Menu
Oh! MyKarya!

Cerita Seram 3: Syaitan

#Cerita Seram 3: Syaitan - Beli buku Cerita Seram 3: Syaitan di Bookcafe.com.my. Cerita seram yang paling seram dan tak pernah anda dengar pun ada...


Bila beli buku lebih dari RM100, penghantaran adalah percuma ke Semenanjung Malaysia. Sekiranya pelanggan membeli buku bernilai RM100 ke bawah, anggaran kos penghantaran ialah RM6. Rujuk polisi penghantaran kami : http://bookcafe.com.my/my/shipping-policy.html

Format: Paperback
Saiz: 5" x 7”
ISBN-13: 978-967-0723-40-2
Jumlah Muka Surat: 176
Berat (Kg): 0.16
“Assalamualaikum bang, saya bapa kepada pesakit katil hujung tu. Boleh kita borak kejap kat luar?” tegur seorang bapa pesakit dari wad yang sama. “Semalam Farish nampak hantu ke bang?” pemuda tadi memulakan bicara. “Dia cakap ada pocong datang tengok dia. Biasalah bebudak, dah sakit gitu macam-macamlah meracau.” Bob cuba berdalih tak mahu sensasikan cerita semalam.
“Bang, apa yang Farish nampak tu betul bang. Saya sendiri nampak pocong tu. Cuma yang Farish nampak tu satu, tapi saya nampak dua bang!” pemuda tadi separa tinggi nadanya. “Apa yang kau nampak? Kat mana?” Bob mula bertanya. “Macam ni bang. Masa abang bangun nak kencing, saya terjaga kejap. Saya pandang Farish, saya nampak ada satu susuk tubuh baring sebelah Farish, saya ingat abang. Lepas tu saya teringat saya nampak abang masuk tandas. Saya buku mata sikit, saya nampak yang baring tu berbungkus bang. Saya terperanjat saya baring tegak pandang ke atas, masa inilah saya menggigil hampir nak menjerit bang.”

“Uish kenapa? Apa yang kau nampak?” Bob teruskan soalan.

“Bang, ada dua ekor pocong berbungkus atas siling baring merenung saya bang. Tuhan je tahu saya nak menjerit macam mana. Suara rasa berbuku dekat kerongkong. Saya baca apa saja yang terlintas. Dekat 5 minit baru dua ekor tu hilang bang. Sumpah, Farish bercakap benar bang. Ada hantu dalam wad ni.”

Best kan treaser dia...ada 34 unit sahaja. Cepat beli sebelum terlambat!! Jom!

#Cerita Seram 3: Syaitan -  Beli buku Cerita Seram 3: Syaitan di Bookcafe.com.my. Cerita seram yang paling seram dan tak pernah anda dengar ...
aynorablogs Jan 18, 2016
Oh! MyKarya!

I’m A Backpacker: Europe (Pre-Order)

I’m A Backpacker: Europe (Pre-Order) | Buku I'm a backpacker kini dibuka untuk tempahan awal kepada peminat novel travel disamping menambah info perjalanan ke sesebuah destinasi. Buku ini amat bermanfaat kepada anda yang suka melancong tetapi cuma ada bajet yang terhad. So, amat sesuai untuk mereka yang baru habis belajar tetapi nak makan angin ke Europe...


Ada bajet lebih kurang  RM6,000, a anda dah boleh beli buku ini, dan dijamin sangat berguna untuk perjalanan anda. Boleh buat pre-order mulai sekarang dengan tekan BANNER/GAMBAR di bawah.



RM25.00
Format: Paperback
Saiz: 5.3" x 7.6”
ISBN-13: 978-967-369-314-6
Tarikh Terbit: 15 Jan 2016
Jumlah Muka Surat: 240
Berat (Kg):

I’m A Backpacker: Europe (Pre-Order)


ISI KANDUNGAN

Bab 1: Tentang Benua Eropah
  • Schengen Area dan Pengecualian Visa
  • Musim, Cuaca, dan Suhu
  • Bahasa dan Budaya
  • Acara-Acara Besar dan Terkenal

Bab 2: MEMASANG ANGAN-ANGAN
  • Negara Mana yang Ingin Kita Kunjungi
  • Solo, Berkumpulan, ataupun Bersama Keluarga
  • Pilihan Jenis Pengangkutan
  • Pemilihan Tarikh yang Sesuai

Bab 3: PERANCANGAN
  • Senarai Tempat yang Ingin Dikunjungi
  • Kenal Pasti Lauan dan Jenis Pengangkutan
  • Berapa Jumlah Hari yang Diperlukan
  • Hotel, Hostel, ataupun Homestay
  • Membuat Anggaran Kos
  • Membuat Itinerari Lengkap
Meneruskan tradisi buku bestseller pertama I'm A Backpacker: Korea, kini Puteh Press datang lagi dengan buku kedua dalam siri travel bertajuk I'm A Backpacker: Europe.

Buku ini bukan sebuah buku travelog yang mencatatkan pengalaman penulis. Tetapi buku ini adalah buku yang menunjukkan cara/how-to, bagaimana untuk mengembara di Eropah. Keistimewaan utama buku ini adalah bagaimana mahu travel di sebuah benua yang terkenal sebagai elit, tetapi dengan bajet terhad.

Dengan wang kurang daripada RM6000, pembaca ditunjukkan cara bagaimana mereka dapat mengembara ke-12 bandar besar di Eropah seperti Milan, Paris, Madrid, dan Berlin. Bukan sahaja pembaca dapat berjimat, mereka juga dapat merancang sendiri perjalanan seperti mana yang dikehendaki.

Buku ini adalah umpama Lonely Planet, tetapi versi untuk rakyat Malaysia. Buku ini:
  • sepenuhnya berwarna.
  • dipenuhi dengan gambar-gambar daripada koleksi peribadi penulis.
  • pembaca mampu sesuaikan panduan untuk keperluan seorang mahupun secara berkumpulan.
  • pilihan tarikh, tempat, aktiviti, jenis pengangkutan, penginapan, tukaran wang, makanan, pakaian, dan banyak lagi.
  • daripada penulis yang sudah pergi sendiri ke tempat-tempat ini dan pernah menetap di Eropah.
Jika anda berminat untuk order/pre-order boleh kunjungi website SINI

I’m A Backpacker: Europe (Pre-Order) |  Buku I'm a backpacker kini dibuka untuk tempahan awal kepada peminat novel travel disamping mena...
aynorablogs Jan 14, 2016
Oh! MyKarya!

Buku Atlas Rasulullah S.A.W - Sami Bin Abdullah Al-Maghluts

Atlas Rasulullah S.A.W - Hard Cover (100% Berwarna). Buku yang mengisahkan peta perjalanan Rasulullah menyampaikan dakwah kepada seluruh ummah. Buku ini wajar menjadi salah satu koleksi buku dan rujukan setiap Muslim untuk lebih mengenali peribadi, sirah dan sejarah Rasulullah. Semakin mengenali Baginda Nabi, semakin membuak-buak perasaan rindu untuk menemuinya.


Old price: RM85.00 
NOW: RM42.50
You save: RM42.50 (50%)
Return period:10 days
ISBN-13: 978-967-366-234-0 
Tarikh Terbit: 7 Feb 2014
Jumlah Muka Surat : 440
Saiz: 8" x 9"
Berat (kg): 1.40

Deskripsi Buku/ Sinopsis Buku Atlas Rasulullah S.A.W - Sami Bin Abdullah Al-Maghluts


Nabi Muhammad s.a.w. adalah Nabi terakhir yang diutus oleh Allah s.w.t. bagi menyampaikan seruan dakwah kepada umat manusia. Ketika membawa panji kebenaran, pelbagai dugaan dan pancaroba dihadapi Baginda Nabi dan para sahabat.

Sirah perjalanan agung Rasulullah s.a.w. dicatatkan secara terperinci dalam buku Atlas Rasulullah s.a.w. ini bagi memberi pengajaran dan pedoman kepada para pembaca.

Lembaran kisah perjalanan hidup insan agung ini memuatkan:

- Sejarah Kelahiran sehingga Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.

- Peta Perjalanan Dagang Nabi Muhammad s.a.w. ke Bushra sebelum Nabi Diangkat Menjadi Rasul

- Sejarah Nabi Diutus Menjadi Rasul sehingga Peristiwa Hijrah

- Amalan Keagamaan Pada Zaman Jahiliah

- Sejarah Pembangunan Kaabah, Masjidil Haram, dan Masjidin Nabawi

- Bandar-Bandar yang Menjadi Pusat Peradaban Pada Zaman Rasulullah s.a.w.

- Bukti Ilmiah Makkah Berada di Pusat Bumi

- Peta Perjalanan Hijrah Nabi Muhammad s.a.w. dan Kaum Muslimin

- Peperangan yang Dipimpin oleh Rasulullah s.a.w. dan Beberapa Ekspedisi Perang yang Lain

- Piagam Madinah yang Tersohor

- Nabi Muhammad s.a.w. dan Para Sahabat Menggali Parit semasa Perang Khandaq

- Bagaimana Nabi Muhammad s.a.w. Mampu Memimpin Lebih daripada 100,000 Kaum Muslimin bagi Melaksanakan Ibadah Haji yang Pertama dalam Sejarah Islam

- Strategi Perang Nabi Muhammad s.a.w. dan Para Sahabat

- Rasulullah s.a.w. Mengajarkan Ayat-Ayat Al-Quran kepada Jin Nasibin

- Strategi Formasi 313 Pasukan Badar dapat Mengalahkan Hampir 1000 Kaum Quraisy

Semoga buku ini menambahkan kecintaan kita kepada manusia paling agung, Muhammad S.A.W. Lebih banyak lagi kisah dan rakaman sirah yang tercatat dalam buku ini. Raikan kasih Rasulullah dan suburkan cinta kepada Baginda dengan menghayati Atlas Rasulullah S.A.W.

Klik pada banner di bawah ini untuk dapatkan Buku Atlas Rasulullah S.A.W - Sami Bin Abdullah Al-Maghluts dengan cepat, mudah dan sampai dengan selamat. 

Atlas Rasulullah S.A.W - Hard Cover (100% Berwarna). Buku yang mengisahkan peta perjalanan Rasulullah menyampaikan dakwah kepada seluruh umm...
aynorablogs Jan 13, 2016
Oh! MyKarya!

Sinopsis Drama Korea Remember

Sinopsis Drama Korea Remember | Drama korea the Village sudahpun habis dan kini digantikan dengan siri baru yang bertajuk 'Remember'. Ia telahpun disiarkan di saluran ONE HD pada setiap hari khamis dan jumaat pukul 7.40 mlm. Drama ini mula disiarkan pada 9 Disember 2015.

Daripada teaser yang disiarkan saya agak cerita korea Remember ni mesti kisah penyiasatan, undang-undang dan agak misteri jugak. So bagi sesiapa yang minat dengan genre sebegini boleh lah bookmarking the date.

Sinopsis Drama Korea Remember



Sinopsis Drama Korea Remember 


Jin-Woo (Yoo Seung-Ho) mengalami keadaan di mana dia mengidap sejenis Hyperthymesia, yang membolehkan dia ingat segala kejadian yang berlaku hari-hari secara terperinci. Untuk membuktikan yang ayahnya tidak bersalah, Jin-Woo menjadi seorang peguam.

Dia berusaha sedaya upaya dan gigih untuk menyelamatkan ayahnya tetapi malangnya dia mula lupa sedikit demi sedikit kerana kehilangan memorinya disebabkan Alzheimers.

Apakah nasih Jin Woo seterusnya? Dapatkah dia menyelamatkan ayahnya atau adakah penyakit Alzheimer's nya akan sembuh?

Drama Remember yang mempunyai 24 episod ini dibintang oleh beberapa bintang terkenal Korea seperti Yoo Seung-hoo, Park Min-young , Park Sung-woong, Nam Goong-min, Jung Hye-seong dan ramai lagi.

Saksikan cerita penuh drama korea Remember di saluran ONE HD 393.

Selamat meonton. ambil yang baik sebagai panduan. .ok!

Sinopsis Drama Korea Remember | Drama korea the Village sudahpun habis dan kini digantikan dengan siri baru yang bertajuk 'Remember'...
aynorablogs Jan 9, 2016