Info tentang Happiness Giver:
Judul Lain: Person Who Gives Happiness
Genre: Family, romance, melodrama
Pengarah: Lee Sung-Joon, Park Seung-Woo
Penulis naskah: Park Ji-Hyun
Channel: MBC
Jumlah episode: 120
Tarikh tayang: 21 November 2016
Drama ini pertama kalinya ditayangkan di saluran Astro pada tahun 2016. Kini disiarkan semula. Walau ia siaran ulangan, saya suka menontonnya kerana semangat berjuang oleh watak utamanya iaitu Eun Hee setelah kematian semua ahli keluarganya. Walau dia menjaga anak angkat, tetapi cara dia menyayangi anak tersebut amatlah memberi inspirasi kepada keluarga di luar sana.
Sinopsis Drama Korea Happiness Giver

Kim Ja-gyeong pula seorang ibu yang keras hati dan merupakan seorang pelakon yang meninggalkan sendiri anak yang dilahirkan untuk mengejar kariernya.
Lim Eun-hee pula seorang ibu mengambil dan menjaga yang seorang budak lelaki dan menjadi seorang ibu walaupun dia tidak pernah berkahwin.
Drama 120 episod ini berkisar pada seorang ibu angkat yang berjuang Untuk melindungi anaknya daripada ibu sebenar yang cuba mengambil anak itu selepas mengetahui bahawa anaknya telah menjadi pelakon terkenal, membuat banyak wang.
Dalam masa yang sama, kasih sayang Gun-woo yang tidak berubah ke arah Eun-hee membuktikan bahawa dia adalah seseorang yang berhak mendapatkan banyak cinta dan kasih sayang.
Selamat menonton drama korea hebat ini. Semoga ada banyak pengajaran yang diperolehi daripada menonton drama ini.
Post a Comment
TINGGALKAN KOMEN ANDA: