Menu
Oh! MyKarya!

Segmen : Jom Skodeng Bersama Ikaa Dan Farah

Salam sejahtera kepada pembaca yang tercinta,
dengan Bismillah..

Maafkan saya...
Saya bukan nak membuka bicara tentang e-novel dan segala cerita di dalam mykarya ini, tetapi saya sedang dalam 'lost'...semua idea yang telah terjana di dalam minda hilang dan samar2 belaka...jadi demi tak membiarkan blog ini kosong dan sepi, saya sertai satu segmen iaitu, 'Segmen : Jom Skodeng Bersama Ikaa and Farah'. Diharap melalui ruangan ini saya dapat menambah kenalan dan pembaca untuk karya2 saya.

Okey, sesiapa yang nak join boleh klik pada banner di bawah.





Syaratnya senang aje, korang kena follow blog Farah and Ikaa , jadi secara automatik kita boleh joint segmen ini, kan?? Dan saya nak tag 3 kawan blogger berikut:

aliss,
nancy anisa,
princess ryanna


Saya harap u all tak marah sebab dari awal saya dah kata,
memori tinggal samar2,
saya kena catat balik apa yang telah saya mulakan,
but don't worry, dalam masa terdekat akan ada sesuatu yang saya hadiahkan untuk korang!

Stay cool by my side, ok...
aynora nur
mykarya.net

Salam sejahtera kepada pembaca yang tercinta, dengan Bismillah.. Maafkan saya... Saya bukan nak membuka bicara tentang e-novel dan segal...
Unknown Mar 30, 2012
Oh! MyKarya!

Puisi : Seorang Perantau Yang Sepi





salju yang gugur mengusap dedaun masa
lambaian pepohon maple melenyap basah hati
rindu pada laman berbau daun senduduk
tempat melempar lelah dan amarah
pada nyanyian alam
pudar rentaknya ditelan gerhana waktu

melangkah pada tanah tiada warna
dengan ruang angkasa pun
tidak timbul mentari siang
duduk pada satu singgahan
rapuh dihempap batu-batu kenangan
ingatan tak lari dari hati insan

bahu berlanggar bahu
sebut satu pun tidak mahu
melambai pohon-pohon maple
sendiri tidak berganjak
kerana warna kuning emasmu
menyebut kelopak rindu
pada ibu yang jauhnya berbatu-batu...

dingin kasihmu
membeku seluruh jejak
hilang arah seluruh maya pun sepi
memandang pada tembok melukis silam indah
hanya tingagl buih-buih angin
membawa kenangan ikut pergi
pada hati seorang perantau
sesepi kembara nan kosong.


aynora nur

salju yang gugur mengusap dedaun masa lambaian pepohon maple melenyap basah hati rindu pada laman berbau daun senduduk tempat melempar l...
Unknown Mar 16, 2012
Oh! MyKarya!

Berjuta Warna Pelangi ~ Iris Ixora


Harga Asal: RM21.00
Harga Tawaran : RM15.00
Muka Surat :
Terbitan : Alaf 21 Sdn Bhd
Status : Elok (10/10)

Sinopsis dibelakang kulit buku:

ANDREA menjadi yatim piatu dek musibah yang tidak terduga. Dia diambil sebagai anak angkat oleh sebuah keluarga kaya. Dia terpaksa akur pada nasib yang menimpanya. Berbekalkan semangat yang kental, dia berjaya ke Dublin untuk mengejar cita-citanya sebagai doktor. Namun dalam mengejar cita-cita, dia dikejar oleh cinta yang tidak diundang. Ketika berada di persimpangan antara cita-cita dan cinta, dia terpaksa memilih cinta. Andi amat mencintainya. Tepatkah pilihannya itu sedangkan Ricky sentiasa menggamit memori lama?

Ricky nekad untuk menjejaki Andrea kerana amat merindui gadis itu. Namun usahanya sia-sia. Dia pulang dalam kehampaan. Malang sekali, kepulangannya menjadikan dia lelaki tempang dan menderita sakit mental. Kenapakah begitu berat hukuman yang diterimanya hanya kerana menyimpan cinta terhadap Andrea?

Yuli pula menyimpan perasaan benci dan cemburu terhadap Andrea semenjak gadis itu dipelihara oleh papanya. Dia menuntut Andrea ganti rugi segala perbelanjaan yang dikeluarkan bagi membiayai pengajiannya dan juga atas kematian papanya. Ganti rugi itu adalah anak perempuan dan suami Andrea.

Sanggupkah Andrea melepaskan suaminya, Andi yang juga bekas kekasih Yuli dan anak mereka?

Harga Asal: RM21.00 Harga Tawaran : RM15.00 Muka Surat : Terbitan : Alaf 21 Sdn Bhd Status : Elok (10/10) Sinopsis dibelakang kulit buku: AN...
aynorablogs Mar 5, 2012
Oh! MyKarya!

Kupujuk Hati ~ Zuri Yanie


Harga Asal: RM19.90
Harga Tawaran: RM14.00 (free postage)
Terbitan: Alaf 21 Sdn Bhd
Mukasurat: 496 m/s
Status: Elok (10/10)

Sinopsis dibelakang kulit buku:

BERPERWATAKAN lelaki itulah keselesaan yang ada pada gadis bernama Ain Haryani. Itu dulu, tetapi sekarang tidak lagi. Dia rupa-rupanya sedang diintai. Dalam diam, neneknya mahu menjodohkannya dengan sepupu sendiri bernama Dr. Adam Amri.

Ain suka, tetapi dia takut untuk bercinta dengan Amri. Namun, melihat keprihatinan dan tanggungjawab Amri terhadapnya, sedikit demi sedikit dia cuba memberikan cintanya kepada lelaki itu. Lalu, tali pertunangan diikat. Menjadi tunangan orang ada sahaja dugaannya. Kehadiran Dani menggugat kelelakian Amri. Perasaan cemburu melihat Dani bermesra dengan Ain merobek hatinya. Walau Ain menafikan dan menegaskan hubungan mereka atas urusan kerja, namun Amri sukar mempercayainya. Melayari alam perkahwinan pun ada ujiannya. Ada sahaja yang tidak kena. Haluan Ain ke kiri dan Amri pula memilih haluan ke kanan. Kehadiran Dr. Sufi merebut cinta Amri menyesakkan fikiran Ain. Ain harus pujuk hatinya sendiri. Perlukah dia meninggalkann Amri bagi memberi peluang kepada Dr. Sufi ? Namun, kasihan anak yang dikandung ini. Amri seolah-olah lupa tanggungjawabnya!

Harga Asal: RM19.90 Harga Tawaran: RM14.00 (free postage) Terbitan: Alaf 21 Sdn Bhd Mukasurat: 496 m/s Status: Elok (10/10) Sinopsis dibela...
aynorablogs
Oh! MyKarya!

...Dan Cinta Pun Tersenyum ~ Nora Ismail



Harga Asal: RM23.90
Harga Tawaran: RM17.00 (free postage)
Terbitan: NB Kara S/B
Mukasurat: 636 m/s
Status: Elok (10/10)

Sinopsis:

Kisah cinta antara pemuda Indonesia (Ervan)yang beribukan orang Malaysia dan gadis pingitan (Surihani) di sebuah pulau yang bernama Pulau Besar, di daerah Mesring, Johor.

Saya membaca kisah ini banyak kali kerana pada awal penceritaan, penulis banyak menggunakan bahasa Indonesia pasar yang mana banyak perkataan singkat yang digunakan. Disebabkan kita kurang biasa dengan bahasa Indonesia pasar, maka sebab itulah saya membacanya berhati-hati agar dapat faham maksud yang mahu disampaikan.

Namun begitu yang saya suka ialah sikap dan semangat positif yang ditunjukkan oleh Surihani. Walaupun beliau mempunyai kelulusan yang tinggi, tetapi sanggup balik kampung demi menaikkan taraf hidup orang kampungnya.

Buku ini mengandungi kisah sedih, gembira, kelakar dan juga gambaran suasana resort yang agak terperinci yang boleh diambil sebagai bahan informasi untuk diri sendiri dan juga orang sekitar kita.

Harga Asal: RM23.90 Harga Tawaran: RM17.00 ( free postage ) Terbitan: NB Kara S/B Mukasurat: 636 m/s Status: Elok (10/10) Sinopsis: Kisah ci...
aynorablogs
Oh! MyKarya!

Buku-Buku Terpakai Untuk Dijual





Salam blogger 1Malaysia,
dan juga selamat membaca my dear readers...

Saya ada perkhabaran yang menarik yang nak dikongsikan dengan you'alls. Bukan soal nak buat entri baru untuk sambung novel yang tergendala (sedang diusahakan...), tetapi soal buku2 terpakai yang ada dalam koleksi saya. Kebanyakan buku-buku tersebut kelihatan masih amat baru tetapi saya let it go (jual) pada harga yang berpatutan.

1. Ku Pujuk Hati
2. Sesuci Kasih Seorang Isteri
3. ...Dan Cinta Pun Tersenyum
4. Berjuta Warna Pelangi
5. Yang Sebenarnya
6. Andai Kau Jodohku

Buat sementara ini, buku-buku di atas yang sempat saya update kat blog ini, next time maybe ada lagi buku yang akan saya masukkan. Pada sesiapa yang berminat sila terus ke blog ini.

Semoga korang semua happy, ok.

Ikhlas,
aynora nur

Salam blogger 1Malaysia, dan juga selamat membaca my dear readers... Saya ada perkhabaran yang menarik yang nak dikongsikan dengan ...
Unknown Mar 3, 2012
Oh! MyKarya!

Puisi : Persoalan Dalam Hati















sewaktu terlihat matamu berkaca
detik dalam dada tumbuh benih tanya
apakah getar bahagia
yang kau layari
dilambung ombak kehancuran?

teman
lewat masa semusim ini
bibir merahmu kerap melagukan
betapa si penyesalan datang bertandang
sedangkan dulu-dulunya
dia adalah pilihan
dialah harapan dan intan

kau ratapi perhubungan itu
bukan kerana derita yang singgah
harusnya dari dahulu kala
kau bijak memilih
antara dua persoalan
persimpangan kasih dan kasihan yang kabur

kata pujangga bijak laksana
"jika takut dilambung ombak,
jangan berumah ditepian pantai"

kau tunduk bisu
resah menatap mata tanyaku
lalu apakah kini kau nekad
meninggalkan sesuatu yang telah kau mulakan?

dalam minda nan terbelenggu
redalah apa yang kau hadapi
tabahlah hati, wahai kawanku!

terkadang aku sendiri
diambang keliru sepertimu
seperti apa nanti
akhirnya sebuah perjalanan yang kabur
pada permulaan yang tidak tahu akhirnya...

sewaktu terlihat matamu berkaca detik dalam dada tumbuh benih tanya apakah getar bahagia yang kau layari dilambung ombak kehan...
Unknown Mar 1, 2012