Menu
Results for "BUKU PILIHAN"
Oh! MyKarya!

Buku Antologi Puisi Ilhamku Untukmu. Saya nak menulis sedikit tentang minat saya. Selain menulis blog, saya juga gemar menulis cerpen, sajak, enovel dan banyak lagi cabang tulisan kreatif yang saya cuba. Saya ada banyak menulis e-novel dan puisi di dalam blog www.mykarya.com. Jika anda mahu membaca tulisan saya, silalah kunjungi blog picisan tersebut ya...hihi

Satu hari saya terbaca di Facebook tentang komplot menghasilkan puisi dengan setiap penulis yang berminat boleh menyumbangkan sedikit modal agar impian itu terlaksana. Oleh kerana saya pun ada angan-angan nak ada sebuah buku (walau perkongsian), saya setuju untuk sertainya.

Kini akhirnya impianku menjadi nyata!!! Yahooo...

Akhirnya Buku Antologi Puisi Ilhamku Untukmu Berjaya Diterbitkan


Alhamdulillah.

Buku antologi puisi ILHAMKU UNTUKMU berjaya diterbitkan. Ia adalah buku antologi puisi yang membariskan 42 orang penulis dimana setiap penulis mengirimkan 5 buah puisi dengan tema bebas masing-masing untuk diterbitkan secara bersama.
Akhirnya Buku Antologi Puisi Ilhamku Untukmu Berjaya Diterbitkan

Setiap penulis yang berkomplot menghasilkan buku antologi puisi ini menyumbangkan sedikit dana sebagai modal dalam usaha tersebut.

Buku Antologi Puisi Ilhamku Untukmu

Kita orang tak ada buat apa pun, tunggu lebih kurang dua bulan, then...buku siap! Tak payah pening kepala. Segala urusan penerbitan, dapatkan kebenaran, konsep kulit buku dan sebagainya diuruskan oleh penyelenggara iaitu Saudara Zarir Ali.

Akhirnya Buku Antologi Puisi Ilhamku Untukmu Berjaya Diterbitkan

Antologi puisi ILHAMKU UNTUKMU mengandungi lebih kurang 210 puisi dengan pelbagai tema dari berbagai latar belakang penulis. Hmmm...ohsem sungguh! Mesti macam-macam idea penulisan, kan??
Akhirnya Buku Antologi Puisi Ilhamku Untukmu Berjaya Diterbitkan

Akhirnya Buku Antologi Puisi Ilhamku Untukmu Berjaya Diterbitkan

Anda berminat nak dapatkan buku antologi tersebut? Sebab...ditangan saya ada beberapa buah buku antologi puisi ILHAMKU UNTUKMU untuk dimiliki. Berikut maklumat tentang buku tersebut kepada yang berminat:

HARGA : RM25.00 (sm)/ RM28.00 (sabah/sarawak)
POSTAGE: Bergantung kepada kawasan diposkan
MUKA SURAT: 230
PENYELENGGARA: Zarir Ali
EDITOR: AC Jaffrie
PENERBIT: Pena Padu Press 

Anda boleh hubungi saya melalui whatsapp/SMS ; 013 7446292 untuk memesan buku tersebut.

Semoga dengan penghasilan buku ini menjadikan saya lebih bersemangat menghabiskan e-novel saya dan mungkin satu hari nanti akan terhasil pula novel kreatif saya.

Insyaa Allah, dengan izin Allah.

Buku Antologi Puisi Ilhamku Untukmu . Saya nak menulis sedikit tentang minat saya. Selain menulis blog, saya juga gemar menulis cerpen, saja...
aynorablogs May 25, 2017
Oh! MyKarya!

TAJUK: YANG SEBENARNYA
KARYA: AISYA SOFEA
TERBITAN: ALAF21 SDN BHD
HARGA: RM19.90

SINOPSIS:

Tidak semua cinta itu berbalas. Inilah yang terjadi kepada Eddie. Akibat cintanya ditolak oleh Nazirah, sepupunya, dia nekad membawa diri ke London. Hatinya perlu dirawat.

Kelukaan Eddie mendapat simpati daripada Nadhiya, adik Nazirah. Melalui kiriman e-mel dan YM, Nadhiya sentiasa menyakinkan Eddie bahawa cinta akan datang lagi. Namun, hati Eddie belum terbuka untuk mencari pengganti.

Seiring waktu berlalu, cinta Eddie semakin memekar. Dengan semangat baru, Eddie pulang bersama cinta untuk Nadhiya. Malangnya, kalimah keramat itu tidak terucap dari bibirnya. Apatah lagi Nadhiya melayannya seperti seorang abang. Eddie jadi penasaran. Akibatnya, mereka saling bertelingkah tanpa sebab. Nadhiya memendam rasa...lelaki itu seperti memusuhinya.

Semuanya harus dirungkaikan. Eddie perlu berterus terang tentang perasaan sebenarnya. Dan Nadhiya pula mesti menyedari bahawa cinta baru Eddie adalah untuk dirinya!

TAJUK: YANG SEBENARNYA KARYA: AISYA SOFEA TERBITAN: ALAF21 SDN BHD HARGA: RM19.90 SINOPSIS: Tidak semua cinta itu berbalas. Inilah yang ...
Unknown Nov 20, 2009
Oh! MyKarya!


TAJUK: HATI YANG TERUSIK
KARYA: NIA AZALEA
TERBITAN: ALAF 21 SDN BHD
HARGA: 19.90

'Siapa kata manusia boleh hidup hanya dengan cinta? Siapa kata wang tidak penting dalam menjanjikan bahagia?'

Lewat musim bunga menyaksikan detik kemesraan Farhan dan Vanessa menjalin rasa, menyulam cinta. Mungkin juga ketentuan Yang Esa, dua hati jauh berbeza latar dan budaya akhirnya bertaut menjadi satu. Namun, hakikat kehidupan tidak memungkinkan mereka mengecap bahagia berpanjangan.

'Farhan...lelaki yang tidak punya segalanya. Yang dimiliki hanyalah harga diri yang tidak akan sesekali dipijak sewenang-wenangnya.'

'Vanessa... wanita yang memiliki segalanya. Namun, itu bukanlah tiket untuknya mengecap segala kebahagiaan yang sering diimpi.'

Hakikatnya...mana ada cinta yang tidak teruji. Tentangan keluarga akhirnya menghancurkan mahligai cinta yang dibina. Malah, desakan hidup mampu mengubah kewarasan seorang lelaki yang tinggi akal fikirannya. Dayusnya Farhan bertindak hanya melalui sepucuk surat! Semuanya kerana fitnah, kerana maruahnya dihina, dicela sesuka hati.

Untuk kesekian kalinya, tercarik lagi hati Vanessa. Cinta dan kasihnya musnah bak pudar ungu lavendar di musim luruh. Dia terpaksa membuat pilihan. Antara cinta dan maruah diri, dia harus bijak membuat keputusan. Baginya, diam bukan bererti salah. Bukan juga bererti mengalah. Dan dalam segala kepayahan, hati kecilnya tetap tidak henti berharap, akan ada jua kebahagiaan di akhir segala kedukaan!

TAJUK: HATI YANG TERUSIK KARYA: NIA AZALEA TERBITAN: ALAF 21 SDN BHD HARGA: 19.90 'Siapa kata manusia boleh hidup hanya dengan cinta? ...
Unknown Nov 12, 2009
Oh! MyKarya!


TAJUK: LAFAZKAN CINTAMU
KARYA: AIDA ADRIANI
TERBITAN: ALAF 21 SDN BHD
HARGA: RM19.90


Mengenali lelaki itu adalah detik-detik terindah di dalam hidup Erina. Dalam diam dia menyedari hatinya mula berubah rasa. Cinta pandang pertama itu makin mekar hari demi hari. Namun, disaat dia mula mencium wanginya bunga cinta, di saat itulah dia tahu bahawa lelaki itu telah dimiliki. Sewajarnya...dia tidak akan memburu cinya yang tak pasti!

Lantas, Erina terus memendam rasa, membiarkan cinta yang tak terucap itu tersimpan dilubuk hati. Meskipun di mata lelaki itu telah terpancar selautan cinta, telah terbayang mahligai bahagia, namun dia nekad. Cinta tak semestinya bersatu. Cukuplah sekadar memiliki hati lelaki itu, bukan tubuh badannya. Dia cuba membuang jauh segala rasa yang pernah membuatnya bahagia.

Aduhai perempuan... sampai bila mesti memendam rasa, sedangkan jiwa terus merana? Dengarlah dan lihatlah dengan mata hati serta akal fikiran, apakah terlalu payah untuk menuturkan kalimah suci itu? Mencintai dan dicintai bukan satu dosa, malah ia adalah satu fitrah, anugerah ILAHI untuk setiap insan. Lantaran itu, lafazkanlah cintamu, usah dibiarkan hati terus terluka...

TAJUK: LAFAZKAN CINTAMU KARYA: AIDA ADRIANI TERBITAN: ALAF 21 SDN BHD HARGA: RM19.90 Mengenali lelaki itu adalah detik-detik terindah di ...
Unknown Nov 11, 2009
Oh! MyKarya!




TAJUK: BILA ADA RINDU
PENULIS: EMMA MAIZURA
TERBITAN: ALAF 21 SDN BHD
HARGA: RM19.90

SINOPSIS:


HIDUP Nur Dalyla dipayungi bahagia apatah lagi menjadi anak kesayangan keluarga. Ke mana pergi, dengan siapa dia berkawan sering menjadi perhatian orang tuanya sehingga dia digelar anak manja. Walaupun kadangkala rasa terkongkong dengan situasi itu, namun dia akur kasih sayang ibunya melebihi segala.
Namun, siapa sangka di sebalik kegembiraan dan kesempurnaan itu, rupa-rupanya ada cerita duka yang terbongkar. Gelaran anak angkat yang berstatus luar nikah ibarat bumi menghempap kepala. Sekelip mata, segalaimpian ranap begitu sahaja. Dalyla kehilangan punca.
Saat hati dihurung kecewa, muncul Eriel untuk menyembuh luka. Namun, bila kisah hitamnya diketahui, sang arjuna pergi tanpa sebarang pesan. Hati Dalyla merintih.
Awan hitam seolah-olah melitupi segenap dunianya. Mungkinkah ada sinar mentari pada esok hari?

TAJUK: BILA ADA RINDU PENULIS: EMMA MAIZURA TERBITAN: ALAF 21 SDN BHD HARGA: RM19.90 SINOPSIS: HIDUP Nur Dalyla dipayungi bahagia apat...
Unknown Aug 24, 2009