Menu
Oh! MyKarya!

Sinopsis Drama Korea Black - Seram Dan Misteri

Sinopsis Drama Korea Black - Seram Dan Misteri. Drama korea baru yang agak misteri dan seram kini sedang ditayangkan saluran oh!K. Drama ini dilakonkan oleh watak utamanya Song Seung-Heon iaitu pelakon "Autumn in my heart" tahun 2000 dahulu. Dah lebih 17 tahun saya meminati lakonannya. Dalam drama ini sudah tentu Song Seung-Heon semakin matang. Gaya lakonannya juga semakin baik.

Antara pelakon lain yang terlibat dalam drama Black adalah Lee El, Kim Dong-Joon dan ramai lagi.

Jumlah episod untuk drama tidak dinyatakan, mungkin bergantung kepada rating drama kut.. jika tinggi rating banyak lah episodnya dan begitulah sebaliknya.

Saya dah tonton 2 episod dan bagi saya drama ini boleh tahan best juga jalan ceritanya, dan kalau tak silap setiap episod ada berbeza jalan cerita. Ada kisah yang berlainan. Maaf, kalau saya tersilap..


Sinopsis Drama Korea Black - Seram Dan Misteri


Sinopsis Drama Korea Black - Seram Dan Misteri

Drama korea Black mengisahkan seorang lelaki detektif bernama Black telah dirasuk oleh roh orang mati bernama Grim Reaper dan beliau boleh melihat masa depan kehidupan seseorang.

Sementara Ha-Ram pula yang dilakonkan oleh Go-Ara boleh nampak bayangan kematian orang di sekelilingnya. Dengan kebolehan masing-masing, mereka cuba menghalang roh kematian mendekati mereka yang dikesan walau terpaksa melanggar prinsip dari "syurga".

Mampukah Black dan Ha-Ram membantu orang yang terlibat dan mengelakkan mereka dari kematian?

Saksikan drama korea Black, sebuah drama yang sedikit berbeza berbanding drama korea yang lain. Menonton cerita Black mengingatkan saya satu lagi drama korea dengan tema cerita yang hampir sama iaitu Master Sun.

Selamat menonton. Ambil pengajaran daripadanya.


Sinopsis Drama Korea Black - Seram Dan Misteri. Drama korea baru yang agak misteri dan seram kini sedang ditayangkan saluran oh!K. Drama ini...
aynorablogs Oct 29, 2017
Oh! MyKarya!

Review Buku Sepotong Hati Yang Baru Karya Tere Liye

Sepotong Hati Yang Baru Karya Tere Liye. Dah lama tak beli novel online setelah kali terakhir beli novel 3 bulan dulu dari Bookcafe. Kali ini saya beli Sepotong Hati Yang Baru dari FB Najiha Jaafar yang banyak jual novel-novel dan buku-buku dari penulis Indonesia. Oh ya, lupa nak bagitahu Tere Liye adalah seorang penulis yang aktif dari Indonesia.

Buku berharga RM30.00 itu selamat saya terima pada hari Selasa, 12 September 2017. Dalam fikiran dan bayangan saya, Sepotong Hati Yang Baru ni mungkin karya kreatif pembangun jiwa, macam puisi dan koleksi kata-kata motivasi. Saya fikir begitulah...

Review Buku Sepotong Hati Yang Baru Karya Tere Liye

Ternyata bayangan saya silap sama sekali. Buku Sepotong Hati Yang Baru adalah buku koleksi beberapa buah cerpen yang agak menarik. Saya baru baca tajuk-tajuk cerpennya.. 😎😎

Review Buku Sepotong Hati Yang Baru Karya Tere Liye

Review Buku Sepotong Hati Yang Baru Karya Tere Liye


Buku karya Tere Liye ini tebalnya 206 muka surat. Berkulit agak tebal tetapi kualiti muka surat dalamnya agak kurang memuaskan hati, kertas yang nipis dan berwarna kuning. Its okay, yang penting kita baca dulu isi kandungannya..

Peringkat awal saya lihat-lihat tajuk cerpen dalam buku ini. Ada 8 tajuk semuanya. Rujuk gambar di atas.

Cerpen 1 : Hiks, Kupikir Itu Sungguhan


Review Buku Sepotong Hati Yang Baru Karya Tere Liye

Cerpen 2. Kisah Sie Sie


Review Buku Sepotong Hati Yang Baru Karya Tere Liye


Oh ya, untuk info.. saya dah banyak kali beli buku penulis Indonesia seperti HabiburRahman al Shirazy dan Ali Imron El Shirazy, boleh rujuk di sini dan disini.. tetapi buku Tere Liye kurang memuaskan hati. Ia bukanlah seperti apa yang saya gambarkan. Tetapi maaf, jika anda peminat tegar hasil karyanya.. anda pasti akan menyokong apa saja. Tetapi bagi saya buku Sepotong Hati Yang Baru agak kurang pengisiannya berbanding buku-bukunya yang lain.

Saya menulia review ini seikhlasnya. Saya sedikit kecewa kerana mengharapkan lebih.. kisah yang lebih unik, kisah motivasi yang agung dan macam-macam kelainan yang didambakan.

Maaf jika ulasan saya khilaf, tetapi inilah adanya. Saya sangkakan ia sebuah novel penuh dan bukannya kompilasi cerpen. Paling tidak pun saya mengharapkan sebuah buku motivasi. Maaf!

Sepotong Hati Yang Baru Karya Tere Liye . Dah lama tak beli novel online setelah kali terakhir beli novel 3 bulan dulu dari Bookcafe. Kali i...
aynorablogs Oct 18, 2017
Oh! MyKarya!

Sinopsis Drama Zahir Tak Terucap Di TV3 Dalam Slot Zehra!

Sinopsis Drama Zahir Tak Terucap Di TV3 Dalam Slot Zehra! Drama baru dengan pelakon hebat seperti Sharul Ridwan dan Aeril Zafril. Drama yang bakal bersiaran dalam slot Zehra! TV3 ini dengarnya sebuah kisah yang menarik juga. Kisah keluarga dan masyarakat, diselitkan juga konflik percintaan dua beradik lelaki.

Sinopsis Drama Zahir Tak Terucap Di TV3 Dalam Slot Zehra!
Sumber dari Google

Drama ini disiarkan sebanyak 13 episod. Drama Zahir Tak Terucap ni dengarnya sarat dengan pengajaran dan ketabahan seorang wanita dalam meneruskan kehidupan yang mencabar.


Sinopsis Drama Zahir Tak Terucap TV3 Dalam Slot Zehra!


Mengisahkan adik beradik Hisham dan Haziq berasal dari Kuala Lumpur bercuti di sebuah kampung di Terengganu lalu berkenalan dengan seorang gadis bernama Aishah. Di situ la bermulanya permulaan kisah mereka dan juga kisah kemusnahan dan kebangkitan hidup Aishah.

Apakah yang bakal terjadi kepada Aishah? Adakah dia akan mengikut keluarga itu kembali ke KL dan memulakan hidup baru.

Antara Hisham dan Haziq, siapa yang bakal dipilih oleh Aishah sebagai teman hidupnya.

Drama Zahir Tak Terucap dilakonkan oleh, Sharul Ridwan, Aeril Zafril, Raisha Rizrose, Esma Daniel dan ramai lagi. 

Semoga lambakan drama yang disiarkan di kaca TV menjadikan kita penonton yang matang dan bijak memilih pengajaran daripada cerita yang disampaikan. Ya tak?

Walau secara umumnya setiap drama nampak macam sama, tetapi pasti ada berbeza dari sudut lontaran dialog dan skripnya yang boleh dijadikan pengajaran. 

Sinopsis Drama Zahir Tak Terucap Di TV3 Dalam Slot Zehra! Drama baru dengan pelakon hebat seperti Sharul Ridwan dan Aeril Zafril. Drama yang...
aynorablogs Oct 15, 2017
Oh! MyKarya!

Drama Korea Mad Dog Di Saluran KBS World

Drama Korea Mad Dog Di Saluran KBS World. Bagi oeminat drama korea bergenre aksi dan penyiasatan, anda mungkin akan suka dengan drama Mad Dog. Drama Mad Dog dilakonkan oleh pelakon baru dan lama, antaranya Yoo Ji-Tae, Woo Do-hwan dan Ryu Hwa-young.

Drama Mad Dog diarahkan oleh Hwang Ui-kyung.

Drama ini mengandungi 16 episod, dan setiap episod ada saja babak yang mendebarkan dan persoalan yang terjawab.

Sinopsis Drama Korea Mad Dog Di Saluran KBS World

Drama Korea Mad Dog Di Saluran KBS World

Drama Korea Mad Dog adalah sebuah drama aksi dan penyiasatan berlatarbelakang skandal syarikat insurans dan situasi di sebalik kehidupan golongan korporat yang mudah memanipulasi kekayaan mereka untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

Ia mengisahkan Choi Kang Woo, bekas detektif yang bekerja di sebuah syarikat insurans. Bersama dengan pasukannya, dia cuba menyelesaikan skandal penipuan yang melibatkan pelbagai golongan.

Dalam kerjayanya, Choi Kang Woo sangat dedikasi hinggalah kematian anak dan isterinya dalam kemalangan kapal terbang membuatkan dia tak keruan dan hilang pertimbangan.

Dapatkah Choi dan pasukannya menyelesaikan skandal dan penipuan di sebalik kematian orang yang disayangi?

Adakah Kim Min-joen ada kaitan dengan nahas kapal terbang yang dinaiki oleh anak dan isteri Choi Kang Woo? Semakin menarik pula drama Mad dog ini walau saya baru sempat menonton 2 episod ulangannya siang tadi, (sabtu)...

Saksikan drama menarik ini yang telah ditayangkan pada 11 Oktober 2017, setiap hari khamis dan jumaat pukul 9:00 malam.

Semoga memperoleh manfaat dan pengajaran daripada kisah yang dipaparkan.

Drama Korea Mad Dog Di Saluran KBS World. Bagi oeminat drama korea bergenre aksi dan penyiasatan, anda mungkin akan suka dengan drama Mad Do...
aynorablogs Oct 14, 2017