Review Novel Pinta Sayangmu Sedetik Karya Alina Haizar

Corat Coret Pinta Sayangmu Sedetik Karya Alina Haizar. Apa nak coret pada hujung minggu macam ni, bila tak kerja ada pula sengaja cari kerja. Bukan kerja biasa.. kerja baca novel yang perlukan tahap fokus yang tinggi. Baca novel kena ada persekitaran yang rileks, senyap dan secawan kopi panas. Kurang manis yea.. 😎😎😎

Saya nak coret corat atau review sikit novel yang baru saya nak baca tetapi beli dah lama. Baru je buka sampul plastiknya. Allahu.. tebalnya novel Pinta Sayangmu Sedetik ni.. mampukah saya habiskan? Dalam tempoh 2 hari. Sabtu hingga ke Ahad. Mana nak tengok cerita Korea lagi.. alamat tak fokus jawabnya. Hihi..

Review Novel Pinta Sayangmu Sedetik Karya Alina Haizar

Novel Pinta Sayangmu Sedetik setebal 824 muka surat. Novel PSMS merupakan novel ke lima Alina Haizar bersama penerbitan Kaki Novel. Saya juga ada menyimpan novel beliau yang bertajuk Aku Yang Kau Tinggalkan.

Dalam corat coret ini saya akan review sedikit demi sedikit novel PSMS. Saya akan sambung review jika saya ada mood.. hihi

Review Novel Pinta Sayangmu Sedetik Karya Alina Haizar



Review Novel Pinta Sayangmu Sedetik Karya Alina Haizar

Lihatlah ketebalan buku novel PSMS. Aduhai.. mampukah? Dapatkah aku bertahan.. habiskan baca novel ni dalam masa 2 hari? Insyaa Allah..

Bismillah...

Saya dah mula membaca PSMS. Dari bab 1 hingga 8, pengenalan watak Mak Su Syidah, ibunya dan anak sedaranya Ain Syafiah yang rapat dengannya. Ada anak kecil bernama Fatin. Keluar sikit watak Pak Su Zulfakar yang panas hati aje bila dengar nama dan nampak kelibat Syidah. Puncanya pertelingkahan masa lalu.. Mak Su Syidah yang garang tak bertempat.

Dalam bal awal ni pun dinyatakan yang Mak Su Syidah ada Fibroid. Boleh baca penerangan dalam novel..

Disebabkan fibroid dia tu, Mak Su Syidah yang berumur 33 tahun terdesak nak kahwin. Macam macam cara dia buat nak kahwin segera dan dapat anak sendiri.

Pada awal-awal bab ni tak ada konflik lagi.

Review Novel Pinta Sayangmu Sedetik Karya Alina Haizar 

Bergerak ke bab 33 seterusnya.. barulah ada konflik sikit tentang Mak Su Dan Pak Su berdua tu.

Pinta Sayangmu Sedetik, adalah kisah dua orang manusia, yang mencari bahagia. Dengan cara mereka..

Naluri keibuan Syidah telah menimbulkan keinginannya untuk mempunyai anaknya sendiri. Tetapi sukar buatnya kerana dia mempunyai masalah fibroid yang serius dan dia bukanlah muda lagi. Sebelum tertutup terus peluang Syidah untuk mendapatkan zuriatnya sendiri, Syidah mesti kahwin dengan segera!

Akhirnya, Zulfakar (musuh ketat Syidah) sudi membantu Syidah merealisasikan impiannya. Dia sanggup menolong Syidah kerana dia ingin lari dari desakan Marissa dan Syafina agar berkahwin dengan mereka. Perkahwinan ini adalah jalan keluar untuknya. Dia akan dapat zuriatnya sendiri tanpa melibatkan soal hati dan perasaan dengan Syidah.

Perkahwinan ini menguntungkan kedua-dua belah pihak.

Namun, tak mudah menjalani hidup secara marriage of convenience ini.

“Apa?! Ingat aku takut dengan kau? Kau main tipu bolehlah. Depan-depan, kau ada berani?” balas Syidah balik. “Lelaki tak guna! Pengecut! Guna dadah bolehlah!”


“Heiii!” Zulfakar tidak tahan dengan mulut celopar Syidah. Patut dibiarkan sahaja Syidah kena dengan Adrian malam semalam. Baru kurang sikit keegoan dan keangkuhan dalam diri perempuan itu. “Kalau aku hilang sabar, sia-sia aje nanti!”

“Pak su… pak su… sabar, pak su. Sabar. Mak su ni bukannya betul-betul okey, pak su. Dia mamai lagi tu. Dadah tu ada kesan lagi agaknya.” Ain Safiah cuba menenangkan Pak Su Zulnya pula.

“Tak. Mana ada? Mak su dah okeylah! Hei, binatang! Mana memori kad? Mana video yang kau ambil? Bak sini!” tengking Syidah yang masih belum surut marahnya.

“Mak su, cuba mak su bertenang sikit. Mak su nikan… orang bersusah payah tolong mak su, mak su pergi marah pak su. Lepas tu mak su belasah dia. Apalah mak su ni…” keluh Ain Safiah.

“Belasah? Zul kena belasah? Hah? Ha ha ha!” Husin ketawa. “Cik Syidah belasah dia? Patutlah dia marah sangat. Ha ha ha!”

“Abang Husin ni kenapa gelak pulak? Orang serius ni…” tegur Ain Safiah. Geram pula dia tengok Husin ketawakan Pak Su Zulnya.

“Oh… tapi kenapa Cik Syidah belasah Zul? Dia dah bersusah payah tolong Cik Syidah dari semalam lagi,” ujar Husin yang sudah berhenti ketawa.

“Yelah. Susah-susah pak su tolong mak su!” sokong Ain Safiah pula.

“Eh? Bukan dia ke yang bawa mak su ke sini? Bukan dia ke yang buat semua ni pada mak su? Habis tu macam mana mak su boleh berada di sini? Mak su yakin mak su nampak muka dia semalam. Mak su ingat dia yang tolak mak su dan … dan…” Syidah tidak meneruskan kata-katanya. Dia menjeling sahabat Zulfakar itu. Malu hendak cakap apa yang Zulfakar telah lakukan kepada dirinya semalam.

Kehadiran Khairul membuatkan Zulfakar ragu-ragu tentang kandungan Syidah dan nyawa Syidah terancam akibat diganggu oleh Marissa dan Syafina. Bolehkah Syidah dan Zulfakar mengharungi badai dan dugaan dalam marriage of convenience meraka ini?

“Sedetik aku kecapi bahagia ini bersamamu, selamanya akan kuhargai walaupun tanpamu di sisiku.”


#sumber

Sedikit sinopsis PSMS. Sambungan review nanti saya buat ya, kerana saya jenis pembaca yang agak perlahan sebab sambil membaca sambil bayangkan situasi, tempat, watak dan perwatakan dalam novel. So, memang agak slow la...

Post a Comment

0 Comments