Breaking

Showing posts with label novel dewasa. Show all posts
Showing posts with label novel dewasa. Show all posts

Jul 17, 2012

July 17, 2012

Review Novel : 3 Kata Hati ~ Norzailina Nordin

Selamat sejahtera,

Sudah agak lama saya tidak buat review novel. Baru2 ini saya ada membeli tiga buah buku dari penulis tersohor bertajuk 3 Kata Hati karya Norzailina Nordin, Jujur Aku Setia karya Eka Fahara dan Kea Alyissa karya Arasharrina. Dan, sebuah novel islamik berjudul Dan Bidadari Pun Mencintainya. Buku ini karya penulis Indonesia yang saya tak berapa ingat nama penulisnya (kerana namanya agak panjang), kerana saya sedang menelaah buku itu buat masa ini. Belum habis baca lagi.

Okey, novel 3 Kata Hati adalah novel terbaru karya penulis polemik Norzailina Nordin. Apa bezanya ek? Memang terlalu jelas perbezaan novel ini dengan novel-novel beliau yang lain. Yang paling nyata novel ini membuat pendekatan 'bahasa pasar/bahasa seharian' dalam penggunaan bahasanya, ayat yang pendek-pendek dan penggunaan bahasa 'aku' dalam beberapa bab dan penggunaan bahasa diri kedua pada lain2 bab. Sebelum ini Norzailina Nordin memang terkenal dengan novel kedewasaan dan matang tetapi kali ini beliau cuba memancing pembaca muda remaja untuk mengikuti karyanya.

Pada pendapat saya, saya lebih menyukai novel-novelnya yang terdahulu seperti Sewangi Kasih, Arjuna Hati, Cuma Dia, Menanti Kasih, Getaran Rindu dan banyak lagi. Karya remaja dan belasan tahun sudah terlalu banyak di pasaran dan saya suka jika selepas ini beliau menulis dengan 'branding' yang tersendiri. Walau apapun, saya tetap penyokong karya Norzailina Nordin sampai bila-bila! Saya adalah salah seorang daripada beribu 'silent readers'nya.




Sinopsis belakang buku:

Rindu – Mr. Rahsia! Pening kepala Hanani apabila terfikir nama yang sering mengganggu hidupnya melalui SMS. Dalam keterpaksaan melayan kerenah lelaki yang dikenali sebagai Mr. Rahsia itu, Hanani mula jadi rindu! Dia tersenyum bila lelaki tersebut mengatur bait-bait indah tetapi mula bengang bila asyik sahaja disakat.

Kasih – Kehadiran Iskandar membuatkan Hanani diulit bahagia. Namun, ada sahaja yang menjadi penghalang. Kacau daun sungguh! Hanani geram dengan keadaan itu, tetapi hatinya nekad untuk mempertahankan kasih sucinya.

Cinta – Hanani keliru. Cintanya sudah mekar, tetapi untuk siapa sebenarnya? Antara Mr. Rahsia dan Iskandar, mungkinkah kata hati mereka turut merasakannya?

Siapakah yang menjadi pilihan Hanani? 3 KATA HATI milik siapa? Iskandar yang membuatkan dia panasaran atau Mr. Rahsia yang mencuit hatinya melalui kiriman SMS?
     
Bagi peminat novel, saya sarankan kamu semua cuba membaca novel ini dan rasakan perbezaannya novel 3 Kata Hati dengan novel2nya yang lain. Namun, citarasa orang lain2, ada yang suka dan sebaliknya.

Selamat membaca...
aynora nur

Sep 1, 2010

September 01, 2010

Ada Dalam Hati ~ Sue Rasmin


HARGA ASAL: RM19.90
HARGA TAWARAN: RM14.00 (termasuk pos)
M/SURAT:
STATUS: TERPAKAI/ (10/10)

SINOPSIS:

Aidid Rayyan dan Jenissa, saling merindu, namun cinta yang tidak sempat diucapkan sering kali menyeksa jiwa. Aidid menyangka Jenissa telah pergi jauh daripadanya walhal keduanya sering berselisih di mana-mana.

Suatu ketika, Jenissa tersedar betapa memuncaknya rasa rindu hingga memaksa diri untuk mengalah. Jenissa hadir... tepat pada masanya. Aidid pula sedaya upaya cuba menggunakan kesempatan yang ada. Aidid menuntut jawapan dan balasan untuk cinta yang diungkapkannya. Jenissa yang pemalu akhirnya akur pada kata hati lalu. Bagaimanapun peristiwa itu berlaku jua, membuatkan Jenissa menarik balik semua ayat-ayat cinta yang dinukilkan buat Aidid Rayyan. Hatinya sakit apabila yang ada dalam hati tidak dihargai kekasih hati.

Sejauh manakah kuatnya cinta yang mampu menyatukan dua jiwa, jadi satu hati, sedang pelbagai konflik dikecohkan di sekeliling mereka? Dan benarkah hati seorang perempuan itu umpama kerak nasi yang akan lembut akhirnya? Mungkinkah perasaan yang ada dalam hati bakal melepasi semua gelora diri?

Jul 28, 2010

July 28, 2010

Seindah Sakura ~ Liza Zahira

**SOLD**
HARGA ASAL: RM19.90
HARGA TAWARAN: RM13.00 (termasuk pos)
M/SURAT: 512ms
STATUS: TERPAKAI/ CONDITION (10/10)

SINOPSIS:

SHAKIRA terumbang-ambing akibat kemiskinan hidup dan hilang tempat bergantung. Airil yang hadir dengan perspektif negatif terhadap gadis itu, akhirnya berubah mencintainya dalam diam.

Sukar bagi Shakira untuk bahagia, lantaran ada hati yang dengki dan merancang balas dendam. Hati hitam milik Anida berjaya membuatkan cinta Shakira dan Airil ter halang hingga lelaki itu membawa diri meninggalkan Shakira terkapai-kapai keseorangan. Sejak itu, satu per satu badai datang melanda hingga hidup gadis itu tidak menentu.

Di universiti, Shakira menemui cinta baru, tapi malangnya dia sudah jadi milik orang lain. Demi kasih pada ibu, dia rela berkorban biarpun hatinya hancur bagai kaca berderai ke bumi.

Shakira cuba menjadi SEINDAH SAKURA meskipun harapan untuk mendapatkan kembali cinta sejati semakin mustahil. Namun, dia perlu percaya pada jodoh yang telah tersurat untuknya. Mungkin kita sengaja dipertemukan dengan cinta yang salah agar kita bersyukur setelah mendapatkan cinta yang sebenar...

Jul 9, 2010

July 09, 2010

Hujan Rindu ~ Anita Aruszi


**SOLD**
HARGA ASAL: RM25.90
HARGA TAWARAN: RM16.00 (termasuk pos)
M/SURAT: 797 ms
STATUS: TERPAKAI (10/10)

SINOPSIS:

Kerana kasih dan sayang seorang anak kepada ibunya, Anum Dahlia yang dilahirkan dan dibesarkan di luar negara sanggup menjejaki keluarga ibunya di Malaysia sehingga dia sanggup mengenepikan kepentingannya sendiri. Sanggup meredah beribu-ribu kilometer untuk menunaikan harapan dan impian ibunya yang sedang terlantar koma.Anum Dahlia, seorang cucu yang mendambakan kasih sayang daripada datuk dan neneknya yang selama ini tidak pernah ditemuinya. Sebuah kisah tentang cinta yang hilang di bumi kelahiran, tapi ditemui pula cinta seorang lelaki milik Yuzer Taufik, di sebuah negara asing.Tegas dalam keputusan dan berani menjejak kisah silam ibunya di sebuah negara yang tak pernah dijejakinya selama ini, Anum Dahlia menyamar sebagai seorang pelajar yang mahu membuat kajian tentang seni silat Melayu, membuatkan dia bertemu Tok Anjang, datuknya.
July 09, 2010

Cinta 365 Hari ~ Norzailina Nordin

**SOLD**
HARGA ASAL: RM19.90
HARGA TAWARAN: RM14.00 (termasuk pos)
M/SURAT: 512 ms
STATUS: TERPAKAI (10/10)

KATA orang, cinta tidak mengenal siapa. Cinta itu perkara biasa bagi makhluk yang bergelar manusia. Mahu bercinta, ingin dicintai – itu sudah pasti! Persis ombak dan pantai yang tidak ingin berpisah walau sesaat. Itulah CINTA! Cinta yang mendalam pada Erynn membutakan matanya. Kali pertama bertemu, Darren Ho sudah jatuh hati. Perwatakan Erynn yang agak lurus mencuit hatinya. Kelembutan sifat Erynn meruntun jiwanya. Keikhlasan gadis itu menawan sanubari.

Namun, latar belakang mereka yang jauh berbeza, apatah lagi perbezaan agama yang dianuti menjadi halangan besar buat mereka meneruskan hubungan. Madam Ho sama sekali tidak mahu melepaskan Darren kepada Erynn. Maka, dia membuat muslihat untuk memisahkan mereka. Bagi mempertahankan nama keluarga Ho, Madam Ho memaksa Darren mengahwini Tania, gadis sebangsanya. Darren serba salah. Antara ibu dan kekasih, yang mana patut didahulukan? Mempertahankan cintanya atau terus menjadi anak yang patuh? Gila! Memang gila dibuatnya Yang pasti, dia tidak pernah berhenti membilang hari... bilakah cintanya dan Erynn bakal bersatu.

Jun 15, 2010

June 15, 2010

Pilihan Kedua ~ Elias Hj. Idris


**SOLD**
HARGA ASAL: RM24.90
HARGA TAWARAN: RM13.00
M/SURAT: 672ms
STATUS: TERPAKAI

CATATAN TAMBAHAN: Kertas berwarna kekuningan (buku corak lama), kondisi: masih amat baik.

SINOPSIS:

Keluhuran hati dan ketulusan budi sudah tidak bermakna apabila sentimen yang menyelit pertimbangan, keturunan dan kepercayaan, keterbiasaan dan taraf kedudukan memainkan peranan...turut menjadi penghalang dan pemisah. Namun dia terpaksa membuat pilihan.

Jun 10, 2010

June 10, 2010

Setiap Jumaat ~ Norhayati Berahim

**SOLD**
HARGA ASAL: RM24.90
HARGA TAWARAN: RM13.00
M/SURAT: 723ms
STATUS: TERPAKAI/ ELOK

SINOPSIS BELAKANG BUKU:

Hidup di negara orang memang payah. Apatah lagi di Negara Jepun yang rumah sewanya hanya sekangkang kera. Benar kata orang, biar hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri. Negara sendiri lebih indah. Tetapi kerana dendam, payah dan gundah, suka atau tidak, Jasmine gagah mengharungi sendiri.

Bertahun berlalu, marah pada emak tidak pernah surut. Memang tidak ada haramnya emak berkahwin lain, tidak ada hinanya. Ayah pun sudah meninggal dunia. Tetapi apa perlunya emak berkahwin dengan lelaki bujang? Namun Jasmine tidak tahu, ada rahsia sebenarnya yang emak tidak mahu cerita...



NOTA: Gambar buku sebenar. Keadaannya sangat elok.

Jun 1, 2010

June 01, 2010

Chinta ~ Norhayati Berahim


**SOLD**
HARGA ASAL: RM24.90
HARGA TAWARAN: RM12.40
M/SURAT: N/A
STATUS: ADA/TERPAKAI
SINOPSIS:

Zahirnya dia lelaki yang sempurna ada gaya ada harta. Sedangkan tiada sesiapa yang tahu dia sebenarnya sedang menderita. Derita jiwa yang menghantui bertahun lalu lama. Kerana angkara si emak, lelaki yang bernama Raja Akid itu tidak pernah percaya pada cinta. Bahkan dendam yang berladung di hati tidak pernah dapat diusir dari diri. Dan sampai suatu saat, gadis yang bernama Chinta itu hadir. Raja Akid terperangkap antara kasihnya terhadap Chinta dan bencinya apda wanita.Beranikah dia menghuraikan segala rahsia yang disimpan? Dapatkan dimiliki kasih Chinta?Sebenarnya... hanya Raja Akid sahaja yang boleh menjawabnya...
June 01, 2010

Bunga Kasih ~ Norhayati Berahim


**SOLD**
HARGA ASAL: RM23.90
HARGA TAWARAN: RM11.90
M/SURAT: 450 ms
STATUS: ADA/TERPAKAI
SINOPSIS:
Anis merintis jalan pahit dgn penuh kesabaran dan cekal sehingga muncul sebagai gadis berjaya di daerahnya. Dia juga berhak mempertahankan kasih bapanya yg telah dipupuk bertahun-tahun cuba dirampas oleh Baharom yg sama-sama mekar di satu jambangan. Dalam kegetiran itu, Anis terperangkap dgn hukum takdir setelah kehadiran Nasir, Iskandar dan Rohan. Siapakah Iskandar yg pernah dilupakan itu? Siapa nasir yg ingin menjernihkan kekusutan keluarga? dan siapa pula Rohan yg cuba mencuri hati wanitanya?

May 7, 2010

May 07, 2010

Harum Chempaka ~ Norhayati Berahim

HARGA ASAL: RM24.00 **SOLD**
HARGA TAWARAN: RM12.00
M/SURAT: 683ms
STATUS: ADA/ TERPAKAI



SINOPSIS:



Cinta. Kadangkala datangnya sekelip mata. Ketika hatinya merasa cinta, tidak ada yang sudi menerima. Cinta itu hadir sehingga menyeksanya. Chempaka sedar, benarlah kata orang, cinta bukan sahaja membuat orang gembira, tetapi boleh mati kerananya.