Drama Korea Flower Of Evil. Dah lama kita tak cerita tentang drama korea kan? Rasanya dah bertahun tetapi entah kenapa malam tadi saya tertengok drama Flower of Evil lakonan mantap Moon Chae Won dan Lee Joon Gi. Drama penyiasatan tentang psikopath, orang gila yang gila membunuh. Dia yang suka membunuh dan seronok membunuh. Takut kan, kalau kita tak tahu sikap seseorang yang sebenar sebaliknya sering berdepan mereka tanpa kita sedari.

Info drama Flower of Evil

Drama: Flower of Evil (English title)
Pengarah: Kim Cheol-Kyu
Penulis: Yoo Jung-Hee
Network: tvN
Episode: 16
Release Date: July 29 - September 23, 2020
Waktu tayangan: Wed. & Thu. 22:50
Language: Korean
Country: South Korea

Drama Korea Flower Of Evil


Drama korea Flower of Evil antara drama terkini yang sempat saya tonton. Oleh kerana drama ini kisahnya lain dari yang lain, maka saya cadangkan anda semua tonton drama menarik ini. 


Sinopsis drama korea Flower of Evil


Secara ringkasnya ia mengisahkan tentang seorang psikopath yang memalsukan identiti dirinya untuk berkahwin dengan seorang detektif. Lama kelamaan identitinya terbongkar apabila isterinya menyiasat tentang kisah pembunuhan silamnya.

Apakah akan terjadi kepada Do Hyeonsu yang telah membunuh Baek dan memakai identiti lelaki tersebut untuk menyembunyikan kegiatan kejamnya.

Adakah Do Hyeonsu benar-benar bersalah atau ada dalang lain di sebalik semua pembunuhan bersiri yang masih belum terbongkar selama 18 tahun?

Siapakah Baek Huiseong yang sering menunjukkan sisi baiknya tetapi gerak gerinya amat mencurigakan. Dapatkah pihak polis membongkar segala perbuatan Baek Huiseong yang berlagak baik dan suci di hadapan semua orang.

Drama Korea Flower Of Evil

Daripada Asianwiki,

"Cha Ji-Won (Moon Chae-Won) is a detective. She is married to Baek Hee-Sung (Lee Joon-Gi) and they a daughter. Baek Hee-Sung seems like a committed husband and father, but he hides his cruel past and lives under another person's identity. He deceives his wife completely. Cha Ji-Won learns of his deception and chases his past."


Jangan lupa saksikan kesudahan drama korea Flower of Evil yang memang agak kejam jalan ceritanya. Saya pula jadik geram dan naik darah dengan suspen nya dalam setiap episod.

Selamat menonton.

Post a Comment

TINGGALKAN KOMEN ANDA:

Previous Post Next Post