Drama Korea Cheat On Me If You Can. Sekarang ni saya sedang tonton drama korea thriller bertajuk Cheat Me If You Can. Berani nak tipu? Memang nahas jawabnya terutama pada sang suami. Cerita ni macam mistik dan misteri sikit. Lepas tu kombinasi drama dan juga penulisan novel yang dibayangi realiti. Lebih kurang gitu lah cerita dia.

Drama korea COMIYC dibarisi oleh pelakon lama dan baru. Ada juga pelakon yang baru pertama kali saya tengok. Buat lakonan dia orang not bad la..

Drama Cheat On Me If You Can disiarkan sebanyak 16 episod disaluran KBS. 

Drama korea cheat on me if you can


Sinopsis Drama Korea Cheat On Me If You Can

Di bawah ini adalah sinopsis drama korea CNIYC.. 

Ia adalah siri televisyen Korea Selatan 2020 yang dibintangi oleh Cho Yeo-jeong, Go Jun, Kim Young-dae dan Kim Ye-won. Drama yang diarahkan oleh Kim Hyung-seok dan ditulis oleh Lee Seong-min ini mengikuti kisah yang luar biasa dan thrill mengenai Kang Yeo-joo, seorang novelis dan suaminya Han Woo-sung, seorang peguam perceraian yang menulis memorandum perkahwinan kepadanya yang mengatakan: " If You Cheat, You Die ”. 

Tayangan perdana di KBS2 pada 2 Disember 2020 dan disiarkan pada hari Rabu dan Khamis jam 21:30 (Korea selatan time). 

Sekarang ni pun saya masih mengikuti drama ini, kerana ia agak unik mengaitkan kisah seorang yang menulis novel sambil menggunakan kes masakini yang dilaluinya.

Kalau dia nak tulis kisah pembunuhan, sebiji dia (Kang Yeoju) akan alami benda tu sendiri. Secara tak langsung dia dikaitkan dengan kisah pembunuhan seorang artis.

Kang Yeoju juga tak percayakan suaminya, Han Woo Sang. Dia mengesyaki si suami ada skandal di luar. Yang bestnya, dia boleh teka keadaan dan situasi berdasarkan bau dan barang yang dipakai oleh seseorang. Iya lah, memang penulis novel jenayah.. banyak yang dia gunakan dalam penghasilan novel-novelnya.

Semoga bermanfaat. 

Post a Comment

TINGGALKAN KOMEN ANDA:

Previous Post Next Post