Drama Lelaki Kiriman Tuhan Gandingan Mira Filzah Dan Remy Ishak

Lelaki Kiriman Tuhan Gandingan Mira Filzah Dan Remy Ishak - Anda nak tengok lagi drama melayu dari pelakon popular tanahair? Tentu anda suka dengan Remy Ishak? Atau peminat Mira Filzah? TV Astro Oasis akan menyiarkan sebuah drama terbaru berjudul "LELAKI KIRIMAN TUHAN", dengarnya akan disiarkan dalam bulan Oktober 2018 (merujuk post Mira Filzah di instagramnya..)

Lelaki Kiriman Tuhan juga sebuah drama adaptasi dari novel popular tulisan Umie Nadzimah

Info drama LELAKI KIRIMAN TUHAN:

Tajuk: Lelaki Kiriman Tuhan
Siaran: Astro Oasis
Tarikh siaran: Oktober 2018
Penerbit: Zeel Productions Sdn Bhd
Pelakon Utama: Mira Filzah sebagai Naira, Remy Ishak sebagai Iqbal Raid
Jumlah episod; Akan update

Sinopsis Drama Lelaki Kiriman Tuhan Gandingan Mira Filzah Dan Remy Ishak


Naira, si gadis garang dan selalu berwajah masam. Dia tidak percaya pada lelaki yang cuba mendekatinya. Semua tak ikhlas dan suka ambil kesempatan. Lelaki yang mengaku mencintainya separuh mati pun akan pergi bila tahu dia banyak tanggung beban hutang keluarga. Nampak sangat tak bersungguh menyayangi dia, tak mahu susah bersama.

Drama Lelaki Kiriman Tuhan Gandingan Mira Filzah Dan Remy Ishak
Sinopsis drama Lelaki Kiriman Tuhan

Remy Ishak - Lelaki Kiriman Tuhan

Tiba-tiba muncul lelaki berperangai hantu ganggu hidup Naira. Iqbal Raid namanya. Raid seronok untuk tawan hati Naira yang muka macam jeruk, ego dan sombong itu. Macam-macam cara Raid cuba untuk berbaik-baik dengan Naira.

"Terima kasih sebab prihatin pada saya. Tapi lain kali jangan menyibuk la, hantu!" - Naira

"Ops... Hati hantu ni degil. Nak juga kacau Cik Naira yang berwajah asam ni. Gelisah kalau tak tengok muka." - Raid

"Sebab awak tu miring!" - Naira

Raid selalu ada bila Naira susah dan bermasalah. Dia sanggup buat apa saja, berkorban segalanya untuk Naira dan tidak lari seperti lelaki lain. Lama-lama Raid yang miring dan hantu itulah yang Naira rindu. Tidak mahu bercinta sebelum nikah, Naira setuju kahwin segera walau dibantah oleh abang kandung sendiri, Mirza.

Musim bulan madu berlalu dengan indah, baru terbongkar satu per satu rahsia Raid yang penuh misteri. Ketika itu, bolehkah Naira menerima Raid seadanya? Apakah kesudahan rumahtangga mereka? Terus bahagia atau sebaliknya?

Siapakah Iqbal Raid sebenarnya? Manusia biasa, hantu atau manusia sebaik malaikat? Temui jawapannya dalam LELAKI KIRIMAN TUHAN.

Secara ringkasnya, Naira yang sering dikejar along dan diselamatkan oleh Raid seorang jejaka misteri. Raid ni dah berubah dari kejahatan kepada kebaikan. Gitulah ringkasnya..

Dapatkah hubungan dua manusia yang berbeza karekter berlanjutan hingga ke hujung nyawa? Bukankah setiap manusia dijadikan ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Jadi, mampukah perbezaan tersebut menyelamatkan sebuah perhubungan?

Tunggu siarannya nanti di Astro Oasis dalam bulan Oktober 2018.

Bye!!

Note:

Ambil yang baik sebagai panduan dan tinggalkan yang tidak baik.. tonton secara berhikmah.
spacer

Sewaktu Kenangan Semakin Pudar

Sewaktu Kenangan Semakin Pudar



Yang aku sayangi
Kenangan demi kenangan..
Antara kita di laman masa
Lebih berdekad dilalui
Semakin pudar dan hilang serinya

Yang aku rindui
Bila hati saling bertaut
Pada daun masa berlalu
Lebih berdekad diharungi
Telah hilang manis auranya

Bila semua telah pudar
Ku susuri relung kenangan
Berseorangan

Bila wajah rindu telah malap
Ku tatap bayangan silam
Bersendirian

Tak mengapalah..
Kamu mungkin dah jauh
Membina harapan yang baru
Mengait benang rindu
Bersamanya..

Percayalah!
Meski rasa sepi
Jauh di lubuk hati terkilan sekali
Aku masih mampu
Ceria dalam kepahitan
Mengorak langkah
Berlalu meninggalkan kenangan demi kenangan
Yang kian pudar..

Sebelum berlalu
Ku toleh sekilas lalu
Kenangan tetap jadi kenangan
Takkan berulang untuk kali kedua.

Begitulah hidup..
Tak perlu disesali
Tak perlu ditangisi..
Kerana lama kelamaan akan pudar
Bila masa berganti!

Aku.. dedaun masa,
A.Y.N.O.R.A  N.U.R
2.0.1.8
spacer

Drama Akasia Jangan Benci Cintaku

Peminat drama melayu jangan lupa saksikan Drama Akasia Jangan Benci Cintaku. Drama terbaru ini dibintangi oleh Shahrul Ridzwan dan Zahira Mc Wilson.

Drama menarik ini bersiaran setiap Isnin hingga Khamis mulai pukul 7.00 malam.

Nak tahu drama ni best atau tak... boleh baca banyak review dari Goodreads pada link berikut, https://www.goodreads.com/review/show/762806978

Selamat membaca.

Drama Akasia Jangan Benci Cintaku

Sinopsis Drama Akasia Jangan Benci Cintaku


Drama Jangan Benci Cintaku adalah kisah perkahwinan pasangan yang masih muda dan belum cukup matang dalam mengendalikan rumahtangga.

Cuba baca review di bawah:

Perkahwinan mereka bukan atas dasar cinta tetapi cinta boleh datang bila-bila masa. Bagi Shahrizal, tiada sebab untuk dia tidak jatuh cinta pada Rafeeqa tapi bagi Rafeeqa, perkahwinan itu satu bebanan. Lantas, Sunderland dan sambung belajar menjadi alasan.

“Tak payah pergi boleh tak? Kat sini pun boleh sambung belajar.” – Shahrizal
‘A NO is always a NO Shah.’ Itu jawapan hati Rafeeqa.

Awalnya, Shahrizal masih melayannya dengan baik. Namun, segalanya berubah pada tahun terakhir dia di Sunderland. Dinginnya Shahrizal buat Rafeeqa mengesyaki sesuatu. Saat itu dia mula rasa kehilangan.

Kembali dan mahu berubah. Dia mahu menjadi isteri yang baik pada lelaki sebaik Shahrizal. Tetapi…..

“Your instinct was right. There is someone else besides you.” - Shahrizal

Pengakuan Shahrizal buat hati Rafeeqa retak seribu. Dia sudah terlewat rupanya. Shahrizal sudah ada orang ketiga. Tapi, dia tidak mahu mengalah.

‘Make him fall for you!’- Damia

Ya! Dia akan berusaha agar Shahrizal kembali menyintainya. Cuma, Husna itu bukan sembarangan wanita. Usaha Husna untuk merampas suaminya kadangkala buat Rafeeqa mahu menyerah kalah.

“Fika, you’ve lose weight.” – Shahrizal
“Berat saya masih okey lagi, Shah.” - Rafeeqa
“Mari, saya peluk.” - Shahrizal

Jika dah tak cinta, kenapa masih mengambil berat? Kalau dah tak sayang, kenapa masih ingin membelai dan dibelai?

Siapa sebenarnya yang Shahrizal pilih? Rafeeqa yang berusaha untuk berubah dan menjadi isteri yang baik? Atau Husna yang berusaha untuk merampas dan menguasai semuanya?

So, apa pendapat anda? Adakah ia kisah atau drama yang menarik? Oh ya.. ni pun adaptasi dari novel JANGAN BENCI CINTAKU. Karya penulis berbakat iaitu Emy Roberto.
spacer

Syafiq Kyle Dalam Drama Nur Untuk Samarinda Ramadan

Syafiq Kyle Dalam Drama Nur Untuk Samarinda Ramadan. Dalam bulan ramadan, banyak stesyen menyiarkan drama yang berkonsepkan pengajaran dan kebaikan. Antaranya TV3 akan menyiarkan drama Nur untuk slot samarinda ramadan mereka. Drama Nur dilakonkan oleh Syafiq Kyle dengan Amyra Rosli. 

Nur adalah arahan Shahrul Ezad Mohameddin dan mengandungi 20 episod.

Pelakon lain yang terlibat termasuklah Riena Diana, Dato Jalaludin Hassan, Fatimah Abu Bakar, Noorkhiriah, Azhan Rani, Raja Muhd Atiqullah, Zaidi Omar, Laila Nasir, Elmy Moin dan ramai lagi.

Sinopsis Drama Nur Lakonan Syafiq Kyle Dalam Samarinda Ramadan 

Syafiq Kyle Dalam Drama Nur Untuk Samarinda Ramadan

Drama Nur mengisahkan kehidupan seorang wanita yang menjadi pelacur demi menampung kehidupannya. Namun, jauh di sudut hati wanita bernama Nur itu menyimpan hasrat untuk berubah.

Mengisahkan Adam, seorang ustaz muda yang terkenal kerana ilmunya, rupa parasnya yang kacak dan merupakan anak lelaki kepada penceramah bebas yang cukup terkenal, iaitu Datuk Ayah Haji Mukhsin. Banyak tawaran pekerjaan Adam terima sekembalinya ke Malaysia. Adam bakal ditunangkan dengan Qhadeeja, seorang doktor muda, juga anak kepada seorang usahawan terkenal yang cukup rapat dengan Datuk Ayah Haji Mukhsin. Adam terpaksa bersetuju bertunang dengan Qhadeeja kerana tidak mahu menyusahkan dan menghampakan keluarganya itu. Adam sering mendapat soalan daripada pengirim misteri ketika memberi kuliah di masjid. Rupanya soalan itu datang daripada Nur, seorang pelacur yang mempunyai minat untuk mendalami agama Islam. Lama-kelamaan, mereka jatuh cinta kerana agama dan Allah SWT. Namun hubungan mereka mendapat tentangan hebat daripada keluarga dan masyarakat. Apa yang bakal berlaku seterusnya?, Apakah Nur mempunyai sinar harapan untuk hidup bersama Adam?

Saksikan drama NUR di TV3. Ambil yang baik sebagai panduan hidup dan yang buruk sebagai pengajaran dan sempadan.  
spacer

Sinopsis Drama Klik! Pengantin Musim Salju Di TV Astro

Sinopsis Drama Klik! Pengantin Musim Salju Di TV Astro. Ada drama baru yang mula bersiaran di saluran Astro. Kalau tak silap drama ni bersiaran dalam bulan Ramadan. Pelakonnya adalah Alif Sattar dengan Siti  Nordiana. Gabungan yang serasi, kan?

Drama ini adalah sebuah drama cinta, kasih sayang dan cabaran untuk diharungi sepanjang hubungan tersebut. Mana ada cinta dan kasih sayang yang tak ditiup badai..

Antara pelakon yang terlibat adalah Adam Lee, Norlia Ghani, Datin Nina Jurin, dan ramai lagi.

Sinopsis Drama Klik! Pengantin Musim Salju Di TV Astro

Dan.. ini apa yang saya jumpa dalam Goodreads tentang ulasan pembaca terhadap cerita "KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU". Adakala bila manusia ni trauma, dia akan bertindak menutup apa jua yang menjuruskan kepada perkara yang ingin dihindarkan dari pemikiran. Selagi boleh buang semua ke laut dengan harapan tidak akan hanyut balik pada dirinya. Itulah yang terjadi pada Kaseh Lateefa. Hendak orang lain panggilnya kay, berubah menjadi kasar dan ala-ala tomboy untuk menutup sejarah lampaunya yang hitam.

Disebabkan sifat 'jantan' itulah buat dia nak ditunangkan. Dia melarikan diri di waktu majlis pertunangan dan terserempak lagi dengan adam putra. Dah jumpa sebenarnya dengan adam waktu adam datang dengan karlisha di studio KLIK! kepunyaan kay. Kay memang suka pada fotografi dan peminat kamera antik!. Membantu bukan free, Adam menuntut upah.... haaa... ni bawa pada lagi satu kisah. ke jepun kita...

Penceritaan puan penulis cantik suri ryana buat pembaca melekap dengan buku. yaa... ya.... kisah cinta. Tapi pertemuan mereka sebenar bukan waktu itu. Sebenar dah bermula 10 tahun lalu, waktu itu kay nyaris dibawa lari dan dirogol. Adamlah penyelamatnya. Membantu adam menjadi isteri olok-olok kerana nenek adam nak berjumpa. Itu yang sampai ke jepun tu. Best juga sebab bawa kita yang tak pernah ke sana jalan-jalan dalam karya ini di samping kenal serba sedikit budaya jepun.

Rahsia lakonan mereka pecah. Hud dan karlisha punya angkara dengan harapan nenek akan marah tapi sebaliknya yang berlaku. haa... benda busuk hati ni memang takkan kekal. Fitnah kalau waktu tu memang rasa perit sebab tiada siapa yang percaya tapi bila terbuka kisah sebenar alangkah indah pelangi yang terpapar. Hubungan mereka memang turun naik. Dugaan, fitnah tambah pula insan dari sejarah lama kay rupanya pak cik adam. Sebuah kisah yang sedikit seperti roller coaster.

Hubungan mereka ada turun naiknya. Bagaimana pengakhiran kisah mereka? Tunggu sehingga tamat la ya..

Sinopsis Drama Klik! Pengantin Musim Salju




Novel ini karya Suri Ryana. Jadi, saya share kan sinopsis drama ini berdasarkan novel tersebut. 

Demi kesihatan neneknya, Adam Putra mengajak Kay, gadis brutal yang langsung tak feminin untuk berlakon sebagai pengantin olok-oloknya kerana tunangnya (Karlisha Zandra) membatalkan perkahwinan mereka pada saat akhir. Kay yang tidak mahu disatukan dengan Irham, mamat sewel yang menyakitkan hatinya itu bersetuju berlakon sebagai pengantin olok-olok Adam Putra dan mengikut lelaki itu ke Jepun untuk bertemu dengan nenek Adam Putra.

Musim dingin dan salju tebal di Jepun menjadi saksi cinta mereka bersemi. Dalam mengharungi hari-hari sebagai pasangan pengantin olok-olok, mereka terjebak dalam gelora cinta yang hangat membara hingga akhirnya mereka betul-betul jadi pengantin.

Asyiknya mereka menyulam cinta setelah berkahwin di bumi Jepun sehinggakan mereka tidak menyangka ada badai yang sedang menanti setelah mereka pulang ke Malaysia. Cinta mereka diuji dengan kehadiran Hud Mikael, sepupu Adam Putra yang pernah sukakan Kay dan juga bekas tunang Adam Putra iaitu Karlisha Zandra.

Berjayakah pengantin musim salju ini mempertahankan cinta suci mereka?

Nak tahu jawapannya, boleh saksikan drama tersebut di saluran Astro Ria dan HD semasa bulan Ramadan nanti. Kalau tak silap, waktu tayangannya adalah pada pukul 7 petang. 

Selamat menonton drama Klik! Pengantin Musim Salju. Dapatkan pengajaran dari cerita ini. Semoga ada manfaatnya. 
spacer

Sinopsis Drama Korea Why Secretary Kim Di TvN

Sinopsis Drama Korea Why Secretary Kim Di TvN. Kepada peminat drama korea terbaru, anda mungkin boleh saksikan drama Why Secretary Kim gandingan Park Min Young dengan Park Seo Joon. Gandingan yang segar rasanya.

Drama ini akan mula ditayangkan di tvN mulai 7 Jun 2018 pada pukul 9.45 malam.

Saya mula minat lakonan Park Seo Joon bermula daripada Hwarang dan She Was Pretty. Karektenrya yang selamba dan membawa watak dengan berkesan menjadikan beliau antara bintang korea yang saya mula ikuti drama-dramanya.

Sinopsis Drama Korea Why Secretary Kim Di TvN


Sinopsis Drama Korea Why Secretary Kim Di TvN

Drama korea Why Secretary Kim mengisahkan seorang setiausaha yang amat berbakat, mengetahui banyak rahsia tentang syarikatnya tetapi dapat bos yang ego, sombong dan sarkastik.

Setelah sekian lama bekerja, Secretary Kim mahu meletakkan jawatan.

Tajuk lain bagi drama ini adalah What's Wrong With Secretary Kim.

Keluarga Lee Young-Joon menjalankan perniagaan yang besar dan terkenal. Beliau memegang jawatan sebagai vice president syarikat. Lee seorang yang bijak, kaya dan kacak tetapi agak sombong dan berlagak.

Kim Mi-so adalah setiausahanya. 

Beliau telah lama bekerja dengan Lee dan sangat cekap. Satu hari dia mengambil keputusan untuk berhenti kerja. 

Apakah yang terjadi sebenarnya?

Mengapa Secretary Kim tiba-tiba mahu berhenti kerja di syarikat Lee Young-Joon? Apakah ada rahsia yang disembunyikan?

Untuk mengetahui kisah selanjutnya, jangan lupa saksikan drama korea Why Secretary Kim di saluran tvN mulai 7 Jun 2018, mulai pukul 9.45 malam.

Saksikan sedutan setiap episod di bawah:

Episod 1
Episod 2
Episod 3


Selamat menonton. Yang baik jadikan teladan. 

Bye!!
spacer

Drama Korea Suits Lakonan Jang Dong Gun 2018

Drama Korea Suits Lakonan Jang Dong Gun 2018. Siapa yang minat pelakon legend korea selatan yang bernama Jang Dong Gun? Jika anda peminat setianya.. jom sama-sama kita tonton drama ini di saluran KBS2 mulai bulan April. Drama Suits adalah drama terbaru lakonan Jang Dong Gun dalam tahun 2018. Dah lama tak tengok dia berlakon drama bersiri. Kali terakhir saya tonton lakonannya adalah dari drama Gentleman Dignity.

Drama Suits adalah drama berdasarkan siri televisyen US dengan tajuk yang sama. Idea asal dari Aaron Korsh. 
Drama Korea Suits Lakonan Jang Dong Gun 2018

Drama: Suits
Revised romanization: Shootseu
Hangul: 슈츠
Director: Kim Jin-Woo
Writer: Kim Jung-Min
Network: KBS2
Episodes: 16
Release Date: April 25 - June 14, 2018
Runtime: Weds. & Thurs. 22:00
Language: Korean
Country: South Korea

Sinopsis Drama Korea Suits Lakonan Jang Dong Gun 2018


Choi Kang-Seok (Jang Dong-Gun) adalah seorang peguam senior yang terkenal di salah sebuah firma guaman di Korea Selatan. Dia memiliki karisma dan penampilan yang menarik.

Dalam usaha untuk mengukuhkan jenamanya, peguam Choi telah mengambil seorang peguam yang agak ganas bernama Go Yeon-Woo untuk firma guamannya. Go Yeon-Woo (Park Hyung-Sik) adalah seorang peguam yang mempunyai memori yang sangat bagus.

Bagaimanakah gandingan mereka berdua? Adakah peguam Choi mampu mengikut rentak dan kehendak Go Yeon Woo untuk memenangi dan menyelesaikan kes pelanggan mereka?

Jangan lupa saksikan drama korea Suits di saluran KBS2.

Semoga anda semua dapat mengambil manfaat dan perkara yang baik dari drama korea yang ditonton.
spacer

Drama Rahsia Hati Perempuan Slot Megadrama Astro

Drama Rahsia Hati Perempuan Slot Megadrama Astro. Anda peminat setia Mira Filzah? Jika ya.. mari saksikan drama lakonannya dalam Rahsia Hati Perempuan bersama gandingan Hisyam Hamid, Uqasha Senrose, Fikry Ibrahim dan ramai lagi. Drama Rahsia Hati Perempuan bukanlah drama adaptasi dari novel ya.. Tajuk asal drama ni adalah "Love Is You". Drama ini akan menggantikan tayangan drama Mr Grey yang akan berakhir tak lama lagi, jadi akan ditayangkan sekitar pertengahan bulan Mei 2018.

Penggambaran drama ini banyak dilakukan di Australia sepertimana ditulis oleh Mira Filzah dalam instagramnya. Harap ada view yang cantik dan bagus-bagus, kan...

Sinopsis Drama Rahsia Hati Perempuan Slot Megadrama Astro


Drama Rahsia Hati Perempuan Slot Megadrama Astro
Sumber - forum cari

RAHSIA HATI PEREMPUAN,  Coming soon tayangan pada bulan Ramadan

Tajuk asal cerita ialah 'Love is You' tapi telah ditukar dengan tajuk baru iaitu 'Rahsia Hati Perempuan'
Hasil karya Ayumi/Ayuni Zamani. Naskah tersebut bukan dari adaptasi novel. Sementara waktu ni memang takde sinopsis.

Antara pelakon yang terlibat adalah:

Hisyam Hamid sebagai Zayn
Mira Filzah sebagai ilaina
Uqasha sebagai Arissa (Doktor)
Fikry Ibrahim sebagai Mikael (Photographer)
Datin P. Eina Azman sebagai Ayra
Mak Wan, Fauziah Ahmad Daud, Lydiawati, Neera Azizi
Pengarah: Michael Ang
Episod : 25 episod

Sedikit info mengenai watak pelakon Rahsia Hati Perempuan..

Ia adalah kisah mengenai hubungan cinta dan persahabatan. Hubungan antara Arissa dan Ilaina adalah sepupu. Mereka membesar di Australia.

Zayn yang kecewa apabila Ayra lari semasa hari pernikahan mereka telah mengajak teman baiknya Mikael bercuti ke Australia. Di sana mereka bertemu semula dengan Ilaina iaitu kawan mereka sejak kecil sewaktu di kampung dahulu.

Apakah yang akan terjadi kepada mereka? Ingatkah Mikael kepada Ilaina yang sukakannya? Atau.. tahukah Ilaina bahawa Zayn adalah orangnya yang kerap membalas surat-suratnya ketika mereka terpisah dahulu?

Drama Rahsia Hati Perempuan diterbitkan oleh Hyper Pictures Sdn.Bhd.

Selamat menonton. Semoga kita semua boleh mengambil iktibar dari drama yang ditonton.
spacer

Sinopsis Drama Halalkan Hati Yang Ku Curi Di TV3

Sinopsis Drama Halalkan Hati Yang Ku Curi. Drama adaptasi dari novel Mia Kiff dengan tajuk yang sama bakal menghiasi slot Akasia TV3 yang akan disiarkan dalam bulan ramadan ini. Novel ini terbitan Penulisan2u. Antara pelakon utama drama ini adalah Aliff Aziz dan Farah Nabila. 

Drama Halalkan hati yang ku curi mula bersiaran pada 23 Mei 2018.

Turut menjayakan drama ini ialah Shah Iskandar, Mimi Lana, Normah Damanhuri, Jasmin Hamid, Azri Iskandar, Anne Abdullah, Zulkifli Ismail.

Sinopsis Drama Halalkan Hati Yang Ku Curi Di TV3

Sinopsis Drama Halalkan Hati Yang Ku Curi Di TV3


Sinopsis dari kulit buku:


Faiq dan Delisha, pasangan suami isteri yang satu kepala sukakan kebebasan, kemewahan, dan berseronok tanpa batas. Segala nasihat yang diberi bagai mencurah air ke daun keladi. Merajuk ditegur keluarga, natijahnya mereka lari meninggalkan rumah. Setelah sebulan, mereka pulang tetapi terkejut apabila keluarga mereka menghilang secara tiba-tiba! Banglo dijual dan syarikat keluarga bertukar hak milik kepada orang lain. Puas mereka mencari penyebabnya, namun tiada apa yang diperoleh. Keluarga tak ditemui, duit pula kian habis. Akhirnya, hendak atau tidak mereka terpaksa memulakan kehidupan dari bawah kerana tiada apa lagi yang mampu digadai. Apa sahaja kerja termasuk kerja yang mereka pandang hina suatu ketika dulu rela dilakukan demi sesuap nasi. Tak kesahlah tukang cuci ke, buruh kontrak ke, pekerja kafe hatta pengawal keselamatan sekalipun mereka sanggup.

“You tahu tak, kata Kak Joyah, I cuci tandas berganda bersih daripada cleaner sebelum ni. Bayangkan habis sebotol besar sabun dia I guna, sampai dia kata ni bukan tandas tapi kedai jual perfume.” – Delisha.

Bumi mana yang tidak ditimpa hujan, sama juga dengan hidup Faiq dan Delisha. Ujian itu pasti singgah dalam apa jua keadaan, namun mampukah mereka menempuhi ujian-ujian yang mendatang bersama? Masih ada atau tidak peluang untuk bertemu keluarga mereka yang hilang, dan apa reaksi mereka apabila melihat keadaan Faiq dan Delisha ketika itu? 

Sinopsis Drama Halalkan Hati Yang Ku Curi Di TV3

Sinopsis Drama TV3:

Sebagai pasangan yang tinggal di kota dan dibesarkan dengan kemewahan, Faiq dan Delisha hidup tanpa ada batasan agama. Pasangan suami isteri ini sama naik, tanpa mengendahkan nasihat yang diberikan oleh keluarga.

Ditegur, merajuk pula. Lalu mereka lari meninggalkan keluarga. Kononnya tidak mahu dikongkong.
Tidak lama kemudian, mereka dikejutkan dengan kehilangan ahli keluarga secara tiba-tiba. Banglo dijual dna paling teruk syarikat yang selama ini diusahakan bertukar milik kepada orang lain.

Tiada pilihan lain, faiq dan Delisha terpaksa memulakan kehidupan mereka dari bawah.

Apa sahaja pekerjaan sanggup dilakukan oleh pasangan suami isteri ini. Termasuklah sehina-hina pekerjaan yang pernah mereka caci dahulu. Segalanya sanggup dilakukan demi sesuap nasi. 

Apakah nasib yang akan menimpa mereka nanti, adakah ini semua menjadi sebab penghijrahan kehidupan mereka yang lebih baik. 

Semoga ada hikmah yang menanti. 
spacer

Sinopsis Drama Korea Switch: Change The World

Drama Korea Switch: Change The World. Drama korea terbaru di saluran Astro 393 bermula 29/3/2018 mulai pukul 8.10 malam, adalah drama SWITCH. Lakonan pelakon popular korea, Jang Geun Suk.

Jang Geun Suk akan memainkan dua watak iaitu sebagai Sa Do Chan dan Baek Joon Soo. Pelakon lain adalah Han Ye Ri sebagai Oh Ha Ra dan Jung Woong In sebagai Geum Tae Woong.

Drama Switch - Change The World disiarkan setiap khamis dan Jumaat, pukul 8.10 malam. Dalam setiap siaran ada 2 episod sekaligus.

Sinopsis Drama Korea Switch: Change The World


Drama Korea Switch: Change The World

Drama Switch mengisahkan tentang seorang pendakwa dan penipu/ penyamar yang bertukar tugas untuk membantu menyelesaikan masalah masing-masing. Ada perkara yang penipu itu boleh buat dalam perkara yang seorang pendakwa tak boleh buat kerana terikat dengan etika kerja mereka.

Sa Do Chan adalah seorang penipu. Dia seorang yang bijak dan pintar dan boleh menduduki peperiksaan sebagai pendakwaraya, tetapi telah gagal. Geram dan benci dengan pelbagai kerenah birokrasi dan double standard daripada pendakwa-pendakwa lain, beliau telah mengambil tawaran melakukan jenayah bagi pihak mereka.

Bagaimanakah akhirnya kisah Sa Do Chan itu? Adakah dia akan insaf dan menjadi pendakwa yang sebenar? Atau, dia akan terperangkap dengan jenayah yang dilakukannya itu?

Selamat menonton.

spacer