ semula haknya. Drama ni akhirnya happy ending.. best!!

Kalau dalam versi drama korea Two Women's Room, episod ni cecah 100 lebih..

Boleh baca di sini .. πŸ’–πŸ’–πŸ’–

Selamat menonton drama Monalisa di Astro Prima.

Dec 17, 2017

December 17, 2017

Cerita Tiada Arah Jodoh Kita Dan Sinopsisnya di TV3

Cerita Tiada Arah Jodoh Kita Dan Sinopsisnya. Slot Akasia akan membawakan sebuah lagi drama adaptasi ke kaca TV anda. Drama adaptasi dari novel Tiada Arah Jodoh kita akan dibintangi oleh Shukri Yahya dan Aprena Manrose. Adakah gandingan mereka serasi sebagaimana Shukri Yahya dengan Siti Saleha dulu? Drama Tiada Arah Jodoh Kita akan menggantikan slot drama Kekasih Paksa Rela yang sedang ditayangkan di TV3 sekarang. Drama ini akan mula ditayangkan pada 13 Februari 2018.

INFO DRAMA:

HARI / MASA : Isnin-Khamis, 7.00 malam
SIARAN : Slot Akasia TV3
PENULIS NOVEL : Ezza Mysara
PENGARAH : Eoon Shuhaini
TERBITAN : Primeworks Studios Sdn Bhd
PELAKON : Shukri Yahaya, Aprena Manrose, Hafeez Mikail, Erwin Dawson, Mustaqim Bahadon, Livonia Ricky, Dian P.Ramlee, Farisha Irwayu

WATAK PELAKON 

Shukri Yahaya sbg Megat Aathif
Aprena Manrose sbg Afia Awliya
Hafeez Mikail sbg Megat Wakeel
Erwin Dawson sbg Fayyad Syakir

Cerita Tiada Arah Jodoh Kita Dan Sinopsisnya


Ringkasan watak dalam novel:


Afia - Tindak tanduk dia jelas. Jenis cakap lepas tapi apabila berkaitan dengan rahsia, dia tutup rapat mulut dia.

Fayyad - Pergilah cari orang lain yang setaraf dengan kelulusan luar negeri awak tu. Ikut sahaja piawaian yang mak awak nak.

Wakeel - Kebudak-budakan sangat biarpun dah jadi seorang suami. Agak kurang selesa sikit la dengan panggilan Ami yang dia gunakan tu. Ami? Dah macam nama perempuan la pulak. Heh.

Hazim - Sengal tahap babun. Hahaha.

Aisha - Di buru mimpi ngeri. Fuh..!

Aathif - Oh my hero! Akhirnya kau muncul jugak. Ayat sinis. Muka garang tapi kurang yakin untuk meluahkan perasaan. Mujurlah tak kena reject selamanya. Haha.

Cerita Tiada Arah Jodoh Kita Dan Sinopsisnya


Bila ‘orang tersayang’ belajar oversea lepas tu curang. Itu klise sangat. Tapi bila ‘orang tersayang’ balik dari oversea lepas tu tiba-tiba pinangkan kita untuk orang lain, itu kategori apa ya? Masih adakah bahagia setelah bahagia yang dahulu telah berlalu pergi. Mampukah Afia untuk memilih jika hatinya telah kosong?

NOVEL TIADA ARAH JODOH KITA adalah KARYA EZZA MYSARA (Nur Ezzah Maisarah Mokhtar).

#TiadaArahJodohKita
#ShukriYahaya
#AprenaManrose
#Karyaseni
#Penulisan2u
#DramaAdaptasi
#AkanDatang

Kisah ketabahan Afia Awliya yg menanti kepulangan orang tersayang, Fayyad Syakir yg belajar di luar negara. Sebaliknya, Fayyad yg pulang menyuruhnya mengahwini rakan baiknya iaitu Megat Wakeel yang menunggu detik akhir hayat. Afia pada mulanya menolak. Namun bila mengenali Wakeel sendiri, prinsip Afia berubah. Marahnya lentur. Entah apa yang membuatkan dia bersetuju dengan perkahwinan ini. Tapi kena berhadapan pula dengan abang Wakeel, Megat Aathif yang dingin, beku, laser lagi menyakitkan hati.

Mengahwini Wakeel tak termasuk dalam list acuan hidupnya. Tapi jodoh, maut, ketentuan sungguh di tangan Tuhan. Selama bergelar isteri Wakeel, tak pernah sehari pun dia tak dihujani bahagia. Tapi takdir yang menyatukan mereka dan takdir jugalah yang memisahkan mereka.

Tatkala jiwa itu sarat dibanjiri rindu pada yang telah pergi, dia dihujani dengan dua lamaran. Fayyad kembali menagih janji lama. Aathif yang sudah lama menaruh hati mula mengorak langkah.

Masih adakah bahagia setelah bahagia yang dahulu telah berlalu pergi? Mampukah Afia untuk memilih jika hatinya telah kosong?


Baca review dari pembaca novel Tiada Arah Jodoh Kita di GOODREADS;

Pendapat saya, kisah TAJK ialah hakikat tentang ajal dan jodoh. Kedua2nya rahsia terbesar Yang Maha Pencipta. Lambat atau cepat sahaja.

Saya suka jalan ceritanya yang banyak pengisian. Yang penting juga tidak rasa lelah untuk habiskan bacaan. Dan sungguh, saya memang tak sabar untuk sampai ke part Aathif dan Afia. Bukan bermakna saya tidak suka semasa Afia dengan Wakeel. Bagi saya Wakeel itu special case. Part dua orang ni memang sedih. Bertuah Wakeel diterima Afia. Dan tak sangka kehidupan pasangan ini terjalin begitudan tidak begini. Erkk...

Afia memang terlalu berdikari sampaikan semua beban mahu ditanggung seorang diri.

Afia, Afia, Afia..

Andai dia sanggup berkorban untuk hidup dengan Wakeel yang sakit, jangan ingat orang lain pun tak boleh buat yang sama untuk dirinya.

Kan, Aathif? Aathif tu memang dingin dan beku tapi hatinya berlagu Siti Nurhaliza, bergitarkanSheila On 7 dan berdetak irama dang dang dut.Hehe.

Haishh, apa pasal lah Kak Aisha menganggu-gugat hidup Afia? Tapi mendung itu tidak selamanya berterusan, kerana sinar matahari muncul jua.

Wakeel tetap di hati Afia. Aathif pula ialah kehidupannya yang sekarang. Fayyad? Dia ialah kenangan yang tidak semestinya perlu dilupakan. Kerana melalui Fayyad, Afia menemui kebahagiaannya yang sekarang.

Aathif kalau berjumpa dengan bestfriend dia si Hazim memang dua-dua jadi sengal. Gurauan dua orang ni buat saya tergelak je. Pantang berjumpa ada je bahan nak kenakan antara satu sama lain.

Dengan sedikit review dan penerangan watak-wataknya.. anda rasa lah dan lihatlah nanti bila drama ini ditayangkan. Adakah ceritanya sedih seperti apa yang orang kata?

Selamat menonton. Ambil pengajaran dari kisah yang ditayangkan ya..
December 17, 2017

Black Knight - The Man Who Guards Me Drama Korea Menarik

Black Knight - "The Man Who Guards Me" Drama Korea Menarik. Drama korea yang sedang ditayangkan di saluran 391/ 392. Drama yang menarik kerana menggandingkan pelakon baru dan lama. Antaranya pelakon utama Kim Rae-Won adalah pelakon yang saya pernah tengok dramanya berbelas tahun dulu, antara drama yang famous adalah Love Story From Havard. Sekarang beliau berlakon dengan pelakon muda dalam Black Knight. Tapi masih nampak segak lagi.

Black Knight: The Man Who Guards Me adalah sebuah drama korea dilakonkan oleh Kim Rae-won, Shin Se-kyung, Seo Ji-hye dan Chang Mi-hee. Disiarkan mulai 6 Disember 2017, setiap hari Rabu dan Khamis pukul 10:00 mlm. Ia disiarkan sebanyak 16 episod.

Black Knight - The Man Who Guards Me Drama Korea Menarik


Sinopsis Black Knight - The Man Who Guards Me Drama Korea


Drama korea menarik yang boleh ditonton di saluran Astro KBS 391 atau 392. Memang sebuah drama yang menarik. Dan saya mengikuti setiap episod dari saluran online Viu. Tapi kena tunggu satu demi satu episod sebab saya tengok yang free aje.

Permulaan cerita dalam episod 1 & 2, antara Hae Ra bertemu dengan Soo Ha. Pertemuan di Slovenia telah menjadikan Soo Ha Black Knight kepada Hae Ra.

Dalam episod ke 3 pula, Hae Ra telah berpindah ke rumah Soo Ha dan dari situ mula timbul perasaan suka kepada Soo Ha. Hae Ra kan jual mahal pada mulanya kerana dia baru dikecewakan oleh teman lelakinya.

Tanpa Hae Ra ketahui, Moon Soo Ha adalah lelaki berparut di pipi yang menjadi temannya sejak kecil dulu. Kini, Soo Ha kembali untuk menunaikan janjinya kepada Hae Ra.

Sebuah drama fantasi baru mengenai hubungan romantik yang merangkumi tiga millennia. "Black Knight: The Man Who Guards Me" menceritakan kisah kekuatan tak kelihatan yang dipercayai mendekati takdir manusia dengan menghukum orang jahat, memberi penghargaan kepada yang baik dan menyatukan semula pasangan yang terpisah, kata penerbit Han Sang-woo semasa taklimat media di Seoul.

Bertentangan dengan persamaan lazim negatif kata-kata dalam bahasa Inggeris, "kesatria hitam" dalam bahasa Korea merujuk kepada seorang lelaki yang bersedia untuk menyelamatkan seorang wanita dalam keadaan yang sukar. 

Sering kali, ia digunakan untuk merujuk kepada seorang lelaki yang mengambil alih minum untuk seorang wanita di perhimpunan sosial. Dengan menggunakan kata-kata dalam tajuk itu, produser mahu semua orang menjadi kesatria hitam untuk satu sama lain. "Saya yakin anda semua mempunyai masa yang terdesak apabila anda inginkan seorang kuda hitam (penyelamat) dapat muncul dan menyelesaikan masalah anda. Tetapi dalam kehidupan semua orang perlu saling membantu dan cuba menjadi kesatria kulit hitam pada orang lain," katanya, sambil menambah bahawa perkara-perkara yang baik berlaku ketika orang-orang yang saling membantu. 

Pelakon Kim Rae-won memainkan peranan sebagai ahli perniagaan berjaya bernama Moon Soo-ho yang akan meletakkan hidupnya untuk melindungi wanita yang dia suka daripada nasib malang dan berbahaya yang tidak diketahui. 

Pelakon Shin Sae-kyeong memainkan peranan sebagai Jung Hae-ra, seorang pekerja syarikat pelancongan yang sentiasa cuba untuk kekal positif meskipun semua kejadian malang menimpa hidupnya.

Pihak lain yang membentuk segitiga cinta adalah seorang pereka yang misterious bernama Sharon, dimainkan oleh Seo Ji-hye, yang tidak pernah tua (immortal) sebagai denda atas kesalahan yang dilakukannya 200 tahun lalu.

Oleh kerana Black Knight  ia sebuah drama romantik fantasi.. ada banyak jalan cerita yang anda kena faham betul-betul kerana sentiasa ada flashback kembali ke tahun 200 dahulu.

Selamat menonton.

Dec 12, 2017

December 12, 2017

Bagaimana Dengan Menulis Boleh Jana RM1,000 Seminggu?

Bagaimana Dengan Menulis Boleh Jana RM1,000 Seminggu? Nak dapat lebih RM1000 seminggu pun boleh. Tetapi dengan syarat kena ada ilmu dan minat yang bersungguh-sungguh. Saya sendiri pun macam tak percaya yang saya mampu jana income sampai RM1000 seminggu. Mesti ada kata saya join MLM dan sebagainya. Tidaklah sayang sayang semua... saya hanya menulis dan menulis tanpa jemu. Saya suka menulis. Jadi saya manfaatkan kepandaian saya yang sedikit itu untuk menjana income. Nak tahu saya buat apa dan menulis di mana?

Pada asalnya saya buka blog sebab nak tulis sajak dan puisi serta cerpen. Lama kelamaan tulis e-novel.. ala.. tulis novel online. Itu pun separuh jalan. Haha..

Selepas itu saya jumpa kemahiran saya yang lagi satu iaitu buat blog yang berniche kan keluarga dan wanita. Haa.. di situlah saya mula menulis dan jana income RM1000 seminggu.

Tapi kalau nak tanya saya lebih lanjut saya bukanlah pandai sangat. Saya pun baca buku kat bawah ni...



Bagaimana Dengan Menulis Boleh Jana RM1,000 Seminggu?


Dengan menulis anda boleh jana RM1000 seminggu. Anda tulis anda dapat duit. Ada macam-macam cara. Saya mula menulis hanya dengan suka-suka. Saya menulis apa yang saya suka. Betul ke persepsi tersebut? Macam tak ada misi je?

Betul. Menulis kerana minat. Tak dapat RM1000 seminggu tak apa ke? Tak rugi ke?

Kalau jadi saya.. saya akan tulis apa yang saya minat kemudian nak juga jana income RM1000 seminggu. Nak tulis pun kena ada ilmunya. Kena ada sifu. Baru boleh berjaya jana income RM1000 seminggu.

Apa yang saya tulis? Berapa banyak novel yang saya ada? Berapa banyak sajak dan penulisan kreatif saya pernah diterbitkan?

Tidak! Saya bukan menulis novel. Saya tidak hasilkan penulisan kreatif atau rencana untuk dapatkan wang RM1000 seminggu.

Saya tulis blog. Ha? Tak caya?

Percayalah.... 😎😎😎

Saya ada 3 buah blog yang aktif iaitu:

1. www.aynorablogs.com
2. www.kayoomanis.com
3. www.mykarya.com

Saya jana income RM1000 seminggu dari blog kesayangan saya tu..

Dengan membuat perkara-perkara di bawah membolehkan saya jana income RM1000 seminggu.. iaitu:

1. Tulis advertorial
2. Buat affiliate content marketer
3. Menulis entri berkualiti hingga dapat income dari iklan berkaitan (Adsense)
4. Sertai pelbagai contest yang dianjurkan oleh blogger dan juga Advertiser (Lazada, Bookcafe dll)

Itu di antara cara saya menulis dengan blog hingga boleh dapat RM1000 seminggu. Jika tiba musim perayaan, income boleh cecah RM2,000 seminggu. Tak nak ke?

Tetapi..

Tetapi...

Kejayaan saya tak datang bergolek. Saya cari ilmu dan ketahui cara sebenar nak dapat RM1000 dengan menulis. Saya mula membaca e-book "Rahsia Mudah RM1,000 sebulan dengan Menulis". 
 
Anda boleh jadi macam saya dan jana income RM1000 dengan menulis blog. Mulakan langkah bijak anda dan sesuaikan kemahiran menulis anda berdasarkan ilmu dan rahsia yang dibongkarkan dalam ebook di atas.

Dec 10, 2017

December 10, 2017

Cara Menulis Blog E-Novel Yang Bertahan Lama

Cara Menulis Blog E-Novel Yang Bertahan Lama. Sebelum saya cerita lanjut, anda sebenarnya boleh dapat RM1,000 seminggu jika anda tahu gunakan kemahiran menulis dengan betul. Cuba klik banner di atas yang boleh menunjuk ajar anda cara jana income RM1,000 seminggu dengan menulis.

Seterusnya, saya akan share sedikit tips penulisan yang mungkin berguna kepada penulis blog e-novel di luar sana. Saya pun dulu aktif menulis e-novel tetapi kebelakangan ini ilham menulis novel bagai hilang rentaknya. Sebaliknya, saya lebih tertumpu kepada penulisan blog majalah dan resepi. Jadi e-novel saya semuanya setakat separuh jalan saja. Oleh kerana saya tak mahu anda semua jadi macam saya, maka saya share sedikit tips penulisan yang mungkin berguna kepada anda semua.

Walau ada tips yang mungkin berguna atau sebaliknya.. anggaplah perkongsian ini sebagai memperkembangkan ilmu kita dalam melakukan penulisan online dengan lebih beretika. Jika ada kekurangan di sana sini, anggap saja kita sebenarnya belum khatam menggali ilmu di atas muka bumi ini.

Cara Menulis Blog E-Novel Yang Bertahan Lama


Cara Menulis Blog E-Novel Yang Bertahan Lama


E-novel adalah istilah tulisan kreatif berbentuk novel yang disiarkan secara atas talian. Kalau nak baca e-novel kenalah member sesebuah blog atau jika blog tersebut dibuka kepada umun, maka tak perlu berdaftar. Lagi senang. Bacalah e-novel kegemaran anda sesuka hati sampai lebam.

Blog e-novel yang bertahan lama mestilah ada update selalu sambungan episod tiap episod. Kalau dalam 1 minggu anda merancang nak publish 3 bab atau episod, so anda kena mantain displin yang itu. Barulah blog e-novel anda boleh bertahan lama.

Sediakan plan B jika apa yang anda rancang tak menjadi. Sebagai contoh, anda janji dengan peminat e-novel anda bahawa anda akan update 3 kali seminggu. Namun kadang-kadang otak kita "jammed", tak ada idea. Maka anda boleh gantikan dengan entry yang lain seperti sajak, syair atau menulis tips penulisan. Barulah peminat blog e-novel anda tak lari!

Seterusnya, tulis cerita yang diminati. Sebelum menulis sesuatu e-novel, buat survey dulu jenis cerita bagaimana yang diminati. Adakah novel cinta, seram, komedi dan sebagainya. Ia amat membantu penulisan anda nanti. Jika anda menulis dengan syok sendiri, maka anda silap. Ditakuti nanti blog e-novel anda tiada pembacanya.

Tubuhkan group FB yang mengumpulkan follower anda selama ini. Dengan cara ini anda akan lebih dekat dengan dia orang. Anda boleh update entry di Group yang anda tubuhkan itu. Dari situ juga dapat merapatkan hubungan silaturrahim antara anda dengan pembaca blog anda.

Itulah serba sedikit tips penulisan bagaimana nak kekalkan blog e-novel anda sentiasa releven dalam carian Google. Sedikit demi sedikit terapkan ilmu SEO dalam tulisan anda walau ianya hanyalah sebuah penulisan kreatif. Tulisan yang ada ciri-ciri SEO akan mudah disukai oleh Google.

Selamat berkarya.
December 10, 2017

Usaha Untuk Jadi Lebih Baik Dari Diriku Yang Dulu

Usaha untuk jadi lebih baik. Tak boleh tak ada usaha. Semua orang kena berusaha meloncat dari satu tangga ke satu tangga. Senang kata.. berhijrah. Kalau tak berhijrah tanda ilmu tak bertambah. Kalau tak ada ilmu kena cari. Sekarang ni ilmu boleh di dapati merata. Dari pengemis di jalanan pun.. anda boleh dapat ilmu.

Niat untuk berubah datang dengan sendiri.

Walau diletakkan sedulang emas sekalipun.. jika hati dan diri sendiri tak mahu berubah, nak kata apa? Tak guna dengar kata kawan.. kalau kau jadi itu ini, kau akan mewah. Tak guna itu semua. Yang penting yang nak tolak diri kita adalah kita sendiri. Bukan orang lain.  Sebab pada akhirnya nanti yang menilai niat kita bukan dia orang. Tetapi Allah jua yang Maha Mengetahui yang nyata dan yang tersembunyi.

Usaha Untuk Jadi Lebih Baik Dari Diriku Yang Dulu

 Aku tidak berusaha untuk menjadi lebih baik dari orang lain. Nanti aku jadi angkuh dan sombong. Tetapi aku berusaha untuk menjadi lebih baik dari diriku yang dulu! Itulah perjuangan yang sebenarnya.

Usaha Untuk Jadi Lebih Baik Dari Diriku Yang Dulu


Ya!

Semua orang ada caranya. Ada yang pasang niat jadi jutawan, hartawan dan dermawan. Tak kisah.

Apa nak diniatkan itu pilihan sendiri.

Yang penting dalam proses menjadi seseorang atau 'somebody', jangan tindas atau aniaya orang lain. Bahaya tu!

Usaha jadi lebih baik dari diriku yang dulu. Macam mana tu?

Mudah je😘😘

Senaraikan dulu kelemahan dan keburukan diri sendiri. Kemudian. Tetapkan cara nak mengubah diri mu yang lama untuk transform kepada yang baru. Tak mau buat plastic surgery ya.. maksudnya tak ada jalan singkat untuk mengubah diri atau sikap kita.

Jalani proses berubah itu satu persatu.

Perlahan-lahan.

Agar dalam proses mengubah diri sendiri dari yang lama yang tak elok kepada yang baru yang lebih baik.., kamu hargai setiap momen itu.

Pastikan pengalaman yang dikutip jadikan ia sebagai permata bernilai yang boleh dikongsikan pula pada anak cucu nanti.

Jom sama-sama berubah bersama saya. Jadi lebih baik dari kamu yang dulu. Saya nak jadi lebih baik dari diri saya yang dulu.

Bye!!

Dec 8, 2017

December 08, 2017

Drama Korea Jugglers Di Saluran KBS Astro 391 Dan 392

Drama Korea Jugglers Di Saluran KBS. Drama korea Jugglers adalah drama romantik komedi dan sedikit aksi yang boleh ditonton di saluran KBS. Jika anda suka menonton drama berkonsepkan pejabat dan etika pekerjaan.. inilah dramanya. Kisah boss dan pembantunya yang berlainan jantina.

Antara pelakonnya adalah Daniel Choi dan Baek Jin-Hee.

Drama Korea Jugglers Di Saluran KBS Astro 391 Dan 392

Sedikit info tentang drama korea Jugglers ini..

Nama Drama: Jugglers
Pengarah: Kim Jung-Hyun
Penulis:  Jo Yong-Hae
Network: KBS2
Episodes: 16
Release Date: December 4, 2017 - January 23, 2018
Waktu siaran: Mon & Tue 22:00
Language: Korean
Country: South Korea


Sinopsis Drama Korea Jugglers Di Saluran KBS


Jwa Yoon-Yi (Baek Jin-Hee) selama ini hidup dalam keadaan sikap yang pasif.  Namun dia memiliki semangat yang bagus dalam bekerja iaitu seorang yang patuh, setia dan mengikut perintah.

Nam Chi-Won (Daniel Choi) pula seorang pengarah syarikat di HB Company tetapi beliau menolak rasa suka kepada orang lain dan tak pandai membina sesuatu perhubungan. 

Senang cerita, drama Jugglers adalah kisah bagaimana bos dan sekretari bekerja. Bagaimana mereka melalui perbezaan dan cuba bekerjasama dalam waktu yang sama. Dalam episod pertama dan kedua memang ditunjukkan bagaimana mereka mula berkenalan, kemudian Jwa Yoon-Yi mula bekerja di bawah syarikat yang sama dengan Nam Chi-Won yang ego itu.

Dapatkah mereka bekerja sama untuk mencapai kejayaan syarikat tersebut. Apakah rahsia di sebalik sikap Nam Chi-Won yang dingin dan tidak mempercayai orang lain?

Saksikan drama komedi romantik ini di saluran KBS world astro 391 atau 392.


Sedikit komen dari pembaca yang telah menonton 2 episod drama Jugglers,

Monday-Tuesday slot never get bored...after Because This Is My First Life, then this drama. Funny character, good cast, best chemistry for all cast not just the lead. Try to find about the writer previous screenplayed, but can't find any...but the story feel fresh even with boss-secretary relationship plot.

Semoga mendapat pengajaran daripada drama Jugglers ini😊😊😊 terutama anda yang bekerja bersama sebagai boss dan secretary.

Dec 4, 2017

December 04, 2017

Sinopsis Drama Korea She Was Pretty

Sinopsis Drama Korea She Was Pretty di Saluran Oh!K. Saya dah start tengok dari episod pertama lagi. Tapi siaran ulangannya yang disiarkan pada siang Jumaat. She Was Pretty adalah sebuah drama korea yang menarik dengan lakonan pelakonnya yang selamba. Boleh dikatakan drama ini bergenre komedi romantik.

Siapa pelakon utamanya? Anda pasti kenal jiK anda seorang peminat drama korea, kan?

Antara pelakonnya adalah Hwang Jung-Eum, Park Seo-Joon, Koh Joon-Hee dan ramai lagi

Sinopsis Drama Korea She Was Pretty


Sinopsis Drama Korea She Was Pretty

Drama korea She Was Pretty mengisahkan dua orang sahabat yang telah berkawan sejak dari sekolah tetapi terpaksa berpisah kerana salah seorang menyambung pelajaran di luar negara.

Apabila Sung-Joon (Park Seo-Joon) masih muda remaja, dia hodoh dan gemuk. Dia juga tidak mempunyai kawan, tetapi seorang pelajar yang popular dan cantik bernama Hye-Jin (Hwang Jung-Eum) sudi menjadi kawannya. Dia memberinya keselesaan (menemani) pada hari-hari hujan ketika Sung-Jung merasa trauma. Mereka menjalin hubungan istimewa antara satu sama lain, tetapi Sung-Joon dan bapanya terpaksa berpindah ke Amerika Syarikat.

15 tahun kemudian, Sung-Joon kembali ke Korea Selatan. Dia dan Hye-Jin akan bertemu lagi untuk kali pertama dalam beberapa tahun, tetapi Hye-Jin tidak dapat menunjukkan dirinya di hadapan Sung-Joon yang sedang mencarinya. Kedua-dua penampilan mereka telah berubah sepenuhnya. Sung-Joon kini kacak dan sempurna dalam penampilannya, sementara Hye-Jin tidak kelihatan seperti dirinya yang cantik dahulu.

Hye-Jin juga sedang menganggur dan mencari pekerjaan. Hye-Jin kemudian meminta kawan baiknya Ha-Ri (Koh Joon-Hee) untuk mendapatkan bantuan. Ha-Ri telah menyamar sebagai Hye-Jin dan pergi menemui Sung-Joon. Pada pertemuan mereka, Ha-Ra berpura-pura menjadi Hye-Jin dan memberitahu Sung-Joon bahawa dia akan pergi ke England pada keesokan harinya untuk belajar.

Kemudian, Hye-Jin, sebagai seorang pelatih di majalah fesyen, bertemu dengan Sung-Joon yang merupakan editor di majalah fesyen. Tak sangka kan..  nak larikan diri tetapi terserempak di syarikat baru tempat Hye-Jin bekerja.

Itu yang dinamakan jodoh.

Walau Hye-Jin cuba menghindar dari Sung-Joon, lelaki itu tetap mengenali Hye Jin yang baru. Adakah hubungan mereka berkembang menjadi baik? Atau Sung Joon malu dengan penampilan Hye Jin yang agak selekeh?

Jom saksikan drama korea She Was Pretty di saluran Oh!K.

Semoga mendapat manfaat yang diharapkan.

Dec 2, 2017

December 02, 2017

Sinopsis Dan Review Novel Jangan Padam Rindu Karya Rina Farizq

Sinopsis Jangan Padam Rindu. Saya nak update sikit. Dengarnya novel Jangan Padam Rindu telah diadaptasi ke drama yang akan disiarkan di saluran Astro. Pelakonnya? Yang saya tahu bintang utama adalah Emma Maembong dengan Keith Foo. Pengarahnya saya belum pasti lagi.

So, untuk korang yang tertunggu-tunggu drama Jangan Padam Rindu ditayangkan, anda boleh baca review novel yang saya buat di bawah.

Review Novel Jangan Padam Rindu Karya Rina Farizq. Saya baru saja habis membaca novel cinta bertajuk Jangan Padam Rindu. Kisah cinta seorang Mr Engineer dan seorang Arkitek. Novel ini sudah dibeli hampir enam bulan lepas tetapi baru sekarang sempat membacanya.


Kulit novel berwarna putih dengan gambar payung dan tulisan. Di bawah tulisan ada kartun comel yang feeling in love. Kulit novel yang simple. Tapi masih ada cute nya disitu.


Sinopsis Novel Jangan Padam Rindu


Sinopsis dari belakang kulit novel adalah seperti gambar di bawah.

 

Sila klik pada gambar untuk imej lebih jelas. 

Sinopsis:-

Ellina tak sangka dia dilamar oleh tuan haji kerepot yang bertongkat! Dia tak rela nak bertunang dengan lelaki tua yang gatal tu. Nak kahwin? Lagilah tak ingin!

Ellina: Lagi satu, bukan semua orang tuan haji boleh beli hatinya dengan kebendaan. Note4 pink ni memang awesome tapi itu tak bererti saya dah jatuh tergolek kat sini.

Mereka tak pernah bertemu, hanya berkomunikasi melalui aplikasi WhatsApp. Mujurlah ada media canggih tu. Kalau tak, ‘muntah hijau’ dibuatnya kalau terpaksa bercakap secara langsung dan bertentang mata dengan tuan haji.

Tuan haji: Ellina, saya ikhlas nak kahwin dengan Ellina. By the way, Note4 pink tu saya hadiahkan dengan ikhlas. Saya tak ada intention pun nak buat Ellina jatuh tergolek kat sana. Ellina, jatuh tergolek ke?

Serius Ellina tak boleh tahan. Geli betul dengan lelaki tua yang bertongkat tu. Tapi nak buat macam mana? Apa pilihan yang dia ada?

Ellina: Saya serius. Apa kata kahwin saja dengan ibu saya? Saya lebih rela jadi anak tuan haji. Please marry my mom.

Tuan haji : Ellina… I want to marry you, not your mom.

Ellina pasrah. Majlis pertunangan dijalankan walaupun hati tak rela. Tak ikhlas! Tapi, kenapa bila tiba hari pertunangan orang lain pula yang bertunang dengan dia? Bukannya tuan haji. Dan Ellina rasa nak mati bila ‘orang’ itu sebenarnya yang meminangnya. Ellina rasa tak menentu bila ‘orang’ itu yang menjadi tunangnya. Kenapa ‘orang’ itu? Kenapa orang yang telah merobekkan hatinya muncul semula dalam hidupnya?

“Simpan rindu dalam hati!”

Saya ambil masa sebulan setengah habiskan novel ini kerana ada gangguan event dan kerjaya yang perlu didahulukan. Bila ada kelapangan sikit, barulah sambung baca. Lagipun novel Jangan Padam Rindu bukanlah novel thriller yang perlukan tumpuan lebih untuk memahaminya. Hihi...

Pada saya temanya mudah saja, kalau dah jodoh dia tetap mencari kita dan berusaha untuk dapatkan kita. 

Kisah Mr Engineer yang memandang rendah pada seorang wanita yang disangkanya berperibadi rendah seperti wanita yang pernah ditemuinya. Akid Fauzan, Mr Engineer bersikap pendendam kerana dia prejudis terhadap wanita kesan daripada kisah yang berlaku dalam keluarganya.

Ellina pula berusaha menghapus kenangan bersama Fauzan tetapi kehadiran semula lelaki itu untuk menebus khilafnya tidak dapat dielakkan. Dalam masa seminggu dia terikat sebagai isteri Fauzan. Semuanya bahagia nampaknya. 

Namun kejadian di Manhattan, US dan kehadiran wanita bernama Melissa telah mencampakkan luka yang semakin dalam kepada Ellina.

Dapatkah dia menerima Fauzan kembali?

Secara keseluruhan saya boleh kata novel ini biasa saja, unsur suspennya kurang dan kita telah boleh mengagak jalan ceritanya hingga ke penamat. 

Walau pun begitu, saya ucapkan selamat mahu jaya dalam bidang penulisan kepada Rina Farizq. 

Nov 27, 2017

November 27, 2017

Fattah Amin Hero Coffee Prince Drama Korea Versi Malaysia

Fattah Amin Hero Coffee Prince Drama Korea Versi Malaysia? Hahai... redha jelah kawan-kawan yang tak minat dengan Fattah Amin. Saya okay aje, yang penting jalan cerita sedap dan ada pengajarannya. Coffee Prince ditayangkan pada tahun 2007 yang lepas. Dah 10 tahun berlalu dik...

Saya ada terbaca dari Gempak Astro. Kononnya Michael Ang nak buat Coffe Prince versi Malaysia. Beliau bercadang nak ambil Fattah Amin menjadi teraju utamanya sebagaimana Gong Yoo yang jadi hero dalam Coffee Prince versi Korea.

Selain Fattah Amin, Janna Nick dan Hafidz Roshdi turut sama diumumkan sebagai pelakon utama untuk drama adaptasi baru ini. Namun, nama Fattah Amin menjadi sebutan para peminat tegar drama asal Coffee Prince.

Fattah Amin Hero Coffee Prince Drama Korea Versi Malaysia?

Kini, drama Coffee Prince dah confirm dilakonkan oleh Fattah Amin dengan Janna Nick.

Tarikh tayangan : 27 November 2017
Setiap : Isnin - Khamis
Waktu : 10 malam
Penyiar : Astro Ria & Astro HD

Drama korea Coffee Prince dalam versi Malaysia?


Fattah Amin Hero Coffee Prince Drama Korea Versi Malaysia


Itulah khabarnya.

Fattah Amin bakal jadi hero Coffee Prince versi Malaysia. Dah tengok ke drama korea Coffee Prince? Cerita ni dah lama ditayang dulu.. kiranya rating tinggi jugaklah...

Baca sinopsis ringkas drama korea Coffee Prince seperti di bawah.

Choi Han-kyeol adalah seorang jejaka sombong yang berasal dari keluarga terhormat dan kaya raya, ia termasuk jejaka yang tidak percaya akan cinta dan tidak menginginkan pernikahan terjadi dalam hidupnya.

Sifat pemuda itu sangat kontra dengan Go Eun-chan yang tomboy, orang sering tersalah sangka dirinya sebagai seorang laki-laki. Ia jenis perempuan yang bekerja keras untuk menanggung ibu dan adiknya, serta mahu melakukan segala macam pekerjaan mulai dari menjadi seorang pelayan, pengantar makanan, susu, surat khabar, dan lain-lain.

Pertemuan kedua-duanya terjadi dua kali tanpa sengaja. Yang Pertama ketika Eun-chan mengantar makanan ke rumah Han-kyeol dengan memakai helmet dan baju overall. Menyangka gadis itu adalah lelaki, dengan sombong Han-kyeol mempersilakan Eun-chan masuk sementara ia hanya mengenakan sehelai tuala. Eun-chan terkejut dan terburu-buru keluar dari tempat itu secepat mungkin.

Pertemuan yang kedua terjadi saat ada kecurian. Kebetulan Eun-chan kenal si pencuri yang tiada lain tiada bukan adalah teman adiknya. Berfikir bahawa Eun-chan adalah geng si pencuri, hampir saja kemarahan Han-kyeol meledak. Cerita bertambah menarik apabila watak-watak selanjutnya muncul. Yang pertama adalah sepupu Han-kyeol bernama Choi Han-seong, seorang produser muzik yang cukup berjaya, namun gagal dalam kisah cintanya. Perempuan yang ia cintai Han Yoo-joo tiba-tiba pergi begitu saja.

Drama korea Coffee Prince

Kebetulan, perempuan itu pula yang selama 9 tahun secara diam-diam dicintai oleh Han-kyeol.
Dua tahun setelah kejadian, Yoo-joo muncul kembali ke Seoul dan berusaha keras untuk kembali ke pangkuan Han-seong. Namun kerana masih sakit hati (ditambah mulai tertarik dengan Eun-chan yang dianggap unik), Han Kyeol itu menolak keras untuk kembali kepada bekas kekasihnya.

Sama seperti dengan Han-kyeol, perkenalan Eun-chan dan Han Seong juga penuh kejutan. Setiap pagi, Eun-chan selalu menghantar susu dan berbual-bual dengan anjing kesayangan lelaki itu. Perilaku unik tersebut mengundang rasa ingin tahu Han-seong tentang gadis tomboy pengantar susunya.

Sementara itu setelah mendapat ultimatum dari sang nenek, mahu tidak mahu Han-kyeol harus mengendalikan sebuah kedai kopi yang baru dibeli oleh keluarga mereka. Pada awalnya Han-kyeol menolak tugas itu namun akhirnya berubah fikiran karena ingin membuktikan kemampuannya.

Demi menarik pelanggan wanita di kedai yang diberi nama Coffee Prince tersebut, Han-kyeol memutuskan untuk mengambil pekerja lelaki. Mungkin dah nasib,  Eun-chan yang sedang kesulitan kewangan akhirnya memohon pekerjaan disana.

Kerana menganggap Eun-chan lelaki, maka Han-kyeol terus menerima `lelaki` itu. Saat ini lah kita boleh menyaksikan banyak peristiwa lucu dan aneh saat Han-kyeol mulai merasakan getar-getar pelik bila berdekatan dengan Eun-chan. Kadang dia keliru dengan perasaannya,, Han-kyeol bahkan pergi ke pakar psikiatri untuk mengetahui apakah dirinya telah berubah menjadi homoseksual.

Demi menjaga harga dirinya, Han-kyeol pun menjauhi Eun-chan. Sudah tentu Eun-chan bingung dengan perubahan sikap bosnya yang tiba-tiba. Namun pada akhirnya Han-kyeol tak dapat menanggung lagi perasaannya. Dia semakin dekat dengan Eun-chan tanpa mengendahkan pandangan orang lain yang menganggapnya aneh.

Dalam tahun 2007 itu, Coffee Prince jadi bualan hangat dan menduduki carta ke 2 dalam bancian penonton TV MBC.

Sama seperti drama siri Korea yang lain, tidak lengkap membicarakan Coffee Prince tanpa menyebut deretan pelakon yang membintangi drama tersebut. Antara pelakon yang terlibat adalah Gong Yoo, watak seorang yang dingin. Selain itu, tidak ketinggalan Lee Seon-gyoon dan Chae Jeong-ahn yang mampu memanaskan konflik yang terjadi.

Coffee Prince mengandungi 17 episod yang diselang selikan dengan lagu dan muzik menarik.

  • Drama: Coffee Prince
  • Pengarah: Lee Yoon-Jung
  • Penolong Pengarah: Jang Joon-Ho
  • Penulis: Lee Jung-A, Jang Hyun-Joo
  • Network: MBC
  • Episodes: 17
  • Tarikh ditayangkan: July 2 - August 27, 2007
  • Pelakon: Gong Yoo sebagai Choi Han-Gyul, Yoon Eun-Hye sebagai Ko Eun-chan, Lee sun-Kyun sebagai Choi Han-sung, Chae Jung-an sebagai Han Yoo-Joo dan ramai lagi. 
Fattah Amin Hero Coffee Prince Drama Korea Versi Malaysia?

So? Setelah baca sinopsis di atas, anda rasa Fattah Amin layakkah jadi pelakon utamanya? Adakah beliau boleh melakukan sebaik Gong Yoo yang memainkan watak utamanya?

Namun apa pun yang bakal dipilih oleh Michael Ang, anda harus fikir positif. Ambil pengajaran dari cerita yang ditayangkan nanti.

Nov 23, 2017

November 23, 2017

Buat Duit Dengan Menulis Novel Dan Sajak

Buat Duit Dengan Menulis Novel Dan Sajak. Penulisan kreatif kini sudah berkembang pesat dengan wujudnya blog-blog penulisan di serata ceruk dunia. Nak baca novel pergi aje online, anda boleh baca dari pagi sampai malam untuk dapatkan bacaan kreatif tersebut. Yang penting talian internet ada data..

Jadi maksudnya anda boleh buat duit dengan menulis secara online. Tulis satu cerita manis, sweet, yang masuk akal dan ada hero cantik dan hensem.. siap sudah sebuah gambaran sebuah novel yang boleh anda tulis nanti.

Bila disiarkan atas talian, ia dipanggil e-novel.

Buat Duit Dengan Menulis Novel Dan Sajak

Buat Duit Dengan Menulis Novel Dan Sajak


Menulis dan menghasilkan karya kreatif memang boleh buat duit. Sebab itu saya tulis tajuk artikel "buat duit dengan menulis". Anda boleh tulis sajak, cerpen dan novel yang menyiarkan karya kreatif secara online. Buat duit dengan menulis di blog menzahirkan idea kreatif anda.

Bila pembaca setia anda dah kenal dengan nama dan tulisan anda, mereka,akan sokong apa saja yang anda hasilkan. Maksudnya, tulisan yang baik-baik.

Kena ingat ya duhai penulis online atau pun offline, anda ada tugas besar di atas tulisan anda. Tanggungjawab besar mengajar dan mengajak kebaikan kepada seluruh dunia. Jangan gunakan tulisan anda untuk membuat provokasi. Jangan buka aib orang lain melalui tulisan-tulisan anda. Kalau tidak sekarang, mungkin anda akan menerima balasan dalam jangka masa panjang. Fikirkanlah.

Ada ramai penulis yang,lahir dari menulis secara suka-suka secara online. Mereka buat e-novel secara percuma, bila dah ada peminat beribu, barulah jadikan e-novel anda sebuah buku secara fizikalnya.

Contoh penulis terkenal yang menulis secara online kemudian terkenal sebagai penulis novel nyata adalah Acik Lana, Mazni Aznita, dan ramai lagi. Sekadar menulis beberapa nama.

Saya pun ada menulis beberapa e-novel tetapi sekadar setengah jalan. Sebab, saya sibuk dengan blog info dan motivasi saya iaitu aynorablogs.com.

Namun begitu, anda boleh mula menulis secara perlahan-lahan dan habiskan cerita yang ditulis dalam bentuk novel. Dari e-novel kepada novel. Baru dapat buat duit dengan menulis.

Jika minat menulis sajak atau puisi, anda boleh bekerjasama dengan beberapa penulis untuk menerbitkan tulisan kreatif anda itu. Saya pun ada buat macam tu.. saya ada tulis kisah nya DISINI.

Okay.. selamat berjaya.


Nov 10, 2017

November 10, 2017

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua 80 Episod Di Astro Prima

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua 80 Episod Di Astro Prima. Drama 80 episod di Astro Prima dengan tajuk Syurga Yang Kedua akan ditayangkan tak lama lagi. Drama menarik ini lakonan Siti Elizad pelakon tinggi lampai yang sebelum ini berlakon drama Papa Ricky bersama Farah Nabila yang berlakon Titian Cinta tu.. Siti Elizad antara pelakon berbakat besar dalam industri hiburan di negara kita. Dalam drama Syurga Yang Kedua iaitu mengangkat kisah poligami, Siti Elizad bergandingan dengan Fasha Sandha. Bolehlah nanti tengok drama hebat ini sebab menggandingkan pelakon hebat-hebat. Drama Syurga Yang Kedua diterbitkan oleh Orangetree Production Sdn Bhd.

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua 80 Episod Di Astro Prima

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua 70 Episod Di Astro Prima


Bahasa : Melayu [Malaysia]
Genre : Drama
Pengarah : Zamri Zakaria
Studio : Orangetree Production Sdn Bhd
Pelakon : Siti Elizad, Zarul Umbrella, Fasha Sanda
Episod : 80 Episod
Siaran : Slot Tiara, Astro Prima
Tarikh Tayang : Masih Dalam Penggambaran

Antara pelakon:

Zarul Husin sebagai Danial
Fasha Sandha sebagai Sabrina
Siti Elizad sebagai Vivy

Lain-lain pelakon adalah Nur Qistina Raisah, Doria Rachel Jolly, Beego , Fazlina Ahmad Daud, Dian P Ramlee, Aziza Kazan, Afifah Nasir, Dato Jalaludin Hassan, Fana Azizan.

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua


Drama ini adalah sebuah kisah poligami dan asam garam hidup bermadu.

Konflik antara anak menantu dan ibu mertua. Daniel dan Sabrina sudah lama berkahwin namun masih belum dikurniakan cahaya mata. Suatu hari ibu Daniel menyuruh Daniel berpoligami dan berkahwin dengan Doktor yang merawat ibunya iaitu Vivy.

Dapatkah Sabrina dan Vivy menyesuaikan kehidupan mereka setelah berkahwin dengan Danial?

Semoga drama Syurga Yang Kedua boleh memberikan manfaat kepada anda di luar sana yang mungkin mengalami pengalaman yang serupa.

Selamat menonton.