Menu
Oh! MyKarya!

Pelangi Petang Di Penghujung Julai

Pelangi Petang Di Penghujung Julai. 31 haribulan Julai 2019. Melepaskan engkau berlalu, adalah sesuatu yang meluluhkan hati. Antara kita tak lagi bersemuka selepas ini. Inspirasi hari-hariku telah tiada, membawa bersama rasa ini. Tak tahu nak bicara apa, tak bisa luah apa yang terpendam.. keadaan kita tak memberi ruang bicara antara 2 hati..

"Jaga diri ya! Jangan demam. Jangan sakit." pesanku.

Engkau senyum lalu mengangguk.

Airmata nak tumpah tapi ku tahankan, pegang hati kuat-kuat.

"Ada apa-apa call saya je kak. Any cerita or nak cakap apa je, call saya anytime." pesanmu.

Tak bisa memandangnya lagi.

Angin petang meniup dari tingkap kereta yang terbuka. Dari audio kereta, sengaja dipasang lagu "Pelangi Petang." Hmm.. umpama engkau yang datang membawa sinar dan menumpangkan kasih, lalu pergi jua akhirnya.

Pelangi Petang Di Penghujung Julai

Dia masih memandang. Tepat dimataku.

Dia tahu, aku tahu. Kita hanya persinggahan sementara. Bila tiba masanya, kau ke timur aku tetap di sini. Membawa haluan sendiri.

Faham!

Kita bukan seperti mereka, ada kasih yang boleh dijaja cerita lantas didoakan bahagia. Ruang jalan kita tak sama.

Berkenalan, bertegur sapa, mencipta memori, menumpang tawa walau di sebaliknya ada ribuan airmata yang tak mampu di seka. Biarlah itu menjadi rahsia. Kau tak akan tahu!

"Saya akan selalu doakan akak, sentiasa ingat." itu janjimu.

Aku terharu.

"Dah lama aku mendoakanmu.. Semenjak kau pinjamkan ruang kasih dan sayang padaku. Hanya Tuhan tahu. Cukuplah." luah ku dalam hati.

"Pintu saya sentiasa terbuka untuk akak..."

Titisan airmata tumpah lagi untuk kesekian kalinya. Entah kalii ke berapa sejak engkau nyatakan akan berhijrah. Hanya Allah tempatku mengadu, perihal dirimu.

Dalam titis airmata yang merembes, akhirnya tewas jua.

Pelangi Petang Di Penghujung Julai

Aku tak bisa hidup tanpa ada kamu.. dan kesekian kalinya airmataku menitis lagi.

Cukuplah.. sabarlah.. dia akan kembali lagi. Itu janjinya..

Bolehkah aku menunggu?

"Dikau tiba bagai pelangi, tak bercahaya namun kau berseri. Namun cukup menghiburkan hati ini.. "

No comments

TINGGALKAN KOMEN ANDA: