Menu
Oh! MyKarya!

Jom join Segmen Blogwalking Jejari Runcing

Jom join Segmen Blogwalking Jejari Runcing. Sudah lama benar saya tidak join segmen antara blogger. Bukannya tidak berminat, tetapi kadang-kadang segmen atau giveaway tersebut memerlukan banyak komitment. Jadi terbantutlah niat nak joint. Namun, kali ini saya terbuka pintu hati join segmen blogwalking by jejari runcing kerana syaratnya yang amat mudah. Hanya dengan satu langkah, anda telah join. Best kan...


Jom join Segmen Blogwalking Jejari Runcing 

Jika anda mahu join atau sertai segmen blogwalking ini, hanya klik pada imej di bawah.


  

Kemudian, blogger jejari runcing aka Elia akan buat link senarai yang join untuk kita semua blogwalking antara satu sama lain. 

Selamat berjaya buat semua. 

#selamat tahun baru 2016.

Jom join Segmen Blogwalking Jejari Runcing . Sudah lama benar saya tidak join segmen antara blogger. Bukannya tidak berminat, tetapi kadang-...
aynorablogs Dec 23, 2015
Oh! MyKarya!

Sesegar Nailofar Oleh Zaid Akhtar

Sesegar Nailofar Oleh Zaid Akhtar - Buku Sesegar Nailofar dihasilkan oleh seorang penulis muda yang telah lama berkecimpung dalam dunia penulisan tanahair. Iaitu sejak dari tahun 2000 lagi, setelah beliau menyertai satu kursus Novel Remaja Pesta Buku Antarabangsa Tahun 2000.

Saya belum membaca buku Sesegar Nailofar tetapi ada membaca prakata novel ini dari website Bookcafe.com.my. Namun, menurut penulisnya...novel Sesegar Nailofar banyak membawa latar cerita di Jordon, tempat beliau menuntut ilmu selama lebih kurang 4 tahun.


Sesegar Nailofar Oleh Zaid Akhtar


Format: Paperback
Saiz: 4.5" x 7.25"
ISBN-13: 978-967-411-431-2
Tarikh Terbit: 14 Jan 2015
Jumlah Muka Surat : 256
Berat (kg): 0.18




Puaskanlah hatimu dengan menyumpah-seranahku sehingga hatimu kembali tenang. Kerana setelah engkau tenang, barulah engkau akan memikirkan betapa bukan engkau seorang saja yang menderita dan sakit hati. Tapi aku juga. Dan setelah engkau tenang, barulah engkau akan menyedari betapa bukan engkau seorang saja yang merintih dan terazab dilukai. Aku juga turut sengsara!

-----

Antara pelajaran, perjuangan, dan cinta yang jauh, Iqbal meniti semuanya penuh tertib, penuh cermat. Dan sebagai lelaki, sebagai insan... yang paling menguji tentunya adalah cinta. Tiga bulan tanpa apa-apa berita, namun Iqbal masih memegang pada janji. Utusan e-mel misteri membangkitkan tanda tanya - seakan mahu mencurahkan isi hati - siapa sebenarnya Nailofar?


Cuba baca intro buku ini yang setebal 256 muka surat, kata-kata yang digarap indah dan menarik hati kita untuk terus membacanya. Mendapatkannya dengan segera!!

 RM18-00

 


 



Selamat membaca...

Sesegar Nailofar Oleh Zaid Akhtar - Buku Sesegar Nailofar dihasilkan oleh seorang penulis muda yang telah lama berkecimpung dalam dunia pe...
aynorablogs Dec 22, 2015
Oh! MyKarya!

Tidak Ternilai

Siapa menjangka. Dia adalah orangnya. Dia dengan wajah manis. Senyuman tidak pernah lekang dari bibirnya. Dia yang suka bercanda. Mesra menegur kami, walau dalam kesibukannya.

Dalam kekangan masa. Dia sempat bertegur sapa. Cukup sekadar senyuman ikhlasnya. Jiwa yang penat kembali lega.




Dia orang biasa macam kita. Dia juga tidak bergaya kaya yang boleh menutup mata orang yang materialistik sifatnya. Perniagaan itu ibadah buatnya. Sambil menerima dia terus memberi, itu sikapnya.


Tidak Ternilai


Nilai pemberian itu. Mungkin bukan untukmu. Juga bukan untukku. Nilai yang sedikit itu, diberikan tanpa kata, tanpa paksaan. Setiap nilai yang kecil, besar jumlahnya buat mereka yang amat perlu. Dia disitu. Tidak mengharap kilauan lensa kamera. Untuk namanya dijaja merata. Nilai baik yang dipamer, buat aku terpana. Dalam diam aku mengira. Jika nilai sekecil itu diberi setiap kali ada pelanggan memberikan Wang kecil, bagaimana pula jumlahnya jika sehari ada lebih 100 orang yang berbelanja. Bukankah nilainya mengalir tak berhenti? Nilai kebaikan yang Malaikat catatkan dalam buku amalnya. Subhanallah...

Allah tidak memandang siapa yang menghulurkan bahagian dari hartanya sebaliknya Dia melihat nilai keikhlasan yang ada dalam hati setiap manusia.

Memberi itu lebih baik dari menerima.

Siapa menjangka. Dia adalah orangnya. Dia dengan wajah manis. Senyuman tidak pernah lekang dari bibirnya. Dia yang suka bercanda. Mesra mene...
aynorablogs Dec 2, 2015