Menu
Oh! MyKarya!

Kerana engkau memperlakukan aku begitu, kerana engkau tak pernah endah akan lukaku.. maka takkan aku biarkan engkau menjamah walau sekadar bayangku.

Kerana engkau begitu tegar melapah hati yang lelah, takkan aku biarkan engkau dikasihani lagi. Berjalanlah atas rasa egomu. Satu masa ia pasti akan memakanmu kembali!

Tak perlu waktumu untuk kembali.

Zalimnya kamu! ; katamu.

Tak pernahkah kamu sekasar itu padaku? Itu kan biasa bagimu..

Tak Perlu Waktu Kembali

Aku hanya melemparkan apa yang pernah terjadi. Kau yang mengajarkan. Aku ikuti langkah yang kau tinggalkan. Tapak-tapak penuh dusta. Tapi aku tak akan jadikan ia laluan untukku pula!

Dah tahu salah, kenapa perlu ikut? Itukan bodoh!!

Cebisan sinis aku pamer. Biar kau tahu, aku tak sebodoh kamu. Berjalan atas hamparan noda tanpa malu.

Biarlah!

Engkau pasti akan terduduk bila DIA memanggilmu dalam gelap.

Jika itu engkau punya kehendak.

Yang kurang egonya,
Akulah itu.





Kerana engkau memperlakukan aku begitu, kerana engkau tak pernah endah akan lukaku.. maka takkan aku biarkan engkau menjamah walau sekadar b...
aynorablogs Mar 28, 2019
Oh! MyKarya!

Drama Korea Doctor Prisoner. Sebuah drama korea lagi, terbaru di saluran KBS Astro 391/ 392. Drama ini ditayangkan setiap hari Khamis & Jumaat di Malaysia. Tetapi kalau di Korea tayangannya sehari awal iaitu rabu dan khamis. Cerita ini seronok ditonton kerana tema utamanya menceritakan tentang seorang doktor yang pakar dalam merawat pesakitnya. Senang cerita seorang doktor pakar bedah yang bijak menebak masalah pesakitnya. Lagi satu, seorang doktor yang amat suka membantu orang-orang susah walau dia tak kenal sang pesakit. Na In-je, doktor yang guna gajinya sendiri untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan.

Pelakon hebat yang menjayakan Doctor Prisoner adalah Nam Goong Min sebagai Na Yi Je, Nara sebagai Han So Geum, Kim Byung Chul sebagai Sun Min Shik dan ramai lagi.

Sinopsis Drama Korea Doctor Prisoner


Drama Korea Doctor Prisoners
Doctor Prisoner

Na yi Je adalah seorang doktor pakar bedah di sebuah hospital. Namun dia telah diberhentikan angkara insiden sebuah kemalangan yang menyebabkan seorang anak pemilik hospital tercedera. Dalam kemalangan tersebut pasangan suami isteri meninggal dunia disebabkan kerenah anak pemilik hospital itu.

Setelah diberhentikan, Na yi je ingin membalas dendam dengan menjadi doktor di penjara. Kerana anak pemilik Taegang Group yang memang menjadi targetnya.. akan dimasukkan ke penjara.

Drama ini bergenre perubatan dan mempunyai 40 episodes, setiap tayangan dibuat 2 episod sekaligus. Di tayangkan di saluran KBS 391/ 392. Pada setiap malam khamis dan jumaat.

Sinopsis Episod 1 - Episod 4


Dalam episod awal ditunjukkan kehidupan doktor Na Yi Je yang disayangi ramai kerana kehebatannya sebagai doktor pakar bedah. Na Yi Je suka membantu golongan yang kurang berupaya, yang tak mampu.

Beliau bertugas di hospital Taegang.

Beliau juga bertanggungjawab mengajar seorang pesalah di penjara untuk membolehkannya keluar dari penjara dengan diaognasis yang betul. Iaitu menjadikan diri sakit agar dapat keluar dari penjara.

Sebagai pertukaran, Dr Na meminta bekerja sebagai ketua perubatan di penjara, Southern Seoul Prison.

Ini adalah kerana Dr Na mahu membalas dendam kepada Lee Jae Wan iaitu anak lelaki CEO Taegang Group yang dimasukkan ke penjara tersebut kerana kesalahan jenayah.

Dalam perjalanan ke penjara kenderaan yang membawa Lee Jae Wan telah terbalik. Jae Wan berjaya keluar tetapi telah dibawa oleh Dr Na dan konconya ke Heaun Hospital.

Dalam keadaan genting, Dr Na telah menyelamatkan Jae Hwan atas kebenaran abang tirinya.

Ibu Jae Wan mengamuk namun terpaksa mengalah demi keselamatan anaknya.

Bagaimana episod seterusnya? Apa akan jadi kepada Dr Na yang telah hadir dalam interview sebagai calon ketua perubatan penjara yang baru?

Selamat menonton drama perubatan dan balas dendam yang hebat ini.

Drama Korea Doctor Prisoner. Sebuah drama korea lagi, terbaru di saluran KBS Astro 391/ 392. Drama ini ditayangkan setiap hari Khamis &...
aynorablogs Mar 27, 2019
Oh! MyKarya!

Drama Nur 2 Slot Samarinda TV3. Saksikan lagi sekali drama hebat ini. Jalan ceritanya yang rapat sekali dengan tema kehidupan kita semua. Umpama menayangkan semula kehidupan harian dari segelintir kita yang selama ini tak ramai berani membukanya secara terang- terangan.

Drama Nur kembali lagi. Ya!! Kali ini dengan judul Nur 2. Bersiaran menerusi slot samarinda mulai 02 April 2019 akan datang. Pelakon masih gandingan Syafiq Kyle dan Amyra Rosli. Watak Juita dihidupkan untuk meruntuhkan kebahagiaan Ustaz Adam dan Nur. Juita lakonan Azar Azmi.

Drama Nur 2 menyaksikan kemunculan pelakon asalnya seperti Amyra Rosli, Syafiq Kyle, Raja Atiq, Fatimah Abu Bakar, Datuk Jalaluddin Hassan, Noorkhiriah dan Azhan Rani.


Jom kita tengok sikit sinopsisnya. Drama yang bakal menggegar malam anda dengan paparan kisah kehidupan yang sarat pengajaran.

Drama Nur 2 Slot Samarinda TV3 Dan Sinopsisnya


Sinopsis Drama Nur 2 Slot Samarinda


Nur 2 (2019) ialah sebuah drama televisyen yang bersifat Islamik dan sarat dengan pengajaran. Drama ini menfokuskan tentang perbezaan kehidupan masyarakat yang dilabel sebagai golongan 'pendosa' dan juga golongan 'beriman' daripada perspektif masyarakat sekeliling.

Antara watak penting yang kita nantikan perubahannya adalah Kak Aisyah dan suaminya Hamadi. Adakah Aisyah masih membuta tuli setia dan taat kepada suaminya. Adakah Hamadi masih lagi belum bertaubat dan masih menipu duit masjid di belakang isteri dan bapa mertuanya?

Dalam drama Nur 2, ada watak baru bernama Juita yang dilakonkan oleh Azar Azmi. Ia adalah watak sampingan antagonis yang bakal menjadi dalang dalam rumahtangga Nur dan Ustaz Adam.

Juita adalah seorang yang tidak dapat dijangka tindakannya. Apakah yang akan dilakukan untuk meruntuhkan mahligai Nur?

Pelakon, Azar Azmi, mengaku gementar apabila dipilih menjayakan watak antagonis bernama Juita dalam drama rantaian, Nur 2. Kehadiran watak berkenaan dijangka menambahkan lagi konflik dalam drama yang pernah mencipta fenomena apabila ia ditayangkan menerusi TV3 dulu.

Pengarah Shahrulezad Mohamideen, dan bakal ditayangkan di TV3 mulai 2 April 2019. Drama OST adalah bertajuk Bimbang nyanyian Marsha Milan.

Semoga kita semua mendapat manfaat daripada drama yang ditayangkan.


Drama Nur 2 Slot Samarinda TV3 . Saksikan lagi sekali drama hebat ini. Jalan ceritanya yang rapat sekali dengan tema kehidupan kita semua. U...
aynorablogs
Oh! MyKarya!

Hari Ini Yang Lebih Indah. Walau asalnya lelah. Semua orang mengimpikan hari yang dilalui melalui fasa yang baik-baik saja. Jika semalam muram, biarlah hari ini lebih ceria. Jika semalam bergenang airmata, hari ini ada tawa ria hendaknya. Apalah ertinya hidup jika selalu dalam nestapa?

Begitulah harapan baru setiap insan. Mengharap ada mentari bersinar setelah gerimis mengundang. Sambil berdoa moga TUHAN ada belas kasihan pada sang kerdil ini.

Tuhan, bimbinglah lisan kami sehingga tidak keluar dari lisan ini kecuali keteduhan, kebijakan dan kebenaran yang menegakkan kebenaran. Tuhan, bimbinglah telinga ini hanya mndengar kebaikan. Jangan biarkan pendengaran ini dicemari tipu daya yang melenakan.


Lebih baik dari semalam. Bukankah itu juga indah? Perasaan dihargai itu yang sukar ditafsirkan. Kehadiran diri yang serba kurang masih diterima baik, itu kan buat kita bahagia.
Ya Allah, kasih sayangMu yg kami harapkan, jagalah kami & perbaikilah semua urusan kami, Tiada Tuhan selain Engkau.
Mana hidup yang damai selamanya. Setiap hari, entah esok atau lusa...akan ada gelombang-gelombang kecil dan besar yang menghempas. Membuatkan kita terpaksa berhempas pulas untuk hidup. Seribu tahun lagi, insyaa Allah.

Jadikan hari ini lebih indah, ya ALLAH...

Hari Ini Yang Lebih Indah . Walau asalnya lelah. Semua orang mengimpikan hari yang dilalui melalui fasa yang baik-baik saja. Jika semalam m...
aynorablogs Feb 18, 2019
Oh! MyKarya!

Petang jam 6:15. Hujan turun lebat. Satu satu titik hujan menimpa bumbung kereta. Bunyinya yang kasar menandakan hujan amat deras. Penglihatan mata jadi terhad. Langkah panduan kereta jadi macam kura-kura. Mencabar sungguh!

Fikirkan yang lebih indah.

Hujan ini ujian. Kesesakan ini dugaan. Sesiapa yang sabar, indahnya dunia umat itu. Dapat pahala. Sesungguhnya mereka yang sabar dan redha itu adalah golongan yang beruntung.


Kesesakan Belajar Sabar


Dalam kesesakan, ucapkanlah:

Astaghfirullah
Astaghfirullah
Astaghfirullah

Sabarnya dia. Indahnya.

Belajar sabar dalam kesesakan. Hujan yang mencurah bagai berzikir kepada Sang Penciptanya. Entah bila mahu reda. Kita pun kena belajar lagi. Redha. Akhiran yang indah juga. Lebih indah bila dalam menanti hujan kita dikurnia balasan yang baik.

Coretan dalam jammed:
Malaysia




Petang jam 6:15. Hujan turun lebat. Satu satu titik hujan menimpa bumbung kereta. Bunyinya yang kasar menandakan hujan amat deras. Penglihat...
aynorablogs
Oh! MyKarya!

Ruang yang luas pun tak jumpa. Apatah yang sempit sampai jalan berlanggar bahu. Toleh sana sini situ, hampa jawabnya.

"Waktu siang tadi kenapa tak cakap? Dah malam pekat baru nak kecoh.."

Dia diam. Membontot ke mana kaki melilau dalam shopping complex tu.

"Nak terberak baru nak buat jamban!"

Eh! Apa aku meraban. Haha.. LELAH!

Dia tahu dia salah. Buat muka seposen pulak. Baby facenya buat aku tak jadi marah.

"Saya lupa, itu pun nak marah saya. Saya pun manusia biasa. Tak lari dari sifat lupa."

Lupa marah bila dia berkata sinis. Usia setahun jagung tapi kata-kata macam orang tua.

Akui diri. Kita memang tak sempurna. Tak perfect!

Kesempurnaan itu hanya milik Allah. Bukan kita, bukan awak atau dia. Kita Hamba. Tak payahlah nak mendabik. 

Ruang yang luas
Pic: Google

Ruang yang luas pun tak jumpa. Apatah yang sempit sampai jalan berlanggar bahu. Toleh sana sini situ, hampa jawabnya. "Waktu siang ta...
aynorablogs
Oh! MyKarya!

"Kenapa lembap sangat trafik ni. Mesti ada accident!"

Aku terjenguk-jenguk dari cermin sisi pemandu. Macam hilang sabar. Kalau selalu macam ni lelah jadinya.

"Kereta banyak kut. Orang balik kerja."

Dia di sebelah mata lekat pada game di handphone.

"Kalau tak sabar ni, dah lama kena hon."

Kiri kanan jalan ada kenderaan parking. Sejuk air-cond dah tak rasa.

Dia tak membalas. Malas berbalas kata agaknya.

"Orang kata sabar separuh dari iman. Kalau tak sabar, tak kuat iman lah tu.."

Eh! Dia sindir pulak.

Arghh! Ada orang kahwin rupanya. Patutlah jem..

Penat!
Sabar separuh iman
Kredit Google

"Kenapa lembap sangat trafik ni. Mesti ada accident!" Aku terjenguk-jenguk dari cermin sisi pemandu. Macam hilang sabar. Kalau s...
aynorablogs Feb 16, 2019
Oh! MyKarya!

"Apa yang dikeluhkan tu?"


Aku mencebik. Dia mengalih wajah ke depan. Kemesraan sepasang manusia, lelaki perempuan.. 

"You tak perlu marah pada orang yang suka pamer kebahagiaan. Mungkin dia tak cukup bahagia sehingga perlukan orang lain untuk mengakui bagi pihaknya.."

Dia pandang aku dalam-dalam sambil melepaskan asap rokoknya. 


Aku melepaskan keluh. Lagi sekali.

"Apa lagi yang tak puas hati? Yang terpendam?"

"Penat!"

Full stop!

"Apa yang dikeluhkan tu?" Aku mencebik. Dia mengalih wajah ke depan. Kemesraan sepasang manusia, lelaki perempuan..  "...
aynorablogs
Oh! MyKarya!

Drama Korea Touch Your Heart Lakonan Lee Dong Wok. Dah lama tak buat entry pasal drama korea. Korang ingat saya dah tak tonton drama korea lagi ke? Ada.. cuma tak cukup kaki dan tangan berkejaran mengejar masa yang terhad..

Pelakon yang terlibat dalam Touch Your Heart adalah.. Lee Dong Wok sebagai Kwon Jung Rok, Yoo-In Na sebagai Oh Yeon Soo, Shin Dong-Wook yang berperanan sebagai Kim Se-Won, Shim Hyung-Tak sebagai Choi Yoon-Hyuk, Lee Joon-Hyuk sebagai Yeon Joon-Seok dan ramai lagi.

Drama Korea Touch Your Heart Di TVN Lakonan Lee Dong Wok

Drama Korea Touch Your Heart Lakonan Lee Dong Wok


Ketika artikel ini ditulis  dah nak masuk episod 3 saya menonton drama Touch Your Heart ni. Agak menarik, jalan ceritanya agak pantas. Tak ambil masa lama untuk hero nak ngam dengan heroin. Masa mula lawyer Kwon tu dingin sangat, masuk episod ke 2, dah boleh ngam dengan sekretarinya yang bernama Oh Yeon Soo. Hehe..

Ni sinopsis drama Touch Your Heart..

Drama Touch Your Heart ini diadaptasi dari seri web novel popular dengan tajuk “Jinsimi Dadda”, yang ditulis oleh Yegeo.

Drama ini menceritakan tentang kisah seorang artis terkenal yang kehilangan segalanya sejak adanya skandal percintaannya. Dia kini tidak memiliki pilihan selain mencari pekerjaan baru sebagai secretary dari seorang peguam yang terkenal tetapi agak dingin orangnya.

Drama ini bergenre romantik dan diarahkan oleh Park Joon Hwa, yang dikenali juga dalam pengarahan siri drama korea 'Lets Eat season 1 dan 2', 'Lets Fight Ghost,', 'What's Wrong With Secretary Kim?', dan banyak lagi.

Dalam drama ini Lee Dong Wook akan berperanan sebagai Kwon Jung Rok, iaitu watak utama lelaki dan akan menjadi seorang peguam yang handal dan terkenal. Ditemani oleh artis cantik yang juga tak kalah popularnya, iaitu Yoo In Na. Tentu drama kali ini akan menjadi drama Korea yang ditunggu-tunggu penggemar drama korea. Yoo In Na akan menjadi pemegang utama wanita sebagai Oh Yoon Seo.

Apakah Oh Yoon Seo berjaya melepasi dugaan dan demi dugaan sepanjang bekerja selama 3 bulan di firma guaman tempat Kwon Jung Rok bekerja? Adakah hubungan antara bos dan sekretari itu akan membawa mereka kepada satu tahap yang lebih rapat dan serasi?

Jom saksikan drama menarik ini, Touch Your Heart".

Teaser 1
Teaser 2

Drama Korea Touch Your Heart Lakonan Lee Dong Wok. Dah lama tak buat entry pasal drama korea. Korang ingat saya dah tak tonton drama korea ...
aynorablogs Feb 15, 2019
Oh! MyKarya!

Drama Kan Ku Kejar Cinta Kamu Dan Sinopsis. Drama melayu kini makin jadi pilihan tontonan rakyat malaysia kerana jalan cerita yang mungkin agak kena mengena dengan style hidup masa kini. Saya pun tak pandai nak komen banyak kerana saya juga hanya mengikuti siaran drama samada di Tv percuma atau berbayar dengan niat sekadar bersantai bersama famili.

Sedikit info tentang drama Kan Ku Kejar Cinta Kamu:

Pelakon utama : Amyra Rosli & Fendy Bakri, Delimawati, dan ramai lagi
Pengarah : Yusry Abd Halim
Terbitan : Global Station Sdn Bhd
Adaptasi Novel : Fauziah Ashaari

Drama Kan Ku Kejar Cinta Kamu Dan Sinopsis

Drama Kan Ku Kejar Cinta Kamu Dan Sinopsis


Sinopsis Drama Kan Ku Kejar Cinta Kamu 

Baca sinopsisnya yang saya ambil dari IG KKCK.

Drama Kan Ku Kejar Cinta Kamu Dan Sinopsis

Bila direnung sinopsis seciput di atas.. nampaknya hubungan Raiyan dan Alma tidak seperti yang disangka.. semudah ABC. Hubungan mereka penuh ranjau walau ketika bertemu di luar negara dulu, semuanya indah belaka.

Alma cuba merebut kembali suaminya yang seakan lupa akan kewujudannya akibat kemalangan yang menimpa.

Dapatkah Alma mengenepikan garangnya Nek Bonda dan egonya Datuk Raqib?? Apakah dua buah keluarga yang berseteru akan dapat bertaut kembali dengan kedegilan Alma?  Semuanya akan terjawab dalam drama KKCK.

Gambar-gambar dari IG Kan Ku Kejar Cinta Kamu:


Drama Kan Ku Kejar Cinta Kamu Dan Sinopsis


Persahabatan Alma dengan kawan baiknya yang sentiasa ada ketika susah dan senang.

Drama Kan Ku Kejar Cinta Kamu Dan Sinopsis

Fendy Bakri sebagai Mukramin Raiyan dalam drama Kan Ku Kejar Cinta Kamu (KKCK).

Selamat menonton drama melayu kita. Semoga novel tulisan Fauziah Ashaari yang di jadikan drama akan dapat memberikan kita pedoman dan manfaat berguna dalam menempuhi kehidupan yang amat mencabar pada masa sekarang.

Drama Kan Ku Kejar Cinta Kamu Dan Sinopsis . Drama melayu kini makin jadi pilihan tontonan rakyat malaysia kerana jalan cerita yang mungkin ...
aynorablogs Dec 2, 2018