Subscribe Us

Sinopsis Drama - Tarik Aku Ke Syurga

Sinopsis Drama - Tarik Aku Ke Syurga. Drama ini adalah dari adaptasi novel yang bertajuk "Tarik Daku Ke Syurga" karya Haitun Kamarazaman. Drama ini diarahkan oleh Malek Rahman Fdam. 

Drama Tarik Daku Ke Syurga akan mengisi slot Samarinda TV3. 

Sinopsis Drama - Tarik Aku Ke Syurga

Sinopsis Drama - Tarik Aku Ke Syurga
Zul Ariffin sebagai Zamri


Sinopsis Drama - Tarik Aku Ke Syurga


Disebabkan satu rahsia yang terbongkar, Zamri terdesak untuk meraih keampunan daripada Hajah Raudah. Zamri akhirnya terpaksa akur untuk bernikah dengan seorang wanita bernama Zara, walau hatinya tidak pernah terbuka untuk insan bernama wanita. 

Drama Tarik Daku ke Syurga dilakonkan oleh watak utamanya iaitu Zul Ariffin dan Nelissa Nizam.

Sama-sama kita nantikan kisah kehidupan yang menarik ini, sebuah kisah yang penuh pengajaran.

"Hidup terlalu singkat untuk dihabiskan dengan dendam!!"


Sinopsis belakang kulit buku:


TARIK DAKU KE SYURGA. 

Disebabkan suatu rahsia tentang dirinya terbongkar, Zamri terdesak untuk meraih keampunan daripada Hajah Raudah. 

“Kalau nak umi ampunkan kamu, ada syaratnya.” – HAJAH RAUDAH 

Zamri akhirnya terpaksa akur untuk bernikah dengan seorang wanita bernama Zara, walau hatinya tidak pernah terbuka untuk insan bernama wanita. Setelah bernikah, Zara tak pernah disentuh. Justeru itu, dia dapat merasakan keanehan pada sikap Zamri yang bagaikan tidak pernah memandangnya sebagaimana seorang suami memandang isterinya. 

“Boleh tak awak tolong saya sekali? Saya merayu sangat-sangat. Anggap saja pertolongan ini sebagai membalas budi kerana saya tidak memohon cerai walaupun setelah tahu awak tak normal…” - ZARA 

Namun hubungan mereka menjadi semakin sukar apabila Ricky yang berdendam, tidak mahu melepaskan Zamri.

“Aku akan viralkan gambar-gambar kau. Reputasi kau sebagai doktor akan tercalar.” - RICKY 

Apakah kesudahan cerita mereka? Terlunaskah segala dendam? Atau adakah kesakitan yang dibawa sehingga ke hujung nyawa?

Post a Comment

0 Comments

close