Salam lebaran,
Selamat membaca kepada para pembaca sekalian,
Bertemu kembali dengan para peminat novel. Kali ini saya ingin membuat review tentang sebuah novel Indonesia.

Novel yang memakai kata tagline, ‘Sebuah Perjuangan Menepis Luka, Menapaki Sebuah Cita-cita dan Cinta’ adalah sebuah novel islamik terbitan PTS Lintera Utama Utama. Novel ini ditulis oleh Ali Imron El Shirazy. Ali Imron El Shirazy lahir di Semarang pada 14 Januari 1985. Beliau lebih suka dipanggil Kangali, seperti panggilan oleh keluarganya. Anak keempat Haji Saerozi Noor dan Hajah Siti Rodliyah ini mendalami sastera Inggeris di universiti Negeri Semarang. Karya yang pernah diterbitkan adalah Bismillah dan Ini Tentang Cinta.
Buku ini dijual pada harga RM19.00 di kedai buku MPH seluruh
negara. Ketika saya membelek naskhah ini, saya tertarik dengan gambar kulit
buku yang berlatarbelakangkan bunga (mungkin bunga sakura?) berwarna pink.
Biasalah, perempuan mudah sangat jatuh cinta dengan warna pink. Kemudian
tajuknya pula sangat melankolik…Dan Bidadari Pun Mencintainya. Saya tidak biasa
dengan karya2 penulis ini tetapi saya ingin tahu kisah apakah ini?
Setelah beberapa helai muka surat saya baca, saya dapati gaya penulis
ini menulis hampir sama dengan penulis buku-buku
pembangunan jiwa yang terkenal iaitu Habibur Rahman Al Shirazy terutamanya novel Ayat-Ayat Cinta. Pada
permulaan bab digambarkan tentang lima sekawan yang digelar Dono, Doni, Amir,
Aman dan Ghozali. Empat sekawan itu dan (tentunya Ghozali terkecuali) amat
nakal dan kuat mengusik.Mereka menghuni sebuah rumah sewa dan kesemuanya masih
sedang belajar di universiti. Lima sekawan inilah daripada awal hingga akhir
menjadi sahabat Ghozali ketika susah mahupun senang. Satu sifat Ghozali yang
paling ketara dan amat disenangi oleh kawan2nya adalah sifatnya yang pemurah.
Tetapi dalam ketawa dan usik mengusik itu, mereka hairan
mengapakah Ghozali tidak melayani salam perkenalan daripada wanita-wanita yang
memujanya. Ini menimbulkan tanda tanya yang banyak dari rakan-rakaanya itu dan
juga orang sekelilingnya. Daripada persoalan inilah penulis membawa pengalaman
pembaca kepada kisah silam Ghozali, gaya hidupnya yang bebas dan songsang hinggakan
Ghozali merasakan dirinya paling kotor. Disebabkan dihantui kisah silamlah,
malam Ghozali digenangi air mata penyesalan.
Bagaimanakah kesudahan novel ini? Tentu sudah ramai yang
membacanya. Mungkin agak klise tetapi itulah yang peminat novel suka. Akhirnya
Ghozali dapat menyelesaikan ‘hutangnya yang tertangguh’ terhadap seseorang dan
bertemu semula dengan Pelanginya….
Penggunaan ayat-ayat yang ringkas dan tidak berbelit-belit.
Pada mulanya saya mengharapkan lebih banyak tafsiran ayat al-Quran yang
dikaitkan dengan jalan cerita, tetapi tidak dalam novel ini. Namun begitu saya
cemburu dengan kebolehan penulis ini yang mengadaptasikan kehidupan berpaksikan
islamik di dalam novelnya. Tahniah!
Sinopsis Belakang
buku;
Tidak ada yang tahu, mengapa Abdurrachman Ghozali
seolah-olah tidak pernah tertarik pada makhluk bernama perempuan. Berkali-kali
kaum perempuan, baik teman sekampus mahupun di luar kampus cuba memikat beliau.
Namun dia bergeming.
Ghozali memang terkenal sebagai seorang lelaki yang alim,
pintar dan tampan. Adakah susuk alimnya itu yang menjadi benteng kepada dirinya
daripada menerima cinta setiap perempuan yang datang? Beliau juga memilih
menepis perasaan cinta seorang anak kiai yang datang tanpa pernah beliau duga,
meskipun sigadis juga seorang yang warak.
Pandang ke depan dengan optimis,
biarpun kisah semalam umpama beban yang tak pernah surut,
aynora nur
Post a Comment
TINGGALKAN KOMEN ANDA: